You are on page 1of 7

Pulau haba bandar

Pulau haba ialah keadaan dimana suhu di bandar


lebih tinggi berbanding dengan suhu di
sekitarnya. Contohnya di Bandaraya Johor Bahru
suhunya lebih tinggi dan panas berbanding
dengan di kampung-kampung.

Bila bercakap mengenai pulau, sudah pasti para
pelajar sudah menggambarkan keadaan sebuah
pulau yang dikelilingi oleh air laut. Saya
selalu tekankan kepada para pelajar saya bahawa
pulau haba hanya berlaku di bandar-bandar
besar sahaja.

Ini kerana hanya di bandar sahaja yang
mempunyai bangunan-bangunan konkrit yang dibina
rapat-rapat. Keadaan seperti ini akan
menyebabkan penyerapan dan penyimpanan haba
mudah terjadi. Disamping itu juga keadaan
jalanraya yang berturap akan memanaskan lagi
suhu di kawasan bandar.

Selain itu juga, di bandar-bandar kadar
pencemaran udaranya agak tinggi yang terhasil
daripada asap-asap kenderaan dan asap dari
kawasan perkilangan. Ditambah pula dengan
kekurangan kawasan hijau telah menyebabkan
kawasan bandar semakin panas dan suhu jiga
semakin tinggi.

Fenomena inilah yang di panggil Pulau Haba atau
Pulau Haba Bandar...





Faktor-faktor yang menyebabkan fenomena pulau
haba :

~bangunan konkrit dan permukaan berturap
menyerap dan menyimpan haba lebih cepat
daripada tanah dan tumbuhan di luar bandar
~susunan bangunan yang rapat menghalang laluan
tiupan angin
~binaan bangunan yang terdiri daripada cermin
dan kaca juga memerangkap haba
~konkrit dan asfalt juga membebaskan haba
secara perlahan-lahan pada waktu malam
~sisa haba daripada penyaman udara, kilang dan
kenderaan bermotor
~pencemaran di bandar - karbon dioksida, wap
air dan zarah menyerap dan membalikkan
sebahagian daripada sinaran gelombang panjang.
Jika tidak, sinaran ini akan terus naik ke
angkasa.

~kekurangan tumbuh-tumbuhan untuk menyerap haba
matahari. Tumbuh-tumbuhan mampu menyerap gas
karbon dioksida dan menyederhanakan suhu.
Tetapi di kawasan bandar kekurangan tumbuh-
tumbuhan. Ini menyebabkan bandar menjadi panas.











Kesan Pulau Haba :

~keselesaan terjejas kerana suhu panas dan
mengganggu aktiviti kehidupan penduduk bandar.
~bahan binaan dan reka bentuk bangunan terpaksa
diubahsuai
~penggunaan tenaga akan bertambah untuk
menyejukkan keadaan yang akan menambahkan
kandungan gas rumah hijau.
~kawasan bandar berjerebu. Jerebu berlaku
kerana asap dan habuk dari kilang,kenderaan
bermotor dan pembakaran sampah sarap secara
terbuka.
~menjejaskan kesihatan penduduk terutama
golongan kanak-kanak


Antara langkah-langkah untuk mengurangkan
kesan fenomena pulau haba di bandar-bandar
besar ialah

~ Memperbanyakkan kawasan hijau
~ Mewujudkan lebih banyak tasik / badan air
di bandar
~ Mengurangkan pembinaan bangunan pencakar
langit
~ Mengurangkan penggunaan bangunan
berdindingkan kaca
~ Mewajibkan kilang memasang alat penapis
asap
~ Kuatkuasa undang-undang / mengenakan
denda berat kepada kilang yang membebaskan
banyak asap
~ Kempen kongsi kereta ke tempat kerja

~ Kempen penggunaan petrol tanpa plumbum
~ Menggunakan insinerator untuk membakar
sampah
~ Menggunakan kenderaan awam
~ Mengantikan penggunaan bahan api fosil
dengan tenaga mesra alam

You might also like