You are on page 1of 11

KANDUNGAN

Borang Maklum Balas

Penghargaan

Kandungan

1.0 Pengenalan ......................................................................................................... 5


2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi ...................................................... 5
3.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi ..................................................... 11
4.0 Penutup .............................................................................................................. 12

Rujukan..................................................................................................................... 14

4
1.0 Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), tulisan ditakrifkan sebagai sesuatu yang
ditulis atau hasil daripada menulis untuk menyampaikan fikiran dan perasaan seseorang
individu melalui bentuk-bentuk visual serta difahami oleh diri sendiri dan juga orang lain.
Menurut Hashim Musa (2006), untuk berkomunikasi, bahasa diungkapkan melalui alat
pertuturan manusia iaitu arbitrari yang menjadikan maksudnya dan diguna pakai oleh satu
masyarakat. Tulisan terhasil jika manusia memahami bagaiman ingin menyampaikan
pendapat dan perasaan mereka melalui isyarat visual atau nyata dalam bentuk yang difahami
oleh diri mereka sendiri dan juga orang lain. Oleh itu, wujudlah sistem ejaan yang menjadi
pelengkap kepada sesebuah komunikasi. Terdapat dua jenis sistem tulisan iaitu epigrafi atau
palaeografi. Epigrafi merupakan tulisan yang ditulis menggunakan dakwat manakala
palaeografi ialah tulisan yang diukir, dipahat atau ditoreh pada suatu permukaan yang keras.

Pada zaman modenisasi kini, ramai individu yang tidak boleh membaca dan menulis Jawi.
Tulisan Jawi ini sangat tenat dan jika tidak dipelihara dan diajarkan kepada generasi muda, ia
mungkin akan pupus satu hari nanti. Peminggiran tulisan Jawi ini adalah amat serius dan perlu
difikirkan bersama.

2.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Jawi

Menurut Hashim Musa (2006), pada abad ke-13 Masihi, kedatangan agama Islam ke
Kepulauan Melayu telah membawa tulisan atau skrip Jawi yang berasal daripada skrip Arab.
Tulisan Rencong, Pallava, Kawi dan Nagiri merupakan tulisan yang digunakan dalam bahasa
melayu sebelum kedatangan tulisan Jawi. Mereka mula menggunakan tulisan jawi ketika
orang Melayu mula menganut agama Islam dan gelaran Jawah atau Jawi diberikan kepada
mereka oleh orang Arab kerana daerah Asia Tenggara pada zaman dahulu terkenal sebagai
Javadwipa. Walau bagaimanapun, muncul suatu tulisan yang dipanggil tulisan Jawi yang telah
menyebabkan bahasa Melayu sebagai bahasa yang maju melalui pelbagai bidang.
Kemunculan tulisan Jawi bermula apabila pendakwah dan kumpulan cendekiawan Melayu
mengkaji bunyi bahasa Melayu yang tiada dalam bahasa Arab serta mereka mencipta sendiri
tanda pada abjad Arab yang sedia ada disebabkan oleh kekurangan abjad. Tulisan ini mula
mendapat tempat dalam masyarakat Melayu setelah berlaku perkembangan dalam penulisan
kitab agama serta kesusasteraan di Acheh.

Sebelum kedatangan Islam lagi hubungan antara orang Arab dan orang Melayu telah mula
iaitu melalui aktiviti perdagangan. Orang Arab telah membawa pengaruh besar sehingga
proses Islamisasi berlaku di Tanah Melayu. Hal ini terjadi kerana al-Quran merupakan sumber

5
utama umat Islam yang ditulis dalam bahasa Arab (Amat Johari, 1996). Kitab Kuning
merupakan manuskrip dalam tulisan Jawi yang wujud setelah para pendakwah Arab
menterjemahkan buku agama lain dan al-Quran dalam bahasa Melayu dan ditulis bagi
penyebaran agama dan pendidikan.

Gambar 1: Kerajaan Melayu Islam Samudera Pasai 1267-1521 M.

(Sumber: Google Image)

Tulisan jawi dikatakan mula diperkenalkan sejak zaman Kesultanan Melayu Pasai yang
merupakan kerajaan Islam pertama di Nusantara. Kerajaan ini didirikan pada sekitar tahun
1267 dan rajanya merupakan Merah Silu yang telah mengubah namanya kepada Sultan Malik
al-Saleh. Menurut Hashim Musa (2006), pada tahun 696 H/1297 M beliau telah meninggal
dunia seperti yang tercatat pada batu nisannya. Sistem i’rab merupakan sistem ejaan Jawi
yang digunakan semasa zaman ini dengan semua abjad merupakan huruf konsonan dan
menggunakan tanda baris termasuk tasydid. Pada batu nisan Makam Sultan Malik al-Saleh
itu sendiri, terdapat bukti tentang penggunaan sistem i’rab. Turut ditemui di Leran Gresik,
Jawa Timur iaitu batu nisan Fatimah Maimun binti Hibatullah yang bertarikh 475 H bersamaan
1082 M. Gambar dibawah merupakan makam-makam Diraja Melayu-Islam yang diperbuat
daripada batu pualam dengan tulisan Jawi yang terdapat di Pasai, Acheh, Daya dan Geresik
(Jaya).

6
Gambar 2: Batu Nisan Sultan Malik al-Saleh bertempat di Pasai Sumatera Utara.

(Sumber: Google Image)

Gambar 3: Batu Nisan Fatimah bertempat di Leran, Surabaya, Jawa Timur.

(Sumber: Google Image)

Pelbagai jenis pedagang dari pelbagai negara mengunjungi kerajaan Pasai pada zaman
kegemilangannya kerana ia merupakan pusat perdagangan termasuklah pedagang Arab.
Abjad tulisan Arab yang menjadi induk kepada bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi sekali gus
dibawa bersama kedatangan Islam ke alam Melayu semasa kedatangan pedagang-pedagang
dari Arab. Bukti tulisan Jawi di Pasai ialah Hikayat Raja-Raja Pasai yang merupakan hasil
kesusasteraan Melayu menceritakan tentang masyarakat Melayu. Sekitar Tarikh 682 H/1282
M, Kawasan Perlak, Samudera dan Pasai telah diislamkan dan Ferlec (Perlak) telah

7
dilaporkan menerima Islam ketika ketibaannya di situ pada tahun 1292 menurut kenyataan
Marco Polo.

Gambar 4: Hikayat Raja Pasai

(Sumber: Google Image)

Oleh itu, kedatangan Islam di rantau ini berlaku sejak abad ke-7 Masihi atau ke-8 Masihi
lagi. Catatan yang terdapat pada batu nisan bukan menaunjukkan Islam mula bertapak tetapi
ia menggambarkan bahawa pengaruh Islam dan perkembangannya semakin maju.

Gambar 5: Kerajaan Melayu Islam Melaka 1403-1511

(Sumber: Google Image)

8
Gambar 6: Kerajaan Melayu Islam Johor-Riau 1528

(Sumber: Google Image)

Seterusnya, tulisan Jawi turut tersebar dan mengembang pada zaman Kesultanan Melayu
Melaka dan Johor sekitar abad ke-15 hingga ke-17. Tulisan Jawi mengalami proses ejaan
Jawi yang lebih baku pada kedua-dua negeri tersebut. Terdapat penemuan manuskrip yang
dijumpai pada sekitar tahun 1600M iaitu Hikayat Bayan Budiman. Penemuan ini menunjukkan
perubahan tulisan Jawi yang agak ketara berlaku di antara zaman Kesultanan Melayu Pasai
dan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Antara perubahan sistem ejaan Jawi yang dikesan
ialah tanda baris tidak digunakan dan pemvokalan secara abjad vocal berdasarkan suara dan
tekanan yang lebih pada akhir suku kata. Terdapat sebuah karya yang dihasilkan oleh Raja
Ali Haji iaitu Tuhfat al Nafis yang menceritakan lebih lanjut tentang zaman Kesultanan Melayu
Johor juga menggunakan sistem ejaan Jawi yang sama. Kitab Bustan al-Katibin yang ditulis
oleh Raja Ali Haji juga merupakan antara kitab yang ditulis dengan menggunakan sistem
tulisan Jawi (Faisal Abdul Hamid et al., 2014). Beliau dikenali sebagai pelopor awal dalam
menulis dan membangunkan sistem ejaan Jawi walaupun kitab tersebut tidak disebarkan
secara meluas.

9
Gambar 7: Bustan al-Katibin oleh Raja Ali Haji (1850) berasaskan mikrofilem di
Perpustakaan Universiti Malaya.

(Sumber: Google Image)

Gambar 8: Batu Bersurat Terengganu bertarikh 702 H./1303 M.

(Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka)

Seterusnya, penemuan Batu Bersurat di Kuala Terengganu dapat dibuktikan bahawa


penggunaan tulisan Jawi secara meluas yang dipercayai wujud sejak 702 Hijrah bersamaan
tahun 1303 Masihi yang ditulis menggunakan tulisan jawi dan perkataan-perkataan pinjaman
bahasa Arab (Zelzy Shahar Al-Johary et al., 2019). Batu bersurat ini merupakan ukiran paling

10
tua serta tulisan Jawi pertama yang dijumpai di Malaysia dan dianggarkan telah berusia 700
tahun. Pada tahun 1902, seorang ahli perniagaan iaitu Saiyed Husin bin Ghulam Al Bukhari
telah menjumpai Batu Bersurat selepas banjir surut di Tebing Sungai Tersat, Kampung Buluh
di Kuala Berang, Hulu Terengganu dalam keadaan separuh tenggelam. Beliau mengangkat
dan meletakkannya di atas rakit dengan bantuan Penghulu Ali serta orang kampung untuk
dibawa ke Kuala Terengganu. Sebelum Muzium Negara di Kuala Lumpur selesai
dibangunkan, batu tersebut diletakkan di Muzium Raffles Singapura pada tahun 1923.
Seterusnya, Batu Bersurat tersebut dipulangkan kembali kepada Kerajaan Negeri
Terengganu pada tahun 1991 setelah mereka menulis surat pada 12 Februari 1987 bagi
mendapatkan kembali batu tersebut untuk dijadikan pameran di Muzium Negeri Terengganu.

3.0 Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi

Sumber: Daftar Kata Bahasa Melayu Rumi-Sebutan-Jawi (2005:71-72).

Kemunculan kuasa Barat telah menyogok sistem tulisan Rumi kepada masyarakat
meskipun sistem tulisan Jawi yang lengkap telah ada. Pada tahun 1511, berlakunya kejatuhan
Melaka menyebabkan bermulanya kuasa Portugis di Kepulauan Melayu. Namun demikian,
kedatangan kuasa Belanda, Sepanyol dan Inggeris telah merosotkan kuasa Portugis (Puteri
Roslina, 2014). British telah meluaskan imperialisme dengan menjajah Tanah Melayu selepas
Belanda menyerahkan Melaka melalui perjanjian British-Belanda 1824 untuk meluaskan
kuasa dan memperoleh sumber di Tanah Melayu. Semasa zaman British, sistem ejaan Rumi
Negeri-Negeri Selat (NNS) diperkenalkan pada tahun 1878 kerana sistem ejaan yang
seragam amat diperlukan untuk berkomunikasi dengan masyarakat dan memudahkan urusan
rasmi kerajaan. British telah menubuhkan jawatankuasa ejaan Negeri-Negeri Selat (NNS)

11
untuk menyelaras penggunaan bahasa Latin dan untuk menulis dalam bahasa Melayu dan
bahasa Cina.

Kamus Jawi-Rumi menurut ejaan Inggeris di Singapura Berjaya diterbitkan iaitu Ejaan
Rumi Swettenham (1881) dengan mengambil nama F.A Swettenham. Swettenham
mengambil pendekatan untuk mewujudkan padanan huruf Rumi bagi semua huruf. Oleh itu,
ejaan ini tidak terikat dengan peraturan transliterasi sebelumnya. Dengan melihat bentuk
Jawinya, beliau mengeja perkataan Melayu dengan huruf Rumi. Contohnya, ‫< منڠ‬m-n-ng>
dengan mudahnya dapat dihasilkan Ruminya, iaitu menang.

Pada tahun 1882, satu sistem telah diperkenalkan bagi membezakan antara kaedah
transliterasi dengan pedoman sebutan oleh ejaan Rumi Maxwell yang diasaskan oleh W.E.
Maxwell. Antara perubahan dalam sistem ejaan ini ialah penggunaan yang disarankan oleh
jawatankuasa ejaan NNS ditolak oleh Maxwell. Pada tahun 1904, ejaan Rumi Wilkinson telah
dihasilkan oleh jawatankuasa kerajaan Melayu Bersekutu (British). Bagi merumikan ejaan
bahasa Melayu, terdapat enam peraturan antaranya ialah semua pinjaman bahasa Inggeris
perlu dieja mengikut sebutan bahasa Melayu.

Pada tahun 1941, sekolah-sekolah dan urusan rasmi kerajaan menggunakan secara
meluas ejaan Rumi Za’ba. Ejaan Rumi Za’ba ini diwujudkan untuk menguatkan lagi sistem
ejaan Rumi bahasa Melayu dan antara perubahan yang dibuat dalam ejaan Rumi Za’ba ialah
perkataan pinjaman bahasa Inggeris yang sudah ditukarkan sepenuhnya dengan bunyi
Melayu dieja mengikut sebutan Melayu. Contohnya, pereman, saman dan geran.

Pada tahun 1943, ejaan Rumi Fajar Asia diperkenalkan dan diketuai oleh Zainal Abidin
Ahmad sebagai ketua pengarang di Singapura (Ismail Dahaman, 2007). Terdapat beberapa
kelainan tentang grafem yang dipakai dalam Fajar Asia daripada sistem ejaan Wilkinson dan
sistem ejaan Za’ba. Sekitar tahun 1956 pula, ejaan Rumi Kongres merupakan sistem ejaan
Rumi yang dipersetujui oleh Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu yang ketiga dan empat
dasar pengejaan bahasa Melayu dengan huruf Rumi dirumuskan (Ismail Dahaman, 2007).

Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) merupakan sebuah


badan yang dibentuk pada tahun 1985 untuk merancang dan memantau perkembangan
bahasa Melayu/Indonesia di negara tersebut. Pada awalnya, badan ini dinamakan sebagai
Majlis Bahasa Indonesia-Malaysia (MBIM) yang dimulai pada tahun 1959 dan diperkukuhkan
lagi sekitar tahun 1972 setelah satu Pernyataan Bersama yang ditandatangani oleh Menteri
Pendidikan Malaysia, Tun Hussein Onn dan Mashuri Saleh S.H., Menteri Pendidikan dan
Kebudayaan Republik Indonesia pada 23 Mei 1972 di Jakarta (Abdul Rashid Melebek et al.,
2006). Keanggotaan Brunei Darussalam pada tahun 1985 telah mengubah MBIM menjadi

12
MABBIM yang salah satunya berperanan untuk mengusahakan penyelarasan bahasa melalui
penulisan ilmiah dan kreatif, pedoman, dan panduan.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, sistem ejaan di Malaysia dilihat berubah seiring dengan masa. Pengaruh
yang diterima masuk ke dalam negara sedikit sebanyak mengubah sistem ejaan sedia ada
sehingga wujudnya perubahan tulisan daripada tulisan Jawi kepada Rumi. Perubahan ini
sebenarnya dapat membantu sistem ejaan bahasa Melayu untuk menjadi lebih kukuh dan
mantap dan ini tidak bermaksud masyarakat perlu melupakan sistem ejaan yang lama. Semua
generasi perlu bersama-sama memelihara tulisan Jawi yang merupakan warisan negara ini.
Justeru, setiap masyarakat hendaklah bekerjasama dalam mengenali dan mencintai kedua-
dua sistem dalam memelihara bahasa Melayu.

13
Rujukan

Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain. (2006). Sejarah bahasa melayu. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ahmad Faisal bin Abdul Hamid & Faizuri bin Abdul Latif. (2014). Sejarah perkembangan
tulisan jawi: analisis mengenai teori kang kyoung seok. Jurnal al-Tamaddun, 9 (2),1-15.

Amat Johari Moain. (1996). Perancangan bahasa: Sejarah aksara Jawi. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Hashim Musa. (2006). Sejarah perkembangan tulisan jawi. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Ismail bin Dahaman. (2007). Ejaan rumi sepanjang zaman. Selangor: Dawama Sdn. Bhd.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2015). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Puteri Roslina Abdul Wahid. (2014). HBML4103 Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu (Ed.
ke-2). Open Universiti Malaysia.

Zelzy Shahar Al-Johary & Muhamad Suhaimi Taat. (2019). Hubungan penguasaan Jawi dan
kurikulum dengan proses pengajaran dalam kalangan guru sekolah rendah di negara
Brunei Darussalam. Borneo International Journal of Education, 1, 91-100.

14

You might also like