You are on page 1of 22

TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

SISTEM DAN STRUKTUR PENDIDIKAN SEMASA


PENJAJAHAN INGGERIS-TEMPOH PERTAMA (1786-1941)

PENGENALAN

Peringkat kedua dalam perkembangan sistem pendidikan di Tanah Melayu berlaku


semasa zaman penjajahan Inggeris (1824-1957). Pada peringkat ini pendidikan di Tanah
Melayu dikelola, dikendali, dikawal dan diletakkan di bawah kuasa penjajah inggeris tanpa
mempunyai suatu falsafah yang konkrit ataupun dasar pendidikan kebangsaan. Pentadbiran
pendidikan di Semenanjung Tanah Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu
„pecah dan perintah‟ serta dasar terbuka dan tiada campur tangan berkenaan pendidikan
vernakular. Matlamat utama sistem pendidikan penjajah adalah semata-mata bagi memberi
pendidikan kepada segolongan rakyat bagi membolehkan sebahagian mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi.

Pendidikan pada peringkat ini berjalan secara ad boc tanpa dibatasi oleh suatu garis
panduan ataupun batasan-batasan yang konkrit. Ini kerana pemerintahan Inggeris tidak
menganggap pendidikan sebagai suatu pelaburan di „periphery‟nya bagi meningkatkan
kemahiran dan kebolehan rakyatnya bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar pendidikan benevolen (benevolent welfare policy).
Jadi, objektif pemerintahan Inggeris bukan hendak mengubah ataupun memajukan struktur
sosial, tetapi sekadar menjadikan keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efesein
sahaja.

Akibat dasar Inggeris ini wujudlah sistem pendidikan plural (Plural Educational System),
sesuai dengan keadaan struktur masyarakat majmuk. Terdapat pendidikan dalam lima aliran
bahasa yang berasingan dengan tujuan, matlamat dan kandungan kurikulum yang berlainan.
Sistem pendidikan plural ini dikendalikan dalam lima aliran bahasa iaitu Inggeris dan sekolah-
sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, cina, Tamil, dan Arab. Sistem pendidikan plural ini
tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan di kalangan penduduk yang
berbilang kaum.

1
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

DASAR POLARISASI PENDIDIKAN DALAM ERA


KOLONIAL INGGERIS

Pendidikan. Khususnya tidak formal telah berkembang di semenanjung Tanah Melayu dan
Nusantara pada abad ke-14 hingga 16 selaras dengan perkembangan agama Islam yang
dibawa oleh pedagang dari Arab dan India. Pendidikan Islam berlaku di rumah, surau, pondok
dan masjid-masjid oleh bergurukan imam dan ulama berketurunan sayid dan syeikh. Pelajaran
terdiri daripada bahasa Arab, membaca al-Quran, tafsir al-Quran, Hadis, Tasawuf, Fiqah,
Tauhid, Sejarah Islam dan Fardu Ain.

Pendidikan formal dan sistematik di Tanah Melayu telah bermula dengan kedatangan
syarikat perdagangan Inggeris berserta dengan mubaligh Kristian pada akhir abad ke-18.
Justeru itu, mubaligh Kristian telah mengambil peluang mendirikan sekolah mereka yang
memakai nama Methodist, Katolik, La Salle dan Anglican dengan tujuan menyebarkan agama
Kristian.

Sikap pemerintah Inggeris yang tidak peduli tentang pendidikan memdorong orang cina
membina sekolah Cina yang berfokuskan kepada tamadun dan kepercayaan negara besar
China. Orang Melayu turut membina sekolah Melayu atau sekolah agama. Namun usaha
pembinaan sekolah Melayu kerajaan seperti Sekolah Melayu Bayan Lepas, Pulau Pinang (1856)
dan Sekolah Melayu Teluk Belanga, Singapura (1856) dilakukan selepas jemaah pengarah di
India mengeluarkan arahan kepada pemerintah Inggeris Negeri-negeri Selat.

Pendidikan anak-anak Melayu terhenti setakat sekolah rendah yang memberi penekanan
kepada kemahiran 3M (Membaca, Menulis, Mengira). Mereka yang berkemampuan akan
meneruskan pangajian di peringkat peralihan untuk ke sekolah Inggeris.

Bagi pelajar sekolah rendah Inggeris Kristian dan kerajaan boleh melanjutkan pelajaran ke
peringkat menengah, maktab dan universiti. Pelajar sekolah Cina pula ke peringkat menengah
dan universiti. Pelajar Melayu bolah memasuki maktab perguruan, sekolah kampung atau
sekolah menangah Inggeris. Pelajar Tamil tidak mempunyai saluran ke peringkat menengah
dan tinggi.

2
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

Dasar pendidikan Inggeris selepas Perang Dunia Pertama (1918) bercirikan penindasan
terhadap masyarakat peribumi dan Melayu yang semakin berani melawan pemerintahan
Inggeris. O.T.Dussek mengambarkan dasar polarisasi wilayah dan bahasa di Tanah Melayu
iaitu bahasa Inggeris difikirkan sesuai untuk orang bandar dan golongan elit dan bahasa Melayu
adalah untuk orang kampung yang tidak membawa mereka ke tahap yang lebih tinggi dari segi
pemikiran, agama, ekonomi, sosial dan politik (Sufean Hussin, 2002).

Pada abad ke-19 dan pertengahan abad ke-20 perkembangan sekolah agama menyulitkan
perkembangan agama Kristian dan fahaman sekular Barat di Tanah Melayu. Dari tahun 1900-
1950 sekumpulan ulama bergelar Kaum Muda yang progresif dan moden melancarkan
penentangan intelektual terhadap pemerintahan Inggeris dan mubaligh Kristian dipimpin oleh
Syeikh Tahir Jalaludin dan Sayid Syeikh Ahmad al-Hadi. Kaum Muda membina sekolah
madrasah untuk menandingi pertambahan sekolah Kristian.

Organisasi dan prasarana madrasah lebih baik dan kurikulumnya lebih luas daripada
sekolah pondok. Madrasah boleh dianggap sebagai sekolah menengah dan tinggi agama Islam,
satu alternatif yang lebih baik daripada sekolah Melayu kerajaan.

Pemerintah Inggeris dapat merasakan penentangan Kaum Muda, justeru itu, membina
Maktab Perubatan King Edward II (1950) dan Maktab Raffles (1929). Suruhanjaya McLean
(1939) mengusulkan percantuman kedua-dua maktab menjadi universiti. Laporan Carr-
Saunders (1948) memperbaharui semula Laporan McLean dan mendorong penubuhan Universiti
Malaya, Singapura (1949). Penubuhan Universiti Malaya merupakan mercu pengajian tinggi
bagi pelajar sekolah Inggeris yang boleh menjadi pegawai tinggi dalam kerajaan Inggeris.

3
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

FAKTOR KEWUJUDAN VERNAKULARISME

Dasar laisse-faire Inggeris dalam bidang pendidikan telah mewujudkan lima jenis
persekolahan dalam zaman pemerintahanya. Jenis-jenis persekolahan itu ialah Sekolah
Vernakular Melayu, Cina, Tamil, Inggeris dan sekolah agama Madrasah. Pewujudan lima jenis
persekolahan ini dalam sistem pendidikan dalam zaman pemerintahan Inggeris telah
menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan sekarang. Khususnya dari segi
keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional. Kewujudan vernakularisme dalam
sistem pendidikan di zaman pemerintahan Inggeris adalah dipengaruhi oleh faktor politik,
ekonomi, sosiobudaya dan agama.

1. Faktor Politik
Campur tangan Inggeris Tanah Melayu bermula dengan pengambilan Pulau Pinang
(1786), Singapura (1819) dan Melaka (1824). Seterusnya Inggeris meluaskan dasar campur
tangan pentadbiran Tanah Melayu bermula dari Perak (1874), Keseluruhan semenanjung Tanah
Melayu (1914) dan keseluruhan sebahagian Kepulauan Borneo Utara dan Sarawak (1888).
Tujuan utama campur tangan Inggeris ini adalah untuk memperolehi autoriti memonopoli
perniagaan timah, emas, rempah, penerokaan ladang kopi dan getah, dan memonopoli laluan
perdagangan Timur-Barat. Pihak Inggeris tidak mahu membazirkan wang untuk tujuan
perkembangan sistem pendidikan. Dasar laissez-faire membawa implikasi ”pecah dan perintah”
menyebabkan penubuhan:
i. Sekolah-sekolah Inggeris persendirian oleh pendakwah kristian.
ii. Sekolah-sekolah Cina oleh masyarakat Cina.
iii. Sekolah-sekolah Tamil oleh tuan punya ladang.
iv. Sekolah-sekolah agama madrasah oleh masyarakat melayu.
Setiap jenis sekolah ini mempunyai orientasi kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran
serta organisasi yang berbeza-beza.

4
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
2. Faktor Ekonomi
Pihak Inggeris membenarkan kemasukan beramai-ramai orang Cina bagi
mempertingkatkan pengeluaran bijih timah untuk kegunaan industri-industri di Eropah. Pihak
Inggeris juga membenarkan kemasukan peniaga-peniaga dari negara India. Tenaga buruh
kaum India diperlukan untuk bekerja di ladang-ladang kopi, gambir dan getah. Masyarkat Cina
menubuhkan sendiri sekolah-sekolah rendah dan menengah. Penubuhan sekolah-sekolah
rendah Tamil dijalankan oleh pemilik ladang sebagai cara ”mengambil hati” pekerja ladang.

Bagi menjamin keperluan tenaga kerja separuh mahir dan pewagai-pegawai pentadbir
rendah, pihak Inggeris telah mendirikan beberapa sekoah ”free”(Free School) yang
mengenakan yuran tetapi membenarkan murid-murid daripada semua bangsa untuk
memasukinya. Keperluan juruteknik, jurukira dan kerani akaun menjadi mendesak dalam
usaha mempercepatkan pemindahan kekayaan dari Tanah Melayu ke Eropah. Implikasinya:
 Kursus-kursus vokasional dan perdagangan diperkenalkan atas cadangan jawatan kuasa
Winsted (1916).
 Pada tahun 1918 jawatankuasa Lemmon mengemukakan syor-syor kepada pihak
kerajaan tentang teknik dan perindustrian.
 Penubuhan sebuah sekolah teknik dan sebuah sekolah pertanian yang menggunakan
bahasa pengantar bahasa inggeris telah dibina di Kuala Lumpur.

3. Faktor Sosiobudaya
Inggeris berpendapat bahawa orang melayu semestinya dikekalkan di kampung-
kampung dan mengamalkan cara hidup bertani, bertukang atau nelayan. Orang Melayu tidak
digalakan berhijrah ke kawasan-kawasan lombong, ladang dan bandar-bandar untuk bekerja
dengan orang Inggeris. Oleh itu kebanyakan sekolah rendah vernakular Melayu dibina di
kampung-kampung. Bentuk kurikulum adalah pada tahap yang sangat minimum sekadar
memenuhi asas sosialisasi anak-anak Melayu di kampung.

5
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
4. Faktor Agama
Penubuhan sekolah pondok adalah untuk menyebarkan nilai-nilai Islam serta nilai-nilai
konservatif budaya masyarakat Melayu pada zaman berkenaan. Kedatangan Inggeris di Pulau
Pinang(1786) dan pembukaan Singapura(1819) membawa kejutan budaya kepada masyarakat
melayu yang beragama Islam, kerana kedatangan pendakwah Kristian dan mendapat sokongan
daripada kerajaan Inggeris.

Penubuhan sekolah-sekolah pendakwah kristian yang mempunyai orientasi kurikulum


kebaratan dan sekular telah dianggap oleh orang Melayu sebagai satu ancaman kepada agama
dan budaya hidup mereka. Oleh kerana tokoh-tokoh ulama Islam yang bersikap radikal dan
progresif, iaitu kaum muda, telah melakukan reformasi dalam bidang pendidikan dengan cara
menubuhkan Sekolah Agama Mardasah bagi bersaing dengan sekolah-sekolah pendakwah
Kristian.

Kaum muda yang dipelopori Sheikh Tahir Jalaludin dan Sayid Sheikh Ahmad Al-Hadi
pada tahun 1906 berpendapat bahawa kemajuan umat Islam, khususnya dalam aspek
sosiekonomi dan politik bergantung kepada keupayaan orang Melayu Islam mengubah orientasi
pemikiran dari corak yang hanya mementingakn akhirat kepada yang moden dan progresif.

PENDIDIKAN AWAL
 CIRI-CIRI SISTEM PENDIDIKAN
Ciri-ciri utama sistem pendidikan di Semenanjung Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua
adalah:
1) Wujudnya sistem pendidikan plural iaitu sekolah-sekolah yang khusus untuk sesuatu
kaum tertentu. Oleh sebab setiap jenis sekolah khusus untuk kaum tertentu, maka
sekolah-sekolah itu terpisah di antara satu sama lain menurut kedudukan geografi dan
taburan penduduk. Misalnya sekolah-sekolah Melayu didirikan di desa, sekolah-sekolah
Cina di bandar dan kawasan-kawasan perlombongan, sekolah-sekolah Tamil di ladang-
ladang getah dan sekolah-sekolah Inggeris di bandar. Dengan sendirinya kanak-kanak
Melayu, Cina dan India sukar bergaul diantara satu sama lain. Tanpa pergaulan dan
persefahaman, perpaduan kaum tidak mungkin wujud daripada sistem aneka corak ini.

6
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
2) Tidak ada suatu falsafah dan dasar kebangsaan pendidikan yang konkrit. Tidak dasar
yang seragam berkenaan bahasa pengantar, kandungan kurikulum, buku teks, latihan
guru dan peperiksaan.
3) Kurikulum bagi kelima-lima jenis sekolah ini berbeza dan tidak seragam. Masing-masing
mempunyai kurikulum dan kaedah pedagogi yang tersendiri dengan tumpuan dan
matlamat yang berlainan.

Sistem pendidikan yang terdapat sebelum Perang Dunia Kedua memberi gambaran
pemerintahan kolonial tidak berminat membangunkan rakyat melalui sistem pendidikan.
Persefahaman dan perpaduan tidak dianggap penting untuk dipupuk menerusi pendidikan
Inggeris yang mengabaikan soal pendidikan kebangsaan yang terancang dan tidak
menubuhkan suatu sistem persekolahan yang tunggal yang dapat mendidik dan menyatukan
kanak-kanak daripada semua keturunan.

I. Sekolah Vernakular Melayu


Sejarah penubuhan sekolah Melayu bermula pada tahun 1821 di Gelugor, Pulau Pinang.
Pada tahun 1856 dua buah sekolah Melayu telah dibuka di Singapura iaitu di Teluk Belanga dan
Kampung Gelam. Sebuah lagi telah didirikan di Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Klang sekitar
tahun 1875. Pada tahun 1877 pula, sekolah Melayu telah dibuka di Sayong, Perak. Di Kedah,
sekolah Melayu pertama didirikan pada tahun 1897 atas daya usaha Tuan Haji Abdullah.
Manakala di Kelantan, sekolah Melayu pertama telah dibuka di Padang Garong pada tahun 1903
diikuti Perlis dengan penubuhan lima buah sekoah dan Terengganu pada tahun 1915 dengan
pembukaan Sekolah Melayu Kampung Keling.

Tujuan utama sekolah-sekolah Melayu yang diasaskan pada abad ke-19 dan awal abad
ke-20 adalah bagi membolehkan anak-anak Melayu terus kekal di desa-desa, mewarisi
kemiskinan keluarganya dan membantu ibu bapa mereka. Mereka sekadar diharapkan dapat
„menjadi petani dan nelayan yang lebih baik‟ daripada yang lebih baik‟ daripada ibu bapa
mereka. Oleh itu, pendidikan yang berbentuk sekular dalam bahasa Melayu dihadkan kepada
empat tahun sahaja dengan skop dan kokurikulum yang terhad. Pendidikan Melayu tidak dapat

7
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
mengubah cara hidup orang Melayu ataupun menyumbang kepada mobiliti menegak di
kalangan masyarakat Melayu.

Dari segi kurikulumnya, sekolah vernakular Melayu menekankan pelajaran bacaan,


mengarang, ejaan, menulis, ilmu hisab, latihan jasmani, dan ilmu alam. Pada awal kurun ke-20
mata-mata pelajaran perkebunan dan anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah.
Murid-murid akan memasuki sekolah dari darjah I hingga IV. Selepas itu hanya sebilangan kecil
sahaja yang dapat memasuki Special Malay Class, iaitu mereka dapat meneruskan persekolahan
di sekolah Inggeris kelak. Bahasa perantaraan yang digunakan sehingga sekarang adalah
bahasa Melayu tetapi ianya kurang mendapat sambutan terutamanya di kalangan kaum-kaum
lain.

Pada tahun 1903, R.J. Wilkinson telah memperkenalkan tulisan dan ejaan Rumi untuk
sekolah-sekolah vernakular Melayu. Tujuan utamanya ialah untuk membakukan ejaan dan
sebutan bahasa Melayu bagi memudahkan penerbitan surat-surat rasmi kerajaan dan
seterusnya bahan-bahan penulisan dan sastera. Seterusnya pada tahun 1916 R.O. Winstedt,
Timbalan Pengarah Pendidikan ketika itu telah berusaha memperbaiki kurikulum sekolah-
sekolah Melayu dengan menjadikan kurikulum lebih releven dengan cara hidup masyarakat
setempat. Beliau telah memperkenalkan kurikulum vokasional seperti pertanian, membuat
bakul, membuat tikar, membuat jarring, dan ilmu masakan.

Reaksi orang Melayu terhadap sekolah-sekolah Melayu ini pada peringkat awal amatlah
tidak menggalakkan. Ibu bapa telah menyuarakan pendapat di mana mereka merasa bimbang
kerana tidak ada pengajaran agama menyebabkan beberapa langkah telah diambil oleh Skinner
selaku Nazir sekolah-sekolah atau Inspector of School yang pernah menjadi pemangku mejistret
di Seberang Perai. Antara langkah-langkah Skinner pada tahun 1872 untuk memulihkan
keyakinan dan kepuasan orang Melayu. Antaranya ialah:
 Murid-murid mengikuti pelajaran bahasa Melayu dalam tulisan Jawi pada sesi pagi.
 Murid-murid mengikuti pelajaran bahasa Arab dan al-Quran di sebelah petang.

8
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Langkah lain juga dilaksanakan pihak Inggeris adalah seperti:
 Arahan pemaksaan anak-anak Melayu ke sekolah berdekatan.
 Mewujudkan jawatan Guru Pelawat bumiputera bagi kepentingan kemajuan sekolah
Melayu.
 Mengenakan denda kepada ibu bapa yang tidak menghantar anak ke sekolah.
 Mendapatkan bantuan ketua-ketua masyarakat.
 Memberi hadiah kepada murid yang rajin datang ke sekolah.

Sekolah- sekolah vernakular Melayu tidak mempunyai matlamat yang dapat memberi
keuntungan kepada orang Melayu tetapi sekadar memenuhi politik penjajah di samping untuk
mengambil hati pembesar Melayu. Lulusan sekolah-sekolah Melayu juga setakat memenuhi
keprluan tenaga manusia yang paling rendah. Pemilihan bahan-bahan kurikulum yang tidak
penting seperti buku-buku dongeng telah melalai dan melekakan orang Melayu sendiri.

Dari awal abad kedua puluh, orang Melayu mula sedar bahawa pendidikan di sekolah
Inggeris adalah lebih “prestigious” serta mudah dapat bekerja dengan kerajaan Inggeris.
Pendidikan di sekolah Melayu tidak dapat menjamin mobiliti sosial dan masa depan yang baik.
Dengan kesedaran ini, sesetengah masyarakat Melayu, apatah lagi kaum pendatang
memandang rendah terhadap sekolah vernakular Melayu. Orang Melayu khususnya de Negeri-
Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu lebih gemar menghantar anak-anak mereka
ke sekolah-sekolah Inggeris di bandar-bandar. Perkara ini sedikit banyak mengurangkan
pendaftaran di sekolah-sekolah vernakular Melayu.

Guru-Guru Di Sekolah Vernakular Melayu


Terdapat dua kolej bagi melatih guru-guru untuk sekolah-sekolah vernakular Melayu.
Satu daripadanyaadalah untuk guru-guru pelatih lelaki yang terletak di Tanjung Malim. Jumlah
pelajarnya adalah seramai 429 orang. Satu lagi untuk guru-guru pelatih wanita yang terletak di
Melaka. Jumlah pelajarnya adalah seramai 198 orang. Kedua-duanya menyediakan kursus
selama tiga tahun. Kursus-kursus yang dijalankan adalah secara teori dan praktikal. Bahasa
Inggeris juga diajar di kolej-kolej ini dan masalah yang dihadapi ialah kewangan dan
kekurangan guru-guru yang terlatih.

9
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Latihan guru-guru Melayu dimulakan pada tahun 1922. Bagi memenuhi permintaan
yang bertambah terhadap guru-guru sekolah Melayu yang berkelayakan, Maktab Perguruan
Sulatan Idris ditubuhkan. Keperluan pada guru-guru perempuan Melayu yang terlatih membawa
kepada penubuhan Maktab Perguruan Perempuan Melayu di Melaka pada tahun 1935.

Kursus ulangkaji sebagai pembantu nazir bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu dan
kumpulan guru-guru telah dilaksanakan di Kolej Latihan Sultan Idris. Guru-guru dilatih secara
sambilan iaitu selama tiga tahun. Mereka dilatih secara teori dan praktikal dalam semua mata
pelajaran bagi sekolah-sekolah vernakular Melayu.

II. Sekolah vernakular Cina


Penubuhan sekolah-sekolah Cina telah bermula di Negeri-negeri Selat . sekolah Cina
pertama telah didirikan di Melaya pada tahun 1815 oleh Persatuan Mubaligh London di negeri
Melaka. Pada tahun 1819 tiga buah sekolah cina dibuka di Singapura. Pada tahun 1900 dua
orang menteri dan pendidik dari negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau, mendirikan
sekolah vernakular cina menggabungkan pengajaran Conficious dengan pengajaran Sains Barat.

Kurikulum yang diperkenalkan beroreintasikan pada negara China. Kurikulumnya ialah


seperti hafalan klasik lama, Bahasa, Ilmu Hisab, Lukisan, Nyanyian, Latihan Jasmani, Sejarah,
Ilmu Alam, dan juga Moral. Bahasa pengantar yang digunakan ialah dialek tempatan. Buku-
buku teks dan guru didatangkan dari negara China. Kesan berlakunya reformasi kebudayaan
yang dikenali dengan pergerakan 4 mei telah mengubah kurikulum sekolah-sekolah vernakular
Cina menjadi lebih sistematik. Dalam kurikulum tersebut murid-murid akan diajar mata
pelajaran Etika, lukisan, geografi, sejarah, sains, matematik, nyanyian dan pendidikan Jasmani.
Disamping itu, bahasa pengantar beberapa dialek tempatan seperti Kongfu, Teochew dan
Hokkian telah diubah ke bahasa Mandarin. Tahap persekolahan pula dibahagiakan kepada tiga
iaitu:
 sekolah Rendah (selama 6 tahun)
 Junior Middle (selama 3 tahun)
 Senior Middle ( selama 3 tahun).

10
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Disebabkan kebimbangan terhadap perubahan tersebut British telah meluluskan
Enakmen Pendaftaran Sekolah pada tahun 1920 dengan tujuan untuk memberi kuasa undang-
undang kepada Jabatan Pelajaran menutup sekolah-sekolah Cina yang tidak menurut syarat-
syarat yang ditetapkan dari segi kurikulum, pengurusan dan peraturan kesihatan. Menjelang
1938 terdapat 305 buah sekolah Cina bantuan penuh pihak British, 18 buah dikendali oleh
mubaligh, 33 buah di bawah pengendalian pertubuhan-pertubuhan swasta Cina. Perkembangan
sekolah Cina adalah sehingga peringkat menengah atas.

Guru-Guru Sekolah Vernakular Cina


Pada 12 Mei telah ditubuhkan “Federal Institution”. Ianya merupakan institut yang
pertama di Malaya dan telah dibuka di Green Lane, Pulau Pinang. Sekolah latihan ini bukan
sahaja memberikan kursus secara teori dan praktikal kepada 148 orang pelajarnya tetapi ia
juga telah menyediakan Sekolah Menengah Rendahnya sendiri (Junior Middle School) di mana
ia akan ditentukan dalam latihan tersebut. Kedua-dua bahasa iaitu bahasa Cina dan bahasa
Inggeris diajar di sekolah ini.

Walaubagaimanapun seramai 148 orang guru terlatih dilatih di pusat latihan yang baru di
Pulau Pinang. Di sana terdapat seramai 267 orang yang akan dilatih di kelas menengah atas
dan seramai 74 orang di kelas latihan guru. Kelas menengah atas menyediakan latihan sepenuh
masa selama dua tahun manakala kelas latihan guru menyediakan kursus pada hujung minggu
selama tiga tahun. Latihan intensif bagi guru-guru yang telah diadakan di sekolah-sekolah di
Kampung Baru, Kuala Lumpur telah memberikan suatu kejayaan yang besar.

III. Sekolah Vernakular Tamil


Sejarah penubuhan sekolah vernakular Tamil bermula pada tahun 1816 selepas
penubuhan Penang Free Schooldengan menawarkan kelas bahasa Tamilbagi orang India yang
ingin menghantar anak-anak ke sekolah. Faktor penubuhan adalah didorong oleh pembukaan
ladang-ladang kopi dan getah oleh pihak British. Kehadiran buruh-buruh India amat penting
bagi kepentingan perdagangan British.

11
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Kumpulan-kumpulan mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada
perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada peringkat awalnya. Ordinan Buruh
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu tahun 1923 mempunyai peruntukan yang memerlukan
majikan-majikan, terutamanya dalam perusahaan getah untuk membina sekolah-sekolah bagi
anak-anak pekerja. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah sekolah Tamil kerajaan, 511 buah
sekolah estet, 23 buah sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh
Semenanjung Malaysia

Seperti sekolah-sekolah vernakular Melayu, sekolah-sekolah vernakular Tamil juga


terhad pada peringkat rendah sahaja. Pentadbirannya hampir sama dengan sekolah Cina iaitu
mengimport buku-buku dan guru-guru dari India. Bahasa pengantar ialah bahasa Tamil,
Gujersat, Hindi dan Malayalam. Terdapat beberapa jenis sekolah vernakular Tamil pada ketika
itu iaitu:
 Sekolah kerajaan.
 Sekolah estet.
 Sekolah persendirian oleh masyarakat India.
 Sekolah persendirian oleh pendakwah Kristian.

Kod Buruh 1925 telah dikuatkuasakan hasil daripada konfrensi Residen-residen di


Negeri-Negeri Melayu Bersekutu iaitu dengan mewajibkan setiap ladang yang terdapat kanak-
kanak lebih daripada 10 orang dalam lingkungan umur persekolahan (7-4 tahun) hendaklah
menyediakan sekolah dan guru. Di samping itu, seorang nazir seorang nazir sekolah Tamil
berbangsa Eropah dilantik pada tahun 1930 bagi mengendalikan pengurusan sekolah-sekolah
vernakular Tamil tetapi jawatan tersebut telah dimansuhkan pada tahun 1932 dan diwujudkan
semula dalam tahun 1938.

12
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

Guru-Guru Di Sekolah Vernakular Tamil


Jumlah guru di sekolah-sekolah vernakular Tamil adalah seramai 1,467 orang. 613
daripada jumlah tersebut adalah terdiri daripada guru-guru terlatih. Seramai 854 orang lagi
masih belum diberi latihan. Latihan itu diadakan selama tiga tahun dimana mereka terpaksa
menjalani latihan selama enam jam setiap hari Sabtu atau Ahad di pusat-pusat latihan di negeri
mereka sendiri ataupun di tempat mereka tinggal.

IV. Sekolah Inggeris


Penubuhan sekolah Inggeris adalah lebih awal daripada penubuhan sekolah vernakular
yang lain. Pihak pendakwah Kristian telah memainkan peranan besar dalam memajukan
persekolahan inggeris di Tanah Melayu. Sekolah Inggeris terawal telah ditubuhkan pada tahun
1548 iaitu Sekolah Roman Katolik di Melaka. Diikuti 1815 sekolah Inggeris di Singapura dan
1816 di Pulau Pinang. Pada tahun 1826 Melaka Free School telah ditubuhkan. Pada awal kurun
ke-20 kesemua Free School telah diambil alih oleh kerajaan. Antara Free School yang wujud
ialah:
i. Penang Free School (1816)
 Didirikan oleh Rev.R.S Hutchings, seorang Mubaligh Anglican di Pulau Pinang
bermula sebagai sekolah rendah, kemudian dijadikan sekolah menengah pada
tahun 1920-an.
ii. Melaka Free School (1826)
 Ditubuhkan di Melaka pada 7 Disember 1826 setelah Melaka dijadikan koloni
Inggeris berdasarkan Perjanjian Bencoolen. Kini dikenali sebagai SMK Tinggi
Melaka.
iii. Singapore Free School (1834)
 Didirikan di Singapura, kemudian bertukar nama kepada Singapore Institution
pada dan akhirnya kepada Raffles Institution pada tahun 1863.

13
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Pihak Inggeris juga telah menubuhkan beberapa kolej dan pusat pendidikan tinggi di
Tanah Melayu antaranya:
i. King Edward VII, College of Medicine
 Ditubuhkan pada tahun 1906
 Penuntut yang boleh masuk belajar ialah mereka yang lulus Cambridge School
Certificate dan kepujian dalam bahasa Inggeris.
 Antara pengajian yang ditawarkan ialah dalam bidang ubat-ubatan, clinical,
pembelahan, midwifery, bacteriology dan biochemistry.
ii. Raffles College
 Ditubuhkan di Singapura pada tahun 1928
 Dibina untuk peringatan Malaya kepada pahlawan-pahlawan yang telah gugur dalam
Peperangan Dunia I
 Sir Richard Winstedt merupakan Pengetua dan Presiden pertama maktab ini.
 Penuntutnya ialah orang yang lulus S.C dengan kredit bahasa Inggeris.
iii. University of Malaya
 Wujud hasil penyatuan King Edward VII, College Of Medicine dan Raffles College
 Mengadakan fakulti perubatan, sains dan arts.
 25hb Mei tahun 1959 telah dibuka cawangan di Kuala Lumpur
iv. Technical College
v. College of Agriculture

Pada tahun 1905 Kolej Melayu (Malay College) di Kuala Kangsar telah ditubuhkan khas
untuk anak-anak Melayu peringkat atasan. Kolej ini ditubuhkan hasil usaha R.J Wilkinson,
seorang nazir sekolah Negeri-Negeri Bersekutu pada zaman itu. Pada zaman pemerintahan
Inggeris terdapat tiga jenis sekolah Inggeris iaitu:
 Sekolah Inggeris yang ditubuhkan oleh persatuan-persatuan pendakwah Kristian seperti
Katholik, Methodist, La Salle, dan Protestant.
 Sekolah kerajaan seperti Maktab Melayu Kuala Kangsar.
 Sekolah Inggeris persendirian.

14
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Kebiasaannya sekolah-sekolah Inggeris mempunyai kemudahan pentadbirannya yang
lebih baik berbanding sekolah-sekolah vernakular yang lain disebabkan oleh sokongan
kewangan yang kukuh terutama daripada pihak gereja dan bantuan pemerintah Inggeris.

Kurikulum sekolah Inggeris menitikberatkan akademik dan persediaan untuk


peperiksaan Cambride Overseas School Certificate. Mata pelajaran yang dipelajari ialah Sains,
Ilmu Alam, Pendidikan Jasmani, Lukisan, Bahasa Inggeris, Sejarah Eropah, Matematik, dan
Sastera Inggeris. Sekolah Inggeris yang mengikut kurikulum sekolah di England mempunyai 3
peringkat;
1) Kelas bawah 1, 2, dan Darjah 1.
2) Rendah pertengahan dari darjah 2 hingga 5.
3) Menengah dari darjah 6 hingga Kelas Sijil Sekolah (school Certificate)

Selepas tahun 1900, sekolah Inggeris semakin menarik minat masyarakat seluruh
negara. Pendidikan Inggeris untuk golongan bangsawan Melayu telah diusahakan oleh pihak
Inggeris dengan penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar pada tahun 1905 berkonsepkan
kurikulum pendidikan Inggeris bercorak Grammar di England. Walaubagaimanapun sebahagian
besar anak-anak Melayu yang mempunyai cita-cita tinggi tidaklah bernasib baik untuk
memasuki sekolah Inggeris seumpama itu sehingglah pada tahun 1930-an pihak British telah
memperkenalkan Special Malay Class.

Guru-Guru Di Sekolah Inggeris


Pada awal tahun telah bermulanya kerja-kerja pembinaan sekolah-sekolah Inggeris di
Kota Bharu, Kelantan dan juga sebuah kolej latihan untuk guru-guru bagi semua sekolah.
Kerajaan Kelantan juga telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk menjayakan projek ini.
Kolej tersebut telah mula dibuka pada tahun 1954 dan ianya telah disediakan dengan kawasan
perumahan dan tempat tinggal bagi 300 orang guru-guru pelatih dengan mengeluarkan
seramai 150 orang guru terlatih setiap tahun.

15
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Pada peringkat awalnya, kerajaan Inggeris tidak mengadakan institusi khas bagi melatih
guru-guru untuk ke sekolah-sekolah Inggeris kerajaan. Hanya pada tahun 1905 kerajaan mula
menubuhkan Kelas Normal di Kuala Lumpur dan seterusnya pada tahun 1907 di Pulau Pinang
bagi melatih guru-guru. Sebelum penubuhan rasmi Universiti Malaya da Singapura pada tahun
1949, guru-guru berijazah untuk mengajar sekolah-sekolah menengah Inggeris mendapat
latihan di Maktab Raffles dan Universiti Hong Kong.

Guru-guru Melayu di kolej latihan di Kirby, England akan menyambung pelajaran mereka
untuk menstabilkan keperluan guru-guru berpengalaman. Pada masa itu terdapat seramai 299
orang guru pelatih bagi setiap negara. Kejayaan yang telah disandang oleh guru-guru Melayu
yang menuntut di England boleh dijadikan contoh teladan bagi pelajar.

Kolej-kolej seperti di Kirby dan Kota Bharu dan juga di lain-lain tempat akan memainkan
peranan yang sama penting jika sekolah Inggeris juga diletakkan di bawah satu pentadbiran.
Latihan untuk guru-guru pada hujung minggu di sekolah-sekolah biasa bukan hanya tidak
memuaskan tetapi juga terdapat kekurangan guru-guru yang berpengalaman serta corak
pentadbirannya juga menyebabkan pemberian beban kerja yang berlebihan.

Perbezaan Sekolah Vernakular Dan Sekolah Inggeris

Perbezaan yang ketara ialah terdapat berbagai-bagai kaum di sekolah Inggeris,


sementara di sekolah vernakular terdapat kaum yang tertentu sahaja. Bahasa Inggeris diajar
berasingan bagi murid-murid tempatan. Kesemua sekolah Inggeris terletak di bandar, dan
dengan ini memberi peluang kepada mereka yang tinggal di bandar sahaja untuk ke sekolah
Inggeris. Berbeza dengan sekolah Inggeris, sekolah Vernakular kebanyakannya terletak di luar
bandar contohnya sekolah vernakular Tamil terletak di estet dan sekolah Vernakular Melayu
terletak di kampung.

16
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Jadual di bawah menunjukkan jumlah murid di Sekolah di Negeri-negeri Selat dan
Bersekutu pada tahun 1937 mengikut jantina dan aliran.

Bilangan Bilangan
Sekolah Jumlah
lelaki perempuan
Sekolah Vernakular Melayu 68 905 21 531 90 436
Sekolah Vernakular Cina 63 338 22 951 86 289
Sekolah Vernakular Tamil 14 866 7 775 22 641
Sekolah Inggeris
30 317 13 654 43 971
(kerajaan dan Bantuan Separa)
Sekolah Inggeris
10 260 3 384 13 644
( Persendirian)
Jumlah 187 686 69 295 256 981
Sumber: Report of Commission on Higher Education in Malaysia, 1039, London, p.16.

V. Sekolah Agama Madrasah


Kedatangan Inggeris dan pendakwah Kristian dalam abad kesembilan bekalas telah
memberikan satu kejutan budaya kepada masyarakat Melayu yang beragama Islam. Penubuhan
sekolah-sekolah Inggeris secara meluas telah dianggap oleh orang Melayu sebagai satu
ancaman kepada budaya dan agama Islam. Sekolah-sekolah Inggeris malahan sekolah-sekolah
vernakular melayu telah dianggap sebagai penyebar ideology sekularismeyang bertentangan
dengan nilai-nilai konservatisme fundamentalisme.

Sekumpulan tokoh agama Islam yang berpandangan progresif dan moden telah
menyuarakan bahawa untuk umat Islam maju, maka umat Islam perlu mengukuhkan
kedudukan politik dan sosioekonomi mereka. Golongan tokoh agama ini yang digelar kaum
muda telah berusaha membina sekolah-sekolah Agama Madrasah yang bersifat moden di
merata-rata tempat di Tanah Melayu. Tujuan penubuhan sekolah Agama Madrasah adalah
untuk bersaing dengan sekolah-sekolah Inggeris dan vernakular Melayu. Dua orang tokoh Kaum
Muda ialah Sheikh tahir Jalaludin dan Sayid Sheikh Ahmad Al-Hadi.

17
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Sekolah Agama Madrasah mempunyai penyusunan dan organisasi yang lebih sistematik
daripada sekolah pondok, iaitu ia mempunyai ciri-ciri seperti: ada kemudahan kerusi meja yang
lengkap; waktu belajar yang tetap; kurikulum pembelajaran yang berstruktur dan terdapat
pembahagian bilik-bilik darjah.

Sebelum kedatangan kuasa penjajah, pendidikan di tanah melayu berbentuk bukan


formal dan tidak memberatkan perkembangan kognitif pelajar-pelajar. Corak pendidikan yang
ada pada ketika itu berjalan seperti biasa dengan pengajaran al-quran, tingkah laku, dan akhlak
yang baik pengetahuan kerohanian dan seni mempertahankan diri. Ini termasuklah pelajaran
awal dalam bidang kraftangan serta perintis dalam bidang pertanian, perikanan dan perburuan.

Sistem pendidikan agama yang disebut sekolah pondok ditubuhkan dan


dikendalikan oleh ulama-ulama islam yang terkenal. Pelajar-pelajar menuntut di madrasah
agama dan tinggal di pondok yang dibina disekelilingnya. Madrasah yang mula ditubuhkan oleh
Kaum Muda ialah madrasah Al-Iqbal pada tahun 1907 di singapura, sekolah Al-Hadi di Melaka
pada tahun 1917 dan Madrasah Al-Mashor di Pulau Pinang pada tahun 1919. Penubuhan
sekolah-sekolah agama Madrasah berlaku dengan begitu pesat dalam tahun-tahun 1920-an
hingga 1940-an. Dia antara yang termashur ialah:
 Madrasah Muhammadiah di KB. Kelantan (1915)
 Madrasah Tarbiatul Dinniah di Melaka (1939)
 Madrasah Al-Haji Taib di Muar, Johor (1920)
 Madrasah Al-Islah di Temerloh Pahang (1936)

i. Madrasah Muhammadiah
 diasaskan pada tahun 1377H/1957M oleh Al-Marhum Tuan Guru Haji Abdul Rahman bin
Haji Sulaiman.
 Madrasah ini terletak lebih kurang 60 KM dari Kota Bharu dan 2 KM dari Bandar Kuala
Krai.
 Matlamat penubuhannya adalah untuk membentuk satu generasi yang berpengetahuan
Islam dan yang faham dengan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah dan sebagai
khalifahNya di bumi ini.

18
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
ii. Madrasah Al-Haji Taib
 Ditubuhkan pada tahun 1920 di Muar, Johor.
 Sekolah ini ditubuhkan untuk memberi pendidikan dalam bahasa arab, inggeris dan
melayu kepada kanak-kanak di kawasan tersebut.
 Pada peringkat ini guru-guru yang mengajar dalam bahasa Arab terdiri daripada orang-
orang tempatan seperti Abdul Ghani Bin Hj Abdul Rahman.

Perkembangan penubuhan yang pesat madrasah-madrasah telah memberikan


keyakinan kepada masyarakat Melayu bahawa kedudukan agama Islam Masih mantap
walaupun menghadapi persaingan daripada sekolah-sekolah Inggeris dan vernakular Melayu.
Walaubagaimanapun hasrat Kaum Muda untuk membina masyarakat Islam yang moden,
rasional dan progresif tidak tercapai kerana kurikulum di madrasah-madrasah kurang memberi
tumpuan kepada mata pelajaran Matematik, Sains dan bahasa Inggeris yang mana mata
pelajaran ini penting bagi mobiliti sosial.

19
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

KESIMPULAN

Tempoh pertama sistem pendidikan semasa penjajahan Inggeris menunjukkan terdapat


lima jenis persekolahan yang wujud daripada dasar laissez-faire Inggeris. Jenis-jenis
persekolahan ini ialah Sekolah Veranakular Melayu, Sekolah Vernakular Cina, Sekolah
Vernakular Tamil, Sekolah Inggeris, dan Sekolah Agama Madrasah. Kurikulum, sistem
pembelajaran dan bahasa yang digunakan adalah berbeza mengikut jenis persekolahan dan
kebanyakan pelajarnya adalah mengikut kaum contohnya Sekolah Vernakular Melayu untuk
orang Melayu, Sekolah Vernakular Cina untuk orang Cina dan Sekolah Vernakular Tamil untuk
orang Tamil. Sekolah Inggeris pula menunjukkan wujudnya unsur diskriminasi yang ketara
dalam pendidikan kerana hanya pelajar daripada golongan bangsawan sahaja yang diberi
peluang untuk menuntut di Sekolah Inggeris sehingglah pada tahun 1930-an pihak British telah
memperkenalkan Special Malay Class. Jelaslah menunjukkan pendidikan pada kaetika itu
beroreintasikan kepada bangsa dan agama sendiri. Keadaan ini menyebabkan wujudnya
perbezaan yang ketara dari segi tahap pendidikan penduduk di Tanah Melayu.

Pewujudan lima jenis persekolahan ini dalam sistem pendidikan dalam zaman
pemerintahan Inggeris telah menimbulkan situasi yang rumit dalam sistem pendidikan
sekarang. Khususnya dari segi keseragaman dan pencapaian hasrat integrasi nasional.
Walaubagaimanapun kebijaksanaan pemimpin kita pada hari ini menyebabkan masalah kesan
daripada pengasingan sekolah mengikut kaum dapat diatasi sedikit demi sedikit contohnya
dengan pewujudan sekolah kebangsaan yang menempatkan pelajar pelbagai kaum dalam
sesebuah sekolah. Sistem pendidikan juga telah diselaraskan untuk semua sekolah dalam
negara seperti sistem peperiksaan. Hal ini menyebabkan rakyat Malaysia terus dapat hidup
degan aman dan tenteram walaupun dalam masyarakat yang pelbagai etnik. . Walaupun
banyak perubahan yang telah dijanakan oleh kerajaan, namun aspek etika tidak pernah
ditinggalkan begitu sahaja. Setiap perancangan akan mengambil kira etika moral dan disiplin
setiap individu pelajar untuk menjadikan mereka insan yang berguna kepada agama, bangsa
dan negara.

20
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008

BIBLIOGRAFI

Nota Prof. 2008. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Universiti Malaysia Sabah.

Abdullah Sani Yahaya. 2003. Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Pahang. Pts


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Dr Saedah Hj. Siraj, Shahril@Charil Marzuki. 1993. Pendidikan Di Malaysia. Kuala


Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Sufean Hussin. 1996. Pendidikan Di Malaysia; Sejarah, Sistem Dan Falsafah. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan. Selangor. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Mohd Yusof Ahmad. 2002. Falsafah Dan Sejarah Pendidikan Islam. Kuala Lumpur.
Penerbit Universiti Malaya.

Sufean Hussin. 2002. Dasar Pembangunan Pendidikan Malaysia; Teori Dan Analisis.
Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Omar Mohd Hashim. 1991. Pendidikan; Persoalan, Penyelesaian Dan Harapan. Selangor.
Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Edgar Faure. 1998Pendidikan Seumur Hidup. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Sulaiman Hamzah, Karimah Zainab. 1980. Aliran Pendidikan. Kelantan. Pustaka Aman
Press Sdn. Bhd.

21
TT00103 Falsafah dan Pendidikan di Malaysia 2008
Shahril@Chahril Marzuki Habib Mat Som. 1999. Isu Pendidikan Di Malaysia; Sorotan Dan
Cabaran. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Choong Leon Keow. 2008. Falsafah Dan Pendidikan Di Malaysia. Selangor. Kumpulan
Budiman Sdn. Bhd.

http://www.geocities.com/Athens/Ithaca/3739/sejarahtempatan.html

http://www.e-mosque.com.my/kenalipondok/psungaidurian.html

http://www.myhistorian.googlepages.com

22

You might also like