You are on page 1of 8

SGDY4022

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENSYARAH: PM DR. FAUZIAH MD. JAAFAR

KUMPULAN: C

TAJUK TUGASAN: ANALISIS FILEM RON CLARK STORY

AHLI KUMPULAN:

NURUL SYUHADAH BINTI SHAMSUDIN (831110)

SYASYA BINTI MOHD NORDIN (831190)

EZMAREIZZA BIN AZMAN (831216)

NURNAZRUL NAZWAN SHAFIQ BIN MISWAN (831207)


1.0 PENDAHULUAN

Filem The Ron Clark Story yang diterbitkan pada tahun 2006 ini merupakan adaptasi
dari kisah benar. Filem The Ron Clark Story mengisahkan tentang kesungguhan seorang guru
dalam mendidik pelajarnya. Mr. Clark adalah seorang guru yang berhijrah ke Bandar New
York untuk melakukan perubahan dalam dirinya dan merasakan dia perlu untuk berhijrah
kerana Bandar New York memerlukan guru yang berkualiti. Namun, pelbagai masalah yang
dihadapi tambahan lagi apabila dia perlu mengajar murid yang mempunyai masalah dari segi
disiplin dan akademik. Pengetua menawarkan Mr. Clark untuk mengajar murid yang berada
di kelas hadapan tetapi Mr. Clark memilih untuk mengajar murid yang dipandang tiada
harapan untuk mereka berjaya. Mr. Clark membuat keputusan tersebut kerana dia berasa
bertanggungjawab untuk mengubah murid di dalam kelas tersebut. Disebabkan
tanggungjawab dan sikap Mr. Clark yang kreatif, inovasi dan bersemangat, beliau
menggunakan pelbagai kaedah untuk menyelesaikan masalah. Menurut Shahabuddin Hashim,
Dr. Rohizani Yaakub dan Mohd Zahir Ahmad (2007), guru boleh menggunakan pelbagai
pendekatan dan strategi ketika mengajar murid di dalam bilik darjah. Hal ini kerana pelajar
mempunyai latar belakang yang berbeza. Sesuatu pendekatan yang dipilih mungkin tidak
sesuai kepada semua pelajar, tetapi hanya segelintir sahaja. Teknik ini lah yang diambil kira
oleh Mr. Clark kerana murid di dalam kelasnya mempunyai perbezaan dari segi masalah,
sikap, dan juga latar belakang sosial. Pelbagai teknik dilakukan oleh Mr. Clark untuk
menyelesaikan masalah muridnya dan menarik minat murid untuk belajar di dalam kelas.

2.0 TEORI, CONTOH DAN INTERVENSI DALAM FILEM THE RON CLARK
STORY

Ketika melaksanakan pengajaran berdasarkan pendekatan yang dipilih, guru perlu


memilih kaedah yang sesuai digunakan (Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd
Zahir Ahmad, 2007). Di dalam filem The Ron Clark Story pelbagai kaedah dan teori yang
digunakan oleh Mr. Clark dalam pembelajaran, terdapat beberapa adegan watak dalam babak
filem tersebut yang boleh dikaitkan dengan teori psikososial yang dibina oleh Erik Eriksons
(1968) yang menggambarkan krisis dan bagaimana ia berkembang melalui peringkat
pembangunan manusia. Sebagai contoh, beliau menerangkan bahawa pada usia 12 hingga 18
tahun mereka ini lebih tertumpu kepada pencarian identiti mereka yang tersendiri. Sebagai
contoh, walaupun mereka mempunyai reaksi yang berbeza, Tayshawn dan Badriyah
mempunyai personaliti yang sama. Kedua-duanya menyembunyikan hobi mereka dan mereka
juga tidak mengetahui sama ada hobi ini adalah perkara yang baik. Tayshawn melukis di
dinding jalanan tetapi apabila dia melakukannya di rumah, dia menerima pukulan teruk
daripada bapa angkatnya dan bukannya menggalakkan dia melakukan lebih banyak perkara
ini tetapi di atas kertas. Ini tidak akan menjadikan dia berani untuk melangkah keluar dan
menunjukkan kepada dunia apa yang dia boleh lakukan, sebaliknya dia akan dapat
melakukan

Tambahan pula, apabila kita lihat kepada Badriyah tidak pasti jika dirinya diterima
oleh orang sekeliling. Ibu bapanya telah memberitahunya untuk tidak melakukannya campur
tangan dengan orang dewasa, dengan menjelaskan bahawa dia perlu bertindak seperti kanak-
kanak. Dia menyembunyikan dirinya yang sebenarnya untuk menjadi seseorang yang diingini
dan disukai oleh sekelilingnya. Kedua-duanya sangat serupa dalam cara mereka
menyembunyikan kebolehan mereka, fenomena ini berlaku disebabkan oleh kurangnya
galakan dan sokongan daripada ibu bapa mereka. Hal ini telah menyebabkan Tayshawn dan
Badriyah keliru tidak tahu jalan mana yang hendak dilalui, sama ada jalan yang ingin dilalui
oleh dirinya sendiri atau orang lain yang yang menentukan jalan hidupnya.

Selain daripada itu, dalam filem ini juga Ron Clark telah mencipta sebuah lagu rap
yang berkisarkan tentang presiden AS untuk memotivasikan pelajarnya supaya lebih berminat
dalam mata pelajaran sejarah. Clark melakukan ini kerana dia menyedari bahawa cara
menghafal menggunakan kaedah biasa tidak begitu praktikal kepada mereka kerana
kebanyakkan mereka mendapat markah yang rendah. Dengan ciptaan idea menggunakan lagu
rap sebagai alat bantu mengajar dia dapat menarik perhatian seluruh kelas.

Kemudian dilihat bahawa mereka semua lulus ujian tentang topik itu dan seperti yang
boleh digambarkan melalui pemerhatian kejayaan membawa kepada motivasi dan motivasi
membawa kepada kejayaan. Satu bahagian teori Motivasi terdiri daripada Minat, boleh
dikaitkan seperti apabila seseorang belajar atas minat peribadi (Alhadi Ismail, & Norimah
Zakaria, 2019). Ringkasnya, murid-murid kelas Clark tidak belajar dengan bersungguh-
sungguh dalam ujian sebelum ini tetapi kemudian mereka mula berminat dengan lagu itu,
mereka mula belajar dengan seronok dan belajar mengikut minat mereka dan bukannya
melalui usaha.
Seterusnya, menerusi filem ini apa yang dapat dilihat ialah terdapat juga beberapa
teori lain yang digambarkan dan dapat kita lihat. Antara teori lainnya ialah Teori Pavlov,
Kohlberg serta Teori Skinner yang dapat dikaitkan di dalam satu adegan. Hal ini dapat kita
lihat menerusi adegan di mana para pelajar beratur untuk pergi ke kantin. Ketiga-tiga teori ini
boleh dikaitkan kerana Mr Clark berusaha untuk menyelesaikan masalah yang sekian lama
dilakukan oleh pelajar-pelajarnya. Menurut Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub &
Mohd Zahir Ahmad (2007), Teori Kohlberg pada peringkat Prakonvensional adalah bertujuan
untuk mengelakkan daripada didenda serta menerima hukuman. Untuk Teori Kohlberg, bagi
situasi di kantin ini, kita dapat lihat terdapat tahap prakonvensional peringkat pertama iaitu
Orientasi ketaatan. Jadi para pelajar beliau akan terlatih dengan peraturan yang beliau
tetapkan kerana mematuhi peraturan untuk mengelakkan daripada didenda. Antara intervensi
yang dilakukan oleh beliau dalam hal ini ialah menetapkan pelajar-pelajar beliau untuk
beratur ketika waktu rehat untuk makan. Misalnya kita dapat lihat Mr Clark memberi nasihat
kepada Shameika yang memotong barisan untuk makan. Hal ini bertujuan untuk melatih
Shameika dengan disiplin untuk mengelak daripada didenda. Hal ini kerana pada peringkat
orentasi kepatuhan ini mereka masih tidak boleh membezakan yang mana salah dan juga
betul jadi penilaian golongan di tahap ini lebih bertujuan untuk mengelak daripada didenda.

Bagi Teori Pavlov pula ianya turut berkaitan dengan adegan waktu rehat untuk ke
kantin ini. Teori yang dimaksudkan ialah teori Pelaziman Klasik oleh Ivan Pavlov. Menurut
Mat Zaid Bin Hussein (1996), hubungan di antara tindak balas dan juga rangsangan
merupakan hal yang ditekankan. Rangsangan ialah tindakan tenaga yang berlaku melalui
deria yang diterima oleh penerima yang mencetuskan gerak balas. Misalnya dalam situasi
untuk ke kantin ini, makanan merupakan rangsangan manakala beratur merupakan gerak
balas yang berlaku. Justeru itu, apabila pelajar mahu ke kantin untuk makan setelah
mendengar loceng maka mereka harus beratur. Malah, untuk adegan ini juga boleh dikatakan
wujud Teori B.F Skinner. Misalnya menerusi ini, satu respon yang dikatakan sebagai arrive
stimulus yang dikatakan sebagai tindak balas tidak menyenangkan yang merupakan apa yang
ada daripada prinsip hukuman ataupun punishment. Dalam adegan tersebut kita dapat lihat
bahawa Mr Clark menyuruh murid-muridnya beratur untuk membolehkan mereka rehat dan
penghapusan iaitu perlakuan negatif tidak beratur. Intervensi yang dilakukan oleh Mr Clark
adalah dengan mengunci pintu apabila para pelajarnya tidak berbaris semasa menuju ke
kantin dan apabila seorang pelajar melakukan kesalahan seperti kes Shameika, keseluruhan
kelas akan menerima hukuman daripada tindakan tersebut. Malah, Ron Clark juga
bekerjasama dengan pihak pengurusan sekolah untuk tidak memberi makanan kepada para
pelajar yang tidak beratur. Menerusi adegan ini, jelas kita dapat lihat bahawa pengaplikasian
teori Skinner di dalam filem ini menerusi tindakan Mr Clark.

Seterusnya, teori lain yang boleh kita lihat di dalam filem Ron Clark ini ialah teori
Jean Piaget. Menurut Piaget, tahap perkembangan seseorang kanak-kanak itu adalah berbeza
mengikut kemampuan dalam sesuatu peringkat serta mempunyai corak alur perkembangan
mereka yang tersendiri. Maksudnya di sini ialah dalam proses pelajaran dan pembelajaran
kanak-kanak itu adalah berbeza sama ada melibatkan guru, orang dewasa ataupun tidak
melibatkan sesiapa. Contohnya menerusi filem ini, Mr Clark sedar bahawa setiap pelajar di
dalam kelas tersebut mempunyai minat, kebolehan dan kehendak mereka yang tersendiri.
Contohnya seperti Julio. Mr Clark sedar bahawa Julio mempunyai minat dalam hal mengira.
Julio suka berjudi yang mana beliau sanggup mencuri duit ibunya. Mr Clark menyedari hal
tersebut lalu beliau bertindak mencari jalan penyelesaian dengan mengajar dan memberi
dorongan kepada Julio dalam subjek Matematik sehingga merubah Julio hingga berjaya
dalam ujian kebangsaan.

Di samping itu, melalui filem ini juga kita dapat lihat pentingnya peranan guru dalam
membantu murid-muridnya dengan memberi galakan dan dorongan kepada mereka. Menurut
buku Anita Woolfolk (2016), peringkat empat iaitu percaya akan diri lawan rendah diri
(Industry vs Inferiority), Erik Erikson menyatakan dalam masyarakat moden, keupayaan
kanak-kanak untuk bergerak antara rumah, kejiranan dan sekolah dan untuk menghadapi
pembelajaran akademik, aktiviti berkumpulan dan juga rakan sebaya akan membawa kepada
perasaan percaya akan diri yang semakin meningkat. Namun kesukaran dalam cabaran ini
boleh menyebabkan berlakunya rasa rendah diri dalam diri mereka. Dalam situasi Shameika,
dia tidak dapat melakukan latihan yang diberi oleh Mr. Clark kerana tiada orang yang
membantunya untuk melakukan latihan tersebut. Shameika tidak mempunyai masa untuk
membuat latihan kerana perlu menjaga adik-adiknya dengan memasak untuk adik-adiknya
dan perlu mengemas rumah. Setelah Mr. Clark mengetahui situasi yang terjadi kepada
Shameika, beliau telah membantu Shameika dengan membuat kerja rumahnya untuk
memastikan Shameika meluangkan masanya untuk belajar dan membuat latihan tanpa
memikirkan hal lain. Dalam situasi ini kita dapat lihat Mr. Clark telah melakukan tugasnya
sebagai guru dengan memberi dorongan kepada kepada muridnya agar tidak ketinggalan
dalam pembelajaran.
3.0 ASPEK MENARIK DALAM FILEM

Di dalam teori ini, terdapat beberapa aspek yang dapat menarik perhatian penonton.
Antaranya ialah aspek dari segi sikap watak utama itu sendiri dalam Filem The Ron Clark
Story iaitu Mr. Clark. Sikap dan keperibadian watak utama ini iaitu Mr. Clark mempengaruhi
tingkah laku beliau sendiri dan orang sekelilingnya. Sikap Mr. Clark ini boleh dikaitkan
dengan Teori Perkembangan Psikososial Erik Erikson dalam stage 7 iaitu kemurahan hati
lawan kebantutan (Generavity vs Stagnation). Menurut penyataan Hearn, Saulnier, Strayer,
Glenham, Koopman, & Marcia (2012) kemurahan hati lawan kebantutan memperluaskan
keupayaan untuk menjaga orang lain dan melibatkan keprihatinan dan bimbingan untuk
generasi akan datang. Pada peringkat ini seseorang individu itu menggunakan kaedah
keibubapaan atau pementoran. Persoalan dalam diri mereka adalah bagaimana dan apa yang
mereka boleh sumbangkan dalam masyarakat. Pada tahap ini individu lebih kepada
menyokong generasi akan datang dan memenuhi keperluan generasi mereka. Mereka
mengambil berat terhadap orang lain. Begitulah yang dilakukan oleh Mr. Clark apabila beliau
terlalu mengambil berat terhadap muridnya. Mr. Clark mengutamakan muridnya belajar dan
hadir ke sekolah. Beliau sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan perkara itu
berlaku. Mr. Clark sanggup melawat ke rumah keluarga muridnya dan mengambil tahu faktor
yang mempengaruhi tingkah laku muridnya supaya beliau dapat mengubah sikap dan
membantu muridnya menyelesaikan masalah dan fokus kepada pelajaran.

Menurut Shahabuddin Hashim, Dr. Rohizani Yaakub & Mohd Zahir Ahmad,
(2007) Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) di dalam teori Vygotsky terbahagi kepada tiga
langkah iaitu penilaian, penyesuaian tugasan mengikut tahap perkembangan pelajar dan
penyediaan sokongan instruksional yang mengaplikasikan konsep “scaffolding”. Pada
peringkat penilaian, guru perlu memahami masalah dan menilai secara dinamik. Begitulah
yang dilakukan oleh Mr. Clark di mana beliau mengetahui punca masalah pelajarnya apabila
beliau membuat lawatan ke rumah pelajar tersebut. Mr. Clark mengambil inisiatif untuk
mencari dan mengetahui masalah, latar belakang dan masyarakat sekeliling pelajarnya
sebelum mula mengajar mereka supaya beliau tahu teknik yang sesuai untuk diaplikasikan
ketika pembelajaran. Kemudian, Mr. Clark dapat mengenal pasti teknik yang sesuai untuk
digunakan dalam pembelajaran. Contohnya lagu rap digunakan untuk menghafal subjek
sejarah kerana beliau tahu lagu rap merupakan kesukaan pelajar dan mereka mudah untuk
mengingat dengan lagu. Dari segi sokongan yang menggunakan kaedah “scaffolding” Mr.
Clark membantu pelajarnya yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan tidak boleh
menyiapkan kerja rumah. Contohnya Mr. Clark membantu Shawn untuk menyiapkan kerja
sekolah di dalam kelas setelah tamat waktu persekolahan. Dengan bimbingan Mr. Clark,
Shawn dapat menyiapkan kerja sekolah dan mengulangkaji pelajaran.

4.0 KESIMPULAN

Filem The Ron Clark Story adalah filem yang dapat menaikkan semangat dan
memberi motivasi kepada para pendidik. Pendidik atau guru perlu memainkan peranan untuk
mempengaruhi pelajar atau masyarakat sekelilingnya supaya bersikap positif. Pelbagai
konsep atau teori boleh diaplikasikan dalam kehidupan dan pembelajaran seharian. Guru
perlu bijak memilih konsep dan teori yang sesuai mengikut keadaan, tahap pemahaman
pelajar dan latar sosial pelajar. Seperti yang dilakukan oleh Mr. Clark yang mengaplikasikan
pelbagai teknik dan teori antaranya teori Erik Eriksons, Pelaziman Klasik oleh Ivan Pavlov,
Teori Skinner serta Zon Perkembangan Proksimal (ZPD) oleh Vygotsky. Mr. Clark juga
melakukan intervensi dalam setiap teknik pembelajarannya di dalam kelas. Kebijaksanaan
guru dalam mengaplikasikan konsep dan teori yang sesuai dalam pembelajaran akan
membuatkan objektif pembelajaran tercapai. Dengan tercapainya objektif pembelajaran, akan
menghasilkan pengajaran yang berkesan dan pelajar dapat memahami pembelajaran yang
disampaikan oleh guru. Hal ini akan melahirkan pelajar dan guru yang berkualiti.
RUJUKAN

Alhadi Ismail, & Norimah Zakaria. (2019). Faktor yang Mempengaruhi Motivasi
Pembelajaran Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid di SJKC Chung Hwa Teluk
Kemang. International Journal of the Malay World and Civilisation, 7(3), 23–30.

Anita Woolfolk Hoy, published by Pearson Education © 2016. Educational Psychology,


13th edition, ISBN 978-1-29-209530-1.

Erikson, E.H., 1968. Identity: Youth and crisis. New York: w.w. Norton.

Hearn, S., Saulnier, G., Strayer, J., Glenham, M., Koopman, R., & Marcia, J.E (2012).
Between Integrity and Despair: Toward Construct Validation of Erikson’s Eighth
Stage. Journal of Adult Development, 19, 1-20.

Mat Zaid Bin Hussein. (1996). Pendekatan Pengajaran Bahasa Melayu Di Institusi
Pengajian Tinggi. Pusat Bahasa : University Malaya.

Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi:


strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhs,

Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor
Persekitaran Sosial Dan Hubungannya Dengan Pembentukan Jati Diri. Fakulti
Pengajian Islam : Universiti Kebangsaan Malaysia.

You might also like