You are on page 1of 5

PENULISAN ILMIAH: HOWARD GARDNER

1.LATAR BELAKANG HOWARD GARDNER


Nama sebenar Howard Gardner ialah Howard Earl Gardner.Beliau dilahirkan pada 11 Julai
1943 di Scarton, Pennsilvania.Beliau merupakan ahli pendidikan dan psikologi
perkembangan yang banyak menulis buku tentang psikologi perkembangan .Teorinya
banyak memberi fokus kepada perkembangan kreativiti kanak-kanak dan orang
dewasa.Bukunya yang bertajuk Artful Scribbles merupakan karya beliau yang mengkaji
tentang kreativiti.Beliau mendapati bahawa kreativiti kanak-kanak menurun apabila
mencapai kematangan .Gardner membuat kesimpulan bahawa pada akhir zaman kanakkanak,mereka lebih bergantung kepada kemahiran bahasa yang baru dikuasai.Mereka tidak
perlu lagi berkomunikasi dengan bahasa bukan lisan seperti melkis.Sumbangan terbesar
beliau ialah Teori Pelbagai Kecerdasan(multiple intelligence).

2.PERJALANAN INTELEKTUAL
Howard Gardner terinspirasi oleh buku Jean Piaget dalam bidang psikologi
perkembangan.Beliau juga mempelajari neuropsikologi dari Norman Geschwind dan belajar
psikolinguistik dari Roger Brown.Howard Gardner juga pernah bekerja dengan ahli
psikolinguistik terkenal, Erik Erikson.Pada tahun 1965,Howard Gardner mendapat gelaran
Ijazah Sarjana Muda dalam bidang perhubungan social dari Universiti Harvar dengan
tesisnya yang bertajuk The Retirement Community un America.Pada tahun 19651966,beliau memepelajari falsafah dan sosiologi di London School of Economic.Beliau
memperoleh gelaran PhD dalam bidang social dan psikologi perkembangan dari Harvard
Universiti pada tahun 1971dengan tesisnya yang bertajuk The Development of Sensitivity to
Figural and Stylistic Aspect of Painting.Howard Gardner mula mengajar di Harvard School
of Education pada tahun 1986.Sepanjang tahun 1980 seluruh kariernya dihabiskan di
Cambridge Massachusetts.Sejak tahun 995,pekerjaanya difokuskan di Goo Work Project
yang terkenal sebagai Good Project.

3.TEORI PELBAGAI KECERDASAN (MULTIPLE INTELLIGENCE)


Multiple Intelligence bermaksud bermacam-macam kecerdasan. Menurut beliau,setiap
kanak-kanak mempunyai kecerdasan yang berbeza dan ianya perlu dinilai sama rata. Antara
buah fikiran yang dikemukan beliau ialah:
3.1. Manusia mempunyai kemampuan meningkatkan dan memperkuat kecerdasannya.
3.2. Kecerdasan bukan sahaja dapat diubah bahkan dapat diajar kepada orang lain
3.3.Pada peringkat tertentu,kecerdasan ini merupakan suatu persatuan yang utuh.
Maksudnya,dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau tugas tertentu,semua
kecerdasan manusia bekerja bersama-sama secara bersatu.
Dikatakan juga bahawa manusia mempunyai pelbagai cara mendekati sesuatu masalah dann
hampir semuanya dipelajari secara semulajadi,misalnya melalui persekitaran.Teori ini
menjelaskan bahawa kecerdasan adalah suatu kebolehan untuk menyelesaikan masalah
ataupun mencipta produk yang dihargai oleh sesuatu budaya.

4. JENIS-JENIS KECERDASAN

Menurut Howard Gardner,dalam setiap diri manusia terdapat 9 jenis kecerdasan,iaitu

4.1.Kecerdasan Bahasa/ Verbal/ Linguistik


Kecerdasan dalam mengolah kata-kata secara efektif sama ada dari segi percakapan atau
penulisan.Mereka yang mempunyai kecerdasan ini akanmudah memahami bacaan dan suka
menulis,mampu mengapresiasikan apa yang dibaca,mampu berkomunikasi dua
arah.Berkebolehan dalam menulis,melahirkan idea dalam bahasa yang retorik,pantun sajak
dan bercerita.Selain itu,mereka mampu meyakinkan orang lain,menghibur atau mengajar
dengan efektif melalui kata-kata,membaca dan dapat mengartikan bahasa tulisan dengan
jelas.Pekerjaan yang sesuai dengan bidang ini ialah penulis,penyair,jurnalis,pengacara dan
lain-lain lagi.
4.2.Kecerdasan Logik-Matematik
Kecerdasan dalam hal angka dan logika. Berkebolehan untuk
menghitung,mengukur,menaakul,mempertimbangkan dalil atau rumus,hipotesis dan
menyelesaikan operasi matematik yang kompleks.pekerjaan yang sesuai untuk kecerdasan ini
ialah ilmuan,akauntan dan programmer.

4.3. Kecerdasan Visual


Kecerdasan yang meliputi pemikiran melalui gambar serta mampu menyerap,mengubah dan
menciptakan kembali berbagai jenis aspek visual.mereka yang mempunyai kecerdasaan ini
mempunyai ciri-ciri seperti kepekaan yang tajam untuk detail
visua,keseimbangan,warna,garis ,bentuk dan ruang,mudah menganggarkan jarak dan
ruang,dapat membuat sesuatu perancangan idea dengan lebih jelas.Pekerjaan yang paling
sesuai bagi kecerdasan ini ialah arkiek,juru gambar,pereka fesyen juru terbang dan pelukis.
4.4.Kecerdasan Kinestetik
Kecerdasan menggunakan tubuh dan gerak tubuh untuk mengekspresasikan gagasan dan
perasaan.Orang yang memiliki kecerdasan ini biasanya cepat menghafal atau meniru gerak
tari yang dilihatnya,berkebolehan dalam sukan dan permainan serta pandai
berlakon.Pekerjaan yang palaing sesuai bagi kecerdasan ini ialah atlet,penari dan sebagainya.
4.5.Kecerdasan Muzik
Kecerdasan untuk mengembangkan,mengekpresikan dan menikmati semua bentuk muzik
dan suara.Kepekaan terhadap melodi,irama dan nada.Orang yang memiliki kecerdasan ini
biasanya mudah menghafal lirik lagu,peka nada,dapat menyanyi agu dengan tepat,dapat
mengikuti irama,mendengar muzik dengan tngkat ketajaman yang lebih.Pekerjaan yang
paling sesuai bagi kecerdasan ini ialah seperti pencipta lagu,konduktor okestra ,penyanyi dan
sebagainya.
4.6.Kecerdasan Interpersonal
Kemampuan untuk memahami orang dan membina hubungan yang efektif dengan orang
lain.Berkebolehan berkomunikasi secara lisan dan bukan lisan dan mampu bekerjasama
dalam kumpulan.Pekerjaan yang sesuai dengan kecerdasan ini ialah guru,para pekerja
social ,pelakon, pensyarah dan lai-lain lagi.
4.7.Kecerdasan Intrapersonal
Kecerdasan pengetahuan akan diri sendiri dan mampu bertindak secara adaptif berdasarkan
pengenalan diri.Mereka juga memiliki kemampuan memahami diri sendiri.Mereka yang
mempunyai kecerdasan ini mampu membezakan berbagai jenis emosi,berpengetahuan dalam
merencanakn dan mengarahkan hidup seseorang. Pekerjaan yang paling sesuai dengan
kecerdasan ini ialah ahli-ahli psikologi,kaunselor dan ahli teologi.
4.8.Kecerdasan Naturalis
Kecerdasan dalam memahami dan menikmati alam sekitar ,menggunakannya secara
produktif dan mengembangkan pengetahuan mengenai alam.Kemampuan untuk
mengenali,mengklasifikasikan aneka sepsis,tumbuhan,flora dan fauna mengikut
lingkungannya dan mampu mengenali sifat dan tingkah laku biatang.Pekerjaan yang amat
sesuai dengan kecerdasan ini ialahpetani,nelayan,pendaki,pemburu,ahli biologi dan lain-lain
lagi.

4.9. Kecerdasan Eksistensial (Makna)


Kecerdasan untuk menjawab persoalan persoalan dalam eksistensi atau keberadapan
manusia.Kemampuan menyeimbangkan moral,iman dan subjektivitas.Sangat sesuai untuk
profesi sebagai ahli falsafah dan ahliteologi.

PEMIKIRAN LEBIH LANJUT


Menurut Howard Gardner,semua orang unik dan semua orang memiliki caranya sendiri untuk
memberikan sumbangan bagi budaya dalam sesebuah masyarakat.Beliau juga telah
memecahkan teori tradisional tentang kecerdasan yang telah melekat menjadi dua keyakinan
dasar masyarakat ,bahawa kemampuan seseorang adalah kesatuan dan bahawa semua
individu cukup digambarkan dengan sebuah kecerdasan tunggal yang dapat diukur.

RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin (2002)
Pendidikan Awal Kanak-Kanak: teori dan amali
Penerbit Universiti Malaya,50603, Kuala Lumpur.

https://id.m Wikipedia.org/wiki/Howard _Gardner

jintut-nocturna.blogspot.co./2011/multiple intelligence-menurut-prof.html?m=1

https://simaksejenak.wordpress.com/2013/03/04 memahami-9-multiple-intelligence

iamteachertobe.blogspot.com/2013/03/teori-kepelbagaian-kecerdasan-howard.html?m=1

ioanesrakhmat.b;ogspot.com/2014/10/teori-multiple-intelligence-howard.html?m=1

You might also like