You are on page 1of 45

FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

KANDUNGAN

SOALAN TUGASAN.......................................................................................iii

BORANG KOLABORATIF..............................................................................iv

PENGHARGAAN.............................................................................................vi

PEENDAHULUAN............................................................................................vii

1.0 KONSEP FALSAFAH : ASAS SEBUAH TAMADUN PEMIKIRAN...........1


1.1 FALSAFAH DARI SUDUT ETIMOLOGI, TERMINOLOGI
DAN PRAKTIKAL............................................................................1

2.0 CABANG-CABANG FALSAFAH : MERUNGKAI PERSOALAN UMUM..6


2.1 METAFIZIK.......................................................................................6
2.2 AKSIOLOGI......................................................................................6
2.3 EPISTEMOLOGI...............................................................................7
2.4 LOGIK..............................................................................................7

3.0 FALSAFAH-FALSAFAH PENDIDIKAN :


ASAS PEMBENTUKAN KURIKULUM PENDIDIKAN................................9
3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM...................................................9
3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR..................................................10
3.3 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT.................................................12

4.0 PENDIDIKAN DAN FALSAFAH : SEIRING DAN SEJALAN


KEARAH PEMBENTUKKAN SEBUAH FALSAFAH
PENDIDIKAN KEBANGSAAN & KURIKULUM PENDIDIKAN (KSSR)....17

i
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

5.0 PENGARUH-PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN DUNIA


TERHADAP SUKATAN PELAJARAN KSSR..........................................21

6.0 ANALISIS SUKATAN PELAJARAN DALAM MENCAPAI


MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN........................24

KESIMPULAN................................................................................................28

RELFEKSI......................................................................................................30

RUJUKAN......................................................................................................33

LAMPIRAN....................................................................................................36

ii
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

SOALAN TUGASAN

iii
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

BORANG KOLABORATIF

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DATO’ RAZALI ISMAIL


21030, KUALA TERENGGANU, TERENGGANU

NAMA : MOHAMMAD QAYYUM BIN MOHAMMAD SOBRI (93915025099)


SUBJEK : FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA (EDU 3101)

TANDA
BIL TARIKH PERKARA TANGAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

iv
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

TANDA
BIL TARIKH PERKARA TANGAN

11.

12.

13.

14.

15.

16.

17.

18.

19.

20.

21.

22.

23.

24.

v
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

PENGHARGAAN

‫ﺑﺴﻢاﻟﻠﻪاﻟﺮﺣﻤﻦاﻟﺮﺣﻴﻢ‬
...
Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah dan kurnianya saya dapat
menyempurnakan Kerja Kursus Berasaskan Ilmu (KKBI) Falsafah Pendidikan Di
Malaysia ini. Pertama sekali kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Encik Salim bin Md Amin kerana telah memberi tunjuk ajar
dan berkongsi maklumat kepada saya dan rakan-rakan sepanjang penghasilan
kerja kursus pendek ini.

Seterusnya saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-


rakan PISMP Pendidikan Islam 2 Semester 1 kerana telah membantu saya
dalam mencari maklumat sepanjang penghasilan projek ini dan juga sokongan
moral yang diberikan.

Tidak dilupakan juga kepada ibu bapa saya yang yang turut memberi
sokongan moral dan membantu saya dari segi kewangan dan sokongan moral
untuk menyempurnakan kerja kursus ini. Tidak dilupakan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia atas tajaan pembiayaan pelajaran saya di IPG ini.

Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak


Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail kerana kemudahan yang
diberikan iaitu seperti kemudahan bahan rujukan di Perpustakaan Ibnu Sina dan
sebagainya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Perbadanan
Perpustakaan Awam Negeri Terengganu kerana telah membantu saya dalam
mendapatkan bahan-bahan rujukan untuk menyiapkan tugasan ini.

vi
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Pulau Pandan jauh ketengah,


Gunung Daik bercabang tiga;
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga

vii
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

PENDAHULUAN

Arus pendidikan di Malaysia telah berkembang sejak sebelum merdeka lagi iaitu
kira-kira pada pada abad ke-14. Perkembangan pendidikan yang berlaku ini
merupakan kesan daripada pengenalan pelbagai ilmu yang wujud ketika itu.
Notiati A. Rashid et. Al (2012) menyatakan pendidikan bukan formal dipercayai
berkembang dengan penyebaran agama Islam di rantau ini pada abad ke-14.
Pedagang Arab dan India yang beragama Islam telah memulakan perjalanan
pendidikan bukan formal ini dengan memperkenalkan sekolah-sekolah pondok di
beberapa buah negeri iaitu di Perlis, Kedah, Melaka Terengganu, Kelantan dan
Brunei. Perkembangan sistem pendidikan tidak formal ini diperkemaskan lagi
dengan perluasan empayar Kesultanan Melayu Melaka, Riau dan Brunei.
Namun, pendidikan yang dijalankan pada masa tersebut adalah pendidikan yang
berteraskan Islam yang mana fokusnya adalah pada pengajian agama Islam.
Hasil daripada perkembangan ini, pada awal abad ke-18, lahir ramai tokoh-tokoh
Islam di sekitarnya.

Dasar laissez-faire dalam pendidikan telah menyebabkan terdapatnya


lima jenis persekolahan pada zaman pemerintahan Inggeris. Sekolah-sekolah
yang wujud tersebut adalah sekolah vernakular Melayu, sekolah vernakular Cina,
sekolah vernakular India, sekolah Inggeris dan sekolah agama madrasah.
Perkembangan sekolah-sekolah yang wujud ini telah menjadikan sistem
pendidikan negara berkembang pesat dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah
hab pendidikan yang terkemuka di Asia. Dengan kewujudan pelbagai aliran
persekolahan ini, dasar pendidikan juga mengalami perubahan. Bermula dengan
laporan Cheeseman (1941-1946), Laporan Barnes (1951), laporan Fenn-Wu
(1951), Ordinan Pelajaran 1952, Penyata Razak, Laporan Rahman Talib (1959),
Akta Pendidikan 1961, Laporan Aminuddin Baki (1964), Laporan Jawatankuasa
Kabinet (1974) dan sehinggalah akta yang digunakan sekarang iaitu Akta
Pendidikan 1996.

viii
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Kewujudan akta-akta ini merupakan lanadasan untuk menggerakkan


sistem pendidikan negara yang mana disertakan dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) yang bertindak sebagai kiblat atau matlamat yang perlu
dicapai dalam bidang pendidikan negara. Dengan adanya FPK ini, secara tidak
langsung menjadikan matlamat pendidikan negara lebih jelas dan akhirnya dapat
melahirkan modal insan yang setanding dengan negara-negara maju yang lain.
Dengan adanya falasafah ini juga menjadikan pendidikan negara Malaysia
sebagai satu sistem yang mempunyai hala tuju yang jelas dalam melahirkan
golongan-golongan intelektual yang akhirnya dapat membangunkan negara
Malaysia dan standing dengan negara-negara maju di dunia.

Secara asasnya, tugasan kali ini akan membincangkan bagaimana


wujudnya perkaitan antara konsep falsafah dan sistem pendidikan negara dan
hubungannya terhadap sukatan pelajaran matapelajaran yang dipilih. Selain itu,
perbincangan juga akan meliputi teori-teori falsafah pendidikan dunia iaitu
falsafah pendidikan Isalm, Timur dan Barat serta Falsafah Pendidikan
Kebangsaan dalam melahirkan modal insan yang berkualti dan hubungannya
dengan dasar kurikulum pendidikan di Malaysia iaitu Kurikulum bersepadu
Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

ix
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

1.0 KONSEP FALSAFAH : ASAS SEBUAH TAMADUN PEMIKIRAN

Antara perkara pokok yang perlu diperhatikan oleh mana-mana pengkaji tentang
tamadun-tamadun besar sepanjang sejarah umat manusia adalah tidak ada satu
pun tamadun yang pernah wujud tidak mempunyaai falsafah. Menurut Profesor
Dr. Hassan Langgulung (1991) pada hakikatnya, falsafah merupakan kerangka
umum yang meghimpunkan segala bahagian-bahagian dan menyatukan semua
aspek-aspek tamadun tersebut. Ini bermakna wujudnya suatu falsafah umum
yang membezakan sesuatu masyarakat dengan masyarakat lain adalah salah
satu tanda kematangan, dan gejala peradaban serta kemajuan bagi sesebuah
pembinaan tamadun. Dengan kata lain, apabila wujudnya sebuah tamadun yang
besar, masyarakat perlu yakin bahawa disebaliknya akan berdiri satu falsafah
yang agung. Falsafah ini diibaratkan seperti benang yang menjalinkan butir-butir
atau manik-manik kalung sehingga ia membentuk satu keasatuna yang uth dam
mempunyai fungsi dalam kehidupan manusia.

1.1 FALSAFAH DARI SUDUT ETIMOLOGI, TERMINOLOGI DAN PRAKTIKAL

Perkataan falsafah pada etimologi iaitu bahasa dipercayai berasal


daripada dua perkataan Yunani Kuno iaitu “phileo sophia”. Phileo bermaksud
‘cinta’ manakala sophia membawa maksud ‘hikmah’. Namun, ada juga yang
mendefinisikan perkataan sophia sebagai ‘kebijaksanaan’ dan ‘pengetahuan’.
Justeru, falsafah juga ditakrifkan sebagai “cinta kepada pengetahuan atau
hikmah”. Maka orang yang cintakan pengetahuan dikenali sebagai ahli falsafah.
Dalam erti kata lain, falsafah juga bererti berusaha mencari pengetahuan,
mencari kebenaran melaui pemikiran analitikal dan berteori bagi mendapatkan
sesuatu yang nyata dan benar.

1
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Ahli falsafah adalah golongan yang menjadikan pengetahuan sebagai


tujuan hidup mereka, berikhtiar mencari hakikat tentang sesuatu, menaut sebab-
akibat dan mentafsir pengalaman manusia untuk memahami kebenaran
mengenai diri dan dunia mereka. Dalam erti kata lain, ahli falsafah ini sanggup
mengabdikan diri mereka kepada pengetahuan. Hasil daripada ini, ahli falsafah
sedia untuk membuat sesuatu keputusan berlandaskan keputusan yang kritikan
dan bijak. Mereka tidak bersedia untuk menerima fikiran-fikiran lahiriah yang
tidak mempunyai makna yang hakiki.

Semenjak zaman berzaman, ahli pemikir selalu mencari dan berusaha


mencari hikmah. Hikmah yang dimaksudkan ini ialah hikmah yang universal,
pandangan yang luas dan cerdik serta pandangan secara merenung (mediative).
Hassan Langgulung (1987) menyatakan bahawa falsafah “dikenali sebagai
mencari hakikat dan kebenaran atau berusaha mengetahui sesuatu di alam
sejagat kehidupan”.

Dari sudut terminologi iaitu istilah pula, pengertian falsafah yang dikemukan
oleh ahli-ahli falsafah adalah berbeza. Namun pengertian falsfah yang diberikan
sedikit sebanyak mempunyai satu titik persamaan iaitu berkisar kepada elemen-
elemen seperti manusia, Tuhan, alam dan akal fikiran. Kamus Dewan Edisi ke-4
(2010) mendefinisikan falsafah sebagai pengetahuan tentang pengertian yang
dianggap sebagai ilmu yang tertinggi yang menjadi dasar ilmu-ilmu lain. Abdul
Fatah Hasan (2001) menyatakan dalam bukunya Pengenalan Falsafah
Pendidikan beberapa pengertian falsafah dari ahli-ahli falsafah. Antaranya ialah :

Socrates (469-399 s.m)


Pembentukan pengetahuan yang murni adalah amat penting untuk mencapai
kebijaksanaan. Falsafah tidak lain dari usaha melalui penyelidikan sejati untuk
mencapai kebajikan. Falsafah Socrates adalah berpusatkan kepada manusia
dan tingkahlakunya. Beliau cuba menyelidiki pengetahuan yang murni dengan
cara mengamati yang konkrit dan menganalisanya hingga timbul sesuatu yang

2
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

murni. Mengikut cara beliau, cara bersoal-jawab (dikenali dengan Dialog-


Socrates) sangatlah efektif untuk mendapat pengetahuan yang murni. Dalam
lapangan pendidikan,beliau dianggap sebagai pengasas ilmu kesusilaan.

Plato (437-347 s.m)


Falsafah ialah usaha untuk mencari kearifan melalui proses dialetik dan usaha
untuk mengetahui hal keadaan jiwa manusia. Konsep Plato telah mempengaruhi
ahli-ahli pendidik khususnya semenjak lebih dua ribu tahun dahulu.

Aristotle (384-322 s.m)


Merupakan murid kepada Plato selama dua puluh tahun dan takrifan falsafah
baginya ialah ilmu tentang kebenaran. Kebenaran mungkin diperolehi oleh
seseorang dengan ilmu metafizika, logika, retorika, etika, estetika, ekonomi dan
politik.

Cicero (106-43 s.m)


Seorang ahli falsafah Romawi dan menyebut falsafah sebagai ibu dari semua
seni (the mother of all arts). Baginya, falsafah ialah punca dari segala ilmu
pengetahuan yang terluhur. Beliau juga menegaskan falsafah merupakan seni
kehidupan.. konsep ini telah berkembang luas dalam kalangan orang biasa yang
terpelajar pada zaman Renaissance (1450-1600). Konsep ini telah mendorong
semua manusia untuk mempelajari pelbagai ilmu pengetahuan untuk melahirkan
warganegara yang benar-benar cekap.

Thomas Hobbes (1588-1679)


Seorang ahli falsafah iInggeris yang merumuskan bahawa falsafah ialah ilmu
pengetahuan yang menerangkan hubungan sebab dengan hasil (cause and
effect).

3
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Immanuel Kant (1724-1804)


Seorang ahli falsafah German yang menegaskan bahawa falsafah iala ilmu
pengetahuan untuk menyelidiki dasar-dasar untuk mengetahui sesuatu dan
bertindak.

John Dewey (1859-1925)


Falsafah haruslah dipandang sebagai perjuangan manusia dalam melakukan
penyesuaian si antara kumpulan tradisi yang membentuk akal manusia dengan
cita-cita politik yang baru. Maknanya, falsafah adalah merupakan alat untuk
membuat penyesuaian di antara yang lama dengan yang baru dalam sesuatu
kebudayaan. Beliau merupakan seorang penganut mazhab pragmatismeiaitu
suatu aliran falsafah yang berpendapat bahawa nilai pengetahuan manusia
haruslah diuji dalam kehidupan praktik.

Abdul Fatah Hasan (2001) menyimpulkan bahawa falsafah ialah


kebijaksanaan (hikmah) menggunakan akal fikiran untuk mengetahui kebenaran
yang hakiki. Walaupun dalam al-Quran tiada terdapat perkataan falsafah, ini
tidak bermakna falsafah itu tiada dalam al-Quran tetapi istilah yang digunakan
ialah hikmah yang mana kedudukan hikmah dalam al-Quran adalah lebih tinggi
dan bernilai daripada falsafah.

Sharifah Alawiah Alsagoff (1984) pula menyatakan bahawa falsafah ialah


satu bentuk pertimbangan asas dan andaian menegenai pertimbangan
terhadapa perkara yang penting. Falasafah mempersoalkan prinsip-prinsip realiti,
ilmu dan nilai. Beliau berkata, falsafah adalah cenderung mengumpulkan
rumusannya kepada bentuk-bentuk mazhab atau sistem-sistem pemikiran.
Perkara yang dinyatakan hampir sama dengan apa yang dikatakan oleh Al-
Farabi iaitu falsafah ini adalah ilmu pengetahuan mengenai alam maujud (fizikal)
yang wujud dalam kehidupan realiti.

4
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Secara asasnya, falsafah dari sudut terminologi dapat disimpulakan


sebagai satu pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas.
Pemikiran dan pandangan ini dihasilakan daripada usaha kajian ahli falsafah
secara saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan flasafah ini adalah unutk mencari
dan membuktikan kebenaran untuk perkara-perkara yang penting dalam
kehidupan.

Secara praktikalnya, falsafah merujuk keada berfikir secara bersungguh-


sungguh, tidak terikat oleh tradisi dan mempunyai ciri-ciri seperti sistematik,
radikal dan sejagat. Berfikir secara sistematik bererti berfikir secara logik dan
berurutan. Berfikir secara radikal pula ialah berfikir sehingga ke akarnya dan
menyelesaikannya dengan penuh tanggungjawab dan berfikir secara sejagat
bermakna tidak terhad kepada aspek-aspek teretentu sahaja dan merangkumi
keseluruhannya seperti dalam kehidupan seharian.

5
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

2.0 CABANG-CABANG FALSAFAH : MERUNGKAI PERSOALAN UMUM

Perbahasan mengenai takrifan falsafah tidak pernah tamat. Setiap ahli fikir
mempunyai pengertian falsafah yang tersendiri. Dalam merungkai persoalan
tersebut, beberapa ahli falsafah dunia telah memecahkan falsafah ini kepada
beberapa cabang utama. Melalui cabang-cabang ini, konsep falsafah itu dapat
dijelaskan dengan lebih mudah sekaligus menggambarkan secara ringkas
apakah yang dimaksudkan dengan falsafah. Falsafah boleh dibahagikan kepada
empat cabang utama iaitu metafizik, aksiologi, epistemologi dan logik.

2.1 METAFIZIK
Metafizik adalah cabang falsafah yang bertanggungjawab ke atas kajaian
kewujudan dan asas pandangan yang luas. Bidang ini melibatkan segala benda
yang wujud dan membincangkan sama ada dunia ini adalah benar atau ilusi.

2.2 AKSIOLOGI
Istilah aksiologi ini berasal daripada perkataan Greek. Perkataan ini bermaksud
‘nilai’ atau dala bahasa Inggeris disebut sebagai value/worth.Perkataan logia
merujuk kepada satu kajian tentang kualiti atau nilai. Dalam erti kata lain, ia
adalah cabang falsafah yang membincangnkan dan mempersoalkan tentang
baik dan buruk, benar dan salah atau cantik dan hodoh. Kadangkala ia juga
dikaitkan dengan teori nilai dan meta-nilai. Perkara yang dibincangkan meliputi
soal moral,etika dan estetik. Dua aspek yang sering dibincangkan dalan cabang
aksiologi ini adalah :
i) Etika : lebih mengutamakan “apa yang sepatutnya kita lakukan”
dan “apa yang paling sesuai untuk kita lakukan”. Etika ini memberi
perhatian kepada kualiti moral dan tingkahlaku manusia kerana
mengkaji kebaikan seseorang, suatu masyarakat dan kehisupan. Ia
dikategorikan kepada tiga bidang asas seperti meta-ethics, normative-
ethics dan applied ethics.

6
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

ii) Estektika : merujuk kepadda kriteria bagi kecantikan dalam kesenian


alam sekeliling dan kehidupan. Dengan kata lain, ia lebih tertumpu
kepada cita rasa dan sentimen.

2.3 EPISTEMOLOGI
Cabang ini merujuk kepada teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan
kepercayaan serta kajian berkenaan cara kita mendapatkan imlu dan sifat
pengetahuan itu sendiri. Epistemologi memberikan jawapan kepada soalan,
bagaimanakah kita tahu? Ia merangkumi sifat konsep, pembentukan konsep,
kesahihan deria, penaalukan logikal serta pemikiran, idea, ingatan, emosi dan
segala yag berkaitan dengan mental dan pemikiran. Cabang ini juga merupakan
penerangan kepada bagaiman kita berfikir dalam menentukan satu keperluan
mengenai kebenaran dan kesalhan. Perkara ini perlu kerana tanpanya, manusia
tidak boleh berfikir dengan waras.
Manusia tidak akan ada sebab untuk mempercayai sama ada pemikiran
yang diberikan atau yang terhasil adalah produktif, betul dan sebagainya. Tahap
kesahihan epistemologi seseorang bergantung kepada tahap kefahaman realiti
serta tahap bagaimana seseorang itu boleh mengaplikasikan ilmu yang dimiliki
untuk merelaisasikan kehidupan dan matlamat hidup.

2.4 LOGIK
Perkataan logik berasal dari perkataan Greek; logos yang bermaksud fikiran,
idea hujah, alasan atau prinsip. Ia merupakan satu bidang mengenai prinsis
kesahihan tetntag sesuatu sama ada secara inferens (sesuautu yang sudah
diketahui secara tidak langsung) dan demonstrasi (sesuatu yang diketahui
setelah dijalankan kajian). Logik merujuk kepada turutan cara bagaimana
seseorang itu mendapatkan sesuatu rumusan berasaskan beberapa andaian
kukuh. Logik membantu seseorang untuk mendapatkan pemikiran yang tepat
dan berkomunikasi secara lebih berkesan dengan menggalakkan pemikiran yang
dilakukan dengan lebih berhati-hati dan sistematik. Terdapat dua logik asas iaitu
logik deduktif dan logik induktif.

7
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Secara kesimpulannya, cabang-cabang falsafah merupakan salah satu


asaa dalam pembentukan sebauh pemikiran falsafah. Falsafah yang baik adalah
falsafah yang mampu menyeimbangkan antara metafizik, aksiologi, epistemologi
dan logik. Cabang-cabang falsafah ini merupakan salah satu aspek untuk dinilai
dalam memastikan pembentukan sebuah ketamadunan falsafah itu mengikut
landasan yang sebenarnya. Walaupun ada ahli falsafah yang masing-masing
menolak metafizik, aksiologi, epistemologi dan logik dalam pemahaman mereka,
namun itu adalah keunikan falsafah mereka sendiri dan mereka mempunyai
sebab kenapa penolakan terhadap cabang-cabang itu dibuat. Dalam erti kata
lain, cabang-cabang falsafah ini merupakan sebahagian daripada asas untuk
pembentukan sebuah falsafah yang baik.

8
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

3.0 FALSAFAH-FALSAFAH PENDIDIKAN : ASAS PEMBENTUKAN


KURIKULUM PENDIDIKAN

3.1 FALSAFAH PENDIDIKAN ISLAM

Islam juga menekankan konsep falsafah dalam aspek pendidikan. Pengertian


falsafah menurut Islam tidak banyak bezanya namun dalam Islam penekanan
lebih diberikan kepada unsur rohaniah dan konsep ketuhanan. Menurut Syeikh
Mustafa Abd. Al-Razak, falsafah islam berkembnag di negara Islam dan dibawah
naungan Islam hasil daripada pemikiran ahli falsafah yang berada dibawah
lingkungan kekuasaan Islam tentang hakikat sesuatu dalam premis pemikiran
yang logik dan sistematik beberapa tokoh Islam memberikan pengertian flasafah
menurtu perspektif mereka sendiri seperti Ibnu Rusd, Al-Ghazali, Ibn Khaldun
dan Al-Farabi.

Falsafah sebenarnya merupakan unsur yang paling utama dan tertinggi


dalam bidang pendidikan kerana sikap manusia yang hendak dibentuk adalah
bergantung kepada falsafah yang digariskan melalui pendidikan. Falsafah
pendidikan Islam bertujuan untuk menyediakan manusia dengan pengalaman
dan ilmu pengetahuan yang cukup agar dia kenal dirinya serta tugas dan
tanggungjawabnya, mengetahui cara menjalankan tanggungjawab sebagai
hamba dan khalifah agar menjadi insan yang soleh iaitu berteraskan roh Islam.
Falsafah pendidikan Islam mendasarai beberapa prinsip asas seperti akidah,
ibadah, keterampilan dan kepimpinan.

Secara rangkumannya, falsafah pendidikan Islam ialah suatu usaha yang


berterusan dalam menyampaikan ilmu, membentuk kemahiran dan memupuk
penghayatan islam berdasarkan al-Quran dan sunnah sepanjang hayat bagi
membentuk sikap, kemahiran, keperibadian dan pandangan hidup sebagai
hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membangunkan diri,
masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan

9
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

kesejahteraan abadi di akhirat disamping menesakan diri kepada Allah dan


mengamalkan perbuatan baik dan meninggalkan perbuatan jahat (amar ma’ruf,
nahi mungkar).

3.2 FALSAFAH PENDIDIKAN TIMUR

Ahli falsafah Timur menyatakan bahawa pendidikan merupakan suaut elemen


yang amat penting bagi seseorang individu baik di dunia mahupun di akhirat. Hal
ini kerana, pendidikan membolehkan seseorang individu mencapai
kebijaksanaan, mengekalkan struktur kekeluargaan, menggubal undang-undang
disampine memenuhi kehendak sosial. Falsafah pendidikan Timur menekankan
beberapa fahaman yang menjadi asas dan panduan dalam pembentukan
falsafah di Malaysia.

CONFUCIUSISME
Pengasas agung Confusianisme ialah Confusious, atau lebih dikenal sebagai
Kung Fu ‘Tze (551 – 479 SM). Prinsip utama pendidikan adalah pada hal
pemikiran berfokus, menegakkan kebenaran, dan mempercayai kebaikan (jen).
Menurut Confusionisme, kepentingan pendidikan terletak pada hal mengubah
tingkah laku manusia supaya menjadi warga yang memiliki kelakuan mulia,
mematuhi undang-undang, setia kepada kewibawaan dan mencintai negaranya.
Dalam perkataan lain, pendidikan ialah proses untuk memupuk kesempurnaan
kelakuan etika manusia. Ahli-ahli confusianisme berpendapat bahawa
pendidikan merupakan alat yang penting untuk mengekalkan nilai dan norma
masyarakat, dan seterusnya pulamengekalkan kebudayaan masyarakat yang
penting untuk membawa kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian kehidupan.
Mereka menganggap fitrah manusia mengandungi nilai murni baik hati, dan nilai
baik hati ini dapat diperkembangkan melalui proses pendidikan. Bagaimanapun,
untuk menjadikan manusia yang sempurna dan berupaya memberi sumbangan
kepada kemajuan masyarakat, pelajar hendaklah dididik dengan nilai, norma,

10
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

peraturan dan kebudayaan masyrakat. Sehubungan itu, pelajar hendaklah


menghafal kelima-lima buku klasik yang dihasilkan oleh tokoh-tokoh cendikiawan
dari tamadun purba kala, iaitu buku syair, buku sejarah, buku elemen, buku
upacara dan buku annals.

TAOISME
Taoisme merupakan aliran falsafah penting di Cina selepas Konfusianisme. Tao
bererti jalan yang dilalui seseorang dalam perjalanannya. Lao Tze
mengertikannya sebagai asas yang menyusun segala sesuatu. Ia sederhana,
tanpa bentuk, tanpa gerak, tanpa hasrat, tanpa upaya. Ia ada sebelum adanya
langit dan bumi. Kerana adanya penciptaan dan berkembangnya peradaban,
manusia kian jauh dari jalan (Tao) yang benar dan penuh kebajikan spiritual.
Oleh itu manusia semakin jauh dari kebahagiaan. Bentuk ajarannya yang awal
dinisbahkan kepada Lao Tze dan Yang Chu. Taoisme telah berkembang dan
dasar-dasar pokok ajarannya telah dirumuskan oleh para pengikutnya. Falsafah
ini menekankan perlunya hidup bersahaja dan selaras dengan alam sekitar.
Falsafah ini menolak hedonisme material yang berlaku pada zaman itu. Sebagai
sistem falsafah, Taoisme sering dianggap sebagai falsafah mistik, bahkan
sebagai salah satu bentuk mistisisme tertua di dunia yang berpengaruh hingga
abad ke-20. Ia berbeza dari Confusianisme yang menekankan pada persoalan
manusia sebagai anggota sosial, kehidupannya dalam etika dan politik. Taoisme
menaruh perhatian besar terhadap persoalan metafizika dan persatuan mistikal
antara manusia dengan alam.

NASIONALISME DAN INTERNASIONALISME


Rabindranath Tagore (1861 – 1941), ahli falsafah dan penyair terkenal dari India,
mentafsirkan pendidikan sebagai proses yang bermatlamat untuk menghasilkan
individu dengan penaakulan sempurna yang berupaya mencapai semua aspek,
termasuk fizikal, intelek, moral dan rohani serta yang ada hubung kait dengan
pengalaman hidup amali.

11
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Pendidikan nasionalisme harus bermatlamat untuk menyemai ideal dan tradisi


sesebuah negara. Selain itu, pendidikan harus berdasarkan pengetahuan
sejarah, geografi, kesusasteraan, situasi sebenar dan tuntutan negara pada
masa itu yang termasuk masalah nasional, pencapaian, kegagalan dan
kejayaan.
Manakala pendidikan internasionalisme harus cuba memupuk hubungan baik,
persaudaraan, harmoni, dan keamanan antara negara di dunia. Justeru
pendidikan harus berdasarkan pengetahuan sebenar dan harus ada hubungan
langsung dengan budaya dan tradisi rakyat negara lain.

3.3 FALSAFAH PENDIDIKAN BARAT

Secara asasnya falsafah pendidikan Barat terbahagi kepada dua aliran iaitu alira
flasafah tradisional dan aliran falsafan moden. Kedua-dua aliran ini memberi
kesan yang sangat mendalam terhadap sistem falsafah di seluruh negara.
Kebanyakkan negara mengambil aliran fasafah ini sebagai asas untuk
pembentukan falsafah pendidikan negara mereka.

IDEALISME
Idealisme ialah sistem falsafah yang tertua sekali dalam masyarakat kebudayaan
Barat. Falsafah ini banyak mengkaji perkara berkait dengan idea, roh, akal,
keadaan dunia yang nyata dan yang tidak nyata (the spiritual of man and
universe). Ahli falsafah semenjak zaman Plato telah mencuba menerangkan
hakikatalam kebendaan dalam kajiannya yang disebut “makrokosmos”, dan
kemudian cuba pula memikirkan alam idea seperti cita-cita, fikiran dan
sebagainya yang dipanngil “mikrokosmos”. Oleh kerana jiwa, akal, roh, nafsu
atau sebagainya wujud dalam diri manusia maka sangatlah perlu bagi seseorang
pendidik atau guru menyalur dan mengembangkan jiwa atau akal manusia
kearah yang sempurna. Dalam erti kata lain, idealisme ini bertujuan untuk
menolong pelajar menjadi seorang yang baik dan lengkap dan pelajar akan

12
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

menjadi seorang yang bertanggungjawab, berbudi pekerti mulia dan pandai


menyesuaikan diri. Konsep asas falsafah ini adalah berpusatkan murid dalam
menjalankan sesuatu penyelidikan sendiri dan guru hanyalah bertindak sebagai
panduan seperti mana yang dinyatakan oleh Herbert Spencer bahawa
pengajaran baik itu ialah memberi peluang kepada murid untuk menyelidik
sendiri.

REALISME
Perkataan realisme berasal dari bahasa Latin. ‘Realia’ yang bermaksud barang
atau perkara-perkara yang sebenar-benarnya. Realisme yang dimaksudkan oleh
kebanyakan ahli falsafah ialah pelajaran atau fahaman tentang keadaan yang
sebenar-benanrnya, cara berfikir dan kesenian yang berpegang betul-betul
kepada kebenaran yang nyata dan kepada kesaksian pancaindera. Fahaman ini
percaya kepada wujud umum iaitu benda-benda yang dapat kita perhatikan dan
buktikan tetang kewujudannya.

PRAGMATISME
Perkataan pragmatisme berasal dari bahasa Greek iaitu ‘Pragma’ yang
membawa erti kerja serta bertindak. Perkara ini merupakan suatu kaedah untuk
menyelesaikan dan menilai sesuatu masalah yang bersifat intelek. Menurut teori
ini, segala aktiviti intelek manusia dan cara berfalsafah adalah bertujuan untuk
menghapuskan kesusahan yang timbul dalam mencuba dengan pengalaman.
Oleh itu, pelajar yang diajar itu lebih berpengetahuan tentang apa yang berlaku
pada masa lampau daripada mengenali perkembangan sains dan teknologi pada
masa sekarang dan mereka akan menjadi lebih terbuka kepada pengalaman
terdahulu daripada bersedia menghadapi masalah akan datang.

PROGRESIVISME
Perkembangan fahaman atau falsafah ini adalah kesan daripoad perekmbangan
falsafah pragmatisme. Pandangan fahaman ini menekankan peranan sekolah
jauh berbeza daripada mazhab perenialisme. Ahli falsafah fahaman ini melihat

13
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

perubahan sebagai intipati realiti. Ilmu hanya sesuautu yang bersifat relatif dan
tentatif bagi menerangkan realiti masa kini sahaja. Ianya tidak boleh dianggap
sebagai benar buat selama-lamanya. Hal ini demikian kerana realiti dikatakan
melalui perubahan secara berterusan. Berdasarkan pandangan tersebut, apa
yang dapat disimpulkan adalah seseorang yang berpendidikan ditakrifkan
sebagai seorang yang mempunyai celik akal bagi membolehkannya
menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam kehidupannya. Ahli
fahaman ini tidak percya wujudnya ketelusan yang tetap dan penting untuk
dikuasai oleh anak murid. Asasnya, matlamat pendidikan fahaman ini ialah untuk
menyediakan golongan murid agar berupaya mengakomodasi sebarang
perubahan yang berlaku dalam kehidupan manusia dan seorang yang
berpendidikan sebaik-baiknya berkebolehan untuk mencari alternatif
penyelesaian yang sesuai dengan masalah yang timbul.

PERENIALISME
Fahaman ini menegaskan iaitu prinsip-prinsip dasar pendidikan adalah kekal dan
tidak berubah. Perkatan perenialisme berasala daripada perktaan ‘perenial’ yang
bermaksud tidak berubah, tetap atau kekal. Konsep fahaman ini ialah ciri-ciri
asas semulajadi manusia adalah bersifat semulajadi dan sejagat dan tisak
berubah-ubah. Matlamat pendidikan fahaman ini adalah bertujuan untuk
mengajar pengetahuan dan nilai yang bersifat sejagat, abadi dan tidak
mempunya had masa. Namun, berkemungkinan ada dalam kalanagn murid yang
merasai bahawa sesetengah kandunga kurikulum yang diajar adalah tidak
relevan. Jika pandangan seperti itu wujud, menurut pendapat fahaman ini, pihak
sekolah perlu mengambil tindakan sewajarnya untuk menghapuskan
paandangan tersebut kerana sekolah bertanggungjawab untuk menyediakan
anak muda menghadapai cabaran yang timbul dalam kehidupan seharian kelak.

14
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

ESENSIALISME
Fahaman ini bermula sebagai satu fahaman yang sistematik dan berpunca
daripada fahaman realisme dan idealisme. Secara asasnya, ahli falsafah
fahaman ini berpendapat bahawa sememngnya terdapat ilmu dan kemahiran
utama yang perlu diajar kepada anak murid. Berbanding dengan mazhab
parenilisme yang menekankan pengajaran letelusan umum di sekolah, mazhab
ini menumpukan perkara-perkara yang asas sahaja seperti apa yang perlu
diketahui seseorang individu agar menjadi ahli masyarakat yang produktif.
Perkara-perkara asas ini pula boleh berubah dari semasa ke semasa.
Esensialisme inin bersifat praktikal dan prakmatik. Matlamat pendidikan fahaman
ini ialah pengajaran maklumat berbentuk fakta yang pelru dipelajari, dihayati dan
disimpan oleh anak murid serta penghayatan budaya.

REKONSTRUKTIVISME
Mengikut fahaman ini, tujuan utama pendidikan ialah menyusun semula
masyarakat untuk menemui krisis kebudayaan dalam kehidupan sekarang.
Sekolah dianggap sebagai pemangkin utama untuk meningkatkan keadaan
hiudp manusia melalui pembaharuan yang dikemukan dalam bidang pendidikan
dan sosial. Sekolah merupakan landasan yang amat sesuai dimana suautu
masyarakat baru boleh dibentuk. Tujuannya adalah untuk mengenalpasti
masalah sosial yang menjejaskan pembangunan masyarakat dan menimbulkan
krisis budaya. Secara ringkasnya, matlamat pendidikan fahaman
rekonstruktivisme ini adalah untuk menghapuskan penyakit sosial dan
mengasaskan corak budaya baharu. Guru bertindak sebagai agen perubahan
dan pembaharuan yang mana perlu bersifat kreatif dan inovatif dalam
pengajaran dan pembelajaran.

15
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

EKSISTENSIALISME
Fahaman ini berfokuskan kepada fitrah kewujudan manusia. Dengan kata lain,
manusia dianggap sebagai lahir tanpa sebarang tujuan. Ahli eksistensialisme
melihat realiti sebagai sesuatu yang bersifat subjektif dan hanya boleh
didefinisikan oleh individu berkenaan sahaja. Konsep asas fahaman falsafah ini
ialah seseorang individu seharusnya bertanggungjawab keatas diri sendiri dan
mempunyai kebebasan untuk menentukan matlamat serta membuat keputusan
sendiri tanpa merujuk kepada sebarang autoriti luar. Matlamat pendidikan
fahaman ini ialah sistem sekolah atau guru tidak mempunyai hak untuk
menekankan matlamat pendidikan ke atas murid-murid. Guru pula berperanan
sebagai pemangkin yang menyediakan peluang pendidikan bagi anak murid
mereka meluahkan perasaan dan emosi.

Penilaian peribadi penulis melihatkan bahawa setiap falsafah-falsafah


pendidikan di dunia ini mempunyai intipatinya yang tersendiri. Namun, apa yang
boleh dan dapat disimpulkan adalah setiap falsafah pendidikan itu bertunjangkan
kepada suatu perkara iaitu untuk membawa perubahan dan meningkatkan ilmu
pengetahuan dalam diri. Ini jelas menunjukkan bahawa setiap falsafah itu
bermatlamatkan untuk melahirkan pemikiran yang bijaksana dan seiring dengan
kehendak global. Rangkumannya, falsafah pendidikan Islam, Timur dan Barat
sangat diperlukan dan saling berkait antara satu sama lain terutamanya dalam
pembentukakan sebuah dasar falsafah pendidikan negara yang baik dan sebuah
kurikulum yang sesuai untuk semua peringkat umur.

16
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

4.0 PENDIDIKAN DAN FALSAFAH : SEIRING DAN SEJALAN KEARAH


PEMBENTUKKAN SEBUAH FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN &
KURIKULUM PENDIDIKAN (KSSR)

Titik tolak perubahan sesebuah negara akan bermula dengan pembangunan


pendidikan. Pembangunan pendidikan di Malaysia merupakan satu aspek yang
dititik beratkan sejak berabad lamanya. Dari kewujudan pelbagai aliran
persekolahan sehingga sistem yang sedia ada sekarang, sistem pendidikan
negara telah mengalami pelbagai reformasi bagi memastikan matlamat akhir
pembangunan pendidikan itu dicapai. Menurut Mohd. Idris Jauzi (1991),
reofrmasi bukanlah semata-mata perubahan tetapi merupakan perubahan yang
disengajakan, terancang dan terarah. Dalam Dictionary of Education, reformasi
dihuraikan sebagai, “sebarang cadangan perubahan kearah pembaikan dalam
teori dan amalan pendidikan”.

Dalam reformasi pendidikan yang berlaku di Malaysia, ia bertujuan


supaya tindakan dapat diambil untuk membetulkan, memperbaiki dan
meningkatkan prestasi pendidikan agar dapat memenuhi matlamat-matlamat
pendidikan yang telah ditetapkan. Ciri lain yang tersirat dalam konsep reformasi
ialah cara sesuatu perubahan itu berlaku. Reformasi pendidikan (education
reforms) merujuk kepada pelbagai usaha untuk memperbaiki teori dan amalan
pendidikan. ini merupakan sebahagian daripada perubahan-perubahan dalam
matlamat serta objektif, selaras dengan perubahan sosiopolitik masyarakat dan
negara.

Pembentukan sebuah sistem pendidikan dalam sesebuah negara


bergantung kepada percaturan pemerintahnya. Malaysia mengatur langkah yang
lebih efektif dalam sistem pendidikan selepas mengalami beberapa siri reformasi
sama ada dari segi kurikulum mahupun akta yang mengawal setia perjalanan
sistem tersebut selain mahukan kebebasan daripada cengkaman pengaruh

17
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

kolonialisme Barat dalam memenuhi kehendak ekonomi negara yang sedang


membangun.

Konsep pendidikan yang dijalankan di Malaysia ialah merujuk kepada


proses mendidik seseorang individu melalui di persekolahan formal dan pusat
latihan dalam memperkembangkan fizikal, intelek, sosial dan emosi seseorang
individu serta menambahkan kemahiran, kebolehan, pengetahuan dan
pengalaman, mereka supaya dapat memberikan kemajuan dan faedah kepada
kehidupannya dalam mendorong untuk bertindak secara sihat dan memberi
faedah bukan sahaja pada diri tetapi juga kepada masyarakat, bangsa, negara
dan agama. Konsep yang ditekankan juga adalah pendidikan sepanjang hayat.
Pendidikan ini juga bertindak sebagai proses perubahan mobiliti sosial dan
dalam masa yang sama penting dalam usaha mengembangkan ekonomi. (Syed
Fahmi Akmal, 2013).

Sebagai satu proses, falsafah pendidikan dapat menerangkan prinsisp-


prinsip untuk dijadikan panduan dalam pendidikan. Falsafah pendidikan boleh
menetukan ke arah mana arah-arah itu harus dibawa. Falsafah dan tujuan
pendidikan boleh memberi kesatuan yang bulat kepada segala usaha
pendidikan. Tujuan pendidikan sering ditentukan oleh falasafah yang dianuti oleh
negara atau falsafah mereka yang berkuasa dan memerintah sesuatu negara.
Kalau pemerintah bertukar, maka berubahlah pula tujuan pendidikan.

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah berasaskan kepada ideologi


negara yang terdiri dari Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara, Dasar
Ekonomi Baru dan Dasar Pelajar Kebangsaan. Falsafah Pendidikan Negara
telah diasaskan pada tahun 1988 dan ditukar menjadi Falsafah pendidikan
Kebangsaan pada tahun 1996. Falsafah ini bertujuan mewujudkan insan yang
seimbang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan
rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

18
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

kesejahteraan diri (self well-being) serta memberi sumbangan terhadap


keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, 1996, berbunyi :

“Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah lebih


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruhdan
bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan
kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.”

Satu konsep asas yang terkandung dalam FPK ialah tentang ilmu, nilai
ilmu dan peranan ilmu dalam pembangunan insan dan masyarakat. Nilai ilmu
terletak pada kebenaran kandungan yang berfungsi bukan sahaja untuk
memaklumkan dan menerangkan kepada manusia akan sesuatu, tetapi lebih
penting lagi ilmu mempengaruhi, mengubah dan membentuk diri serta
masyarakat manusia. Berdasarkan hasrat yang terkandung dalam FPK ini,
dapatlah dirumuskan secara ringkas bahawa proses dan asas utama dalam
pembinaan modal insan berkualiti yang baik, seimbang dan bersepadu secara
langsung merupakan saluran utama untuk mencapai cita-cita negara.

Kurikulum pendidikan negara yang dirancang dan dilaksanakan juga


adalah berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kurikulum ini merupakan
landasan utama dalam memastikan hasrat dan matlamat negara tercapai.
Penggunaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) selama hampir 20
tahun telah digantikan dengan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
yang mana matlamat dan hala tujunya lebih terarah untuk merealisasikan
matlamat-matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Dengan berlandaskan

19
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

FPK dan mengekalkan prinsip KBSR, penambahbaikan dilakukan kepada reka


bentuk organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan
pengurusan kurikulum. Fokus KSSR bukan hanya tertumpu kepada kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira) lagi namun ditambah satu lagi
elemen baharu iaitu menaakul menjadikan asas tumpuan ialah 4M.

Fokus utama KSSR ini adalah untuk melahirkan insan seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Bentuk Kurikulum Tranformasi yang
direka adalah memfokuskan beberapa aspek iaitu komunikasi, kerohanian, sikap
dan nilai, kemanusiaan, keterampilan diri, perkembangan fizikan dan estetik
serta sains dan teknologi. Elemen keusahawanan juga ditambah agar
bersesuaian dengan tuntutan situasi pembangunan semasa negara yang
memerlukan pelajar yang bukan sahaja mampu berfikir tetapi mampu
menghasilkan sesuatu untuk dipasarkan bagi menjana pendapatan tambahan.
Penambahbaikan KBSR kepada KSSR ini adalah melihatkan kepada situasi
semasa agar bersesuaian dengan apa yang sedang dihadapi oleh negara.

Secara rangkumannya, matlamat kewujudan KSSR ini adalah bagi


menambahbaik kurikulum terdahulu iaitu KBSR dalam memastikan matlamat
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dicapai selaras dengan Wawasan 2020.
Perkara ini juga adalah selari dengan tuntutan semasa apabila dengan kemajuan
sains dan teknologi yang berkembang pesat menjadikan kurikulum pendidikan
negara perlu diaplikasikan mengikut kesesuaian teknologi tersebut. KSSR dilihat
lebih dominan untuk merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kerana kaedah, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan lebih
berpusatkan kepada pelajar dan pelajar dapat merasai sendiri pengalaman
ketika proses pembelajaran berlangsung. Pendekatan yang digunakan mestilah
memberikan peluang pembelajaran yang menyeronokkan serta mengambil kira
kepelbagaian kecerdasan murid-murid. Perkara inilah yang menjadikan KSSR
lebih dominan untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan juga
matlamat-matlamat negara yang lain.

20
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

5.0 PENGARUH-PENGARUH FALSAFAH PENDIDIKAN DUNIA TERHADAP


SUKATAN PELAJARAN KSSR

Kajian kali ini akan difokuskan kepada mata pelajaran Dunia Sains Dan
Teknologi Tahun 2 dalam menganalisis pengaruh-pengaruh falsafah pendidikan
terhadap sukatan pelajaran mata pelajaran tersebut. Sukatan pelajaran yang
dipilih bagi melihat pengaruh-pengaruh falsafah pendidikan yang wujud adalah
‘Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2 (Topik 2 : Haiwan)’ (rujuk lampiran untuk
dokumen standard sukatan pelajaran ini). Secara asasnya, topik ini
membincangkan mengenai keperluan hidup haiwan serta kitaran hidup haiwan
dalam menyeimbangkan ekosistem sesebuah kawasan serta kepentingannya
kepada manusia sejagat. Untuk menganalisis pengaruh yang wujud, penulis
akan mengkaji pengaruh melalui setiap tub-topik yang terdapat dalam sukatan
pelajaran ini.

Dalam sub-topik 2.1 iaitu memahami haiwan mempunyai keperluan asas


untuk terus hidup, pengaruh yang paling dominan adalah pengaruh
esensialisme apabila keperluan asas haiwan diberi fokus. Dalam sub-topik ini,
banyak perkara-perkara asas yang dibincangkan sebagai permulaan proses
pembelajaran dan pengajaran seprti contoh keperluan asas haiwan, tempat
tinggal haiwan dan jenis-jenis pemakanan haiwan. Selain itu, pengaruh
idealisme juga wujud dalam sub-topik pertama ini apabila pelajar diberi peluang
untuk menyatakan sendiri apa kepentingan haiwan kepada manusia dan alam
sekitar. Selain itu, pelajar juga perlu mnjelaskan pemerhatian melalui lakaran,
TMK dan penulisan atau lisan. Di sini, pengaruh idealisme sangat berguna dalam
membantu para pelajar.

Falsafah Pendidikan Timur dilhat kurang ditekankan dalam sub-topik


pertama ini kerana hanya sedikit dahaja pengaruh confuciusisme hanya dapat
dilihat pada topik menyatakan kepentingan haiwan kepada alam sekitar iaitu
pelajar mempunyai nilai-nilai murni dan perlu menghargai alam sekitar. Pengaruh

21
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Falsafah Pendidikan Islam dapat dilihat pada hampir keseluruhan sub-topik ini
apabila penekanan terhadapa kejadian alam yang didasari oleh pencipta dan
peljar perlu melakukan perkara baik terhadap haiwan dan jangan sesekali
melakukan perkara tidak elok kepada mereka.

Dalam sub-topik 2.2 iaitu menghargai pelbagai haiwan di sekeliling kita,


pengaruh yang paling dominan adalah Falsafah Pendidikan Islam apabila
penekanan terhadap konsep ‘amar ma’ruf, nahi mungkar’ diaplikasikan di situ.
Para pelajar perlu menunjukkan kasih sayang terhdapa haiwan dan jangan
sesekali menganiaya haiwan yang tidak berdosa. Selain itu, pengaruh
confiusiusisme juga dilihat apabila pengaplikasia nilai-nilai murni yang pelru
dilakukan oleh para pelajar terhadap haiwan di sekeliling mereka. Pengaruh
parenialisme juga wujud dalam sub-topik ini apabila penekanan terhadap asas
semula jadi iaitu ciri manusia yang bersifat sejagat dan tidak berubah dilihat
apabila manusia yang azalinya adalah seorang yang baik hati dan penyayang.
Pengaruh eksistentialisme juga memaikan peranan kerana pelajar
bertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan. Maknanya, seikranya pelajar
menganiaya haiwan, pelajar perlu bertanggungjawab atas apa yang telah
dilakukan.

Sub-topik 2.3 menerima banyak penagruh falsafah pendidikan dan


pengaruh yang paling ketara ialah idealisme dan realisme. Dalam sub-topik ini,
kandungan sukatan pelajaran ini banyak menumpukan pelajar untuk melakukan
dengan sendiri dan meampu melihat kewujudan bahan bantu mengajar seperti
mengenal pasti cara haiwan membiak iaitu melahirkan anak dan bertelur,
mengelas haiwan berdasarkan cara pembiakan, mengenal pasti perubahan yang
berlaku pada haiwan, mengenal pasti anak haiwan yang menyerupai ibunya dan
yang tidak menyerupai ibunya, merekod perubahan tumbesaran haiwan dengan
memerhati haiwan sebenar. Selain itu, pengaruh Falsafah Pendidikan Islam juga
wujud apabila elemen memupuk kemahiran ditekankan dalam sub-topik ini
seperti kemahiran merekod perubahan tumbesaran haiwan.

22
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Sub-topik terakhir dalam ‘Topik 2 : Haiwan’ ialah memahami pergerakan


haiwan. Penagruh yang palaing dominan ialah realisme kerana pelajar diberi
peluang untuk melakukan sendiri simulasi pergerakan haiwan seperti ikan
sbernag, lembu berjalan, kura-kura merangka dan sebagainya. Keadaan ini
membantu pelajar untuk lebih memahami apa ciri-ciri haiwan tersebut. Selain
itu, pengaruh progresivisme juga wujud apabila pelajar diberi peluang untuk
menyesuaikan diri dengan perubahan dari cara berjalan seorang manusia
kepada pergerakan-pergerakan haiwan yang unik dan menarik.

Kesimpulannya, pengaruh falsafah Barat lebih mendominasi dalam sukatan


pelajaran ini diikuti falsafah Pendidikan Islam. Falsafah Pendidikan Timur kurang
memberi pengaruh terutamnya taoisme kerana tiada falsafah mistik dan spiritual
yang ditekankan dalam sukatan pelajaran ini. Sebagai seorang guru yang
cemerlang, guru perlu bijak dalam melakukan hubungkait antara haiwan,
manusia dan alam dan kembali kepada pencipta dan juga tidak lupa untuk
mengaitkan dengan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

Secara asasnya, dengan kewujudan pengaruh-pengaruh ini, sukatan


pelajaran ‘Topik 2 : Haiwan’ dalam matapelajar Dunia Sains dan Teknologi
berkembang dengan baik dan mampu memberikan kesan yang positif kepada
para pelajar. Pengaruh yang wujud dalam sukatan ini telah membentuk pelbagai
variasi yang unik yang akhirnya berjaya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

23
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

6.0 ANALISIS SUKATAN PELAJARAN DALAM MENCAPAI MATLAMAT


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Matlamat yang digariskan dala Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) perlu


dicapai oleh setiap mata pelajaran yang terkandung dalam KSSR. Kajian kali ini
akan membuktikan sejauh mana sukatan pelajaran Dunia Sains Dan Teknologi
Tahun Dua (Topik 2 : Haiwan) dapat mencapai matlamat-matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Analisis kali ini akan dirujuk kepada elemen-elemen
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana melalui
analisis elemen-elemen yang terkandung memudahakan pembuktian kajian
sama ada sukatan pelajaran ini mencapai matlamat FPK atau tidak.

Elemen pertama dalam FPK iaitu pendidikan satu usaha berterusan dapat
dilihat menerusi keseluruhan topik ini apabila setiap sub-topik mementingkan
elemen pembelajaran sepanjang hayat. Perkara ini dapat dilihat secara
keseluruhan kerana peringkat ilmu yang ditekankan adalah elemen “memahami”.
Apabila para pelajar berjaya memahami situasi kitar hidup haiwan, mereka akan
mengaplikasikan kepada kehidupan yang sebenar. Pelajar bukan sekadar faham
secara teori malah diaplikasikan secara realiti.

Apa yang menjadikan KSSR ini lebih ke arah ‘hands on’ apabila pelajar
perlu menjelaskan setiap pemerhatian melalui lakaran, teknologi maklumat,
penulisan ataupu lisan. Perkara ini dapat dilihat pada sub topik 2.1.7, 2.3.6 dan
2.4.4. Perkara tersebut jelas membantu para pelajar untuk memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu selari dengan elemen
yang terkandung dalam FPK. Pelajar perlu menginterpretasikan hasil
pembelajaran dalam bentuk dan medium yang berbeza agar hasil pembelajaran
mudah untuk diingati dan difahami.

Elemen melahirkan insan yang seimbang dan harmonis berjaya dibuktikan


melalui sub-topik 2.3 iaitu menghargai pelbagai haiwam di sekeliling kita dengan

24
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

menunjukkan kasih sayang terhadap haiwan dengancara tidan menganiaya


haiwan. Hal ini selari dengan kehendak elemen dalam FPK kerana pelajar
diterapkan untuk memiliki dan menghayati ilmu yang diperolehi dan berakhlak
mulia kerana apabila tindak tanduk manusia terhadap haiwan adalah baik maka
keseimbangan akan wujud dalam sesebuah ekosistem sehingga melahirkan
sebuah kehidupan yang harmonis.

Penekanan elemen dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani juga
ditekankan dalam Topik 2 : Tumbuhan (Tahun 2) ini. Dari segi intelek, para
pelajar telah didedahkan dengan elemen menaakul apabila perlu mengenalpasti
dan menejelaskan beberapa perkara mengenai kitaran hidup haiwan. Perkara ini
jelas merangsang pemikiran pelajar untuk berfikir dengan rasional. Aspek
jasmani tidak ditinggalkan begitu sahaja apabila pelajar perlu untuk melakukan
simulasi pergerkan haiwan seperti dalam sub-topik 2.4. Perkara ini jelas
menunjukkan keseimbangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam aspek rohani pula, penekanan agak kurang diberi perhatian


apabila tiada fokus yang diunjurkan terhadap aspek rohani ini secara
menyeluruh. Namun begitu, masih lagi terdapat beberapa aspek rohani yang
ditekankan seperti bersyukur dengan adanya haiwan sebagai sumber makanan
kepada manusia. Aspek emosi berjaya untuk ditonjolkan salam sukatan
pelajaran ini apabila pemupukan kasih sayang terhadap haiwan dan perasaan
menghargai haiwan disekeliling diwujudkan dengan begitu baik seperti mana
dalam sub-topik 2.2 yang jelas membincangkan mengenai perihal kasih sayang.

Elemen kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan tidak diberi penekanan


yang khusus dalam mana-mana sub-topik. Di sini guru perlu memainkan tugas
yang sangat penting dalam menghubungkaitkan antara hikmah kewujudan
haiawan terhadap manusia dan juga guru perlu menekankan konsep bahawa
Tuhan yang menjadikan haiwan. Guru perlu menunjukkan bahawa setiap agama
melarang untuk melakukan kejahatan dan dengan itu para pelajar perlu

25
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

mengasihi haiwan dan alam sekitar. Pelajar perlu diberi penekanan sekiranya
manusia tidak menjaga alam, ekosistem akan terganggu dan kehidupan manusia
tidak lagi aman.

Falasafah Pendidikan Kebangsaan juga menekankan elemen melahirkan


rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Dalam
sukatan pelajaran ini, aspek ilmu pengetahuan dititikberatkan kerana topik ini
berbicara mengenai kehidupan haiawan yang jauh berbeza dengan kehidupan
manusia. Banayak ilmu baharu ditekankan seperti mengelaskan haiwan
mengikut makanan yang dimakan, mengenalpasti cara haiwan itu membiak dan
sebagaianya. Aspek akhlak mulia dan bertanggungjawab juga sangat diberi
perhatian kerana perbincangan mengenai kepentingan haiwan kepada manusia
dan bagaimana manusia perlu mengasihi haiwan difokuskan untuk menlahirkan
pelajar yang benar-benar bertanggungjawab terhadap alam sekeliling. Untuk
aspek keterampilan, para pelajar difokuskan untuk berketerampilan seolah-olah
seorang saintis apabila perlu melihat dan merekod tumbesaran haiwan dan
mengenal pasti haiwan mengikut kelas makanannya. Sekiranya pelajar tidak
mempunyai kemahiran tersebut, objektif pembelajaran tidak akan dicapai.

Penekanan terhadap elemen memberi sumbangan terhadap keharmonian


dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara juga dilihat ditekankan
secara menyeluruh dalam mata pelajaran ini. Pelajar diberi penekanan untuk
memberi sumbangan walaupun dalam bentuk yang kecil iaitu dengan
menyayangi haiwan dan menjaga alam sekitar. Tambahan pula dengan
kemajuan teknologi hari ini dapat membantu para pelajar untuk menjadi
usahawan dalam bidang ternakan dan akhirnya memberi sumbangan dan
manfaat kepada keluarga, masyarakat dan negara.

26
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Secara rangkumannya, sukatan pelajaran bagi matapelajaran Dunia Sains


dan Teknologi Tahun 2 (Topik 2 : Haiwan) ini mampu untuk mencapai matlamat
yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Setiap sub-topik yang
terdapat seimbang dari pelbagai aspek dalam memastikan pelajar memahami isu
kandungan pelajar dari pelbagai sudut yang berbeza. Namun begitu, guru perlu
memainkan tugas yang sangat penting dan perlu bijak untuk membuat hubung
kait antara satu sama lain agar sesi pengajaran dan pembelajaran dapat
dimanfaatkan oleh para pelajar dengan sebaiknya. Unsur keusahawan perlu
ditambah agar pelajar dapat berfikir kehadapan dan akhirnya mampu menjana
pendapatan tambahan.

27
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

KESIMPULAN

Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu falsafah yang mempunyai ciri


tersendiri. Bagaimanapun ia mengandungi sebahagian unsur yangg terdapat
dalam falsafah pendidikan Barat, Timur dan Pendidikan Islam. Secara
keseluruhan, FPK adalah mirip kepada falsafah Rekonstruktivisme, di mana ia
menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan
membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran, ini adalah disebabkan
ia berasaskan kepada falsafah progresivisme, maka falsafah pendidikan di
Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.

Ciri-ciri tersebut boleh dihayati melalui KSSR yang menitikberatkan


penggunaan kaedah inkuiri-penemuan dan lebih berpusatkan murid. Pengajian
bidang kemanusiaan dan sains tulen, kurikulum sekolah pula merangkumi
pendidikan teknik dan vokasional, yang mana ia dititikberatkan berdasarkan
tafsiran falsafah pendidikan berlandaskan progresivisme. Salah satu fungsi
pendidikan di Malaysia adalah mengembangkan potensi pelajar secara
menyeluruh dan bersepadu, demi membentuk insan yang harmonis dan
seimbang, ini boleh dihayati daripada falsafah pendidikan rekonstruktivisme,
konfusianisme, nasionalisme dan internasionalisme.

Falsafah pendidikan Islam pula menekankan perkembangan individu dari


segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kpd
tuhan, ini dapat dihayati dlm FPK yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran
afektif utk perkembangan individu, khasnya dari segi rohani, emosi dan agama.
FPK juga menitikberatkan pembelajaran 3M dahulunya dan kini dengan
penambahan 1M lagi iaitu menaakul dan dikehendaki mematuhi kewibawaan
autoriti guru. Falsafah Pendidikan di Malaysia juga dikatakan mengandungi
unsur essensialisme yang bercorak tradisional.

28
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Pada keseluruhannya FPK adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Barat,


Falsafah Pendidikan Timua dan Falsafah Pendidikan Islam.
Walaubagaimanapun pun Falsafah Pendidikan Di Malaysia sebenarnya dikenali
sebagai falasafah eklektisisme (Eklektik) iaitu falsafah yg dicipta tersendiri
daripada pelbagai falsafah yangg sedia ada (Abdul Rahman Aroff dan Zakaria
Kasa (1994). Itulah keunikan yang ada pada sistem pendidikan kita!

29
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Allah s.w.t kerana dengan izinnya saya dapat
menyiapakan juga Kerja Kursus Pendek Falsafah Dan Pendidikan di Malaysia
ini. Pertama sekali saya ingin mengucapakn terima kasih kepada pensyarah
EDU 3101 iaitu Encik Salim bin Md Amin kerana telah bersama-sama membantu
seluruh ahli kelas saya yang lain dalam menyiapkan tugasan ini.

Setiap perkara yang dilakukan pasti ada kelebihan dan kekurangannya


yang tersendiri. Setiap manusia di muka bumi ini tidaklah sempurna namun saya
telah berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam apa sahaja pekerjaan yang
saya lakukan. Terdapat beberapa masalah yang saya hadapi semasa
melaksanakan tugasan ini. Namun, saya tetap tabah menghadapinya dan
berikhtiar untuk meningkatkan kefahaman mengenai tugasan yang telah
diamanahkan dengan sebaiknya.

Apa yang merisaukan saya pada permulaan kerja kursus ini adalah ketika
taklimat pertama tugasan ini, saya tidak faham sepenuhnya . Walaubagaimana
pun, saya bersyukur kerana dikurniakan rakan-rakan yang prihatin dan sanggup
membantu saya dalam memastikan saya tidak tercicir daripada mengetahui
setiap butir bicara taklimat tersebut. Selepas mengadakan sesi perbincangan
bersama beberapa ahli unit yang lain, saya diterangkan dengan terperinci akan
tugasan yang perlu untuk dilaksanakan.

Saya juga mengahadapi masalah dalam mencari sumber bahan rujukan


kerana sumber yang terhad di perpustakaan disamping perlu berebut dengan
rakan-rakan yang lain. Namun Alhamdulillah, tindakan pantas saya menempah
beberapa buah buku terlebih dahulu memudahkan urusan saya untuk
menggunakan sumber tersebut di samping mencari rujukan di internet, majalah-
majalah dan keratan-keratan akhbar.

30
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Selain itu, bagi meningkatkan kefahaman saya mengenai tajuk ini, saya
telah berkolaboratif sedikit sebanyak bersama Encik Salim untuk benar-benar
memastikan apa yang telah saya lakukan menepati kehendak pensyarah. Jujur
saya kata, pada mulanya saya mempunyai beberapa kemusykilan mengenai
tugasan ini dan beberapa kekeliruan timbul ekoran pelbagai pendapat daripada
rakan kelas. Setelah berkolaboratif dengan pensyarah, saya mendapat sedikit
percambahan idea mengenai tajuk ini. Kami amat berterima kasih kepada
pensyarah bimbingan saya iaitu Encik Salim kerana banyak membantu kami
dalam menyelesaikan tugasan ini.

Alhamdulillah, dengan berkat kefahaman yang lebih terhadap kehendak


soalan ini, saya telah mengadakan perjumpaan khas bersama semua ahli kelas
dan saya menerangkan satu per satu apa yang perlu dilaksanakan bagi
memastikan tugasan yang dibuat mengikut kehendak soalan dan pensyarah.
Pengalaman ini cukup bermakna kerana diberi kepercyaan oleh rakan-rakan
sekelas untuk saya menerangkan serba sedikit apa yang perlu dilakukan.

Seterusnya, masalah yang kami hadapi seterusnya ialah mengenai masa.


Tugasan ini perlu dilaksanakan dan disiapkan dalam tempoh 2 minggu dan
dalam pada masa yang sama, pihak IPGKDRI menganjurkan beberapa program
yang melibatkan hampir keseluruhan pelajar IPG termasuklah saya. Ini benar-
benar menguji kebijaksanaan kami dalam membahagikan masa antara tugasan
dan program-program IPG.

Kerja tugasan ini memerlukan kesabaran dan kefahaman yang tinggi


terutama dalam melaksanakan tugas-tugas yang diberikan. Sikap toleransi perlu
diterapkan agar tugasan yang dilakukan dapat diselesaikan dengan baik. Akhir
kata, saya bersyukur tidak terhingga kepada Allah s.w.t. kerana dapat
menyempurnakan tugasan ini mengikut tempoh yang diberikan. Kami juga
berterima kasih kepada rakan-rakan sekelas iaitiu PISMP PAI 2 kerana telah
membantu dan bekerjasama dengan baik dalam memastikan tugasan ini dapat
disiapkan mengikut kehendak soalan. Walaubagaimanapun, masalah yang kami
hadapi tidak menghalang kami untuk mencari secalit kemanisan dalam

31
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

menyelesaikan tugasan ini. Perkara yang paling bermakna ialah dengan adanya
tugasan ini, ukhwah antara teman-teman bertambah erat.

Akhir kata, sekalung apresiasi saya hulurkan buat pensyarah EDU 3101
iaitu Encik Salim bin Md Amin kerana telah memberikan tunjuk ajar dan
membantu kami dalam memastikan tugasan ini mampu dilaksanakan dengan
baik. Terima kasih juga atas kerjasama yang diberikan oleh Encik Salim
sepanjang sesi pertemuan kita. Segala budi baik daripada semua pihak kami
dahului dengan ucapan terima kasih.

32
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

RUJUKAN

BUKU / JURNAL / KERTAS KERJA

Abdul Fatah Hasan (2001). Pengenalan Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur :


PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Abdul Rahim M. Ali (2001). Ilmu Pendidikan DPM Pendidikan di Malaysia dan
Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distibutors
Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Aroff (1987). Falsafah Dan Konsep Pendidikan. Kuala Lumpur :
Penerbitan Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia untuk PISMP,
Selangor : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Leonard Abbeduto (2000). Taking Side : Clashing Views on Controversial Issues


on Educational Psychology, United State of America : Dushkin/McGraw-
Hill Companies

Mohd Idris Jauzi (1991). Reformasi Pendidikan Di Malaysia, Kuala Lumpur :


Nurin Enterprise

Mook Soon Sang (1991). Asas Pendidikan 1 Pendidikan Sebagai Suatu Proses,
Kuala Subang Jaya : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Mook Soon Sang (1991). Pedagogi 1 : Pengenalan Kepada Pedagogi, Kuala


Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

33
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

Noriati A. Rashid (2012). Falsafah & Pendidikan di Malaysia, Selangor : Oxford


Fajar Sdb. Bhd.
Rashidi Azizan, Abdullah Mohd Noor (1994). Pendidikan Guru : Cabaran,
Falsafah dan Strategi Dalam Pembentukan Guru Yang Unggul, Kajang,
Selangor : Masa Entreprise

Reginald D. Archambault (1965). Philosophical Analysis and Education, Great


Britain : Routledge & Kegan Paul

Robin Barrow, Ronald Woods (1975). An Introduction to Philosophy of Education


4th Edition, Britain : Routledge Taylor & Francis Group

34
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

INTERNET

Nordin Tahir. (2010, Mac 11). Falsafah & Pendidikan Di Malysia Retrieved 7 Mac
2013, from
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%205%20-
%20Implikasi%20Falsafah%20Terhadap%20Perkembangan%20Pendidik
an%20Di%20Malaysia.pdf

Nordin Tahir. (2010, Mac 11). Falsafah & Pendidikan Di Malysia Retrieved 6 Mac
2013, from
http://www.amaljaya.com/guru/PISMP/EDU%203101/Tajuk%203%20-
%20Falsafah%20Pendidikan%20Islam%20&%20Timur.pdf

Salam Sejarah. (2009, May 11). Sejarah Falsafah Pendidikan Negara (FPN)
Retrieved 6 Mac 2013, from
http://sejarah2u.blogspot.com/2009/05/sejarah-falsafah-pendidikan-
kebangsaan.html

Syafawani Jamil. (2009, May 11). Konsep Falsafah dan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan Retrieved 6 Mac 2013, from
http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/konsep-falsafah-dan-falsafah-
pendidikan.html

35
FALSAFAH DAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA – EDU 3101

LAMPIRAN

36

You might also like