You are on page 1of 10

Laporan Akhbar Lumba Haram

Samseng Jalanan
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merangka beberapa strategi
bagi mendekati mat rempit dalam usaha terbaru untuk menangani segera
gejala lumba haram dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa sekarang.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata pendekatan itu
termasuk mengadakan program kesedaran, di samping memberi pembelajaran
kepada remaja mengenai cara menunggang dengan betul dan berhemah.
Beliau juga meminta masyarakat membantu mencari jalan penyelesaian bagi
menangani gejala itu yang disifatkannya sebagai serius kerana banyak kes
kemalangan berlaku disebabkan sikap pelumba haram itu.
Gejala ini bukan saja boleh meragut nyawa pelumba terbabit, malah
membahayakan pengguna lain. Ditambah lagi apabila remaja ini sanggup
mencabar serta melanggar anggota polis yang bertugas, katanya ketika
merasmikan Forum Gejala Lumba Haram anjuran Cawangan Trafik PDRM di
Maktab PDRM, Cheras di sini, semalam.
Forum itu yang dipengerusikan Presiden Pencegahan Jenayah, Kamal Affandi
Hashim, dibarisi empat panel termasuk wakil Persatuan PenunggangPenunggang Motosikal PRO Rider yang juga bekas pelumba negara, Wazi
Hamid.
Mengikut statistik, sejak 2001 sehingga Mei lalu 3,182 penunggang ditahan dan
2,970 daripadanya berusia antara 16 hingga 25 tahun.
Musa juga mengingatkan masyarakat, terutama remaja, bahawa gejala itu boleh
mencemarkan imej negara di kalangan pelancong asing.
Bercakap kepada pemberita selepas pelancaran alat interkom berkamera atau
Sistem Laporan Kecemasan Polis (PERS) pula, Musa berkata, PDRM
mensasarkan tujuh atau lima minit untuk bertindak terhadap setiap aduan
jenayah yang dilaporkan.
Beliau berkata, ketika ini anggota polis mengambil masa 10 minit untuk sampai
ke lokasi kejadian jenayah apabila menerima laporan menerusi talian Rakan
Cop atau khidmat pesanan ringkas (SMS).
PERS berfungsi menggunakan talian Streamyx dan disambung terus ke bilik
gerakan Ibu Pejabat Polis Kontingen (IPK) Kuala Lumpur serta sistem
Mengarah, Mengawal, Komunikasi, Koordinasi dan Maklumat (C4I) milik
1

PDRM, katanya Beliau yakin polis dapat bertindak lebih pantas kerana ujian
dilakukan sebelum ini mendapati masa dicatat boleh dikurangkan hampir 50
peratus untuk sampai ke lokasi, katanya.
Majlis pelancaran PERS di Jalan Sultan Ismail, Bukit Bintang itu dilakukan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Bakri Omar.
Musa berkata, kiosk PERS diwujudkan di Bukit Bintang, manakala dua lagi di
Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan P Ramlee sedang dibina.
Projek perintis itu akan dinilai kemampuan dalam tempoh tiga bulan dan
diperluaskan ke negeri lain jika berkesan, katanya.
Difahamkan, PERS adalah buatan tempatan dan kos penyediaannya di antara
RM30,000 hingga RM40,000 seunit. Jepun adalah negara pertama di Asia
menggunakannya dan Malaysia adalah negara Asean pertama memasang alat
berkenaan.
SUMBER : BERITA HARIAN, 08 SEPTEMBER 2006
KUALA TERENGGANU: Remaja yang terbabit dalam kegiatan lumba motosikal
haram di bandar ini, dipercayai menggunakan pil kuda bagi menghilangkan
perasaan takut hanya untuk mendapatkan hadiah yang ditawarkan oleh `bookie'
perlumbaan.
Walaupun menyedari perbuatan itu membahayakan keselamatan, tetapi
tawaran hadiah lumayan yang mencecah ribuan ringgit mendorong remaja
terbabit melakukan apa saja termasuk menyabung nyawa mereka.
Malah, remaja terbabit sanggup menghabiskan wang untuk mengubah suai
motosikal di bengkel haram yang hanya diketahui pelumba terbabit bagi
memastikan kelajuan motosikal melebihi tahap yang ditetapkan Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ).
Sumber memberitahu Harian Metro, perlumbaan haram di sekitar bandar ini
ditaja oleh `tauke' tertentu yang menjalankan pertaruhan haram membabitkan
pelumba haram.
Menurutnya, kebanyakan pelumba yang terbabit dalam perlumbaan haram akan
menggunakan pil kuda yang dipercayai mampu memberikan semangat dan
kekuatan kepada mereka untuk menewaskan lawan.Pil kuda ini akan
menyebabkan remaja terbabit mampu melakukan aksi luar biasa termasuk
memecut di selekoh tajam selain memintas lawan pada jarak dekat.

Malah, kebanyakan motosikal yang ditunggang remaja terbabit sudah diubah


suai untuk perlumbaan tertentu, katanya kepada Harian Metro.
Beliau berkata, dia tidak menolak kebanyakan remaja yang terbabit dalam
perlumbaan haram mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan dadah
berdasarkan tindakan bodoh yang dilakukan.
Menurutnya, mereka sanggup menggadaikan nyawa untuk menyahut cabaran
tauke di belakang tabir yang memperalatkan mereka.
Buat masa ini, lokasi perlumbaan haram yang menjadi pilihan remaja terbabit
ialah di jalan baru berhampiran Jalan Bukit Tunggal yang boleh dilihat selepas
jam 9 malam setiap hari.
Bagi memastikan mereka tidak ditahan pihak berkuasa, pelumba haram ini
akan memastikan motosikal mereka dipasangkan dengan nombor plat palsu
atau menggunakan motosikal curi, katanya.
Selain itu, pelumba haram ini akan cuba melarikan diri jika ada pihak berkuasa
yang cuba menahan mereka dan mereka juga sanggup melanggar polis yang
menjalankan operasi sekatan jalan raya.
Menurutnya, tindakan ini bertujuan bagi mengelakkan perbuatan mereka
menggunakan pil kuda selain melindungi tauke yang menaja perlumbaan itu.
Lumba haram ini akan terus menjadi tumpuan remaja bermotor terutamanya
penagih dadah kerana ia cara mudah untuk mendapatkan wang walaupun ia
membahayakan nyawa mereka.
Pihak berkuasa perlu menjalankan operasi bagi menangani masalah ini selain
memasang perangkap bagi menahan tauke lumba haram yang memperalatkan
nyawa remaja untuk kepentingan diri mereka, katanya. Buletin MKJR
OPS RHINO Habuan kepada pelumba Haram Oleh: UMMU HANI ABU
HASSAN
Tahun 2005 rancak berjalan, berlalu tanpa menyuntik perubahan bagi
mengurangi gejala lumba haram di negara ini. Pelbagai cadangan diusulkan
baik daripada kabinet, Polis Diraja Malaysia (PDRM), pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) dan masyarakat umum, namun ia belum mampu menyekat
kegilaan segelintir anak-anak remaja samada yang tinggal di bandar mahupun
luar bandar. Pegawai Pentadbiran Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Star,Cif
3

Inspektor Noh Idris. PDRM pernah mengumumkan bahawa tahun 2004


merupakan tahun membanteras lumba haram berikutan gejala tersebut boleh
mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain. Oleh itu, pelbagai operasi
dan tindakan dijalankan seperti mewujudkan pasukan polis khas bagi
membanteras lumba haram motosikal (Unit Khas Lumba Haram) dan operasi
setiap malam minggu dan cuti umum (ops Rhino). Selain itu, semua ketua trafik
negeri pula diarahkan meningkatkan risikan bagi mengenal pasti lokasi
gelanggang lumba haram di samping mengumpul maklumat mengenai bengkelbengkel motosikal yang menjadi penganjur kepada perlumbaan ini.
Susulan itu, Kementerian Pengangkutan telah mewujudkan sub seksyen baru di
bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 kepada penonton lumba haram selain
meningkatkan jumlah denda dan hukuman penjara kepada mereka yang menaja
lumba haram. Menurut Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy,
pihaknya akan meminda Seksyen 81 APJ berkenaan mereka yang menaja
lumba haram memandangkan hukuman yang sedia ada iaitu denda sehingga
RM2000 atau penjara tidak lebih daripada enam bulan adalah terlalu ringan dan
tidak berkesan untuk mencegah kegiatan itu. Bagi pelumba haram atau
popularnya mat rempit, mereka boleh disabitkan di bawah Seksyen 42 APJ
iaitu membawa kepada hukuman penjara tidak lebih lima tahun dan denda
kurang daripada RM15000 atau kedua-duanya sekali bagi sabitan pertama. Dan
denda serta hukuman penjara akan bertambah kepada tidak lebih RM20000
dan penjara kurang daripada 10 tahun bagi sabitan kedua. Menurut beliau lagi,
kementeriannya akan bergabung tenaga dengan Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), PDRM, dan pihak berkuasa tempatan di seluruh Negara bagi
membendung masalah ini. Terbaru, Polis Kedah mengadakan rondaan dan
tangkapan pada setiap malam minggu dan cuti umum di kawasan yang dikenal
pasti menjadi litar kepada para pelumba haram selain melakukan rondaan
keselamatan setiap hari. Menurut Pegawai Pentadbiran Trafik Ibu Pejabat
Daerah (IPD) Kota Star, Cif Inspektor Noh Idris, operasi itu adalah susulan
kepada operasi lumba haram sebelum ini. Beliau mengulas Ops Rhino yang
dijalankan pada 1 April 2005 yang membabitkan kira-kira 10 pegawai dan 60
anggota polis dari bahagian trafik dan jenayah.
Dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi ini, pihaknya berjaya menahan
21 remaja berusia 20-an kerana menunggang secara berbahaya dan dipercayai
4

terbabit dalam kegiatan lumba haram di Bandar raya ini. Semua remaja ini
menjalani pemeriksaan ujian air kencing bagi mengesahkan bebas daripada
pengambilan dadah dan alkohol. Pihaknya turut menyaman 14 penunggang
motosikal dan dua motosikal lain di tahan di balai polis untuk pemeriksaan
lanjut.
Menurut beliau lagi, Kedah antara negeri yang mencatatkan kes yang tinggi
dalam lumba haram. Antara lokasi yang popular di sini ialah Jalan Stadium,
Lebuhraya Darulaman, Bulatan Teluk Wanjah dan Bandar Sungai Petani. Gejala
ini tidak akan berakhir selagi ibu bapa tidak memberikan kerjasama yang baik
dengan pihak polis. Tanggungjawab mencegah jenayah jalan raya tidak boleh
diharapkan pada pihak keselamatan semata, sebaliknya ibu bapa perlu menitikberatkan disiplin anak-anak dan ia bermula dari rumah, jelasnya.
Justeru, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan bagi mengurangi gejala ini
dan ia bukan sekadar penguatkuasaan denda dan hukuman malah para remaja
ini perlu dididik dengan moral dan akhlak yang baik sejak awalnya. Remaja
yang ditahan dalam Ops Rhino sedang menaiki trak polis untuk dibawa ke balai.
KUALA LUMPUR 7 Sept Gejala lumba haram khususnya di ibu negara
memberi gambaran kepada pelancong asing bahawa pengguna jalan raya di
Malaysia tidak bertanggungjawab serta tidak menghormati hak orang
lain.Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata, aksi
merbahaya dan mengaibkan akan menjadi buah mulut para pelancong yang
datang dan memberi tanggapan jalan raya di negara ini tidak selamat. Gejala
lumba haram yang semakin menular boleh mendatangkan kemudaratan bukan
sahaja kepada mereka yang terlibat dengan lumba haram malah pengguna
jalan raya yang lain.Masyarakat juga menjadi semakin gusar melihat aksi
berani mati yang ditunjukkan oleh pelumba haram terutama sekali melalui media
elektronik yang memaparkan laporan mengenai fenomena yang tidak sihat ini,
katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Forum Gejala
Lumba Haram, di sini hari ini.
Forum itu anjuran Cawangan Trafik Polis Diraja Malaysia dan diadakan di
Maktab PDRM Cheras membariskan ahli panel dari pelbagai bidang antaranya
anggota polis, ahli akademik, bekas pelumba motosikal dan wakil Kementerian
Belia dan Sukan.Katanya, masyarakat juga harus membantu pihak
penguatkuasa terutamanya pasukan polis dalam membanteras kegiatan lumba
5

haram sehingga ke akar umbi.Program seperti Forum Gejala Lumba Haram


yang diadakan pada hari ini merupakan satu contoh terbaik di mana masyarakat
daripada pelbagai lapisan dapat menyumbangkan idea yang bernas dalam
menangani gejala lumba haram.Saya percaya suatu hari nanti usaha untuk
mengubah sikap remaja yang terlibat dengan lumba haram akan berjaya jika
masyarakat terutama sekali golongan ibu bapa dapat mendisiplinkan dan
memberi kesedaran akan bahayanya aktiviti tersebut, jelasnya.SESAL dulu
pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Apa-apa pun, fikir dulu sebelum
membuat atau memulakan sesuatu perkara. Ini kerana, sama ada baik atau
buruk padahnya, kita juga yang terima, betul tak?Pokok pangkalnya di sini,
cermin dulu tahap keyakinan pada diri kita. Jika benar-benar mampu, teruskan,
tetapi kalau rasa sebaliknya, batalkan saja niat di hati. Jangan dah terhantuk
baru nak tengadah.Bila dah patah sana, patah sini, luka sana, luka sini, baru
nak menyesal.
Itulah akibatnya kepada orang yang tunjuk berani, tetapi tak kena pada
tempatnya. Polis guna helikopter banteras lumba haram
10.07.2006 | JOHOR BAHRU: Polis Johor semalam menggunakan helikopter
dalam operasi membanteras perlumbaan haram yang menyaksikan 550
kenderaan, termasuk milik rakyat Singapura, ditahan di lebuh raya Linkedua
dekat persimpangan Gelang Patah di sini.
Operasi besar-besaran bermula jam 12 tengah malam dan berakhir kira-kira jam
5 pagi itu, turut menggunakan lapan kenderaan awam seperti trailer, lori dan bas
kilang untuk membuat sekatan bagi menghalang pelumba melarikan
diri.Seramai 140 pegawai dan anggota termasuk dari Unit Kereta Peronda dan
Unit Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyertai operasi itu, yang diketuai
Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Johari Yahya serta dibantu
Ketua Trafik dan Ketenteraman Awam Johor Bahru Utara, Cif Inspektor Bakri
Zainal Abidin. Bakri berkata, inilah pertama kali sebuah helikopter digunakan
dalam operasi seumpama itu bagi memantau pergerakan dari udara dan
mengesan pelumba yang cuba melarikan diri."Kita menahan 34 pelumba,
semuanya warga tempatan serta menyita kereta termasuk bernombor
pendaftaran Singapura kerana digunakan bagi perlumbaan haram."Mereka
ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42, Akta Pengangkutan Jalan 1987
kerana memandu secara cuai dan membahayakan pengguna jalan raya lain,"
6

katanya.Bakri berkata, 150 motosikal milik rakyat tempatan dan Singapura turut
ditahan, kebanyakannya menyaksikan lumba haram di laluan sepanjang kirakira tiga kilometer di persimpangan Linkedua dan Gelang Patah.Kira-kira 500
orang yang ditahan kerana menonton perlumbaan itu akan disiasat dan didakwa
mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987."Semua yang ditahan berusia antara
20 hingga 30 tahun membabitkan pelbagai golongan termasuk pelajar,
kakitangan kerajaan dan swasta," katanya.Polis membuat intipan sejak lebih
dua bulan lalu selepas menerima maklumat penduduk sekitar Gelang Patah
sebelum melancarkan operasi itu.Semua kenderaan yang ditahan dibawa ke
Balai Polis Kulai dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Utara untuk
pemeriksaan sama ada kenderaan curi, enjin diubah suai, cukai jalan tamat
tempoh dan memiliki waran tangkap.
Sumber : Berita HarianMotosikal Mat Rempit Terbabit Lumba Haram Mungkin
Dirampas
JITRA, 9 Okt (Bernama) -- Kerajaan mungkin meminda akta jalan raya atau
mewujudkan undang-undang baru bagi membolehkan motosikal yang terlibat
dalam kegiatan lumba haram dirampas dalam usaha menangani masalah mat
rempit yang seolah-olah tiada kesudahan.
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom
berkata pihaknya akan mencadangkan kepada kerajaan supaya diwujudkan
undang-undang bagi membolehkan pihak berkuasa merampas motosikal manamana pihak yang terbabit dalam kegiatan lumba haram."Sebelum ini pelbagai
operasi dilancarkan bagi membanteras kegiatan lumba haram dan menahan
mat rempit bersama motosikal masing-masing, tetapi mereka masih boleh
membawa balik dan mengambil semula motosikal itu apabila disaman atau
dibebaskan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan
wang raya kepada peneroka-peneroka di Felda Laka Selatan, dekat sini, malam
tadi.Mohd Johari berkata kegiatan mereka itu tetap berterusan sampai bila-bila
apabila motosikal masih ada dan jika kenderaan mereka dirampas aktiviti lumba
haram itu semakin lama semakin berkurangan dan turut memberi kesedaran
kepada "mat-mat rempit".Beliau berkata cadangan itu akan dikemukakan
kepada Peguam Negara terlebih dahulu untuk dipertimbangkan dan
kemudiannya barulah boleh dibentangkan di Parlimen jika perlu.

Menurutnya kegiatan lumba haram semakin menjadi-jadi di kalangan belia serta


golongan remaja dan tidak mengira masa walaupun di bulan puasa sehingga
boleh membahayakan keselamatan orang ramai dan pengguna jalan raya.Mohd
Johari turut mengarahkan polis supaya lebih giat memantau perkembangan mat
rempit dan membendung kegiatan lumba haram di seluruh negara
menjelangnya sambutan perayaan Deepavali dan Aidilfitri.Kegiatan lumba
haram dan sikap samseng mat rempit turut mencetuskan pelbagai risiko seperti
dilaporkan di ibu negara berlakunya pergaduhan membabitkan kumpulan mat
rempit sehingga seorang maut dan tiga lagi cedera.Di Baling pula, dua pelajar
maut dan dua lagi cedera apabila masing-masing berlumba haram sesama
mereka.-- BERNAMA
MELAKA: Kerajaan negeri meluluskan peruntukan RM25,000 kepada Polis
Diraja beroperasi pada pertengahan bulan ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd
Ali Rustam, berkata peruntukan itu
diluluskan bagi membolehkan skuad itu mempunyai peralatan yang diperlukan
ketika menjalankan operasi.Katanya, skuad berkenaan turut dianggotai Jabatan
Pengangkutan Jalan (JPJ), Rela, Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Bandaraya
MelakaBersejarah (MBMB) dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR).Beliau
yang juga Pengerusi MKJR negeri, berkata skuad berkenaan dijangka
memulakan operasi secara bersepadu pada pertengahan bulan ini di
beberapajalan utama yang dikenal pasti.Katanya, antara jalan terbabit ialah
Jalan Tun Razak, Jalan Hang Tuah, Cheng, Kelebang, Batu Berendam, Lee
Rubber dan beberapa jalan lain."Dengan adanya skuad ini, kerajaan negeri
yakin kegiatan lumba haram dapat dibanteras hingga ke peringkat akar
umbi."Kerajaan negeri akan terus memberi kerjasama kepada polis untuk
membanteras kegiatan yang tidak berfaedah ini.'Tindakan lebih tegas termasuk
menyeret mereka ke mahkamah perlu dilakukan segera agar menjadi
pengajaran kepada orang lain," katanya disini, semalam.Mohd Ali berkata,
sepanjang tahun lalu, polis mengeluarkan 3,864 saman kepada pesalah lalu
lintas di negeri ini dalam usaha mendisiplinkan pemandu."Kerajaan negeri ingin
mengucapkan tahniah kepada polis atas kesungguhan mereka melaksanakan
tugas mencegah kegiatan jenayah atau lumba haram," katanya.Mengenai
wujudnya tarian bogel di pusat hiburan di negeri ini, Mohd Ali berkata, mereka
yang mempunyai maklumat perlu melaporkannya kepada polisagar tindakan
8

segera dapat dilakukan."Kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dalam


perkara ini dan kita mahu polis mengambil tindakan sewajarnya."Jika orang
ramai mempunyai maklumat, mereka perlu melaporkannya kepada polis atau
pihak berkuasa tempatan" katanya.Berita Harian sebelum ini melaporkan dua
pusat hiburan di sini, termasuk satu di pusat peranginan terkemuka
menganjurkan tarian berbaur lucahmenggunakan wanita asing yang berpakaian
menjolok mata bagi menarik pengunjung.Sebuah pusat hiburan di Taman
Melaka Raya juga dikesan mengadakan persembahan sama.Persembahan itu
dipercayai diadakan sejak beberapa bulan lalu dan bermula selepas waktu
tengah malam serta berlangsung kira-kira 20 minit.Difahamkan, waktu dan hari
persembahan tidak ditetapkan dan hanya terhad pada tempoh tertentu seperti
apabila ramai pengunjung. Penganjur jugatidak membuat pengumuman awal
bagi mengelak kegiatan itu dikesan. Balai Polis Trafik Daerah Kulim diserbu ibu
bapa dan saudara-mara Mat Rempit apabila dimaklumkan pihak polis mengenai
penahanan anak mereka yang terbabit dalam kegiatan lumba haram.Ada antara
ibu bapa remaja itu sedang bekerja dan terkejut apabila anak mereka dibawa ke
balai polis kerana disyaki terbabit dalam aktiviti menunggang motosikal secara
berbahaya serta lumba haram.Dalam Operasi Cegah Lumba Haram yang
dilakukan Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim diketuai oleh Ketua Bahagian
Ketenteraman Awam dan Trafik daerah, Asisten Superintendan Ismail Ayub,
seramai 26 remaja ditahan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Majid Hashim, berkata operasi
bermula jam 7 malam kelmarin dilakukan di dua kawasan yang menjadi
tumpuan Mat Rempit di Taman Selasih dan Stesen Bas Kulim, di
sini.Menurutnya, kawasan terbabit dikenal pasti sebagai lokasi panas untuk
Mat Rempit menunjukkan aksi berbahaya dan polis sering menerima aduan
daripada penduduk berhampiran.Berdasarkan maklumat, anggota polis yang
membuat tinjauan mendapati lebih 30 Mat Rempit sedang menunjukkan aksi
berbahaya mereka di jalan raya di sekitar Taman Selasih.Sebaik menyedari
kehadiran pihak berkuasa, mereka melarikan diri, tetapi tindakan pantas polis
berjaya menahan 13 motosikal serta 17 remaja.Manakala di kawasan Stesen
Bas Kulim pula, sebanyak sembilan motosikal bersama penunggangnya
ditahan, dan mereka terpaksa menolak motosikal masing-masing sejauh 500
meter ke balai polis, katanya ketika ditemui, kelmarin.Abdul Majid berkata,
9

dalam operasi itu, seramai 26 remaja termasuk tiga pelajar perempuan berusia
antara 14 hingga 23 tahun ditahan untuk pemeriksaan dan
dokumentasi.Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut ke atas remaja terbabit
mendapati seramai 19 daripada mereka tidak mempunyai lesen memandu
dengan 14 remaja dikesan masih berada di alam persekolahan.Katanya, pihak
polis memanggil ibu bapa ke balai polis untuk dimaklumkan mengenai kegiatan
anak masing-masing sebagai peringatan kepada mereka.

10

You might also like