You are on page 1of 20

GEOGRAFI TINGKATAN 1

KEPELBAGAIAN BENTUK MUKA BUMI


Kedudukan Malaysia
1  Berhampiran Garisan Khatulistiwa.
2  Keluasan :  329 733km persegi
3  Terdiri darpada :
      a)  13 buah negeri
      b)    3 wilayah persekutuan
4   Mempunyai kedudukan    
     geografi  strategik :
      a)  kedudukan di tengah-tengah jalan laut  antara timur dan barat.
      b)  terletak di luar Lingkaran Api  Pasifik dan laluan Angin taufan.

Bentuk Muka Bumi Malaysia 


 Tanah Tinggi
1  Lebih 60% daripada muka bumi negara kita terdiri tanah tinggi.
2  Banjaran di Semenanjung Malaysia :
a)    Banjaran Nakawan
b)    Banjaran Kedah Singora
c)    Banjaran Bintang
d)    Banjaran Keledang
e)    Banjaran Titiwangsa/Besar
f )    Banajran Benom
g)    Banjaran Tahan
h)    Banjaran Pantai Timur

Banjaran Gunung di Malaysia

3  Banjaran di Sabah:
a)    Banjaran Crocker
b)    Banjaran Trus Madi
c)     Banjaran Witti
d)    Banjaran Maitland
e)    Banjaran Brassey
4  Banjaran di Sarawak :
a)    Banjaran Tama Abu
b)    Pergunungan Iran
c)     Pergunungan Hose
d)    Banjaran Kapuas Hulu
e)    Banjaran Kelinkang  

5  Banjaran Titiwangsa:
a)    tulang belakang Sem.M`sia
b)    terpanjang (480km)
c)     dikenali Banjaran Besar
d)    kemuncak tertinggi -  Gunung Korbu (2182m)
e)    3 pusat peranginan :
         - Tanah Tinggi Genting
             - Tanah Tinggi Cameron
             - Bukit Fraser
f)     legeh dan kawasan tadahan bagi sungai.

 6  Banjaran Crocker: 


      a)  terbesar dan tertinggi di Malaysia.
b)    Kemuncak tertinggi  -  Gunung Kinabalu (4101m)
      c)  terdapat  Taman Negara Crocker dan Taman Negara Kinabalu.

7  Banjaran Tama Abu


a)     banjaran utama Sarawak
      b)   kemuncak tertinggi - Gunung Murud (2425m)

Sistem Gunung Lipat


1  Banjaran gunung Malaysia adalah sebahagian daripada sistem  Banjaran Gunung Asia, 
    bermula dari Pusaran  Pamir di utara India.
2  Banjaran di Malaysia menganjur  dari Dataran Tinggi Yunnan dan menganjur merentasi 
   Thailand dan membentuk Banjaran Titiwangsa dan banjaran lain. 
3  Banjaran gunung di Asia terdiri daripada gunung lipat.
4  Pembentukan gunung lipat disebabkan kuasa mampatan.
5  Gunung lipat terdiri daripada
a)    gunung lipat tua
b)    gunung lipat muda

Sistem Gunung Lipat


Tanah Pamah

Terdiri daripada :
A   lembangan sungai
B   delta
C   dataran pantai

1  Lembangan sungai ialah kawasan yang disaliri oleh sebatang sungai dan cawangan-  


    cawangannya.
2  Dataran ialah kawasan rendah yang lebih luas, rata dan kurang daripada 15 meter.
3  Umumnya, dataran adalah sempit kerana banjaran gunung menganjur berhampiran pantai
4  Ditimbuni tanih alluvium yang subur  sesuai untuk kegiatan pertanian seperti Dataran 
    Kelantan dan DeltaRajang.
5  Tanah pamah dan dataran :
a)    Dataran Kedah-Perlis
b)    Dataran Hilir Perak
c)     Dataran Selangor
d)    Dataran Johor
e)    Dataran Pahang
f)     Dataran Terengganu
g)    Dataran Kelantan
h)    Delta Rajang
i)      Dataran Pantai Barat Sarawak
j)     Delta Baram
k)    Dataran Pantai Barat Sabah
l)      Dataran Pantai Timur Laut Sabah
m)   Delta Segama
n)    Dataran Pantai Timur Sabah

Saliran di Malaysia

1  Malaysia mempunyai banyak sungai    kerana menerima hujan lebat sepanjang tahun.
2  Kebanyakan sungai di Sem. Malaysia berpunca dari Banjaran Titiwangsa, mengalir masuk 
    ke Laut dan pentas benua. Shina Selatan dan Selat Melaka.
3  Di Sabah dan Sarawak, sungai berpunca dari banjaran gunung di pedalaman dan mengalir 
     masuk ke Laut China Selatan dan Laut Sulu.
4  Sungai- sungai di Semenanjung Malaysia :  
  Sungai  Muda
  Sungai Perak
  Sungai Berna
  Sungai Endau
  Sungai Pahang
  Sungai Terengganu
  Sungai Kelantan

5  Sungai-sungai di Sarawak :   


  Sungai Rajang
  Sungai Baram
  Sungai Lupar

6  Sungai-sungai di  Sabah :


   Sungai Padas
   Sungai  Labuk           
   Sungai Kinabatangan
   Sungai Segama

7  Sungai-sungai di Malaysia adalah deras alirannya di peringkat hulu, perlahan di peringkat   


     hilirnya,
8  Tasik semula jadi ialah Tasik Bera dan Tasik Chini.
9  Tasik buatan manusia ialah Tasik Kenyir, Tasik  Chenderoh, Tasik Perdana.  
Pola Saliran

Pola  sairan ialah  cara cawangan sungai dan sungai utama dijalin antara satu dengan lain.

a)    pola saliran reranting


- bentuk ranting pokok     
- di kawasan batuan yang sama kekerasan
- contoh: Sungai Pahang
                Sungai Kelantan

Pola Saliran Reranting

b)    pola saliran jejala


- di kawasan yang mempunyai batuan keras dan batuan lembut berselang-seli
            - anak sungai menghakis lapisan batuan lembut
            - contoh : Sungai Perak

Pola Saliran Jejala

c)    pola saliran selari


-  terdapat di cerun curam
            -  contoh : Sungai Kinabatangan
Pola Saliran Selari

d)    pola saliran gegelang


-  cawangan sungai mengalir menurun dari puncak gunung dan bercantum dengan  
   sungai utama di tanah rendah.

Pola Saliran Gegelang


e)    pola saliran jejari

- cawangan sungai mengalir turun menghala ke semua arah dari kemuncak sebuah bukit atau gunung

           Pola Saliran Jejari


 

Bentuk Muka Bumi Sepanjang Aliran Sungai

Peringkat Hulu

1  Sungai mengalir deras

2  kuasa hakisan giat.


3  bentuk muka bumi ialah jeram, air terjun, gaung, lubuk sungai

Peringkat Tengah
  
1  Sungai mengalir sederhana deras
2  tindakan hakisan melebar lebih pesat.
3  bentuk muka bumi ialah susuh  bukit berpanca dan liku sungai.

Peringkat Hilir 

1  Proses pemendapan sungai lebih aktif dan berkesan


2  bentuk muka bumi ialah liku sungai yang besar, tasik ladam, dataran banjir, tetambak
    dan delta.
Pinggir Laut
Pinggir laut Malaysia tidak lurus tetapi panjang, mempunyai bentuk muka bumi seperti teluk,

tebing tinggi, tanjung,  pantai,  pulau

1  Pantai berpasir penting sebagai kawasan  pelancongan dan perkelahan, kawasan


    penanaman kelapa.
    Contoh : Port Dickson
                  Pantai Cahaya Bulan
                  Batu Ferringhi

2  Pulau penting sebagai kawasan pelancongan, pelabuhan perikanan dan pelabuhan


    antarabangsa.
    Contoh :  Pulau Langkawi 
                    Pulau Tioman
                    Pulau Redang
                    Pulau Gaya

3  Tanjung penting sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan.


    Contoh :  Tanjung Bidara
                    Tanjung Dawai
                    Tanjung Datu

4  Teluk penting sebagai petempatan nelayan, tapak pelabuhan, kawasan perikanan,


    kawasan perkelahan.
    Contoh : Teluk Kemang
                   Teluk Ramunia
                   Teluk Kimanis
                   Teluk Darvel
                   Teluk Mahkota

5  Pentas benua ialah kawasan perikanan dan kawasan perlombongan petroleum dan gas


    asli. Meliputi kawasan pinggir laut di pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah,
    Sarawak serta Laut China Selatan.

Bentuk Muka Bumi Pinggir Laut

Potensi dan halangan bentuk muka bumi

Tanah tinggi

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

 Kawasan tadahan air dan legeh sungai


 Kawasan pelancongan
 Penjanaan kuasa hidroelektrik
 Penanaman tanaman hawa sederhana
Kepentingan kepada pembangunan Negara

 Sumber air dan makanan


 Sumber kuasa untuk kilang, pejabat dan rumah
 Peluang pekerjaan
 Menambahkan pendapatan Negara-melaluli aktiviti pertanian,  pembalakan dan pelancongan.

Halangan terhadap kegiatan manusia

 Cerun curam menyebabkan hakisan dan tanah runtuh


 Menyukarkan petempatan,  pertanian dan pembinaan jalan raya
Cara-cara mengatasi

 Menanam pokok atau rumput


 Membina teres
 Membina tembok simen atau batu
 Membina terowong
Tanah pamah 

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

 pertanian
 petempatan
 tapak perindustrian
 tumpuan jaringan pengangkutan
 perlombomngan
 Kepentingan kepada pembangunan Negara

 Sumber makanan
 Peluang pekerjaan
 Sumber bahan eksport dan mineral
 Menambahkan pendapatan negara
 pengangkutan cekap
 Halangan terhadap kegiatan manusia
 berpaya
 bertanih gambut
 Mudah banjir
 Cara-cara mengatasi

 menebus guna untuk kegiatan pertanian dan petempatan


 Bina perparitan

Pinggir laut 

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

 tapak pelabuhan
 pusat perikanan
 pusat pelancongan
 tapak petempatan nelayan

Kepentingan kepada pembangunan Negara 

 tapak pelabuhan semula jadi


 peluang pekerjaan
 kawasan peranginan dan pelancongan
 Menambahkan pendapatan negara

Halangan terhadap kegiatan manusia

 tebing curam
 hakisan ombak

Cara-cara mengatasi

 membina tembok
 membina benteng

 Saliran

Kepentingan terhadap kegiatan manusia

 Penjanaan kuasa hidroelektrik


 Sumber pengairan
 Kaedah pengangkutan
 Kawasan perikanan
 Pusat rekreasi
 Kegunaan domestik

Kepentingan kepada pembangunan Negara

 sumber kuasa hidroelektrik


 sumber makanan protein
 peluang pekerjaan
 bekalan air ke kilang,  pejabat,  rumah
 sumber air ke kawasan pertanian
 pengangkutan di kawasan pedalaman

Halangan terhadap kegiatan manusia

 Aliran deras di peringkat hulu dan berliku-liku di hilir sungai menyukarkan pengangkutan air
 air sungai yang tercemar
 aliran yang cetek

Cara-cara mengatasi

 membina empangan atau kolam air di peringkat hulu sungai


 meluruskan aliran sungai di peringkat hilirnya
 merawat sungai

Kepentingan pelbagai bentuk muka bumi di negara-negara lain.

Tanah tinggi di Switzerland

 penting untuk industri pelancongan


 pelancongan menyediakan peluang pekerjaan  kepada 10% penduduk negara ini
 musim sejuk aktiviti meluncur dan hoki atas salji
Cerun bukit di Pulau Jawa
 cerun gunung berapi yang subur (tanih lava bes ) ditanam padi secara berteres.
 juga kerana faktor kekurangan tanah pamah
Sungai di Thailand (Menam Chao Phraya) 
  nadi lalu lintas Thailand -dpt dimudiki  400km dari muaranya pd musim
hujan                                        -dpt dimudiki 200km pada musim kemarau.
 kegiatan pasar apung
 klong (jaringan terusan) yang menghubungkan  cawangan-cawangan Menam Chao Phraya di
deltanya
 Bangkok dikenali sebagai Venice Timur
 sungai ini juga diempang utk kuasa hidroelektrik-empangan Chainat,  Yan He
 deltanya sgt subur utk padi,tembakau dan jut
Tasik di Kampuchea (Tonle Sap) 

 perikanan air tawar


 pusat pelancongan
 menyediakan kemudahan pengairan

Kegiatan manusia yang merubah alam sekitar

Penebangan pokok

 pembalakan
 pembinaan jalan  raya 
 pertanian pinda

 Pertanian

 Pertanian pindah
 penggunaan racun serangga
 racun rumpai
 Pembinaan jalan raya

 perataan lereng bukit


 penerokaan hutan
 pelepasan asap drpd kenderaan
Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar

 hakisan tanih
 permukaan bumi menjadi gondol
 banjir
 pencemaran sungai dan udara
 menganggu ekosistem
 menjejaskan kesuburan tanih
 kepupusan flora dan fauna
 tanah runtuh

Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan

 penghutanan semula
 mewartakan taman negara dan hutan simpan
 penanaman tutup bumi
 peneresan cerun bukit
 kaedah biologi
 menggalakkan pertanian tetap
 menguatkuasakan undang-ungang

Tingkatan 1 : 
Tema 1 : Bentuk Muka Bumi
Tema 2 : Cuaca & Iklim
Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi  

Tema 1 : Bentuk Muka Bumi

      Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :


*    Tanah Tinggi
*    Tanah Pamah
*    Pinggir Laut
*    Saliran

Tanah Tinggi

Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa,
Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.  Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem
gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda.  Sistem gunung di Semenanjung Malaysia
merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan manakala Sistem
gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari
Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.

Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang
tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter.  Gunung Kinabalu terdapat di
Banjaran Crocker. 
Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang
dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia.  Gunung
yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu.  Terdapat 3 kawasan peranginan utama di
kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.

Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di
Banjaran Tahan.  Di sini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan
pelbagai flora dan fauna Hutan Hujan Tropika.

 Banjaran Titiwangsa- Gunung Tertinggi - Gunung Korbu

 Banjaran Crocker, Sabah

 Banjaran Tahan
Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia - 4104meter 

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND

   Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand.  Sungai Chao Phraya berfungsi
sebagai:
* jalan pengangkutan
* hidroelektrik
* sumber domestik
* pengairan sawah padi
* mengangkut kayu balak

    Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG  yang menjual pelbagai barangan


seperti buah-buahan.  Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat
banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.
 Bangkok yang merupakan ibu negeri Thailand terletak di tebing Sg. Chao Phraya

Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand


Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand
2) Pergunungan Alps di Switzerland 

   Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan
bergunung gangan.  Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan.  Terdapat banyak
bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti
meluncur salji.
Bentuk Muka Bumi Glasier
Kelihatan Khemah Tupik (Gambar kiri) dan Pemandangan Menarik Puncak Piramid( Bentuk Muka Bumi
Glasier)
3) Tasik Tonle Sap, Kampuchea

     Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi  terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap
terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea.  Tasik ini membekalkan
kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea.  Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas
tasik ini.

 Tasik Tonle Sap Kampuchea


Phnom Penh, ibu negeri Kampuchea terletak di pinggir Tasik Tonle Sap

Tasik Tonle Sap di Kampuchea

 4) Pertanian Berteres di Pulau Jawa


     Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk.  Di
Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit.  Faktor utama
adalah disebabkan:
*  Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur
*  Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk

 Kedudukan Pulau Jawa

Pertanian berteres di Pulau Jawa

Pertanian padi dijalankan di cerun-cerun berteres di Pulau Jawa

You might also like