You are on page 1of 6

Penulisan Esei

Pelaksanaan ujian merupakan salah satu kaedah utama dalam memastikan guru dapat
melihat pencapaian murid-murid dalam subjek yang diajar. Dalam membina sebuah ujian, guru
perlulah melihat beberapa aspek penting bagi memastikan ujian yang dilaksanakan dalam
digunakan dengan baik bagi melihat perkembangan murid-muridnya. Antara aspek-aspek utama
yang perlu dilihat ialah pentaksiran, pengujian dan penilaian. Menurut Dunn (1991), aspek
pentaksiran dapat merealisasikan usaha guru dalam mengumpul maklumat tentang pencapaian
dan kemajuan di dalam latihan serta ujian yang dilalui oleh murid. Pentaksiran juga merujuk
kepada satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang
produk sesuatu proses pendidikan. Raminah Hj. Sabran (1991) memperihalkan bahawa ujian
adalah cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang dipamerkan oleh murid dalam keadaan
terkawal. Pengujian juga merujuk kepada sejauh mana ujian yang dilakukan dapat mengukur apa
yang hendak diukur. Akhir sekali penilaian pula merujuk kepada proses mendapatkan maklumat
yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan.

Selain daripada aspek-aspek yang dinyatakan diatas, ujian yang baik juga perlu
mengambil kira aspek penggunaan dua perkara utama. Dua perkara ini ialah Taksonomi Bloom
dan Domain Krathwohl. Taksonomi Bloom merujuk kepada penggunaan aras kognitif yang
berbeza dalam pembinaan soalan. Antara aras yang wujud dalam taksonomi ini ialah aras
mengetahui, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Keenam-enam aras
ini mempunyai tahap kognitif yang berbeza dalam memastikan ujian yang dibina dapat menguji
pelbagai tahap kognitif murid-murid dalam menjawab soalan dalam ujian. Perkara kedua yang
perlu dititikberatkan dalam ujian ialah domain Krathwohl. Domain Krathwohl merupakan domain
yang berhubung dengan perasaan, emosi dan sikap. Antara perkara yang dibincangkan dalam
domain ini ialah penerimaan, tanggapan, penghargaan, pengorganisasian dan perwatakan
berdasarkan nilai-nilai. Bagi memperlihatkan kesemua perkara ini, sebuah soalan ujian bulanan
tahun 4 diambil dan digunakan sebagai menerangkan semua perkara di atas. Penerangan
berkenaan ujian bulanan tahun 4 akan berkisar berkenaan sejauh mana ujian ini berkesan dari
segi aspek-aspek pentaksiran, pengujian dan penilaian serta mengikut aras taksonomi Bloom
dan Domain Krathwohl.

1
Untuk soalan ujian tahun 4 ini, kita boleh melihat kepada aspek pentaksiran terlebih
dahulu. Soalan ini mempunyai kepelbagaian dari segi bentuk soalan yang dibina. Bentuk soalan
objektif yang mempunyai pilihan jawapan membolehkan soalan ini mempunyai keobjektifan.
Soalan objektif sebegini akan membolehkan pentafsir atau penanda kertas soalan memberikan
markah secara tepat berdasarkan pilihan jawapan yang dibuat oleh murid. Seterusnya untuk
aspek pentaksiran kita juga boleh melihat kepada kesahan skor. Kesahan skor merujuk kepada
kerelevenan atau kecukupan cakupan soalan dalam mentaksir murid-murid. Berdasarkan kepada
soalan-soalan yang dibina dalam kertas ujian bulanan tahun 4, soalan mencakupi kepelbagaian
pelbagai topik yang dipelajari dalam tahun 4. Ini dapat menguji sama ada pengetahuan yang
pernah dipelajari sebelum ini berjaya dikuasai oleh murid ataupun tidak. Kebolehtadbiran juga
boleh dilihat dalam aspek pentaksiran untuk soalan ujian ini. Soalan ini merupakan soalan ujian
bulanan. Oleh demikian, pelaksanaan ujian adalah selaras dan murid-murid tahun 4 menjawab
soalan ini menjawab soalan ini pada masa yang ditetapkan dan dalam satu tempoh masa yang
sama. Ini memperlihatkan kelicinan dari segi kerja-kerja mentadbir ujian yang dilaksanakan
secara berpusat ataupun berasaskan sekolah.

Untuk aspek pengujian pula, beberapa perkara boleh dibincangkan berkenaan soalan
ujian ini. Yang pertama, ujian yang dijalankan dapat mengesan hasil pembelajaran yang telah
dicapai. Berdasarkan kepada analisis terhadap soalan ujian ini, soalan-soalan yang dibina
merujuk kepada topik-topik pembelajaran yang pernah dipelajari oleh murid sebelum ini. Oleh
yang demikian, skop soalan yang ditanya hanyalah berkisar kepada hasil pembelajaran yang
pernah digariskan oleh guru pada pengajaran sebelum ini. Soalan ujian juga tidak menguji
perkara diluar topik yang pernah diajar oleh guru. Oleh yang demikian, soalan ini menepati
perkara yang pertama. Seterusnya, pengujian yang berkesan juga memerlukan ujian yang dibina
mengesan kemajuan yang telah diperolehi tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang
lain. Dengan menggunakan ujian yang baik, guru boleh melihat kemajuan murid dari segi
penguasaan hasil pembelajaran topik-topik sebelum ini. Guru juga dapat merancang bagaimana
sekiranya murid-murid tidak menguasai topik sebelum ini. Berdasarkan kepada ujian yang dirujuk,
ujian bulanan ini merangkumi pelbagai pengetahuan murid-murid dari topik yang pelbagai. Selain
itu, soalan ini juga menyentuh beberapa kemahiran berbeza iaitu kemahiran tatabahasa,
kemahiran membaca dan seni bahasa. Seni bahasa boleh dilihat dari pengimplementasian
pantun dalam soalan objektif. Oleh yang demikian, murid-murid juga diuji daripada kemahiran

2
yang berbeza membolehkan guru melihat sejauh mana penguasaan murid-murid dalam
matapelajaran bahasa Malaysia.

Dari segi penggunaan Taksonomi Bloom pula, soalan yang dibina mempunyai pelbagai
aras yang digunakan bagi memastikan murid-murid mampu diuji aras kognitifnya pada pelbagai
peringkat. Secara keseluruhannya, kertas objektif bagi ujian bulanan tahun 4 ini mempunyai
taburan aras kesukaran yang boleh diterima. Ini bermakna soalan yang dibina mempunyai soalan
pada aras rendah , diikuti dengan aras sederhana dan soalan pada aras sukar. Taburan yang
digunakan bagi semua soalan adalah 5:3:2. Ini bermakna soalan ini mempunyai banyak soalan
mudah, soalan sederhana yang sederhana bilangannya dan soalan sukar yang sedikit. Antara
fungsi soalan ini ditabur secara sedemikian adalah untuk memastikan bahawa unjuran normal
dapat diperolehi daripada skor murid-murid setelah menjalani ujian. Ujian yang mempunyai
unjuran normal memberi maksud bahawa soalan adalah sesuai digunakan. Sekiranya berlaku
unjuran yang pencong ke sebelah kanan, soalan akan ditafsirkan sebagai mudah dan tidak dapat
menguji apa yang hendak diuji. Begitu juga berlaku sekiranya unjuran pencong ke sebelah kiri.
Pencongan ke sebelah kiri menunjukkan soalan terlalu sukar dan tidak sesuai digunakan. Bagi
Domain Krathwohl, ia boleh dilihat juga dalam kertas ujian ini. Domain Krathwohl boleh dilihat
dalam kertas 1 bagi ujian bulanan tahun 4 yang dirujuk. Soalan seperti ‘Apakah yang perlu kita
lakukan supaya kita akan berjaya?’ mempunyai elemen perwatakan berdasarkan nilai-nilai.
Domain ini penting dalam menguji domain afektif bagi seorang pelajar. Pentaksiran yang baik
seharusnya tidak hanya menguji domain kognitif tetapi domain afektif dan psikomotor. Oleh
kerana ujian ini bersifat objektif dan bertulis, dua domain utama yang penting dalam pembinaan
kertas ujian ialah domain kognitif dan afektif. Jika melihat kepada sebuah ujian yang mempunyai
keberkesanan dari segi pengujian, ia sepatutnya mampu menguji apa yang sepatutnya diuji. Oleh
yang demikian, ujian ini mencakupi kedua-dua aspek domain kognitif dan afektif yang mana dapat
menguji kemahiran dalam Bahasa Malaysia dengan lebih efektif dan berkesan.

Kemahiran menulis merupakan antara kemahiran terpenting dalam bahasa Malaysia.


Kemahiran menulis merupakan salah satu kemahiran yang perlu dikuasai oleh setiap murid-murid
pada peringkat sekolah rendah lagi. Untuk itu, penilaian kemahiran menulis akan dilihat
kepentingannya dengan lebih mendalam dalam memastikan kemahiran ini merupakan satu
perkara yang signifikan untuk sesebuah ujian. Antara kepentingan penilaian kemahiran menulis

3
adalah untuk mendirikan asas yang cukup supaya guru dapat menilai murid-murid dalam
melahirkan idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap. Berdasarkan kepada
soalan kertas 2 bagi ujian bulanan tahun 4, soalan bahagian C dapat membuktikan bagi
kepentingan ini. Dalam soalan ini, setiap murid dikehendaki membina dan menulis ayat yang
lengkap berdasarkan gambar yang disediakan. Jika merujuk kepada soalan ini, murid-murid a
menggunakan idea tersendiri dan membina ayat berdasarkan kepada bahan rangsangan yang
disediakan. Oleh yang demikian, guru-guru akan menerima pelbagai bentuk jawapan daripada
murid-murid. Daripada jawapan yang pelbagai ini, guru boleh melihat kematangan murid-murid
dalam melontarkan idea dalam penulisan. Guru juga mampu menilai tahap perbendaharaan kata
bagi seseorang murid. Murid-murid juga mampu dinilai daripada penguasaan mereka dalam
kemahiran menulis ayat dengan baik dan tepat.

Seterusnya, kepentingan penilaian kemahiran menulis dalam ujian bulanan tahun 4 ialah
membantu guru menilai kebolehan murid-murid menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan dan seterusnya sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat. Contoh yang
menghubungkaitkan kepentingan ini dengan kemahiran menulis ialah pada soalan E. soalan ini
mengkehendakkan murid-murid untuk menyusun semula perkataan menjadi ayat yang betul.
Berdasarkan kepada soalan ini, murid-murid ini akan berusaha untuk menyusun semula dan
dalam masa yang sama melihat justifikasi kepada penyusunan yang dibuat. Dari aspek guru pula,
guru boleh menyemak kemahiran murid-murid dalam menyusun perkataan yang diberi dengan
susunan yang betul. Melalui susunan yang betul, guru dapat melihat secara jelas penguasaan
murid-murid dalam berbahasa Malaysia secara baik dan tepat. Guru juga boleh memberi
bimbingan bagi memperbetulkan pengetahuan murid yang belum menguasai kemahiran
berbahasa dengan baik. Langkah-langkah intervensi juga boleh dilaksanakan bagi mengatasi
dan memperbaiki murid yang lemah. Aktiviti pengayaan juga boleh dijalankan kepada murid-
murid yang mahir supaya mereka dapat menguasai pengetahuan tambahan berkenaan topik dan
kemahiran yang diuji. Secara jelasnya, guru dapat merancang pelbagai aktiviti dalam memastikan
kebolehan murid-murid dalam berbahasa berada dalam tahap yang baik dan memuaskan.

Kesimpulannya, kertas ujian yang baik akan dapat mengukur dan menilai pencapaian
murid dengan sebetulnya. Pembinaan instrumen pentaksiran yang baik haruslah mengambil kira
beberapa aspek yang penting untuk diterapkan dalam pembinaan soalan. Aspek-aspek seperti

4
Taksonomi Bloom dan Domain Krathwohl adalah antara elemen terpenting untuk diaplikasikan
ke dalam pembinaan soalan. Soalan yang baik akan dapat menguji apa yang sepatutnya yang
diuji. Oleh yang demikian, sebagai seorang bakal guru, pengetahuan berkenaan cara pembinaan
soalan yang baik hendaklah diterapkan dalam pembinaan soalan agar maklumat perkembangan
murid-murid dapat diperoleh dengan tepat. Melalui maklumat yang diperoleh, guru boleh
menentukan sama ada pengajaran yang disampaikan dapat dikuasai dengan baik oleh murid-
murid atau sebaliknya. Sekiranya terdapat kelemahan yang ketara dalam kalangan murid-murid,
langkah intervensi dan pemulihan boleh diambil dan murid akan dapat diperbaiki penguasaan
mereka dalam satu-satu kemahiran yang diuji. Guru juga dapat membentuk murid-murid yang
berdaya saing dan berkebolehan dalam subjek yang dipelajari. Diharapkan dengan mutu kertas
ujian yang baik dapat menjadikan pendidikan negara kita semakin baik pada masa akan datang.

5
Rujukan

Arends . (2004) . Pentaksiran dalam Pendidikan . Selangor: Oxford Fajar Sdn.Bhd

Azizi Ahmad .(2008). Pengukuran dan Penilaian Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Dunn .(1991). Educational assessments of students. Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall

Faizal, D. (2014, Mac 14). PENGENALAN KEPADA KEMAHIRAN MENULIS. Dicapai daripada
https://faizalbmm3105.weebly.com/kemahiran-menulis.html

Raminah Hj Sabran. (1991). Penilaian dan pengujian Bahasa Malaysia: Penerapannya pada
peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like