You are on page 1of 8

SK (A) BUKIT CHEDING

,BANTING, KUALA LANGAT 42700


.SELANGOR DARUL EHSAN
TEL & FAX 03-31916158

BILIK MESYUARAT DAN KELAS

ANJURAN :
JAWATANKUASA 3K SK (A) BUKIT CHEDING

Hari : Sabtu
Tarikh : 14 Februari 2015
Tempat : Kawasan sekitar SK (A) Bukit
Cheding

1. NAMA PROJEK :

Projek Sayangi Sekolah Kita : "Lorong Ilmu"

2. PENGENALAN :
Sekolah merupakan institusi yang dapat membangunkan insan ke
arah kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum. Persekitaran
sekolah yang kondusif dapat menimbulkan keselesaan dan rasa selamat
kepada warga sekolah sepanjang menjalankan aktiviti di sekolah tidak kira
aktiviti kurikulum, kokurikulum atau kerohanian. Proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam atau luar bilik darjah juga dapat berjalan dengan
lancar dan sempurna. Salah satu cara yang dapat dijalankan ialah dengan
mewujudkan kawasan sekolah yang ceria dan indah. Oleh itu, kami pelajar
Program Pensiswazahan Guru Semester 5 Institut Pendidikan Guru Kampus
Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas bersepakat menganjurkan
Projek Sayangi Sekolah "Lorong Ilmu" bagi menceriakan persekitaran sekolah
dan mewujudkan suasana kondusif di kalangan guru dan murid semasa di
sekolah.

3. RASIONAL :
Kebersihan, kesihatan dan keselamatan merupakan tiga aspek yang penting
dalam sesebuah sekolah. Oleh itu, projek melukis mural dan menceriakan lorong Blok
A, laluan ke Blok C dan D ini dijalankan berhasrat menjadikan sekolah sebagai
organisasi pendidikan yang mempunyai persekitaran pembelajaran yang kondusif dan
ceria. Persekitaran yang bersih dan sihat akan memberangsang suasana pengajaran
dan pembelajaran yang berkesan.

4. MATLAMAT :
Prasarana dan pengurusan persekitaran sekolah yang kondusif
menjadi agenda utama serta salah satu budaya yang perlu diterapkan di
sekolah. Persekitaran yang perlu diwujudkan mestilah bersesuaian dengan
warga sekolah yang terdiri daripada guru, kakitangan sekolah dan muridmurid. Justeru, sebagai tempat yang menjadi perhatian umum supaya
perkhidmatannya diguna pakai secara optimum demi keselesaan dan
kepuasan hati penggunanya. Keselesaan suasana dan suasana yang
kondusif digabungjalinkan dengan suasana persekitaran yang mendidik
melalui pembinaan mural akan terasa lebih mesra. Secara tidak langsung
tetamu yang melalui kawasan sekolah akan membaca pelbagai maklumat
serta mengenal motif seni yang dijadikan mural. Mural yang dibina juga dapat
dijadikan wadah yang menonjolkan budaya sekolah di samping menceriakan
semula tiang-tiang bumbung di lorong tersebut.

5. OBJEKTIF :

5.1 Untuk menjadikan lorong Blok A, laluan ke Blok C dan D sebagai suatu
tumpuan yang menarik bagi guru-guru, murid-murid dan tetamu yang
berkunjung ke sekolah.
5.2 Merancang dan melaksanakan aktiviti atau pun projek yang
dipersetujui oleh pihak sekolah.
5.3 Menyumbang tenaga dan buah fikiran sebagai sumbangan terhadap
sekolah.
5.4 Hasil kerja pelajar PPG Semester 5 2014 IPG Kampus Pendidikan
Islam Dan Kampus Ilmu Khas sebagai tanda kenangan semasa sesi
pembelajaran
mereka.
5.5 Dapat memberi pengalaman baru kepada guru PPG Semester 5 2014
IPG Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas dalam pengurusan
keceriaan sekolah dan ia dapat menambah pengalaman dalam profesion
perguruan.

6. SASARAN :
6.1 Pelawat, guru dan murid Sekolah Kebangsaan Kampung Medan
7. TEMPAT :
7.1

Lorong Blok A Sekolah Kebangsaan Kampung Medan

8. TARIKH / JANGKAMASA :
8.1

Tarikh : 19.03.2014 hingga 07.07.2014


Hari

: 19.03.2014 -Rabu ( Perasmian )

Masa : 4.00 hingga 6.00 petang


9. JAWATANKUASA PROJEK :

9.1 AHLI JAWATANKUASA INDUK :

PENAUNG
TUAN HAJI ROSMAN BIN PAINUDY
( GURU BESAR )
PENGERUSI
ENCIK AHMAD LATFI BIN KADRI
( GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN )
NAIB PENGERUSI
PUAN ZALEHA BINTI MOHAMAD KHALIL
( GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID )
ENCIK SAZALI BIN SHAARANI
( GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM )
PENYELARAS
PUAN YURIANA BINTI MOHD. MAHROL
SETIAUSAHA
PUAN NOR NIKMAH BINTI MUNAWAR
BENDAHARI
PUAN ROHASIMAH BINTI ABD. RASHID

9.2 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA :


9.2.1 Persiapan Tempat :

- Puan Yuriana Binti Mohd. Mahrol


- Puan Asmahaney Binti Abdullah
9.2.2 Perasmian :
- Puan Radhimah Binti Abd. Rashid
- Encik Yahya Binti Abd. Aziz
9.2.3 Pendaftaran peserta :
- Puan Rohasimah Binti Abd. Rashid
- Puan Fatimah Az Zahrah Binti Abd. Rahman
9.2.4 PA Sistem :
- Encik Muhammad Taufik Nurudin Bin Ahmad
- Encik Fakhruddin Bin Baharom
9.2.5 Pembaca doa :
- Encik Mohd. Sahal Bin Alias
9.2.6 Juru acara :
- Puan Nornikmah Binti Munawar
9.2.7 Fotografi :
- Encik Adzuan Hafiz Bin Ahmed
9.2.8 Hadiah :
- Puan Rohasimah Binti Abd. Rashid
- Puan Fabilah Binti Abd. Halim
9.2.9

Buku Program :
- Puan Maslina Binti Masiran
- Puan Halina Binti Sairoji

9.2.10 Jamuan :
- Puan Fara Wahida Binti Wangit
- Puan Rashadah Binti Abd. Rahim

10. TENTATIF PROGRAM :

TARIKH / HARI

MASA

AKTIVITI

19 Mac 2014

4.00 petang

- Pendaftaran peserta

( Rabu )

4.15 petang

- Ucapan Pengerusi Majlis

4.20 petang

- Bacaan doa

4.25 petang

- Ucapan guru besar dan


Perasmian

CATATAN

- Penyampaian cenderamata
perasmian
4.45 petang

- Senamrobik

5.20 petang

- Taklimat peserta

5.35 petang

- Lawatan ke tapak projek

5.50 pagi

- Minum petang

6.00 petang

- Bersurai

20 Mac 2014

Pelaksanaan Projek

hingga

-Melakar lukisan

7 Julai 2014

-Mengecat lukisan
-Mengecat tiang

11. ANGGARAN PERBELANJAAN :


BIL.
1.
2.
3.
4.
5.
6.

PERKARA
Cenderahati Perasmian
Berus
Cat ( 3 liter )
Cat (1 liter)
'Marker Paint'
Makan / minum

KOS SEUNIT
RM 25.00
RM 2.65
RM 65.00
RM 22.00
RM 4.00
RM 3.00
Jumlah

KUANTITI
1 set
8 batang
3 tong
2 tin
2 batang
35 orang

JUMLAH
RM 25.00
RM 21.50
RM 195.00
RM 44.00
RM 8.00
RM105.00
RM398.50

12. SUMBER PERBELANJAAN :


Sumbangan guru Program Pensiswazahan Guru Semester 5 / 2014,
Institut Pendidikan Guru Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu
Khas.
13. PENUTUP :
Perancangan kertas kerja ini adalah untuk memudahkan pengurusan
yang akan dikendalikan oleh guru PPG Semester 5 Institut Pendidkan Guru
Kampus Pendidikan Islam dan Kampus Ilmu Khas. Kami berharap Projek ini
dapat dilaksanakan mengikut perancangan dengan jayanya. Semoga
program seperti ini mendapat kerjasama semua warga Sekolah Kebangsaan
Kampung Medan dan dan memberi manfaat kepada semua guru dan murid
terutamanya untuk keceriaan persekitaran Sekolah Kebangsaan Kampung
Medan.

Disediakan oleh,

( NORNIKMAH BINTI MUNAWAR )


,Setiausaha
,Projek Sayangi Sekolah Kita
.SK Kampung Medan

Disemak oleh,

( YURIANA BINTI MOHD. MAHROL )


,Penyelaras
,Projek Sayangi Sekolah Kita
.SK Kampung Medan
Disokong oleh,

Disahkan oleh :
( ROSMAN BIN PAINUDY )
Guru Besar,
SK Kampung Medan.

Ulasan:

You might also like