You are on page 1of 1

Peranan pihak sekolah dalam memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam

kalangan pelajar.

Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi majoriti masyarakat di


Malaysia.Menurut pekara 152 Perlembagaan Persekutuaan Malaysia,bahasa
kebangsaan ialah bahasa Melayu.Oleh itu,bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi
di Malaysia.Namun,penggunaan bahasa Melayu yang betul dalam golongan muda
semakin terhakis.Persoalannya pihak manakah yang memainkan peranan penting
dalam usaha memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam golongan muda?.

Dalam konteks ini,pihak sekolah ialah pihak yang paling penting dalam usaha
memartabatkan penggunaan bahasa Melayu dalam golongan muda.Hal ini
dikatakan demikian kerana,sekolah merupakan tempat utama bagi para pelajar
untuk menuntu ilmu secara formal.Antara usaha yang dapat dilakukan oleh pihak
sekolah adalah dengan menganjurkan kempen kesedaran tentang penggunaan
bahasa Melayu yang betul.Seterusnya,pihak sekolah juga dapat menyediakan
pelbagai kursus berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu .Kesannya,usaha-
usaha ini dapat membantu para pelajar untuk menggunakan bahasa Melayu dengan
tepat dan jelas dalam kehidupan seharian mereka.Oleh itu,sudah terang lagi
bersuluh bahawa pihak sekolah merupakan pihak yang memberi pengaruh paling
besar dalam memartabatkan bahasa Melayu.

Kesimpulannya,mempelajari bahasa Melayu amatlah penting untuk diterapkan


dalam diri kanak-kanak sejak kecil.Pepatah melayu ada menyatakan bahawa
meluntur buluh biarlah dari rebungnya.Oleh itu,semua pihak haruslah memainkan
peranan demi memartabatkan bahasa Melayu dalam golongan muda kerana
pemuda harapan bangsa dan negara.

Disediakan oleh:kumpulan 4

You might also like