You are on page 1of 2

KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY (T2 SN)

13.01.2013

TUTORIAL 2
MENGAPA SAINS PERLU DIAJAR DI SEKOLAH RENDAH?
Sains sebagai suatu mata pelajaran telah mula dilaksanakan di semua
sekolah rendah di seluruh Malaysia mulai tahun persekolahan 1994 dan 1995. Unsur
sains didedahkan pada Tahap 1 iaitu (Tahun 1-3) melalui penyepaduan mata
pelajaran bahasa pengantar dan matematik dan diperkenalkan sebagai suatu mata
pelajaran asing di Tahap II iaitu (Tahun 4-6). Langkah ini dijangka memberi
persediaan yang sesuai dan mencukupi untuk murid-murid mengikuti pendidikan
sains di peringkat sekolah menengah.
Pertamanya, sains merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan kehidupan
seseorang manusia. Pada pendapat saya, oleh kerana sains adalah sesuatu yang
relevan dengan kehidupan kita maka, perlulah diberi dedahan sejak kecil lagi. Hal ini
demikian kerana segala pengalaman yang dialami oleh kanak-kanak secara semula
jadinya disebabkan oleh sains. Jika kanak-kanak mendapat pengetahuan lebih awal
lagi, ia membantu guru untuk mengelak daripada berlakunya miskonsepsi.
Miskonsepsi berlaku kerana murid-murid didedahkan dengan fakta sains yang
bertentangan dengan fakta sains yang sebenar. Oleh itu, guru memainkan peranan
penting dalam mengelakkan miskonsepsi berlaku sebelum mereka ke sekolah
menengah. Dalam pada itu, sains perlu diajar di sekolah rendah.
Seterusnya, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) kini memberi
keutamaan kepada dunia sains dan teknologi. Malaysia sedang berada dalam
perancangan untuk mencapai Negara maju. Bagi merealisasikan matlamat tersebut
dunia sains dan teknologi sangat penting diajar kepada murid-murid sejak sekolah
rendah. Hal ini demikian kerana jelaslah bahawa pelajar merupakan pemimpin masa
depan. Oleh itu, jika sejak kecil mereka telah didedahkan dengan pengetahuan atau
literasi saintifik yang betul maka, wujudlah pemimpin yang berkualiti untuk mencapai
wawasan Negara kita iaitu untuk menjadi Negara maju dengan mudah.
Selain itu, bidang sains merupakan satu bidang yang begitu luas di seluruh
dunia ini. Menurut matlamat pendidikan sains sekolah rendah untuk menghasilkan
profesional yang kompeten dalam pelbagai bidang saintifik, ia membuktikan bahawa
sains perlu diajar di sekolah rendah. Perkara yang terkandung dalam Wawasan
2020 adalah cabaran bagi mencapai masyarakat yang saintifik dan progresif, satu

KOHILAVANI A/P KRISHNASAMY (T2 SN)


masyarakat yang

13.01.2013

inovatif dan berpandangan jauh. Cabaran juga adalah bagi

menghasilkan masyarakat yang bukan sahaja boleh menggunakan teknologi tetapi


juga boleh menyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi dimasa hadapan.
Guru sains perlulah mengajar sains dengan berkesan supaya murid-murid akan
mencintai subjek sains dan mempunyai minat untuk meneruskan pengajian mereka
bukan sahaja di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah. Oleh itu, kita
Berjaya melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia seperti
mana yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pelajar juga akan
minat dan menghargai sains jika mula dari peringkat awal pendidikan. Kurikulum
pendidikan sains sekolah rendah kita dibina selari dengan visi ini. Dengan itu,
jelaslah bahawa sains perlu diajar di sekolah rendah.
Tambahan pula, jika kita hendaklah mata pelajaran sains memberi kesan
positif apabila diajar di sekolah rendah maka guru perlulah amalkan pengajaran
sains berkesan. Pengajaran berkesan ialah proses mengajar yang menghasilkan
proses pembelajaran yang berkesan di kalangan pelajar yang menghasilkan proses
pengajaran tersebut. Hal ini demikian kerana sains merupakan satu mata pelajaran
yang penuh dengan fakta dan teori. Matlamat kurikulum sains sekolah rendah
adalah bagi membina minat pelajar dan kreativiti mereka melalui pengalaman
seharian dan penyiasatan yang menggalakkan pemerolehan kemahiran saintifik dan
kemahiran berfikir disamping memupuk sikap saintifik dan nilai-nilai murni. Kurikulum
sains sekolah rendah direka bentuk bagi merangsang sifat ingin tahu pelajar dan
membina minat disamping membolehkan mereka mempelajari ilmu berkaitan diri
mereka serta dunia disekeliling mereka melalui aktiviti-aktiviti berpusatkan pelajar.
Pelajar perlulah diberi dedahan dengan pendekatan yang betul supaya pelajar akan
minat dengan sains.
Kesimpulannya, sains perlulah diajar di sekolah rendah. Hal ini demikian
kerana jelaslah semua sebab-sebab yang telah diberikan tadi menjawab persoalan
yang tertanya-tanya oleh semua orang. Secara keseluruhannya sains penting bagi
memahami pengalaman, memupuk minat dan juga melahirkan masyarakat yang
berilmu pengetahuan dan berakhlah mulia.

You might also like