You are on page 1of 9

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TOPIK 7

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Sinopsis Topik ini membincangkan tentang teori pembelajaran yang dikemukakan oleh Robert Gagne. Dua teori yang dibincangkan adalah tentang pembelajaran masteri dan pembelajaran hirarki. Kedua-dua teori ini adalah berkaitan dengan konsep pembelajaran. Di akhir modul dibincangkan implikasi teori ini untuk mengajar sains sekolah rendah.

Hasil Pembelajaran Memperihalkan teori pembelajaran masteri Menerangkan lapan jenis pembelajaran hirarki Membincangkan implikasi kedua-dua teori untuk mengajar sains sekolah rendah Pengenalan

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

PEMBELAJARAN MASTERI

PEMBELAJARAN HIRARKI

IMPLIKASI TEORI UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

TEORI PEMBELAJARAN GAGNE

Robert M.Gagne dilahirkan dalam tahun 1916 di North Andover, Massachusetts. Beliau telah banyak memberi idea-idea yang berkaitan dengan pembelajaran. Di antaranya, beliau menyatakan bahawa adalah tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun mengikut hirarki daripada yang mudah kepada yang kompleks. Beliau juga mengemukakan pembelajaran masteri. Kedua-dua konsep pembelajaran ini akan kita terokai secara terperinci dalam modul ini. 1.1 PEMBELAJARAN MASTERI

Gagne mengemukakan satu pendekatan yang berstruktur tentang konsep pembelajaran supaya kebarangkalian untuk pembelajaran yang spesifik akan dapat tercapai. Beliau mencadangkan bahawa pembelajaran adalah lebih efektif bila kanak-kanak bergerak daripada penguasaan satu unit konseptual kepada konsep yang lebih am. Guru perlu menjalankan analisis tugas pembelajaran(learning-task analysis) untuk memastikan penguasan atau masteri itu berlaku. Guru boleh menggunakan langkah-langkahberikut; Mengenal pasti kemahiran pembelajaran. Analisis tugasan pembelajaran. Susun kemahiran pembelajaran sebagai pembelajaran yang berhirarki. Urutan pengajaran mengikut pembelajaran yang berhirarki yang telah disusun. Jadi konsep pembelajaran masteri yang dimaksudkan adalah pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokus kepada penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang dikanak-kanaki. Pendekatan ini berpegang kepada prinsip bahawa setiap kanak-kanak mampu belajar jika diberi peluang dan jika apabila sesuatu tajuk yang diajar itu dibahagikan kepada unit-unit yang lebih kecil. Peluang perlu diberi kepada kanak-kanak untuk belajar mengikut kadarnya, tindakan pengayaan dan pemulihan perlu dijadikan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui Pembelajaran Masteri kanak-kanak diberi peluang untuk maju mengikut kebolehan dan kadar pembelajaran mereka sendiri serta dapat

mempertingkatkan tahap penguasaan pembelajaran.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Dalam pembelajaran masteri, kanak-kanak perlu diberi maklumbalas tentang pembelajarannya dari masa ke masa. Maklumbalas ini dapat menolong kanak-kanak untuk mengesan kefahaman mereka. Tajuk yang kurang difahami akan diberi masa tambahan supaya tajuk ini dapat dikuasainya. Cuma kanak-kanak yang gred A dan B sahaja yang diterima sebagai kriteria telah menguasai tajuk tersebut (Davis & Sorrel,1995). Apakah definisi ikut pendapat pakar pendidikan? merupakan satu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang berfokuskan penguasaan kanak-kanak dalam sesuatu perkara yang diajar. [Bloom, 1968]

ialah satu set idea dan amalan pengajaran secara individu yang dapat membantu kanak-kanak untuk belajar secara konsisten idea dan amalan ini menghasilkan pengajaran yang sistematik, membantu kanak-kanak apabila menghadapi masalah pembelajaran, memperuntukkan masa yang mencukupi untuk kanak-kanak mencapai masteri dengan berpandukan kriteria masteri yang jelas. [Anderson & Block, 1975]

Secara

rumusannya pembelajaran masteri

ialah

suatu

pendekatan

pengajaran dan

pembelajaran bagi memastikan semua kanak-kanak menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti (PPK- Modul Pembelajaran Masteri). Prinsip asas dalam Pembelajaran Masteri ialah: i. Kanak-kanak normal boleh memkanak-kanaki apa yang diajarkan oleh guru. ii. Pembelajaran dipecahkan kepada beberapa unit kecil supaya mudah dikuasai. iii. Kanak-kanak memerlukan masa yang mencukupi untuk menguasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan. iv. Arahan pengajaran dan pembelajaran bagi setiap unit pembelajaran mestilah jelas.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

Dalam Pembelajaran Masteri terdapat beberapa langkah yang perlu dilaksanakan. Langkah tersebut digambarkan melalui Rajah 1 berikut:

UNIT PEMBELAJARAN SATU Penentuan hasil pembelajaran

Pengajaran dan pembelajaran

Penilaian

Tindakan susulanpengayaan

ya

Sudahkah kanakkanak menguasai

tidak

Tindakan susulanpemulihan

ya

teruskan

UNIT PEMBELAJARAN DUA


Rajah 1: Model Pembelajaran Masteri

AKTIVITI 1 1. Apakah kelebihan dan kekangan sekiranya guru ingin melaksanakan pembelajaran masteri 2. Apakah yang patut lakukan sekiranya anda ingin melaksanakan pembelajaran masteri di kelas yang anda ajar?

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

1.2

PEMBELAJARAN HIERARKI

Robert Gagne berpendapat bahawa terdapat beberapa jenis atau aras pembelajaran. Pengelasan sebegini bermakna bahawa setiap jenis pembelajaran memerlukan pengajaran yang berbeza-beza. Gagne mengenal pasti lima kategori pembelajaran : maklumat lisan, kemahiran intelek, strategi kognitif, kemahiran motor dan sikap. Keadaan luaran dan dalaman yang berbeza-beza diperlukan bagi setiap jenis pembelajaran. Seterusnya beliau

mencadangkan supaya tugasan pembelajaran bagi kemahiran intelek boleh disusun secara hirarki mengikut tahap kesukaran.

Gagne telah mengenal pasti lapan peringkat pembelajaran. Setiap pembelajaran hanya akan dicapai sekiranya kanak-kanak telah menguasai pembelajaran di peringkat yang lebih awal.Peringkat-peringkat ini ditunjukkan dalam Rajah 2 dibawah :

PENYELESAIAN MASALAH HUKUM KONSEP DISKRIMINASI PERTALIAN BAHASA RANGKAIAN MOTOR GERAK BALAS PEMBELAJARAN ISYARAT

Rajah 2: Peringkat pembelajaran Gagne

Peringkat-peringkat Gagne adalah seperti berikut:

(a)Pembelajaran Isyarat Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Pembelajaran berlaku setelah tingkahlaku itu dijalankan beberapa kali sehingga menjadi lazim seperti yang diceritakan oleh Pavlov. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran. Seseorang individu memkanak-kanaki gerak balas terhadap sesuatu isyarat. Contohnya,

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

apabila guru meletakkan tangannya ke bibir kanak-kanak akan diam. Dalam hal ini, kanakkanak-kanak-kanak telah dilazimkan dengan tingkah laku tersebut. b)Pembelajaran Gerak Balas Pembelajaran rangsangan pula adalah apa yang diceritakan oleh Skinner. Proses peneguhan penting untuk memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Penggunaan ganjaran, pujian, dan denda adalah diantara aktiviti peneguhan yang boleh memperkuatkan pertalian antara rangsangan dengan gerak balas. Peneguhan mesti diberi secara konsisten dan tekal supaya gerak balas yang positif dapat dikekal. Contohnya. bila seorang kanak-kanak menunjukkan satu tingkahlaku yang baik, beri pujian supaya dia sedar yang dilakukannya adalah baik dan patut diteruskan. (c)Pembelajaran Rangkaian Motor Pembelajaran ini adalah dimana seseorang membentuk kebolehan untuk menghubungkait dua atau lebih tingkahlaku rangsangan-gerakbalas yang telah dikanak-kanaki menjadi satu urutan rangkaian untuk melengkapi tugasan yang dijalankan. Pembelajaran rangkaian motor digunakan dalam pembelajaran kemahiran seperti permainan, muzik, elektronik, mekanikal dan lain-lain. Misalnya, ketika menyampaikan bola dalam permainan tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tingkah laku ini disebut rangkaian. d)Pembelajaran Pertalian Bahasa Pertalian bahasa adalah satu proses dalam pembentukan kemahiran berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Contohnya, guru tunjukkan gambar kucing, dia akan menyebut kucing. Ini akan diulangi beberapa kali sehingga kanak-kanaknya dapat mengaitkan sebutan dengan objek tersebut. Ini akan menjamin peneguhan pertalian. (e)Pembelajaran Diskriminasi Pembelajaran jenis ini melibatkan pembentukan kebolehan untuk menunjukkan gerakbalas yang sesuai terhadap satu siri rangsangan yang berbeza. Bagi memudahkan proses mengelas dan menyimpan maklumat dalam ingatan , kanak-kanak perlu dapat membezakan benda-benda mengikut ciri-ciri tertentu. Pada masa yangsama, kanak-kanak dapat membezakan rangsangan

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

atau maklumat penting berbanding maklumat tidak penting dan memberi gerak balas berlainan untuk rangsangan yang berlainan. Pembelajaran diskriminasi adalah sangat penting dalam proses pembelajaran.Kanak-kanak dapat menapis maklumat penting daripada maklumat tidak penting dan ini memudahkan proses pengkodan maklumat untuk disimpan dalam ingatan jangka panjang. (f)Pembelajaran Konsep Pembentukan konsep bermula dengan pertalian berbahasa dan diskriminasi, iaitu mengenali ciri-ciri sesuatu konsep secara tepat. Kanak-kanak dapat membentuk konsep yang baik setelah membuat persepsi dan pengamatan terhadap objek, orang dan peristiwa. Kanak-kanak perlu didedahkan dengan banyak contoh-contoh yang jelas dan pelbagai supaya dia dapat membentuk konsep yang betul dan tepat. Bagi mengukuhkan lagi kefahaman konsep tersebut guru harus membawa beberapa bukan contoh pula. Contohnya, kalau ingin menyampaikan konsep mamalia, kanak-kanak perlu diberi memerhati sifat atau ciri-ciri yang ada pada contohcontoh haiwan seperti kucing, harimau, kambing. Bila kanak-kanak sudah dapat menyatakan ciri-ciri yang sepunya pada haiwan-haiwan ini, guru akan kemukakan pula haiwan seperti buaya, ular, burung. dengan mengkaji ciri-ciri yang terdapat pada haiwan-haiwan yang bukan mamalia tadi akan mengukuhkan lagi konsep haiwan mamalia. (g)Pembelajaran Hukum Pembelajaran ini merupakan proses kognitif tinggi. Ia melibatkan seseorang berkebolehan untuk menghubungkait antara konsep-konsep dan mengaplikasi hubungan yang telah dibentuk tadi dalam situasi yang pelbagai. Pembelajaran ini melibatkan penggunaan rumus, prinsip dan generalisasi. Misalnya, ketika kanak-kanak memkanak-kanaki apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang perlu dikanak-kanaki ialah membeku;. isipadu dan bertambah. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk hukuman tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan konsep bulat dan bola ketika memkanak-kanaki hukum benda-benda bulat tergolek.

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

h)Pembelajaran Penyelesaian Masalah Pembelajaran ini melibatkan penggunaan prinsip, rumus, generalisasi, konsep dan hukum untuk menyelesaikan masalah dalam sesuatu situasi baru. Terdapat beberapa langkah dalam penyelesaian masalah, iaitu mengenal masalah, mencari maklumat,membuat hipotesis, membuat pilihan, membuat rumusan.Penyelesaian masalah merupakan pembelajaran paling kompleks. Ia melibatkan penggunaan konsep serta pembelajaran hukum. Pembelajaran penyelesaian masalah bergantung kepada jenis pembelajaran di peringkat yang rendah daripadanya (iaitu yang sebelumnya). Selagi jenis-jenis pembelajaran di bawah seperti pembelajaran hukum, pembelajaran konsep, diskriminasi, perkaitan berbahasa, rangkaian dan pembelajaran isyarat belum dicapai, maka penyelesaian masalah tidaklah dapat dijalankan.

Aktiviti 2 Pilih satu tema daripada Huraian Sukatan Pelajaran Sains Sekolah. 1. Analisis pengetahuan dan kemahiran yang terkandung dalam tema tersebut. 2. senaraikan contoh-contoh peringkat pembelajaran seperti yang dibincangkan dalam pembelajaran hirarki Gagne.

1.3 IMPLIKASI TEORI UNTUK MENGAJAR SAINS SEKOLAH RENDAH Guru perlu memainkan pelbagai peranan untuk menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran. Kalau kita kaji semula apa yang dibincangkankan oleh Gagne dalam teori-teori yang diutarakannya, kita boleh gunakannya bagi menjalankan peranan tersebut dengan lebih berkesan. Di antara peranannya adalah sebagai perancang, pengurus dan penilai proses pengajaran. Guru harus menganalisis sukatan kanak-kanakan dan kemudian merancang urutan pengetahuan dan kemahiran mengikut hirarki. Untuk merancang pengajaran dan pembelajaran, guru perlu a. Menentukan pengalaman atau pengetahuan sebagaimana Gagne kata proses pembelajaran bergerak daripada mudah ke kompleks. Kanak-kanak hanya akan memahami kefahaman yang baru kalau mereka ada pengalaman sedia ada. b. Menentukan hanya satu kemahiran diajar pada satu-satu masa dan perlu dibina daripada kemahiran sedia ada (prerequisite)

SCE3102 Pembelajaran Sains Kanak-kanak

c. Menentukan ciri-ciri kanak-kanak: kesediaan, tahap kemahiran,dan motivasi adalah diantara faktor yang perlu dipertimbangkan semasa merancang proses pengajaran dan pembelajaran d. Menggunakan pelbagai media semasa mengajar sebab setiap jenis

pembelajaran memerlukan media yang berbeza. Contohnya kalau dalam pembelajaran konsep kanak-kanak perlu diberi pelbagai contoh dan bukan contoh yang konkrit supaya mereka boleh meneliti ciri-ciri yang terdapat yanh mana akhirnya dapat membentuk konsep yang tertentu. e. Guru mentaksir secara formatif dan sumatif supaya guru dapat menentukan samada kanak-kanak memrlukan pemulihan, pengayaan atau boleh bergerak ke tajuk yang seterusnya.

References

Abruscato, J. (2000). Teaching Children Science. A Discovery Approach. (5th Edition) USA, Allyn & Bacon. Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Science (8th ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company. Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pembelajaran Masteri. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

http://starfsfolk.khi.is/solrunb/gagne.htm http://www2.rgu.ac.uk/celt/pgcerttlt/how/how4a.htm

http://www.egyankosh.ac.in/bitstream/123456789/25727/1/Unit3.pdf http://www.csulb.edu/~dkumrow/conference/learning_theory.html

You might also like