You are on page 1of 20

Ikuti Wikipedia Bahasa Melayu di Facebook

Sejarah Johor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. Perbincangan yang
berkenaan mungkin boleh didapati di dalam laman perbincangan. Sila bantu
memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh
dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.

Sejarah Malaysia

Rencana ini ialah sebahagian daripada Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia
Kerajaan awal
Tanah Merah (Kurun-2 hingga kurun-7)
Gangga Negara (Kurun-2 hingga kurun-11)
Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)
Pan Pan (Kurun-3 hingga kurun-5)
Kedah Tua (Kurun-5 hingga kurun-11
Srivijaya (Kurun-7 hingga kurun-14)
Kemunculan Kesultanan Islam
Kesultanan Kedah (1136sekarang)
Kesultanan Kelantan (1267-sekarang)
Kesultanan Brunei (1363sekarang)
Kesultanan Melaka (14021511)
Kesultanan Sulu (14501899)
Kesultanan Pahang (1470-sekarang)
Kesultanan Perak (1528sekarang)
Kesultanan Terengganu (1725-Sekarang)
Kesultanan Selangor (1743-Sekarang)
Negeri Sembilan (1773-Sekarang)
Kerajaan Perlis (1843-Sekarang)
Era Penjajahan Barat
Serangan Portugis di Melaka (1511)
Perjanjian Inggeris-Belanda (1824)
Perjanjian Burney (1826)
Penempatan Selat (1826-1946)
Perang Kelang (1867-1874)
Perjanjian Pangkor 1874
Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad
ke-19 -1946)
Perjanjian Inggeris-Siam (1909)
Pertempuran Pulau Pinang (1914)
Perang Dunia Kedua
Perang Tanah Melayu (1941-1942)
Tragedi Parit Sulong (1942)
Perang Singapura (1942)
Syburi (1942-1945)
Kawat Kematian Sandakan (1945)
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia
Malayan Union (1946-1948)
Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)
Darurat Tanah Melayu (1948-1960)
Peristiwa Bukit Kepong (1950)
Rundingan Baling (1955)

Malaysia selepas Merdeka


Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)
Pemberontakan Brunei (1962-1966)
Rusuhan Kaum 1964 (1964)
Pemisahan Singapura (1965)
Peristiwa 13 Mei (1969)
Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)
Serangan hendap Lahad Datu 1985 (1985)
Peristiwa Memali 1985 (1985)
Operasi Lalang (1987)
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)
Krisis Kewangan Asia (1997-98)
Al-Ma'unah (2000)
Pencerobohan Lahad Datu (2013)
Portal Malaysia

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan
yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit
sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula
salah sebuah jajahan pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis
dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya
ke Bentan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda
Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh
kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan
Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur
Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota
Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]

Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun
kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia
pada tahun 1963.

Isi kandungan
1 Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka
2 Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar
o 2.1 Perang Tiga Segi
o 2.2 Perang Johor-Jambi
o 2.3 Pengaruh Bugis dan Minangkabau
3 Kekuasaan Kesultanan Johor
o 3.1 Pentadbiran Empayar Johor
o 3.2 Pengaruh Empayar Johor
4 Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama
o 4.1 Belanda dan Melaka
o 4.2 Singapura dan British
o 4.3 Perjanjian Anglo-Belanda
o 4.4 Kuasa-kuasa yang berminat
o 4.5 Sultan cuba membaiki keadaan
o 4.6 Kejatuhan Empayar Johor
5 Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor
o 5.1 Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau
o 5.2 Johor dan Pahang
6 Sejarah Johor moden
o 6.1 Wangsa Temenggong
o 6.2 Senarai Penasihat Am British Johor
o 6.3 Pendudukan Jepun
o 6.4 Pra-kemerdekaan Tanah Melayu
7 Garis masa
8 Nota dan rujukan
o 8.1 Nota
o 8.2 Rujukan
9 Lihat juga

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka


Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang
Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak
serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-
askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar
di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana
baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya
Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[petikan diperlukan]

Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan Johor yang
pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan


pengaruh luar
Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing
Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka.
Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk
menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya
untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama
Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di
Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin
kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-
dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai
dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis
kembali berperang.

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan
ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor
dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu
kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota
Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679,
Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera
Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai
perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul
Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha
untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut
penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi.
Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu
menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat
diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun
1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan
kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah
memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk
menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin
merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang
untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi
kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum
mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut
pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam
usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi
di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di
sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini
telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas
semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api
yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang
ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung
menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Pengaruh Bugis dan Minangkabau

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris.
Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan
digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan
pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai
pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai
pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud
II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang
Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai
waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya
mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang
Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi
ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau
bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang
Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21
Mac 1718, Raja Kecil telah menawan Panchor. Raja Kecil melantik dirinya sebagai Yang di-
Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya
menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai
Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-
orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng
Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah
dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut
jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana
pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan
gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan
tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang
kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

Kekuasaan Kesultanan Johor


Pentadbiran Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka.
Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan. Sultan
dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah
Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18,
Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap
mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan
Johor. Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri
dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar
tertentu. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan
Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan Singapura
dibawah kekuasaan Temenggung Johor.Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau
sekitarnya sahaja.Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau
Lingga. Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja
Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang
dikurniakan oleh sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja.Muar kemudiannya
diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap
bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.
Pengaruh Empayar Johor

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya


meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau
dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan
Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong
Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan
kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor
moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.

Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor


Lama
Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis
dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka.
Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka
kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824
ditandatangani.

Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat.
Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara
untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang
idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor
Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi
berangkat untuk mencari markas baru.

Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil
Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor.
Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh.
Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh
kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura.
Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau
Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun
1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi
Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh
dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai
penjaga "adat".[3][4]

Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan
memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan
adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara
Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya
menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau,
kembali ke Singapura. Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada
saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang
keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat
perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain
sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan
menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan
Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari
1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang
sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian
di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa
kesetiaannya terletak pada Sultan Johor sebenar di Lingga.

Perjanjian Anglo-Belanda

Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris
di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-
Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan
mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa
perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor
ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari
Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan
tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan
Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk
berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan
Jepun masih berdaulat.

Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain
sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup
pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan
Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu
dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi
lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh
Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah
dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822,
lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang
warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya
terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang
memerintah di bawah naungan dari Belanda.

Kuasa-kuasa yang berminat

Para pelakon di atas pentas ini adalah tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para
bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari
Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor yang terdiri
dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana
perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak
diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap
tindakan kuasa penjajah.

Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan
Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat
dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi
perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada
tahun 1855.[7] Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia
dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya
dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan
dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan
Johor. Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong
Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.

Sultan cuba membaiki keadaan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan oleh
puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan
Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan
melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk
memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi
dan politik.[8] Dia memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. Di Lingga,
pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan
untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. Islam
dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka,
membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu.
Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan
Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.

Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya
yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara
atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat
kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia
yang mengembirakan Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun
1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung
Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841
kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.

Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali
memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada
Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu
kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil
Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di
Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan hubungan mereka
rapat.

Kejatuhan Empayar Johor

Kebimbangan Inggeris telah memaksa mereka melaksanakan perjanjian 1855 antara Tengku Ali
dan Temenggung Ibrahim. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan', Tengku Ali
bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya mengesahkan terus kekuasaan
Temenggung di wilayahnya di tanah daratan Johor. Perjanjian ini bertujuan untuk menguatkan
kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama Inggeris. Bendahara Ali ditanya oleh Sultan
Mahmud IV Muzaffar Shah tentang perjanjian 1855.[12][13] Dalam jawapannya, Bendahara
menegaskan kembali tentang Temenggung seharusnya bersumpah setia kepada baginda dan
perbuatan Tengku Ali, Bendahara tidak mengetahuinya. Beliau juga menegaskan bahawa dia
bukan merupakan pihak yang terlibat dalam sebarang perbincangan dengan Inggeris atau
Belanda. Belanda juga sangat bimbang. Tampaknya Sultan bertindak sendiri dan tidak mahu
mendengar nasihat Yam Tuan Muda Riau yang dipengaruhi Belanda dan bangsawan Bugis.

Hal ini mencetuskan menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan
bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda Riau yang baru. Calon untuk jawatan itu
dipersetujui oleh bangsawan Bugis dan Belanda.[14] Sultan tidak suka mempunyai Yam Tuan
Muda yang dipengaruhi kuasa asing. Kebuntuan ini menyebabkan sultan belayar ke Singapura
untuk bertenang. Semasa Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah berada di Singapura, baginda
disingkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis pada 1857.

Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor


Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau

Setelah penggulingan bekas Sultan Johor, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan
Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa
Empayar Johor.[15] Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[16] Dalam
perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya.
Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan
telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada Belanda. Ini juga
menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini
berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.

Johor dan Pahang

Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang
baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing
disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala.
Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai
pelindung adat.[17] Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan
menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[18] Perjanjian
itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya
untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan
penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan Pahang.

Sejarah Johor moden



Johor Darul Ta'zim
Negeri naungan British
1914-1942

1945-1957

Bendera Jata
Moto
Kepada Allah Berserah

Johor dalam Malaysia kini

Johor Bahru (dahulu


Ibu negara dikenali sebagai
Tanjung Puteri)
Bahasa Melayu
(menggunakan
Bahasa
tulisan Jawi)
Bahasa Inggeris
Agama Islam
Struktur politik Negeri Naungan
Sultan
Sultan Ibrahim ibni
1895-1959
Sultan Abu Bakar
Penasihat Am
1914-1918 D.G. Campbell
1940-1941 W.D. Barron
Era sejarah Empayar British
Diiktiraf sebagai
negeri yang bebas

dan berdaulat
oleh British 11 Disember 1885
Naungan British 12 Mei 1914
Pendudukan

Jepun 31 Januari 1942
Jepun menyerah

kalah 14 Ogos 1945
Kemasukan ke
dalam

Persekutuan
Tanah Melayu 1 Februari 1948
Dolar Selat sehingga
1939
Mata wang
Dolar Malaya
sehingga 1953
Hari ini sebahagian
Malaysia
daripada

Wangsa Temenggong

Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor,
kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar
masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung
Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung
Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri
kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.

Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang
kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi
sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah
perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda
juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar
kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.

Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan
dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah
Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah
negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju
menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan
sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari
luar.

Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan
gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan
kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.

Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani
perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat. Dalam perjanjian
ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang
merupakan Residen British di Negeri Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat
Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang
bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.[19]

Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda
kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal
oleh Residen dan Penasihat British.[20] Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-
istiadat Melayu sahaja.

Senarai Penasihat Am British Johor

No. Nama Tahun


1. Douglas Graham Campbell 1914
2. F.G. Weld (pemangku) 1914-1916
3. Douglas Graham Campbell 1916-1917
4. F.J. Hallifax (pemangku) 1917-1918
5. J.F. Owens 1918-1921
6. Hayes Marriot 1921-1926
7. Charles Walter Hamilton Cochrane 1926-1928
8. George Ernest Shaw 1928-1931
9. Richard Olaf Winstedt 1931-1935
10. Walter Evelyn Pepys 1935-1940
11. W.D. Barron 1940-1941

Pendudukan Jepun

Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek
pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari
tahun 1941 hingga tahun 1945. Pendudukan Jepun di Johor menggantikan British tidak
membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun
amat menghormati baginda Sultan Sir Ibrahim kerana baginda memiliki 'Order of The Rising
Sun', darjah kebesaran Jepun yang dikurniakan oleh Maharaja Meiji pada tahun 1934.
Jepun meneruskan dasar British dengan meletakkan seorang penasihat negeri di Johor untuk
membantu Sultan Sir Ibrahim dalam urusan pentadbiran negeri. Ini menjadikan Johor sebahagian
daripada Empayar Jepun. Ini juga berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di mana setiap
negeri ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah dan raja-raja Melayu tidak lagi menjadi
pemerintah negeri tersebut. Berikut ialah senarai penasihat negeri di Johor semasa zaman
pendudukan Jepun di Tanah Melayu:

No. Nama Tahun


1. Kenji Doihara 1943-1945
2. Seishir Itagaki 1945

Pra-kemerdekaan Tanah Melayu

Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi
sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar
daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Selepas itu, Perjanjian Persekutuan
Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948.
Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung
dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun, Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan
Tanah Melayu. Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits
Settlement Forever" (Negeri-Negeri Selat Selama-lamanya) kepada akhbar The Straits Times
yang berharap agar sistem Penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan
Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama
Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.[21]

Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah
Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September 1955. Baginda
juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan
dengan berkata "You Will Suffer If British Go!" (Kamu Akan Sengsara Jika British Pergi!).[22]

Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada
penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang
kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong
saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk
memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan
Tanah Melayu. [23]

PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu,
Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor
sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan
mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari
negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu.[24]
Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan persatuan itu dan
akhirnya persatuan ini terkubur. Ini bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak
kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat
Johor sendiri. [25]

Pada ketika itu, Sultan Sir Ibrahim sedang gering. Baginda menghabiskan hayatnya selama 2
tahun di Rumah Grosvenor, London dengan menonton televisyen, melawat teater bersama
isterinya yang ke-6, Marcella Mendl dan puterinya, Tunku Meriam. Baginda telah menyerahkan
pentadbiran Johor kepada puteranya, Tunku Ismail. Ungku Abdullah telah menasihati Tunku
Ismail agar tidak menandatangani Perlembagaan Kemerdekaan tetapi beliau tidak diendahkan
dan baginda terus menandatangani perlembagaan tersebut sejurus menjadikan Johor sebagai
salah sebuah negeri yang menyertai Malaysia dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.[26]

Garis masa
Rencana utama: Sultan Johor

Dinasti Warisan Kesultanan Melaka

1. 1511-1528: Sultan Mahmud Shah I


2. 1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)
3. 1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)
4. 1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)
5. 1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)
6. 1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)
7. 1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)
8. 1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)
9. 1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)
10. 1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)

Dinasti Bendahara Johor

1. 1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)
2. 1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)
3. 1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar
Johor-Riau)
4. 1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah
5. 1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah
6. 1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)
7. 1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)
8. 1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)
9. 1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)

Dinasti Temenggung
1. 1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.

Sultan Johor Moden

1. 1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku
Abu Bakar)
2. 1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar
3. 1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim
4. 1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj
5. 2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar

Nota dan rujukan


Nota

1.

Christopher Buyers - The Ruling House of Malacca-Johor


Winstedt R.O. (1992). A history of Johore, 1365-1895 (M.B.R.A.S. Reprints, 6.). Kuala
Lumpur: Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society. p. 36. ISBN 9839961462.
(Tun) Suzana (Tun) Othman, Institusi Bendahara, Permata Melayu yang Hilang, halaman
57
http://ms.wikipedia.org/wiki/Adat Adat
(Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang 1857-63, Karisma Publications,
2007, ISBN 9769831952825, halaman 90
Ibid, halaman 46
Ibid, halaman 40
Ibid, halaman 67
Ibid, halaman 68
Ibid, halaman 70
Ibid, halaman 75
Ibid, halaman 221
Surat peribadi milik Baginda Omar, Arkib Negara, Kuala Lumpur
Ibid, halaman 85
Ibid, halaman 87
Ibid, halaman 87
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bendahara Bendahara
Ahmad Fawzi Basri, Johor 1855-1917 : Pentadbiran dan Perkembangannya, Fajar Bakti,
1988, halaman 33-34
[1]
[2]
Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook.
Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook.
Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook.
Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook.
Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor
Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia Factbook.
Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor

26. Malaysiafactbook.com,. (2015). Chronology:Sultan Ibrahim of Johor - Malaysia


Factbook. Retrieved 16 August 2015, from
http://malaysiafactbook.com/Chronology:Sultan_Ibrahim_of_Johor

Rujukan

Trocki, Carl A., Prince of Pirates: the Temenggongs and the Development of Johor and
Singapore, 1784-1885, University of Hawaii Press, 1979, ISBN 9789971693763 ISBN
9971693763
Empayar Johor - sabrizain.demon.co
Kesultanan Johor - uq.net.au
(Tun) Suzana (Tun) Othman, Perang Bendahara Pahang, 1857-63: pensejarahan semula
menelusi peranan British, 2007, ISBN 9789831952825

Zakiah Hanum (2004). Asal Usul Negeri-Negeri Malaysia. Times Editions-Marshall


Cavendish. ISBN 9812326081.
Tun Ahmad Sarji bin Abdul Hamid (2011). The Encyclopedia of Malaysia : Volume 16,
The Rulers of Malaysia. Archipelago Press. ISBN 9789813018549.

Lihat juga
Johor
Kesultanan Melaka
Kesultanan Lingga-Riau
Malaysia
Sejarah Singapura
Sultan Johor

[tunjuk]

l
b
s

Salasilah Kesultanan Johor

Portal Johor
Portal Sejarah
Portal Malaysia

Kategori:

Former countries in Asia


Former country articles requiring maintenance
Sultan Johor
Johor
Sejarah Johor
Sejarah Malaysia
Sultan Malaysia
Sejarah Islam
Pages using ISBN magic links

Menu pandu arah


Belum log masuk
Perbincangan
Sumbangan
Buka akaun
Log masuk
Kotak pasir

Rencana
Perbincangan

Baca
Sunting
Sunting sumber
Lihat sejarah

Cari

Laman Utama
Tinjau
Hal semasa
Rencana rawak

Perhubungan

Tentang Wikipedia
Portal masyarakat
Perubahan terkini
Hubungi kami
Menderma
Bantuan
Kedai Kopi

Cetak/eksport

Cipta buku
Muat turun sebagai PDF
Versi boleh cetak

Peralatan

Pautan ke laman ini


Perubahan berkaitan
Muat naik fail
Laman khas
Pautan kekal
Maklumat laman
Item Wikidata
Petik laman ini

Dalam bahasa lain


Bahasa Indonesia
English


Portugus


Sunting pautan

Laman ini diubah buat kali terakhir pada 04:44, 5 September 2016.
Teks disediakan dengan Lesen Creative Commons Pengiktirafan/Perkongsian Serupa;
terma-terma tambahan mungkin digunakan. Lihat Terma-Terma Penggunaan untuk
butiran lanjut.

Dasar privasi
Perihal Wikipedia
Penafian
Pembangun
Cookie statement
Paparan mudah alih

You might also like