You are on page 1of 9

Oleh ZAINUDDIN MAIDIN

Sebab utama yang menyebabkan Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman mengambil keputusan
untuk menyingkirkan Singapura dari Malaysia ialah ucapan Perdana Menterinya Lee Kuan Yew
dalam Parlimen Malaysia pada Mei 1965 mempersoalkan pemerintahan Melayu di Malaysia.

Selepas persidangan itu, Tunku ke London untuk hadir sidang Perdana Menteri Komanwel tetapi
terpaksa masuk ke Hospital London kerana menjalani rawatan sakit kayap.

Beliau menulis dalam Looking Back; "The more pain I suffered, the more I directed my growing
anger at him pitying Singapore for all its self impose problems. Whichever way my restless mind
turned, I could not help but come to one conclusion - and that was to cut Singapore adrift from
the rest of Malaysia."

Tunku juga marah dengan ucapan Kuan Yew di Dewan Masyarakat Delta Singapore di mana
beliau mencadangkan "Alternative Arrangements" iaitu dengan Singapura, Sabah, Sarawak,
Melaka dan Pulau Pinang bersatu untuk memutuskan ke arah mewujudkan Malaysian Malaysia.

Kata Kuan Yew; "Singapura tidak pernah bersetuju kepada pemerintahan Melayu apabila ia
menyertai Malaysia tetapi apa yang saya setuju ialah pemerintahan rakyat Malaysia (Malaysian).
Seseorang mestinya telah membuat kesilapan besar dalam membuat pertimbangan jika dia
memikirkan rakyat bersetuju kepada pemerintahan Melayu dalam menyertai Malaysia."

Anggapan Kaun Yew bahawa dia mewakili orang Cina dalam membuat cadangan bagi pihak
empat negeri lain telah disanggah oleh Tunku dalam interviu dengan akhbar The London Times.

Tunku menyatakan bahawa Kuan Yew bersengketa dengan Barisan Sosialis Singapura, MCA dan
juga Parti Komunis Malaya yang mewakili jumlah orang Cina yang lebih besar.

Saya mengemukakan fakta sejarah ini adalah untuk mengingatkan semua pihak supaya
menyedari bahawa dalam merayakan 52 tahun merdeka, kita sekarang berada dalam keadaan
yang menyebabkan bapa kemerdekaan telah mencabut duri dalam daging.

Kedudukan istimewa orang Melayu, Agama Islam dan lain-lain soal sensitif yang melanggar
prinsip penyelesaian kepada masalah pertikaian kaum yang disemai oleh Kuan Yew sehingga
mencetuskan peristiwa 13 Mei telah menjadi perbincangan semula sehingga lembu mencabar
orang beragama Hindu dan babi berselimutkan bendera UMNO mencabar orang Melayu.

Profesor Dzulkili Abdul Razak menulis dalam New Sunday Times 30 Ogos mengenai perayaan ke-
52 merdeka bahawa peristiwa-peristiwa sejarah yang membawa kepada perayaan tahunan ini
mesti dilawati semula.

"They say, history is a great teacher. But unless this is done in earnest, Merdeka tends to have a
repetitive dampening effect in which the context is largely lost. It will reduce to a once - time
cyclical happening, devoid of any meaning."

Sebenarnya inilah yang dirasakan oleh mereka yang telah menyaksikan sendiri pembinaan
sejarah negara ini dari awal apabila keruntuhan fahaman terhadap keperluan menjadikan sejarah
sebagai guru telah dilupakan sama sekali dalam Pilihan Raya Umum 2008.

Jika kemerdekaan 50 tahun telah memberikan fahaman yang lebih mendalam daripada racun
yang disemaikan oleh Kaun Yew lebih 40 tahun dahulu maka hal itu tidak akan berlaku.

Pilihan Raya Umum 2008 menyaksikan letupan dan luahan perasaan yang terpendam sekian lama
yang tidak pernah mati dan hanya menunggu ketika yang sesuai untuk meledak.

Apabila Musa Hitam bekas Timbalan Perdana Menteri menyatakan bahawa kebebasan yang
diberikan oleh Abdullah Ahmad Badawi tidak dapat dielakkan lagi maka beliau telah terlupa
bahawa Kuan Yew dapat mengelaknya sekalipun Singapura telah lebih jauh dari Malaysia
melangkah ke hadapan dalam globalisasi.

Singapura masih dengan demokrasi Dunia Ketiga walaupun berminda dunia maju tetapi Malaysia
masih berminda Dunia Ketiga namun demokrasi dunia termaju.
Pada 9 Ogos 1965, Singapura telah dipisahkan dari Malaysia atas sebab-sebab:-

a)politik
Persaingan antara MCA dan PAP- PAP ingin menggantikan MCA
Hubungan UMNO dan PAP renggang
Kengganan PAP mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja
Penubuhan Konvensi Perpaduan Malaysia untuk menandingi Parti 
Perikatan.

b) Perkauman
Imbangan perkauman yang tidak stabil
Cara menangani masalah perkauman yang berbeza. PAP ingin highlight 
dah buat analisa terbuka manakal Perikatan ingin tangani secara 
tertutup.

c) Ekonomi

Persaingan kilang Singapura dan TM


Enggan menyumbang 40% beban pertahanan
Tidak puashati dengan dasar cukai
Sejarah Silam

Pada masa silam sekitar abad ke 14, pulau Singapura merupakan sebahagian daripada kerajaan Sriwijaya
dan dikenali sebagai Temasek ("Kota Laut").

Dipercayai bahawa Singapura merupakan pusat pemerintahan kerajaan Melayu sebelum ia diduduki oleh
Sir Stamford Raffles. Ini berdasarkan tulisan Abdullah Abdul Kadir Munshi yang menyatakan ketika
Singapura dibersihkan, bukit yang terdapat di situ telahpun dikenali sebagai bukit larangan, dan terdapat
banyak pokok-pokok buah yang ditanam di situ. Ini menunjukkan terdapatnya pusat pentadbiran (istana) di
situ.

Selain daripada itu, Abdullah Abdul Kadir Munshi turut menyatakan terjumpanya satu batu bersurat yang
mempunyai ukiran tulisan yang tidak dikenali dan telah kabur. Batu bersurat Singapuraitu menunjukkan
Singapura telahpun menjadi satu pusat pentadbiran sejak silam lama sebelum ketibaan pihak Inggeris.

Malangnya batu bersurat itu telah dimusnahkan tidak lama selepas ketibaan Inggeris oleh seorang jurutera
Inggeris. Bagaimanapun, terdapat nota mengenai satu salinan tulisan tersebut telah dihantar ke London
tetapi gagal ditafsirkan. Sekiranya rekod salinan tulisan itu dapat dijumpai kembali, ia boleh memberikan
anggaran tarikh ia diukir melalui terjemahan ataupun sekiranya masih gagal diterjemah, melalui jenis
tulisan yang digunakan.

[sunting]Penubuhan Singapura Moden (1819)

Antara kurun ke-16 dan kurun ke-19, Kepulauan Melayu secara beransur-ansur menjadi milik penjajah
dari Eropah. Permulaan penjajahan dari Barat bermula apabila Portugis tiba di Melaka pada tahun 1509.
Manakala pada kurun ke-17, Belanda telah menguasai kebanyakkan pelabuhan-pelabuhan utama di
Kepulauan Melayu. Pihak Belanda telah memonopoli kesemua perdaganganrempah ratus yang pada
ketika itu merupakan bahan perdagangan yang penting. Penjajah Eropah yang lain termasuk British, cuma
mempunyai hak perdagangan yang kecil.

Sir Stamford Raffles, Pengasas Singapura Moden


Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles telah dilantik menjadi gabenor di salah sebuah pelabuhan British
iaitu di Bengkulu, Sumatera. Raffles percaya bahawa British perlu mencari jalan untuk menjadi kuasa
dominan di rantau ini. Salah satu jalan ialah dengan membina sebuah pelabuhan baru di Selat Melaka.
Pelabuhan British sedia ada seperti Pulau Pinang adalah terlalu jauh di utara Selat Melaka manakala
Bengkulu pula menghadap Selat Sunda.

Pada tahun 1818, telah berjaya menyakinkan Syarikat Hindia Timur British (EIC) untuk mencari pelabuhan
baru di rantau ini. Raffles tiba di Singapura pada29 Januari 1819. Dia menjumpai sebuah
perkampungan Melayu kecil di muara Sungai Singapura yang diketuai
oleh Temenggung Johor iaitu Temenggung Abdul Rahman. Pulau itu ditadbir oleh Kesultanan Johor tetapi
keadaan politiknya tidak stabil. Waris Sultan Johor, Tengku Abdul Rahman dikuasai oleh Belanda
dan Bugis. Raffles kemudiannya mengetahui bahawa Tengku Abdul Rahman menjadi sultan hanya kerana
abang sulungnya, Tengku Hussain tidak ada semasa ayahnya meninggal dunia. Mengikut adat Melayu,
bakal sultan perlu berada disisi sultan sekiranya ingin dilantik menjadi sultan.

Sedar bahawa dia boleh memanipulasikan keadaan ini, Raffles telah menyokong Tengku Hussein untuk
menjadi Sultan sekiranya Tengku Hussain sanggup membenarkan British membuka pelabuhan di
Singapura dan sebagai balasan British akan membayar wang tahunan kepada Tengku Hussain. Perjanjian
ini menjadi sah pada 6 Februari 1819.

[sunting]Perkembangan Awal (1819-1826)

Raffles kembali ke Bengkulu tidak lama kemudian selepas menandatangani perjanjian


dengan Johor. William Farquhar mengetuai koloni baru British ini dengan bantuan sepasukan askar British.

Di sebalik masalah-masalah yang dihadapi Singapura berkembang pesat kerana statusnya sebagai
sebuah pelabuhan bebas. Pedagang-pedagang Arab, China dan India menjadikannya tempat
persinggahan mereka.

[sunting]Negeri-Negeri Selat (1826-1867)

Penubuhan Singapura oleh Raffles mendapat masalah apabila kerajaan Belanda menuduh British


mencampuri kawasan naungan pengaruhnya. Pada mulanya kerajaan British dan Syarikat Hindia Timur
Inggeris bersimpati dengan masalah ini tetapi lama kemudian mereka mengabaikannya demi kepentingan
kemajuan di Singapura. Menjelang tahun 1822, sudah jelas niat British bahawa mereka tidak akan sesekali
menyerahkan Singapura.

Status Singapura sebagai hak milik British diperkukuhkan dengan termeterainya Perjanjian Inggeris-
Belanda 1824 yang mana Kepulauan Melayu terbahagi kepada pengaruh dua kuasa. Kawasan disebelah
kiri Selat Melaka (sekiranya datang dari sebelah barat) termasuklah Pulau Pinang, Melaka dan Singapura
sebagai kawasan pengaruh British manakala kawasan di sebelah kanan termasuklah Bangkahulu di
bawah pengaruh Belanda. Pada tahun 1826, Singapura bersama-sama dengan Pulau Pinang dan Melaka
tergolong di bawah satu pemerintahan iaitu Negeri-Negeri Selat.
[sunting]Zaman Pendudukan Jepun (1942-1945)

Pada 7 Disember 1941, Jepun menyerang Pearl Harbour. Salah satu objektif Jepun adalah untuk


menguasai Asia Tenggara kerana faktor ekonomi. Singapura yang merupakan pangkalan utama Tentera
Bersekutu ialah sasaran utama Jepun.

Di Singapura ramai beranggapan bahawa Jepun akan menyerangnya terlebih dahulu sebelum
menyerang Malaya. Pihak British bersedia apabila menyediakan antara kontinjen perang terbaiknya. Hal ini
termasuklah penghantaran kapal perang HMS Prince of Wales dan kapal perang HMS Repulse. Mereka
juga menghantar beberapa kapal perang yang lain.

Pada 8 Disember 1941, tentera Jepun mendarat di Kota Bharu, Kelantan. Selepas dua hari askar-askar
Jepun mendarat, kapal Prince of Wales dan kapal Repulse tenggelam akibat dimusnahkan oleh tentera
Jepun. Tentera Jepun terus mara ke seluruh Tanah Melayu menyebabkan tentera British terpaksa
berundur ke selatan menuju ke Singapura. Menjelang 31 Januari 1942, selepas 55 hari bermulanya
pencerobohan tentera Jepun, tentera Jepun sudah berjaya menguasai kesuluruhan Tanah Melayu dan
bersiap sedia untuk menyerang Singapura.

Selepas beberapa pertempuran, Leftenan-Jeneral Arthur Ernest Percival dan askar-askar British menyerah


kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita pada Tahun Baru Cina iaitu 15 Februari1942. Lebih kurang
130,000 askar India, Australia dan British menjadi tahanan perang. Kejatuhan Singapura merupakan
penyerahan kalah terbesar British dalam sejarah.

Singapura kemudiannya dinamakan semula menjadi Syonan-to (昭南島 Shōnan-tō, "Cahaya Selatan)


dalam bahasa Jepun. Singapura diduduki oleh Jepun dari tahun 1942 hingga tahun 1945.

[sunting]Pemerintahan Sendiri (1955-1963)


Pengerusi Parti Buruh, David Marshall, menjadi Ketua Menteri Singapura yang pertama. Dia memerintah
sebuak kerajaan yang tidak stabil dan mengakibatkan terjadinya peritiwa mogok besar-besaran. Pada
bulan April 1956, dia ke London untuk berbincang mengenai kemerdekaan Singapura tetapi tidak berjaya
kerana pengaruh komunis di Singapura. Marshall terus menekan British bahawa dia akan meletak jawatan
sekirannya British tidak memberi kemerdekaan kepada Singapura. Tetapi British langsung tidak
menghiraukan ugutan Marshall dan akhirnya dia terpaksa melepaskan jawatannya. Ketua Menteri
Singapura seterusnya ialah Lim Yew Hock. Beliau mengambil tindakan yang tegas terhadap ketua-ketua
kesatuan sekerja dan ahli-ahli pro-komunis.

Tindakan tegas Lim menyebabkan British bersetuju untuk memberikan pemerintahan sendiri kepada
Singapura.

[sunting]Membentuk Persekutuan Malaysia (1963-1965)

Pada 16 September 1963, British bersetuju untuk menyerahkan Singapura, Sabah, dan Sarawak untuk


bergabung dengan Tanah Melayu supaya Persekutuan Malaysia dapat dibentuk. Selepas menyertai
Malaysia, parti politik utama Singapura iaitu Parti Tindakan Rakyat memenangi Pilihanraya Singapura.
Tindakan PAP yang sering menyuarakan ketidakpuasan mengenai keistimewaan kaum Bumiputera.

[sunting]Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Rencana utama: Pemisahan Singapura daripada Malaysia

Ramai ahli UMNO mengesa Kerajaan Persekutuan supaya


menangkap Lee Kuan Yew. Jadi pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul
Rahman menyingkirkan Singapura daripada Malaysia. Ramai rakyat
Malaysia mengganggap tindakan Tunku Abdul Rahman ini sebagai
satu kerugian kerana mengikut mereka banyak lagi cara lain untuk
menjaga keamanan Singapura.[perlu rujukan]

[sunting]Kemerdekaan Singapura

Dalam konteks Singapura, Merdeka merujuk kepada pemerolehan


pemerintahan sendirian dan kerajaan sendirian daripada United
Kingdom pada dekad 1950-an pada masa imperialisme di Asia
berkurangan. Ia tidak biasanya merujuk kepada kemerdekaan
Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 yang mengikuti
penggabungan ia dengan Malaysia pada tarikh 16 September 1963
selepas referendum kebangsaannya.

Perlembagaan Singapura dipinda pada tahun 1953 berikutan


cadangan Suruhanjaya Rendel yang menciptakan Dewan Undangan
Singapura berjumlah 51 kerusi, sekaligus menggantikan Majlis
Perundangan Singapura. Dewan ini menjadi duluan kepada Parlimen
Singapura. Pilihanraya Singapura 1955 yang merupakan
pilihanrayanya yang pertama kemudian. Pilihanraya ini merupakan kali
pertama pemilihan wakil majoriti oleh rakyat — dahulunya hanya enam
ahli Majlis Perundangan dipilih rakyat dan yang lainnya dipilih kerajaan
penjajah. Ini tidak memuaskan hati mereka yang memanggil
pentadbiran penuh tempatan dalam sekurang-kurangnya hal domestik.

Seruan Merdeka merupakan satu saingan antara progressivisme dan


radicalisme iaitu antara kerjasama dan permusuhan terhadap British.
Barisan Pekerja pimpinan David Saul Marshall memenangi pilihanraya
Singapura pada tahun 1955 secara tipis akan tetapi sifatnya sebagai
seorang anti-penjajah menghalang sebarang kemungkinan kerjasama.
Satu pungutan suara dimulakan pada tahun 1956 yang mengumpulkan
sebanyak 167,000 — sebahagian besar pengundi pada masa itu
dalam satu pungutan yang menyaran Merdeka.
Semasa Rundingan Merdeka 1956, tahun sebelum kemerdekaan
Malaya, pihak British bersetuju memberi Singapura kerajaan sendirian
berkenaan hal-hal tempatan, sementara British terus mengekalkan
kuasa perbelanjaan dan ketenteraan. Ini memuaskan Marshall pada
mulanya, tetapi tidak kemudian apabila British enggan memberi
kawalan keselamatan dalam negeri kepada kerajaan tempatan. Pihak
British merasakan Marshall tidak membuat tindakan yang cukup
terhadap ancaman keganasan komunis dan Parti Komunis Malaya
(PKM) yang telah memulakan Darurat Malaya. Dengan ini Marshall
meletakkan jawatannya pada tahun 1956 dan sekaligus mengotakan
janjinya untuk meletakkan jawatannya sekiranya gagal memperoleh
kemerdekaan.

Satu lagi pemimpin Barisan Pekerja, Lim Yew Hock mengambilalih


sebagai Yang DiPertua Negeri Singapura dan meneruskan usaha
untuk mencapai kemerdekaan. Lim kemudiannya berlaku kejam
terhadap para komunis oleh sebab mahu menunjukkan bahawa
pentadbirannya cenderung mengambil pendekatan tegas untuk
melindungi keselamatan dalam negara. Dalam rusuhan sekolah
menengah Cina 1956 lebih kurang sembilan ratus orang ditahan.
Dengan memimpin satu delegasi yang termasuk banyak pemimpin
Singapura daripada pelbagai parti politik, Lim telah berjaya memujuk
pihak British untuk memberikan Singapura kemerdekaan dengan
meminda Perlembagaannya pada tahun 1958 untuk membenarkan
satu dewan perwakilan yang dipilih rakyat secara keseluruhannya yang
mempunyai autonomi penuh terhadap perihal tempatan. Kerajaan ini
terbentuk dengan pilihanraya Singapura 1959. Lim pula telah kalah
pilihanraya ini oleh sebab tindakan kejamnya semasa pemburuan
aktiviti komunis.

[sunting]Republik Singapura (1965-sekarang)

Selepas Singapura keluar daripada Malaysia, Singapura mula muncul


sebagai kuasa perdagangan dunia. Banyak kemudahan dan kemajuan
dicapai semasa pemerintahan Lee Kuan Yew.

Pada tahun 1990, Lee Kuan Yew bersara daripada politik dan memberi
kuasa pemerintahan kepada Goh Chok Tong. Pada tahun 2004 pula,
Goh Chok Tong meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan
memberi laluan kepada anak Lee Kuan Yew iaitu Lee Hsien
Loong untuk memerintah.
[sunting]Lihat Juga

 Singapura

 Sejarah Malaysia

 Malaysia

 Kesultanan Johor

 Pemisahan Singapura daripada Malaysia

 Negeri-negeri Selat
[sunting]Pautan luar

 (Bahasa Melayu) Suara Pembaharuan: Maklumat dan Informasi

Kategori: 
 Singapura
 Sejarah Singapura

You might also like