You are on page 1of 8

Negeri-negeri Selat

Pengenalan
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan iaitu Pulau Pinang yang
telah ditubuhkan pada 1786; Singapura yang diperolehi daripada Temenggung Abdul
Rahman pada tahun 1819 dan Melaka yang diterima selepas Perjanjian InggerisBelanda 1824. Ketiga-tiga kawasan ini kemudian disatukan dan dipanggil sebagai
Negeri-negeri Selat pada tahun 1826.
Penubuhan Negeri-negeri Selat, 1826-1890
Selepas tahun 1824, British mempunyai 3 bentuk petempatan. Pertama, Pulau Pinang
yang telah ditubuhkan sejak tahun 1786. Pada tahun 1805, Kerajaan India telah
mengangkat Pulau Pinang menjadi Presidency ke-4 selepas Madras, Bombay dan
Benggala di India. Pulau Pinang mempunyai seorang gabenor sebagai ketua negara.
Kedua, Singapura yang ditubuhkan pada 1819 dengan seorang Residen yang
bertanggungjawab kepada Kerajaan India. Sebelumnya iaitu di antara 1819-1823,
semua arahannya datang secara langsung dari Raffles di Bengkahulu dan bukan dari
Pulau Pinang, tetapi selepas Raffles pulang ke England (1824), Singapura terus
diletakkan di bawah pentadbiran India. Ketiga, Melaka yang diperolehi melalui
pertukaran dengan Bengkahulu yang diserahkan kepada Belanda berdasarkan
Perjanjian Inggeris-Belanda diletakkan secara langsung di bawah pentadbiran Kerajaan
India.
Pada tahun 1826, Kerajaan India mengambil kesempatan untuk menyatupadukan
ketiga-tiga negeri menjadi satu bentuk pemerintahan dengan tujuan untuk
mengurangkan bilangan pegawai-pegawai. Pernyataan ini kemudian dipanggil Negeri-

negeri Selat. Negeri-negeri Selat ini terus menjadi Presidency ke-4 dan Pulau Pinang
dijadikan ibu negerinya. Seorang gabenor dilantik dan ianya tertakluk kepada arahanarahan dari Kerajaan India. Pada tahun 1832, pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat
dipindahkan ke Singapura.
Pada tahun 1830, taraf Presidency Negeri-negeri Selat telah diturunkan ke taraf
Residency. Dengan itu, jawatan gabenor telah dijadikan Residen. Kemudian 2 orang
Timbalan Residen telah dilantik di Pulau Pinang dan Melaka. Tetapi selepas tahun
1832, jawatan gabenor digunakan semula di Negeri-negeri Selat.
Perpindahan pusat pentadbiran Negeri-negeri Selat
Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India ia telah diletakkan di
bawah kawalan 3 bentuk pentadbiran, antaranya:
a. 1831-1851 ditadbir oleh Kerajaan Benggala
b. 1851-1858 diletakkan secara langsung kepada Pejabat Gabenor Jeneral
c. 1858-1867 diserahkan kepada Pejabat India
Rayuan untuk perpindahan pentadbiran Negeri-negeri Selat dari Pejabat India ke
Pejabat Tanah Jajahan telah bertambah kuat selepas pengenalan Akta Mata Wang dan
cukai pelabuhan.
Malah, rayuan dibuat kepada Kerajaan India pada masa itu terlibat dalam satu
pemberontakan sepoi (Dahagi India, 1857) di mana sepoi-sepoi India bangkit
menentang SHTI. Peristiwa Dahagi itu jelas memperlihatkan kelemahan Pejabat India
untuk memerintah India sendiri dan membuktikan ketidakmampuan untuk mentadbir
Negeri-negeri Selat yang jauh.

Dalam rayuan itu, saudagar-saudagar Negeri-negeri Selat telah meminta Pejabat Tanah
Jajahan di London supaya mengambil alih kuasa pentadbiran Negeri-negeri Selat
daripada Pejabat India.
Selepas tamatnya peristiwa Dahagi, iaitu 1858, SHTI telah dibubarkan dan kuasa
pentadbiran India diletakkan di bawah Kerajaan British di London. Pada 10 Ogos 1866,
Parlimen meluluskan Akta Perpindahan Pentadbiran Negeri-negeri Selat dari India ke
Pejabat Tanah Jajahan.
Pada 1 April 1867, Akta tersebut dikuatkuasakan dan pentadbiran Negeri-negeri Selat
dipindahkan ke Pejabat Tanah Jajahan di London. Dengan ini, Negeri-negeri Selat
mencapai taraf Tanah Jajahan Mahkota.
Sebab-sebab perpindahan
1. Kedudukan India yang jauh dari Negeri-negeri Selat (politik)
Ketika Negeri-negeri Selat di bawah pentadbiran Kerajaan India, telah timbul beberapa
masalah dan rasa tidak puas hati di kalangan orang ramai terutama golongan saudagar
yang merupakan golongan terpenting. Mereka menuduh Kerajaan India tidak cuba
menyelesaikan masalah dan memenuhi keperluan mereka. Dengan lain perkataan,
Kerajaan India cuai menjalankan tugasnya. Kesukaran-kesukaran yang dihadapi oleh
Kerajaan India dan mungkin tidak dapat dielakkan kerana kedudukan India yang begitu
jauh daripada Negeri-negeri Selat. Keadaan ini menyebabkan satu-satu arahan penting
yang hendak disampaikan ke Negeri-negeri Selat mengambil masa yang lama untuk
diterima. Keadaan ini menjadi semakin serius apabila tidak ada pegawai-pegawai India
yang mengetahui benar-benar akan kedudukan Negeri-negeri Selat. Yang penting,
antara India dan Negeri-negeri Selat mempunyai perbezaan yang besar sama ada dari
segi politik mahupun dari segi sosial. Oleh itu, segala keputusan yang dibuat oleh

Kerajaan India sering-kali bertentangan dengan kehendak-kehendak atau tidak dapat


memenuhi keperluan masyarakat Negeri-negeri Selat.
2. Sikap kecuaian Kerajaan India dalam masalah Negeri-negeri Selat
a. Masalah lanun
Sikap cuai Kerajaan India jelas dilihat dalam usaha mereka membasmi lanun yang
dikatakan tidak bersungguh-sungguh. Kejadian rompakan berlaku berleluasa di Selat
Melaka dan perairan Singapura. Kegiatan lanun dilakukan oleh beberapa puak seperti
Ilkanon, Sikarna, Melayu, Dayak dan lain-lain. Kadang-kala, mereka tidak sahaja
merompak malah membakar kapal-kapal perdagangan serta membunuh anak-anak
kapal atau ditawan lalu dijadikan hamba abdi. Peristiwa rompakan oleh lanun sudah
pasti menjejaskan perdagangan Negeri-negeri Selat. Dalam tahun-tahun 1850, orang
Cina turut terlibat dalam peristiwa lanun.
b. Mengawal kegiatan kongsi gelap
Seperti masalah lanun, Kerjaan India juga dituduh tidak berjaya dalam usahanya
mengawal kegiatan kongsi gelap cina. Dalam hubungan dengan kongsi gelap cina,
Kerajaan India menggunakan sistem indirect rule iaitu memberi kebebasan kepada
kongsi gelap itu menjalankan kegiatan mereka. Oleh sebab kongsi gelap cina di Negerinegeri Selat ditubuhkan berdasarkan puak-puak, menyebabkan sering terjadi
pergaduhan antara mereka yang kemudiannya diikuti oleh peristiwa pembunuhan.
Keadaan ini semua memberi kesan buruk kepada saudagar.
Bagi golongan saudagar Negeri-negeri Selat pula, usaha-usaha yang lebih giat
hendaklah dijalankan lebih-lebih lagi memandangkan hilangnya monopoli perdagangan
Inggeris di Negeri China pada tahun 1833. Dengan kehilangan monopoli perdagangan

itu sudah tentu tumpuan hendaklah dibuat ke Negeri-negeri Selat. Tetapi, jika kegiatan
lanun dan kongsi gelap tidak dapat dikawal, bermakna cita-cita hendak menjadikan
Negeri-negeri Selat sebagai pusat perdagangan Inggeris yang penting di bahagian
timur tidak akan tercapai.
3. Sikap kecuaian Kerajaan India terhadap pentadbiran Negeri-negeri Selat
Dasar pengurangan pegawai-pegawai untuk menjimatkan perbelanjaan pentadbiran
Negeri-negeri Selat menyebabkan kecekapan pentadbirannya merosot. Ini adalah
kerana Negeri-negeri Selat semakin maju tetapi bilangan pegawai tidak mencukupi
untuk menguruskan kerja tambahan. Selain itu, pegawai yang dihantar ke Negeri-negeri
Selat juga tidak terlatih dalam pentadbiran tempatan. Kebanyakan mereka adalah muda
dan tidak faham tentang bahasa dan adat resam orang tempatan. Oleh itu, mereka
menghadapi masalah untuk menjalankan tugas dengan cekap. Pegawai-pegawai ini
juga diberi gaji yang rendah dan kenaikan pangkat tidak terjamin. Jadi, mereka tidak
berminat dalam tugas mereka. Justeru itu, mereka mengamalkan rasuah.
Kerajaan India juga tidak mengambil tindakan tegas untuk mengekalkan keamanan di
Negeri-negeri Selat. Bilangan anggota polis tidak mencukupi untuk menjaga
ketenteraman, misalnya pada tahun 1831, hanya terdapat 18 orang polis untuk
menjaga penduduk seramai 16000 di Singapura. Sistem keadilan di Negeri-negeri Selat
juga tidak cekap kerana tidak ada hakim-hakim dan peguam-peguam yang terlatih dan
kekurangan mahkamah untuk membicarakan serta mengadili kes-kes jenayah dan
awam. Hanya terdapat seorang hakim di Negeri-negeri Selat pada tahun 1856. Ini
menyebabkan banyak kes tertangguh.
4. Ketiadaan perwakilan tempatan

Kerajaan Negeri-negeri Selat tidak mempunyai majlis perundangan untuk memilih


wakil-wakil rakyat dalam menyuarakan pendapat rakyat tempatan berkenaan
pentadbiran Negeri-negeri Selat. Jadi, undang-undang digubal dan diluluskan di majlis
perundangan di Calcutta atau Parlimen oleh ahli-ahli dan pegawai-pegawai yang jahil
mengenai keadaan Negeri-negeri Selat. Undang-undang yang digubal tidak secocok
dengan keadaan di Negeri-negeri Selat kerana keadaan sosioekonomi di Negeri-negeri
Selat jauh berbeza daripada India dan Britain. Malah, undang-undang ini digubal tanpa
menghiraukan pandangan pegawai-pegawai tempatan. Oleh itu, pedagang-pedagang
tidak puas hati dengan tindakan Kerajaan India dan menuntut supaya sebuah majlis
perundangan ditubuhkan dan diwakili oleh wakil tempatan.
5. Penempatan banduan di Negeri-negeri Selat
Kerajaan India mengambil keputusan untuk menghantar banduan dari India ke Negerinegeri Selat, misalnya menjelang tahun 1857, seramai 4000 orang banduan telah
dihantar ke Negeri-negeri Selat. Tindakan ini dibantah keras oleh saudagar-saudagar
yang diketuai oleh W.H. Read. Mereka menganggap kehadiran banduan akan
menjejaskan imej Negeri-negeri Selat dan mengancam nyawa mereka. Besar
kemungkinan perdagangan Negeri-negeri Selat akan merosot kerana saudagar asing
akan merasa bimbang untuk melakukan aktiviti perdagangan. Selain itu, Negeri-negeri
Selat juga terpaksa membiayai perbelanjaan untuk menanggung banduan-banduan itu
dan seterusnya menambahkan beban kewangan dan sosial mereka.
6. Dasar tidak campur tangan Kerajaan India
Faktor ini adalah berkaitan dengan kepentingan golongan saudagar. Bagi pendapat
mereka, polisi tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu akan merugikan
perdagangan dan mengurangkan pengaruh British. Mereka inginkan Kerajaan India

untuk campur tangan dan menamatkan keadaan huru-hara di Negeri-negeri Melayu


yang semakin berleluasa. Mereka mengharapkan agar keamanan di Negeri-negeri
Melayu dapat dipulihkan untuk kemajuan perdagangan dan pelaburan. Namun,
Kerajaan India enggan berbuat demikian. Di sebaliknya, mereka mengamalkan dasar
pro-Siam di mana dasar ini telah merugikan kegiatan perdagangan saudagar British.
7. Akta Mata Wang, 1855( ekonomi)
Pada tahun 1855, Akta Mata Wang telah diluluskan di mana akta ini menjadikan mata
wang rupee dan paisa sebagai mata wang yang sah di Negeri-negeri Selat bagi
menggantikan mata wang ringgit perak dan sen. Akibatnya, bantahan-bantahan telah
timbul disebabkan saudagar-saudagar telah biasa dengan penggunaan wang ringgit
dan juga disebabkan nilai wang rupee adalah tidak stabil berbanding dengan nilai wang
ringgit. Masalah ini menjadi kemuncak kemarahan dan rasa tidak puas hati golongan
saudagar terhadap pentadbiran India. Akhirnya, Kerajaan India terpaksa menarik balik
pelaksanaan mata wang rupee.
8. Pengenaan cukai pelabuhan, 1856
Pada awal tahun 1830-an, Kerajaan India telah mengalami kemelesetan ekonomi.
Untuk mengatasinya, maka pada tahun 1833 telah dicadangkan untuk mengenakan
cukai pelabuhan. Kemudian dalam tahun 1856, ketetapan telah diambil oleh Kerajaan
Indiauntuk mengenakan cukai pelabuhan di Negeri-negeri Selat. Kutipan cukai tersebut
akan digunakan untuk membiayai pembinaan rumah-rumah api, pelampung-pelampung
dan beberapa pangkalan. Ketetapan ini dibantah keras oleh para saudagar kerana
mereka merasa kemakmuran yang dirasai dan keuntungan yang diperolehi adalah
bergantung kepada taraf pelabuhan bebasnya, terutama pelabuhan Singapura. Mereka
bimbang jika cukai pelabuhan dilaksanakan kemungkinan kapal-kapal asing akan

berkurangan. Jika keadaan ini berlaku, sudah pasti kedudukan ekonomi saudagar di
Negeri-negeri Selat akan terjejas.
Pentadbiran Negeri-negeri Selat, 1867
Kerajaan Negeri-negeri Selat diketuai oleh seorang Gabenor. Gabenor yang pertama
ialah Sir Harry Ord. Gabenor dibantu oleh Majlis Kerja Kerajaan dan Majlis
Perundangan. Majlis Kerja Kerajaan terdiri daripada ahli-ahli rasmi. Majlis Perundangan
terdiri daripada 9 orang ahli rasmi dan 5 orang ahli tidak rasmi. Majlis Perundangan ini
membuat undang-undang bagi Negeri-negeri Selat tetapi mesti mendapat persetujuan
daripada Parlimen Brirish terlebih dahulu. Gabenor Negeri-negeri Selat diberi kuasa
penuh untuk memerintah Negeri-negeri Selat.

You might also like