You are on page 1of 4

3.

0 Statistik Kempen Kitar Semula


Masalah pengurusan sisa sudah semakin kritikal berikutan kesan buruk terhadap alam sekitar.
Usaha membudayakan amalan kitar semula dalam kalangan masyarakat di Malaysia masih lagi berada
pada tahap yang rendah. Buktinya, hasil kajian terbaru Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan
Pembersihan Awam (PPSPPA) menurut laman web rasmi Institut Kefahaman Islam Malaysia,
mendapati bahawa peratusan rakyat di negara ini mempunyai kesedaran untuk melakukan kitar semula
surat khabar masih lagi pada tahap yang tidak memberangsangkan iaitu hanya sebanyak 40 hingga 45
peratus sahaja.
Masalah jumlah sampah yang semakin bertambah muncul apabila jumlah penduduk yang semakin
meningkat di samping penawaran pelbagai jenis produk di pasaran yang kebanyakannya menggunakan
pelbagai bahan seperti plastik dan kertas sebagai medium pembalut kepada bahan tersebut. Situasi ini
diburukkan lagi dengan sikap masyarakat yang sambil lewa dan tidak prihatin dengan alam sekitar.
Kebanyakan sisa pepejal yang dihasilkan Malaysia diuruskan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
Salah satu langkah yang diambil oleh PBT untuk mengurangkan jumlah sampah di samping
menjimatkan ekonomi adalah kitar semula. Walaupun pelbagai program kitar semula dijalankan,
namun kebanyakan program yang dijalankan tidak mencapai matlamat yang diharapkan. Kitar semula
penting kerana kebanyakan pusat pengumpulan sampah di Malaysia telah dipenuhi dan terdapat
sesetengahnya telah ditutup. Oleh itu, untuk mengurangkan kesan buruk tersebut, penglibatan
masyarakat perlu dilaksanakan.

BIL

PIHAK
BERKUASA
TEMPATAN
Majlis Daerah
Tanjong Malim

TAPAK PELUPUSAN SEDIADA


Kg Penderas Slim Village
-Luas tapak 7 ekar
-Kapasiti 70 - 80 tan sehari
-Kaedah Open Dumping
-Cadangan- Penutupan selamat
-Tapak tersebut merupakan salah satu
tapak pelupusan yang diarahkan tutup
oleh KPKT
- Mula Operasi 1995
-Jangka hayat12 tahun

TAPAK
PELUPUSAN
BARU
Tiada

TAPAK NAIK
TARAF
Tiada

Sumber: Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) - Senarai Dan Butir-butir Berkenaan Tapak
Pelupusan Sisa Pepejal Sedia ada, Tapak Pelupusan Baru Dan Tapak Pelupusan Naik taraf Serta
Tapak Pelupusan Yang Telah Penuh, Pihak Berkuasa Tempatan,

5.0 Isu Pencemaran Di Tanjong Malim


Tiga jenis pencemaran yang berlaku di kawasan kajian, iaitu pencemaran udara, pencemaran sampah
dan bunyi. Udara tercemar akibat pengeluaran asap dari kenderaan dan pembakaran secara terbuka.
Pencemaran sampah pula akibat pengunjung-pengunjung di kedai makan kerana mereka membuang
sampah sarap di merata tempat. Manakala pencemaran bunyi pula sentiasa terjadi disebabkan
kenderaan, penggunaan media elektronik, dan binatang peliharaan.
Melihat kepada aspek pembuangan sampah di Tanjong Malim adalah agak merimaskan. Walaupun
banyak kempen kitar semula telah dijalankan, kaedah yang sesuai dalam proses pembuangan sampah
pula tidak digunakan oleh penduduk di kawasan kajian. Ramai yang mengisi sampah di dalam karung
plastik dan menggantungkannya di atas pagar atau pun meletakannya di tepi jalan raya. Perkara ini
memberi dorongan kepada binatang peliharaan menyelongkar sampah tersebut. Masalah ini bertambah
serius apabila pihak Majlis Daerah tidak mengutip sampah mengikut jadual. Sekiranya masalah ini
dibiarkan berterusan, ia akan menjadi tempat hinggapan lalat membawa kepada penyebaran penyakit
taun. Berbanding dengan negara Indonesia pihak berkuasa di sana menyediakan tong sampah untuk
setiap keluarga yang menghuni rumah.
Sikap penduduk yang suka membuang sampah sarap di merata-rata tempat sehinggalah ada yang
terjatuh ke dalam longkang. Ini menyebabkan air longkang di kawasan kajian selalunya tersumbat
apabila hujan turun. Kesalahan itu harus ditanggung oleh pihak penguatkuasa Majlis Daerah Tanjong
Malim yang kurang memberi perhatian terhadap pembersihan longkang Faktor-faktor tersebut
mendorong kepada pembiakan nyamuk dan bau busuk di taman ini. Sekiranya masalah ini tidak
diatasi, pada suatu masa nanti akan juga berlakunya banjir kilat yang boleh membahayakan penduduk
sewaktu hujan lebat.

6.0 Langkah-langkah Mengurangkan Pencemaran Terhadap Alam Sekitar


a) Kempen berterusan
Pihak yang berkenaan seperti pihak perbandaran MDTM, agensi alam sekitar seperti Jabatan Alam
Sekitar (JAS), Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Alam Flora Sdn. Bhd dan Kerajaan
Kementerian Kesihatan perlu mengadakan kempen kesedaran betapa pentingnya alam sekitar kepada
kita. Mereka juga perlu memberitahu kepada pengguna kenderaan supaya berkongsi kereta atau pun
menggunakan pengangkutan awam ke tempat yang mereka ingin pergi. Pihak yang berkenaan juga
perlu memberitahu kepada supaya penduduk selalu bergotong-royong dari semasa dari semasa.
Kempen yang dilakukan haruslah sentiasa berterusan kerana hal ini amat penting bagi memastikan
pengguna dan peniaga sentiasa mengambil cakna akan hal ehwal alam sekitar dan kepentingannya.
b) Kerjasama masyarakat
Masyarakat perlu lebih prihatin melibatkan isu alam sekitar. Hal ini adalah amat penting kerana
kerjasama yang diberikan oleh penduduk dalam setiap perkara yang membawa kepada kebaikan
persekitaran Tanjong Malim akan membawa manfaat kepada penduduk itu sendiri. Pelbagai
kemungkinan buruk dan bencana alam dapat dielakkan dengan kesedaran dan sensitiviti penduduk
terhadap kepentingan penjagaan alam melalui kitar semula.
c) Kitar semula
Selain itu, kitar semula juga membantu mengurangkan bahan-bahan buangan. Penduduk tanjung
malim perlu lebih peka terhadap isu kitar semula dengan menggunakan alternatif yang telah diberikan
bagi mengelak ketidakseimbangan ekosistem alam. Tambahan pula hal ini secara tidak langsung dapat
mengelak lebih banyak tapak pelupusan sampah baharu yang akan di buka. Hal ini adalah tidak
mustahil jika pembuangan sampah di Tanjong Malim mencecah 70-80 tan sehari dapat dikurangkan
dengan kitar semula. Hal ini demikian kerana kitar semula membawa kepada penggunaan ke tahap
maksimum barangan dan melalui kaedah guna barangan yang tidak diperlukan.

You might also like