You are on page 1of 5

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan raya awam tanpa

kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan di kawasan bandar, luar bandar ataupun
di kawasan perindustrian tanpa mengira keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam.
Kegiatan lumba haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa
pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia, menonton perlumbaan
haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba
tanpa menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah melibatkan motosikal dan
kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas ekspres yang turut mengadakan perlumbaan
haram. Kenderaan yang terlibat dalam perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi
160 km/j dan akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya amat
mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.

[Sunting] Jenis perlumbaan haram

 Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan berlumba pecut di
kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram drag pula pelumba haram akan memilih
satu kawasan jalan raya yang lurus dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
 Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan perlumbaan sebelum
perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan tersebut.
 Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk berlumba. Kawasan
lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang
tinggi, oleh itu pelumba haram dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju
lebuhraya itu sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu tetapi
kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta penguatkuasaan undang-
undang jalan raya yang lebih ketat.
 Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana yang digambarkan di
dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik
drift, pemandu seakan-akan terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift
amat sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan masa
perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.

[Sunting] Ubahsuai kenderaan yang dilarang

Kenderaan yang terlibat dalam lumba haram sering melakukan pengubahsuaian terhadap kenderaan
mereka, di mana kebanyakannya adalah tidak dibenarkan di sisi undang-undang jalan raya.

Antara ubahsuai kenderaan yang dilarang termasuklah:-

 menukar enjin tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), misalnya memasang enjin
4G63 dari kereta Mitsubishi Lancer Evolution pada kereta Proton Iswara.
 memasang pengecas turbo tanpa kebenaran JPJ.
 memasang sistem ekzos yang bising dan melebihi paras bunyi yang dibenarkan oleh JPJ serta
mempunyai paras asap yang melebihi paras yang dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
 memasang cermin gelap melebihi paras dibenarkan.
 menggelapkan lampu-lampu kenderaan.
 memasang sistem nitrus oksida.

[Sunting] Punca lumba haram

Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-


 Pengaruh rakan sebaya.
 Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan The Fast and the Furious: Tokyo
Drift. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi
lumba haram di dalam filem mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan
amaran tersebut.
 Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D.
 Majalah kenderaan ubahsuai.
 Permainan video seperti Need For Speed: Underground dan Need For Speed: Most Wanted.
 Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang adalah mahal
berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol
lebuhraya (jika ada).
 Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan bookie yang membuat
keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

[Sunting] Akibat lumba haram

 Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan pelumba haram
motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca daripada lumba haram. Oleh itu, tidak
hairanlah jika aktiviti lumba haram menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar
kemalangan jalan raya.
 Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat di kalangan remaja
yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah wang yang sememangnya mempunyai
kaitan dengan perjudian, penganjur perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia
untuk ditiduri.
 Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan industri automotif
berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta pengubahsuaian kenderaan. Sungguhpun
demikian, persaingan di kalangan pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan
banyak wang dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa dan
tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.
 Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan kes kecurian
kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba haram sanggup mencuri
kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan
baru setelah kalah kerana dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan
kenderaan mereka kepada pemenang.

[Sunting] Usaha mencegah lumba haram

Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram terutamanya di kalangan
remaja seperti berikut:-

 Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian Cub Prix dan Pesta
Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut penganjur perlumbaan mengenakan
bayaran penyertaan yang rendah serta subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja
menyertainya.
 Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk membolehkan pihak polis
membanteras gejala lumba haram dengan lebih berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau
motosikal yang lebih laju dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan
dengan kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju untuk
mengejar pelumba haram.
 Mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan awam.
 Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih berat terhadap
pesalah lumba haram.
Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,
biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia
sekarang. Minah Rempit pula boleh jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat
Rempit. Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma menunggang secara
berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan akan berlumba di tengah-tengah kota pada
malam hujung minggu. Mat Rempit juga telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan [1]
[2]
, pergaduhan, laku musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat Rempit yang tidak
mempunyai lesen sah, membayar cukai jalan dan menaiki motosikal curi [3] [4]. Kini, taman perumahan turut
telah ditukar menjadi litar lumba oleh Mat Rempit [5]. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira
200,000 Mat Rempit [6]. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk tujuan
yang sama.

D1. Denda ibu bapa yang membenarkan anak bawah umur 16 tahun ke bawah
dengan denda maksima RM2000 hingga RM5000 atau hukuman penjara 6 bulan.

2. Denda remaja yang berlumba berumur 16 tahun ke atas yang mempunyai lesen
memandu sah dengan denda maksima RM2000 hingga RM5000 dan gantung lesen
atau hukuman penjara 6 bulan.

3. Denda, beserta hukuman penjara dan rampas motosikal jika didapati motosikal
diubahsuai serta merbahaya untuk digunakan.

PDRM pernah mengumumkan bahawa tahun 2004


merupakan tahun membanteras lumba haram
berikutan gejala tersebut boleh mengancam
keselamatan pengguna jalan raya lain. Oleh itu,
pelbagai operasi dan tindakan dijalankan seperti
mewujudkan pasukan polis khas bagi
membanteras lumba haram motosikal (Unit Khas
Lumba Haram) dan operasi setiap malam minggu
dan cuti umum (ops Rhino). Selain itu, semua
ketua trafik negeri pula diarahkan meningkatkan
risikan bagi mengenal pasti lokasi gelanggang
lumba haram di samping mengumpul maklumat
mengenai bengkel-bengkel motosikal yang menjadi
penganjur kepada perlumbaan ini.

Susulan itu, Kementerian Pengangkutan telah


mewujudkan sub seksyen baru di bawah Akta
Pengangkutan Jalan 1987 kepada penonton lumba
haram selain meningkatkan jumlah denda dan
hukuman penjara kepada mereka yang menaja
lumba haram. Menurut Menteri Pengangkutan,
Datuk Seri Chan Kong Choy, pihaknya akan
meminda Seksyen 81 APJ berkenaan mereka yang
menaja lumba haram memandangkan hukuman
yang sedia ada iaitu denda sehingga RM2000 atau
penjara tidak lebih daripada enam bulan adalah
terlalu ringan dan tidak berkesan untuk mencegah
kegiatan itu. Bagi pelumba haram atau popularnya
‘mat rempit’, mereka boleh disabitkan di bawah
Seksyen 42 APJ iaitu membawa kepada hukuman
penjara tidak lebih lima tahun dan denda kurang
daripada RM15000 atau kedua-duanya sekali bagi
sabitan pertama. Dan denda serta hukuman
penjara akan bertambah kepada tidak lebih
RM20000 dan penjara kurang daripada 10 tahun
bagi sabitan kedua. Menurut beliau lagi,
kementeriannya akan bergabung tenaga dengan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), PDRM, dan
pihak berkuasa tempatan di seluruh Negara bagi
membendung masalah ini. Terbaru, Polis Kedah
mengadakan rondaan dan tangkapan pada setiap
malam minggu dan cuti umum di kawasan yang
dikenal pasti menjadi litar kepada para pelumba
haram selain melakukan rondaan keselamatan
setiap hari. Menurut Pegawai Pentadbiran Trafik
Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kota Star, Cif Inspektor
Noh Idris, operasi itu adalah susulan kepada
operasi lumba haram sebelum ini. Beliau mengulas
Ops Rhino yang dijalankan pada 1 April 2005 yang
membabitkan kira-kira 10 pegawai dan 60 anggota
polis dari bahagian trafik dan jenayah.

Dalam operasi yang bermula pada pukul 1 pagi ini,


pihaknya berjaya menahan 21 remaja berusia 20-
an kerana menunggang secara berbahaya dan
dipercayai terbabit dalam kegiatan lumba haram di
Bandar raya ini. Semua remaja ini menjalani
pemeriksaan ujian air kencing bagi mengesahkan
bebas daripada pengambilan dadah dan alkohol.
Pihaknya turut menyaman 14 penunggang
motosikal dan dua motosikal lain di tahan di balai
polis untuk pemeriksaan lanjut.

Menurut beliau lagi, Kedah antara negeri yang


mencatatkan kes yang tinggi dalam lumba haram.
Antara lokasi yang popular di sini ialah Jalan
Stadium, Lebuhraya Darulaman, Bulatan Teluk
Wanjah dan Bandar Sungai Petani. Gejala ini tidak
akan berakhir selagi ibu bapa tidak memberikan
kerjasama yang baik dengan pihak polis.

Tanggungjawab mencegah jenayah jalan raya tidak


boleh diharapkan pada pihak keselamatan semata,
sebaliknya ibu bapa perlu menitik-beratkan disiplin
anak-anak dan ia bermula dari rumah,” jelasnya.

Justeru, usaha yang berterusan perlu dilaksanakan


bagi mengurangi gejala ini dan ia bukan sekadar
penguatkuasaan denda dan hukuman malah para
remaja ini perlu dididik dengan moral dan akhlak
yang baik sejak awalnya.

Baca petikan berikut dengan teliti. Kemudian, rumuskan punca-punca keliaran remaja memandu
kenderaan di jalan raya dan cara-cara mengatasi masalah ini.

Dalam diri para remaja, tenaga bergelora mencari jalan keluar. Remaja berasa bosan dan resah gelisah
tanpa kegiatan yang memberi mereka peluang menyalurkan tenaga itu secukupnya. Kegiatan tersebut
haruslah menarik minat, malah mendebarkan. Unsur risiko menjadikan sesuatu kegiatan itu
mengghairahkan bagi para remaja. Di peringkat usia ini, ramai yang tidak mengenal takut, kerana mereka
merasa seolah-olah mereka tidak mungkin cedera. Kemungkinan maut hampir tidak pernah terlintas di
benak, terutamanya bagi remaja yang sihat, segar-bugar dan tegap sasa.

Memandu kenderaan dengan laju merupakan salah satu kegiatan yang amat digemari oleh remaja dalam
mencari saluran bagi tenaga serta debaran menghadapi risiko. Soal ego juga sangat penting. Remaja
telah meninggalkan alam kanak-kanak tetapi masih belum sepenuhnya memasuki dunia dewasa, maka
keyakinan diri seringkali terancam. Mereka masih mencari di mana letaknya potensi kehandalan masing-
masing. Bagi yang belum dapat memperlihatkan keunggulan dalam bidang lain, menunjuk-nunjuk
kehebatan di jalan raya merupakan cara menarik perhatian. Itulah maka remaja yang baru mendapat
lesen untuk memandu kereta tidak dapat menahan keinginan memecut tanpa memikirkan akibat kepada
diri dan orang lain. Apatah lagi remaja yang menunggang motosikal. Kenderaan itu bagaikan lambang
“kejantanan” mereka dan dayuslah rasanya jika mereka tidak membawa laju gila-gila. Bagi segelintir
gadis remaja yang termasuk dalam golongan ini, memandu pada kelajuan sederhana dianggap
memalukan, kerana mereka tidak mahu kalah dengan remaja lelaki.

Lumba motosikal haram sukar dibanteras kerana mempunyai daya tarikan yang istimewa bagi remaja. Di
samping menyalurkan tenaga, membawa keseronokan bahaya dan memuaskan ego, perlumbaan ini
mempunyai unsur terlarang yang digemari remaja kerana memang sifat generasi baru suka memberontak
melanggar undang-undang serta norma masyarakat. Beberapa tahun lalu, ketika nombor kenderaan
sampai ke huruf-huruf BAD, golongan muda berebut-rebut membeli motosikal untuk mempamerkan kepada
umum bahawa mereka itu BAD (jahat)!

Seseorang remaja yang enggan menyertai kumpulan sebayanya dalam lumba motosikal haram mungkin
sekali dipulaukan dan dicap pengecut. Bagi remaja, penerimaan dan penghargaan daripada rakan-rakan
sebaya amat bermakna, lebih-lebih lagi jika ibu bapa terlalu sibuk untuk menjalin hubungan erat dengan
anak remaja. Kerapkali rakan-rakan lebih mesra daripada keluarga sendiri. Sekiranya kumpulan sebaya
melepak, merokok, menagih dadah, merosakkan harta benda awam, melakukan maksiat atau jenayah,
jarang sekali seseorang remaja itu berani berkeras tidak turut serta. Memandu laju dan berlumba
motosikal secara haram termasuk dalam kegiatan kumpulan sebaya yang bagaikan memaksa setiap
anggota menyertainya.

Keliaran remaja memandu kenderaan di jalan raya telah banyak membawa padah berbentuk kehilangan
nyawa dan kecacatan anggota. Pihak berkuasa terus berusaha menanganinya tetapi kejayaan belum
ketara. Punca-punca perlu dikaji dengan lebih mendalam supaya usaha mengatasinya berkesan.

You might also like