You are on page 1of 4

LAPORAN PROGRAM

a) Tajuk
Program Kitar Semula dapat mengatasi masalah lambakan kotak
susu 1M di sekolah.

b) Pengenalan
Kitar semula ialah proses mengolah semula bahan buangan untuk
menghasilkan barangan yang baharu. Kitar semula mengurangkan bahan
buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah baharu, mengurangkan
penggunaan tenaga, mengurangkan pencemaran udara (dari pembakaran),
dan pencemaran air (tapak pelupusan) dan mengurangkan gas rumah hijau
berbanding penghasilan barang baharu dari bahan mentah. Kitar semula
adalah komponen utama bagi pengurusan bahan buangan.
Bahan yang boleh dikitar semula seperti kaca, kertas, logam, plastik, tekstil,
dan elektronik. Bahan yang akan dikitar semula sama ada dibawa ke tapak
pengumpulan atau dikutip dari tepi jalan dan disusun, bersih, dan diproses
semula menjadi bahan baharu untuk pengilangan.
Program kitar semula kotak susu 1M di SK (Asli) Bukit Cheding dijalankan
bermula 1 September 11 September 2015 iaitu lebih kurang 2 minggu.
Program ini sebagai usaha untuk mengatasi masalah lambakan kotak susu
1M di sekolah ini. Program ini melibatkan ceramah tentang kitar semula dan
kebaikan kitar semula serta pertandingan antara kelas iaitu pertandingan
mengumpul kotak susu 1M

yang paling banyak di sekolah dan program

menjual kotak susu 1M di kedai kitar semula.

C. Perbincangan
i)

Objektif Program

Program kitar semula ini mempunyai beberapa objektif. Antara objektif


Program kitar semula ini adalah untuk :
a) Mengatasi masalah lambakan kotak susu 1M yang dibekalkan oleh pihak
kerajaan kepada murid-murid sekolah rendah.
b) Menerapkan sikap mencintai alam sekitar dalam kalangan pelajar dan
guru.
c) Menjimatkan penggunaan sumber-sumber baharu.
d) Mengurangkan pencemaran udara, pencemaran air, dan penghasilan gas
rumah hijau.
e) Memelihara sumber alam semulajadi.
ii)

Kumpulan Sasaran

Pelaksanaan kempen kitar semula ini menumpukan kepada murid- murid


dalam lingkungan umur 7 hingga 12 tahun iaitu murid tahun satu hingga tahun
6 yang berjumlah 112 orang.
iii)

Proses pelaksanaan program

(i)

Mengumpul maklumat
Maklumat tentang Program Program Kitar Semula diperoleh menerusi
laman web .

(ii)

Mesyuarat dan perlantikan Jawatankuasa

Mesyuarat untuk melaksanakan Program kitar semula di adakan pada


27 Ogos 2015 dan semua

guru SK(Asli) Bukit Cheding dilantik

menjadi ahli jawatankuasa program yang akan melaksanakan segala


projek di bawah Program Kitar Semula serta perbincangan agihan
tugas setiap jawatankuasa.

iii)

Pelancaran Program Kitar Semula


Pelancaran Program Kitar Semula Kotak Susu 1M telah dilancarkan
oleh GPK Pentadbiran En.Noor Faiz bin Dasuki.

iv)

Taklimat Program Kepada Murid dan Kempen Kesedaran Kitar Semula


Kotak Susu 1M disampaikan oleh En.Mohd Rizal bin Misnan.

v)

Sesi minum susu 1M dan pengumpulan kotak susu 1M mengikut kelas


Menganjurkan pertandingan antara kelas yang berjaya mengumpul
kotak susu 1M terbanyak dan terberat.

vi)

Kutipan hasil
Hasil-hasil pengumpulan Kotak Susu 1M akan dikumpul di Bilik
Kemahiran Hidup sebelum dipindahkan ke tempat pengumpulan.
Urusan timbang dan rekod dijalankan. Kutipan pada 11 September
diadakan.

vii)

Menghubungi pembeli barang kitar semula untuk mengambil kotak


susu 1M yang telah dikumpulkan.

viii)

Jualan
Kotak susu 1M dijual kepada pembeli barang kitar semula dan duit
hasil jualan dijadikan sumber untuk pembelian hadiah untuk para
pemenang pertandingan.

iv)

Hasil analisis maklumbalas


Daripada borang maklumbalas yang diberikan dapatlah di analisis
bahawa

You might also like