You are on page 1of 33

LATAR BELAKANG TAMADUN

Jelaskan latar belakang tamadun India


Kedatangan orang Aryan telah meruntuhkan Tamadun Indus.
Kedatangan orang Aryan telah membawa budaya baru kepada masyarakat lembah Indus
Zaman ini dikenali sebagai Zaman Vedik
Zaman Vedik diambil sempena kelahiran kitab-kitab Veda
Merupakan permulaan kehidupan beragama dan kelahiran agama Hindu
Selepas bertapak di lembah sungai Indus, mereka beralih ke lembah Ganges
Terdapat dua bentuk kerajaan dalam tamadun Indus,
Kerajaan Janapada (kerajaan kecil) dan Mahajanapada (kerajaan besar).
Chandragupta Maurya membentuk empayar pertama India setelah menyatukan seluruh
kerajaan kecil di India Utara

SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN


Nyatakan bentuk pentadbiran peringkat awal tamadun India
Mempunyai dua bentuk kerajaan pada peringkat awal
kerajaan kecil dan kerajaan besar
Kerajaan kecil bersifat kepuakan dan tidak beraja.
Kerajaan besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi dan Kasola

Jelaskan ciri-ciri pemerintahan beraja dalam tamadun India


Raja mengamalkan kuasa mutlak.
Raja dianggap suci dan perlu dihormati.

Kedudukan raja diperkukuhkan dengan upacara ritual...


Brahmin menjadi penasihat raja.
Golongan ksyatria menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan golongan dominan

Jelaskan mengenai Empayar Maurya dalam tamadun India


Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya dengan menyatukan kerajaan-kerajaan
kecil di India.
Chandragupta Maurya mengubah status raja kepada maharaja.
Empayar Maurya meliputi kawasan Teluk benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush.
Ibu negaranya terletak di Pataliputra.
Zaman kegemilangan pada zaman maharaja Asoka.
Kegemilangan ini disebabkan Asoka berjaya menamatkan Perang Saudara selepas kematian
ayahnya, Bindusara dan menakluki negeri Kalinga.
Selepas Perang Kalinga, Asoka menekankan keamanan dan kemajuan sosial dan dasar
penaklukan melalui penyebaran agama Buddha.
Asoka mewujudkan birokrasi pentadbiran dalam pemerintahan

Jelaskan mengenai Perang Kalinga


Berlaku pada masa pemerintahan Asoka.
100 000 telah terkorban dan 150 00 cedera.
Menyedarkan Asoka tentang penderitaan dan kematian.
Menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan menyebarkannya dan mengembangkanya

PERUNDANGAN
Jelaskan sistem perundangan dalam tamadun India

Perundangan menjadi aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan dan keberkesanan
pentadbiran.
Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu tertua.
Kitab ini dipercayai dihasilkan antara abad keenam hingga abad kedua sebelum masehi.
Raja bertanggungjawab memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang.

Segala kesalahan yang dilakukan akan dikenakan tindakan atau denda, bergantung pada
keseriusan kesalahan tersebut.
Golongan Brahmin menjadi golongan dominan dalam bidang undang-undang kerana mahir
dalam hukum-hakam.
.
Pada zaman Dinasti Maurya, Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah
raja.
Segala titah perintah raja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan.
Tujuanya supaya dapat dibaca oleh rakyat.
Tiang itu kini dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman Asoka.
Beliau sentiasa berpegang pada konsep kesejahteraan rakyat
PERLUASAN KUASA
Jelaskan perluasan kuasa dalam tmadun India
Mula berlaku pada masa pemerintahan Chandragupta Maurya.
Kejayaan perluasan kuasa dibantu oleh pasukan tentera terdiri daripada 600 ekor gajah, 1000 tentera
berkuda dan 10 000 tentera infantri.
Kawasan dikuasai meliputi seluruh India Utara, Punjab, Empayar Seleucid di Syria dan Sempadan India
Barat.
Bindusara, putera Chandragupta meluaskan kuasa ke Mysore di Selatan India.

Kaedah peluasan kuasa berubah semasa pemerintahan Asoka.


Asoka menekankan dasar lebih lembut untuk memperluaskan pengaruh Maurya.
Asoka meluaskan kuasa melalui penyebaran agama Buddha.
Ini berlaku akibat kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga

KEGIATAN EKONOMI
Jelaskan mengenai kegiatan ekonomi dalam tamadun India
Berkembang pesat sejak abad ketiga.
Melibatkan perdagangan kawasan di dalam wilayah India dan perdagangan dengan luar negara.

Pusat perdagangan penting ialah Anga, Kalinga dan Karusa.


Pusat-pusat ini menghasilkan gading, senjata, emas, berlian dan mutiara untuk diperdagangkan.

Kerajaan Maurya menjalankan hubungan perdagangan dengan Macedonia, Sri Lanka, Asia Tenggara dan
Asia Tengah.
Pelabuhan utamanya menghubungkan India dengan negara luar ialah Broach, Chaul,Kalyan dan Cambay.

Terdapat persatuan perdagangan dan perusahaan(stresthin) di setiap bandar.


Persatuan itu termasuklah persatuan tukang kayu, tukang logam dan tukang kulit.
Matlamat stresthin adalah untuk mengawal harga, kualiti barang dan gaji pekerja.
Terdapat undang-undang untuk mengawal stresthin.
Pelaksanaan undang-undang diawasi oleh raja.
Mata wang digunakan sebagai medium jual beli.
Semasa Zaman Gupta , bentuk wang emas telah digunakan.

Aktiviti perdagangan sangat disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan terutama tekstil,
kain kapas dan sutera
Perusahaan barangan emas, mutiara dan batu permata turut berkembang.
Pelbagai jenis cukai dikenakan terhadap hasil perdagangan.
Contohnya hasil pertanian dan buah-buahan.
Cukai ini bertujuan menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja.

Perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu meningkat pada zaman Gupta.
Pedagang India memperolehi rempah, bedak wangi, gading gajah dari Alam Melayu.
Memperolehi tembikar, barang kaca dan minyak wangi dari China.
Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang.

PENDIDIKAN
Jelaskan ciri-ciri pendidikan dalam tamadun India
Bermula pada Zaman Vedik.
Pendidikan sangat mementingkan keagamaan iaitu agama Hindu.
Pendidikan hanya didominasikan oleh kaum lelaki.
Golongan wanita tidak diberi peluang dalam pendidikan.
Pendidikan memberi perhatian kepada pembelajaran kitab-kitab Veda.
Bahasa Sanskrit menjadi medium pengajaran penting.
Kaedah hafalan merupakan kaedah yang digunakan untuk mendalami kitab-kitab Veda.
Matlamat pendidikan berteraskan agama Hindu dan Buddha adalah untuk menyediakan manusia
menghadapi hari selepas mati.
Tumpuan pendidikan ialah agama.

Segala hukum agama harus dipelajari supaya hidup sempurna.


Pendidikan tinggi telah diberikan oleh Kolej Brahman bermula sebelum 100 S.M.
Sebelum itu, pendidikan diberi di istana dan rumah.
Pada abad ke empat lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda.
Untuk mencapai taraf Brahmin, seseorang harus menghafal buku-buku agama khususnya Veda.
Kitab Veda mengandungi peraturan ritual, mentera, dan lagu-lagu agama.
Mereka juga harus mempelajari karya sinstifik dan falsafah.
Pada zaman seterusnya pendidikan bertujuan untuk menambah ilmu , mengatasi buta huruf serta
mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

FALSAFAH
Jelaskan ciri-ciri Falsafah dalam tamadun India
Falsafah India merupakan falsafah terawal di dunia .
Falsafah ini wujud dalam dua bentuk pemikiran yang besar. .
Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda dan yang menolak kitab Veda.
Kitab Veda terdiri daripada Rig Veda, Yajur Veda, Sama Veda dan Atharya Veda.
Mahabharata dan Bhagavad Gita merupakan sumber falsafah yang terdapat dalam Veda.
Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran Carvaka, Jainisme dan Buddhisme

SAINS DAN TEKNOLOGI


Jelaskan ciri-ciri Sains dan teknologi dalam tamadun India
Sains dan teknologi adalah cabang kepada pengetahuan Vedik.
Pengetahuan tentang astronomi terdapat dalam Rig Veda.
Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta.

Ahli matematik India mengetahui konsep geometri.


Mereka memperkenalkan sistem nombor
Angka Brahmin dan angka Kharosti..
Ilmu perubatan berkembang kerana kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana
kaitannya dengan yoga

SENI BINA
Jelaskan ciri-ciri seni bina dalam tamadun India
Stupa Besar di Sanchi bertujuan keagamaan.
Great Bath merupakan tempat mandi untuk tujuan penyucian diri.
Kompleks kuil di Gua Ajanta mengandungi 28 kuil-gua.
Terdapat menara pelbagai bentuk seperti kon, kubah dan pagoda

KESUSASTERAAN
Jelaskan ciri-ciri sastera dalam tamadun India
Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit
Bidang sastera terbahagi kepada bentuk Vedik, Epik dan Sajak
Sastera agama Hindu dan Buddha terkenal ialah Epik Mahabharata dan Epik Ramayana
SISTEM SOSIAL
Jelaskan susun lapis masyarakat dalam tamadun India
Brahmin (Pendeta),
Ksyatria (Pahlawan)
Vaisya (Pedagang)
Sudra (Petani)

Jelaskan ciri-ciri kasta dalam tamadun India


Terdapat tanggungjawab berbeza mengikut kasta
Diikuti dengan ketat oleh masyarakat
Seseorang yang dilahirkan dalam kasta tertentu tidak boleh mengubah kasta lain
Lelaki dilarang berkahwin dengan wanita kasta lain
Percampuran di kalangan ahli yang berbeza kasta dilarang

Latar Belakang
Jelaskan belakang tamadun China
Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas ke Selatan China
Dinasti Chin wujud tahun 221s.m 206 s.m
Maharaja Shih Huang Ti merupakan pengasas Dinasti Chin
Nama sebenar ialah Raja Chen
Beliau berjaya membentuk empayar yang luas sehingga ke sungai Merah di Vietnam
Beliau berjaya menyatukan semua jajahan takluknya di bawah pentadbirarn pusat

Pemerintahan dan Pentadbiran

Jelaskan ciri-ciri pemerintahan dan pentadbiran tamadun China


Perluasaan kuasa telah mengubah pemerintahan Feudal kepada pentadbiran berpusat
Melahirkan zaman empayar pada zaman Dinasti Chin
Konsep raja bertukar menjadi maharaja
Membentuk birokrasi awam yang terdiri daripada pegawai kerajaan
Pegawai kerajaan terdiri daripada rakyat yang dilantik oleh jawatankuasa dalam Sistem perkhidmatan
awam iaitu Hon Kao Tsu
Perlantikan ini berasaskan pencapaian dalam peperiksaan awam

Perundangan
Jelaskan ciri-ciri perundangan tamadun China
Sistem perundangan berteraskan dua prinsip utama iaitu hukuman berat dan bercorak kolektif

Teras undang-undang ini adalah daripada Falsafah Legalisme


Undang-undang ini diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu
Menurut falsafah ini , undang-undang tegas dapat mengawal tingkah laku manusia
Dalam melaksanakan undang-undang , belas kasihan tidak harus wujud
Penguatkuasaan undang-undang harus dipelihara dalam apa juga keadaan
Raja mesti memiliki kuasa yang utuh
Ini bertentangan dengan undang-undang berteraskan ajaran Confucius
Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga
keharmonian masyarakat

PERLUASAN KUASA
Jelaskan mengenai perluasan kuasa tamadun China
Bermula pada zaman Dinasti Chin
Semasa pemerintahan Shih Huang Ti
Beliau berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China
Memerintah secara autakratik
Kuasa bangsawan dihapuskan dan digantikan dengan gabenor dan panglima tentera
Tembok Besar China dibina daripada serangan orang gasar ( orang Hun )
Kejatuhan Dinasti Chin menyebabkan kemunculan Dinasti Han
Mahajara Han Wu Tin pada zaman Dinasti Han meluaskan kawasan takluknya melalui angkatan tentera
yang kuat
EKONOMI
Jelaskan mengenai perkembangan ekonomi tamadun China
Tenggala talah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman

Penciptaan kolar kuda untuk menarik tenggala kayu , kereta kuda dan penyisir tanah
Di Barat penggunaan kolar kuda telah menyebabkan kuda tercekik tetapi di China dapat menarik
beban yang berat dan tidak mencekik kuda
Sistem penanaman bergilir diperkenalkan untuk menjaga kesuburan tanah
Kawasan telah diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
Pembinaan terusan untuk sumber air pertanian
Pembinaan terusan untuk mengawal banjir
Perusahaan logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han
Hasil perusahaan di dagangkan hingga ke Alam Melayu , India , Timur Tengah dan Barat
Hasil dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat dan kemudiannya melalui jalan laut

Jalan Sutera Darat bermula dari Rom merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke
China
Jalan laut ialah jaringan jalan yang menghubungkan China dengan India dan negara Barat

Muncul persatuan perdagangan yang melahirkan golongan kelas pertengahan yang besar

Perkembangan ekonomi mencetuskan perkembangan Sistem perhubungan seperti jalan raya ,


jambatan
Mewujudkan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan kereta lembu

Pendidikan

Senaraikan ciri-ciri pendidikan tamadun China

Matlamat utama pendidikan adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan


Terdapat tiga peringkat pendidikan
Pendidikan rendah tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan
sembilan buah buku suci
Peringkat menengah , tumpuan adalah terhadap karangan dan sastera
Pendidikan di China untuk kepentingan pentadbiran

Jelaskan mengenai Peperiksaan Awam tamadun China


Mengandungi tiga tahap iaitu tahap pertama ( Hsiu Tai ) , tahap kedua ( Chun-Jen ) dan tahap
ketiga ( Chin-Ship )
Tahap pertama setaraf ijazah pertama
Tahap kedua setaraf dengan sarjana
Tahap ketiga setaraf doktor Falsafah
Peperiksaan tahap pertama dijalankan di daerah
Peperiksaan tahap kedua di ibu kota daerah
Tahap ketiga di ibu kota empayar yang bertempat di istana
Lulus tahap pertama berpeluang menjadi pegawai kerajaan
Lulus tahap ketiga layak menjadi pendidik
Peperiksaan tahap pertama diadakan dua kali dalam tempoh tiga tahun
Peperiksaan tahap kedua dan ketiga diadakan tiga tahun sekali
Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia
Peperiksaan ini dikendalikan dengan ketat
Mereka didapati meniru dikenakan hukuman mati

Pemeriksa dikurung sebelum tiba hari peperiksaan


Calon akan ditempatkan dalam bilik dengan disediakan makanan
Calon dikurung selama tiga hari untuk menulis jawapan

Sistem Sosial
Senaraikan ciri-ciri sistem sosial tamadun China
Golongan pertama ialah golongan atasan yang terdiri daripada lapisan pentadbir ( Maharaja , pegawai,
bangsawan , sida-sida )
Kumpulan kedua terdiri daripada rakyat bawahan iaitu petani dan artisan
Golongan ketiga ialah golongan hamba
Individu di China boleh menukar kelas kepada lebih baik menerusi pendidikan

Senaraikan ciri-ciri Kelas Masyarakat Mengikut Confucius


Membahagikan kepada empat kelas utama
Golongan teratas ialah golongan sarjana
Golongan kedua ialah golongan petani
Golongan ketiga ialah golongan tukang
Golongan paling bawah ialah golongan pedagang

Seni Bina
Jelaskan seni bina dalam tamadun China
Membina Tembok Besar China sepanjang 1,500 batu dari Kansu ke Peking
Tembok batu dibina di bandar-bandar lain seperti Anyang , Peking dan Loyang
Setiap tembok terdapat pintu gerbang yang dikelilingi parit besar dan menara
Dalam tembok menempatkan kediaman Maharaja
Salah satu istana raja yang kekal ialah kota larangan
Istana ini mempunyai taman dan dewan
Pembinaan kuil , pagoda , pintu gerbang dan jambatan
Kebanyakan pagoda dibina berbentuk oktagon atau segi empat sama

Sains dan Teknologi


Jelaskan kemajuan sains dan teknologi dalam tamadun China
Penciptaan kertas
Konsep keseimbangan antara dua kuasa iaitu Yang ( kuasa aktif ) dan Yin
( kuasa pasif ) membolehkan seseorang berada dalam keadaan sihat

TAMADUN HWANG HO

Di manakah lokasi tamadun Hwang Ho (ms28)

Dilembah Hwang Ho yang subur(Sungai Kuning)

Senaraikan Tiga dinasti yang wujud dalam tamadun Hwang Ho (ms29)


Dinasti Hsia

Dinasti Shang

Dinasti Chou

Namakan dinasti beraja pertama di China


Dinasti Hsia

Namakan Bandar terawal Tamadun Hwang Ho (ms29)

Anyang

Senaraikan ciri-ciri Bandar Anyang (ms29)


Salah satu contoh Negara kota

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran.

Ketua pemerintah ialah raja, golongan pembesar dan golongan agama.

Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh.

Di kelilingi oleh perkampungan petani.

Senaraikan susun lapis masyarakat Dinasti Shang (ms30)


Golongan raja dan pembesar. /

Golongan petani dan artisan.

Golongan hamba

Apakah kegunaan gangsa yang dalam Dinasti Shang yang dihasilkan oleh golongan artisan
Menghasilkan senjata / perisai / hiasan pada kereta kuda

Jelaskan pengkhususan pekerjaan dalam Dinasti Shang


Golongan pembesar mempunyai tentera masing-masing

Terdapat pasukan tentera berkuda dan tentera berjalan kaki

Golongan petani menjadi tonggak ekonomi

Terbentuk golongan artisan yang mencipta barangan tembaga seperti bekas minuman/ makanan /
senjata

Wujud golongan hamba

Apakah tugas golongan hamba (ms30)


Tentera paksaan.

Membantu kerja-kerja perburuhan.

Untuk tujuan korban dan upacara penyembahan

Jelaskan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Shang (ms31)


Pemerintahan beraja.

Pengganti raja selalunya saudara lelaki atau anak lelaki raja.

Raja mempunyai kewibawaan politik / ekonomi / sosial / agama.

Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.

Masyarakat percaya kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.

Raja-raja Shang tidak perlu mendapat pengesahan politik kerana mereka daripada keturunan
pemerintah agama

Raja dibantu oleh golongan bangsawan / pegawai kerajaan dalam pentadbiran..

Bagi wilayah luar, pentadbiran dibantu oleh golongan bangsawan.

Golongan bangsawan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir wilayahnya

Bangsawan berhak mewujudkan pentadbirannya sendiri dalam hal cukai /pertahanan/ undang-undang

Senaraikan ciri-ciri sistem pemerintahan Dinasti Chou(ms31)


Raja-raja Dinasti Chao membahagikan tanah kepada wilayah-wilayah

Melantik pembesar di setiap wilayah

Raja mengikat pembesar tempatan melalui ikrar taat setia kepada pemerintah dan diminta memberi
hadiah kepada raja seperti hamba kereta kuda / senjata /

Pembesar diminta melindungi raja

Pembesar diminta memberi bantuan tentera semasa perang

Pembesar diberi hak menjadi ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan

Apakah yang dimaksudkan mandat daripada tuhan (ms31)


Percaya jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan menikmati kemakmuran kerana
pemerintahan direstu oleh tuhan.

Percaya pemerintah Shang telah kehilangan mandat kerana berlaku zalim

Jelaskan ciri-ciri keagamaan dan kepercayaan tamadun Hwang Ho. (ms 31)
kepercayaan animisme

Kepercayaan politeisme.

Penyembahan roh nenek moyang.

Menyembah tuhan syurga dan tuhan bumi

Penyembahan terhadap sungai / bukit / gunung

Upacara penyembahan melibatkan permainan muzik, tarian dan upacara korban

Upacara penyembahan diketuai oleh golongan bomoh

Jumpaan tulang binatang dan kulit kura yang dikenali sebagai tulang oracle

Fungsi tulang oracle untuk meramalkan sesuatu keadaan

Golongan bomoh terlibat dalam upacara penilikan ini dengan meletakkan tulang ini di atas unggun api.

Rekahan pada tulang ditafsirkan dengan sesuatu kejadian

Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle? (ms31)


Membawa kepada sistem tulisan awal di China

Apakah nama tulisan tamdun awal China? (ms31)


Tulisan China ini berbentuk ideogram iaitu tulisan berbentuk simbol

SUMBANGAN TAMADUN HWANG HO

Terangkan sumbangan tamadun Hwang Ho dalam peradaban dunia


Bidang politik
Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno .
Sistem pemerintahn monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
Sedikit perubahan dialkukan iaitu gelaran raja ditukar kepada maharaja
Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja..

Aspek ekonomi (Pertanian)


Pembinaan sistem pengairan
Mengairi kawasan pertanian dan untuk mengelakkan banjir
Kemajuan teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul / sabit
Penggunaan batas untuk tujuan tanaman
Perubahan secara evolusi penggunaan alat pertanaian daripada kayu kepada besi

Sistem Tulisan
Berkembang secara evolusi

Digunakan oleh orang China hingga sekarang


Penggunaannya meluas
Digunakan dalam bidang penulisan / percetakan
Diajar di sekolah-sekolah di China
Penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

Sistem kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang
Dijalankan semenjak Dinasti Shang
Diteruskan mengikut kesesuaian masa
Upacara korban manusia tidak lagi diamalkan tetapi digantikan dengan unsure lain
Konsep Ying dan Yang dan Feng Hsui masih terdapat dalam masyarakat China hari ini

Penciptaan kalendar
Dicipta semasa Dinasti Shang
30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun
Untuk menentukan musim menanam dan menuai
Untuk menjalankan aktiviti harian
Upacara perkahwinan / perburuan / pengkebumian

Pengamalan Falsafah Perang Sun Tzu


Karya beliau The Art of War
Membicarakan selok-belok perang dan menangani musuh
Diulang cetak ke dalam pelbagai bahasa.
Hari ini diaplikasikan sebagai tektik dalam urusan perniagaan

Apakah yang dimaksudkan dengan Yin dan Yang (ms33)


Orang China percaya baawa alam semesta dan kejadian alam terdiri daripada dua unsur yang saling
melengkapi iaitu Yin dan Yang (Yin ialah kuasa pasif dan Yang kuasa aktif)

oalan Struktur
(a) Apakah yang dimaksudkan dengan tamadun dari sudut pandangan sarjana berikut :
(i) Sarjana Barat
(ii) Sarjana Islam
[2 markah]
(b) Berikan dua buah tamadun awal dunia yang muncul di kawasan lembah sungai.
[2 markah]
(c) Pada pandangan anda, mengapakah masyarakat dalam tamadun awal membina tamadun mereka di kawasan
lembah sungai ?
[2 markah]
(d) Nyatakan ciri tamadun awal dunia.
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan tamadun awal kepada peradaban manusia pada masa kini
?
[2 markah]

Soalan Esei
(a) Apakah maksud tamadun ?
[4 markah]
(b) Huraikan ciri tamadun awal dunia.
[10 markah]
(c) Apakah sikap yang perlu kita contohi daripada masyarakat dalam tamadun awal untuk membolehkan kita
membina sebuah tamadun yang unggul ?
[6 markah]

NOTA
PENGERTIAN TAMADUN

Maksud Tamadun
Berasal daripada bahasa Arab mudun, madain dan madana
Bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar
Dalam bahasa Inggeris disebut civilization
Berasal daripada perkataan Greek civitas
Bermaksud bandar
Bermaksud peradaban
Sarjana Barat tamadun ialah pembangunan lahiriah
Kemajuan dalam aspek ekonomi, pembandaran, perundangan, kebudayaan dll
Tamadun tiada kaitan dengan unsur rohaniah
Sarjana Islam tamadun ialah pembangunan lahiriah dan rohaniah

Kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah


Mesti seimbang antara kemajuan lahiriah dan rohaniah
Jawapan
Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab iaitu mudun, madain dan madana. Perkataan tersebut bermaksud
tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Dalam bahasa Inggeris, tamadun disebut sebagai civilization.
Perkataan civilization berasal daripada perkataan Greek iaitu civitas. Perkataan civitas bermaksud bandar.
Dari segi konsep, tamadun membawa maksud peradaban, pembangunan atau kemajuan. Menurut pandangan
sarjana Barat, tamadun bermaksud pembangunan dalam bidang lahiriah iaitu kemajuan manusia dalam aspek yang
berkaitan dengan ekonomi, pembandaran, kebudayaan, undang-undang dan sebagainya. Menurut mereka, tamadun
tidak ada kaitan dengan unsur rohaniah. Menurut sarjana Islam pula, tamadun bermaksud pembangunan dalam
aspek lahiriah dan rohaniah iaitu kemajuan dalam bidang fizikal dan sahsiah manusia. Menurut mereka, tamadun
mestilah wujud keseimbangan antara kemajuan lahiriah dan rohaniah.

PUSAT TAMADUN AWAL DUNIA

Pusat Tamadun Awal Dunia


Tamadun Mesopotamia di lembah sungai Tigris dan Euphrates
Tamadun Mesir Purba di lembah sungai Nil
Tamadun Indus di lembah sungai Indus
Tamadun Hwang Ho di lembah sungai Hwang Ho

CIRI TAMADUN AWAL DUNIA

Ciri Tamadun Awal Dunia


Mempunyai petempatan kekal
Penduduk nomad menetap di lembah sungai
Lembah sungai dipilih kerana dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan
Contohnya di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, di lembah sungai Indus dan di lembah
sungai Hwang Ho.

Mempunyai organisasi sosial


Terjadi disebabkan penduduk bertambah ramai
Masyarakat mempunyai susun lapis
Terdapat dua lapisan masyarakat iaitu lapisan atasan dan bawahan
Lapisan atasan terdiri daripada raja dan bangsawan
Lapisan bawahan terdiri daripada rakyat dan hamba

Mempunyai sistem pemerintahan


Diperintah oleh raja
Raja berkuasa mutlak
Raja berkuasa di peringkat pusat
Dibantu oleh bangsawan dan pendeta
Bangsawan menjadi pentadbir wilayah
Pendeta menjalankan urusan keagamaan
Mewujudkan undang-undang untuk melicinkan pentadbiran

Mempunyai pengkhususan pekerjaan


Berlaku kerana terdapat pelbagai keperluan
Contoh petani, artisan, tentera, tukang dll.

Mempunyai agama dan kepercayaan


Mempercayai animisme unsur alam dikawal oleh semangat
Semangat boleh mendatangkan kebaikan dan keburukan
Contohnya memuja bukit-bukau, laut, gunung dsb.
Mempercayai politeisme banyak tuhan
Contohnya tuhan bukit, tuhan syurga, tuhan matahari dll.

Mempunyai bahasa dan tulisan


Bahasa digunakan untuk berhubung dengan masyarakat luar
Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusan
Contoh tulisan ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan piktograf

Jawapan
Ciri tamadun awal dunia ialah mempunyai petempatan kekal. Penduduk nomad mula hidup menetap di
kawasan lembah sungai yang subur. Mereka membina petempatan kekal di situ supaya dapat menjamin
kelangsungan bekalan makanan. Mereka menjalankan aktiviti bercucuk tamam. Kawasan lembah sungai yang
menjadi pusat petempatan kekal ialah di lembah sungai Tigris dan Euphrates, di lembah sungai Nil, lembah
Indus sertalembah Hwang Ho.
Ciri yang kedua ialah mempunyai sistem organisasi sosial. Lebihan bekalan makanan menyebabkan
berlakunya pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk menyebabkan wujudnya susun lapis dalam
masyarakat. Masyarakat tamadun awal mempunyai dua susun lapis utama iaitu lapisan atasan dan lapisan
bawahan. Lapisan terdiri daripada raja dan bangsawan. Lapisan bawahan pula terdiri daripada golongan rakyat
dan hamba.
Ciri yang ketiga ialah mempunyai sistem pemerintahan. Sistem pemerintahan diterajui oleh raja. Raja
mempunyai kuasa mutlak. Raja berkuasa di peringkat pusat. Raja dibantu oleh golongan bangsawan dan
pendeta. Bangsawan dilantik menjadi pentadbir wilayah. Pendeta diberi kuasa menjalankan urusan
keagamaan. Undang-undang diwujudkan untuk melicinkan pentadbiran.
Ciri yang keempat ialah mempynyai pengkhususan pekerjaan. Penduduk yang ramai menyebabkan
wujudnya pelbagai keperluan. Ada yang memerlukan tukang untuk membina tempat tinggal dan ada yang
memerlukan artisan untuk menghasilkan barang keperluan dan perhiasan. Oleh itu, wujudlah pelbagai jenis
pekerjaan seperti petani, tukang, artisan, tentera dan sebagainya.
Ciri yang kelima ialah mempunyai agama dan kepercayaan. Masyarakat dalam tamadun awal
mempercayai animisme. Mereka mempercayai bahawa setiap unsur alamdikawal oleh semangat. Semangat
tersebut boleh mendatangkan kebaikan dan keburukankepada manusia. Oleh itu, mereka memuja
semangat supaya memberikan kebaikan kepada mereka. Masyarakat tamadun awal juga
mempercayai politeisme iaitu mempercayai wujudnya banyak tuhan. Mereka mempercayai tuhan bulan, tuhan
matahari, tuhan ibu, tuhan sungai dan sebagainya.
Ciri yang keenam ialah mempunyai bahasa dan tulisan. Bahasa digunakan untukberhubung dengan
masyarakat luar. Tulisan digunakan untuk merekodkan pelbagai urusanseperti mencatat doa, menulis surat kredit,
menulis undang-undang dan lain-lain. Contoh tulisan tamadun awal ialah hieroglif, cuneiform, ideogram dan
piktograf.

SEBAB TAMADUN AWAL DUNIA BERTUMPU DI LEMBAH SUNGAI

Membina petempatan kekal di lembah sungai kerana .....


Tanah subur
Sesuai bercucuk tanam
Menjamin kelangsungan bekalan makanan
Tanah pamah yang luas
Sesuai membina tempat tinggal
Bekalan air untuk kegunaan harian
Bekalan air untuk pengairan
Bekalan sumber protin
Laluan perhubungan dan pengangkutan
Mana-mana jawapan munasabah

Jawapan
Masyarakat tamadun awal membina petempatan kekal di kawasan lembah sungai kerana tanah subur sesuai
untuk bercucuk tanam dan dapat menjamin kelangsungan bekalan makanan. Selain itu, masyarakat tamadun
awal membina petempatan kekal di lembah sungai kerana terdapat tanah pamah yang luas sesuai untuk
membina tempat tinggal. Sebab yang lain ialah sungai dapat membekalkan sumber air untuk kegunaan
harian dan sumber pengairan. Seterusnya sungai juga membekalkan sumber protin serta menjadi laluan untuk
perhubungan dan pengangkutan.

SUMBANGAN TAMADUN AWAL DUNIA


Sumbangan Tamadun Awal Dunia

Tamadun Mesopotamia
Pembinaan negara kota
Penciptaan dan penggunaan roda
Penciptaan layar dan kapal layar
Pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi
Mengkatalogkan ubat-ubatan dan cara penggunaannya

Tamadun Mesir Purba


Pengenalan sistem pemerintahan bercorak teokrasi
Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian
Perkembangan dalam ilmu matematik dan astronomi
Pengenalan kaedah pengawalan banjir
Penciptaan kalendar
Pengenalan teknik pembedahan
Penciptaan teknik memumiakan mayat

Tamadun Indus
Pengenalan bandar terancang
Penciptaan batu-bata daripada tanah liat melalui pembakaran
Perubahan sikap mengambil unsur baik daripada tamadun lain
Kebijaksanaan menggunakan persekitaran untuk membina tamadun
Tamadun Hwang Ho

Pengenalan sistem pemerintahan berasaskan dinasti


Penciptaan alat-alat pertanian
Penggunaan teknologi baru dalam pertanian
Penciptaan terusan
Pengenalan kaedah dan strategi peperangan

Rangka Jawapan
Sumbangan tamadun Mesopotamia kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pembinaan negara
kota, penciptaan roda serta penggunaannya dan penciptaan layar kapal.Selain itu, sumbangan tamadun
Mesopotamia juga ialah pengenalan Kod Undang-Undang Hammrurabi dan teknik mengkatalogkan ubat-ubatan
serta cara-cara penggunaannya.
Sumbangan tamadun Mesir Purba kepada peradaban manusia pada hari ini ialah pengenalan sistem
pemerintahan bercorak teokrasi, Menebusguna padang pasir menjadi kawasan pertanian serta mengembangkan
ilmu matematik dan astronomi. Selain itu, sumbangan tamadun Mesir Purba juga ialah memperkenalkan kaedah
mengawal banjir, mencipta kalendar, memperkenalkan teknik pembedahan dan mencipta kaedah memumiakan
mayat.
Sumbangan tamadun indus kepada peradaban manusia pada hari ini ialah memperkenalkan kaedah
membina bandar terancang serta mencipta batu-bata daripada tanah liat dengan menggunakan suhu yang
tinggi. Selain itu, sumbangan tamadun Indus juga ialah mengajar agar bersikap mengambil unsur baik daripada
tamadun lain dan bertindak bijak menggunakan persekitaran untuk membina tamadun.

OALAN STRUKTUR (Modul 1)


(a) Apakah ciri bandar dalam Tamadun Hwang Ho.

Terletak di kawasan tanah tinggi

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran


Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah]
(b) Berikan dua golongan bawahan yang terdapat dalam susun lapis masyarakat Hwang Ho.

Petani,
Artisan
Pedagang
Hamba
[2 markah]
(c) Jelaskan sistem kepercayaan yang menjadi amalan dalam masyarakat Hwang Ho.

Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.


Mempercayai animisme
Menyembah sungai, bukit dan gunung.
Mengamalkan politeisme.
Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu).
Memuja roh nenek moyang.
Mempercayai ramalan.
Mempercayai konsep Yin dan Yang.
Mempercayai konsep Feng Hsui.
[2 markah]
(d) Nyatakan kepentingan penggunaan kalendar dalam kehidupan harian masyarakat Hwang Ho.

Menentukan bilangan hari dalam setahun

Meramalkan cuaca
Menetapkan tarikh perkahwinan
Memulakan aktiviti bercucuk tanam
Menjalankan aktiviti harian
Memulakan pelayaran
Mana-mana jawapan munasabah
[2 markah]

(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah sumbangan Tamadun Hwang Ho kepada peradaban manusia pada hari ini.

Memperkenalkan sistem pemerintahan monarki.


Mengamalkan pemerintahan berasaskan putaran dinasti
Pembinaan terusan untuk tujuan pertanian dan mengelakkan banjir.
Membajak tanah pertanian.
Menggunakan peralatan cangkul dan sabit untuk pertanian.
Menggunakan batas untuk tujuan penanaman.

Memperkenalkan sistem tulisan ideogram.


Mengamalkan pemujaan roh nenek moyang
Mengamalkan konsep Yin dan Yang
Mengamalkan konsep Feng Hsui
Memperkenalkan Sistem kalendar 12 bulan dan 360 hari setahun.
Mengamalkan penggunaan kalendar untuk menjalani aktiviti harian.
Memperkenalkan Falsafah perang Sun Tzu.
[2 markah]

TAMADUN HWANG HO

SOALAN STRUKTUR (Modul 2)


(a) Apakah keistimewaan bandar Anyang ?

Terletak di kawasan tanah tinggi

Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran


Didiami oleh raja, golongan pembesar dan golongan agama
Dilengkapi tembok menghalang pencerobohan musuh
Dikelilingi oleh perkampungan petani
[2 markah]
(b) Bagaimanakah sistem pemerintahan beraja diamalkan dalam

Dinasti Shang ?

Pengganti raja adalah saudara lelaki atau anak lelaki raja.


Raja berkuasa dalam politik, ekonomi, sosial dan agama.
Raja berkuasa secara langsung di kawasan pusat pentadbiran.
Kuasa raja merupakan mandat daripada tuhan.
Raja tidak perlu mendapatkan pengesahan politik.
Raja dibantu oleh bangsawan dan pegawai kerajaan.
Golongan bangsawan mentadbir wilayah.
Bangsawan boleh wujudkan sistem pentadbirannya sendiri.
Bangsawan dibenarkan memungut cukai, menguatkan pertahanan dan melaksanakan undang-undang sendiri.
[2 markah]
(c) Nyatakan amalan agama dan kepercayaan yang terdapat dalam masyarakat Shang.

Mempercayai kuasa raja adalah mandat tuhan.


Mempercayai animisme
Menyembah sungai, bukit dan gunung.
Mengamalkan politeisme.
Menyembah tuhan syurga (shang-ti), Dewa Syurga (Tien) dan tuhan bumi (Tu).
Memuja roh nenek moyang.
Mempercayai ramalan.
Mempercayai konsep Yin dan Yang.
Mempercayai konsep Feng Hsui.
[2 markah]
(d) Kegemilangan tamadun Hwang Ho banyak bergantung kepada kemajuan masyarakat Dinasti Shang dalam bidang
pertanian? Nyatakan kemajuan tersebut.

Penggunaan sistem pengairan dalam pertanian.


Pembinaan terusan untuk pengairan dan mengelakkan banjir.
Teknologi pembajakan.
Penciptaan cangkul.
Penciptaan sabit.
Penggunaan batas untuk penanaman.
Penggunaan peralatan besi mengganti peralatan daripada kayu.
[2 markah]
(e) Berdasarkan pengetahuan anda, apakah peranan petempatan kekal terhadap pembinaan tamadun di lembah Hwang Ho
?

Membolehkan masyarakat menjalankan kegiatan pertanian


Menyebabkan berlakunya kemajuan dalam pertanian
Menjalin bekalan makanan mencukupi
Menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk
Menyebabkan wujudnya pengkhususan pekerjaan
Menyebabkan wujudnya kegiatan perdagangan
Menyebabkan wujudnya susun lapis masyarakat
Mwujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran
Mana-mana jawapan munasabah

You might also like