You are on page 1of 14

Strategi pembelajaran

berasaskan Masalah
(PBL)
PBL

SEJARA OBJEKT CIRI


H IF CIRI
Sejarah PBL
Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBL) mula diperkenalkan dalam
pembelajaran tradisional sekitar tahun 1960-an di McMaster University,
Canada (Barrow & Tamblyn, 1980). Merujuk kepada buletin KUiTTHO
(2005), kaedah ini diperkenalkan oleh Professor Howard Barrow. Pada
mulanya, kaedah ini ditolak oleh semua orang. Namun begitu, beliau
menggunakan kaedah ini kepada pelajar perubatan di bawah seliaannya
dan mendapat reaksi yang positif di kalangan pelajar tersebut. Pendekatan
ini telah membuka mata dan menarik minat para pendidik yang lain untuk
menggunakannya. Kesannya, pendekatan ini telah digunapakai dalam
pelbagai bidang terutamanya dalam bilang kejuruteraan. Kini, Professor
Barrow menjadi role model bagi PBL dan Universiti McMaster menjadi
perintis kepada PBL. Selain itu, Don Wood merupakan bapa kepada PBL
dalam bidang kimia. Beliau juga dari Universiti McMaster
Menurut Barrow & Tamblyn (1980), antara objekif
pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:
) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari
sesuatu prinsip, konsep dan belajar menggunakan
maklumat dalam pelbagai situasi.
b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi
hujah dan pendapat, berfikiran kritis, serta kemahiran
membuat keputusan.
c) Memperkembangkan kemahiran pelajar
mengintegrasikan pengetahuan dalam pelbagai disiplin
ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap
kemanusian terhadap kemajuan profesionalisme.
OBJEKTIF
Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran
sepanjang hayat.
e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil,
keperluan kepada keberkesanan kerja berpasukan dan
pembelajaran secara kolaboratif
(Barrow & Tamblyn dipetik daripada Suhaimi Makminin,
2005)
Ciri-ciri PBL, Baden dan Mojor
(2004)
a) Situasi masalah sebenar yang kompleks iaitu tidak
mempunyai jawapan yang betul atau salah,
b) Pelajar bekerja dalam kumpulan untuk menangani
masalah, mengenalpasti jurang pembelajaran dan
mengembangkan pelbagai penyelesaian,
c) Pelajar memperolehi informasi baru melalui
pembelajaran kendiri,
d) Guru sebagai pembimbing,
e) Masalah akan memandu ke arah perkembangan
keupayaan penyelesaian masalah ilmu perubatan.
LANGKAH PELAKSANAAN PBL
PEMBAHAGIAN KUMPULAN
MENGENALPASTI MASALAH
MENJANA IDEA
ISU PELAJARAN
PEMBELAJARAN KENDIRI
SINTESIS DAN APLIKASI
REFLEKSI DAN TINDAK BALAS
BACK
Pada peringkat ini, pelajar akan mengenali di antara
satu sama lain dan pelajar akan membentuk kumpulan
masing-masing. Seterusnya, ketua kumpulan dan
pencatat akan dilantik dan peraturan-peraturan
kumpulan akan dibentuk
BACK
Pelajar akan dikemukakan dengan masalah untuk
diselesaikan. Pelajar perlu mengenalpasti dan
mengesahkan masalah tersebut dan menyatakan
masalah tersebut berdasarkan fakta-fakta yang
diperolehi. Proses mengenalpasti masalah melibatkan
elemen-elemen pencetus idea terhadap masalah yang
ingin dikaji, juga dikenali sebagai trigger. Trigger boleh
didapati dalam bentuk gambar, petikan surat khabar,
klip video, petikan jurnal dan juga kejadian sebenar
yang berlaku. Trigger ini akan menyebabkan sesuatu isu
dipersoalkan, diperdebatkan dan memberi petunjuk
kepada penyelesaian masalah tersebut.
BACK
Pada peringkat ini, pelajar akan mengeluarkan idea-idea
yang dapat membantu dalam proses penyelesaian
masalah tersebut
BACK
Pelajar perlu mengenalpasti apakah yang perlu
dipelajari dan mencari isu-isu yang dapat membantu
mereka untuk menyelesaikan masalah serta
mengetahui apakah langkah-langkah yang perlu diambil
bagi menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya,
pelajar akan mengenalpasti tindakan yang sesuai untuk
menyelesaikan masalah yang diberikan
BACK
Pada peringkat ini, pelajar akan mencari dan
merumuskan informasi-informasi yang relevan dan logik
dengan masalah yang diberikan.
BACK
Punca-punca informasi perlu disahkan kesahihannya
terutamanya daripada Internet. Pelajar akan mula
berkongsi maklumat dengan pelajar yang lain dan
mengaplikasikan maklumat yang diperolehi untuk
menyelesaikan masalah tersebut. Seterusnya, pelajar
akan berbincang, membangunkan penyelesaian dan
membuat penerangan terhadap penyelesaian yang
diambil
BACK
Pada peringkat ini, pelajar akan memberi tindak balas
terhadap kerja kumpulan, kerja individu, penjanaan
pengetahuan, penyelesaian masalah dan juga peranan
fasilitator. Seterusnya, perbincangan akan dilakukan
dalam kumpulan masing-masing

You might also like