You are on page 1of 30

NEGARA KOTA YUNANI

* Tamadun Yunani muncul di Semenanjung Greece dan pulau pulau di sekitarnya. * Tamadun ini bermula dengan pembentukkan

petempatan yang dikenali sebagai negara kota atau


polis. * Negara kota lahir secara evolusi daripada institusi keluarga, kampung dan bandar. * Gabungan beberapa buah kampung dan bandar

menyebabkan muncul negara kota Yunani sekitar tahun


( 1000 800 S.M )

Antara negara kota yang terkenal ialah negara kota Athens, Sparta, Corinth,Argos, Thebes, Delos dan Helis .

* Antara negara kota yang paling menonjol ialah Athens dan Sparta.

* Negara kota Yunani mewakili sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat Yunani.

* Terdapat tiga bahagian dalam negara kota : Acropolis Agora Kawasan pertanian

ACROPOLIS
* Merupakan bahagian tertinggi yang menempatkan

bangunan kerajaan dan keagamaan.

* Pada awalnya, acropolis adalah kota berkubu yang

menempatkan istana raja dan rumah golongan


bangsawan.

* Acropolis juga merupakan pusat sosial dan politik bagi

seluruh warganegara negara kota.

AGORA
* Tempat pertemuan dan pusat ekonomi sesebuah negara kota.

KAWASAN PERTANIAN
* Terletak di luar kota
* Menyediakan keperluan seperti makanan bagi penduduk

negara kota.

Ciri ciri negara kota dalam tamadun Yunani

* Jumlah penduduk berbeza antara negara kota. * Terdapat sempadan wilayah yang jelas.

* Terdapat sistem pemerintahan dan pentadbiran yang


sistematik. * Setiap negara kota mempunyai sistem perundangan tersendiri.

* Negara kota dinaungi tuhan negara kota masing masing.

* Penduduk negara kota hidup bersatu padu dan


mempunyai semangat patriotik terhadap negara kota masing masing.

* Terdapat kota berkubu yang dikenali sebagai

acropolis di puncak bukit.

* Peperangan sering berlaku antara negara kota.

NEGARA KOTA MESOPOTAMIA

* Mesopotamia diasaskan oleh orang Sumeria sekitar tahun 3500 S.M. di lembah Sungai Tigris dan Euphrates.

* Petempatan petempatan awal yang terdiri daripada kampung


kampung berkembang menjadi bandar dan seterusnya muncul negara kota.

Kampung

Bandar

Negara Kota

* Negara kota muncul sebagai unit politik dan agama yang menguruskan dan mengawal kerja kerja pembinaan dan penyelenggaran terusan.

* Antara negara kota yang muncul di Sumeria pada zaman dinasti awal ialah Sippar, Kish, Nippur, Eridu,Assur dan Mari.

Ciri ciri negara kota dalam tamadun Mesopotamia

Ciri ciri fizikal negara kota


* Setiap negara kota mempunyai ciri ciri fizikal tersendiri. * Kawasan utama dalam negara kota adalah pusat kota, tembok kota, luar kota dan pelabuhan.

* Negara kota juga mempunyai kubu pertahanan dan

pintu gerbang yang menjadi lambang kekayaan


sesebuah kota.

* Negara negara kota juga mempunyai jalan jalan

yang lebar dan lurus.

* Tembok tembok didirikan untuk mempertahankan negara kota daripada serangan musuh.

* Negara negara kota mempunyai keluasaan yang


berbeza.

Ciri ciri politik negara kota


* Setiap negara kota ditadbir oleh raja yang mempunyai

kuasa mutlak.
* Raja dianggap wakil rakyat yang dipilih oleh tuhan untuk menjalankan pentadbiran negara kota.

* Raja memainkan peranan sebagai panglima tentera


ketua hakim dan ketua pendeta. * Dalam menjalankan pentadbiran, raja dibantu oleh ketua pendeta, pesuruhjaya, ketua penyelia, penyelia, jurutulis dan pekerja.

Ciri ciri sosial negara kota


* Dari segi stuktur sosial, masyarakat di negara kota Mesopotamia dibahagikan kepada tiga kategori :
( a)

Golongan atasan - raja dan golongan bangsawan.

- golongan bangsawan terdiri daripada


panglima tentera, ketua pendeta, penguasa istana dan pembawa

alat kebesaran diraja.

( b) Golongan menengah -> golongan profesional seperti pengusaha bank, pedagang, doktor, jurutulis dan artisan.

( c) Golongan bawahan -> rakyat biasa dan hamba.

Ciri ciri ekonomi negara kota


* Kegiatan ekonomi negara kota terdiri daripada pertanian, perdagangan dan perindustrian.

Kegiatan utama negara kota ialah pertanian.Tanah


pertanian dimiliki oleh raja, golongan bangsawan dan pegawai tentera.

Kegiatan perdagangan bulu dan kulit binatang merupakan sumber ekonomi penting. Terdapat hubungan

perdagangan antara negara kota dengan negara lain.


Industri tekstil dikendalikan oleh rumah rumah berhala dan istana.

* Kemunculan negara kota Mesopotamia melambangkan kemajuan yang dicapai oleh masyarakat Mesopotamia dalam bidang politik, ekonomi dan sosial.

* Negara kota juga menjadi asas kepada kelahiran empayar di Mesopotamia sekitar tahun 2350 S.M.

Negara kota

Alam Melayu

* Faktor utama kemunculan negara kota di Asia Tenggara

adalah perkembangan perdagangan antara India dengan


China. * Selepas abad pertama Masihi, muncul negara kota di utara Semenanjung Tanah Melayu. * Faktor faktor kemunculan negara kota ialah :

-> Peningkatan perdagangan antara India dengan China.


-> Kedudukan kawasan ini dalam laluan perdagangan antarabangsa. -> Kekayaan hasil hasil bumi seperti emas, timah dan sebagainya.

Ciri ciri negara kota

Alam Melayu

* Antara ciri negara kota Alam Melayu adalah mempunyai kedudukan

strategik.

* Negara kota Alam Melayu terletak di tengah tengah perjalanan perdagangan antara timur dan barat yang menjadi tumpuan pedagang asing seperti China, India, Arab, dan Kepulauan Melayu sendiri.

* Keadaan geografi seperti Angin Monsun Timur Laut dan Barat Daya

membuat pedagang pedagang dari China dan India datang ke gugusan


kepulauan Melayu dengan mudah.

* Contohnya, Langkasuka terletak di tengah tengah jalan perdagangan

antara China dan India yang menjadi tempat tumpuan pedagang untuk
menjalankan perniagaan.

* Ciri yang seterusnya adalah kekayaan sumber asli


yang terdapat di negara kota Alam Melayu. Contohnya, Nusantara kaya dengan hasil hutan seperti

kayu gaharu, kapur barus dan rotan.


* Kekayaan hasil pertanian seperti rempah ratus, teh, beras dan lain-lain. * Hasil-hasil laut seperti kowri yang kerang , tiram mutiara dan lain-lain.

* Hasil perlombongan seperti emas, bijih besi, antimoni


dan lain-lain.

* Agama juga merupakan salah satu ciri negara kota Alam Melayu. * Kebanyakan negara kota Alam Melayu terpengaruh

dengan agama Hindu dan Buddha. Contohnya, lembah


sungai Merbok di kedah tua memainkan peranan penting sebagai pusat agama Hindu dan Buddha antara tahun 550-750M. * Selain itu pusat perkembangan agama Buddha juga

membantu mengembangkan kegiatan perdagangan


dengan India dan China yang seagama.

* Selain itu, pemerintahan dan pentadbiran yang cekap,

teratur dan stabil juga merupakan salah satu ciri negara kota Alam Melayu.

* Kebanyakan kerajaan di Alam Melayu mempunyai sistem

pemerintahan dan pentadbiran yang tersusun. * Contohnya, Chih Tu mengamalkan sistem pemerintahan beraja mengikut corak pemerintahan Srivijaya yang mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan pusat dan wilayah.Sistem ini secara tidak langsung melicinkan serta mengekalkan keamanan dan memajukan perdagangan.

* Kemudahan perdagangan dan pentadbiran perniagaan juga

merupakan ciri negara kota Alam Melayu.

* Pemerintah menyediakan kemudahan-kemudahan di pelabuhan seperti tempat menginap, tempat perniagaan, gudang, sistem sukatan dan timbangan yang standard, kemudahan membaiki kapal dan lain-lain.

* Contohnya, pelabuhan Oc- Eo di Funan dan Lembah Bujang yang terletak di Langkasuka. Di Melaka, Syahbandar, Nakhoda

dan Kiwi mengurus hal-hal perdagangan. Mata wang logam


digunakan dalam urusniaga.

* Negara kota Alam Melayu mempunyai ciri yang istimewa iaitu mempunyai orang laut. * Orang laut ini mempunyai peranan yang tersendiri.

Contohnya,Orang Laut direkrut untuk bertanggungjawab


menjaga keselamatan kawasan perairan untuk membanteras kegiatan perlanunan.Mereka mengawal jalan-jalan laut supaya selamat daripada ancaman dan serangan lanun.Orang Laut juga memaksa kapal-kapal dagang singgah untuk berdagang.

* Ciri negara kota Alam Melayu yang seterusnya adalah


hubungan politik dengan China. * Contohnya, Langkasuka yang mempunyai hubungan politik

dengan China memainkan peranan penting dalam bidang


ekonomi dan politik mulai abad ke 6 Masihi. Hubungan persahabatan Langkasuka dengan China bererti ia akan

mendapat pengiktirafan dan perlindungan daripada China


apabila menghadapi ancaman musuh.Suasana aman dan damai dapat diwujudkan dan ini membolehkan kegiatan

perdagangan berjalan dengan lancar. Hubungan erat dengan


China juga menggalakkan kemasukan ramai pedagang dari China.

Negara kota Alam Melayu unik dan berbeza dengan negara kota yang lain kerana kemunculan negara kota Alam Melayu ini berdekatan dengan persisiran pantai. Selain itu,

kemunculan negara kota ini telah melambang


kemajuan yang dicipta oleh masyarakat dalam

pelbagai bidang.

You might also like