You are on page 1of 2

MATEMATIK TINGKATAN 5

BAB 4 : MATRIKS

Menyelesaikan Persamaan Serentak Menggunakan Kaedah Matriks [KBAT]

Contoh :
Bagi menyediakan juadah Hari Raya Aidil Fitri, Encik Halim telah membeli sejumlah 8 kg
daging daripada Pasaraya A dan Pasaraya B. Harga bagi 1 kg daging bagi Pasaraya A ialah
RM 29 manakala harga bagi 1 kg daging Pasaraya B ialah RM 32. Encik Halim telah
membayar sejumlah RM 241 bagi keseluruhan 8 kg daging yang telah dibeli.
(a) Tulis dua persamaan linear bagi mewakili maklumat di atas.
(b) Seterusnya, menggunakan kaedah matriks, hitung berapa kg daging yang telah dibeli
daripada Pasaraya A dan Pasaraya B.

Penyelesaian :
(a) Kenalpasti pemboleh ubah yang terlibat.

Daging Pasaraya A = x
Daging Pasaraya B = y

Bina persamaan linear dari kenyataan yang diberi.


Encik Halim telah membeli sejumlah 8 kg daging daripada Berat daging
Pasaraya A dan Pasaraya B x y8
Harga bagi 1 kg daging bagi Pasaraya A ialah RM 29 manakala Harga daging
harga bagi 1 kg daging Pasaraya B ialah RM 32. Encik Halim 29 x  32 y  241
telah membayar sejumlah RM 241

(b) Tukarkan persamaan linear kepada bentuk matriks


x y8
29 x  32 y  241
→  1 1  x   8 

 29 32
   
y
   241


Selesaikan (cari nilai x dan y menggunakan kaedah matriks)


 1 1  x   8 
     
 29 32  y   241
 x 1  32  1 8 
     
 y  132   129    29 1  241
1  32 8   1241 
  
3   29 8  1241
1 15 
  
3 9 
 x   5
    
 y   3

Maka, berat daging Pasaraya A = 5 kg


berat daging Pasaraya B = 3 kg
LATIHAN:

1. Shila dan Grace pergi ke pasar untuk membeli epal dan oren. Shila membeli 3 biji epal
dan 2 biji oren dengan harga RM9. Grace membeli 5 biji epal dan 4 biji oren dengan
harga RM16. Dengan menggunakan kaedah matriks, cari harga, dalam RM, sebiji epal
dan sebiji oren.
[SPM 2015]

2. Jenis buku Bilangan buku Harga per buku (RM)


Matematik x 4
Sains y 3

Murni membeli x buah buku Matematik dan y buah buku Sains. Jumlah buku yang dibeli
ialah 5. Jumlah harga untuk buku yang dibeli ialah RM17.
(a) Tulis dua persamaan linear dalam sebutan x dan y untuk mewakili maklumat di atas.
(b) Seterusnya, dengan menggunakan kaedah matriks, hitung nilai x dan nilai y.
[SPM 2016]

3. Semasa hari sukan sekolah, murid menggunakan kupon untuk membeli makanan dan
minuman. Ahmad dan Lim masingmasing telah membelanjakan RM31 dan RM27.
Ahmad membeli 2 kupon makanan dan 5 kupon minuman manakala Lim membeli 3
kupon makanan dan 1 kupon minuman. Menggunakan kaedah matriks, hitung harga,
dalam RM, bagi satu kupon makanan dan bagi satu kupon minuman.
[SPM 2017]

SELAMAT MENJAWAB ☺

Disediakan oleh:
Mu’allimah Siti Asmaliza Basuni
Guru Matematik SMIAA

Nota:
- Tunjukkan jalan kerja matematik anda dengan lengkap.
- Hantarkan jawapan melalui aplikasi Telegram ke nombor 019-7875382

You might also like