You are on page 1of 14

Kesan Kolonialisme

1.0 Pengenalan

Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi
mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah
Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan
mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke-19. Revolusi perindustrian
yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh
mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British
menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British
di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah
memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu
terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Kesan-kesan Negatif

2.1 Raja Kehilangan Kuasa

Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam
semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu.
Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu
secara sedikit demi sedikit. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja
Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British
terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union
yang dikuatkuasakan pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi
keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan
rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal
pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain
itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris.
Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu.
Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untuk mengeksploitasi sumber
ekonomi.

2.2 Pembesar Hilang Pengaruh

Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai,
tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak
Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang
pembesar selain kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar
pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini
dipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger sebagai residen British telah mengambil alih segala
tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat
kebebasan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British, Dato’
Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain gelaran juga telah
dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato’
Bahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

2.3 Masyarakat Tempatan Dipinggirkan dalam Ekonomi

Sebelum kehadiran pihak Inggeris di Tanah Melayu, pembesar-pembesar Melayu merupakan pemilik dan
pengusaha lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Disebabkan kaedah melombong
yang diamalkan dianggap tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologi
melombong dari luar telah dibawa masuk. Dasar memberikan keutamaan kepada golongan asing seolah-olah
merupakan satu prejudis pihak British bahawa orang Melayu merupakan tenaga kerja yang tidak sesuai bagi
industri perlombongan. Pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sememangnya mengekalkan hubungan yang
rapat dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan
perusahaan dan perlombongan orang Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British. Kesan
yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran selepas menguasai
negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja
lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli
kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah
merempak di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi perdagangan ini.

2.4 Masalah Sosial

Kolonial British juga telah membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat tradisional tempatan.
British yang berbudaya barat mengamalkan corak pergaulan bebas di antara jantina, sedangkan masyarakat
tempatan khususnya masyarakat tradisional Melayu yang beragama Islam, hal pergaulan amat sensitif. Keadaan
ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim yang
ditetapkan oleh Islam. Situasi ini telah berubah dan diketepikan setelah Tanah Melayu dijajah oleh British.
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengaruh pakaian barat yang keterlaluan, tarian barat dan lain-lain
telah menjatuhkan moral masyarakat Melayu. Kawasan bandar telah dianggap sebagai pusat maksiat dan
perkembangan budaya barat yang membawa kemusnahan terhadap orang Melayu.

2.5 Pendidikan Berunsur Penjajah

Pada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular
Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujud pelbagai aliran persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar
Inggeris yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah
dikembangkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluran untuk
mengembangkan agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free School (1816), Convent,
Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolah-sekolah Inggeris telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada
masa itu orang Melayu tidak ramai yang berpeluang untuk belajar di sekolah tersebut akibat tidak mampu
membayar yuran persekolahan yang begitu mahal.

British telah menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan sekular manakala Islam dihadkan
kepada perkara-perkara ritual sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut hari raya dan lain-lain.
Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam telah dipinggirkan dan diganti dengan sistem ciptaan British.
Terdapat tiga matlamat utama pendidikan pada zaman kolonial iaitu sekolah sebagai memasyarakatkan kanak-
kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan peribumi, sekolah sebagai melantik segolongan kecil
masyarakat Melayu bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu dan terakhir, bagi memenuhi keperluan tenaga
manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah. Jadi, nampak bahawa British
memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu untuk
kepentingan ekonomi serta politik mereka dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayu. Matlamat utama
pendidikan ialah semata-mata untuk memberi ilmu kepada segolongan rakyat bagi membolehkan rakyat ini
memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi demi kepentingan pihak British.

3.0 Kesan-kesan Positif

3.1 Perkembangan Kegiatan Ekonomi

Perkembangan ekonomi begitu pesat berlaku di Tanah Melayu berikutan revolusi perindustrian yang
berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi negara jiran di Eropah untuk menghasilkan
barangan industri. Situasi ini menyebabkan berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti
Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan. Impak
pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan sistem ekonomi kapitalis yang
dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu, hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan
arang batu banyak dikeluarkan. Pengeluaran emas di Bau, Sarawak misalnya dianggarkan berjumlah 7000 aun
setahun pada tahun 1840-an dengan 700 orang tenaga buruh. Pada tahun 1885, lebih kurang 1000 aun emas
yang dikeluarkan di Sarawak telah dieksport ke Eropah. Kegiatan perlombongan emas dan bijih timah serta
industri getah dan penanaman padi telah merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu walaupun tidak seratus
peratus memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan.

3.2 Undang-undang Tanah

Undang-undang tanah yang diperkenalkan turut memberikan keuntungan kepada orang Melayu. Akta Tanah
Simpanan Melayu (TSM) telah diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik orang Melayu
berpindah milik kepada orang asing. Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai
TSM untuk mengelak daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar hak milik. Enakmen Rizab Melayu yang
diluluskan oleh Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 memberikan kuasa kepada residen
mengkhaskan kawasan tanah untuk orang Melayu, dianggap sedikit menyebelahi orang Melayu. Land Order
diperkenalkan di Sarawak bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha Cina. Turut
diperkenalkan ialah Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi. Di Sarawak,
pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan untuk mengelakkan daripada
pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar. Land Order Sarawak seterusnya membahagikan
tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman. Imigran hanya
dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. Di Sabah
pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan kaum peribumi telah diwartakan
oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik kaum peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Segala urusan
jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk
peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing. Rumusan ringkas di
sini, pengenalan undang-undang dan peraturan tanah telah menyelamatkan tanah milik penduduk peribumi
daripada jatuh kepada orang asing.

3.3 Kemudahan Infrastruktur

Infrastruktur turut berkembang pesat semasa zaman British. Walaupun kemudahan ini banyak dibina demi
kepentingan ekonomi mereka, namun turut memberikan kepentingan kepada masyarakat tempatan. Kemudahan
yang dibina seperti jalan-jalan raya, jalan kereta api, pejabat pos dan banyak lagi. Kolonial British turut
membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara menyeluruh. Kemasukan
pengaruh Inggeris pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik.
Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat
mewujudkan satu sistem perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan
pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga
membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di
Tanah Melayu. Mulai tahun 1885, sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir
kesemua pusat perusahaan bijih timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka
iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke
Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan
pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah bilangan bandar baru
yang menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh,
Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching. Pada tahun 1875, jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina. Beberapa
tahun selepas itu, jalan yang menghubungkan Matang dan Taiping, Kemunting serta Seberang Prai dibina.
Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah siap
dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah disiapkan yang sekaligus
mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan yang diwujudkan oleh British telah
memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini
adalah demi kepentingan ekonomi pihak British.

3.4 Pendidikan

Pendidikan Melayu juga dilaksanakan semasa zaman Inggeris. Pendidikan Melayu telah diberikan secara
percuma di peringkat sekolah rendah. Bangunan sekolah, rumah guru, kakitangan sekolah, peralatan dan buku-
buku dibiayai oleh kerajaan Inggeris. Walaupun gaji guru yang mengajar di sekolah Melayu agak rendah iaitu
dari $15 hingga $50 sebulan berbanding $85 hingga $125 bagi guru sekolah Inggeris, bantuan ini telah
memberikan perkembangan kepada sekolah Melayu. Di peringkat menengah pula, Maktab Melayu Kuala
Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 mengikut model English Grammar School, tetapi khusus untuk anak-
anak raja dan pembesar sahaja. Pada tahun 1938, terdapat 788 buah sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri
Selat (NNS) dan 788 buah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kerajaan Inggeris di NNS menyediakan
peruntukan kepada murid Melayu yang berjaya selepas empat tahun mendapat pendidikan di sekolah Melayu
bagi melanjutkan pelajaran percuma di bawah Special Malay Class di sekolah Inggeris. Peruntukan ini
kemudian diikuti oleh negeri-negeri lain.

3.5 Proses Perbandaran

Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar , Labis dan Pontian pula muncul kesan dari
perkembangan perusahaan getah, kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan perlombongan turut
menyaksikan kedatangan imigran Cina untuk bekerja di kawasan perlombongan. Hal ini menyebabkan bandar-
bandar baru muncul seperti Taiping, Ipoh Kuala Lumpur dan Seremban akibat kesan perkembangan
perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur telah dibuka pada pertengahan tahun 1850-an dan berfungsi sebagai
pusat pentadbiran kerajaan kolonial Inggeris. Pertumbuhan penduduk Kuala Lumpur meningkat dengan pesat
iaitu seramai 2000 orang pada tahun 1878 kepada 32000 orang pada tahun 1901 dan meningkat lagi hampir
1000 peratus menjadi 316230 orang pada tahun 1997.

Bandar baru yang muncul ini telah menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan dan
pentadbiran. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan
institusi kewangan. Bandar–bandar ini kebanyakanya didiami oleh orang Cina, sebaliknya orang Melayu hanya
segelintir sahaja menetap di bandar dan selebihnya menetap di luar bandar. Bandar baru begitu pesat
perkembangannya kerana wujud sistem pengangkutan iaitu mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api.
Hasil getah dan bijih timah juga telah mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti
pelabuhan Klang, Pulau Pinang. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam.
Walau bagaimanapun, kemudahan infrastuktur di awal pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar
Bandar, khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu kerana ketiadaan kepentingan ekonomi kepada
mereka.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun ke-18 sehingga kurun
ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu.
Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi
politik dan ekonomi. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu,
melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah Melayu.
Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan
melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek sosioekonomi.

Bibliografi

Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.
Azman Abdul Manaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru), Kuala Lumpur:
Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin (1998), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu
Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia (1983) (Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975 1979), Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jackson J. C., (1976), Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim, (1984), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia untuk
Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mohammad Redzuan Othman, (2006), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Universiti Malaya: Penerbit
Universiti Malaya.

Mohd Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors
Sdn. Bhd.

Mohd. Razali Agus, (1990), Pola-pola Petempatan Masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur:
Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.
Mudji Sutrisno dan Hendar Patranto, (2004), Hermenentika Pascakolonial: Soal Identitas, Yogyakarta: Penerbit
Kanisius.

Rahmat bin Saripan, (1991), Masyarakat Melayu Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahril Marzuki, (2005), Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Pahang: PTS Publications &
Distributors Snd. Bhd.

Selain itu,kesan p’jajahan juga adlh dlm aspek sosial iaitu p’bentukan mskt majmuk.Di
Filipina,hal ini b’laku akibat drpd penaklukan Sepanyol yg tlh m’percepatkan pdgn geliong
ant.Filipina dan Mexico.Pdgn m’jadi tumpuan utama krn tiada ldg-ldg rempah disini.Ini
menyebabkan ramai org cina yg m;jlnkan pdgn dga Filipina.Lama-kelamaan mrk tlh menetap
terus dan m’jadi sumber ekonomi Filipina yg ptg.Kemasukan org Sepanyol beramai-ramai
juga tlh menambahkan bil.pddk Filipina.
    Seterusnya penjajahan barat juga turut m’berikan kesan kpd sistem pendidikan di negara-
negara asia.Pendidikan asal msykt asia tlh b’ubah kpd corak pemikiran barat dan banyak
sekolah-sekolah sekular yg b’asaskan barat tlh dibina.Di China,akibat p’jajahan p’didikan
msykt yg b’asaskan ajaran Confunisme,Taoisme dan Buddhaisme tlh dihapuskan.Pihak
gereja tlh m’bina sek.sekulardan m’ajar sis. M’baca,menulis dan mengira cara barat bg
m’gantikannya.Di India pula,sis.p’didikan tradisional mula t’cabar dan diganti dgn p’didikan
barat.Walaupun begitu sist. Ini m’jadi lembap krn kekurangan wang,kakitgn,bangunan dan
bhn pengajaran.Manakala di Indonesia,p’didikan barat tlh m’amalkan diskriminasi sosial.Ini
t’bukti apblBelanda m’perkenalkan p’didikan barat kpd gol.bangsawan shj.
    Kesan p’jajahan yg berikutnya ialah dlm p’gunaan bahasa.Di India,bhs Inggeris tlh
dijadikan satu alat p’paduan diklgn org India yg b’kurun lamanya b’pecahbelah akibat
p’bezaan agama,bangsa, dan wilayah.Di Indonesia pula,Belanda tlh m’jadikan bhs Melayu
sbg bhs kebangsaan dgn m’galakkan org Indonesia m’gunakan bhs melayu dlm p’tadb.dan
interaksi diklgn mrk.Manakala di China,p’jajahan barat tlh m’perkenalkan bhs  Kuo Yu atau
bhs Mandarin sbg bhs pengantar yg tlh menyatukan msykt cina.
    Kesan yg t’akhir ialah dlm aspek agama.Penyebaran agama kristian dr Barat adlh dianggap
b’tentangan dgn agama msykt pribumi.Di China,penyebaran agama kristian tlh m’cemarkan
kebudayaan asal org cina.Mrk yg memeluk agama ini enggan b’campur dgn org cina bukan
kristian dan m’anggap diri mrk lbh b’darjat tinggi.Di India pula,penerapan agama ini tlh
menyebabkan org india menyoal kesahan idea dan tradisi lama sehingga mrk m’jadi kritikal
dgn keperc.karut dan dongeng.Manakala di Filipina,penyebaran agama kristian tlh m’bantu
mrk melahirkan perasaan kebangsaan.
    Kesimpulannya,kedatangan kuasa Barat ke Asia dlm bentuk p’jajahan tlh banyak
meninggalkan kesan sama ada dlm aspek politik,ekonomi mahupun sosial msykt tmptn di
Asia.Masyarakat Asia juga tlh banyak m’alami perubahan yg m’berikan kesan positif
mahupun negatif kpd kehidupan mereka pd waktu itu.
INDONESIA

Pertubuhan yang berlaku di Indonesia yang di lakukan oleh Belanda juga menyebabkan rakyat
menentang. Antara perubahan yang di lakukan adalah di dalam pentadbiran. Belanda telah mengubah
sistem pentadbiran tradisional mesyarakat Indonesia dan telah mengurangkan kuasa pembesar
tempatan. Ini telah menyebabkan berlaku pemberontakan terutamanya di  Jawa dan kemuncaknya
adalah Perang Jawa (1825-1830). Selepas Perang Jawa, Belanda telah menyusun sistem pentadbiran
yang baru, tetapi sistem tidak di terima oleh Sultan di beberapa daerah. Antaranya Sultan Badruddin
di Palembang yang memberontak pada 1820. Ini kerana, pembesar tempatan di letakkan di bawah
Sistem Residen.
            Di Indonesia juga telah berlaku perubahan di dalam adat resam dan undang-undang serta
ekonomi. Perubahan dalam sistem pendidikakn juga telah berlaku. Perubahan yang di lakukan dalam
undang-undang di Indonesia terutamanya di Sulu dapat di terima oleh masyarakat tempatan. Ini
kerana kebanyakan undang-undang yang di buat tidak banyak di ubah. Umpamanya, undang-undang
Sulu yang di warisi daripada abad sebelumnya masih di gunakan selepas kedatangan penjajah. Ia
hanya di kenali sebagai Kaum Sulu Baru. Selain itu pihak penjajah juga telah mewujudkan sistem
mahkamah. Pelbagai dasar juga telah di perkenalkan dalam sistem ekonomi Indonesia. Antaranya
adalah Dasar Liberal, Sistem Kultur dan Dasar Etika. Namun, kebanyakan dasar-dasar ini telah
menindas rakyat. Contohnya Sistem Kultur yang mengikut rakyat tempatan dalam pertanian. Ini telah
menyebabkan masyarakat Jawa memberontak kerana tidak mempunyai waktu rehat yang cukup akibat
penanaman jagung sepanjang tahun. Ini juga telah menjadi faktor Perang Jawa. Dalam sistem
pendidikan  pula, masyarakat tempatan telah menerima sistem yang di bawa oleh Barat. Penerimaan
ini berlaku semasa pemerintahan Jepun. Pendidikan telah menyebabkan ramai yang mendapat
pendidikan yang lebih baik dan jawatan yang penting dalam persediaan ke arah berkerajaan sendiri.

 Seterusnya,pjjhn Belanda juga tlh merubah struktur politik di kepulauan Indonesia pd abad ke-
17 yg tlh memberi kesan kpd penubuhan system ptdbrn tradisional pddk di Indonesia yg
berpusat di betawi/Jakarta.Pd thn 1799,pihak belanda tlh membubarkan SHTB dan melantik
seorang gabenor jeneral bagi menyusun semula ptdbrndi pulau jawa.Kekacauan di eropah pd
penghujung abad ke-18 dan awal ke-19 tlh menyebabkan belanda menyerahkan jawa kpd british
.Di bawah ptdbrn british ,pulau jawa tlh ditadbir oleh leftanan gabenor .Setelah itu,sebuah
majlis tertinggi tlh ditubuhkan utk menasihati dan menjadi badan perundangan kjn dan tdpt 5
buah jabatan .Belanda tlh membuat persetujuan diman 4 org pembesar perlu meminta
kebenaran utk menjalankan pmrthn dan ptdbrn .Kuasa-kuasa pmrth ini tlh kehilangan kuasa dan
hanya memegang kuasa autonomi yg nominal shj.Namun ,proses melatih pddk pribumi
mengenai politik tlh menyebabakan tertubuhnya volkraed.Dewan ini bukan dewan lagislatif
sebenar dimana ia hanya membincangkan soal-soal penting dlm kjn.
POLITIK INDON

Kesan penjajahan dlm aspek politik juga dpt dilihat terhadap unsur kuasa dan
kekuasaan.Akibat penjajahan oleh kuasa-kuasa Barat tlh m’berikan kesan yg mendalam
terhadap kekuasaan waris-waris raja yg tidak boleh menuntut hak slps kematian raja
berkenaan.Mrk tidak dibenarkan menaiki takhta krjn ats bbrp alasan dan pengaruh kuasa luar
yg amat kuat.Hal ini dpt dilihat sbg contoh di Indonesia .Nipo Negoro atau Pangeran Anta
Wiria iaitu pitera sulung Amangku Buwono 3 dr Jogjakarta tlh menerima nasib
sedemikian.Beliau tidak dibenarkan menaiki takhta krjn Jogjakarta utk m’gantikan
ayahandanya stlh baginda wafat pd thn 1814.Sebaliknya putera yg lbh muda iaitu Djarot tlh
dilantik m’jadi raja Jogjakarta oleh Raffles yg memerintah Jawa pd ketika itu.Djarot menaiki
takhta dgn gelaran Amangku Buwono 4 pd thn 1814.Ini b’makna Dipo Negoro yg lbh tua tlh
diketepikan ats alasan ibunya bukan seorang b’keturunan diraja.Walau bagaimanapun utk
memujuknya Raffles tlh m’janjikan takhta krjn itu apbl Djorat mangkat kelak.Namun
segalanya tidak b’laku apbl Djorat mangkat pd 1822 krn Belanda di bwh pemerintahan Baron
Van Der Capellan tlh melantik pula anak Djorat sblknya Dipo hanya dilantik sbg penasihat
pemerintah sehingga putera Djorot itu m’capai umur 21 tahun.
    Selain itu,penentangan yg dilakukan oleh msykt pribumi juga merupakan satu lagi kesan
penjajahan dr segi politik.T’dpt bynk penentangan yg dilakukan oleh msykt tempatan apbl
kuasa Barat mula masuk campur dlm hal ehwal politik tempatan.Di Indonesia,pemberontakan
demi pemberontakan tlh meletus.Penentangan t’hdp Belanda yg paling b’kesan ialah Perang
Jawa yg b’laku antara thn 1825-1830.Perang ini b’laku disbbkan perasaan tidak puas hati
msykt tempatan t’hdp dasar-dasar Van Der Capellan spt p’batalan kontrak sewa
tnh,pengenaan cukai,perasaan t’singgung Dipo Negoro dan lain-lain lagi.

FILIPINA
 Di Filipina pula,struktur politik yg diubah oleh kuasa barat ini adlh dianggap paling ketara
sisitem pmrthn berdasarkan Barranggay dan dipimpin oleh datu-datu ini tlh di susun semula
oleh pihak sepanyol.Kehadiran sepanyol sejak 1521 di filipina tlh awal-awal lagi tlh
mengubah system ptdbrn tradisional pddk di Filipina.Ini kerana sepanyol dgn slogan
agama,kebangsaan dan kekayaan tlh menakluk satu persatu pulau di filipina .Oleh
itu,ptdbrnnya tlh diletakkan di bawah satu tanah kerajaan mahkota bagi Raja Sepanyol.Di
bawah ptdbrn Sepanyol ini tlh diwujudkan majlis indies atas nama raja yg bertindak
mengawal hal-ehwal di dlm filipina .Pada thn 1837,majlis ini tlh dibubarkan dan tugasnya tlh
diserahakan pd majlis menteri .Seterusnya pd thn 1863,tugas ini tlh diambil oleh
kem.kolonial di Madrid yg dibantu oleh majlis filipina .Di sana juga tdpt jawatan gabenor
jeneral sbg ketua eksekutif .Tugasnya adlh melaksanakan dekri dan udg-udg drpd
sepanyol.Sistem ptdbrn filipina mengalami perubahan semula pd 1898 apabila  amerika
syarikat mengalahkan sepanyol.Kemudian filipina mbtk kerajaan sendiri dan jeneral emelio
aguinaido diisytiharkan sbg presiden .Sebuah perlembagaan baru tlh dibtk yg dikenali sbg
perlembagaan malolos yg tlh diluluskan pd 8 okt.1898.Namun begitu,republik filipina
bertahan 2 tahun shj apabila tentera a.sykt tlh menakluki filipina.Dengan penaklukan manila
pada 4 ogos 1898,pihak amerika syarikat tlh menubuhkan  ptdbrn tentera di filipina tetapi
hanya bertahan 3 thn shj.Selain itu,tdpt perubahan besar dlm system ptdbrn filipina pd
1935  dimana filipina dijadikan sebuah komenwal mengikut undang-undang tidings
mcdurffie.Presidenya ialah Quezon yg tlh melakukan penyusunsn ptbrn kjn dgn
mewujudkan jawatan pegawai baru,biro dan majlis spt majlis pertahanan
kebangsaan ,majlis ekonomi kebangsaan dan sbgnya.

POLITIK

Secara keseluruhannya,dengan ini jelaslah menunjukkan bhw pjjhn tlh banyak mengubah
struktur politik di asia  ini.Ekoran drpd itu,system politik di asia mengalami pemodenan bdsrk
jentera ptdbrn di barat yg mjdk s.politik di asia lebih tersusun serta teratur dan memberi
lembaran baru dlm system ptdbrn yg lebih kukuh dan mantap.  

MASYARAKAT FILIPINA

SEGI PENDIDIKAN D ASIA TENGGARA

 Seterusnya penjajahan barat juga turut m’berikan kesan kpd sistem pendidikan di negara-negara
asia.Pendidikan asal msykt asia tlh b’ubah kpd corak pemikiran barat dan banyak sekolah-sekolah
sekular yg b’asaskan barat tlh dibina.Di China,akibat p’jajahan p’didikan msykt yg b’asaskan ajaran
Confunisme,Taoisme dan Buddhaisme tlh dihapuskan.Pihak gereja tlh m’bina sek.sekulardan m’ajar
sis. M’baca,menulis dan mengira cara barat bg m’gantikannya.Di India pula,sis.p’didikan tradisional
mula t’cabar dan diganti dgn p’didikan barat.Walaupun begitu sist. Ini m’jadi lembap krn kekurangan
wang,kakitgn,bangunan dan bhn pengajaran.Manakala di Indonesia,p’didikan barat tlh m’amalkan
diskriminasi sosial.Ini t’bukti apblBelanda m’perkenalkan p’didikan barat kpd gol.bangsawan shj.

    
    Kesimpulannya,kedatangan kuasa Barat ke Asia dlm bentuk p’jajahan tlh banyak meninggalkan
kesan sama ada dlm aspek politik,ekonomi mahupun sosial msykt tmptn di Asia.Masyarakat Asia
juga tlh banyak m’alami perubahan yg m’berikan kesan positif mahupun negatif kpd kehidupan
mereka pd waktu itu.
                                                                                                                   

tradisional tempatan mengambil bahagian dalam tranformasi pendidikan yang


dilaksanakan oleh British.
Oleh yang demikian, jelaslah perbahasan yang diutarakan telah memperlihatkan
kesan kolonialisme British ke atas struktur sosiekonomi masyarakat tradisional
tempatan. Berlaku perubahan drastik selepas kedatangan British terhadap
masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Kesan
yang jelas dapat dilihat dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang telah di
ubah mengikut ramuan British demi kepentingan pihak kolonial tanpa
memikirkan tentang nasib masyarakat tradisional tempatan.

Bibliografi
Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, 1995, Isu-Isu Pensejarahan, Pulau
Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Nazri Abdullah, 1985, Melayu dan Tanah, Selangor, Media Intelek Sdn.
Bhd.

Amarjit Kaur, 1984, An Historical Study of Transport in Malaya, Kuala


Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia.

Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala


Lumpur, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

A. Aziz Deraman, 2003, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Satu Analisis


Perkembangan Kebudayaan di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, 1990, Kolonialisme di Malaysia dan
Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

Emily Sadka, 1954, Journal of Sir Hugh Low, Perak, 1877, JMBRAS.

Gullick J.M., 1975, Malaysia: Economic Expansion and National Unity, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gullick J.M., 1970, Sistem Politik Bumiputra Tanah Melayu Barat, Kuala
Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman, 2002, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor,


Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Khoo Kay Kim (ed.), 1985, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur,
Universiti Malaya.

Ruslan Zainuddin, 2004, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

Pengenalan
Perkembangan ekonomi yang begitu pesat sekitar abad ke 19 telah berlaku kekurangan buruh
untuk menggerakkan sektor ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini menjadi bertambah
rumit apabila penduduk tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sektor ekonomi
moden. Bagi mengatasi masalah buruh ini pihak Barat telah membawa masuk buruh asing
dari China dan India. Belanda telah membawa masuk buruh Cina ke Indonesia untuk
menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah, sementara pemerintah Sepanyol di Filipina
telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun
kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi
dan sosial.
Isi
Kedatangan orang Cina ke Indonesia telah membawa kebaikan kepada pemerintah Belanda
kerana kegiatan ekonomi berkembang dengan balk, tetapi dalam masa yang sama telah
menimbulkan ketidakpuasan hati kepada penduduk tempatan. Pada peringkat awal kegiatan
ekonomi orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda.
Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah menceburkan diri dalam
pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan
pengangkutan feri, perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah berjaya
menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melebihi kekayaan penduduk
pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk pribumi dan bagi menjamin perniagaan
mereka dilindungi, orang Cina telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pads tahun 1908.
Dari sudut sosial pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina untuk memberi
pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu memberi kesan ke atas sistem
pendidikan negara Indonesia. Bagaimanapun sistem persekolahan tersebut menggunakan
kurikulum Belanda. Tujuan Belanda berbuat demikian adalah untuk menyekat pengaruh
sekolah Cina dan cubs mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia. Perkembangan
ini telah mendapat bantahan daripada kerajaan negara China dan Persatuan China Seberang
Laut.

Dari segi politik, orang Cina juga terlibat dalam bidang pentadbiran. Apabila Belanda
menubuhkan Volsksraad pads tahun 1918, orang Cina telah memainkan peranan penting
dalam Dewan tersebut. Suara mereka didengar dalam Dewan perwakilan demi
memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Orang Cina juga terlibat dalam gerakan
nasionalisma. Walaupun gerakan mereka menjurus kepada perkembangan nasinalisme negara
asal mereka, namun ini telah memberi kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia dengan
wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab pengembara Nanyang.
Pertubuhan ini giat mengadakan kempen kesedaran di kalangan orang Cina. Walau
bagaimanapun kegiatan mereka ini disekat oleh Belanda kerana bimbang akan terbentuknya
kerjasama antara orang Cina dengan golongan nasionalis Indonesia.

Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan
ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi
seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam
perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat
di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industri pembalakan, kilang garam, dan juga
sebahagian besar kilang¬-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit,
tembakau dan pemprosesan makanan.
Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan pemodal kedua
terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika Syarikat dengan modal sebanyak 100
juta dollar AS. Mereka juga terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan
kampung-kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina.

Kedatangan orang Cina di Filipina juga telah memberi kesan kepada sistem pendidikan di
Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa
penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan
oleh mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang Cina. sekolah Cina yang
pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar diajar tentang buku-buku klasik
Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke 20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh
Filipina. Kebanyakan sekolah ini dibiayai oleh Dewan Perniagaan Umum Cina
Kemasukan orang Cina telah melahirkan apa yang dipanggil golongan Mestizo. Golongan ini
muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk
tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan
misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa
ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat
dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di
Filipina.
Kesimpulannya kedatangan orang Cina di Filipina dan Indonesia telah memberi kesan dalam
pelbagai aspek kehidupan masyarakat tempatan. Kesan yang paling penting ialah penguasaan
ekonomi orang Cina ke atas kedua-dua buah Negara tersebut. Keadaan ini sudah tentu
memberi saingan kepada penduduk tempatan dan dalam keadaan tertentu telah menutup
peluang perniagaan penduduk tempatan. Dalam keadaan sedemikian, timbul gerakan anti
Cina yang dilancarkan penduduk pribumi di Indonesia dan Filipina yang membawa tindakan
keganasan. Malah pihak penjajah yang menguasai kedua-dua Negara tersebut telah cuba
mengenakan sekatan ke atas orang Cina bagi menghalang monopoli orang Cina dalam
perniagaan

Pengenalan
Perkembangan ekonomi yang begitu pesat sekitar abad ke 19 telah
berlaku kekurangan buruh untuk menggerakkan sector ekonomi di Asia
Tenggara. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila penduduk
tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sector ekonomi
moden. Bagi mengatasi masalah buruh ini pihak Barat telah membawa
masuk buruh asing dari China dan India. Belanda telah membawa
masuk buruh Cina ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti
perlombongan bijih timah, sementara pemerintah Sepanyol di Filipina
telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi
moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan
pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan social.
Isi
Kedatangan orang Cina ke Indonesia telah membawa kebaikan kepada
pemerintah Belanda kerana kegiatan ekonomi berkembang dengan baik,
tetapi dalam masa yang sama telah menimbulkan ketidakpuasan hati
kepada penduduk tempatan. Pada peringkat awal kegiatan ekonomi
orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda.
Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah
menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya
perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan pengangkutan feri,
perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah Berjaya
menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melbihi
kekayaan penduduk pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk
pribumi dan bagi menjamin perniagaan mereka dilindungi, orang Cina
telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.
Dari sudut social pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina
untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu
memberi kesan ke atas system pendidikan Negara Indonesia.
Bagaimanapun system persekolahan tersebut menggunakan kurikulum
Belanda. Tujuan Belanda berbuat demikian adalah untuk menyekat
pengaruh sekolah Cina dan cuba mengurangkan penguasaan orang
Cina di Indonesia. Perkembangan ini telah mendapat bantahan daripada
kerajaan Negara China dan Persatuan China Seberang Laut.
Dari segi politik, orang Cina juga terlibat dalam bidang pentadbiran.
Apabila Belanda menubuhkan Volsksraad pada tahun 1918, orang Cina
telah memainkan peranan penting dalam Dewan tersebut. Suara mereka
didengar dalam Dewan perwakilan demi memperjuangkan hak dan
kepentingan mereka. Orang Cina juga terlibat dalam gerakan
nasionalisma. Walaupun gerakan mereka menjurus kepada
perkembangan nasinalisme Negara asal mereka, namun ini telah
memberi kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia dengan
wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab
pengembara Nanyang. Pertubuhan ini giat mengadakan kempen
kesedaran di kalangan orang Cina. Walau bagaimanapun kegiatan
mereka ini disekat oleh Belanda kerana bimbang akan terbentuknya
kerjasama antara orang Cina dengan golongan nasionalis Indonesia.
Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar
terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan
borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam
perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500
kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat
dalam industry pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar
kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit,
tembakau dan pemprosesan makanan.
Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan
pemodal kedua terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika
Syarikat dengan modal sebanyak 100 juta dollar AS. Mereka juga
terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan kampong-
kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina.
Kedatangan orang CIna di Filipina juga telah member kesan kepada
system pendidikan di Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina
sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat
dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan oleh
mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang CIna. Sekolah
Cina yang pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar
diajar tentang buku-buku klasik Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke
20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Kebanyakan
sekolah ini dibiayai oleh Dewan Perniagaan Umum Cina
Kemasukan orang Cina telah melahirkan apa yang dipanggil golongan
Mestizo. Golongan ini muncul hasil perkahwinan campur antara orang
Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan
Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi
tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa
ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara
pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai
perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.
Kesimpulannya kedatangan orang Cina di Filipina dan Indonesia telah
member kesan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat tempatan.
Kesan yang paling penting ialah penguasaan ekonomi orang Cina ke
atas kedua-dua buah Negara tersebut. Keadaan ini sudah tentu member
saingan kepada penduduk tempatan dan dalam keadaan tertentu telah
menutup peluang perniagaan penduduk tempatan. Dalam keadaan
sedemikian, timbul gerakan anti Cina yang dilancarkan penduduk
pribumi di Indonesia dan Filipina yang membawa tindakan keganasan.
Malah pihak penjajah yang menguasai kedua-dua Negara tersebut telah
cuba mengenakan sekatan ke atas orang Cina bagi menghalang
monopoli orang Cina dalam perniagaan

You might also like