You are on page 1of 14

MENGUMPUL MAKLUMAT DAN MEMBUAT KERANGKA KASAR PENULISAN

BIL ASPEK PERINCIAN SUMBER


KAJIAN MAKLUMAT MAKLUMAT
1 Tajuk Kajian Peristiwa Banjir di
Beaufort
2 Nama penulis Nur Aina Safiyyah

3 Pengenalan Internet
https://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir
4 Faktor - Kedudukan geografi 1.Orang sumber:Penduduk kampung
berlakunya kawasan bingkul
peristiwa beaufort 2.Internet
bersejarah -Pembukaan empangan http://ww1.utusan.com.my/utusan
- sistem peparitan yang /info.asp?y=2009&dt=0415&sec
tidak baik. =Sabah_%26_Sarawak&pg=wb_01.htm
- Hujan yang berterusan
dan fenomena cuaca
5 Kronologi Sebelum 1.Orang Sumber:Penduduk Kampung
peristiwa - Pada 21 Disember Bingkul
bersejarah 2014 Hujan turun tanpa 2. Internet
henti menandakan https://ms.wikipedia.org/wiki/Banjir_2014-
akan berlakunya banjir 15_di_Asia_Tenggara_dan_Asia_Selatan
Semasa
-Pada 23 Disember 2014 http://www.utusan.com.my/
Kawasan Beaufort berita/wilayah/sabah/beaufort-dilanda-
dipenuhi air sungai banjir-1.40126
beberapa sekolah telah
ditutup akibat banjir http://www.sayangsabah.com/kerajaan-
-Pada 24 diesmber 2014 pastikan-bantuan-mangsa-banjir-
Memandang air sungai mencukupi/
belum menunjukkan
tanda tanda untuk surut
,atas keprihatinan ahli
parlimen beaufort YB
Datuk Hajah Azizah
Datuk Seri Panglima Haji
Mohd Dun merangkap
timbalan menteri
pembangunan wanita
Selepas
-Pada 28 Disember air
mulai surut banyak
penduduk dipusat
pemindahan telah
dibenarkan untuk
pulang ke rumah masing
masing.Keadaaan
kawasan Beaufort telah
dipenuhi dengan lumpur
dan sampah

6 Diri sendiri
Kesan/impak -simpati terhadap
peristiwa mangsa banjir kerana
bersejarah banjir yang sering
kepada melanda daerah
diri,masyarakat Beaufort
setempat dan -tidak lupa
negara menghulurkan bantuan
kepada rakan -rakan
sekolah yang dilanda
banjir seperti
memberikan mereka
sumbangan dari segi
kewangan dan pakaian
Masyarakat
-masyarakat setempat
mengalami kerugian
dari segi kerosakkan
harta benda.
-memupuk semangat
bekerjasama dan
bergotong-royong untuk
menghadapi masalah
banjir di tempat mereka
Negara
-berbangga dengan
pemimpin negara
kerana turut
menunjukkan
keprihatian mereka
untuk meringankan
beban mangsa banjir

7 Iktibar daripada Diri sendiri


peristiwa -kita seharusnya
bersejarah sentiasa menjaga alam
sekitar dengan tidak
membuang sampah di
sungai supaya sungai
tidak menjadi cetek.
-Kita juga perlu bersedia
untuk menghadapi
bencana alam seperti
-saya haruslah berusha
bersungguh sungguh
menjadi masyarakat
yang prihatin terhadap
mengsa banjir.
Masyarakat
-Beaufort haruslah
memupuk semangat
bergotong royong dalam
menghadapi masalah
banjir ini.
- perlulah menghargai
keharmonian supaya
rakyat majmuk
berbilang kaum dan
pegangan agama.
Negara
- Pihak kerajaan
seharusnya prihatin
terhadap kesusahan
rakyat ketika berlakunya
banjir
-.Kerajaan juga perlulah
mengekalkan jalinan
perhubungan antara
kerajaan dan rakyat
8 Rumusan -Banjir di kawasan
beaufort membawa
kesan yang mendalam
kepada penduduk
Beaufort.Namun begitu
masyarakat beaufort
tidak pernah berputus
asa menghadapi
bencana alam ini
walaupun kekerapan
banjir akan berlaku
setiap tahun.
Nilai
- kesedaran untuk
sentiasa bersedia
menghadapi apa juga
bencana dan selalu
menghulurkan bantuan
kepada orang yang
berada dalam
kesusahan.
Nilai patriotisme
-semangat patriotisme
seperti semangat
perpaduan
-.semangat
nasionalisme dan
Semangat bergotong
royong .
Harapan
- menunjukkan
semangat perpaduan
dan kerjasama yang
tidak berbelah bagi -
berharap pihak
kerajaaan akan
membantu
memperbaiki sistem
perparitan dan projek
meluaskan dan
memperdalamkan
sungai bagi
mengurangkan banjir s
- tambakan tebing
sungai agar tidak
terhakis.
9 Rujukan

PENGENALAN
FAKTOR BERLAKUNYA PERISTIWA BANJIR DI BEAUFORT
Kedudukan geografi kawasan beaufort telah menyebabkan kawasan beaufort
sering dilanda banjir.sungai yang berliku-liku dan tidak dalam merupakan sebab
bencana ini berlaku.kawasan Beaufort yang berdekatan dengan sungai juga
mengalakkan banjir.selain itu, air sungai yang mengalir deras akan menghakis
tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu
mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
Pembukaan empangan juga merupakan salah satu faktor berlakunya banjir
dibeaufort.Apabila daerah tenom mengalami hujan yang berterusan tanpa henti
mendorong kepada pembukaan empangan tenom. Limpahan air sungai yang
berlebihan kerana pembukaan empangan tersebut mengakibatkan paras sungai
beaufort akan meningkat.Hal ini akan menyebabkan sungai beaufort yang tidak
mampu menampung limpahan tersebut lantas membanjiri beaufort.

Faktor seterusnya yang membawa kepada kekerapan banjir di Beaufort ialah


sistem peparitan yang tidak baik.sistem perparitan yang sedia ada tidak cukup
besar gagal mampu menampung dan mengalirkan air yang banyak ketika hujan
mendorong berlakunya banjir di Beaufort.Di samping itu tiada penambahbaikan
sistem peparitan dikawasan beaufort mengakibatkan kawasan Beaufort sering
dilanda banjir.

Hujan yang berterusan dan fenomena cuaca juga merupakan salah satu faktor
yang menyumbang kepada bencana alam ini. Hujan yang berterusan tanpa
berhenti-henti akan menyebabkan banjir berlaku.Hal ini tidak dapat dielakkan
kerana fenomena cuaca umpamanya musim monsun dan jumlah hujan luar biasa
pada musim tertentu akan menyebabkan banjir berlaku. Oleh kerana bentuk
muka bumi dikawasan beaufort adalah rendah dan keadaan Sungai yang mudah
dipenuhi air akan melimpah keluar sehingga menyebabkan kawasan Beaufort
dibanjiri air.

SEBELUM
Pada 21 Disember 2014 Hujan turun tanpa henti menandakan akan
berlakunya banjir.JKK kampung disekitar kawasan Beaufort telah diberitahu untuk
memberi peringatan kepada penduduk kawasan beaufort untuk bersedia untuk
menghadapi banjir .Penduduk dikawasan kampung saya iaitu Kampung bingkul
merupakan salah kampung yang sering dilanda banjir.Semua penduduk bergegas
menaikkan harta benda mereka ke kawasan tinggi dan perahu disediakan agar
dapat menghadapi banjir yang akan melanda.

SEMASA
Pada 23 Disember 2014 Kawasan Beaufort dipenuhi air sungai beberapa sekolah
telah ditutup akibat banjir.Antaranya ialah SRJK Kung Ming,ST Saint Paul,SMK ST
John dan beberapa buah sekolah disekitar Beaufort.Selain itu jalan raya juga
telah ditutup .Jalan raya ke sipitang dan kuala penyu merupakan jalan raya utama
yang ditengelami banjir.Kenderaan ringan seperti motorsikal dan kereta tidak
digalakkan melalui jalan raya ketika itu .Banyak penduduk telah dipindahkan ke
dewan baharu Beaufort. kampung yang terjejas adalah Kampung Bakalau apabila
seramai 234 penduduk dipindahkan selain Kampung Cina (15 orang); Kampung
Luagan (sembilan orang); Kampung Bingkul (enam orang); Kampung Jempangah
(dua orang) dan masing-masing seorang di Kampung Mempagar dan Kampung
Melulugus.pihak bomba,pasukan keselamatan dan RELA berkerjsama memantau
keadaan banjir serta memudahkan pemindahan mangsa banjir ke pusat
pemindahan yang disediakan Mujurlah penduduk kampung bingkul tidak banyak
dipindahkan ke pusat sementara pemindahan banjir kerana rumah-rumah
disekitar Kampung bingkul dibina agak tinggi.Pada 24 diesmber 2014 Memandang
air sungai belum menunjukkan tanda tanda untuk surut ,atas keprihatinan ahli
parlimen beaufort YB Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Haji Mohd Dun
merangkap timbalan menteri pembangunan wanita,keluarga dan masyarakat
telah menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

SELEPAS

Pada 28 disember air mulai surut banyak penduduk dipusat pemindahan


telah dibenarkan untuk pulang ke rumah masing masing.Keadaaan kawasan
Beaufort telah dipenuhi dengan lumpur dan sampah.Majlis Daerah Beaufort mula
membersihkan kawasan pekan Beaufort.Penduduk dikampung bergotong-royong
telah membersihkan kawasan kampung yang juga dipenuhi dengan lumpur dan
bangkai binatang.Rumah letak merupakan antara rumah-rumah yang mengalami
korosakkan yang banyak begitu juga dengan rumah yang berdekatan dengan
sungai.

KESAN /IMPAK
Diri
Saya berasa simpati terhadap mangsa banjir kerana banjir yang sering
melanda daerah Beaufort hampir setiap tahun.Kesusahan yang dialami oleh
mangsa banjir begitu besar kerana tidak dapat mengelak daripada musibah
bencana alam ini.. Saya juga tidak lupa menghulurkan bantuan kepada rakan -
rakan sekolah yang dilanda banjir seperti memberikan mereka sumbangan dari
segi kewangan dan pakaian. Banjir ini juga membawa kesan kepada diri saya
bahawa kita perlulah sentiasa bersedia apabila bencana alam berlaku supaya
untuk mengelakkan kerugian yang besar

Masyarakat
Masyarakat Beaufort telah mengalami banyak kesan akibat banjir
antaranya ialah masyarakat setempat mengalami kerugian dari segi kerosakkan
harta benda. seperti kelengkapan rumah,peralatan elektornik dan lain lain.walau
bagaimana pun peristiwa banjir di Beaufort telah menjadikan masyarakat
setempat memupuk semangat bekerjasama dan bergotong-royong untuk
menghadapi masalah banjir di tempat mereka. Mereka yang tidak terjejas juga
turut berusaha untuk membantu mangsa-mangsa banjir dengan menghulurkan
bantuan makanan , air dan juga pakaian.

Negara
Saya juga amat berbangga dengan pemimpin negara kerana turut
menunjukkan keprihatian mereka untuk meringankan beban mangsa banjir
melalui bantuan yang disalurkan seperti makanan ,kewangan ,dan tempat
pemindahan sementara.Selain itu,ahli parlimen menyuarakan pendapat kepada
kerajann negeri sabah untuk mendapat bantuan susulan selepas banjir.Pihak
media pula melakukan liputan berita tentang banjir dari masa ke semasa untuk
memastikan keadaan banjir sentiasa dipantau.

IKTIBAR

Diri sendiri
Iktibar yang saya perolehi ialah kita seharusnya sentiasa menjaga alam sekitar
dengan tidak membuang sampah di sungai supaya sungai tidak menjadi
cetek.Kita juga perlu bersedia untuk menghadapi bencana alam seperti ini.Selain
itu saya haruslah berusha bersungguh sungguh menjadi masyarakat yang prihatin
terhadap mengsa banjir.
Masyarakat
Penduduk daerah beaufort haruslah memupuk semangat bergotong royong
dalam menghadapi masalah banjir ini.Masyarakat daerah beaufort juga perlulah
menghargai keharmonian supaya rakyat majmuk berbilang kaum dan pegangan
agama dapat bergerak lebih dekat kepada perpaduan kaum.Disamping
itu,masyarakat juag harus bertolak ansur antara satu sama lain agar apabila
dilanda banjir.
Negara
Pihak kerajaan seharusnya prihatin terhadap kesusahan rakyat ketika
berlakunya banjir.Kerajaan juga perlulah mengekalkan jalinan perhubungan
antara kerajaan dan rakyat melalui saluran bantuan yang diberikan dan sokongan
ketika bencana ini berlaku.

RUMUSAN

Banjir di kawasan beaufort membawa kesan yang mendalam kepada penduduk


Beaufort.Namun begitu masyarakat beaufort tidak pernah berputus asa
menghadapi bencana alam ini walaupun kekerapan banjir akan berlaku setiap
tahun.
Melalui kajian tentang banjir di beaufort saya mendapati terdapat nilai nilai
yang harus dipupuk dikalangan masyarakat.Antara nilai yang saya pelajari ialah
kesedaran untuk sentiasa bersedia menghadapi apa juga bencana dan selalu
menghulurkan bantuan kepada orang yang berada dalam kesusahan.
Selain itu,semangat patriotisme seperti semangat perpaduan juga ditunjukkan
Masyarakat disini kerana sifat saling bantu membantu dalam menghadapi
masalah ini bersama .semangat nasionalisme dan Semangat bergotong royong
yang dilakukan oleh penduduk beaufort harus dicontohi kerana semangat seperti
ini harus dijadikan sebagai elemen yang penting untuk membentuk masyarakat
harmoni dan bersatu padu.
Akhir sekali,saya berharap masyarakat beaufort sentiasa menunjukkan
perpaduan dan kerjasama yang tidak berbelah bagi menghadapi apa juga
melanda bak kata pepatah “bersatu kita teguh bercerai kita roboh”.Saya juga
berharap pihak kerajaaan akan membantu memperbaiki sistem perparitan dan
projek meluaskan dan memperdalamkan sungai bagi mengurangkan banjir serta
tambakan tebing sungai agar tidak terhakis.

You might also like