You are on page 1of 65

WARISAN

NEGARA
KSSM SEJARAH
TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk


tujuan PdP Sejarah sahaja. TIDAK DIBENARKAN untuk
menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk
tujuan komersial dan penerbitan semula
BAB 5
KESULTANAN MELAYU MELAKA
SEJARAH TINGKATAN 2

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


2
JPN SELANGOR
5.1 Pengasasan Kesultanan
Melayu Melaka

KESULTANAN
• Parameswara
• Pemilihan Lokasi yang

MELAYU MELAKA
Strategik
- Laluan perdagangan
- Bentuk muka bumi
- Benteng pertahanan
- Terlindung angin monsun.

5.2 Kegemilangan Kesultanan


Melayu Melaka
• Faktor Kegemilangan
- Kepemimpinan raja
- Sistem pentadbiran
- Sistem perundangan
• Aspek Kegemilangan
- Empayar yang luas
- Pusat penyebaran agama Islam
- Pusat perdagangan
- Pengurusan perdagangan
- Hubungan luar

5.3 Pengakhiran Kesultanan


Melayu Melaka yang Berpusat
di Melaka
• Faktor Dalaman
• Serangan Portugis
• Strategi Melaka Menghadapi
Serangan Portugis
• Perjuangan Mengembalikan
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM Kedaulatan
JPN SELANGOR 3
5.1 PENGASASAN
KESULTANAN MELAYU
MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid akan


dapat:

 Menerangkan tentang pengasasan


Kesultanan Melayu Melaka (KMM)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
PENGENALAN

Kesultanan Melayu Lokasinya yang


Melaka diasaskan oleh strategik menjadikan
Parameswara sekitar Melaka pusat
tahun 1400. Muara sungai ini perdagangan
juga merupakan antarabangsa
tempat berjual beli
Pemilihan lokasi barang serta
Asalnya muara
strategik menjadikan pertukaran barang
sungai ini
Melaka sebuah dagangan
merupakan
kerajaan yang unggul Parameswara memilih perkampungan
mendirikan kerajaan nelayan
Melaka di muara Sungai
Bertam (Sungai Melaka)

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
5
ELEMEN K
(K6.1.4)

APLIKASI KBAT
Sifat kepemimpinan penting dalam
pembinaan sesebuah negara. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
6
FAKTOR MELAKA MEMPUNYAI KEDUDUKAN YANG STRATEGIK

LALUAN PERDAGANGAN BENTUK MUKA BUMI

BENTENG PERTAHANAN TERLINDUNG ANGIN MONSON

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
7
LALUAN PERDAGANGAN
Ini membolehkan Melaka
mengawal laluan kapal dagang

Melaka terletak di laluan


perdagangan utama antara
timur dengan barat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
8
BENTUK MUKA BUMI

Melaka mempunyai
bentuk muka yang
berbukit bukau

Sesuai dijadikan
benteng pertahanan

Sesuai menjadi
panduan kapal
dagang

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
9
BENTENG PERTAHANAN

berfungsi sebagai
benteng
pertahanan dan
perlindungan
semulajadi yang
sukar ditembus
oleh musuh
Mempunyai
pokok bakau dan
api-api di
persisiran pantai

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
10
TERLINDUNG ANGIN MONSON

Pelabuhan terlindung
daripada tiupan angin
monsun

Muara sungai terletak di Kapal dagang boleh berlabuh


Selat Melaka di pelabuhan dengan selamat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
11
ELEMEN K
(K6.1.5)

APLIKASI KBAT
Sikap menghargai alam sekitar penting
untuk menjamin kesejahteraan kehidupan.
Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
12
CAKNA
MINDA

APLIKASI KBAT
Kebijaksanaan Parameswara memilih
lokasi telah mendorong Melaka muncul
sebagai pusat perdagangan antarabangsa.
Bincangkan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
13
5.2 KEGEMILANGAN
KESULTANAN MELAYU
MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid


akan dapat:

 Menerangkan tentang
kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
PENGENALAN

Kesultanan Melayu
Melaka berkembang
dari sebuah
perkampungan
• Faktor nelayan dan akhirnya • Aspek Kegemilangan
Kegemilangan menjadi - Empayar yang luas
- Pusat penyebaran agama Islam
- Kepemimpinan raja kerajaan yang - Pusat perdagangan
- Sistem pentadbiran masyhur - Pengurusan perdagangan
- Sistem perundangan - Hubungan luar

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
15
FAKTOR KEGEMILANGAN
KEPEMIMPINAN RAJA

1. Keturunan Raja
Palembang
 Pemerintah Melaka berasal
daripada zuriat keturunan
anak Raja Palembang yang
bersusur galur daripada
Iskandar Zulkarnain-
Sulalatus Salatin

 Susur galur ini memberikan


taraf kedudukan yang tinggi
kepada Sultan Melaka di
kalangan kerajaan lain di
Alam Melayu

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
16
FAKTOR KEGEMILANGAN
KEPEMIMPINAN RAJA

2. Peranan yang Unggul


 Raja mempunyai pelbagai
peranan:
 Simbol perpaduan rakyat
 Ketua angkatan tentera
 Mengetuai hubungan
diplomatik
 Menyelaraskan kegiatan
ekonomi
 Ketua agama Islam
 Menegakkan keadilan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
17
FAKTOR KEGEMILANGAN
KEPEMIMPINAN RAJA

3. Kedaulatan dan Alat Kebesaran


 Daulat merupakan kuasa dan kewibawaan raja
sebagai pemimpin.
 Rakyat akui kedaulatan raja dengan memberi
taat setia sepenuhnya dan tidak boleh derhaka
kepada raja
 Alat kebesaran diraja termasuk cop mohor,
nobat, keris, lembing dan mahkota
 Digunakan semasa upacara istiadat pertabalan,
perkahwinan dan kemangkatan raja
 Konsep daulat, adat istiadat dan alat kebesaran
menjadikan raja mempunyai kedudukan yang
tinggi dan istimewa serta kedudukannya kukuh

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
18
FAKTOR KEGEMILANGAN
KEPEMIMPINAN RAJA

4. Kewibawaan
 Raja memiliki ciri kepemimpinan seperti adil,
berwibawa dan mengambil berat kebajikan
rakyat
 Raja memerintah berdasarkan bidang kuasa
yang ditetapkan Hukum Kanun Melaka
 Sultan Muzaffar Shah dan Sultan Mansur
Shah merupakan pemerintah yang
mengutamakan keamanan dan kebajikan
rakyat
 Bukti:
 Sultan Mansur Shah menasihatkan
anaknya Sultan Alauddin Riayat Shah
supaya bersikap adil terhadap rakyat,
menyiasat segala tuduhan dengan teliti
dan berkerjasama dengan pegawai
melalui wasiatnya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
19
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PENTADBIRAN Sultan

1. Sistem Pembesar Empat Lipatan


 berasaskan Sistem Pembesar Empat Lipatan
 bermaksud pada setiap peringkat 4
pentadbiran, terdapat pembesar yang dilantik
oleh pemerintah bagi membantu melicinkan
pentadbiran
 Sultan dibantu oleh: 8
 pembesar berempat
 pembesar berlapan
 pembesar enam belas
 pembesar tiga puluh dua 16
 Pembesar - pentadbir kerajaan pada
peringkat pusat, jajahan, daerah, mukim dan
kampung
32
 Pembesar berempat peringkat pusat -
tonggak utama
 dikenali sebagai Orang Kaya Berempat

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
20
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PENTADBIRAN
Sultan
SISTEM PEMBESAR
EMPAT LIPATAN

Pembesar Berempat

Bendahara Penghulu Temenggung Laksamana


Bendahari

• Penasihat raja • Pemungut hasil • Ketua polis dan • Ketua angkatan


• Menteri utama atau ufti penjara laut
peringkat pusat • Ketua segala • Penguasa • Pengawal peribadi
• Ketua turus angkatan bendahari bandar dan kota raja
perang • Ketua urus setia Melaka • Ketua duta
• Ketua hakim istana • Pegawai • Ketua utusan
• Pemangku sultan • Ketua protokol istana ke luar negara
syahbandar • Hakim di darat • Hakim di laut

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
21
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PENTADBIRAN
2. Tugas Pembesar
 mewujudkan sistem pentadbiran yang berkesan
seperti:
 menjaga keamanan kawasan
 mengutip cukai dan hasil lain melalui sistem serah
 membekalkan tenaga tentera ketika perang
 menyediakan tenaga buruh melalui sistem kerah
 Pemerintah Melaka kurniakan kawasan khas kepada
pembesar untuk ditadbir
 kawasan ini sebagai tanda untuk mendapat sokongan
pembesar bagi mewujudkan pentadbiran yang
mantap:
 kawasan pembesar berempat - kawasan pegangan
 kawasan pembesar jajahan dan daerah - kawasan
pemakanan
 Pembesar dibenarkan mengutip cukai di
kawasannya
 serahkan cukai kepada pemerintah sebagai ufti.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
22
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PENTADBIRAN (KESIMPULAN) Sistem Serah:
 pemberian sebahagian hasil tanaman
yang diusahakan oleh rakyat kepada
pemerintah
 Pentadbiran Sistem Pembesar  pemberian dilakukan sebagai balasan
Empat Lipatan yang mantap kepada pembesar yang menyediakan
telah membawa keamanan dan
kemakmuran kepada KMM
1 tanah untuk rakyat.
 kadar dan nilai serahan bergantung
pada hasil tanaman dan ternakan yang
diperoleh
 Corak pentadbiran Melaka ini
diwarisi kemudiannya oleh
kerajaan Melayu yang lain
2
Sistem Kerah:
 sesuatu pekerjaan yang dibuat tanpa
diberi upah.
 Kita patut berbangga dengan  misalnya, membina istana, kubu, jalan
kestabilan sistem pentadbiran dan saliran.
negara kita pada masa ini yang
dimantapkan daripada warisan KMM
3  menunjukkan wujud sikap taat setia,
sedia berkorban dan rakyat berganding
bahu untuk membantu pemerintah

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
23
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PERUNDANGAN

Hal ini telah


melonjakkan Kesultanan
Melayu Melaka ke arah
kegemilangan

Kesultanan Melayu Melaka


telah memperkenalkan sistem
perundangan yang mantap
Undang-undang tersohor
kesultanan ini ialah
Hukum Kanun Melaka
dan Undang-Undang
Laut Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
24
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PERUNDANGAN

1. Hukum Kanun Melaka


 Hukum Kanun Melaka mula ditulis semasa
pemerintahan Sultan Muzaffar Shah (1446-1456)
 disusun semula secara teratur pada masa
pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1489-1511)
 mengandungi 44 fasal yang berkaitan hak
keistimewaan, tanggungjawab raja dan
pembesar
 Hukum Islam juga terdapat dalam undang-
undang ini berkaitan dengan jenayah, urusan
jual beli dan kekeluargaan
 dapat mewujudkan keamanan dan menjamin
keselamatan rakyat
 Jenayah dapat diatasi dengan baik dan terurus

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
25
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PERUNDANGAN

2. Undang-Undang Laut Melaka


 ditulis semasa zaman Sultan Mahmud Shah
 untuk tentukan peraturan pelayaran dan
perdagangan.
 mengandungi 25 fasal berkaitan peraturan
di laut, tertib berniaga dan tatacara berjual
beli.
 Kandungannya juga berkaitan
tanggungjawab nakhoda, anak kapal, kiwi
dan syahbandar.
 Undang-undang Laut Melaka
 jadikan aktiviti perdagangan berjalan
dengan lancar dan adil
 berikan keyakinan kepada para Kiwi: saudagar yang menghantar dan menyebarkan
pedagang barangan mereka untuk diperdagangkan. Mereka menyewa
petak tempat letak barangan di dalam kapal atau perahu.
Sekiranya kiwi tidak belayar bersama-sama, tempatnya akan
digantikan oleh wakilnya yang dikenali sebagai maula kiwi.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
26
FAKTOR KEGEMILANGAN
SISTEM PERUNDANGAN
3. Undang-Undang Adat
 adat yang diguna ialah Adat Temenggung
 diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan
 berkaitan sistem pemerintahan,
perwarisan takhta, perkahwinan,
perwarisan harta dan perundangan.
 berkaitan sistem penggantian sultan, iaitu
takhta kerajaan diwarisi oleh anak lelaki
yang sulung.
 amalkan sistem pemerintahan beraja.
 kuasa tertinggi terletak di tangan sultan
atau raja.
 sistem perwarisan takhta berlaku secara
teratur

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
27
ASPEK KEGEMILANGAN

PUSAT
PERDAGANGAN
PEMBENTUKAN
EMPAYAR
PENGURUSAN
PERDAGANGAN
PUSAT
PENYEBARAN
AGAMA ISLAM
HUBUNGAN LUAR

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
28
ASPEK KEGEMILANGAN

01 Kesultanan Melayu Melaka meneruskan


tradisi kegemilangan kerajaan yang unggul di
Alam Melayu

Kegemilangan dapat dilihat dalam aspek

02 pembentukan empayar, kemunculan sebagai


pusat penyebaran agama Islam dan pusat
perdagangan serta kejayaan menjalinkan
hubungan luar dengan kerajaan lain.

Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka

03 juga dapat dibuktikan dengan kemunculan


bahasa Melayu sebagai lingua franca dan
sebanyak 84 bahasa dipertuturkan di
Melaka.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
29
ASPEK KEGEMILANGAN
PEMBENTUKAN EMPAYAR

 Kegemilangan
 Empayar KMM  Empayar ini empayar yang
meliputi seluruh terdiri luas ini dapat
Semenanjung daripada dilihat dalam
Tanah Melayu tanah jajahan aspek cara
dan Kawasan dan naungan. pembentukan,
pantai timur kepentingan
Sumatera. dan struktur
pentadbirannya

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
30
ASPEK KEGEMILANGAN
CARA PEMBENTUKAN EMPAYAR

1. Penaklukan 2. Perkahwinan 3. Naungan


 Penaklukan dilakukan untuk  Perkahwinan berlaku antara  Terdapat pemerintah
menjamin keselamatan dan Sultan Melaka dengan puteri kerajaan lain yang rela
kemakmuran Kesultanan diraja kerajaan lain. bernaung di bawah
Melayu Melaka.  Perkahwinan mengukuhkan Kesultanan Melayu Melaka.
 Kawasan taklukan di lagi hubungan persahabatan  Raja yang berada di bawah
Semenanjung Tanah Melayu dan kekeluargaan antara naungan Melaka ditabalkan
ialah seperti Kuala Linggi, kerajaan Melaka dengan oleh sultan Melaka.
Beruas, Pahang, kerajaan lain.  Antara kerajaan yang rela
Terengganu dan Kelantan.  Perkahwinan Sultan Mansur bernaung termasuklah
 Kawasan taklukan di Shah dengan puteri Majapahit, Lingga, Patani dan Kedah.
Sumatera pula ialah Siak, Raden Galuh Cendera Kirana
Rokan, Kampar dan Rupat menyebabkan pengaruh
Melaka semakin meluas.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
31
ASPEK KEGEMILANGAN

KEPENTINGAN
04
PEMBENTUKAN EMPAYAR 3. Sosial
 Berlaku asimilasi budaya tempatan
dengan budaya dari Arab, India, China
dan Alam Melayu
 Wujud masyarakat majmuk yang terdiri
daripada pelbagai suku dan bangsa
1. Politik
 luaskan wilayah dan jajahan takluk 02
 kukuhkan hubungan dengan kerajaan 4. Agama
 Mendorong usaha penyebaran
yang ditakluk
 sekat pengaruh kuasa serantau agama Islam
 Islam telah berkembang luas ke
seperti Siam, Majapahit dan Pasai
Pahang, Kelantan, Perak, timur
03 Sumatera dan Patani

2. Ekonomi
 terima hadiah dalam bentuk wang, emas,
timah dan bantuan ketenteraan
 dapat bekalan seperti hasil pertanian,
rempah-ratus dan bijih timah untuk
01 diperdagangkan di pelabuhan Melaka
 kuasai perdagangan di Selat Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
32
ASPEK KEGEMILANGAN
PENTADBIRAN EMPAYAR
1. Pentadbiran Pusat
• pusat pemerintahan dan
pentadbiran terletak
tempat raja bersemayam.

01
• Raja dibantu oleh
pembesar pusat

2. Pentadbiran Kawasan Naungan


• kawasan yang mengakui
ketuanan Melaka
• menghantar ufti
02 03 3. Pentadbiran Kawasan
• Pemerintahan diketuai oleh Jajahan
pemerintah negeri berkenaan • Pemerintahan diketuai oleh
• dibantu oleh pembesar tempatan. pemerintah yang dilantik
oleh Sultan Melaka.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
33
ASPEK KEGEMILANGAN
PUSAT PENYEBARAN AGAMA ISLAM

 Sebelum kemunculan Kesultanan Melayu


Melaka, kerajaan awal yang menerima
pengaruh Islam di Alam Melayu ialah
Samudera-Pasai dan Perlak
 Pengislaman pemerintah menyebabkan
Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai
pusat penyebaran Islam yang unggul di Alam
Melayu pada abad ke-15.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
34
ASPEK KEGEMILANGAN
CARA PENYEBARAN AGAMA ISLAM 4. Perdagangan
 Islam tersebar melalui
pedagang Arab, India dan
China yang datang ke Melaka
 selain berjual beli, mereka
juga mempunyai sifat
2. Perkahwinan mubaligh yang mendorong
• Perkahwinan puteri penyebaran Islam.
Sultan Mansur Shah  dari Melaka, mereka sebarkan
dengan putera Raja Islam ke Kawasan lain yang
Siak disinggahi seperti Brunei,
Filipina dan kepulauan
Indonesia

1. Pengislaman 3. Peranan Ulama dan Mubaligh 5. Peluasan Kuasa


Pemerintah  Pemerintah Melaka hantar ulama • Kesultanan Melayu
 Pengislaman Sultan dan mubaligh ke seluruh kawasan Melaka menyebarkan
Iskandar Shah pada pengaruhnya agama Islam melalui
tahun 1414 diikuti oleh  ajaran tasawuf dan sufi proses perluasan kuasa
para pembesar dan dikembangkan melalui ulama dari • negeri naungan dan
rakyat. Timur Tengah dan India jajahan memeluk Islam
 Sultan Muzaffar Shah  antaranya termasuklah Maulana sebagai tanda taat setia
menjadikan agama Abu Bakar dan Maulana Yusuf kepada pemerintah
Islam - agama rasmi  Sultan Alauddin Riayat Syah Melaka
Kesultanan Melayu hantar ulama untuk mengajar Raja
Melaka Pahang, Kampar dan Inderagiri
tentang hal ehwal agama
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
35
ASPEK KEGEMILANGAN
KESAN PENYEBARAN AGAMA ISLAM

1. Tumpuan 2. Tempat 4. Pemerintahan


3. Persuratan
Ulama Pembelajaran dan Pentadbiran
 pengaruh Islam terdapat
dalam saduran karya sastera  Undang-undang Islam
 Melaka menjadi tumpuan  semasa pemerintahan dari Arab dan Parsi seperti terkandung dalam Hukum
ulama dan pendakwah Sultan Muzaffar Shah, Hikayat Muhammad Ali Kanun Melaka dan Undang-
 Sultan Melaka menjadi madrasah masjid dan Hanafiah dan Hikayat Amir undang Laut Melaka
penaung kepada aktiviti surau menjadi tempat Hamzah  Ulama mainkan peranan
dakwah dan mempelajari al-Quran  berlaku perkembangan penting dalam hal
perbincangan kitab dan ilmu tasawuf tulisan Jawi dan bahasa pentadbiran.
agama seperti Darul Melayu  jawatan mufti dan kadi
Manzum  bahasa Melayu menjadi diwujudkan untuk kelicinan
bahasa persuratan dan pengurusan agama Islam
bahasa penulisan

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
36
ASPEK KEGEMILANGAN
PUSAT PERDAGANGAN

Pusat Pengumpulan dan


01 Kedudukan Strategik Pengedaran Pelbagai
Barangan
02
  Barang dikumpul dan diedarkan kepada
Melaka terletak di laluan
perdagangan antara India dengan pedagang luar - timah, emas, kapur barus,
China hasil hutan dan rempah-ratus
  diperoleh daripada negeri naungan dan
Kedudukan strategik di Selat
Melaka - Melaka dikunjungi oleh jajahan serta kawasan sekitar Alam Melayu
 Barangan luar yang dibawa masuk ke Melaka
pedagang dari dalam dan luar
Alam Melayu - benang emas, kain pelikat, batu delima,
 Kesannya - muncul sebagai pusat tembikar, wangian dan bahan makanan
 Kepelbagaian barang dagangan ini buktikan
perdagangan dan pelabuhan yang
maju pelabuhan Melaka - emporium yang maju

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
37
ASPEK KEGEMILANGAN
PUSAT PERDAGANGAN

Dikunjungi Pedagang
03 dari Dalam dan Luar
Alam Melayu
Pusat Perkapalan
04
 Pedagang paling ramai kunjungi  Pelabuhan Melaka dikunjungi
pelabuhan Melaka -pedagang Arab, oleh pelbagai jenis kapal besar
China dan Gujerat dan kecil
 Pedagang Pasai dan Jawa -  Kapal kecil terdiri daripada
pedagang yang paling ramai dari perahu, sampan, ghurab,
Alam Melayu penjajap, sagur, payar, baluk,
 Pelabuhan Melaka juga dikunjungin lancang, kakap, balang dan
oleh pedagang dari Brunei, Pegu, kelulus
Parsi, Turki, Mesir, Luzon, Ceylon,  Kapal besar pula seperti jong dan
Burma, Kemboja, Champa dan bahtera
Annam

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
38
ASPEK KEGEMILANGAN
PENGURUSAN PERDAGANGAN
Syahbandar
 pegawai mahir dan berpengalaman
mengurus pelabuhan dengan teratur dan
cekap
 kendalikan urusan perdagangan
 memainkan peranan penting menjadikan
Melaka sebagai pelabuhan entrepot

Tugas syahbandar
 urus pasar dan Gudang
 jaga kebajikan dan keselamatan pedagang
 periksa alat timbang, sukat dan mata wang
 jadi hakim di pelabuhan
 urus cukai
 kuatkuasakan peraturan keluar masuk kapal.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
39
ASPEK KEGEMILANGAN
PENGURUSAN PERDAGANGAN
0
3
pedagang berminat ke
Melaka kerana: 0 Terdapat dua jenis cukai yang
 pengurusan cukai
barangan yang cekap 1 dikenakan.
 cukai rasmi
dan sistematik  cukai import yang dikenali
 pengurusan cukai sebagai panduan
pelabuhan yang CUKAI
 kadarnya berbeza-beza ikut
rendah PERDAGANGAN
tempat asal pedagang.
0  cukai tidak rasmi
 dalam bentuk hadiah
2  Cukai dan bayaran surat
 pedagang dari China dan Jepun
hanya dikehendaki beri hadiah
kebenaran berniaga di
nilainya sama dengan cukai lima
pelabuhan menjadi sumber
peratus
pendapatan Kesultanan Melayu
Melaka.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
40
ASPEK KEGEMILANGAN
PENGURUSAN PERDAGANGAN

MATA WANG  Penggunaan mata wang


 lancarkan urusan jual beli
 Urusan berjual  peringkat awal - tukaran nilaian
beli dijalankan seperti jongkong timah, serbuk
dalam dua bentuk emas dan kulit siput (cowrie)
 pertukaran digunakan
barangan  mata wang timah - dikenali
 menggunakan sebagai Calains
mata wang  pada kepingan timah ini terpahat
nama Sultan Melaka yang
memerintah
 terdapat juga mata wang emas
dan perak
 mata wang dari Pasai, Hormuz
dan Cambay juga digunakan

 Perdagangan tukar barangan Alam


Melayu berlaku antara :
 barangan dari China
 barangan dari Barat dan India
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
41
ASPEK KEGEMILANGAN
PENGURUSAN PERDAGANGAN  mainkan peranan penting dalam
mengekalkan kestabilan kerajaan -
pastikan urusan perdagangan dapat
 berikan taat setia dijalankan tanpa gangguan
kepada raja
 merupakan pelayar dan penunjuk
ORANG arah yang cekap kepada
LAUT pedagang yang berdagang di
Melaka.
 bertanggungjawab sebagai
tentera untuk jamin
keselamatan pedagang di
perairan Melaka.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
42
ASPEK KEGEMILANGAN
PENGURUSAN PERDAGANGAN

Kemudahan Pelabuhan
• dilengkapi dengan pelbagai
kemudahan yang menarik minat
pedagang.
• Antaranya :
 Gudang tempat menyimpan
barang.
 Kemudahan pengangkutan.
 Kemudahan bekalan makanan dan
minuman.
 Khidmat membaiki kapal.
 Tempat penginapan.
 Syahbandar yang menjaga
kebajikan pedagang.
 Kemudahan tempat beribadat.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
43
ASPEK KEGEMILANGAN

KMM jalinkan Hubungan berlaku


hubungan luar dalam dengan kerajaan Alam
bentuk hubungan
HUBUNGAN LUAR Melayu seperti kerajaan
diplomatik dan Pasai, Demak, Majapahit
perdagangan dan Makasar

Hubungan ini - KMM Hubungan Diplomatik: hubungan


Selain itu, hubungan dapat menjamin secara langsung dengan
menggunakan perantaraan perwakilan
luar berlaku dengan kestabilan dan (diplomat) antara dua negara.
kerajaan luar Alam keselamatan kerajaan Hubungan Luar: kerjasama yang
Melayu seperti China, serta dapat kekalkan terjalin antara sesebuah kerajaan
Ryukyu, Siam, Mesir, penguasaannya dengan kerajaan lain. Kerjasama ini
berlaku dalam pelbagai aspek seperti
Parsi, Turki dan Pegu terhadap perdagangan politik, ekonomi, keselamatan,
di Selat Melaka. pertukaran teknologi, kebudayaan dan
keamanan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
44
ASPEK KEGEMILANGAN
HUBUNGAN LUAR
Majapahit
Pasai
 terjalin disebabkan oleh perkahwinan
 berlaku atas dasar sama taraf
pemerintah Melaka dengan puteri
 terjalin melalui perkahwinan Sultan
Majapahit
Melaka dengan puteri kerajaan
 kukuhkan lagi persahabatan dengan
Pasai, iaitu Puteri Ratna Kaumala
Majapahit
 berlaku atas dasar berkongsi
 kesan - wilayah Melaka semakin luas
pendapat dan perbincangan
dan tamatnya ancaman daripada
berkaitan hal agama Islam
Majapahit
 bantu Melaka muncul sebagai pusat
penyebaran Islam. Hubungan KMM dengan
Kerajaan Alam Melayu

Makasar Demak
 hantar utusan persahabatan ke  berlaku atas dasar kepentingan bersama
Makasar dalam perdagangan dan penyebaran
 berlaku dalam aspek perdagangan, Islam
perkapalan, Islam, kebudayaan dan  Kerajaan Demak membekalkan beras,
kesenian bahan makanan, rempah-ratus dan
 semakin rapat - kerajaan Makasar tentera kepada Melaka
menghadiahi “Budak Raja” kepada  penting bagi menjamin keamanan dan
Sultan Melaka. kemakmuran Melaka.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
45
ASPEK KEGEMILANGAN
HUBUNGAN LUAR
Hubungan KMM dengan
China Kerajaan Luar Alam Melayu
• Hubungan diplomatik, persahabatan
dan perdagangan terjalin dengan Ryukyu (Jepun)
kunjungan utusan diketuai oleh Yin  jalinkan hubungan diplomatik
Ching (1403) dan Laksamana Zheng dan perdagangan dengan
He (1405). kerajaan Ryukyu.
• Pengurniaan payung kuning, cap  Sultan Mansur Shah berutus
mohor dan sepersalinan pakaian surat dengan kerajaan
sebagai tanda pengiktirafan kepada Ryukyu berkaitan tingkah laku
Sultan Melaka. pedagangnya yang melanggar
• Melaka mendapat naungan dan undang-undang di Melaka.
perlindungan daripada China.  Hubungan ini bantu
• Pengiktirafan dan perlindungan China tingkatkan lagi perdagangan
dapat elakkan ancaman Siam. dengan Melaka.
• Melaka mahu situasi menang menang
dengan Siam untuk kekalkan
kedaulatannya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
46
ASPEK KEGEMILANGAN
HUBUNGAN LUAR
Hubungan KMM dengan
Kerajaan Luar Alam Melayu

Siam Kerajaan Lain


 pernah diancam oleh Siam  berbentuk perdagangan pula dilakukan
semasa pemerintahan dengan Pegu, Luzon, Gujerat,
Parameswara dan Sultan Koromandel dan Bengal
Muzaffar Shah.  jalinkan hubungan dengan Mesir, Parsi,
 jalinkan hubungan dengan Turki dan Arab
Siam atas dasar diplomatik dan  Kesannya, Melaka telah muncul sebagai
perdagangan. pusat perdagangan dan pusat
 hantar utusan ke Siam yang penyebaran Islam yang ulung di Alam
diketuai oleh Tun Telanai dan Melayu.
Menteri Jana Putera.
 melalui hubungan ini, Melaka
memperoleh bekalan kayu jati,
beras dan bahan makanan
daripada Siam serta dapat
menjamin keselamatannya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
47
ELEMEN K
(K6.1.6)

APLIKASI KBAT
Perpaduan asas keharmonian
masyarakat. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
48
CAKNA
MINDA

APLIKASI KBAT
Sebagai generasi pewaris, kita perlu terus
memelihara hubungan berbaik-baik dengan
kerajaan luar yang lain. Bersetujukah anda?
Berikan alasan anda.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
49
5.3 PENGAKHIRAN
KESULTANAN MELAYU
MELAKA YANG
BERPUSAT DI MELAKA

Pada akhir pembelajaran, murid akan


dapat:

 Menerangkan tentang pengakhiran


Kesultanan Melayu Melaka yang
berpusat di Melaka

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
PENGENALAN

Kegemilangan KMM berakhir


dengan kedatangan Portugis
pada tahun 1511

01
KMM telah menggunakan
beberapa strategi untuk
Peristiwa ini penting kerana tahun menghadapi serangan
02
tersebut menandakan bermulanya Portugis
serangan Portugis dan penaklukan
ke atas Melaka 03

Walaupun terpaksa berundur, 04


pemerintah KMM terus berjuang
untuk mengembalikan
kedaulatannya.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
51
PENGAKHIRAN KMM

Strategi Melaka Menghadapi


Serangan Portugis
Serangan Portugis

Perjuangan Mengembalikan
Kedaulatan
Faktor Dalaman

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
52
PENGAKHIRAN KMM
FAKTOR DALAMAN

Masalah Kepimpinan Masalah Perpaduan


 Kelemahan Sultan Mahmud Shah  Rakyat tidak bersatu padu.
dan pembesar dalam pemerintahan  Berlaku persaingan kuasa
dan pentadbiran menyebabkan antara pembesar Melaka yang
ketidakstabilan politik. menyebabkan perpecahan.
 Amalan pilih kasih, rasuah dan  Askar upahan dari luar yang
penyelewengan dalam pentadbiran. tidak taat setia kepada Melaka.
 Perbalahan sesama sendiri dalam
kalangan pembesar.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
53
PENGAKHIRAN KMM
SERANGAN PORTUGIS

Kedatangan Di samping kawal Kegagalan Serangan berlaku


Portugis ke Alam perdagangan Hubungan Melaka- rundingan sebanyak tiga kali,
Melayu kerana rempah, Portugis Portugis bermula
menyebabkan iaitu pada
ingin mencapai ingin sebarkan dengan kedatangan
Portugis di bawah  25 Julai 1511,
matlamat agama Kristian dan Lopez de Sequeira pimpinan Alfonso de  10 Ogos 1511
kekayaan, hapuskan pada Albuquerque  24 Ogos 1511.
keagamaan dan penguasaan 11 September 1509.
menyerang Melaka.
kemasyhuran. pedagang Islam.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
54
PENGAKHIRAN KMM
Strategi Melaka Menghadapi Serangan Portugis

 Kepemimpinan KMM melaksanakan


pelbagai ikhtiar pertahankan maruah dan
kedaulatannya - aspek diplomasi, strategi,
pertahanan dan pertempuran.
 Melaka juga tidak tandus dari segi
semangat juang.

 Malahan askar tempatan digambarkan punyai


semangat keperwiraan yang tinggi.
 gunakan lancaran dan perahu berapi.
 pertahanan Melaka diperteguhkan di kawasan pantai
dengan kayu-kayan dan pelbagai jenis meriam serta
peti-peti berisi serbuk peluru.
 tembakan meriam bertalu-talu dari pantai.
 Melaka gunakan tentera bergajah bagi menghadapi
serangan Portugis.
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
55
PENGAKHIRAN KMM
PERJUANGAN MENGEMBALIKAN KEDAULATAN
Sultan Mahmud Shah berundur dari Melaka ke beberapa wilayah
naungan serta jajahannya kemudian bersemayam di Bentan.

 Di antara tahun 1515 hingga 1519, Sultan Mahmud


Shah melakukan tiga kali serangan untuk
mendapatkan semula Melaka tetapi gagal.

 Pada tahun 1526, pusat pemerintahan Sultan Mahmud


Shah di Bentan telah dimusnahkan oleh Portugis.

 Akhirnya, Sultan Mahmud Shah


berundur ke Kampar dan mangkat
pada tahun 1528.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
56
PENGAKHIRAN KMM
RUMUSAN
Kekalahan Kesultanan Melayu
Melaka perlu dijadikan iktibar
kepada kita tentang kepentingan
memelihara perpaduan
04
03
Kesultanan Melayu
Melaka yang berpusat

02
di Melaka berakhir pada Hal ini bagi mengelakkan
24 Ogos 1511 perpecahan yang boleh
mengancam perpaduan

01 Legasi kegemilangan
dan keamanan negara.

Kesultanan Melayu Melaka


diwarisi dan diteruskan pula
oleh Kesultanan Johor Riau

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
57
ELEMEN K
(K6.1.7)

APLIKASI KBAT
Huraikan iktibar yang diperoleh
daripada sejarah Kesultanan Melayu
Melaka. Bahaskan.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
58
CAKNA
MINDA

APLIKASI KBAT
Pada pendapat anda, mengapakah Melaka
mengalami kekalahan walaupun
mempunyai strategi dan senjata yang baik?

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
59
LATIHAN
PENGUKUHAN
AKHIR BAB 5

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
60
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

1. Mengapakah 2. Apakah keistimewaan 3. Bagaimanakah 4. Antara berikut yang


Parameswara memilih Sungai Melaka yang hubungan antara manakah merupakan
Orang Laut sebagai menyebabkan Kesultanan Melayu Melaka peranan Raja dalam
penjaga keamanan dan Parameswara dengan China dapat Kesultanan Melayu
keselamatan Melaka? mengasaskan kerajaan membantu perdagangan Melaka?
di tempat berkenaan? di Melaka?
I. Tanahnya subur
II. Mudah memperoleh
sumber makanan
III. Bentuk muka bumi A. Dapat bantuan
A. Mahir dalam yang berbukit bukau kewangan dari China.
perdagangan. IV. Terlindung daripada B. Dapat mengawal
tiupan angin pedagang-pedagang A. Simbol perpaduan dan
B. Memberikan taat setia kemajuan
kepada raja. monsun China.
C. Dapat perlindungan B. Ketua hubungan
C. Merupakan penduduk diplomatik
asal negeri Melaka. China daripada
ancaman luar. C. Ketua angkatan
D. Mempunyai hubungan bersenjata
dengan kerajaan D. Dapat menguasai
A. I dan II D. Ketua perancang
Siam. barang dagangan yang
B. I dan IV ekonomi
dibawa dari China.
C. II dan III
D. III dan IV
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
JPN SELANGOR
61
SOALAN OBJEKTIF (ANEKA PILIHAN)
Baca soalan dengan teliti, pilih dan tandakan jawapan yang tepat bagi setiap soalan

5. Apakah alat kebesaran 6. Apakah peranan 7. Antara berikut yang 8. Antara berikut yang
diraja Kesultanan Melayu Laksamana sebagai manakah merupakan manakah merupakan cara
Melaka? Pembesar Berempat yang undang-undang yang penyebaran agama Islam
juga dikenali sebagai digunakan dalam sistem di Melaka sehingga
Orang Kaya Berempat? pemerintahan Kesultanan Melaka menjadi pusat
Melayu Melaka ? penyebaran agama Islam
I. Penasihat raja
yang unggul di Alam
II. Pegawai protocol I. Hukum Kanun
Melayu?
istana Melaka
III. Ketua utusan ke II. Adat Pepatih
negara luar III. Adat Temenggung
IV. Ketua angkatan laut IV. Hukum Adat Melaka

A. Payung kuning
A. Perdagangan rempah
B. Nobat dan gamelan
B. Pengislaman
C. Cop Mohor
pemerintah
D. Songket benang emas
A. I dan II A. I dan III C. Kedudukan strategik
B. I dan IV B. I dan IV D. Peranan Syahbandar
C. II dan III C. II dan III
D. III dan IV D. III dan IV

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
62
SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

1. Kesultanan Melayu Melaka mencapai kegemilangan c) Nyatakan dua kemudahan pelabuhan yang disediakan
disebabkan oleh peranannya sebagai pusat perdagangan oleh pelabuhan Melaka. (2m)
dan pelabuhan entrepot yang unggul di Alam Melayu. ....................................……………………………………
..............................………………………………………..

d) Kerjasama antara pemimpin dan rakyat mampu


mengembalikan peranan negara kita sebagai sebuah
a) Namakan dua jenis kapal besar yang mengunjungi
kuasa perdagangan yang gemilang seperti pada
Pelabuhan Melaka. (2m)
Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Bincangkan. (4m)
………………………………………………………………
……………………………………………………………….
………………………………………………………………
……………………………………………………...............
……………………………………………………………….
b) Senaraikan dua faktor yang menyumbang kepada
……………………………………………………………….
kegemilangan Melaka sebagai pusat perdagangan dan
……………………………………………………………….
pelabuhan entrepot yang unggul. (2m)
……………………………………………………………….
……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
63
SOALAN STRUKTUR
Baca soalan dengan teliti dan jawab soalan mengikut peruntukan markah yang ditetapkan

2. Kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka berakhir c) Kepemimpinan Kesultanan Melayu Melaka melaksanakan
dengan kedatangan Portugis pada tahun 1511. pelbagai ikhtiar untuk mempertahankan maruah dan
kedaulatannya apabila diserang oleh Portugis. Buktikan.
(2m)
..........................................……………………………………
....................................………………………………………..

d) Perjuangan mengembalikan kedaulatan negara yang telah


a) Apakah matlamat Portugis datang ke Alam Melayu hilang lebih sukar berbanding mempertahankannya.
seterusnya menakluki Melaka? (2m) Bersetujukah anda? Jelaskan.(4m)
……………………………………………………………… ……………………………………………………………….
……………………………………………………………… ……………………………………………………...............
……………………………………………………………….
b) Senaraikan dua faktor dalaman yang menyumbang ……………………………………………………………….
kepada kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka. (2m) ……………………………………………………………….
………………………………………………………………. ……………………………………………………………….
………………………………………………………………. ……………………………………………………………….

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


JPN SELANGOR
64
TERIMA KASIH
UNIT SEJARAH, BAHAGIAN PEMBANGUNAN
KURIKULUM DENGAN KERJASAMA JPN SELANGOR

Unit Sejarah
603-8884 2000
unitsejarahbpk@gmail.com
http://bpk.moe.gov.my/

Bahan sokongan ini hanya boleh digunakan untuk tujuan PdP Sejarah sahaja.
TIDAK DIBENARKAN untuk menggunakan mana-mana bahagian bahan ini untuk
tujuan komersial dan penerbitan semula

You might also like