You are on page 1of 23

KEMPEN KITAR SEMULA DALAM KALANGAN MASYARAKAT :

KAJIAN KES DI KOTA KINABALU


1.0 Pengenalan
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan
yang baru. Kitar semula dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan
bahan mentah baru, mengurangkan penggunaan tenaga, pencemaran udara (dari
pembakaran), dan pencemaran air (dari tapak perlupusan) dan mengurangkan pengeluaran
gas rumah hijau berbanding penghasilan barang baru dari bahan mentah. Kitar semula adalah
komponen utama bagi pengurusan bahan buangan moden dan komponen ketiga bagi
"pengurangan pembaziran, guna semula, kitar semula dan hirarki buangan". Kitar semula
merupakan salah satu langkah yang dapat diambil untuk mengurangkan jumlah sampah.
Masalah sampah yang semakin bertambah menyebabkan banyak kawasan pelupusan sampah
dibuka. Di Malaysia, kebanyakan sisa pepejal akan dihantar ke kawasan tapak pelupusan
sampah atau ke pusat insinerator (pembakaran). Terdapat 290 buah tapak pelupusan sisa
pepejal di Malaysia dan 23 daripada jumlah tersebut merupakan tapak pelupusan sisa pepejal
di Sabah yang dikawal selia di bawah pihak berkuasa tempatan setiap daerah.
Tanggungjawab bagi pengutipan sisa, pengalihan, dan pelupusan terletak pada setiap Majlis
Daerah di kawasan masing-masing. Penduduk di kawasan tanpa kadar dan penempatan yang
tidak rasmi yang tidak diliputi oleh perkhidmatan pengutipan sisa rasmi, mengambil jalan
keluar dengan membakar dan membuang sisa di kawasan tanah terbuka berdekatan serta
melupuskan sisa ke dalam sungai dan laut. Sebanyak 14 daripada 22 tapak pelupusan sampah
di Sabah dikenalpasti tidak sesuai untuk dijadikan tempat pelupusan sisa pepejal 64%.
Disebabkan tapak pelupusan ini terletak di kawasan paya (5 kawasan), lembah dan curaman
(8 kawasan) atau teres (2 kawasan) atau disebabkan terdapat pembangunan di kawasan
sekitarnya. Tujuh kawasan di kenal pasti agak sesuai lokasinya iaitu, di Beluran,
Kinabatangan, Kota Belud, Kunak, Nabawan, Sandakan dan Sipitang. Sementara hanya satu
kawasan sahaja yang sesuai iaitu di Kayu Madang, Kota kinabalu (Environment Protection
Deparment, 2002). Ketika ini purata 238 tan sampah dihantar ke Kayu Madang (Foto 1)
setiap hari. Pada tahun 1995, apabila kawasan tersebut dinilai semula, diramalkan kawasan
tersebut boleh menampung sehingga tahun 2010. Namun, peningkatan sisa pepejal pada
masa kini dianggarkan akan tepu 3 tahun lebih awal. (Kong, 2003)

Foto 1: Kawasan pelupusan sampah Kayu Madang.




Komposisi Ahli Majlis Kerajaan Tempatan (DBKK)

2.0 Latar Belakang Kajian
Dunia sekarang menghadapi masalah pencemaran persekitaran yang rumit. Tidak terkecuali
Malaysia yang kini merupakan negara membangun juga mengalami masalah pencemaran
persekitaran khususnya masalah sampah atau sisa pepejal. Bahan buangan pepejal domestik
merupakan masalah utama yang dihadapi oleh Majlis Perbandaran di kawasan jajahannya.
Kadar penghasilan sampah bagi setiap individu di bandar adalah sekurang-kurangnya 1.5
kilogram setiap hari berbanding kawasan luar bandar sebanyak 0.8 kilogram. Berdasarkan
statistik ini, bandar-bandar besar di dalam negara menghasilkan sekurag-kurangnya 18 000
tan metrik sampah sehari. Menurut kenyataan Timbalan Ketua Pengarah Korporat DBKK,
Bahari Hj. Hassan, Pihak Kerajaan Tempatan (PBT) di Sabah membelanjakan hampir 40
peratus sumber kewangan PBT untuk memungut dan melupuskan sampah (Zaini Ujang,
2009). Jumlah sampah ini akan meningkat dari semasa ke semasa bergantung kepada jumlah
penggunaan masyarakat di samping sikap mesyarakat itu sendiri. Situasi ini diburukkan lagi
dengan bilangan tempat pelupusan sampah yang terhad berbanding dengan jumlah sampah
yang semakin meningkat. Salah satu jalan penyelesaian yang diambil oleh pihak Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT) adalah program kitar semula. Namun, program ini tidak mencapai
matlamat yang diinginkan.
Sektor swasta seperti GNC telah dilantik oleh DBKK untuk mengumpul bahan kitar
semula dari tong sampah kitar semula, tapak pelupusan sampah, pusat beli belah dan pejabat
di kawasan kk. Namun pihak PBT tidak dapat mengelak daripada beberapa isu dalam
masalah sisa pepejal di Sabah seperti tapak pelupusan sampah yang memerlukan kawasan yg
luas. Selain itu, masalah wujud apabila kawasan tapak pelupusan sampah tidak diurus dgn
betul dan tempoh hayat tapak pelupusan yg semakin singkat. Apa yang pasti kempen kitar
semula perlu PBT jalan kerana kurangnya kesedaran dari masyarakat. Selain itu, bahan yg
dikitar semula lebih mahal berbanding bahan daripada sumber asal serta kekurangan tong
sampah kitar semula juga mendorong kepada kegagalan kempen kitar semula yang
diusahakan oleh PBT setempat iaitu DBKK.
Pengurusan sampah oleh DBKK
Pengurusan kebersihan dan pengangkutan sampah di seluruh bandaraya Kota Kinabalu
dikendalikan oleh Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Bandar, salah satu jabatan di bawah
struktur organisasi DBKK. Jabatan ini mempunyai unit sisa pepejal di bawah pentadbirannya
untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan sampah dikendalikan dengan teratur dan
sistematik. Unit sisa pepejal mempunyai seramai 225 anggota yang bertanggungjawab untuk
mengangkut sampah dari semua kawasan yang telah dikadarkan di dalam bandaraya Kota
Kinabalu. Unit ini dilengkapi dengan 20 buah lori pemampat yang mempunyai muatan 16 m3
setiap satu. Lori pemampat yang ada ketika ini merupakan lori yang telah dibeli sejak awal
tahun 2004.
Perkhidmatan Pengutipan Sisa Sampah Kota Kinabalu
1. Kerja-kerja pengutipan sisa industri hendaklah diuruskan sendiri oleh pengusaha industri
berkenaan.
2. Perkhidmatan dari Dewan Bandaraya Kota Kinabalu boleh diperolehi dengan dikenakan
caj (RM120/trip)
3. Pengusaha-pengusaha industri boleh melantik mana-mana kontraktor sampah sendiri.
Kontraktor-kontraktor berkenaan hendaklah mempunyai pengalaman dan peralatan serta
kenderaan yang sesuai bagi pengangkutan dan pembuangan sisa industri.
4. Semua sisa industri kecuali Sisa Terjadual (Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974) hendaklah
dilupus di Tapak Pelupusan Sampah di Kayu Madang, Telipok
Syarat pelupusan sisa di tapak pelupusan di Sabah
1. Kebenaran atau permit bagi pembuangan sisa industri boleh diperolehi dengan membuat
permohonan melalui surat rasmi di pejabat Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan
Bandaraya, Tingkat 7, Bangunan Center Point, Kota Kinabalu.
2. Permohonan mestilah dibuat 2 minggu sebelum sisa dilupus.
3. Pelupusan hendaklah dibuat antara pukul 8.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.
4. Sebarang pembakaran sisa secara terbuka adalah dilarang.
5. Mematuhi semua arahan pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang berugas di
Tapak Pelupusan.
6. Pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berhak memeriksa sebarang
kenderaan yang masuk ke Tapak Pelupusan Sampah.



3.0 Objektif kajian
Terdapat pelbagai cabaran dalam program kitar semula di Kota Kinabalu. Kebanyakan
program yang dijalankan hanya pada peringkat institusi pendidikan dan kadang-kadang
melibatkan kawasan kediaman yang berdekatan. Program ini masih belum dijalankan secara
besar-besaran yang melibatkan banyak pihak berganding bahu bagi menjayakan program
kitar semula ini. Objektif kajian ini adalah untuk
(i) Mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk.
(ii) Mengetahui kaitan antara gaya hidup dan amalan kitar semula.
(iii) Mengenal pasti punca kurangkan kadar keterlibatan masyarakat dalam program
kitar semula.
(iv) Mencadangkan langkah-langkah yang dapat diambil untuk meningkatkan kadar
keterlibatan masyarakat dalam program kitar semula.
4.0 Pernyataan masalah (Persoalan kajian)
Masalah jumlah sampah yang semakin bertambah muncul apabila jumlah penduduk yang
semakin meningkat di samping penawaran pelbagai jenis produk di pasaran yang
kebanyakannya menggunakan pelbagai bahan seperti plastik dan kertas sebagai medium
pembalut kepada bahan tersebut seperti yang dinyatakan pada Jadual 1. Situasi ini
diburukkan lagi dengan sikap mesyarakat yang sambil lewa dan tidak prihatin dengan alam
sekitar. Kebanyakan sisa pepejal yang dihasilkan di Malaysia diuruskan oleh Pihak Berkuasa
Tempatan (PBT). Salah satu langkah yang diambil oleh PBT untuk mengurangkan jumlah
sampah di samping menjimatkan ekonomi adalah kitar semula. Walaupun pelbagai program
kitar semula dijalankan, namun kebanyakan program yang dijalankan tidak mencapai
matlamat yang diharapkan. Justeru, kajian ini dijalankan bagi melihat kelemahan yang timbul
di samping cuba mencari jalan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai
kepentingan kitar semula. Kitar semula penting kerana kebanyakan pusat pengumpulan
sampah di Malaysia telah dipenuhi dan terdapat sesetengahnya telah ditutup.
Jadual 1 : Jumlah sisa buangan pepejal dalam peratus yang dihasilkan oleh masyarakat
Malaysia pada tahun 2012.
Komposisi sampah Jumlah sampah (%)
Sisa makanan 54
Surat khabar
Kepo
4
Kepingan plastik 12
Kaca 2
Kertas 9
Bahan bukan organik 6
Bahan boleh bakar 4
Bahan tidak boleh bakar 6
Besi 3
Jumlah 100

Sumber : http://www.efka.utm.my
Jadual 2 menunjukkan data jumlah kutipan daripada tong kitar semula yang terdapat
dibeberapa tempat di sekitar Kota Kinabalu pada tahun 2010. Jumlah kutipan yang telah
dipungutkan oleh GNC Recyle hanya dari sekitar kawasan beberapa tempat sahaja.

Tempat Kutipan Jumlah (kg)
Institusi 15, 440
Komuniti 29,000
Sekolah 12,000
JUMLAH 56,440
Sumber daripada: GNC Recyle Sabah.
Cabaran
Reka bentuk tapak pelupusan sisa yang tidak kemas diikuti pula dengan kekurangan prosedur
pengendalian dan penyelenggaraan akan menyebabkan kualiti hidup yang kurang
memuaskan disebabkan oleh kesan persekitaran yang kurang baik. Pencemaran laluan air
semula jadi, air dalam tanah, persekitaran marin dan udara merupakan sebahagian daripada
kesan sampingan yang terhasil. Tambahan pula, kawasan pelupusan yang tidak dipulihkan
secara teratur menyakitkan pandangan dan menjadi isu kesihatan bagi rakyat tempatan dan
pelancong. Cabaran utama termasuk kurang kesedaran mengenai perlunya pengurusan sisa
pepejal yang lebih baik (3R Reuse, Recycle, Reduce atau Guna Semula, Kitar Semula,
Kurangkan) serta kekurangan kepakaran dalam rawatan sisa pepejal yang berkesan.
Projek yang Dirancang atau Dicadangkan
Program semasa yang sudah siap diatur termasuk Kemudahan Pemulihan Bahan (MRF)
pertama bagi sistem pembuangan tambah tanah (landfills) di Malaysia. Sebelum ini, 100%
daripada sisa domestik yang dipungut oleh DBKK akan dibuang di lokasi pembuangan
tambahan tanah. Dengan sistem baru ini, syarikat mula memulihkan sesetengah sisa yang
boleh dikitar semula. Sisa organik dipulihkan dan ditukar menjadi kompos. Mereka telah
mendapati bahawa hampir 70-75% daripada sisa buangan boleh dipulihkan. Manfaat yang
diperoleh, termasuk pengurangan dalam bahan larut lesap, kenaikan dalam jangka hayat
tapak pembuangan tambah tanah dan manfaat yang paling besar yang diperoleh ialah sistem
ini mesra alam. Sistem MRF berharga RM14 juta.
5.0 Kepentingan Kajian
Kajian ini penting untuk mengetahui amalan kitar semula di kalangan penduduk di Kota
Kinabalu. Walaupun terdapat banyak masalah yang timbul akibat daripada pengurusan
sampah yang tidak efisyen, namun pihak masyarakat setempat seakan tidak mengambil
peduli mengenai masalah ini. Kebanyakan masyarakat juga mengambil sikap tidak endah dan
hanya menyerahkan masalah sampah dan pengurusannya kepada pihak kerajaan tempatan
untuk menguruskannya.
Walaupun program kitar semula ini telah 18 tahun dilancarkan iaitu pada tahun 1993,
namun matlamat sebenar program ini masih belum tercapai. Program ini dilancarkan oleh
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) untuk meminimumkan masalah
sampah yang semakin bertambah. Program ini dilakukan secara besar-besaran merangkumi
semua negeri di Malaysia. Program kitar semula yang seterusnya dijalankan pada tahun 2000
dan secara purata hasilnya tetap sama. Dalam hal ini, sikap masyarakat merupakan faktor
utama kegagalan program kitar semula. Hal ini demikian kerana masyarakat Malaysia tidak
menjadikan kitar semula sebagai sebahagian daripada hidup atau tabiat mereka (Mohd Hairy
Ibrahim et al., 2006).
6.0 Metodologi Kajian
Seterusnya, bahagian ini akan membincangkan kaedah kajian yang bakal digunakan oleh
pengkaji bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan kajian yang dilakukan. Metodologi
juga merangkumi model teoretis yang akan digunakan oleh pengkaji dalam melakukan
penyelidikan.
a) Kawasan kajian
Kajian ini dilakukan di kawasan Kota Kinabalu yang merupakan salah sebuah bandar yang
terdapat di Sabah. Kegiatan ekonomi ini merujuk kepada industri automobil, perladangan dan
perkilangan dan pelancongan. Perkembangan ini juga banyak menyumbang kepada pelbagai
sektor ekonomi yang dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat sekitar kerana terdapatnya
permintaan yang tinggi daripada pelajar dan pekerja sekitar. Situasi ini dapat diperhatikan
apabila pelbagai kemudahan perniagaan disediakan seperti bangunan perniagaan dan pasar
raya. Pengkaji memilih kawasan Kota Kinabalu kerana ingin melihat amalan kitar semula di
pelbagai jenis kawasan berbeza yang terdapat di Kota Kinabalu seperti kawasan terancang di
taman perumahan serta kawasan rumah di atas air seperti Kg Tg. Aru serta Sembulan Lama.
b) Keperluan data
Kajian ini tertumpu pada amalan kitar semula di Kota Kinabalu. Bagi melengkapkan kajian
ini, beberapa data diperlukan. Antara data tersebut adalah data mengenai penyediaan
kemudahan kitar semula, amalan kitar semula masyarakat sekitar, penyertaan pihak-pihak
tertentu dan pelbagai lagi. Secara amnya, data terbahagi kepada dua iaitu data primer dan
sekunder.
c) Kaedah pengumpulan data
Dalam proses mengumpul data, beberapa data telah dipilih oleh pengkaji mengikut
kesesuaian dengan kajian yang ingin dilakukan. Data adalah keterangan yang dijadikan
bahan untuk menguji sesuatu hipotesis (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007). Antara teknik yang
dipilih oleh pengkaji adalah seperti :
Data Primer
Data primer merujuk kepada data yang diperolehi melalui tinjauan, soal-selidik dan
juga temu bual. Melalui kaedah ini, banyak maklumat yang akan diperolehi oleh
pengkaji. Hal ini demikian kerana pelbagai persoalan yang ingin diketahui oleh
pengkaji dapat diutarakan dalam jumlah yang banyak di samping pelbagai maklumat
yang berkaitan dapat diperolehi dalam jumlah yang banyak. Bagi tujuan kajian ini,
pengkaji telah memilih beberapa teknik atau kaedah iaitu soal selidik dan temu bual.
Penyelidik akan cuba mengumpul seberapa banyak maklumat yang boleh berkaitan
dengan tajuk kajian.
i. Soal selidik
Melalui soal selidik, pengkaji dapat mengetahui pelbagai maklumat mengenai amalan
kitar semula di kalangan masyarakat. Selain itu, pendapat responden juga diambil kira
yang mana beberapa soalan yang memerlukan pendapat responden juga diutarakan di
samping responden bebas menyatakan pendapat masing-masing. Data-data yang
diperolehi akan diproses dan dianalisis menggunakan komputer. Data yang diperolehi
diproses dengan menggunakan program microsoft excell untuk menghasilkan graf.
Hasil analisis akan diterjemahkan dalam bentuk graf berserta dengan keterangan untuk
menjelaskan setiap maklumat yang diperolehi. Selain itu, teknik jadual juga digunakan
untuk menjelaskan hasil analisis. Banyak kelebihan yang diperolehi oleh pengkaji
dengan menggunakan teknik soal selidik. Antara kelebihannya adalah penyelidik dapat
membuat perbandingan antara seorang responden dengan responden yang lain dan juga
antara kumpulan responden dengan yang lain. Kerja pengumpulan data lebih cepat dan
mutu data yang tinggi juga dapat dikumpul. Selain itu, data yang diperolehi mudah
diproses dengan bantuan komputer (Ahmad Mahdzan Ayob, 2007).
ii. Temu bual
Kaedah ini dipilih oleh pengkaji kerana pelbagai soalan yang berkaitan dengan kajian
dapat diutarakan. Hal ini demikian kerana tidak semua soalan yang berkaitan dengan
kajian dapat dinyatakan dalam soal selidik. Terdapat juga soalan-soalan sukar yang
perlu ditanya secara terus melalui temu bual kerana jawapan yang bakal diperolehi akan
lebih lengkap berbanding jawapan yang diperoleh melalui penulisan. Selain itu,
pengkaji dapat bertanya secara terus sekiranya terdapat kemusykilan terhadap jawapan
yang diberikan. Soalan yang diberikan juga tidak terhad tetapi bergantung pada masa
dan keadaan responden. Selain itu, maklumat yang diberikan oleh responden boleh
dipercayai kerana boleh disahkan secara terus oleh pengkaji melalui pemerhatian.
Kawalan yang lebih rapi ke atas sampel yang ditinjau boleh dilakukan kerana sampel
yang diambil mudah ditemui. Walaupun responden tidak dapat hadir pada kali pertama,
pengkaji boleh membuat temu janji sekali lagi pada hari kedua dan seterusnya.


Data sekunder
Data sekunder adalah data yang diperolehi melalui sumber bercetak, sama ada yang
pernah diterbitkan (rasmi) atau tidak diterbitkan (tidak rasmi) (Ahmad Mahdzan Ayob,
2007). Data sekender ini meliputi jurnal, buku, penulisan ilmiah, keratan akhbar, risalah
dan juga sumber internet yang memerlukan pembacaan yang banyak.
d) Kerangka persampelan
Kajian yang dijalankan adalah berbentuk tinjauan biasa dan persampelan kebarangkalian
yang mana sampel dipilih secara rawak mudah dengan menggunakan borang kaji selidik.
Responsden terdiri daripada pelajar sekolah, penduduk di kawasan perumahan Sempelang,
Sembulan dan Tanjung Aru dan Kompleks Pasaraya Centre Point serta Kompleks Wisma
Merdeka . Namun, responden akan dipilih dalam jumlah jantina yang seimbang di samping
jumlah responden mengikut kawasan juga seimbang. Jumlah responden adalah sebanyak 50
yang mana terdiri daripada 10 orang pelajar, 10 orang penduduk di Taman Sempelang, 10
orang penduduk Tanjung Aru dan 10 orang peniaga dan pembeli di Pasaraya Centre Point
dan Wisma Merdeka. Kaedah persampelan secara rawak dipilih oleh pengkaji kerana
mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mempunyai kos yang rendah.
e) Pembentukan borang soal selidik
Borang soal selidik yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian A merangkumi
latar belakang responden. Bahagian B pula mengandungi pelbagai soalan yang berkaitan
dengan kitar semula manakala bahagian C mengandungi soalan berbentuk subjektif yang
mempunyai soalan berkaitan dengan pendapat responden. Soalan yang dibina di bahagian B
menggunakan kaeadah Skala Likert 5 poin. Kriteria Skala Likert bermula daripada 1 yang
mewakili sangat tidak setuju, 2 mewakili tidak setuju, 3 merujuk kepada tidak pasti dan 4
adalah setuju dan 5 mewakili sangat setuju.
f) Teknik analisis data
Teknik analisis data adalah penting untuk memproses dan menganalisis data yang telah
diperolehi. Menurut Ahmad Mahdzan Ayob (2007), analisis bererti melakukan prosedur
statistik terhadap data dan menjalankan ujian hipotesis yang telah diusulkan dalam
metodologi. Analisis bertujuan untuk melaksanakan objektif penyelidikan. Bagi menganalisis
amalan kitar semula di Tanjong Malim, pengkaji menggunakan teknik kuantitatif. Data
kuantitatif yang diperolehi daripada soal selidik akan dianalisis menggunakan perisisan
SPSS. Data yang diperolehi akan juga dianalisis dan akan dipersembahkan dalam bentuk graf
dengan penggunakan perisisan Microsoft Window Excell. Penerangan akan diberikan pada
setiap graf yang berkaitan.
7.0 Hasil Kajian
Hasil kajian akan mengetengahkan ciri-ciri latar belakang responden, hubungan di antara
jumlah ahli keluarga dengan volum sampah yang dihasilkan, sumber informasi mengenai
kitar semula, jenis bahan yang diguna dan dikitar semula, penggunaan dan pengetahuan
mengenai tong 3 warna, penjualan bahan kitar semula, pengetahuan dan penyertaan
responden dalam program kitar semula, pengetahuan mengenai masa pungutan sampah dan
lokasi tapak pelupusan, sumber didikan mengenai program kitar semula, dan isu-isu
berkaitan dengan program kitar semula.

Jumlah responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai 50 orang, dengan 25
responden lelaki (50 peratus) dan 25 responden perempuan (50 peratus). Manakala mengikut
umur, responden yang berumur kurang daripada 20 tahun adalah seramai 10 orang (20
peratus), umur 20 tahun hingga 30 tahun adalah seramai 20 orang (40 peratus), responden
yang berumur 30 tahun hingga 40 tahun adalah seramai 15 orang (30 peratus), 40 tahun
hingga 50 tahun seramai 5 orang (10 peratus) dan tiada responden yang lebih daripada 50
tahun dicatatkan (0 peratus).
Pelajar merupakan jumlah responden teramai yang terlibat dalam soal-selidik ini iaitu 20
peratus, diikuti dengan jenis pekerjaan sendiri (15 peratus), suri rumah (15 peratus), pegawai
(9 peratus), profesional (6 peratus), pesara (6 peratus), pendidik (6 peratus) dan lain-lain (21
peratus).
Kajian mendapati sebanyak 63 peratus daripada responden mempunyai ahli keluarga
dalam lingkungan 4 hingga 6 orang, 17 peratus mempunyai ahli keluarga seramai 7 hingga
10 orang, 16 peratus responden mempunyai bilangan ahli keluarga di antara 2 hingga 3
orang, 2 peratus mempunyai bilangan ahli keluarga melebihi 10 orang, manakala 2 peratus
tinggal bersendirian. Terdapat 38 peratus daripada responden menghasilkan sampah di antara
0.5 hingga 1 kilogram, 30 peratus menghasilkan sampah seberat di antara 2 kilogram hingga
3 kilogram, 21 peratus menghasilkan sampah lebih daripada 4 kilogram sehari, manakala 12
peratus menghasilkan sampah kurang daripada 500 gram. Justeru, terdapat hubungan yang
signifikan di antara bilangan ahli keluarga dengan berat sampah harian yang dihasilkan
(dengan paras kesignifikanan 0.89).

Responden memperoleh informasi berkaitan kitar semula melalui televisyen, diikuti surat
khabar, radio, kawan ataupun saudara-mara, sekolah atau institusi pengajian, papan tanda,
risalah, tempat kerja, internet, dan oleh pengendali perkhidmatan pemungutan sampah sarap;
DBKK dan lain-lain sumber. DBKK yang dipertanggungjawab untuk menjalankan kerja-
kerja pembersihan dan pungutan sampah bukan merupakan sumber utama bagi orang awam
untuk mendapatkan informasi kitar semula (Jadual 2).
Jadual 2: Sumber atau Media Utama Informasi Yang Diperolehi oleh Responden Berkaitan
Kitar Semula
Sumber / Media Jumlah Kekerapan
Televisyen 14
Surat khabar 9
Radio 19
Kawan / saudara 10
Sekolah / institusi pengajian 4
Papan tanda 1
Risalah 4
Tempat kerja 6
Internet 9

Kajian mendapati bekas plastik, tin aluminium, kertas, besi keluli, dan kaca merupakan
antara bahan utama yang dikitar semula (Jadual 3). Lazimnya, penduduk di daerah ini akan
menjual bahan-bahan buangan mereka kepada pihak industri yang datang membeli ataupun
menjualnya kepada pengutip sampah yang terdapat di kawasan perumahan mereka.
Responden mengguna semula bekas plastik, pakaian, tin aluminium, dan kaca. Bahan-bahan
seperti perabot, sisa dapur / makanan, permainan kanak-kanak juga merupakan di antara
bahan-bahan yang boleh dikitar semula dan diguna semula.
Jadual 3: Kekerapan Jenis Bahan yang Dikitar Semula dan Diguna Semula
Jenis Bahan Dikitar Semula/ Diguna Semula Kekerapan
Sisa dapur / Makanan 14
Perabot 13
Permainan kanak-kanak 16
Pakaian 30
Bekas plastik 43
Tin aluminium 27
Besi keluli 13
Kaca 20
Kertas 41

Seramai 87 peratus daripada responden pernah melihat tong 3 warna yang terletak di sekolah,
stesen minyak , pasar , pasar raya , taman kediaman, tepi jalan, dan lain-lain seperti tempat kerja,
taman kanak-kanak, surau, taman rekreasi, pejabat PBT, balai raya, tempat letak kereta dan
hospital. Manakala 13 peratus responden tidak pernah melihat tong 3 warna (Jadual 4). Daripada
50 responden, hanya 30 responden (60 peratus) yang pernah menggunakan tong 3 warna ini,
manakala 20 responden (40 peratus) lagi tidak pernah menggunakan tong tersebut. Hasil yang
ditunjukkan pada Rajah 2 mendapati 25 responden (50 peratus) tidak tahu akan kegunaan tong 3
warna, hanya 50 responden menjawab betul dengan kegunaan bagi tong warna biru, jingga dan
perang. Jumlah tersebut hanya terdiri daripada 18 peratus hingga 20 peratus daripada jumlah
responden yang pernah melihat tong 3 warna ini. Sebahagian besar daripada responden iaitu 73
peratus menyatakan bahawa perletakan tong 3 warna itu berada sesuai di lokasinya berbanding
dengan 27 peratus responden yang menyatakan sebaliknya. Hal ini demikian kerana ia terletak
jauh daripada tempat tinggal dan jumlah yang disediakan adalah berkurangan.
8.0 Perbincangan
Walaupun, penggunaan tong 3 warna ini didapati kurang mendapat sambutan di kalangan
penduduk setempat, tetapi aktiviti kitar semula ini dijalankan secara tidak langsung melalui
penjualan bahan boleh dikitar semula kepada pengutip sampah atau pihak industri. Sebanyak 42
peratus responden menjual sampah sarap yang dikutip kepada pihak industri yang datang
membelinya dengan harga yang lebih tinggi berbanding dijual kepada pengutip sampah. 22
peratus daripada responden akan menjual bahan kitar semula kepada pengutip sampah manakala
35 peratus daripada responden mengamalkan prinsip penjualan kepada kedua-dua pihak
berdasarkan siapa cepat dia dapat. Bahan yang dijual akan ditimbang sama ada dengan
menggunakan peralatan timbang (90 peratus), ukuran menggunakan jari (2 peratus) dan angkatan
mengikut berat tanpa timbang (8 peratus). Julat harga bagi hasil bahan kitar semula yang dijual
oleh responden dalam tempoh 3 bulan terdekat ini. Kertas atau kadboard dan tin aluminium
merupakan bahan yang menjana pendapatan yang terbesar iaitu masing-masing mencatatkan RM
0.25 hingga RM 60.00 bagi jenis kertas atau kotak dan RM 1.00 hingga RM 10.00 bagi jenis tin
aluminium.
Kajian ini turut mengkaji tahap pengetahuan responden mengenai program kitar semula, 5
responden (10 peratus) mengetahui akan program kitar semula, 30 responden (60 peratus) tidak
mengetahui manakala 15 (30 peratus) responden kurang pasti terhadap program tersebut.
Daripada responden yang mengetahui akan program kitar semula di tempat tinggal mereka,
didapati hanya 30 responden yang mengetahui masa program kitar semula dan 20 responden
tidak mengetahui masa bagi program tersebut. Daripada responden yang mengetahui akan
progam kitar semula di tempat tinggal mereka hanya 20 orang akan mengikuti program kitar
semula tersebut berbanding dengan 10 orang tidak mengikuti dan 20 orang kurang pasti.
Alasan utama yang diberikan oleh responden mengapa mereka tidak mengikuti dan
mengetahui program kitar semula ialah kerana mereka tidak mahu mempraktikkan aktiviti kitar
semula, mereka akan mendapatkan maklumat sendiri, mereka kurang pasti akan jadual program
kitar semula, kesibukan kerja, kurang informasi mengenai program ini, tidak ada kesatuan atau
program khas yang berkaitan dengan kitar semula, aktiviti menyusahkan mereka serta
beranggapan bahawa kitar semula bukan tanggungjawab mereka. Responden mendapat sumber
didikan mengenai program kitar semula ialah melalui sumber yang berdekatan dengan mereka.
Hasil kajian menunjukkan bahawa responden (56 peratus) dididik dan 63 peratus mendidik
sumber yang berdekatan mengenai kitar semula. Melalui kajian ini, didapati bahawa ibu bapa,
kawan, adik beradik, saudara-mara, anak, jiran merupakan sumber utama yang mendedahkan
mereka tentang kitar semula dan golongan ini juga yang akan mengajar mereka. Sumber lain
yang menyumbang kepada perkara ini ialah nenek / datuk, suami / isteri dan guru. Sumber
didikan ini penting adalah supaya mereka mempraktikkan amalan baik kitar semula, cinta akan
alam sekitar, berjimatcermat, mengetahui kebaikan kitar semula, menyahut seruan kerajaan
untuk menjayakan kitar semula, kitar semula mudah dipraktikkan, beranggapan bahawa kitar
semula bermula daripada diri sendiri, sebagai contoh dan tauladan kepada orang lain, dan kitar
semula adalah tanggungjawab bersama.
Pengetahuan mengenai masa pungutan sampah dan perletakan lokasi tapak pelupusan
merupakan maklumat penting yang menunjukkan kesensitivitian responden terhadap program
kitar semula. Dapatan menunjukkan bahawa 56 peratus mengetahui masa kutipan sampah di
kawasan kediaman masing-masing. Manakala baki 44 peratus tidak mengetahui masa pungutan
sampah dengan memberi alasan bahawa hari pungutan tidak penting bagi mereka, tong sampah
sudah disediakan, jadual pungutan yang tidak menentu, kesibukan kerja serta kekurangan
informasi mengenai masa pungutan.
Walau bagaimanapun, kajian mengenai pengetahuan responden mengenai perletakan lokasi
tapak pelupusan, didapati bahawa 27 peratus mengetahui lokasi perletakan tapak pelupusan.
Akan tetapi, hanya 37 responden yang menjawab betul. Alasan atau faktor yang mengakibatkan
13 responden tidak mengetahui perletakan lokasi tapak pelupusan adalah mereka tidak
memperolehi informasi berkaitan, mereka tidak mengambil berat akan hal ini , kesibukan dengan
kerja dan mereka tidak pernah melihat tapak pelupusan.


9.0 Kesimpulan
Penduduk di Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai pengetahuan am terhadap bahan yang
boleh dikitar semula dan diguna semula. Tingkah laku responden terhadap penjualan bahan kitar
semula hanya berlaku apabila bahan yang boleh dikitar semula telah dikumpulkan. Responden
kurang mempraktikkan penggunaan tong 3 warna yang disediakan oleh pihak bertanggung
jawab. Kebanyakan responden tidak melibatkan diri dalam program kitar semula di kawasan
kediaman mereka. Alasan utama responden ialah mereka tidak mempraktikkan aktiviti kitar
semula, jadual program tidak menentu dan kesibukan kerja.
Hakikatnya, terdapat satu komunikasi di antara responden dengan orang berdekatan bagi
pertukaran informasi berkaitan dengan kitar semula. Responden menyatakan pandangan bahawa
mempraktikkan kitar semula merupakan satu amalan yang baik, cinta terhadap alam sekitar,
sebagai menyahut seruan kerajaan, menjadi insan yang mulia dan bertanggungjawab serta
sebagai contoh kepada orang lain. Kesedaran ke atas kepentingan kitar semula agak tinggi di
kalangan penduduk tempatan akan tetapi bagi mempraktikkan amalan ini agak sukar dipraktikan
oleh masyarakat umum. Ironinya, satu isu yang perlu difikirkan secara mendalam ialah adakah
promosi program kitar semula yang dijalankan selama ini telah berjaya? Adakah pihak yang
bertanggungjawab dalam program kitar semula telah menjalankan tugas yang sepatutnya ataupun
sekadar melepaskan batuk di tangga? Pernahkan kita berfikir dahulu sebelum membuang
sampah? Sejauhmanakah sumbangan kita ke atas program kitar semula di kawasan kejiranan
kita? Justeru, pihak bertanggungjawab perlu memikirkan satu acuan baru agar program kitar
semula ini dapat disesuaikan dengan keadaan setempat serta boleh mengubah sikap orang awam
terhadap program kitar semula demi kebaikan bersama.
RUJUKAN
Hageman, K. 1989. How to make a good recycling program better. BioCycle. April. pp: 62-
64.
Hawkins, D.J. 1991. Recycling Container Study 1991. City of Waverley: Vitoria.
Kironde J.M.L. & Yhdego, M. 1997. The governance of waste management in urban
Tanzania: towards a community based approach. Journal of Resources, Conservation
and Recycling. No 21. pp: 213-226.
Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD). 1993. Household Wste
Separate Collection and Recycling. OECD: Paris.
Schmerling, E. 1990. Recycling container choices. BioCycle. March. pp: 36-37.
Seow Ta Wee. 2004. Pengurusan Sisa Pepejal Di Malaysia. Jurnal Sains Sosial. Penerbit
KUiTTHO: Parit Raja. Jilid 2. Bil 1. pp 9 25.
Wang, F.S., Richardson A.J. & Roddick F.A.. 1997. Relationships between set-out rate,
participation rate and set-out quantity in recycling program. Journal of Resources,
Conservation and Recycling. No 20. pp: 1 7.

You might also like