You are on page 1of 17

Pendahuluan

Pemerintahan Johor yang memerintah Johor pada 1528 ialah Sultan Alauddin Riayat Shah II yang
telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada masa itu.. Beliau juga merupakan
sultan Johor yang kedua. Sultan Alauddin Riayat Shah telah berangkat ke negeri Johor dengan
bendahara, Di sana, menurut sejarah Sultan Alauddin Riayat Shah II telah berkahwin dengan
Puteri Kesuma Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja Muzaffar dan Raja
Fatimah. Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu
Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik,
ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan negeri
penaklukan di kawasan Asia Tenggara secara amnya. Selepas kejatuhan Melaka ini, maka
bermulalah persaingan antara pewaris kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak
kedaulatan masing-masing daripada jatuh dan musnah.
Dalam persaingan yang melibatkan Johor, Acheh dan Portugis, terdapat beberapa faktor iaitu
dari segi politik yang melibatkan kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting
dalam hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai
Muda yang dalam dan amat strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angin kencang
sehingga boleh memusnahkan kapal-kapal yang datang. Selain itu, faktor agama juga memainkan
peranan yang penting dalam persaingan ini. Bagi Acheh mereka lebih mementingkan agama
Islam dan menegakkkan Islam di Nusantara, dan Acheh juga dikenali sebagai pusat penyebaran
Islam. Keadaan ini amat berbeza dengan Portugis yang bermatlamat menyebarkan agama Kristian
di Timur. Hal ini telah menimbulkan peperangan diantara dua kuasa ini. Dan faktor seterusnya
melibatkan ekonomi yang cukup menguntungkan pada masa itu iaitu perdagangan. Pada zaman
pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III berlakunya peperangan
antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan abang kepada Raja Abdullah
telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang Belanda yang

bernama Oranje. Perbincangan ini juga berkisar kepada teknik untuk menyerang Melaka yang di
bawah penguasaan Portugis.

Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad

ke-16 lagi. Namun ia semakin sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan
Iskandar Muda Mahkota Alam.

Latar belakang kerajaan Johor.

Sultan Alauddin Riayat Shah ii telah di lantik sebagai sultan bagi seluruh kerajaan Johor pada
tahun lebih kurang 1528. Beliau dilantik sebagai sultan Johor kedua. Sultan Alauddin Riayat Shah
dengan bendahara telah berangkat ke negeri Johor, Di sana, Sultan Alauddin Riayat Shah II telah
berkahwin dengan Puteri Kesuma Devi dan mempunyai putera dan puteri yang bernama Raja
Muzaffar dan Raja Fatimah. Beberapa tahun kemudian, Sultan Alauddin Riayat Shah serta
Bendahara berangkat Pekan Tua dan menjalankan pemerintahan di sana.Pada tahun 1533,
disebabkan Sultan Alauddin menghukum utusan Portugis, Portugis telah menyerang Pekan Tua.
Sultan Alauddin dan pembesarnya berundur ke Sungai Hulu dan membuat tempat kediaman di
Sayong. Sejak itu, ia sudah menjadi pusat pemerintahan. Pada tahun 1536, Sultan Alauddin
menghantar utusan perdamaian tersebut dipersetujui oleh Portugis dan balik semula ke Melaka.
Pada tahun 1539 dan 1540 Acheh menyerang Aru. Ratu Aru telah meminta bantuan
kepada Sultan Alauddin bagi melawan Acheh. Sultan Alauddin dan Ratu Aru berangkat ke
Kampar dan berkahwin di sana. Semasa Acheh menyerang Aru ,Sultan Alauddin telah
mengumpul anggota perang dan Berjaya menewaskan Acheh. Sejak itu, Aru takluk di bawah
perintahan Johor.Sultan Alauddin telah membuat tempat pusat pemerintahan baginda di Johor
Lama sejak awal tahun 1540 dan ia menjadi pusat kerajaan bagi Johor. Pada tahun 1564, Sultan
Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar iaitu Sultan Acheh telah menghantar anggota perang
mengalahkan Negara Aru dan menyerang serta mengalahkan negeri Johor. Sultan Alauddin serta
anak isterinya ditawan dan dibawa ke Acheh. Mengikut Bustanu s-Salatin dan buku-buku sejarah

Acheh menyatakan Sultan Alauddin Riayat Shah telah ditawan dan baginda telah mangkat
dibunuh di negeri Acheh. Mengikut Sejarah Melayu, disebabkan baginda mangkat di Johor Lama
mendapat nama Marhum Johor Lama. Tetapi sebenarnya baginda mendapat nama ini disebabkan
sempena berakhirnya pemerintahan baginda di Johor Lama. 1
Setelah Sultan Alauddin Riayat Shah iii mangkat di Acheh ,saudaranya, Raja Abdullah
menjadi sultan Johor. Beliau digelar sebagai Sultan Abdullah Maayat Shah dengan persetujuan
Sultan Acheh. Pada tahun 1617, Johor telah berbaik dengan Portugis dan Sultan Ma'ayat Shah
telah merasa bosan berbaik dengan Acheh. Beliau telah menceraikan isteri baginda iatu puteri
Acheh. Pada tahun 1618, sultan Abdullah telah berpindah ke Pulau Lingga disebabkan
kedudukannya di Batu Sawar tidak begitu selamat. Belioau juga telah berbaik dengan Portugis
bagi mendapat hasil kerajaan membuka jalan. Selepas lima tahun, pada awal 1623 tahun, Sultan
Acheh menghantar anggota tentera bagi menyerang pusat pemerintahan kerajaan Johor di Pulau
Lingga. Sultan Abdullah telah berundur diri ke Pulau Tambelan. Pada bulan mac 1623, Sultan
Abdullah Maayat Shah telah mangkat di Pulau Tambelan.
Raja Mahmud pula naik taktha apabila Sultan Ibrahim Shah mangkat. Tetapi Ibu baginda iaitu
Paduka Tun Abdul Jamil berkuasa sebenar dalam pemerintahan. Ini adalah kerana pada waktu
Raja Mahmud masih muda iaitu berumur 10 tahun. Pada tahun 1685, Paduka Tun Jamil telah
menandatangani perjanjian perdagangan dengan orang belanda atas desakannya. Selepas 3 tahun,
Bendahara Seri Maharaja telah memusuhi Paduka Raja Tun Abdullah Jamil yang gila kuasa dan
menyingkirkan beliau daripada kerajaan Johor. Selepas itu, Bendahara menjadi orang yang paling
kuasa. Sultan Mahmud Shah ii hanya sebagai raja boneka.

Bendahara telah menandatangani satu perjanjian dengan orang-orang Belanda. Syaratsyarat perjanjiannya ialah orang Belanda bebas berniaga, orang India tidak boleh tinggal di Johor,
orang-orang Siak dibenarkan menjual kayu-kayan balak kepada orang-orang Belanda dan perahu1

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 27.

perahu rakyat Johor yang datang berdagang ke Sungai Siak, hendaklah diperiksa. Nampakkan,
orang Belanda ini mencuba menyekat orang-orang melayu berdagang Sultan Mahmud telah
menghantar utusan ke Betawi tetapi tidak Berjaya. Sultan Mahmud Shah mempunyai tabiat pelik
seorang bengis yang telah pedulikan beliau , mereka selalu berunding dengan Bendahara.Sultan
Mahmud Shah ii mangkat pada bulan ogos 1699. Masa itu beliau berusia 24 tahun. Cerita
sebenarnya baginda telah dibunuh oleh pembesar kerana kezaliman dan kebengisan beliau.

SEBAB-SEBAB PERSAINGAN
POLITIK
Sebelum kedatangan kerajaan Johor, telah muncul sebuah kerajaan kesultanan melayu
Melaka yang cukup kuat dan mempunyai sebuah empayar yang masyhur dalam bidang politik,
ekonomi, dan perdagangan. Selain itu juga, kerajaan Melayu Melaka juga merupakan penaklukan
di kawasan Asia Tenggara secara amnya. Penubuhan Melaka sebagai sebuah kerajaan yang
seterusnya berkembang menjadi sebuah empayar kelautan yang agung dalam konteks zaman itu,
kedatangan kuasa barat yang pertama iaitu Portugis yang seterusnya memerangi dan
menaklukinya.2 Pada tahun 1511, Kerajaan Melayu Melaka telah mengalami kejatuhan di kuasa
Portugis dan seterusnya beberapa percubaan waris-warisnya untuk merampas semula Bandar
Melaka daripada kuassa tersebut.Selepas kejatuhan Melaka ini, maka bermulalah persaingan
antara pewaris kerajaan Melaka dan Portugis untuk mengembalikan hak kedaulatan masingmasing daripada jatuh dan musnah. Persaingan ini melibatkan persaingan dari sudut yang
berbeza. Bagi Johor, mereka ingin mengembalikan kegemilangan Kerajaan Melaka yang sebelum
ini merupakan pelabuhan entrepot, manakala bagi Portugis pula, ia adalah untuk mengekalkan
Melaka sebagai kawasan tanah jajahan takluknya. Pada tahun 1600-1699 juga merupakan zaman
kemunculan kuas-kuasa penaklukan baru antaranya Acheh yang begitu menonjol dan cuba

Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi
Selangor, 1999, hlm.5.

mendapatkan kerajaan Melaka. Keadaan ini telah meninbulkan persaingan antara tiga buah kuasa
iaitu Johor, Portugis, dan juga Acheh. Faktor-faktor persaingan atau pencetus kepada peperangan
ini ialah antara Johor, Portugis,dan Acheh yang dapat dilihat dari sudut politik, eonomi dan juga
agama.

Persaingan dalam politik dapat dilihat melalui pewaris kesultanan Melaka oleh Sultan
Johor. Kerajaan Johor mendakwa mereka merupakan pewaris Kesultanan Melayu Melaka dan
cuba menbuat tuntutan mahupun Melaka dan tempoh tuntutan kembali itu memakan masa selama
111 tahun. Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika Sultan Mahmud dan pengikut-pengikut baginda
melakukan tidak lebih lima serangan ke atas orang Portugis di Melaka (1512,1516,1519,dan
1521).3 Usaha ini tidak berhenti pada tempoh ini sahaja, tetapi diteruskan oleh puteranya iaitu
Sultan Alaudin Riayat Syah. Antara serangan yang paling besar pernah dilakukan ialah pada
tahun 1551 yang mana baginda Berjaya mengepung kota Melaka selama tiga bulan. Bagi pihak
Portugis pula, meraka telah berjaya memerangi Sultan Mahamud dan tidak kurang dari sepuluh
kali iaitu dari tahun 1511 sehingga 1536. Namun usah ini di teruskan oleh Sultan Ali Jalla Abdul
Jalil Syah 11(1586, 1567, 1589). Tetapi kesudahannya mereka pula terpaksa meninggalkan
Melaka kerana ditewaskan oleh orang-orang Portugis. 4 Persaigan ini bertujuan untuk
mengembalikan kekuasan dalam politik dengan harapan Kesultanan sMelayu Melaka kembali
kepada warisan Johor.
Selain persaingan politik diantar Johor dan Portugis juga, Acheh juga telah muncul
sebagai persaigan baru dalam perebutan Melaka. bagi Acheh meraka mahukan perluaskan
pengaruhnya di Tanah Melayu. dan Nusantara. Dasar perluasan wilayah dan politik yang agresif
di bawah pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam pada tahun 1607-1613. Ini telah
menimbulkan persaingan dalampolitik antara Johor dan Acheh.

3
4

Ibid
Ibid, hlm.25.

Bagi Portugis persaingan dalam bidang politik meraka tidak berapa jelas dan bukan matlamat
Portugis. Pihak Portugis pula sentiasa memerangi orang melayu kerana ingin mengekalkan serta
mengukuhkan kedudukan mereka di sebuah pelabuhan yang menurut pandangan mereka sangat
mewah dan strategik.5 Portugis kepada 3G yang dibawa dari negara mereka. Menurut Andaya,
Portugis dikatakan lebih berminat kepada ekonomi dan bukannya faktor politik sahaja dan lebih
berminat untuk menguasai Selat Melaka dan guna tenaga untuk tawan Selat Melaka.

EKONOMI
Selain daripada persaingan dalam politik, terdapat juga persaingan dalam ekonomi. Dalam
persaingan ini, perlu dilihat juga kepada kepentingan Selat Melaka sebagai jalan terpenting dalam
hubungan perdagangan antara Timur dan Barat. Di samping itu juga, kedudukan Sungai Muda
yang dalam dan amat strategik kerana terlindung daripada ancaman dan angina kencang sehingga
boleh memusnahkan kapal-kapal yang dating di Melaka 6. Bagi Portugis persaingan ini
disebabkan oleh mereka mahukan perdagangan yang lebih luas di kawasan Timur, Portugis juga
mahukan barang mentah untuk memenuhi permintaan pasarana Eropah terutama dalam bidang
makanan dan perubatan. Harga rempah yang mahal biasanya mereka dapati dari pelabuhan
Venice dan Genoa, Itali, yang dibekalkan oleh pedagang Asia Barat. 7Bagi Johor, persaingan
dalam ekonomi dilihat dari segi kegemilangan Selat Melaka itu sendiri. Sebagai satu jalan
perdagangan yang mashyur. Bagi kerajaan Johor, mereka meneruskan kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka sebagai pusat perdagangan yang penting. Di sini, jelaslah Portugis bersaing untuk
ekonomi dan tidak begitu minat untuk vampur tangan dalam hal ehwal politik di Tanah Melayu.

AGAMA

Haji Buyong Adil, Sejarah Johor,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979,25
Universiti Kebangsaan Malaysia, Sejarah Malaysia 1400-1641,Pusat Pengajian Jarak Jauh, Bangi
Selangor, 1999.hlm.28.
7
Ibid,hlm.237.
6

Persaingan dalam agama lebih melibatkan antara Acheh dan Portugiskan. Persaingan timbul
daripada perbezaan agama antara Acheh dan Portugis. Bagi Acheh mereka lebih mementingkan
agama Islam dan menegakkkan Islam di Nusantara, dan Acheh juga dikenali sebagai pusat
penyebaran Islam. Keadaan ini sangat berbeza dengan Portugis yang bermatlamat menyebarkan
agama Kristian di Timur. Kerajaan Acheh menimbulkan isu agama Islam untuk bekerjasama
dengannya yang bertujuan mahu memperluaskan pengaruhnya. Acheh muncul sebagai pusat
perdagangan bagi orang Islam yang dating dari Gugusan Kepulauan Melayu,Asia Barat, India
dan juga Negara-negara dari rantau ini 8. Ini telah menimbulkan persaingan antara Acheh dan
Portugis.
Jika dilihat secara keseluruhannya, ketiga-tiga kuasa ini mampu menawan Selat Melaka.
Contohnya Portugis di tengah perairan Selat Melaka, Johor di Selatan Selat Melaka dan Acheh di
Sumatera Utara. Berdasarkan faktor inilah maka, timbullah persaingan antara ketiga-tiga ini
untuk mengekalkan dan memperluaskan pengaruh masing-masing.

Persaingan
Rententan Peristiwa Antara Johor dan Portugis
Pada tahun 1597, Raja Abdullah telah mengambil alih pentadbiran oleh Raja Mansur Syah
selepas kemangkatannya. Seterusnya pada tahun 1602, Raja Abdullah dan orang-orang besar
Johor telah bersahabat dengan orang-orang Belanda yang datang ke negeri Johor. 9 Oang-orang
Portugis di Melaka mendapat tahu perhubungan persahabat antara orang-orang Johor dengan
orang-orang Belanda. Jadi, orang-orang Portugis menasihati Sultan Alauddin Riayat Syah III
supaya jangan bersahabat dengan orang Belanda yang disifatkan sebagai pencuri. Namun
begitu, Sultan Alauddin tidak mengindahkan amaran orang-orang Portugis itu.

8
9

Ibid,hlm.262.
Haji Buyong, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur,1971,hlm.55.

Pada tahun 1604, angkatan Laut Portugis yang dipimpin oleh Panglima Perang Portugis
bernama Andre Furtada de Mendoca, telah datang memudiki Sungai Johor.10 Orang-orang
Portugis itu telah menduduki Johor Lma dan Kota Batu dan telah mula mengepung Batu Sanzar
tempat Sultan Johor bersemayam. Orang-orang Portugis yang datang ke negeri Johor itu
bercadang hendak menjadikan Kota Batu di Tanjung Batu kepunyaan orang Portugis. Tujuannya
adalah untuk menyekat orang-orang Melayu membuat hubungan berniaga dengan Belanda dan
juga untuk melawan orang-orang Belanda. Namun cadangan orang-orang Portugis itu tidak jadi
dilakukan oleh orang-orang Portugis.
Seterusnya, pada tahun 1606, Raja Abdullah dengan Admiral Matelief di atas kapal perang
Belanda bernama Oranje di hujung pelabuhan Melaka itu, mereka berunding kerana hendak
menyerang Bandar Melaka dalam perintah Portugis itu. 11 Selain itu, dalam pertemuan itu juga
Raja Abdullah meminta orang-orang Belanda menolong Johor memerangi Acheh. Raja Abdullah
dengan Admiral Matelief di akhir rundingan telah membuat perjanjian akan bantu-membantu
menyerang dan mengambil negeri Melaka dari tangan Portugis. Seterusnya, askar-askar Belanda
itu telah menyerang Kota Melaka dan serangan mereka ditentang dengan bersungguh-sungguh
oleh askar-askar Portugis tetap mempertahankan Kota Melaka walaupun terpaksa menanggung
derita. Oleh itu, orang-orang Portugis telah meminta bantuan daripada pihak Goa.

snya, pada bulan Ogos 1606, berita sebanyak empat belas buah kapal perang Portugis yang
besar dan sungguh kuat dari Goa telah sampai ke pelabuhan Melaka. Pada 17 0gos 1606,
berlakunya peperangan antara Portugis dan Belanda dengan sangat hebat. 12 Peperangan berlaku
selama seminggu antara Belanda dan Portugis dan kedua-duanya telah kehilangan dua buah kapal
10

Ibid, hlm.57

11

Ibid, hlm.58.
Ibid, hlm.61.

12

perang. Namun begitu. Banyak askar-askar Portugis telah terkorban di dalam peperangan tersebut
dan Belanda telah berjaya dalam peperangan tersebut.

Rententan Persaingan Johor Dengan Acheh


Persaingan antara Johor dengan Acheh telah bermula sejak abad ke-16 lagi. Namun ia semakin
sengit ketika abad ke-17 semasa Acheh diperintah oleh Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. Hal
ini kerana, pada zaman pemerintahannya, baginda giat menjalankan dasar penaklukan secara
besar-besaran terutamanya di sekitar Nusantara misalnya Aru, Kedah dan beberapa kawasan yang
lain. Raja Acheh ini giat melakukan perluasan kuasa adalah disebabkan untuk mencapai hasratnya
menguasai perdagangan di Selat Melaka dan menghalang pengaruh Barat di Negaranya kerana
bimbang status Acheh sebagai sebuah pusat penyebaran Islam sudah tidak dihormati lagi. Pada
awal tahun 1610, Johor telah dikatakan cuba berhubungan dengan Portugis di Melaka dan turut
bersahabat dengan Belanda. 13 Hal ini diketahui Acheh lalu Johor telah diserang Pemerintah Johor,
Sultan Alaudin Riayat Syah III telah ditawan dan telah dibawa ke Acheh.

Semasa di Acheh, Sultan Alaudin Riayat Syah III dilayan dengan baik begitu juga dengan
tawanan yang lain seperti Raja Abdullah sehinggakan beliau telah dikahwinkan dengan adik
Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam. 14 Pada 25 Ogos 1614, Sultan Alaudin Riayat Syah telah
dihantar pulang bersama seorang wakil Acheh. 15 Pada ketika itu juga wakil Belanda telah datang
melawat Johor seperti yang telah dijanjikan oleh Raja Abdullah dengan Admiral Pieter Verhoeff
dalam tahun 1609.16 Malangnya, Raja Abdullah tidak dapat menerimanya kerana pada ketika itu,
Johor di bawah naungan Acheh. Namun pada sekitar Oktober 1614, ada juga orang-orang
Belanda telah menjalankan perniagaan di Johor.
13

Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68.


AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855), Yayasan Warisan
Johor, hlm. 7.
15
Ibid,hlm. 7.
16
Haji Buyong, Sejarah Johor, hlm. 68
14

Disebabkan Belanda menjalankan aktiviti perniagaan di Johor, kerajaan Acheh mula berang
dengan tindakan Raja Abdullah yang membenarkan mereka masuk ke Johor. Oleh yang demikian
Sultan Acheh telah memanggil Raja Abdullah bagi membincangkan hal berkenaan. Namun pada
masa yang sama Sultan Alaudin telah membuat satu perjanjian dengan Portugis dan hal ini telah
diketahui oleh Acheh. Pada bulan November, kerajaan Acheh telah menyerang Johor. Namun,
Sultan Alaudin tidak dapat bertahan dan telah berundur ke Seluyut dan dapat ditawan oleh askaraskar kerajaan Acheh.17 Baginda kemudiannya dibawa ke Acheh dan telah dihukum bunuh.

Selepas kemangkatan Sultan Alaudin Riayat Syah III, Raja Abdullah telah dilantik oleh
Sultan Acheh sebagai Sultan Johor. Hal ini kerana , Sultan Acheh mempercayai Raja Abdullah di
samping mempunyai hubungan sebagai suami adiknya. Pada tahun 1617, Johor sekali lagi telah
membangkitkan kemarahan Sultan Acheh di mana Johor telah berbaik-baik dengan Portugis bagi
mengistiharkan Raja Bujang sebagai Sultan Pahang. Oleh itu, satu angkatan perang dihantar dan
serangan ini telah memusnahkan daerah Pahang. Hal ini telah membuatkan Raja Abdullah tidak
suka untuk berbaik-baik dengan Acheh kerana dianggap sebagai negeri takluknya. Baginda pun
menceraikan adik Sultan Acheh dan menghantarnya pulang ke Acheh semula.

Pada tahun 1618, Sultan Abdullah telah memindahkan pusat pemerintahannya dari Batu
Sawar ke Pulau Lingga kerana bimbang terhadap keselamatan Batu Sawar kerana sering menjadi
tumpuan serangan dari Acheh.18 Di sini, Baginda telah menjalinkan hubungan perdagangan
dengan beberapa kawasan termasuklah Melaka (Portugis) dengan mengenakan bayaran cukai
tertentu. Hal ini dilakukan kerana Sultan Abdullah ingin mengukuhkan ekonominya dan
memudahkan baginda untuk menstruktur pentadbiran di Pulau Lingga. Namun setelah lima tahun
baginda berkerajaan di situ, Acheh sekali lagi menyerang pusat pemerintahan tersebut kerana
17

Ibid, hlm. 73.


AF YASMIN dan Zam Ismail, Sejarah Adat-Istiadat Kesultanan Johor (1529-1855),2002, Yayasan
Warisan Johor, hlm. 8.
18

10

Sultan Acheh berasa terhina dengan penceraian adiknya. Serangan ini telah menyebabkan Sultan
Abdullah dan keluarganya terpaksa berpindah. Tidak beberapa lama selepas itu, Sultan Abdullah
mangkat dan digantikan oleh Raja Bujang dengan gelaran Sultan Abdul Jalil Shah III. Perlantikan
Sultan Abdul Jalil ini tidak dapat diperjelaskan mengapa baginda dipilih sedangkan Sultan
Abdullah memiliki puteranya sendiri.19
Semasa pemerintahan Sultan Abdul Jalil, baginda tidak berani datang ke Tanah Besar dan
menyebabkan ramai rakyat Johor telah diusir oleh Acheh. Namun hal ini bukanlah menunujukkan
kelemahan baginda. Dikatakan semasa pemerintahan baginda, hubungan Johor dengan Belanda
adalah baik.20

Pada 27 Disember 1636, Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam mangkat dan digantikan oleh
Raja Ahmad yang berasal dari Pahang. Ini menyebabkan Pahang telah berhubungan baik dengan
Acheh. Pada tahun 1637 Sultan Abdul Jalil membuat perjanjian dengan Belanda untuk melawan
Portugis. Disebabkan Sultan Abdul Jalil tidak suka Pahang berhubung baik dengan Acheh,
baginda telah berpakat dengan Belanda menyerang Pahang. Hal ini kerana Sultan Abdul Jalil
merasakan bahawa Pahang merupakan naunganya kerana baginda pernah memerintah Pahang.
Disebabkan tindakannya itu, ramailah rakyat Pahang terseksa. Peristiwa ini telah diketahui oleh
Raja Ahmad dan baginda telah membuat bantahan kepada Belanda kerana berhubung dengan
Johor. Acheh tidak akan membantu Belanda dalam membuat serangan ke atas Portugis. Walaupun
tanpa bantuan Acheh, Belanda berjaya menawan Melaka. Pada 15 Februari 1641, Sultan Iskandar
Thani, (Raja Ahmad) telah mangkat.
Setelah Belanda menawan Melaka, hubungannya dengan Johor bertambah erat. Acheh pula telah
menerima Pemerintah wanita iaitu isteri Sultan Iskandar Thani yang menggunakan gelaran Puteri
Seri Alam Safiatuddin Shah. Memandangkan pemerintahan di Acheh ini tidak sehebat zaman

19
20

Ibid.
Ibid.

11

Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam dahulu, Johor sudah tidak lagi bimbang dengan ancaman
Acheh malah rasa terbela dengan hubungan baiknya dengan Belanda. Oleh yang demikian,
Belanda telah berusaha mendamaikan permusuhan antara Johor-Acheh yang berlaku sejak sekian
lama.21

STRATEGI
Pada zaman pemerintahan Raja Mansur yang bergelar Sultan Alauddin Riayat Syah III
berlakunya peperangan antara Portugis dan Johor. Sultan Alauddin Riayat Syah merupakan abang
kepada Raja Abdullah. Namun, selepas kematian Sultan Alauddin Riayat Syah III, adiknya Raja
Abdullah telah mengambil pemerintahan tersebut yang bergelar Raja Bongsu, Raja di Hilir dan
Yang Dipertuan Hilir. Pada tahun 1602, kerajaan Belanda telah menjadikan Johor sebagai sebuah
negeri di bawah taklukannya. Namun, pada tahun 1605, kerajaan Portugis di bawah pimpinan
Andre Furtado de Mendoca telah mencuba untuk membuat serangan ke atas ke atas Batu Sawar.
Walau bagaimanapun, serangan tersebut tidak dapat dilancarkan kerana campur tangan dari
Belanda.22
Sultan Abdullah telah berpindah ke Lingga dan mendirikan sebuah kota di sana. Setelah lebih
lima tahun berada di sana, pada awal tahun 1623 Sultan Iskandar Muda Acheh telah menghantar
angkatan perangnya untuk menyerang kerajaan Johor di Lingga. 23
Oleh keranan desakan daripada Belanda tahun 1685, Paduka Raja Tun Abdul Jamil telah
membuat perjanjian dengan orang-orang Belanda. Orang-orang Belanda yang menginginkan bijih
timah yang terdapat di Siak iaitu sebuah daerah takluk Johor. Surat perjanjian tersebut turut telah
ditandatangani oleh orang-orang besar Johor yang lain. 24

21

Ibid.
Haji Buyong Adil, Sejarah Johor, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, hlm 56-57.
23
Ibid., hlm 73-74.
24
Ibid., hlm 92.
22

12

Pada 11 April 1689, Bendahara Tun Habib Abdul Majid telah mewakili pihak Johor dalam suatu
perjanjian baru yang ditandatangani dengan pihak Belanda.

PERJANJIAN
Raja Abdullah telah mengadakan pertemuan dengan Admiral Matelief di atas kapal perang
Belanda yang bernama Oranje. Perbincangan berkisar kepada teknik untuk menyerang Melaka
yang di bawah penguasaan Portugis. Perjanjian tersebut telah ditandatangani pada 17 Mei 1606
dan telah menetapkan waktu untuk melakukan serangan ke atas Melaka. 25

Setelah kemangkatan Sultan Abdullah Maayat Syah, Laksamana Tun Abdul Jamil telah
mengambil kuasa bendahara dengan melantikkan Raja Bujang menjadi Sultan Johor yang
bergelar Sultan Abdul Jalil Shah III. Pemerintah tersebut telah membuat satu perjanjian dengan
orang Belanda untuk melawan Portugis di Melaka. Manakala pihak Belanda pula cuba menolong
Sultan Abdul Jalil III untuk membina sebuah kota yang kuat di Batu Sawar.26
Sebagai ganjaran kepada Johor menawan Melaka, Belanda telah memberi hadiah berupa
perlindungan daripada ancaman Portugis dan Acheh. Di samping itu, hubungan persahabatan
Johor dengan Belanda menjadi semakin baik. Laksamana Tun Abdul Jamil telah menerima
banyak hadiah daripada Belanda kerana bantuan yang dihulurkan untuk menakluk Johor.27

Sultan Johor dan orang besar baginda telah berkeinginan untuk bersahabat dengan orangorang Portugis. Namun, seorang putera baginda telah berkahwin dengan sepupunya iaitu puteri
Raja Siak. Keluarga tersebut bersahabat baik dengan orang-orang Portugis. Raja Abdullah tidak
suka bersahabat dengan Portugis. Seorang pegawai Portugis yang bernama Jao Lopez d
Amoreira iaitu pemerintah di Melaka telah membuat perjanjian damai dengan Sultan Johor.
25

Ibid., hlm 58.


Ibid., hlm 76.
27
Ibid., hlm 78.
26

13

Selepas peristiwa tersebut Johor dengan Portugis telah berdamai. Namun, Sultan Johor iaitu Raja
Abdullah tetap melindungi Belanda untuk kepentingan Belanda di negeri Johor.28

KESAN -KESAN
Persaingan diantara Johor dengan Portugis dan Aheh pada kurun ke-17 telah menimbulkan
beberapa kesan. Pada tahun 1641, Belanda telah mengukuhkan kedudukannya di Melaka dan
seterusnya menggunakan sistem Portugis dalam memunggut cukai dan menggunakan pas
kebenaran. Johor telah membuat perjanjian dengan Belanda. Perjanjian ini memainkan peranan
penting bagi Johor untuk mengusir dan membatasi kegitan Acheh dan Portugis. Melalui sistem
perjanjian ini Belanda-Johor ini, Johor telah memperolehi peluang untuk mendapatkan semula
kedudukannya untuk berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu. 29

Selain itu, Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah
membolehkan keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera. Selain itu juga,
Pemerintah, Bendahara dan Orang kaya Johor telah diberikan keistimewaan untuk berniaga di
Melaka malahan telah dianugerahkan pas kebenaran istemewa kerana sebagai balasan atas
peranan mereka ini dalam perang menakluki Melaka yang dikuasai oleh Portugis pada tahun
1641.30 Selain itu juga, perdagangan di Melaka telah mula merosot, namun Kerajaan Johor telah
berjaya menghidupkan kembali ekonomi entrepot dalam waktu yang singkat. Perlabuhan Riau
yang terletak di persimpangan lalu lintas Maritim yang merupakan kedudukan yang strategik dan
suasana yang baik telah merupakan tarikan utama kewujudan perdagangan entrepot sesuatu masa
dahulu. Johor telah mengembalikan kebudayaan melayu Islam dengan merebut kembali kerjaan
yang baru. Riau telah dijadikan pusat Islam yang penting. Keadaan ini telah membolehkan ramai
28

Ibid., hlm 65.


Leonard Y Andaya, Terjemahan Shamsuddin Jaafar, Kerajaan Johor 1641- 1728 Pembangunan Ekonomi
dan Politik, Dewan Bahasa dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia 1987 Kuala Lumpur , cetakan 1,
hlm 75.
30
Ibid, hlm 77.
29

14

ulama yang datang dari Gujerat serta dunia Arab datang untuk berhimpun di Riau bagi
mentafsirkan pengajaran Islam kepada penganutnya. 31

Di samping itu, berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah Barat telah
mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam kepada pemimpin barat.
Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi mempunyai kuasa
autoriti dalam menjalankan pentadbiran malahan mereka terpaksa mengikuti lunas-lunas
perlembagaan sebuah negara demokrasi. Kejatuhan Melaka menyebabkan berlakunya kebangktan
empayar lain di sekitar Kepulauan Melayu seperti Empayar Johor, Acheh, Sulu, Brunei. Melaka
tidak mampu mengulangi semula zaman kegemilangannya akibat penjajahan dan pengaruh kuat
Barat yang sering kali berganti dan terpaksa berhadapan dengan perubahan yang dialami oelh
seluruh corak pentadbiran.32Pengaruh Kristian, merupakan agama yang dianuti oleh orang
Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas dan perhubungan
mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu. Agama Islam telah
berkembang dengan pesat di Melaka dan jajahan takluknya. Keadaan ini telah dipersetujui oleh
N.J Reyan yang menyatakan: Inilah julung kali Islam menjadi agama yang dianuti oleh raja,
Baginda bukan sahaja seorang ketua politik, agama dan negara malah kumpulan yang paling
berpengaruh di istana juag terdiri daripada orang-orang Islam( N.F,Ryan, 1976 ).

Walaubagaimanapun, selepas kejatuhan Melka pedagang Islam tidak meyenangi


kehadiran Portugis di Melaka, maka mereka telah beralih ke perlabuhan-pelabuhan lain seperti
Acheh, Sulu, Brunei, Maluku, Betawi dan lain-lain lagi. Acheh telah muncul sebagai sebuah
kerajaan Islam yang terkuat bagi mengantikan Melaka, Sehingga Acheh telah digelarkan sebagai
31

Barbara Waston Andaya dan Leornard Y andaya, Sejarah Malaysia, Macmillan Publishers (M) sdn Bhd.
1983, Kuala Lumpur, hlm 91.
32

Afifah Abu Yasid, Pengajian Tamadun Asia Edisi Ke -2, PTS Publications & Distrubutors Sdn Bhd,
2003, Kuala Lumpur, hlm 76.

15

Serambi Mekah kerana telah menjadi tumpuan sarjana Islam dari pelusuk dunia. Keadaan ini
menunjukkan penjajah hanya berjaya dari segi pembaratan dari aspek kehidupan manakala
ketinngian Islam msaih tetap terpelihara dalam kalangan masyarakat Melayu. 33

Kesimpulan
Dalam perbincangan ini dapat disimpulkan bahawa terdapat banyak kesan-kesan daripada
persaingan diantara Johor dengan Portugis dan diantara Johor dengan Acheh. Peperangan diantar
Portugis dengan Acheh dan Johor telah menyebabkan empayar Melaka sebagai sebuah pelabuhan
entreport telah merosot denagn teruknya. Selain itu, Pengaruh Kristian, merupakan agama yang
dianuti oleh orang Portugis tidak dapat disebarkan secara meluas. Hal ini disebabkan sikap ganas
dan perhubungan mereka yang terbatas dengan bahagian-bahagian lain di Tanah Melayu.

Kesan daripada itu juga telah berlakunya perubahan di dalam sistem politik, penjajah
Barat telah mengurangkan kuasa politik dan pemerintahan daripada pemimpin Islam kepada
pemimpin barat. Penguasa- penguasa tradisional hanya sebagai boneka. Sultan tidak lagi
mempunyai kuasa penuh Johor juga telah mengadakan perjanjian dengan Belanda. Melalui sistem
perjanjian diantara Belanda-Johor ini, Johor telah memperolehi peluang untuk mendapatkan
semula kedudukannya untuk berkuasa dalam bidang ekonomi dan politik utama di alam Melayu.
Selain itu, Belanda turut memberikan Johor jaminan dan perkhimatan yang telah membolehkan
keadaan politik dan ekonomi Johor pulih dengan segera.

33

Ibid, hlm 78-79.

16

17

You might also like