You are on page 1of 9

TAJUK 4 : KOMPOSISI KIMIA DALAM SEL

1.Nyatakan ciri umum enzim.


-Enzim adalah protein
-.Enzim mempercepatkan kadar tindak balas biokimia
-. Enzim tidak musnah di akhir tindak balas yang dimangkinkan olehnya
-Tindak balas yang dimangkinkan oleh enzim boleh berbalik
- Enzim diperlukan dalam kuantiti yang sedikit
-Tindakan enzim adalah spesifik.
-. Enzim peka kepada suhu
-. Enzim peka kepada perubahan pH
2. Terangkan kesan suhu 60 C keatas kadar tindak balas enzim
- Kadar tindak balas enzim sifar kerana suhu 60 C adalah suhu tinggi.
-Semua enzim telah ternyahasli dimana ikatan pada rantaian polipeptidnya telah
berubah menyebabkan struktur tiga dimensi tapak aktifnya berubah bentuk.
-Tindak balas terhenti.
-Enzim tidak akan kembali ke bentuk asal walaupun suhu telah kembali kepada
optimum.
3.Terangkan tinadak balas enzim sukrase ke atas sukrosa pada pH 3.
-Ph 3 merupakan medium yang berasid
-, ini tidak sesuai bagi tindakan enzim sukrase.
-Tindakbalas berlaku perlahan (Kadar tindakbalas adalah rendah) kerana berlaku
perubahan cas pada tapak aktif .
4. Terangkan kesan pH ke atas aktiviti enzim.
-enzim mempunyai julat yang kecil terhadap pH. Enzim sangat peka kepada
perubahan pH.
-kebanyakan enzim pH neutral.adalah optimum
-Sesetengah enzim seperti pepsin optimunya pH 3 manakala enzim amilase pH 8.5.
-Perubahan pH akan mengubah cas pada tapak aktifnya. seuatu enzim menjadikan
enzim kurang bertindak ke atas substrat.
-Enzim akan kembali bertindak secara maksimu apabila pH kembali kepada pH yang
optimum.
5.Terangkan kepentingan air.
Kepentingannya ialah;
i.-Sebagai pelarut yang baik. Contohnya gas karbon dioksida dan oksigen perlu
melarut dipermukaan alveolus yang lembab bagi memudahkan pertukaran gas
secara resapan
.
ii.-Sebagai medium pengangkutan Contohnya plasma darah yang terdiri dari 92% air
banyak mengangkut zat terlarut, protein plasma yang tidak larut.
-ii.Menetapkan suhu badan. Air mempunyai kapasiti haba yang baik.ini
membolehkan haba yang berlebihan diserap dengan itu dapat mengelakkan suhu
badan naik terlalu cepat.Haba yang berlebihan dikeluarkan ke persekitran bersama
peluh, ini membantu mengawal suhu badan.

iv.-Sebagai medium bagi tindak balas kimia dalam sel. Contohnya tindak balas
semasa proses fotosintesis memerlukan air.
v-Memberi sokongan kepada tumbuhan. Kepekatan osmosis sap sel yang tinggi
menggalakan kemasukan air ke dalam sel menyebabkan sel itu segah
vi-Menentukan tekanan osmosis sel. Contohnya jika terdapat banyak air dalam sel,
tekanan osmosis sel adalah rendah .kuantiti air dan garam mineral terlarut
menentukan tekanan osmposis darah dan bendalir tisu.
-Sebagai pelincir .Contohnya air merupakan juzuk utama mukus untuk memudahkan
vi.pergerakan makanan dan bendalir sinovia bagi memudahkan pergerakan sendi
6. Apa itu asid nukleik dan nyatakan kepentingannya..
-Asid nukleik-terdiri dari unit asas yang dipanggil nukleotida Setiap unit asas
nukleotida dibentuk dari gula pentos, kumpulan fosfat dan bes
bernitrogen.Kepentingannya ialah
i.membina protein dalam sel
ii. membina kromosom yang terdapat dalam sel
iii. mengandungi maklumat yang mengawal aktiviti sel
iv. menyimpan dan menghantar maklumat genetik
-Terdapat dua jenis asid nukleik
i.DNA (asid dioksiribonukleik berbentuk heliks gandadua.DNA merupakan
bahan utama kromosom yang mengandungi bahan genetik untuk
diwariskan. Segala maklumat sintesis protein di simpan dalam DNA
ii.RNA (asid dioksiribonukleik) fungsinya membawa segala maklumat
sintesis protein.RNA banyak terdapat pada dalam sitoplasma terutama
pada ribosom.
7. Nyatakan perbezaan antara enzim intrasel dengan enzim luar sel.
Enzim intrasel
1.Dihasilkan oleh
ribosom bebas
dalam sitoplasma
2 Enzim yang
dihasilkan
digunakan didalam
sel itu sendiri
3. Contohnya
enzim
oksidoreduktase.
Lisozim

Enzim luar sel


(ektrasel)
1.Dihasilkan oleh
ribosom yang
melekat pada jalinan
endoplasma kasar
2.Enzim yang
dihasilkan digunakan
di luar sel
3.Contohnya enzim
lipase. tripsin,
amylase pancreas.

8. Terangkan bagaimana penghasilan enzim luar sel.


-DNA dalam nucleus mengeluarkan makluman arahan untuk mesintesis enzim
luar sel yang tertentu.
-RNA yang ada dalam nukleus akan menyalin maklumat tersebut dan di bawa
keluar dari nucleus melalui membrane nucleus.
-Maklumat itu dibawa ke ribosom yang melekat kepda jalinan endoplasma kasar.
-Ribosom mensintesis protein.
-Protein akan memasuki lumen dalan jalinan endoplasma kasar dan menggenting
mebentuk vesikel angkutan.
-Vesikel angkutan yang mnegandungi protein di angkut ke jasad golgi dalam
sitoplasma sel. tenaga untuk pengangkutan di bekalkan oleh mitokondria yang
menjanakan tenaga.
-Apabila protein sampai ke jasad golgi protein itu diubahsuai enjadi enzim,
kemudian dibungkus dalam vesikel rembesan .Vesikel rembesan mengankut
enzim ke menbran
8. Terangkan dengan contoh yang sesuai bagi bahawa tidakan enzim adalah
spesifik.
- Contohnya enzim amylase bertindak keatas substrat kanji.
-Setiap enzim mempunyai tapak aktif yang tertentu.
Tapak aktif mempunyai bentuk yang tepat
-Hanya substrat (kanji) yang mempunyai bentuk yang sepadan dengan tapak aktif
pada molekul enzim (amylase) sahaja dapat bergabung untuk menjalankan
sesuatu tindak balas.
-Ini bermakna setiap enzim hanya bertindak kepada satu substrat tertentu sahaja
(Tindakan enzim spesifik).
9. Terangkan kesan suhu terhadap aktiviti enzim.
-.Pada suhu rendah, kadar tindak balas enzim adalah rendah kerana enzim tidak
aktif.
- Pada setiap kenaikan 10 C kadar tindak balas meningkat dua kali ganda
sehingga suhu optimum 37 C.
-Pada suhu optimum 37 C , kadar tindak balas enzim adalah maksimum.
-selepas suhu optimum, suhu 40 C kadar tindak balas enzim menurun kerana
enzim mula ternyahasli.
-Pada suhu tinggi 60 C tindakan enzim berhenti kerana semua enzim telah
musnah (ternyahasli)..
10.Terangkan penggunaan enzim protease.*(4M)
kegunaan enzim protease ialah:
.- Enzim protease memudahkan kerja memasak daging kerana enzim ini dapat
melembutkan daging dengan memutuskan ikatan peptida pada protein daging.Ini
memudahkan daging menjadi empuk apabila direbus.

-Enzim protease juga digunakan dalam serbuk pencuci untuk mengeluarkan


kotoran dengan mudah. Bahan cemar dari protein diuraikan menjadi lebih ringkas
sehingga dapat ditanggalkan dari pakaian dengan mudah.
-Protease juga digunakan dalam industri pengetinan ikan bagi menanggalkan
kulit ikan.
-Protease juga digunakan dalam industri barangan kulit untuk mengeluarkan bulu
roma dari kulit.
11. Terangkan kegunaan enzim selulase.
-Enzim selulase digunakan dalam mengekstrak agar-agar dari rumpair laut
dengan cara menguraikan (menghidrolisiskan) dinding sel rumpair laut, dengan
itu agar-agar boleh dikeluarkan.
-Enzim selulase digunakan untuk mengeluarkan kulit dari bijirin dengan
mencernakan selulosa
12. Terangkan hipotesis mangga dan kunci dalam mekanisma tindakan
enzim
-kunci sebagai substrat, mangga sebagai kunci .
-enzim mempunyai tapak aktif yang spesifik terhadap substrat
-enzim akan bergabung dengan tapak aktif substrat akan membentuk kompleks
enzim- substrat.
-kompleks enzim-substrat adalah tidak stabil
-Enzim akan memangkinkan tindak balas .
-Substrat akan terurai dan hasil tindak balas terbentuk.
-Hasil akan terbebas daripada enzim.
-Enzim tidak berubah di akhir tindak balas dan boleh digunakan semula.
13. Terangkan bagaimana enzim bertindak dalam penggunaan detergen
dan cara yang baik bahan kotoran boleh dikeluarkan dengan mudah. (10M)
Penggunaan enzim:
- Enzim amylase diguanakan untuk mengeluarkan kotoran berkanji.Amilase
bertindak ke atas kanji menguraikannya dan menjadikan kotoran kecil mudah
tanggal.
-

protease menanggalkan kotoran daripada protein. Protein diuraikan


menjadikan molekul yang lebih kecil, maka mudah tanggal dari
pakaian.contohnya pakaian yang tercemar dengan darah.

lipase diguanakan untuk menanggalkan kotoran dari lemak. Lemak


dipecahkan kepada asid lemak dan gleserol dan merupakan molekul yang
kecil untuk senang ditanggalkan dari pakaian.

selulase digunakan menguraikan dinding sel tumbuhan bagi pakaian yang


dikotoran dengan tumbuhan
cara memudahkan kotoran keluar;
gunakan air pada suhu yang optimum iaitu airsuam 35-37 C untuk
memaksimakan aktiviti enzim
gunakan pH yang optimum juga digunakan iaitu pda pH neurtal untuk
memaksimakan tindak balas.

apakah kegunaan protein, berbezakan lemaktepu dan lemak tidak tepu. bezakan
protein ke;las pertana dengan protein kels kedia. teranglan penventeukan
trigelserida.
bezakan antara gula monosakarda dan gula disakarida. nyatakan ontoh-contoh gula
disakarida.
6. Nyatakan perbezaan antara enzim intrasel dengan enzim luar sel.
Enzim intrasel
1.Dihasilkan oleh
ribosom bebas dalam
sitoplasma
2 Enzim yang
dihasilkan digunakan
didalam sel itu sendiri
3. Contohnya enzim
oksidoreduktase.
Lisozim

Enzim luar sel


(ektrasel)
1.Dihasilkan oleh
ribosom yang melekat
pada jalinan
endoplasma kasar
2.Enzim yang
dihasilkan digunakan
di luar sel
3.Contohnya enzim
lipase. tripsin,
amylase pancreas.

7. Bezakan antara lemak tepu dan lemak tak tepu


Lemak tepu
Lemak tak tepu
1.mempunyai
1. ikatan hidogen tidak
maksima ikatan
maksima.
hidrogen
2.mempunyai ikatan
2 mempunyai
gandadua antara
ikatan tunggal
atom karbon.
antara atom karbon 3.cecair pada suhu
3.pepejal pada
bilik
suhu bilik
4. kurang kolesterol
4. banyak
5. mempunyai ability
kolesterol
untuk bertindak balas
5. tidak bertindak
dengan atom
balas lagi dengan
hydrogen.
atom hidrogen
6. contoh, minyak
6.contoh. mentega jagung.

23.Terangkan jenis-jenis karbohidrat


-terdapat 3 jenis iaitu monosakarida, disakarida dan polosakarida.
monosakarida
-gula paling kecil saiz molekulnya,
- dikenali sebgai gula ringkas
-dijumpai didalam tumbuhan contohnya glukosa, frktosa dan galaktosa.
merupakan monomer karbohidrat
-berrfungsi sebagai agen penurun
-merupakan gula penurun yang boleh menukarkan larutan Benedict biru
kepada merah bata.
Disakarida
-terbentuk dari 2 monosakarida tyang bergabung melalui peroses
kondesasi
-contohnya laktosa,maltose ,sukrosa
glucosa + glucose
maltosa + air
glucose + fructose
sucrosa+ air
glucose + galactose
lactosa + air
-disakarida boleh diuraikan semula dengan proses hidrolisis dengan
menggunakan enzim atau asid.
maltosa adalah gula penurun yang boleh menukarkan larutan Benedict
biru kepada merah bata.
polisakarida
-rantaian panjang yang melebih 2 molekul monosakarida yang
bergabung seara kimia.
sifatnya tidak larut dalam air
-tiada rasa dan tidak berkristal
-contohnya kanji, glikogen, selulosa.
.
24. Terangkan pembentukan protein
-Apabila 2 asid amno bergabung membentuk dipeptida diikat oleh ikatan petida
melalui proses kondensasi
-Satu molekul air akan dibebaskan.
-kondensasi seterusnya berlaku dengan lebih banyak lagi asid amino bergabung
membentuk rantai polipetida iaitu protein
25. Apa itu proses hidrolisis.? Terangkan bersama contoh(3M)
ialah proses pemecahan molekul kempleks kepada molekul yang lebih ringkas
dengan adanya air oleh enzim atau asid.
contoh

-polypeptida diuraikan ikatan peptide oleh enzim protease untuk membentuk peptide.
polipeptida + air protease
peptide
-trigelserida+ air
-sukrosa + air

lipase
sukrase

asid lemak + gliserol


glukosa +fruktosa

26. Apa itu proses kondensasi?Terangkan bersama contoh


-kondensasi ialah proses penggabungan molekul kecil membentuk molekul yang
lebih besar dan membebaskan satu molekul air..
-Contohnya asid amino bergabung dengan asid amino yang lain melalui ikatan
peptide membentuk dipetida dan membebaskan satu molekul air.
25.Nyatakan kepentingan protein.
-Membina sel baru untuk pertumbuhan
- Membaiki tisu rosak dam mati
-pembentukan hormone, antibody ,enzim. otot, membrane plasma
26.Senaraikan kegunaan enzim.
-lipase digunakan untuk pematangan keju.
-protease digunakan untuk melembutkan daging.
-amilase digunakan dalam pembuatan sirap untuk menukarkan kanji kepada gula.
-amiloglukosidase digunakan untuk pembuatan sirap dengan menukarkan kanji
kepada gula.
-lipase dgunakan dalam bahan pencuci untuk mengeluarkan kotoran daripada lemak.
-protease digunakan untuk menanggalkan bulu dan rambut dari kulit haiwan dalam
industri pembuatan barangan kulit.
-amilase digunakan dalam detergent untuk mengeluarkan kotoran daripada kanji.
-selulase digunakan untuk memecahkan dinding sel daripada rumpai laut untuk
mengeluarkan agar-agar.
-selulase digunakan untuk mengeluarkan kulit biji daripada biji benih dalam industri
bijirin.
-Selulase dan amilase digunakan untuk melembutkan kertas dalam indusrti
pembuatan kertas.
-protease digunakan untuk menaggalkan kulit ikan dalam industri pengetinan ikan,
-papain digunakan untuk melembutkan daging.
-renin digunakan untuk mengentalkan susu dalam industry membuat dadih.
-papain digunakan untuk melicinkan dan menanggalkan parut dalam kosmetik.

You might also like