You are on page 1of 14

Pencemaran udara

MAKSUD PENCEMARAN UDARA Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengenalan sebarang bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi yang boleh menyebabkan mudarat, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera.

CONTOH PENCEMARAN UDARA Contoh pencemar udara adalah seperti gas karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum dan tembaga dan sisa radioaktif.

Punca-Punca Pencemaran Udara

Pencemaran udara berpunca daripada pelepasan asap kotor oleh industri terus ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya dan letusan gunung berapi.

Aktiviti pembangunan dan perindustrian

Pelepasan nitrogen, sulfur dioksida, hidrokarbon dan karbon dioksida telah membawa kesan sampingan kepada kehidupan alam sekitar. Selain itu, bukan sahaja gas-gas pencemar dilepaskan oleh industri, manakala habuk-habuk yang mampu mengakibatkan sesak nafas manusia juga dilepaskan.

Kenderaan motor

Kenderaan motor merupakan penyumbang pencemaran utama di dunia. Masyarakat moden amat bergantung kepada pengangkutan bermotor seperti kereta, motor, lori, kapal terbang dan sebagainya. Setiap kenderaan motor memerlukan tenaga yang banyak untuk bergerak dan ini perlu melalui proses pembakaran bahan api fosil untuk menghasilkannya. Akibatnya, gas karbon monoksida, nitrus oksida, hydrokarbon dan habuk-habuk. Pembakaran terbuka

Pembakaran terbuka sering berlaku di kawasan tapak pelupusan sampah, sisa pepejal di kawasan industri dan tapak pembinaan, sisa perladangan, sisa kebun serta pembakaran di hutan simpan. Akibatnya partikel jelaga yang boleh diterbangkan ke jarak jauh oleh angin telah dihasilkan. Akhirnya, keadaan jerebu berlaku di sekeliling tempat. Keadaan tersebut akan menjadi lebih serius pada musim panas panjang kerana ia turut menyumbang kepada masalah jerebu yang mampu menjejaskan kesihatan awam dan mengurangkan jarak penglihatan.

Aktiviti harian manusia

Isi rumah menyumbang kepada pencemaran udara melalui penggunaan tenaga untuk mesin dan perkakas elektrik seperti peti sejuk dan penyaman udara. Apabila cecair penyejuk digunakan, gas Klorofluorokarbon (CFC) akan dilepaskan ke udara dan ia mampu menipiskan lapisan ozon. Selain itu, penggunaan peralatan rumah seperti penyembur aerosol yang mengandungi CFC juga menyebabkan pencemaran udara.

Kesan-Kesan Pencemaran Udara

Antara kesan pencemaran udara adalah penipisan lapisan ozon, jerebu, hujan asid dan pemanasan bumi. Pencemaran udara mungkin boleh memberi kesan terhadap kesihatan, keselamatan dan keselesaan manusia ataupun harta benda.

Menjejaskan kesihatan manusia

Akibat pencemaran berlaku, bahan cemar yang terperangkap di udara akan memasuki hidung atau mulut manusia dan seterusnya paru-paru melalui trakea. Karbon monoksida adalah gas yang akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah. Hal ini menyebabkan fungsi paru-paru terjejas dan sistem pengaliran darah mengalami masalah.

Memberi kesan kepada tanaman

Tumbuh-tumbuhan memerlukan udara dalam proses fotosintesis dan tumbesaran. Udara yang mengandungi bahan pencemar mengakibatkan kekurangan karbon dioksida untuk proses penghasilan klorofil. Hal ini menyebabkan tumbuhan menguning dan mati. Akibat tindak balas bahan pencemar yang terlekat pada pokokpokok pula, tisu-tisu tumbuhan akan reput. Tumbuhtumbuhan akan terdedah kepada pelbagai penyakit dan hasil keluarannya terancam.

Pembentukkan hujan asid

Hujan asid berlaku disebabkan proses penggabungan gas sulfur dioksida dan nitrogen oksida dengan air hujan dan seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik. Asid ini akan terkumpul di dalam awam dan turun bersama-sama dengan hujan. Hujan asid bukan sahaja memusnahkan galian dalam tanah sehingga tanah menjadi tidak subur malah mengancam hidupan air. Hujan asid juga menghakiskan harta benda seperti pakaian, kertas dan bangunan-bangunan.

Kenaikkan suhu di bumi

Kenaikan suhu disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terlalu banyak dan terkumpul di dalam udara. Jadi, suhu di bumi meningkat dan persekitaraan kita menjadi panas. Fenomena ini menyebabkan berlakunya pencairan ais di bahagian kutub bumi. Banjir besar akan berlaku atas peningkatan paras air laut.

Langkah-Langkah Mengatasi Pencemaran Udara

Penampalan ozon

Bahagian ozon yang berlubang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Selain itu, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun begitu, penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa pendek sahaja.

Memperkenalkan undang-undang

Pihak kerajaan yang bertindak sebagai agen pentadbir negara telah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran. Sebagai contoh, industri besar dan kecil diwajib menapiskan asap yang dikeluarkan. Wet scrubber merupakan penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap. Proses ini dapat mengurangkan sulfur dioksida sehingga 90%.

Penggunaan teknologi

Dengan adanya teknologi moden, penggunaan kenderaan menggunakan kuasa elektrik sedang dikaji secara giat di negara-negara barat. Kenderaan jenis ini bukan sahaja tidak menghasilkan pencemaran udara malah pencemaran bunyi. Walaubagaimanapun, tenaga elektrik adalah mahal dan kesannya terhadap alam sekitar mungkin bergantung kepada cara tenaga elektrik tersebut dihasilkan.

Kitar semula

Mengitar semula bermaksud memproses atau menggunakan semula bahan buangan seperti plastik, kertas, tin aluminium dan sebagainya. Kaedah ini merupakan proses yang sangat selamat kepada alam sekitar kerana dapat mengurangkan kadar pencemaran. Pembakaran sampah-sarap turut dapat dikurangkan.

Gambar-gambar yang berkaitan dengan pencemaran udara

You might also like