You are on page 1of 16

NAMA: KELAS: NAMA GURU:

PAVEET KAUR 1 ALPHA CIKGU NORMALA

KANDUNGAN
PENDAHULUAN - BENTUK MUKA BUMI A) TANAH TINGGI B) TANAH PAMAH DAN DATARAN C) PINGGIR LAUT D) SALIRAN

PENDAHULUAN - BENTUK MUKA BUMI MALAYSIA


Malaysia terdiri daripada pelbagai bentuk muka bumi, iaitu tanah tinggi, tanah pamah, lembangan, dan pinggir laut. Kawasan tanah tinggi di Malaysia terletak di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak.

A) TANAH TINGGI

1. Terbentuk daripada gunung lipat tua. 2. Stabil kerana tiada kejadian gempa bumi. 3. Terbentuk daripada batu granit dan batu kapur. 4. Terletak di:i) bahagian tengah Semenanjung Malaysia ii) bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak 5. Paling luas di utara dan menganjur serta meruncing ke arah selatan. 6. Tanah tinggi utama di Malaysia ialah:i) Banjaran Bintang Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Bintang

Menjadi legeh bagi sungai Perak dan sungai Kinta

ii) Banjaran Titiwangsa Banjaran yang terpanjang di Semenanjung Malaysia


Menjadi tulang belakang bagi Semenanjung Malaysia Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Korbu(2 182m) Penting sebagai tapak bina stesen hidroelektirk

Mempunyai pusat-pusat peranginan seperti Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan TanahTinggi Cameron iii) Banjaran Tahan Banjaran yang tertinggi di Semenanjung Malaysia

Kemuncaknya yang tertinggi ialah Gunung Tahan (2190m)

iv)Banjaran Crocker Banjaran yang tertinggi di Sabah

Kemuncak yang tertinggi ialah Gunung Kinabalu

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA


KEPENTINGAN a) Pusat Pelancongan CONTOH - Suhu yang sederhana menarik pelancong datang ke Malaysia. - Tanah Tinggi Cameron - menjadi kawasan tadahan air bagi sungai-sungai seperti Banjaran Titiwangsa. - Diliputi oleh Hutan Hujan Tropika yang membekalkan kayu-kayu yang berharga seperti keruing dan Meranti - sesuai dijadikan tapak bina stesen hidro elektrik kerana banyak sungai yang beraliran deras - iklim yang sederhana menggalakkan penanaman tanaman hawa sederhana

b) Kawasan Tadahan Air

c) Sumber Kayu Balak

d) Pusat Jana Kuasa Hidroelektrik

e) Kawasan Pertanian

SISTEM GUNUNG LIPAT 1. Banjaran gunung di Malaysia adalah sebahagian daripada Sistem Gunung Asia, iaitu bermula dari Pusaran Pamir di utara India. 2. Banjaran gunung di Malaysia terdiri daripada gunung-gunung lipat yang terbentuk daripada proses lipatan kerak bumi. 3. Proses lipatan berlaku apabila wujudnya kuasa mampatan dalam kerak bumi sehingga menyebabkan kerak bumi berlipat. 4. Bahagian lipatan yang melengkung ke atas dinamakan lintap mungkum atau antiklin yang akan membentuk gunung lipat. 5. Bahagian lipatan yang melengkung ke bawah dinamakan lintap lendut atau siklin yang bolehmembentuk lurah, lembah, atau lembangan.

6. Perbezaan antara gunung lipat muda dan gunung lipat tua adalah seperti berikut : GUNUNG LIPAT MUDA - terbentuk kira-kira 35 juta tahun dahulu - tinggi dan kasap - tidak stabil GUNUNG LIPAT TUA - terbentuk kira-kira 250 hingga 600 juta tahun dahulu - lebih rendah - stabil

B) TANAH PAMAH

1. Kawasan tanah pamah di Malaysia terletak di lembah sungai dan berhampiran dengan laut. 2. Ketinggiannya kurang daripada 200 m. 3.Kebanyakannya diliputi oleh tanih aluvium 4. Tanah pamah utama ialah :(a) Dataran Kedah - Perlis diliputi tanih aluvium

berpenduduk padat penting untuk penanaman padi

(b) Dataran Johor beralun dan berbukit-bukau


mempunyai hutan paya ditanami dengan kelapa sawit, nanas dan getah

(c) Delta Kelantan diliputi tanih aluvium

penting untuk penanaman padi

(d) Delta Rajang diliputi tanih aluvium

penting untuk penanaman padi

KEPENTINGAN KAWASAN TANAH PAMAH DI MALAYSIA


KEPENTINGAN a) Kawasan Pertanian CONTOH - Diliputi tahih alluvium; penting untuk padi - Bersaliran baik, sesuai untuk penanaman getah dan kelapa sawit - Timah alluvium banyak terdapat di lombong di Lembah Kinta - Menjadi kawasan tumpuan penduduk seperti di Lembah Kelang - Kebanyakan kilang-kilang dimajukan di kawasan tanah pamah seperti di Lembah Kelang - Tanah pamah memudahkan pembinaan jaringan pengangkutan

b) Kawasan Perlombongan c) Tapak Petempatan d) Kawasan Perindustrian

e) Jaringan Pengangkutan dan Perhubungan

C) PINGGIR LAUT

1. Malaysia dikelilingi oleh Laut China Selatan, Selat Melaka, Laut Sulawesi, dan Laut Sulu yang terletak kerana terletak di Pentas Sunda. 2. Semua negeri di Malaysia mempunyai kawasan pinggir laut kecuali Putrajaya dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. 3. Malaysia mempunyai pinggir laut yang panjang, iaitu kira-kira 4 800 km dan mempunyai pelbagai ciri bentuk muka bumi pinggir pantai. KEPENTINGAN KAWASAN PINGGIR LAUT: JENIS-JENIS PINGGIR LAUT a) Pantai Berpasir KEPENTINGAN DAN CONTOH - Kawasan pelancongan dan perkelahan - Kawasan penanaman kelapa -Contoh: Port Dickson dan Pantai Cahaya Bulan - Membekalkan sumber kayu bakau - Tempat pembiakan hidupan laut seperti ketam, kerang dan ikan - Contoh: Sekitar muara Sungai Perak dan muara Sungai Rajang -kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan antarabangsa - Contoh: Pulau Langkawi, Pulau Tioman dan Pulau Redang

b) Pantai Berlumpur

c) Pulau

d) Tanjung

e) Teluk

f) Tebing Tinggi

g) Pentas Benua

- Kawasan rekreasi dan pelancongan - Contoh: Tanjung Bidara, Tanjung Dawai dan Tanjung Datu -Petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan dan kawasan perkelahan -Contoh: Teluk Kemang dan Teluk Kimanis -Kawasan rekreasi dan pelancongan - Tapak rumah api -Contoh: Tebing Tinggi Kudat dan Tanjung Bungah -Kawasan perikanan -Kawasan perlombongan petroleum dan gas asli - Contoh: Kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak

D) SALIRAN
Pola Saliran
Sistem saliran terdiri daripada aliran sungai utama dan beberapa cawangannya. Kawasan yang disaliri oleh sungai utama dan cawangannya dinamakan lembangan sungai . Cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu sama lain dikenal sebagai pola saliran . Terdapat beberapa pola saliran , iaitu pola jejala , jejari, gegelang , selari , setumpu , dan reranting. Berbentuk seperti ranting pokok Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama pada sudut kurang dari sudut tepat Terdapat di kawasan yang mempunyai batuan yang sama kekerasan Contoh:Sungai Kelantan,Sungai Baram,Sungai Rajang,Sungai Pahang

Pola saliran reranting


Terdapat di kawasan yang mempunyai lapisan batuan keras dan batuan lembut secara berselang-seli Anak-anak sungai mengalir dan menghakis lapisan batuan lembut Cawangan-cawangan sungai memasuki sungai utama pada sudut tepat , iaitu 90 Contoh:Sungai Perak

Pola saliran jejala


Cawangan-cawangan sungai dan sungai utama mengalir secara selari atau hampir selari antara satu sama lain Terdapat di cerun curam Contoh:Sungai Kinabatangan

Pola saliran selari /sejajar


Berbentuk seperti jejari roda Cawangan-cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung Cawangan-cawangan sungai bercantum dengan sungai utama di kawasan rendah Contoh:Tasik Toba,Indonesia,Sungai-sungai di Gunung Kinabalu

Pola saliran jejari / sepunca

Terbentuk apabila sungai mengalur masuk ke kawasan paya atau tasik Terdapat di kawasan tanah rendah Contoh:Sungai-sungai di Tasik Bera,Pahang

Pola saliran setumpu


Cawangan-cawangan sungai mengalur menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan sungai utama di kawasan tanah rendah Anak-anak sungai yang baru pula akan memasuki cawangan-cawangan sungai

Pola saliran gegelang


Ditemui di kawasan delta dan dataran banjir. Pola ini terbentuk apabila aliran sungai menjadi pelahan kerana memasuki kawasan tanah pamah. Jenis saliran ini banyak mempunyai alur sungai yang bersirat atau berjalur antara satu dengan yang lain. Contoh sungaisungai yang mengalir di Delta Mekong, Delta Nil dan Dataran Ganges.

Pola bersirat

Sungai 1. Malaysia mempunyai sungai kerana: mempunyai banyak kawasan tadahan menerima hujan lebat sepanjang tahun. 2. Umumnya, kebanyakan sungai di Malaysia adalah: pendek; beraliran deras di peringkat hulu; berliku-liku dan mengalir perlahan di peringkat hilir. 3. Kebanyakan sungai di Semenanjung Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa dan mengalir ke: Selat Melaka Laut China Selatan. 4. Di Sabah dan Sarawak, sungai-sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir ke:

Laut China Selatan Laut Sulu.

Sungai Labuk

Sungai Kedah Tasik 1. Tasik semula jadi yang indah, (a) Tasik Bera (b) Tasik Chini. 2. Tasik Bera - Tasik air tawar terbesar di Malaysia.

Tasik Bera 3. Tasik Bera dan Tasik Chini merupakan kawasan pelancongan dan perikanan.

Tasik Cini 4. Tasik buatan manusia utama di Malaysia

Tasik Kenyir, Terengganu;

Tasik Chenderoh, Perak;

Tasik Temenggor, Perak;

Tasik Perdana, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Tasik Putrajaya

Tasik Perdana Kuala Lumpur 5. Tasik-Tasik buatan manusia penting sebagai: (a) kawasan perikanan air tawar; (b) kawasan pelancongan atau rekreasi; (c) sumber air (d) pusat penjanaan kuasa hidroelektrik.

Profil Panjang dan Profil Rentas Sungai 1. Profil panjang sungai merujuk kepada aliran sungai yang bermula dari pnca hingga ke muaranya. (a) Sungai bermula dari tanah tinggi dan mengalir turun di kawasan curam. (b) Kemudiannya, alirannya sampai dibahagian landai dan seterusnya bahagian yang hampir rata dekat dengan muaranya. (c) Biasanya, profil sungai adalah cekung ke atasnya. 2. Profil rentas sungai merujuk kepada keadaan lurah sungai di sepanjang sungai dan bahagian hulu hingga ke hilirnya. (a) Lurah di peringkat hulu adalah berbentuk 'V'. (b) Di peringkat tengahnya, lurah itu menjadi lebar atau berbentuk 'U'. (c) Di peringkat hilirnya, lurah menjadi semakin lebar dan dasarnya cetek. 3. Pada umumnya, sebatang sungai dapat dibahagikan kepada tiga peringkat aliran, iaitu peringkat hulu, tengah dan hilir.

You might also like