You are on page 1of 9

SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Laporan Aktiviti

Pengenalan
WAJ 3131 merupakan satu kursus wajib yang diambil oleh guru pelatih PISMP Ambilan
Jun 2014. Untuk kursus ini, kami dikehendaki untuk menubuhkan persatuan dan mengadakan
aktiviti yang berkaitan dengan persatuan yang ditubuhkan. Penubuhan persatuan ini selaras
dengan kehendak dan keperluan Ringkasan Maklumat Kursus (RMK) yang memerlukan kami
merancang dan mengadakan aktiviti persatuan yang bersesuaian dengan persatuan yang
ditubuhkan. Oleh yang demikian, persatuan yang ditubuhkan ialah Persatuan Pencinta Alam.
Persatuan ini ditubuhkan hasil daripada perbincangan dan persetujuan bersama Unit PISMP
Matematik Ambilan Jun 2014.

Selepas persatuan ditubuhkan, kami semua telah merancang beberapa aktiviti yang
difikirkan sesuai dengan penubuhan Persatuan Pecinta Alam. Kesemua aktiviti telah kami
rangkumkan dalam sebuah lawatan selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang kami rancang
ialah lawatan ke Lost World of Tambun, gotong-royong di Kampung Desa Kayangan, lawatan ke
Ladang Teh Boh, lawatan ke Kea Farm dan lawatan ke Lavender Garden. Kesemua lawatan
berada disekitar kawasan Cameron Highland.

Antara rasional aktiviti lawatan ini dibuat ialah bagi memenuhi kehendak RMK bagi guru
pelatih PISMP, Institut Pendidikan Guru Malaysia. Setiap Guru Pelatih yang mengambil kursus
ini diharapkan agar dapat mengendali dan mengelolakan aktiviti persatuan semasa disekolah
dengan baik. Aktiviti yang dilaksanakan mestilah memupuk dan menanam beberapa nilai yang
disasarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terutamanya dari aspek rohani, jasmani,
intelek, emosi dan sosial. Maka, lawatan ini dijalankan adalah untuk memupuk sifat kepimpinan
dan mengajar kemahiran dalam mengurus sesebuah organisasi dalam kalangan guru pelatih
IPGM sendiri. Diharapkan melalui aktiviti lawatan yang dijalankan dapat membuka minda dan
memberi pengalaman kepada guru pelatih dalam menguruskan dan mentadbir persatuan setelah
ditempatkan di sekolah masing-masing. Pelbagai aktiviti disusun dalam lawatan ini agar sifat
kepimpinan dalam diri pelajar dapat ditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran
yang mendatang. Lawatan yang dirancang juga mempunyai pengisian-pengisian yang
bersesuaian dengan kelab yang ditubuhkan. Ini adalah bagi memastikan aktiviti yang dirancang
adalah selari dengan tujuan penubuhan kelab.
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Aktiviti lawatan yang dibuat adalah bertepatan dengan beberapa objektif dengan
matlamat yang telah digariskan. Antara objektif yang diputuskan ialah aktiviti lawatan dapat
memberi pendedahan awal dari segi pengurusan dan pentadbiran semasa menjalankan aktiviti.
Aktiviti ini memerlukan pengendalian yang kemas dan teliti. Kendalian yang baik akan dapat
memastikan kelancaran lawatan dan aktiviti yang dirancang. Selain itu, lawatan ini mensasarkan
objketif untuk meningkatkan semangat kepimpinan dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti
yang disediakan. Dalam lawatan yang dijalankan, kepatuhan kepada ketua lawatan adalah
sangat penting bagi menjamin kelancaran program. Arahan yang diberi haruslah jelas dan
didengari oleh ahli yang lain. Keyakinan dalam memberi arahan dan membuat keputusan akan
memberikan impak yang baik kepada ahli kelab sendiri.

Objektif utama yang disasarkan ialah menerapkan nilai kecintaan terhadap alam sekitar.
Terdapat beberapa aktiviti yang telah dirancang dalam lawatan ini yang mana dapat memupuk
nilai kecintaan terhadap alam sekitar sendiri. Aktiviti yang bersesuaian telah disusun dan
dirancang dalam lawatan yang diadakan. Akhir sekali, lawatan ini juga mensasarkan kepada guru
pelatih untuk menerapkan sikap berdikari dalam diri setiap guru pelatih. Sikap berdikari perlulah
ada dalam diri setiap individu supaya mana mampu mengharungi cabaran yang kian mencabar
pada masa kini. Guru pelatih perlu mempunyai pengalaman dan pengetahuan dalam
pengendalian persatuan supaya mana tidak berasa kekok semasa diberikan tugas disekolah
nanti.

Rumusannya, aktiviti yang dirancang ini diharapkan mampu memberi pengalaman dan
membuka minda kami semua dalam pengurusan dan pentadbiran persatuan. Pengalaman yang
berharga ini perlu dicapai dan diamalkan supaya mana kita memiliki kebolehan yang pelbagai
dan menjadi aset yang berharga dihasilkan oleh IPGM untuk berkhidmat di sekolah-sekolah nanti.
Selain itu, diharapkan lawatan ini mampu menjadi satu cara untuk kami semua memupuk
semangat cintakan alam sekitar. Sebagai seorang insan, kita haruslah memiliki kesedaran untuk
menjaga alam sekitar yang kita cintai. Kesedaran bahawa alam ini semakin terancam perlulah
ada dalam diri setiap individu supaya kita tidak kehilangan khazanah alam yang sangat berharga
pada masa akan datang.
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Hari Pertama

Pada hari pertama lawatan, kami telah berkumpul dahulu di Dataran Bestari untuk
mendengar taklimat lawatan dan menyusun pergerakan ke tempat lawatan. Seramai 42 orang
guru pelatih telah menaiki bas manakala 7 orang bakinya menaiki kenderaan pensyarah.
Perjalanan kami bermula pada jam 8.00 pagi dan menuju ke tempat aktiviti pertama kami iaitu
Lost World Of Tambun, Ipoh. Perjalanan mengambil masa kira-kira 5 jam.

Rajah 1 Taklimat oleh Pensyarah Pengiring

Kami telah tiba di Tambun pada jam 1.00 tengahari. Setibanya kami disana, tiket masuk
telah diuruskan oleh AJK Aktiviti. Tiket masuk telah diagihkan kepada semua guru pelatih.
Selepas itu, kami diberi masa selama 3 jam untuk berada di dalam kawasan Lost World Of
Tambun. Kami telah pergi kepada beberapa kawasan yang ada di dalam taman tema tersebut.
Antaranya ialah kolam mandi, kolam mandi air panas, zoo haiwan dan lain-lain lagi. melalui
lawatan-lawatan, kami telah melihat kepada beberapa haiwan yang perlu dilindungi dan hampir
pupus. Penjagaan yang baik terhadap haiwan-haiwan ini dapat menjamin keberadaan mereka
dalam habitat haiwan. Selain itu juga, air yang bersih juga memberi gambaran bahawa
persekitaran yang tidak tercemar mampu memberi keselesaan kepada semua orang.

Rajah 2 Penyerahan Tiket masuk ke taman tema air


SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Rajah 3 Ajk memaklumkan masa yang diberi

Pada jam 4.30 petang, kami semua telah berkumpul semula diluar taman tema air dan
mengira bilangan semua orang. Hal ini adalah untuk memastikan tiada sesiapa yang tertinggal
atau tercicir. Selepas bilangan mencukupi, kami telah menaiki bas dan pulang ke tempat
penginapan kami di Brinchang, Cameron Highland. Aktiviti pada hari pertama di akhiri dengan
memberi taklimat kepada semua orang berkenaan aktiviti keesokan harinya dan berehat.

Hari Kedua

Pada hari kedua, kami telah bersarapan terlebih dahulu di tempat penginapan. Sarapan
telah disediakan oleh pihak penginapan. Selepas itu, kami telah berjalan ke surau Desa
Kayangan bagi bersedia untuk aktiviti gotong-royong bersama penduduk kampung. Taklimat
telah diberikan oleh pengerusi lawatan berkenaan gotong-royong yang dijalankan. Selepas itu,
kami semua telah menjalankan tugas yang diarahkan. Kami memulakan gotong-royong dengan
mengangkat batu-bata ke kawasan pembinaan rumah. Selepas itu, kami telah berjalan
mengelilingi kawasan kampung untuk mengutip sampah. Sebahagian yang lain berada di surau
untuk mengecat. Pada jam 12 tengahari, kami pulang ke tempat penginapan untuk berehat dan
bersedia bagi aktiviti seterusnya. Berdasarkan kepada aktiviti ini, kami menyedari bahawa
perlunya bekerjasama untuk menjaga kebersihan alam sekitar agar ia sentiasa bersih dan terjaga.

Rajah 6 Sarapan bersama-sama Rajah 5 Berjalan ke tempat gotong- Rajah 4 Penyediaan Sarapan
royong
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Rajah 7,8 dan 9 Tiba di surau Desa


Kayangan

Rajah 10,11 dan 12 Mengutip


sampah di kawasan kampung dan
mengecat surau

Pada jam 2 petang, kami telah berkumpul untuk pergi ke dua tempat yang telah dirancang.
Yang pertama ialah ladang Teh Boh yang terletak di Sungai Palas. Kami telah bertukar bas bagi
membolehkan kami semua melalui jalan yang agak sempit menuju ke ladang teh. Setibanya kami
di situ, kami diberi masa selama 30 minit untuk melawat ladang tersebut. Ladang teh merupakan
salah khazanah negara kita yang mana telah dikomersialkan dan memberi pendapatan kepada
negara. Selain itu, ladang teh ini juga memberi satu pemandangan yang cantik dan memberi satu
perasaan untuk menghargai dan mencintai alam sekitar. Setelah 30 minit masa berlalu, kami
pulang ke bas dan menuju ke Kea Farm. Setibanya disana, kami telah membeli barangan yang
perlu dan yang ingin dibawa pulang. Semasa di Kea Farm, kami dapat melihat bahawa alam
sekitar sendiri mampu menberi pendapatan kepada kita sekiranya dapat dijaga dan dipelihara
dengan baik.

Rajah 13,14,15 Aktiviti di Ladang Teh


Boh dan Kea Farm
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Rajah 14 Menunggu ketibaan VIP untuk perasmian


gotong-royong

Selepas selesai urusan di Kea Farm, kami telah menuju pulang ke kawasan gotong-
royong. Aktiviti seterusnya ialah perasmian penutup aktiviti gotong-royong bersama penduduk
kampung. Selesai penutupan, kami pulang ke tempat penginapan. Pada jam 8.30 malam, kami
berkumpul bagi aktiviti BBQ. Kami menyalakan api terlebih dahulu dan kemudian memanggang
segala bahan yang telah disediakan. Kami melakukan aktiviti membakar secara bergilir-gilir.
Aktiviti ini memberi kesedaran bahawa pentingnya pengurusan yang baik dan arahan yang jelas
serta memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan. Selepas tamat BBQ, kami telah pulang
ke bilik masing-masing dan berehat.

Rajah15,16, Penyediaan Api dan BBQ

Hari Ketiga

Pada hari ketiga, kami mengemas barang terlebih dahulu sebelum pergi ke tempat
terakhir untuk lawatan kami. Sarapan telah disediakan dan kami makan terlebih dahulu. Selepas
itu, taklimat ringkas telah diberikan oleh pengerusi lawatan. Selesai taklimat, kami bertolak ke bas
dan bergerak ke Taman Lavender. Semasa di Taman Lavender, kami telah melihat pelbagai jenis
lavender dan bunga-bungaan lain. Ini telah memberikan kesedaran kepada kami berkenaan
pentingnya menghayati keindahan alam sekitar. Keindahan ini perlulah dijaga bersama supaya
ianya tidak akan hilang pada satu hari nanti. Selesai melawat Taman Lavender, kami bergerak
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

pulang ke IPG. Setibanya kami di IPG, kami telah mengadakan sesi refleksi bagi berkongsi
pengalaman dan pendapat untuk lawatan ini

Rajah 17 Bergambar bersama di luar Taman Lavender

Penutup
Secara kesimpulannya, lawatan ini banyak memberikan pengalaman kepada kami semua
berkenaan beberapa perkara. Yang pertama ialah pentingnya pengurusan yang baik untuk
organisasi dalam sesebuah lawatan. Pengurusan yang baik dari segi pengagihan tugas, arahan
dan penyusunan jadual dapat memastikan kelancaran aktiviti yang dirancang. Selain itu,
kerjasama yang diberikan oleh peserta serta AJK pelaksana adalah penting. Kerjasama yang
baik membolehkan aktiviti yang dirancang tidak mempunyai sebarang masalah dan memudahkan
segala urusan yang dibuat.

Selain itu, lawatan ini juga mengajar kami pentingnya untuk menghargai alam sekitar.
Alam sekitar merupakan khazanah alam yang paling berharga. Sekiranya ia tidak dijaga dengan
sempurna, maka kita sendiri yang akan rugi serta mendapat akibat yang buruk pada masa akan
datang. Khazanah alam perlulah dijaga dan dipelihara agar ia dapat dirasai oleh golongan yang
akan datang.
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

REFLEKSI

Berdasarkan kepada lawatan yang dilaksanakan, saya telah mempelajari beberapa


perkara yang penting. Jika dilihat kepada permasalahan dahulu, terdapat beberapa perkara yang
boleh diutarakan. Yang pertama ialah dari segi pengurusan masa dan aktiviti. Secara ringkasnya,
saya boleh katakana bahawa pengurusan masa adalah satu elemen yang penting yang perlu
dititik beratkan oleh semua individu. Hal ini kerana pengurusan masa yang baik akan memastikan
semua perkara yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. Sebagai seorang bakal guru,
pengurusan masa adalah satu perkara yang perlu menjadi tunjang utama dalam diri. Sekiranya
kita dapat menguruskan masa dengan baik, maka kita akan dapat melaksanakan banyak tugas
dengan baik dan sempurna. Masa yang diurus dengan baik juga membolehkan kita merancang
dan menyusun aktiviti yang dirancang tanpa perlu ada kerisauan. Pengabaian aspek ini akan
menyebabkan pelbagai implikasi negatif akan terjadi kepada diri dan boleh menyebabkan mutu
kerja kita berkurang. Sekiranya masa dapat diurus dengan baik, saya yakin saya mampu
memberi komitmen yang baik dalam mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Seterusnya, pengurusan organisasi yang baik perlulah menjadi kemahiran wajib bagi diri
saya. Pengurusan organisasi merupakan satu elemen yang tidak boleh kita nafikan
kepentingannya dalam hidup sebagai pendidik. Hal ini kerana kita akan berdepan dengan
pelbagai tugasan dan persatuan yang perlu ditadbir semasa di sekolah nanti. Organisasi yang
kita akan terima bukanlah sahaja pada peringkat sekolah, bahkan mungkin pada peringkat
masyarakat sendiri. Oleh yang demikian, pengurusan organisasi seperti pemberian arahan,
mentadbir ahli, membuat mesyuarat yang efektif akan sedikit sebanyak memberi kelebihan
kepada diri kita untuk membawa persatuan yang kita sertai kepada perubahan yang lebih baik.
Pengurusan organisasi juga penting kerana ia merupakan salah satu kemahiran wajib yang akan
kita gunakan di sekolah. Apabila mendapat tugas-tugas menjalankan aktiviti yang diberi oleh
pihak pentadbir, rasa kekok untuk melaksanakannya tidak akan timbul bahkan akan menjadi nilai
tambah pada diri sendiri.

Seterusnya, saya juga mempelajari bahawa pentingnya kerjasama dalam melaksanakan


aktiviti yang dijalankan. Kerjasama merupakan elemen yang penting yang perlu wujud dalam diri
seorang guru. Kerjasama membolehkan kita melaksanakan pelbagai tugas dengan lebih mudah
dan cepat. Kerjasama juga memerlukan kita untuk memberi kesanggupan menjalankan tugas.
SYAHRIN NADZIF BIN SUMADI 950426106291

Sekiranya kita tidak mampu memberi kerjasama dalam aktiviti yang dijalankan, maka kita sendiri
akan menyusahkan diri dan orang lain. sebagai seorang guru, jadilah seorang insan yang
berguna pada diri sendiri dan orang lain. Nilai-nilai murni sebegini perlulah dipupuk kerana kita
akan berhadapan dengan pelbagai orang yang berbeza dan memerlukan bantuan mereka untuk
menjalankan tugas bersama semasa di sekolah. Sekiranya kita lihat pada peringkat yang lebih
jauh lagi, kerjasama adalah penting dalam kita menjalankan tugas atau aktiviti yang akan
dijalankan disekolah nanti. Sekiranya kerjasama sukar diberikan, maka kita akan dibelenggu
dengan pelbagai jenis kesusahan.

Seterusnya, sebagai seorang guru persatuan, kita perlulah memastikan bahawa aktiviti
yang dirancang selari dengan objektif yang dikehendaki. Hal ini kerana keselarian objektif dan
kandungan aktiviti akan menampakkan keefisien aktiviti yang dijalankan. Efisiensi dalam
menjalankan aktiviti akan memberikan banyak impak positif kepada ahli persatuan sendiri. Hal ini
kerana ahli akan merasakan bahawa aktiviti yang dijalankan oleh persatuan yang disertai
memberi manfaat dan timbul rasa kepuasaan dalam menyertai persatuan yang dipilih. Hal ini juga
perlu dititik beratkan kerana semasa di sekolah, pelbagai soalan akan diajukan oleh pelbagai
pihak terutamanya ibu bapa sendiri. Kita perlulah memberi jawapan yang baik kepada mereka
bagi membolehkan mereka yakin untuk membenarkan anak-anak mereka menyertai aktiviti yang
kita telah rancangkan untuk persatuan.

Berdasarkan kepada kesemua perkara diatas, saya merasakan bahawa lawatan ini telah
banyak memberi pengalaman dan membuka minda saya dalam bahagian pengurusan dan
pentadbiran persatuan dan pelaksanaan aktiviti. Kita haruslah sentiasa bersedia menimba
pengalaman baharu agar diri kita mempunyai banyak nilai tambah dan kemahiran yang berguna
yang mana boleh kita aplikasikan semasa di sekolah nanti. Kebolehan yang pelbagai akan
menampakkan bahawa kita merupakan seorang guru yang berkebolehan tinggi dan kompeten.
Ini akan memberi keyakinan kepada sekolah dan masyarakat bahawa guru merupakan individu
yang bukan sahaja mampu memberikan ilmu kepada anak murid, bahkan mampu mengurus
pelbagai perkara dengan baik dan sempurna. Oleh yang demikian, saya berharap pengalaman
yang saya peroleh dalam kursus mampu saya manfaatkan di sekolah dalam membantu dan
memberi sumbangan yang besar kepada pencapaian sekolah.

You might also like