You are on page 1of 14

Spm

Berita Harian.

Kempen beli produk Malaysia perlu sokongan menyeluruh


KEMPEN Beli Barangan Buatan Malaysia yang buat pertama kali dilancarkan pada 1984, kini dihidupkan kembali
oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) bertujuan meningkatkan
permintaan domestik terhadap barangan buatan tempatan dan merangsang ekonomi negara.
Untuk menjayakan kempen itu, masyarakat pengguna, penjual, pengilang dan media perlulah membantu kerajaan
dengan bersungguh-sungguh agar kempen kali ini benar-benar membuahkan hasil yang diharapkan.
Pertama, pengguna perlu terlebih dulu mengubah sikap dan tanggapan terhadap barangan buatan tempatan. Kita
tidak boleh menafikan masih ramai rakyat Malaysia terutama golongan pertengahan dan atasan yang lebih
cenderung untuk membeli barangan import. Jika sikap sedemikian berterusan, kempen yang dijalankan kerajaan ini
akan terbantut.
Dengan membeli barangan tempatan, kita bukan sekadar menyokong industri tempatan malah membantu
melestarikan ekonomi negara. Membeli barangan tempatan sekurang-kurangnya mengurangkan pengaliran wang
negara keluar. Membeli dan menggunakan barangan tempatan adalah tindakan awal yang perlu kita ambil untuk
bersama-sama menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negara.
Kedua, masyarakat peniaga juga perlu memainkan peranan untuk menjayakan Kempen Beli Barangan Buatan
Malaysia. Peniaga perlu membuktikan bahawa mereka juga memiliki semangat cintakan negara. Sebagai contoh,
pasar raya boleh bertindak memperluaskan pemasaran produk tempatan, mengadakan rak yang khusus bagi
memperagakan produk itu atau memberikan mata ganjaran setiap kali pembeli membeli barangan tempatan.
Kesemua ini juga adalah sebahagian tanggungjawab sosial peniaga.
Ketiga, pengilang atau pengeluar juga tidak boleh lari daripada memainkan peranan mereka. Pengeluar perlu
memberi tumpuan lebih serius terhadap kualiti produk, pembungkusan, penjenamaan, kos pengilangan dan
pengedaran. Kesemua ini perlu bagi meyakinkan pengguna tempatan bahawa produk tempatan juga setaraf dengan
produk import.
Keempat, pihak berkuasa tempatan (PBT) serta KPDNHEP negeri juga boleh menyemarakkan lagi Kempen Beli
Barangan Buatan Malaysia pada peringkat daerah dan negeri. Tindakan perlu diambil agar kempen dijalankan tidak
hanya hangat di sekitar Lembah Klang semata-mata tetapi turut tersebar ke seluruh negara.
Antara yang boleh dibuat ialah dengan membantu pengedaran dan pemasaran produk tempatan dengan
memperbanyakkan lagi tapak niaga sementara khususnya untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) atau peniaga
kecil. Di samping itu, tindakan boleh diambil untuk memastikan kedai dan pasar raya di bandar masing-masing turut
serta berkempen dengan bersungguh-sungguh, menggalakkan PKS menggunakan logo buatan Malaysia secara
meluas untuk barangan mereka, memperbanyakkan lagi program untuk mendidik masyarakat pengguna memahami
kepentingan mengutamakan produk tempatan dan mempromosi produk tempatan yang kurang dikenali tetapi
berpotensi.
Akhir sekali, peranan dan pengaruh pihak media tidak boleh diperkecilkan. Media perlu melipatgandakan usaha
untuk memberi kesedaran dan mendidik masyarakat untuk turut serta menyokong Kempen Beli Barangan Buatan
Malaysia.
Apabila kita membelanjakan wang kita dengan membeli produk tempatan, kita akan memastikan wang kita terus
berada di Malaysia. Kita juga boleh memastikan wang kita tidak digunakan oleh syarikat-syarikat asing untuk
bersekongkol dengan negara tertentu bagi mengebom sesebuah negara atau menyokong peperangan.
DR SHAIFUL ANNUAR KHALID,
UiTM Perlis.

APAKAH RISIKO KANAK-KANAK DICULIK ?


Kanak-kanak tanpa mengira umur dari bayi hinggalah ke peringkat remaja boleh diculik di mana sahaja oleh sesiapa
sahaja.
Antara tempat boleh berlaku penculikan ialah seperti taman permaianan, pusat membeli belah, pasar malam ,
cybercafe , luar kawasan sekolah, di halaman rumah malah di perkarangan tempat ibadah seperti masjid dan kuil.
SIAPAKAH YANG TERBAIK UNTUK MELATIH ANAK-ANAK ?
Ibu bapa adalah mereka yang terbaik untuk mengajar anak-anak langkah-langkah pencegahan dari menjadi mangsa
penculikan.
Ketahui aktiviti harian anak-anak anda, di mana dia bermain, berjalan-jalan dan sebagainya dan dengan siapa.
APA YANG ANDA PERLU AJAR ?
Beritahu anak-anak anda supaya sentiasa berhati-hati dan sentiasa pentingkan keselamatan diri.
Pastikan anak-anak memberitahu ke mana dia hendak pergi, sekiranya ada perubahan rancangan hendaklah
diberitahu segera. Ajar anak-anak anda untuk meminta izin untuk pergi ke mana-mana luar dari rumah.
Anak-anak mesti tahu nama penuh mereka, nombor talipon rumah dan ibu bapa mereka, dan talian kecemasan 999
atau Talian NUR 15999 atau balai polis berhampiran. Pastikan anak anda tidak bermain dengan talian kecemasan.
Paparkan dengan jelas maklumat ini di rumah anda.
Latih anak-anak menggunakan talipon bimbit, talipon rumah dan talipon awam.
Sekiranya anda mempunyai pembantu rumah pastikan mereka boleh dipercayai dan anda mempunyai salinan
lengkap butiran peribadi pembantu rumah anda
Sentiasa berhubung dengan jiran anda sekiranya anak-anak anda ada di rumah jiran anda.
Jangan tinggalkan anak-anak sendirian di pusat membeli belah, panggung wayang, cybercafe atau taman permainan.
Beritahu anak anda jangan sekali-kali melayan orang yang tidak dikenali yang ingin bertanyakan arah jalan atau
sesuatu.
Jangan tinggalkan anak anda bersendirian di dalam kereta.
Jangan benarkan anak-anak mendekati kenderaan yang pemandu atau penumpangnya mereka tidak kenali.
Pastikan anak-anak memberitahu anda sebelum menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman
walaupun dari orang yang mereka kenali.
Pastikan anak-anak anda tidak menerima sebarang pemberian hadiah , makanan, minuman dari orang yang mereka
tidak kenali.
Apabila di rumah pastikan pintu rumah sentiasa dikunci.
Jika ada panggilan talipon dari mereka yang tidak dikenali bertanyakan ada sesiapa di rumah suruh mereka letak
talipon segera.

Jangan biarkan anak anda membuka pintu atau tingkap rumah sekiranya ada sesiapa yang tidak dikenali mengetuk
pintu walaupun mereka mengenalkan diri mereka sebagai anggota polis, bomba dan sebagainya.
KESELAMATAN PERJALANAN KE SEKOLAH
Kenal pasti laluan anak-anak ke sekolah dan beritahu mereka tempat yang mempunyai risiko untuk dielakkan seperti
lorong sunyi, rumah tinggal dan sebagainya.
Pastikan anak-anak pergi ke sekolah dengan kawan yang anda kenali samada berjalan kaki, menunggang basikal,
menunggu bas atau menaiki bas sekolah
Ajar anak anda untuk menjerit seperti Tolong, Ini bukan ayah saya atau Ini bukan ibu saya, sekiranya mereka
sudah mula hendak diculik, ditarik dalam kereta atau berada dalam pengangkutan awam.
REKOD ANAK-ANAK ANDA
Sentiasa simpan butiran peribadi terkini anak-anak anda termasuk cop jari mereka dan contoh DNA mereka jika ada
kemudahan tersebut
Ambil gambar warna anak anda setiap enam bulan
Simpan rekod perubatan anak anda, terutama rekod pergigian

Menurut Dr. Sapora Sipon, pensyarah kanan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berkata, jenayah terhadap
kanak-kanak telah berlaku sejak dahulu lagi, tetapi kurang mendapat perhatian berbanding dengan sekarang yang
telah mendapat liputan luas daripada pihak media sama ada media elektronik ataupun media cetak.
Menurut beliau lagi, terdapat banyak faktor berlakunya jenayah terhadap kanak-kanak seperti gabung jalin media
yang yang banyak memaparkan cerita-cerita ganas.
Cerita-cerita seperti ini banyak mendedahkan masyarakat kepada perkara-perkara yang melampau sehingga tanpa
disedari telah merangsang penjenayah untuk melakukan jenayah dengan lebih kerap, tegas beliau.
Menurut beliau juga, terdapat di kalangan penjenayah itu sendiri yang mengalami masalah psikologi sehingga
mengakibatkan mereka suka melakukan sesuatu yang kejam terhadap kanak-kanak.
Sekiranya penjenayah tidak mempunyai masalah psikologi, penjenayah selalunya mempunyai motif tersendiri
untuk menculik kanak-kanak. Contohnya penjenayah yang mengalami masalah kewangan dan menjadikan kanakkanak yang diculik sebagai sumber kewangan mereka sama ada dengan meminta wang daripada ibu bapa atau pun
dengan menjual mereka ke luar negara, jelas beliau.
Menurut seorang guru sekolah rendah, Syahmin bin Zainal Abidin, 31 tahun pula berkata, antara faktor berlakunya
jenayah terhadap kanak-kanak adalah disebabkan ramainya pendatang asing yang masuk ke negara ini.
Walaupun kita tidak boleh meletakkan kesalahan jenayah yang berlaku terhadap kanak-kanak ini ke atas warga
asing semata-mata, tetapi kita juga tidak dapat menafikan bahawa terdapat banyak kes-kes jenayah yang dilakukan
oleh pendatang-pendatang asing itu sendiri, tegas beliau.
Menurut beliau juga, kebanyakan ibu bapa sekarang kurang mengawasi anak-anak kerana terlalu sibuk. Ini kerana
ada ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak mereka ke sekolah terlalu awal disebabkan mereka perlu segera
ke tempat kerja walaupun ibu bapa tahu pada waktu itu belum ada guru atau pelajar lain yang telah hadir ke sekolah.

Ada juga ibu bapa yang lewat menjemput anak-anak mereka pulang dari sekolah, sehingga kanak-kanak tersebut
terpaksa menunggu bersendirian di hadapan sekolah dalam jangka masa yang lama. Ini akan memberi peluang
kepada penjenayah yang sudah lama memerhatikan kanak-kanak tersebut, ujar beliau.
Sementara itu, menurut Jamaah binti Mohd, 35 tahun, ibu kepada tiga orang anak berkata, jenayah terhadap kanakkanak semakin berleluasa disebabkan kurangnya pengawasan oleh ibu bapa terhadap anak-anak mereka.
Kanak-kanak adalah seorang yang mudah dipengaruhi disebabkan mereka lemah untuk memikirkan apa yang patut
dilakukan dan apa yang tidak patut dilakukan. Oleh sebab itu, penjenayah dengan mudah dapat menarik perhatian
kanak-kanak itu dengan hanya menberi gula-gula atau coklat, ujar beliau.
Tambah beliau lagi, media juga menjadi faktor jenayah ini berleluasa iaitu dengan memaparkan keganasankeganasan yang banyak terdapat di dalam drama dan filem serta salah aku seks yang menjadi kebiasaan bagi
masyarakat di negara-negara barat.
Seorang ibu kepada dua orang anak, Rosmaria Outar@Autar, 29 tahun pula berkata, kanak-kanak mudah dijadikan
mangsa oleh penjenayah-penjenayah kerana kanak-kanak mudah dipengaruhi oleh rakan-rakan.
Ramai kanak-kanak pada masa sekarang ini yang keluar mengikut kawan-kawan mereka tanpa memberitahu ibu
bapa mereka terlebih dahulu. Jadi, tiada siapa yang dapat mengawasi pergerakan anak-anak tersebut, tegas beliau.
Tambah beliau, faktor ibu bapa yang cuai dalam mengawasi anak-anak juga merupakan punca jenayah terhadap
kanak-kanak semakin berleluasa. Menurut beliau lagi, ibu bapa seringkali cuai dan tanpa sengaja mengabaikan
anak-anak mereka terutama ketika berada di pusat-pusat membeli belah sehingga ada yang tidak menyedari bahawa
anak mereka telah dilarikan.
Menurut seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Marwan
bin Ismail, 29 tahun, kanak-kanak dijadikan sasaran oleh penjenayah kerana kelemahan pada diri mereka yang sukar
untuk mengingati semula atau mengecam kembali rupa penjenayah tersebut.
Kanak-kanak masih lemah dan mereka tidak mampu untuk hidup sendiri tanpa pengawasan dan tunjuk ajar orang
dewasa. Mereka tidak pandai mengadu kepada orang dewasa lebih-lebih lagi apabila digertak oleh penjenayah,
tegas beliau.
Sementara itu, menurut seorang bapa, Shapuan bin Hussin, 47 tahun, terdapat pelbagai cara untuk mencegah jenayah
terhadap kanak-kanak ini daripada berleluasa seperti pengawasan ibu bapa, pihak sekolah dan masyarakat yang
perlu dipertingkatkan mengikut keadaan dan keperluan.
Pengawasan mengikut keadaan dan keperluan ini bermaksud, orang dewasa mengawasi kanak-kanak ke mana
mereka pergi, bersama siapa mereka akan keluar bermain dan mengapa mereka perlu keluar dari rumah
bersendirian. Tetapi, ini tidak bermaksud bahawa ibu bapa mesti mengongkong dan menghalang segala aktiviti
anak-anak mereka, ujar beliau.
Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa setiap individu perlu mempunyai undang-undang batiniah dalam diri
masing-masing.
Kita tidak dapat mencegah apa-apa jenayah sekalipun sekiranya kita hanya bergantung kepada undang-undang
lahiriah seperti Undang-undang Negeri dan sebagainya sahaja.
Setiap individu perlu ada undang-undang batiniah dalam diri mereka yang mana undang-undang ini dapat
mencegah diri individu tersebut dari melakukan kesalahan. Contohnya apabila seorang individu itu berniat jahat,
maka taqwa atau undang-undang batiniah inilah yang akan menghalang mereka dari melakukan perkara-perkara
yang tidak baik, jelas beliau.

Menurut seorang lagi pegawai akademik Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Abd Halim Mohd Hussin berkata,
antara cara-cara untuk mengelak jenayah kanak-kanak daripada berlaku adalah dengan mendidik masyarakat agar
tidak menjadi masyarakat yang individualistik.
Sebagai masyarakat yang hidup berjiran, kita semestinya perlu mengenali siapa jiran kita dan anak-anak mereka.
Malah sekiranya kita melihat ada kanak-kanak yang berjalan bersendirian, maka menjadi tanggungjawab kita untuk
memerhatikan mereka serta memastikan mereka berada di dalam keadaan selamat, ujar beliau.
Tambahnya lagi, ibu bapa perlulah berubah sikap dengan tidak lagi suka meninggalkan anak-anak mereka
bersendirian di rumah.
Kita dapat lihat baru-baru ini banyak kes jenayah berlaku apabila ibu bapa meninggalkan anak-anak mereka
bersendirian di rumah. Apabila kanak-kanak ditinggalkan bersendirian di rumah tanpa pengawasan ibu bapa, ini
memudahkan apa-apa jenayah berlaku terhadap kanak-kanak tersebut, tegas beliau.
Sementara itu, menurut Zainon binti Mohammad, 39 tahun, ibu kepada empat orang anak berkata, ibu bapa tidak
sepatutnya meletakkan tanggungjawab untuk menjaga anak-anak mereka yang masih kecil kepada anak-anak
mereka yang lebih besar.
Walaupun ibu bapa yakin bahawa si abang atau kakak mampu menjaga adik-adik mereka, tapi ibu bapa perlu ingat
bahawa pada hakikatnya mereka sendiri perlu menjaga keselamatan diri mereka yang belum tentu terjamin, tegas
beliau.
Oleh itu, berdasarkan kes-kes dan pendapat-pendapat mengenai faktor-faktor berlakunya jenayah terhadap kanakkanak ini, ibu bapa dan seluruh masyarakat haruslah sama-sama memikul tanggungjawab menjaga dan mengawasi
kanak-kanak di sekeliling kita agar mereka tidak dengan mudahnya dizalimi oleh sesiapa jua. Selain tidak menuding
jari kepada mana-mana pihak, masyarakat juga perlulah menjauhi sikap individualistik dan sentiasa memberi
kerjasama dalam membasmi jenayah yang semakin berleluasa ini. Biarlah masyarakat dilabelkan sebagai suka
menjaga tepi kain orang, sekiranya dengan menjaga tepi kain orang itu mungkin dapat menyelamatkan nyawa insan
kecil yang tidak berdosa.
Seandainya masyarakat hanya bergantung dengan pihak berkuasa untuk melaksanakan pelbagai operasi bagi
menyelesaikan masalah ini, ia sudah tentu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan. Walaupun pelbagai
kaedah untuk mencegah jenayah ini dilakukan seperti memasang kamera litar tertutup di kawasan-kawasan tertentu
dan sebagainya, ini tidak akan berjaya sekiranya masyarakat sendiri tidak sama-sama memainkan peranan mereka.

PENDERAAN KANAK-KANAK
merupakan anugerah Allah yang amat berharga kepada setiap pasangan suami isteri. Mereka merupakan
penyambung zuriat dan pewaris sesebuah keluarga. Adanya anak justeru bertambahlah rezeki yang Allah berikan
kepada setiap pasangan yang telah berkahwin. Mereka juga sebagai penghibur di dalam rumah tangga dengan hilai
tawa dan tangisan yang senantiasa memerlukan belaian kasih sayang secukupnya daripada ibu bapa. Namun,
sekarang kita telah mendengar pelbagai keg penderaan kanak-kanak berlaku di sana sini yang semakin berleluasa
sebagaimana yang telah disiarkan di dalam akhbar dan berita di televisyen. Pendera-pendera ini boleh dikategorikan
sebagai tidak berhati perut kerana ada antara pendera-pendera itu ialah ibu bapa kandung kepada mangsa.

Terdapat banyak faktor atau punca berlakunya kes-kes penderaan kanak-kanak ini. Antaranya ialah, bagi
ibu bapa yang bekerja mungkin mereka menghadapi tekanan di tempat kerja. Masalah dan tekanan di tempat kerja
dibawa balik ke rumah dan mereka melepaskan tekanan tersebut kepada anak- anak yang tidak berdosa. Tabiat anakanak yang masih kecil memang stika merengek kerana mereka perlukan perhatian daripada ibu bapa. Tindakan ibu
bapa yang melepaskan geram dan tekanan mereka kepada anak-anak yang merengek kerana perlukan sesuatu adalah
merupakan satu tindakanyang tidak masuk akal. Ibu bapa yang tidak berfikiran matang ini mungkin akan memukul,
menerajang, mencucuk putung rokok, atau sebagainya. Apalah dosa mereka sehingga diperlakukan sebegitu.

Faktor lain yang menjadi punca penderaan kanak-kanak adalah kerana masalah kewangan yang dihadapi
oleh sesebuah keluarga itu. Masalah kewangan yang melanda sesebuah keluarga akan menyebabkan mereka
bertindak ganas terhadap anak-anak. Jika anak-anak meminta duit belanja atau keperluan lain, sudah semestinya
anak akan menjadi mangsa sepak terajang mereka. Keadaan sebegini amat menyedihkan kerana anak-anak tidak
sepatutnya diperlakukan sebegitu pada usia mereka yang masih memerlukan kasih sayang dan perlindungan. Jika
masalah kewangan melanda sesebuah keluarga janganlah dilepaskan kepada anak-anak dan fikirlah cara yang
terbaik untuk menyelesaikan masalah. Mintalah pertolongandaripada Allah supaya hati kita lebih tenang.

Ada juga antara ibu bapa yang mendera anak-anak mereka kerana krisis rumah tangga yang berlaku seperti
pergaduhan antara suami isteri dan mungkin disebabkan gangguan pihak luar. Contohnya, suami akan menjadi lebih
garang dan mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga kerana mempunyai kekasih barn. Hasilnya pergaduhan
antara suami isteri sering berlaku dan anak-anak pastinya menjadi mangsa pergaduhan.

Selain itu, faktor paling utama berlakunya masalah penderaan anak-anak ini ialah kurangnya pendidikan
agama di kalangan ibu bapa. Ilmu agama amat penting di dalam rumah tangga kerana ia boleh memberi panduan
yang terbaik dalam menguruskan keluarga. Setiap masalah yang berlaku pasti ada penyelesaiannya jika
berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah. Islam telah menerapkan sikap yang baik yang perlu dicontohi oleh
setiap umatnya seperti tahap kesabaran yang tinggi terutamanya dalam melayan kerenah anak-anak. AI-Quran juga
telah menjelaskan kepada kita iaitu azab yang pedih bagi sesiapa yang tidak menjaga amanahnya dengan baik
seperti juga anak-anak yang merupakan amanah Allah kepada kita.

Masalah penderaan kanak-kanak ini perlulah dibendung dan diatasi dengan segera. Antara cara untuk
mengatasinya adalah dengan mengadakan kempen Keluarga Bahagia bagi menyedarkan ibu bapa tentang
tanggungjawab mereka. Semestinya setiap orang mengimpikan keluarga yang bahagia kerana keluarga adalah

segala-galanya bagi kita. Tanpa keluarga tercinta hidup pasti tidak bermakna. Sesungguhnya kita memerlukan insaninsan tersayang di samping kita. Jadi, dengan adanya kempen ini sedikit sebanyak boleh mengelakkan daripada
berlakunya kespenderaan anak-anak.

Pihak yang berkuasa juga haruslah mengambil tindakan yang lebih tegas seperti mengenakan hukuman
yang berat bagi ibu bapa atau sesiapa sahaja yangmendera kanak-kanak. Mempertingkatkan penguatkuasaan
undang-undang boleh menyebabkan pendera-pendera berasa takut akan hukuman yang bakal mereka hadapi akibat
perbuatan sendiri yang tidak berperikemanusiaan.

Pihak-pihakyang berwajib juga perlulah mengadakan kelas-kelas bimbingan bagi memberikan pendidikan
keibubapaan kepada setiap pasangan yang akan mendirikan rumah tangga. Pendidikan ini amat penting kepada
setiap pasangan bagi menyedarkan mereka akan tanggungjawab yang besar harus dipikul setelah berumah tangga.
Mereka aka:n lebih jelas tentang cara-cara untuk mendidik anak-anak dan kaedah untuk melayan suami atau isteri
dengan baik. Dengan itu, masalah penderaan kanak-kanak akan dapat diatasi.
Kesimpulannya, penderaan kanak-kanak merupakan perbuatan keji yang dilarang keras oleh agama. Hal ini
kerana perbuatan sebegitu seolah-olah bertujuan untuk menjahanamkan aset penting negara pada masa akan datang
dan memusnahkan keturunan kita sendiri. Ingatlah, anak-anak merupakan amanah Allah yang sangat suci dan bersih.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab kita untuk membentuknya menjadi seorang yang baik atau sebaliknya. Jika mereka
selalu diperlakukan dengan tindakan negatif semasa kecilnya, tidak mustahil mereka akan menjadi lebih ganas
apabila meningkat dewasa. Jadi, sayangilah anak-anak dan jauhilah kes penderaan kanak-kanak kerana ia tidak
menguntungkan mana-mana pihak malah dosa yang akan kita dapat di akhirat nanti.

Sebagai seorang pegawai kebajikan masyarakat, anda telah dijemput untuk menyampaikan ceramah
tentang punca masalah penderaan dan cara-cara mengatasi di hadapan sekumpulan ibu bapa.Tulis
ceramah anda itu selengkapnya.
Rangka jawapan:
Format
Pendahuluan
Isi-isi

Penutup

Format
Pendahuluan
Isi-isi

:
:
:
:
:

Ceramah
Kata alu-aluan yang sepatutnya kepada majlis
Pengertian penderaan
Mangsa penderaan: kanak-kanak,suami , isteri
Sebab-sebab berlaku penderaan-tiada perasaan kasih sayang,anak luar
nikah,sikap curang suami isteri atau ibu bapa, mabuk, hilang pedoman,nilai
keagamaan semakin tipis, nilai moral dan kemanusiaan hilang, sikap
kebendaan yang menebal,rumah tangga goyah,ekonomi runcing
: mengadakan kempen, tanamkan sifat kasih sayang dalam keluarga,
pendidikan agama, hukuman yang berat kepada pendera, mewujudkan
konsep rumahku syurgaku
: Berharap agar penerangan yang telah diberikan akan memberikan kesedaran
kepada semua yang hadir dan dapat menghebahkan maklumat ini kepada
rakan yang lain.Mudah-mudahan gejala negatif ini akan berkurangan dan
dapat dihapuskan.

: Ceramah
: Kata alu-aluan yang sepatutnya kepada majlis
: Pengertian penderaan

Penutup

: Mangsa penderaan: kanak-kanak,suami , isteri


: Sebab-sebab berlaku penderaan-tiada perasaan kasih sayang,anak luar
nikah,sikap curang suami isteri atau ibu bapa, mabuk, hilang pedoman,nilai
keagamaan semakin tipis, nilai moral dan kemanusiaan hilang, sikap
kebendaan yang menebal,rumah tangga goyah,ekonomi runcing
: mengadakan kempen, tanamkan sifat kasih sayang dalam keluarga,
pendidikan agama, hukuman yang berat kepada pendera, mewujudkan
konsep rumahku syurgaku
: Berharap agar penerangan yang telah diberikan akan memberikan kesedaran
kepada semua yang hadir dan dapat menghebahkan maklumat ini kepada
rakan yang lain.Mudah-mudahan gejala negatif ini akan berkurangan dan
dapat dihapuskan.

Lampiran 1
Petikan kes penderaan:
Akhir-akhir ini, kejadian mendera atau menyeksa kanak-kanak semakin menjadi-jadi.Kisah
kekejaman yang dilakukan terhadap kanak-kanak sering dipaparkan di media massa sama ada media
elektronik atau media cetak. Apabila sesuatu berita penganiayaan itu dipaparkan, perasaan masyarakat
akan terusik lalu mengutuk perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Reaksi seumpama ini memang
lumrah. Setiap kali kes penganiayaan dipaparkan di surat khabar, setiap kali itu juga masyarakat akan
bangun meminta orang yang tidak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
Kanak-kanak sering didera sama ada dari segi fizikal mahupun dari segi mental.Penderaan dari
segi fizikal ialah penderaan yang meninggalkan kesan-kesan di tubuh,seperti luka,parut atau lebam
sebagai akibat dipukul atau dikenakan benda-benda panas. Manakala penderaan dari segi mental
berlaku sebagai akibat dibiarkan atau diabaikan oleh penjaganya.Mangsanya akan mengalami tekanan
jiwa,gangguan emosi,dan mental atau proses pembesarannya.Selain itu,terdapat juga kes-kes
penganiayaan seks,seperti pencabulan kehormatan dan kes rogol.
Kes K.Balasundram yang didera hingga menyebabkan kematian merupakan peristiwa besar
yang membuka mata semua pihak.Belum lagi kes ini reda,masyarakat dikejutkan pula dengan kes
penyeksaan dua beradik,Aryani Zaini,4 tahun dan Noordina Maryana,3 tahun dari
Terengganu.Seterusnya banyak lagi kes yang melibatkan penderaan berlaku hingga hari ini.
Kita tidak dapat menafikan,anak seperti kain putih,ibu bapalah yang bakal mencorakkannya
untuk menjadikan manusia putih bersih atau hitam legam.Sesetengah kes ,ibu bapa sendiri yang
menyeksa anak mereka sebagai jalan melepaskan geram.Perbuatan mendera kanak-kanak merupakan
perbuatan yang bertentangan dengan Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia.Ibu bapa seharusnya tahu
atau mengambil berat tentang Undang-undang Kanak-kanak Malaysia.Undang-undang ini menyatakan
bahawa kanak-kanak harus dihormati sebagai seorang insan.Mereka perlu diberi perhatian sebagai
sebahagian daripada anggota masyarakat.Kanak-kanak juga perlu dididik dalam persekitaran yang
baik.Sekiranya ada ibu bapa yang mendera atau menyeksa anak-anak,maka mereka ialah orang yang
tidak memahami Undang-Undang Kanak-Kanak Malaysia dan patut menerima hukuman yang setimpal.
Sewajarnya kanak-kanak diberi kasih sayang secukupnya untuk pertumbuhan mental dan
fizikal.Langkah ini bukan sahaja dapat menghindari masalah penderaan,tetapi keluarga yang bahagia
dapat melahirkan masyarakat yang ampuh.Sebenarnya tidak semua kanak-kanak bernasib baik dan
berpeluang mendapat kasih saying daripada kedua-dua ibu bapa mereka.
Ada beberapa perkara yang menjadi punca berlakunya kes penderaan kanak-kanak.Pertama
ialah tekanan masalah ekonomi atau beban kerja yang dihadapi oleh ibu bapa.Ramai ibu bapa yang
menjadi kurang waras kerana tekanan tersebut.Mereka sering melepaskan tekanan tersebut dengan

menyakiti atau memukul anak-anak.Aspek ekonomi memang penting untuk mewujudkan keluarga yang
sempurna.Kasih sayang yang utuh dan prihatin menggunung sekalipun tidak akan berkekalan tanpa
wang.Seseorang ketua keluarga yang baik mesti berfikiran jauh.Perkara yang perlu difikirkan bukan
sahaja terhadap keselesaan hidup untuk hari ini,tetapi untuk masa depan yang masih panjang.Daripada
kes yang berlaku,kematian ketua keluarga menyebabkan anak-anak terbiar.Kemudian anak-anak ini
diserahkan kepada orang yang tidak diketahui latar belakang.Keadaan ini perlu diambil perhatian oleh
suami isteri yang bekerja supaya menyerahkan anak-anak mereka di bawah jagaan seseorang yang
boleh dipercayai.Pastikan latar belakang pengasuh atau penjaga tersebut sebelum nasi menjadi bubur.
Keadaan keluarga yang kucar-kacir mungkin berpunca daripada pendidikan keluarga yang kurang
sempurna.Sesetengah belia menganggap jika usia sudah menjangkau 25 tahun dan kewangan
mencukupi,wajarlah mereka berkahwin.Mereka tidak terfikir bahawa lelaki tersebut bakal menjadi
seorang suami dan ketua keluarga,manakala perempuan pula menjadi seorang ibu.Pengetahuan
tentang aspek kekeluargaan dan keagamaan yang mendalam perlu dititkberatkan bagi membendung
gejala tidak sihat ini daripada berterusan.
Ibu bapa yang ketagih dadah atau arak juga menjadi faktor utama terjadinya kes penderaan
kanak-kanak.Ketagihan ini menyebabkan mereka hilang pertimbangan dan perikemanusiaan.Anakanaklah yang sering menjadi mangsa mereka.Seperti yang diketahui,kesan dadah atau arak
menyebabkan sipenagihnya lupa diri dan khayal.Oleh itu,mereka lupa akan tanggungjawab dan lupa
kepada keluarga,malah menyeksa anak-anak yang tidak berdosa.
Pendidikan di sekolah harus menekankan soal kasih sayang.Jiwa yang masih bersih jika
diterapkan dengan nilai murni akan dapat berkekalan di lubuk hati.Pendidikan awal ini dapat menyemai
sikap tanggungjawab dan antipenderaan.Apabila mereka dewasa dan hidup dalam lingkungan
masyarakat,perasaan mengambil berat dan ingin tahu kebajikan orang lain akan terus mengalir.
Pelbagai kesan atau akibat yang dialami oleh kanak-kanakyang menjadi mangsa
penderaan.Deraan merupakan satu paksaan yang diterima oleh kanak-kanak dan mereka tidak dapat
membantah.Keadaan ini merupakan satu seksaan atau penindasan. Ibu bapa perlu sedar jika terlalu
memaksa anak-anak,ini akan menjejaskan perkembangan emosi mereka.Apabila emosi mereka
terjejas,ini akan menimbulkan kesan yang buruk ke atas perkembangan sahsiah mereka. Selain
itu,hukuman deraan rotan seperti merotan dan memukul juga menyebabkan kanak-kanak sentiasa
berkeadaan bimbang,menimbulkan rasa kecewa,hilang keyakinan diri sendiri,bersikap agresif,dan fikiran
mereka sering terganggu.
Ibu bapa yang garang dan bengis akan membentuk kanak-kanak yang kurang baik
perkembangan emosinya seperti membenci terhadap sikap ibu bapa,bosan belajar,dan tidak berminat
dalam pelajaran.Di sekolah kanak-kanak dilatih oleh guru mereka untuk berfikir.Mereka dibimbing oleh
guru untuk perkembangan fizikal, mental, akhlak, kerohanian, dan social yang baik.Sekiranya ibu bapa di
rumah membentuk anak-anak bertentangan dengan nilai-nilai di sekolah,maka akan timbullah konflik
dalam diri kanak-kanak tersebut.
Kerajaan mengadakan kempen antipenderaan untuk mendedahkan kepada masyarakat umum
bagi membanteras gejala yang tidak berperikemanusiaan ini.Namun, perasaan tidak takut dan berasa
bersalah di kalangan sesetengah masyarakat untuk melakukan penderaan masih berlaku.Keadaan ini
berlaku kerana tiada tindakan tegas yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan. Untuk itu,Akta Perlindugan
Kanak-Kanak 1997 perlu diperkukuh bagi menjamin akta ini menjadi undang-undang yang serba lengkap
bagi melindungi kanak-kanak.
Jenayah penderaan perlu dibanteras dengan berkesan.Kerjasama daripada semua pihak amat
penting untuk membendung gejala ini daripada berleluasa.Ibu bapa janganlah bersikap bengis terhadap
anak-anak,sebaliknya pupuklah semangat ingin maju dalam diri anak-anak dengan cara psikologi.Bukan
dengan cara mendera atau menghukum mereka.Kegembilangan Malaysia di mata dunia tidak akan
bermakna jika terdapat sebilangan masyarakat yang masih mengalami kepedihan dan kesengsaraan.
(petikan daripada buku Penulisan Bahasa Malaysia Fokus SPM,Pelangi)

Peranan ibu bapa dalam pembentukan disiplin anak-anak amat penting dalam membentuk masyarakat yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.
Bincangkan.
Sebagaimana kita sedia maklum, anak-anak bagaikan kain putih yang suci lagi kudus yang perlu
diwarnakan oleh ibu bapa yang membesarkannya. Sebagai anak yang menjadi harapan ibu bapa, kita harus sedar
bahawa segala perbuatan positif dan negatif akan mencerminkan imej keluarga. Sejak kecil, kita dibesarkan bagai
menatang minyak yang penuh oleh orang tua kita. Setiap belaian kasih dan sayang yang diberikan kepada kita penuh
dengan harapan masa depan. Malangnya, masalah sosial dan kadar jenayah bagai bisul menjadi nanah dalam
masyarakat pada zaman yang penuh dengan cabaran. Saya berpendapat bahawa ibu bapa memainkan peranan
penting dalam pembentukan disiplin anak-anak.
Jika dibandingkan antara ibu bapa dahulukala dengan ibu bapa zaman globalisasi ini, kita dapat mengetahui
bahawa anak-anak dulu lebih kerap dipukul. Sejak kempen antidera diperluas, ibu bapa mula menjauhkan diri
mereka dengan rotan. Daripada perspektif orang tua-tua, setiap sebatan dan hukuman yang diterima dapat memberi
tamparan insaf kepada diri anak-anak yang melakukan kesalahan. Namun, saya percaya bahawa ibu bapa perlu tegas
dan mendisiplinkan anak-anak sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan pendisiplinan yang
kukuh dan ketegasan yang bertempat, anak-anak akan berfikir dua kali sebelum melakukan kesalahan.
Selain ketegasan dan pendisiplinan, pendidikan formal perlu disalurkan oleh ibu bapa demi mematangkan
fikiran anak-anak. Dengan pendidikan yang diterima, akal dan perasaan ingin memberontak dalam kalangan anak
dapat diatasi. Hal ini demikian kerana anak-anak dikawal ketat dari segi peraturan sekolah. Dengan peraturan
sekolah yang efektif dan jadual pelajaran yang ketat, nescaya anak-anak tidak akan mempunyai masa yang terluang
untuk melakukan perkara yang membelakangkan undang-undang. Pendidikan formal yang efektif dapat menjadi
tulang belakang pendirian teguh anak-anak dalam mendisiplinkan diri agar tidak melakukan perbuatan yang
menconteng arang di muka ibu bapa.
Ajaran agama dan moral merupakan elemen yang maslahat dalam memperkukuh keimanan diri anak-anak
demi mengekang hati dan perasaan yang ingin melanggar tatasusila. Masalahnya kini, ibu bapa bagai enau di dalam
belukar, melepaskan pucuk masing-masing kerana sibuk mengejar kebendaan dan kedudukan dalam masyarakat.
Mereka alpa dengan tanggungjawab keibubapaan yang asas, yakni mendidik anak-anak dengan ajaran agama dan
moral. Sebagai contoh, ibu bapa haruslah menerangkan kepentingan menjaga moral dan tingkah laku yang murni
demi mengukuhkan sahsiah diri. Dengan saluran yang betul dan tepat, anak-anak dapat didisiplinkan dan dibentuk
menjadi modal insan yang berketerampilan dan berkewibawaan.
Mengikut Doktor Fazilah Kamsar, pakar motivasi yang terbilang, anak-anak akan menjadi berdisiplin jika
kita menerangkan sebab dan akibatnya jika dia membuat kesalahan. Hal ini demikian kerana nasihat yang bernas
daripada ibu bapa lebih berkesan daripada jeritan marah yang membuang masa dan tenaga. Anak-anak perlu
diterangkan kesannya jika mereka merokok atau akibat daripada perbuatan ketidakjujuran mereka. Langkah ini
penting agar akal anak-anak yang waras dapat dibentuk untuk membuat keputusan yang baik supaya tidak menyesal
atas perbuatan diri kerana sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. Langkah ini amat penting agar
anak-anak dapat dimatangkan dari segi psikologi sekali gus pencorakan disiplin diri mereka terbentuk secara semula
jadi.
Di samping itu, ibu bapa mestilah menunjukkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Oleh sebab
bagaimana acuan, begitulah kuihnya; ibu bapa berperanan penting mempamerkan disiplin yang tinggi di depan
anak-anak. Tamsilannya, ibu bapa haruslah membuang sampah di tong sampah dan menjaga kelakuan diri di
khalayak ramai agar dicontohi oleh anak-anak mereka. Anak-anak yang mencontohi sikap positif ibu bapa pasti
tidak akan membuat perkara yang menyalahi peraturan. Oleh hal yang demikian, ibu bapa mestilah menjauhi sikap
ketam yang mengajar anaknya berjalan betul tetapi diri sendiri berjalan senget.
Kesimpulannya, pencorakan disiplin anak-anak dari rumah, yakni daripada komitmen ibu bapa amat
berkesan. Ibu bapa harus menyedari hakikat bahawa masa depan anak-anak juga ditentukan oleh ajaran dan teguran
membina daripada mereka. Anak-anak yang berdisiplin dapat meyakinkan ibu bapa dengan kejayaan akademik dan
kokurikulum sekali gus menjadi warga yang cemerlang, gemilang, dan terbilang. Oleh hal yang demikian, saya
berharap ibu bapa menginsafi tanggungjawab mereka dalam pembentukan disiplin anak-anak agar tidak menyesal
selepas anak-anak terjerumus dalam kancah kebejatan sosial. Kebobrokan sikap anak-anak mestilah dikekang
daripada menjadi duri dalam daging masyarakat kerana nusa tercinta ini memerlukan tenaga mereka untuk
menggapai impian Wawasan 2020.

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:


1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.
2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.
3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.
4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.
5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak
sekolah atau pihak kementerian.
6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.
7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah
8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebabsebab tertentu.
9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar
kelas.
10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.
11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.
12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.
13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh
yang ditetapkan oleh guru berkenaan.
14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang
sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.
15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk
dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.
16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.
17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan,
Berita dan lain-lain lagi.
18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk
dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.
19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau
abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah
dipatuhi.
20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.
21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan
peperiksaan.
22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk
mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge
the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih
memahami kualiti sesuatu buku rujukan.
23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.
24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak
yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.
26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar
pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu
adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawankawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.
27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal
pelajar.
28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan
makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kuehkueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.
29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan
badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan
kesihatan tubuh badan.
30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan.
Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang.
Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya
itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.
31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi
pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.
32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan
aspek jasmani dan minda pelajar.
33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi
dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan
sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar
cemerlang akan:
1.
2.

3.
4.

Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti
merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
1. kita ingat 10 % apayang dibaca
2. kita ingat 20% apa yang didengar
3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan
dan sebagainya....

5.

Belajar dalam persekitaran kondusif.


1. pastikan cahaya adalah terang
2. kurangkan gangguan bunyi
3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar

6.
7.
8.

9.

10.
11.

12.
13.
14.
15.
16.
17.
18.
19.
20.
21.
22.

23.
24.

4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran


5. kerusi dan meja menghadap kiblat
6. jangan lupa untuk senyum
Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan
maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis,
sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
Tahu teknik merangsang memori:
1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
3. mengingat kembali (recall)
4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
Sentiasa awal dan mendahului:
1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada
guru.
2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
Mempunyai teknik membaca yang betul:
1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
2. memberikan tumpuan sepanuhnya
3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum
menghadapi peperiksaan.
Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun,
perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi
air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
Tahu petua mengulang kaji
1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
3. duduk tegak dikerusi yang selesa
4. baca doa penerang hati
5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
6. fikir dan ingat kembali isi utama
7. catat/lakar
8. semak semula ketepatan maklumat
9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
10. buat rumusan
11. jawab soalan
12. tampal maklumat yang rumit di dinding
13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan
sebagainya.
Tahu petua-petua agar tidak lupa:
1. jangan makan kepala ikan
2. jangan makan organ dalaman
3. jangan minum semasa makan
4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut

25.

26.

27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.

5. jangan melihat kemaluan


6. jangan melihat buih
7. jangan membaca nama pada batu nisan
8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
10. banyakkan makan kekacang
11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
13. jangan kencing berdiri
Tahu kemahiran mengingat:
1. tampal nota-nota penting di dinding
2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
3. gunakan kaedah akronim
4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
Cekap mengatur jadual belajar:
1. mempunyai jadual belajar
2. patuh kepada jadual
3. buat jadual yang boleh diikuti
Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk
belajar.
Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan
dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk
belajar.
Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
Pelbagaikan tempat belajar.
Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
Ciri-ciri pelajar cemerlang:
1. taat kepada Allah
2. mendirikan sembahyang
3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
4. hormati & sayangi guru
5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
7. membantu rakan yang memerlukan
8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
9. sentiasa bertawakal
10. mahir dalam setiap mata pelajaran

Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan
seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja.
Semoga bermanfaat. :)

You might also like