You are on page 1of 11

SMKA SYEIKH ABDULLAH FAHIM

JALAN PERMATANG TOK MAHAT,


14300 NIBONG TEBAL, PULAU PINANG

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 1 2021

KAJIAN TENTANG PEMBUANGAN SISA DOSMETIK DI


TAMAN BATU BUKIT, 11920 BAYAN LEPAS, PULAU PINANG

Nama : DANIA HUMAIRA BINTI MUHAMAD NIZAM


Tingkatan : I ILHAM
Guru Penilai : EN. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN HASMIZI
BIL TARIKH / AKTIVITI / PERKARA
. HARI
1 19/6/2021 Mendengar video taklimat Kerja Lapangan Geografi oleh

(SABTU) Cikgu Izzuddin

2 28/6/2021 Berbincang dengan cikgu Geografi iaitu Cikgu Izzudin

(ISNIN) mengenai kehendak kerja lapangan 2021

3 28/6/2021 Mencari maklumat lanjut mengenai konsep, jenis, kesan

(ISNIN) dan cadangan pengurusan sisa dosmetik

4 28/6/2021 Membina jadual kerja dan senarai kandungan

(ISNIN)
5 29/6/2021 Menulis penghargaan dan pendahuluan tentang kerja

(SELASA) lapangan

6 30/6/2021 Menentukan objektif kajian dan menulis latar belakang

(RABU) kawasan kajian

7 1/7/2021 Mencetak peta kawasan kajian dari Google Maps dan

(KHAMIS) melakar peta lakaran pada kertas A4

8 1/7/2021 Menentukan kaedah kajian yang digunakan di dalam kerja

(KHAMIS) lapangan

9 1/7/2021 Merangka soalan borang soal selidik

(KHAMIS)
10 1/7/2021 Menghantar borang soal selidik kepada cikgu Geografi

(KHAMIS) untuk disemak


JADUAL KERJA

BIL TARIKH / AKTIVITI / PERKARA


. HARI
11 (3/7/2021) Mencetak borang soal selidik dan menjalalankan soal

SABTU selidik dengan 3 orang responden di Taman Batu Bukit

12 (4/7/2021) Melawat kawasan kajian untuk memerhatikan jenis sisa

AHAD domestik yang terdapat di Taman Batu Bukit

13 (6/7/2021) Menulis konsep dan definisi sisa domestik

SELASA
14 Menghuraikan jenis-jenis sisa domestik, membina jadual

dan melukis serta mentafsir graf bar

15 Menulis dan menjelaskan kesan pembuangan sisa domestik

yang dihadapi oleh responden di Taman Batu Bukit

16 Menghuraikan cadangan-cadangan pengurusan sisa

domestik yang boleh dilaksanakan di Taman Batu Bukit

17 Menulis rumusan dan sumber rujukan untuk bahan-bahan

yang dirujuk

18 Melengkapkan senarai kandungan dan jadual kerja

19 Menghantar Kerja Lapangan Geografi kepada cikgu untuk

disemak
SENARAI KANDUNGAN

BIL. KANDUNGAN MUKA


SURAT
1. Penghargaan 1

2. Pendahuluan 2

3. Objektif Kajian 3

4. Kawasan Kajian 4

5. Kaedah Kajian 5

6. Hasil Kajian

7. Rumusan

8. Rujukan
PENGHARGAAN

Alhamdulillah dan syukur dipanjat ke hadrat Ilahi kerana


dengan izin limpah dan kurniaNya dapat saya menyiapkan Kerja
Lapangan Geografi Tingkatan 1 bagi sesi tahun 2021 ini.

Saya Dania Humaira Binti Muhamad Nizam ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Syeikh Abdullah Fahim, Nibong Tebal, Ustaz
Ishak Bin Harun kerana telah memberikan kebenaran kepada saya
untuk menyiapkan kerja lapangan Geografi ini. Tidak lupa ucapan
jutaan terima kasih kepada guru mata pelajaran Geografi saya, Cikgu
Muhammad Izzuddin Bin Hazmizi di atas tunjuk ajar tanpa putus asa
kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Saya juga mengucapkan
terima kasih kepada kedua ibu bapa saya, Muhamad Nizam Bin Jaafar
dan Aishah Binti Hamid kerana telah memberikan dorongan dan
galakan demi memastikan kajian dijalankan dengan sempurna.

Seterusnya, terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang


telah banyak memberikan informasi dan maklumat yang sewajarnya
kepada saya bagi menyempurnakan kerja lapangan ini. Tidak lupa
juga ucapan terima kasih kepada responden kajian saya yang telah
memberi maklumat tentang kesan pembuangan sisa domestik di
kawasan kajian dan telah memberi cadangan dan pendapat tentang
cara pengurusan sisa domestik serta telah memberi sepenuh kerjasama
dalam menjayakan kajian ini.

1
PENDAHULUAN

Saya memilih untuk menjalankan kajian Pemnbuangan Sisa


Domestik di kawasan tempat tinggal saya iaitu Taman Batu Bukit,
Bayan Lepas, Pulau Pinang.

Saya memilih Taman Batu Bukit kerana tempat ini merupakan


tempat tinggal saya. Saya dibesarkan di taman ini. Oleh itu, adalah
lebih mudah untuk saya menjalankan kajian ini. Saya juga mendapati
terdapat penduduk taman ini suka membuang sisa kotoran ke dalam
longkang. Perkara ini membolehkan saya membuat pemerhatian dan
kajian yang lebih menyeluruh untuk menyempurnakan tugasan saya
ini.

Masa yang diberikan kepada semua murid Tingkatan 1 2021 bagi


menyiapkan kerja lapangan ini bermula Jun hingga Julai iaitu satu
bulan. Bagi saya, tempoh yang diberikan bersesuaian untuk saya
menyiapkan kerja lapangan ini dengan sempurna bagi mencari
maklumat dan bahan tentang kawasan kajian. Saya bersyukur kerana
kajian saya ini boleh dijadikan panduan kepada saya dalam membantu
usaha-usaha bagi mengatasi masalah pembuangan sisa domestik di
taman saya pada masa hadapan.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian di sekitar Taman Batu Bukit, Bayan Lepas,


bertujuan untuk :

a) Memahami konsep dan definisi sisa domestik.


b) Menyata dan menghuraikan jenis-jenis sisa domestik di Taman
Batu Bukit, Bayan Lepas
c) Mengenal pasti dan menghuraikan kesan sisa domestik di Taman
Batu Bukit, Bayan Lepas
d) Mencadangkan cara-cara pengurusan sisa domestik yang boleh
dilaksanakan di Taman Batu Bukit, Bayan Lepas

3
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya ialah Taman Batu Bukit, Bayan Lepas, Pulau
Pinang. Dari segi latar belakangnya, taman ini merupakan sebuah
perumahan moden.

Menurut penduduk setempat, nama taman ini diambil kerana di


kawasan ini terdapat bukit- bukit yang tinggi dan terdapat batu yang
besar di hujung taman ini. Sehinggalah sekarang taman ini dinamakan
Taman Batu Bukit.

Lokasi kawasan kajian ini ialah di Barat Daya iaitu dalam daerah
Bayan Lepas. Taman ini terletak kira-kira 2 kilometer dari Bayan
Lepas. Kawasan kajian ini teletak di kawasan bentuk muka bumi yang
bertanah pamah dan beralun. Kawasannya luas dan rata serta terletak
di pinggir pantai mengadap Selat Melaka serta mempunyai lagun
pantai yang cantik. Kawasan pantainya berpasir yang ditumbuhi poko
ru.

Terdapat banyak infrastruktur yang dibangunkan di kawasan tanah


pamah seperti sekolah, tempat beribadat, petempatan, pusat pengajian
tinggi dan pusat ekonomi. Terdapat hutan di sekitar kawasan
perumahan.

4
KAEDAH KAJIAN

(a) Kaedah Pemerhatian


Melalui kaedah pemerhatian, saya dapat menghasilkan peta
lakaran kawasan kajian dan tempat-tempat yang mengalami
pembuangan sisa domestik di Taman Batu Bukit. Tidak dapat saya
nafikan kaedah ini merupakan antara kaedah yang paling banyak saya
gunakan untuk membuat tugasan ini.

(b) Kaedah Rujukan


Kaedah rujukan ini juga banyak membantu membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Melalui rujukan internet, saya dapat
memperoleh maklumat dan data mengenai konsep dan definisi sisa
domesti di kawasan kajian yang saya pilih. Melalui rujukan buku-
buku teks Geografi dan buku-buku rujukan, saya memperoleh simbol-
simbol yang boleh saya gunakan untuk melukis peta lakar sekaligus
melengkapkan kerja saya.

(c) Kaedah Soal Selidik


Saya telah menjalankan soal selidik terhadap 3 responden di
Taman Batu Bukit, Bayan Lepas untuk mengetahui kesan
pembuangan sisa domestik. Selain itu, saya juga akan mendapatkan
cadangan yang boleh buat dibuat di Taman Batu Bukit, Bayan Lepas
dari responden-responden.

5
HASIL KAJIAN

KONSEP SISA DOMESTIK

Menurut Wikipedia, sisa domestik boleh didefinisikan sebagai


bahan-bahan buangan yang dibuang dari kawasan perumahan seperti
sisa makanan, plastik, kertas dan bahan logam terpakai.

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat pula, sisa domestik


didefinisikan sebagai radioaktif sisa atau bahan buangan yang dapat
mengeluarkan pancaran radioaktif.

Menurut akta 672, sisa domestic didefinisikan sebagai apa-apa


sisa pepejal yang dihasilkan oleh sesuatu isi rumah , dan daripada
jenis yang biasanya dihasilkan oleh mana-mana premis apabila dihuni
sebagai rumah kediaman, dan termasuklah sisa taman.

6
JENIS-JENIS SISA DOMESTIK DI TAMAN BATU BUKIT

Daripada pemerhatian yang saya jalankan di Taman Batu Bukit,


saya mendapati terdapat dua jenis sisa domestik di taman ini iaitu
bahan organik seperti sisa makanan dan kertas. Bahan bukan organik
pula seperti tin, plastik dan kaca.

Sisa domestik di Taman Batu Bukit juga terdiri dari sisa pepejal
dan sisa cecair. Sisa pepejal adalah seperti plastik, logam dan perabot.
Manakala sisa cecair pula adalah seperti air kumbahan.

You might also like