You are on page 1of 9

RASISME: DEFINISI, HURAIAN DAN CONTOH

Rasisme (Bahasa Inggerisnya racism) merupakan satu bentuk kepercayaan, sikap


dan amalan yang mendiskriminasi segolongan manusia berdasarkan ciri-ciri perkaumannya.
Pada dasarnya, kepercayaan ini mengandaikan bahawa manusia boleh dibahagikan kepada
kaum yang berbeza dan serentak itu, ia juga mengandaikan bahawa nilai dan darjat seseorang
boleh ditentukan berdasarkan kaum yang diwakilinya. Dalam bahasa Melayu, konsep rasisme
sangat berkaitan dengan perkauman dan juga semangat assabiyah.

Rasisme bukan hanya berlaku di luar Malaysia tetapi ianya berlaku juga di dalam
kalangan rakyat Malaysia. Isu perkauman di Malaysia memang tidak dapat dielakkan apabila
terdapat golongan atau kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti
biologi atau budaya cuba mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang
sama menindas kaum lain. Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk
berasaskan kepada garis perkauman atau etnik. Fahaman rasisme sentiasanya akan membawa
kebinasaan kepada manusia. Pada kebanyakan masa, rasisme akan melibatkan permusuhan
terhadap kaum-kaum yang tertentu. Daripada itu, fahaman ini akan menghasilkan amalan
seperti berikut:

a) Diskriminasi kaum
b) Pengasingan kaum
c) Pembasmian kaum

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai kelompok sosial yang mempunyai tanda
pengenalan kolektif berasaskan ciri-ciri fizikal- biologikal yang nyata seperti warna mata,
warna kulit, warna rambut dan sebagainya. Ciri yang paling ketara untuk membezakan
kumpulan manusia ialah warna kulit. Ras juga merujuk kepada kelompok manusia yang
menganggap diri dan atau dianggap oleh kelompok lain sebagai berbeza daripada kelompok
mereka berasaskan dasar perbezaan fizikal yang tidak dapat diubah dan sifat-sifat ini
berkaitan dengan sifat-sifat atau kebolehan moral dan intelek mereka.

Rasisme ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran atau kepercayaan negatif oleh


sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesuatu kelompok lain berdasarkan
perbezaan warna fizikal-biologikal atau ras semata-mata yang dilakukan secara terbuka
melaui perilaku atau tindakan. Layanan berat sebelah atau sikap bermusuhan terhadap
seseorang berasaskan keturunan bangsanya. Fahaman yang menekankan bahawa suku kaum
sendiri sahaja yang paling unggul. Rasisme wujud pada dua tahap. Tahap Individu
merupakan kepercayaan dan sikap individu pada suku kaumnya. Tahap Institusi pula
melibatkan dasar dan pelaksanaan yang bersifat diskriminasi.

Dalam buku –Rasisme: Sejarah Singkat- ini yang merupakan alihbahasa dari buku
Racism: A Short History, George M. Fredrickson, sang penulis, menyadari betul bahawa
rasisme bukan sekadar suatu sikap atau sekumpulan kepercayaan yang terpatri dalam
masyarakat. Rasisme mengungkapkan diri pada praktik-praktik, lembaga, dan struktur yang
dibenarkan dan diakui oleh suatu perasaan berbeda yang mendalam. Lebih jauh rasisme bisa
membentuk suatu tatanan rasial, tidak sekadar berkubang dalam teori tentang perbezaan
manusia. Inilah yang menjadi alasan mendasar mengapa rasisme selalu beriringan dengan apa
yang disebut kekuasaan. Dengan merunut perspektif sejarah, Fredrickson berusaha
menggambarkan secara ringkas kisah pasang surut rasisme sejak Abad Pertengahan hingga
sekarang. Dalam huraian ilmiahnya ini, ia meletakkan posisi rasisme melebihi konsepsi
awalnya, dan begitu jelas perbezaanya dengan bahasan kulturalisme. Menurutnya
kebudayaan secara sejarahnya, yang mampu berubah seiring ruang dan waktu dan sama
dengan mencipta konsep ras itu sendiri.
Di Malaysia kita hidup dalam suasana berbilang bangsa yang terdiri daripada
pelbagai etnik dan kaum. Rasis berdasarkan rujukan Kamus Dewan Edisi ke 4 ialah orang
yang mengamalkan kepercayaan atau junjungan bahawa hanya bangsanya sahaja yang
dianggap unggul atau bangsa terhebat atau utama selain bangsa lain di dunia. Mereka ini
mengamalkan kepercayaan prejudis bahawa satu bangsa adalah lebih tinggi darjatnya dari
bangsa yang lain. Jika dirujuk sebagai kata sifat pula, rasisme bermaksud perbuatan
diskriminasi ke atas sesuatu bangsa atau agama. Rasisme yang keterlaluan akan
menyebabkan ketegangan berlaku. Contoh rasisme yang dapat dilihat apabila sesuatu bangsa
lain menghina dan menjatuhkan martabat sesuatu bangsa lain. Selain itu, bangsa berkaitan
hanya bergaul dengan bangsanya sahaja. Kesan rasisme dapat dilihat dengan jelas di Yahudi,
India, dan Thailand.

Apabila sentimen perkauman dijadikan sebagai intiti utama dan agenda maka kesan
yang jelas adalah keharmonian dan perpaduan pelbagai kaum akan bertukar menjadi
malapeta seperti yang berlaku di kebanyakan Negara di dunia sebagaimana yang kita ketahui.
Konsep 1 Malaysia akan hilang, sifat kepercayaan antara kaum bertukar menjadi prasangka.
Generasi muda membesar dengan sifat perkauman, kaum lain akan membenci kaum selain
kaumnya sendiri. Apabila sampai ke satu tahap yang lebih tinggi kejadian seperti pergaduhan,
rusuhan atau lebih mengerikan lagi sesuatu kaum akan sanggup melakukan penghapusan
etnik dan sebagainya.

Adalah amat penting bagi kita untuk terus memelihara keharmonian dan perpaduan
yang telah terjalin sekian lama. Secara sedar atau tidak hak-hak dan keistimewaan semua
kaum adalah terbatas berdasarkan kepada peruntukan undang-undang sesebuah Negara dan
ianya tidak akan mungkin berubah kerana hak dan keistimewaan itu sudah tertulis sebagai
satu perlembagaan yang terpelihara. Justeru itu, kita hendaklah berhati-hati memilih calon
tidak kira apa bangsa atau kaum sekalipun sekiranya terlalu ekstrim dengan perkauman
kejadian-kejadian yang tidak diingini dan cuba dielak oleh kita semua akan menghancurkan
kestabilan negara yang terjaga sekian lama.

Malaysia pernah melalui pelbagai peristiwa pahit yang menjejaskan hubungan etnik
sejak zaman penjajahan sehingga selepas merdeka iaitu Peristiwa 13 Mei 1969. Daripada
pengalaman pahit tersebut, pengajaran penting yang diperolehi ialah kemajuan ekonomi
sahaja tidak lengkap sekiranya tidak disertai kestabilan politik, kestabilan politik sahaja tidak
memadai tanpa pembangunan ekonomi yang seimbang, pembangunan ekonomi dan
kestabilan politik perlu berjalan dengan lancar dan seimbang agar tidak wujud kepincangan
sehingga menimbulkan konflik. Keseimbangan melibatkan agihan habuan ekonomi yang
saksama dan perkongsian kuasa pemerintahan yang matang.
Kita semua maklum bahawa kepercayaan rasisme dan etnosentrisme
boleh membawa kepada konflik. Dengan demikian, pendekatan atau teori konflik adalah
sesuai dalam menganalisis sebab-sebab terjadinya rasisme dan etnosentrisme. Berdasarkan
teori konflik, rasisme dan etnosentrisme wujud akibat kesan daripada persaingan sesama
kelompok-kelompok ras dan etnik ke atas sumber-sumber yang terbatas. Untuk rasisme dan
etnosentrisme terbentuk mestilah terlebih dahulu wujud tiga keadaan berikut: 

(a) Mestilah terdapat dua atau lebih kelompok sosial yang dapat dikenal
pasti melalui perbezaan ciri-ciri fizikal dan budaya. 

(b) Mestilah terdapat persaingan di antara kelompok-kelompok ke atas sumber-


sumber yang bernilai seperti kuasa, tanah atau pekerjaan. 
(c) Mestilah wujud kuasa yang tidak seimbang di antara kelompok-
kelompok, dalam erti kata terdapat satu kelompok yang dominan yang mempunyai kuasa
yang lebih kuat untuk menafikan kelompok-kelompok lain hak ke atas sumber-sumber yang
bernilai itu. 

Semakin tinggi persaingan, maka semakin kuat perasaan rasisme dan etnosentrisme.


Mengikut perspektif konflik ketaksamaan ekonomi menjadi penyebab kepada meningkatnya
rasisme dan etnosentrisme. Teori konflik menjelaskan bahawa untuk merasionalkan tindakan
menjajah, orang kulit putih atau the white race menganggap ras kulit hitam (the coloured
race) tidak mempunyai martabat setinggi mereka. Ideologi rasisme mewajarkan diskriminasi
terhadap orang kulit hitam kerana tanggapan bahawa kedudukan mereka adalah inferior,
justeru mereka tidak layak diberikan pekerjaan yang baik, pendidikan tinggi serta
kemudahan-kemudahan asas yang lain.

Di Afrika Selatan, aparteid merujuk kepada pemisahan kaum kulit putih dari kaum
bukan kulit putih. Hendrik Frensch Verwoerd iaitu perdana menteri Afrika Selatan ke-7,
terkenal sebagai arkitek aparteid dan telah melaksanakannya secara berleluasa sewaktu
pemerintahannya. Dalam dasar Aparteid, kaum bukan kulit putih (terutamanya kaum kulit
hitam) dianggap sebagai lebih rendah dan diberi layanan kelas kedua dari segi politik,
ekonomi, sosial, pendidikan dan kebudayaan. Semua bentuk diskriminasi perkauman adalah
sah dari segi undang-undang dan undang-undang telah disalahgunakan oleh pihak pemerintah
kulit putih untuk memastikan kekuasaan atau dominasi mereka ke atas kaum majoriti iaitu
kaum kulit hitam.

Dasar ini telah dilaksanakan dalam beberapa siri undang-undang perkauman di


Afrika Selatan antara tahun 1948 hingga 1991. Dibawah dasar ini, rasisme telah dibenarkan
dan ia menyentuh segala aspek kehidupan termasuklah larangan perkahwinan antara kulit
putih dengan bukan kulit putih, tempat larangan untuk bangsa bukan kulit putih dan
pekerjaan yang dikhaskan untuk orang berkulit putih sahaja. Kaum kulit hitam telah
dipindahkan secara beramai-ramai ke beberapa buah "negara" yang dipanggil bantustan atau
"homelands", supaya mereka hilang hak mengundi dan hak kerakyatan yang lain. Tindak-
tanduk regim Aparteid jelas sekali bertentangan dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia.

Isu-isu sensitif ibarat api dalam sekam yang menyala dalam diam-diam hingga boleh
membawa kepada kebakaran. Ini juga adalah salah satu sebab yang bakal membawa kepada
insiden konflik atau pergaduhan antara kaum. Isu-isu perkauman dan isu-isu sensitif juga
melibatkan perlakuan memperlekehkan dan merendah-rendahkan kaum lain serta
mempertikaikan hak orang lain. Termasuk juga dalam ruang lingkup tafsiran isu perkauman
dan isu sensitif ialah ucapan, perbuatan, perkataan, penerbitan atau sebarang cara yang boleh
ditafsirkan sebagai kecenderungan menghasut (Akta Hasutan 1948).

Akta Hasutan telah menggariskan perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti kaum


di negara ini. Kecenderungan menghasut mencakupi perlakuan ataupun kecenderungan
melakukan sesuatu yang membawa kebencian, penghinaan atau ketidaksetiaan kepada Raja
atau kerajaan, membangkitkan perasaan rakyat untuk mendapatkan perubahan kerajaan yang
memerintah dengan cara yang tidak sah, menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan
rakyat, menyebarluaskan perasaan dan niat jahat serta konflik antara kaum, mempersoalkan
dalam apa jua bentuk atau sebarang perkara berkaitan Perkara 152, 153 dan 181
Perlembagaan Persekutuan (Akta Hasutan 1948).
Sifat perkauman jika dibiarkan berterusan boleh mengancam kestabilan politik dan
keamanan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah akibat dari rusuhan
kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat terpaksa diisytiharkan di
seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan pengasingan kumpulan-kumpulan
tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan. Kaum-kaum minoriti yang tertindas
akan tersisih dari segi kawasan perumahan, peluang pendidikan dan pekerjaan. Terdapat juga
kaum-kaum yang tinggal jauh dari kemajuan sebagai contoh kaum Negro, ramai daripada
mereka yang masih tinggal di kawasan-kawasan mundur yang dikenali sebagai ghettoes, puak
asli di Australia dan kaum kulit hitam di Afrika Selatan.

Rasisme juga boleh mengakibatkan keganasan dan pembunuhan secara besar-


besaran seperti yang telah berlaku ke atas kaum Yahudi di Jerman semasa pemerintahan
Hitler. Isu perkauman memang tidak dapat dielakkan apabila terdapat golongan atau
kumpulan manusia yang mempunyai beberapa ciri kesamaan seperti biologi atau budaya cuba
mempertahankan golongan masing-masing dan pada masa yang sama menindas kaum lain.
Banyak organisasi politik dan sosial di negara kita dibentuk berasaskan kepada garis
perkauman atau etnik. Organisasi sedemikian hanya memperjuangkan kepentingan dan
merebut hak-hak yang dirasakan perlu tanpa memikirkan kepentingan golongan lain,
keharmoni dan kesejahteraan negara. Negara kita juga pernah mengalami peristiwa berdarah
akibat dari rusuhan kaum dalam peristiwa 13 Mei 1969, sehinggakan keadaan darurat
terpaksa diisytiharkan di seluruh negara kita. Konflik ras juga boleh mengakibatkan
pengasingan kumpulan-kumpulan tertentu dari segi pelajaran, perumahan dan pekerjaan.

Konflik antar ras biasanya disebabkan oleh hilangnya rasa saling menghormati.
Ras yang satu merasa memiliki posisi lebih tinggi dibandingkan dengan ras lainnya juga
terjadi dalam penyebab Palestin dan Israel berperang . Sehingga menganggap diri mereka
lebih hebat dibandingkan dengan yang lain. Tentunya ini merupakan nilai yang salah dan
pastinya menjadi pemicu utama sehingga kemudian memunculkan sikap diskriminasi,
rasisme dan yang paling parah adalah berakhir dengan peperangan dan kemusnahan. Pada
asasnya, sudah banyak konflik antara ras yang berakhir pada pemusnahan suatu ras atau
etnik. Konflik ini pada dasarnya disebabkan oleh hilangnya atau terkikisnya sikap saling
menghormati antara satu sama lain. Sikap inilah yang harusnya diutamakan sebagai dasar dan
pandangan. Dimana bahawa setiap ras atau etnik yang hidup diatas bumi memiliki hak yang
sama. Serta layak mendapat penghormatan dan sejajar dengan ras yang lainnya. Rasanya
memang tidak mudah bagaimana memberikan kesedaran setiap orang bahawa pemecah dan
penyelesaian yang tepat dari pelagai konflik antara ras lahir dari sikap saling menghormati.

Mengatasi konflik antara ras yang kedua dapat dilakukan dengan cara saling
menghargai perbezaan. Dalam penciptaannya manusia sudah pasti diciptakan berbeza sesuai
dengan lingkungan di mana mereka tinggal sebagai dampak konflik agama . Misalnya orang
Eropah atau ras kulit putih cenderung memiliki kulit putih sebab sesuai dengan keadaan
mereka yang mendapati 4 musim, di mana mereka hanya mendapatkan cahaya matahari
selama 3 bulan. Sedangkan ras negroid memiliki warna kulit yang hitam legam kerana
mereka berasal dari dataran Afrika dengan keadaan alam yang amat ekstrim sehingga mereka
dapat menyesuaikan diri dengan keadaan sebegitu.

Kaum kulit hitam cenderung mendapatkan sikap diskriminasi dan tindakan rasisme
kerana warna kulit mereka. Warna kulit bukan menjadi persoalan kerana persoalan utamanya
adalah terletak pada peribadi individu yang memahami perbezaan. Sebagaimana pelangi
diciptakan dengan warna spektrum yang berbeza kemudian dapat menghasilkan keindahan.
Begitulah manusia yang diciptakan berbeza untuk menghuni segenap dunia ini. Salah satu
cara mengatasi sikap rasisme ialah meningkatkan kesedaran peribadi. Banyak orang yang
tidak memiliki pemahaman mengenai bagaimana membentuk kesedaran diri dan peribadi
sebagai ciri-ciri demokrasi terpimpin . Mereka cenderung mengedepankan sikap egoisme
yang pada akhirnya menimbulkan konflik. Begitulah dengan konflik antara ras yang marak
terjadi.  Kesedaran peribadi yang harusnya menjadi dasar yang dipegang setiap individu
seperti sudah pudar. Hanya kerana melihat diri dan warna kulit mereka berbeza dari yang
lain.
Pada dasarnya jika dinilai secara luaran dan fizikal pastinya setiap manusia memiliki
perbezaan sekaligus keunikkan masing-masing. Tentunya kita tidak mampu menghapus hal
ini sebagai salah satu penyebab konflik antara golongan . Hal ini kerana manusia memang
diciptakan secara berbeza dan dengan karakteristik yang turut berbeza. Namun, pandangan
ini selayaknya harus difahamkan oleh setiap manusia. Maka, untuk mengatasi konflik antara
ras salah satu cara yang paling efektif untuk dilaksanakan ialah dengan menanamkan
pandangan bahawa manusia adalah sama. Manusia adalah makhluk sosial yang saling
memerlukan antara satu sama lain. Maka dengan pandangan ini, tentu akan menghapus segala
konflik yang boleh ditimbulkan akibat perbezaan dari segi ras.

Secara konklusinya adalah kebebasan dan hak-hak asasi individu dalam sesebuah
negara akan dijamin dalam perlembagaannya. Dengan ini satu masyarakat adil dapat
dilahirkan, semua rakyatnya mempunyai peluang yang sama untuk menikmati kemakmuran
negara mereka, kekayaan negara pula akan diagihkan secara saksama dan tidak akan
dibenarkan berlaku pemerasan manusia oleh manusia. Organisasi politik yang berasaskan
kepada kepentingan etnik perlu dihapuskan dan mewujudkan percampuran di antara etnik-
etnik untuk mewujudkan sebuah organisasi yang sependapat. Sistem pendidikan juga boleh
memainkan peranan yang berkesan untuk menjamin keamanan sesebuah negara yang
mempunyai pelbagai golongan etnik dan ras.

Tidak
sekadar pembezaan pada unsur dominan yang ada, seperti ras, agama, dan
budaya.
Perbezaan jantina hingga sekarang masih mampu ditemui di dalam masyarakat kita.
Perempuan lebih dipandang sebelah mata dan dipandang rendah sebagai makhluk
yang secara fisik dan sosial lebih tidak dominan dibanding kaum lelaki

You might also like