You are on page 1of 1

1.

0 Pengenalan

Nama jawi berasal daripada perkataan arab iaitu perkatan Arab “Jawah”. (Amat
Juhaari Moain (1996). Penggunaan tulisan jawi berkembang seiring dengan pengaruh
agama Islam di Tanah Melayu pada waktu itu. Sistem ejaan jawi digunakan sehingga kurun
ke-8 . Kemudian, pada pertengahan abad ke-19 sistem tulisan jawi telah ditukar kepada
sistem ejaan rumi selepas kedatangan barat ke Tanah Melayu. Menurut, Raja Mukhtaruddin
(1982), sistem ejaan rumi digunakan secara rasmi di Tanah Melayu pada tahun 1904.

2.0 Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi


2.1. Zaman Kesultanan Melayu Pasai
Zaman kesultanan Melayu Pasai merupakan kerajaan Islam pertama di Nusantara yang
bertempat di pantai Acheh. Menurut Hajmy dan Zainuddin (diambil daripada
Hermansyah, 2014)menyatakan bahawa Islam muncul di Aceh pada tahun 800 M.
Kedatangan para pedagang dari Arab telah membawa agama Islam dan tulisan jawi
kepada kerajaan tersebut. Menurut Hermansyah (2014), dalam buku “Rihlah” telah
dicatat bahawa pendidikan Islam di kerajaan itu sangat maju dan terdapat banyak
ulamak dari negeri Arab yang mengajar di negeri tersebut.

Menurut Amat Juhari Moain (1996), penggunaan tulisan jawi telah digunakan secara
meluas dalam pelbagai bidang penulisan. Sebagai buktinya, makam diraja Melayu Islam
Sultan Malik al- Saleh yang bertarikh 1297 M ditulis dengan tulisan jawi. Selain itu,
tokoh-tokoh ulama juga menggunakan tulisan jawi dalam menulis karya-karya mereka.
Antaranya, buku Taj Al-Salatin yang ditulis oleh Syamsuddin Al-Saumatri dan Bukhari Al
Jawhari Pada zaman dahulu, tulisan jawi memainkan peranan yang penting dalam
masyarakat dari aspek pentadbiran, adat istiadat dan juga perdagangan.

2.2. Zaman Kesultanan Melayu Melaka dan Johor


2.3. Tulisan Jawi Batu Bersurat Terengganu
Rujukan
Amat Juhari Moain. (1996). Perancangan bahasa: sejarah aksara Jawi. Dewan Bahasa dan
Pustaka

You might also like