You are on page 1of 4

Definisi

Takrifan tentang Bahasa Melayu Klasik perlu dibuat terlebih dahulu sebelum kita memahaminya. Merujuk kepada perkataan klasik, Kamus Dewan ( !986 : 590 ) mentakrifkannya sebagai kesenian atau kesusasteraan yang lama atau yang mempunyai sifat-sifat yang tidak lagi terpakai; yang tinggi dan abadi nilainya atau lawan bagi perkataan moden.Takrifan ini menjelaskan kepada kita bahawa bahasa Melayu Klasik diakui kepenggunaannya pada suatu masa dahulu. Namun, perubahan masa dan zaman menyebabkan bahasa ini tidak lagi menjadi wahana kepada para pengkaji sebagai bahan kajian dan penyelidikan tentang perkembangan dan pertumbuhannya. Ruang Lingkup Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik bermula pada abad ke-14 hingga awal abad ke-19. Zaman permulaan bahasa Melayu Klasik ditandai dengan penemuan prasasti di Ulu Berang Kuala Terengganu bertarikh 702 H bersamaan 1303 Masehi. Selain penemuan prasasti tersebut terdapat juga prasasti bahasa Melayu Klasik terutamanya di negeri Kedah, Kelantan, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Pengkalan Kempas. Ada juga prasasti yang ditemui di Sumatera, contohnya di Jambi, Riau, Sumatera Selatan, Acheh dan lain-lain lagi (Amat Juhari Moain. 1994). Bukti-bukti kewujudan bahasa Melayu Klasik juga boleh ditemui dalam bentuk manuskrip. Pengkaji-pengkaji menganggap sebanyak 12,000 manuskrip di temui tetapi semuanya tersimpan di luar negara . Manusrip yang tertua sekali ialah surat Sultan Ternate, Baluku kepada Raja Portugis bertarikh 1521 Masehi ( Ahmat Adam , 1992 ). Manakala manuskrip bentuk buku yang paling tua yang ditemui setakat ini ialah kitab Aqa'id Al-Nasafi yang bertarikh pada 1590 M (998 H). Manuskrip lain yang ditemui bagi membuktikan kewujudan bahasa Melayu Klasik ialah manuskrip Tutinameh (1600M), Hikayat Seri Rama (1633 M), surat Raja Acheh kepada Harry Middleton (1602M) dan surat Emas Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam, Acheh kepada Raja Inggeris, King Jame 1 (1615 M).( Nik Safiah Abd. Karim. 1992. Bahasa Melayu Moden : Kemuncak Tradisi Melaka-Johor-Riau. Dlm S. Othman Kelantan (pngr.) 100 Tahun Pergerakan bahasa Dan sastera Melayu 1888 - 1988 : 38-53. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.) Dalam kajian yang berhubung dengan perkembangan Bahasa Melayu, terdapat percanggahan pendapat antara para sarjana. Misalnya Prof. Dato' Asmah Haji Omar dalam bukunya Susur Galur Bahasa Melayu( Kuala Lumpur . DBP : 1985) menjelaskan bahawa bahasa ini berkembang dari abad ke-13 hingga ke-17 masehi. Manakala Prof. Dato' Ismail Hussien melalui bukunya Tamadun Melayu Jilid Dua ( Kuala Lumpur. DBP : 1993 ) menyatakan bahasa Melayu berkembang dari abad ke-13 dan ke-14 masehi. Namun begitu, apa yang perlu ditegaskan di sini , bermula abad ke-14 hingga ke abad 19 masehi Bahasa Melayu telah menjadi bahasa perantaraan utama bagi masyarakat ketika itu. Malah ada di kalangan pengkaji menyamakan bahasa ini dengan bahasa Latin dan Perancis kerana penggunaannya begitu meluas iaitu sehingga dituturkan di India dan

juga Eropah ( Abdul Samad Ahmad : 1966 ) Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik dikatakan terpisah dari bahasa Melayu Kuno apabila wujudnya tulisan jawi. ( Asmah haji Omar : 1993 ). Sebelum ini tulisan yang digunakan oleh masyarakat Melayu dalam Bahasa Melayu Kuno ialah tulisan "palava" ( Raminah Hj Sabran dan Rahim Syam : 1986). Kedatangan Islam membawa perubahan yang amat ketara ke atas masyarakat Melayu. Perubahan tersebut bukan sahaja dari aspek tauhid danakidah tetapi sistem tulisan masyarakat Melayu turut berubah, Tulisan jawi berasal dari tulisan Arab. Pendakwah-pendakwah Islam berketurunan Arab pada mulanya menerapkan sistem tulisan Arab dalam tulisan Jawi. Tujuan utamanya ialah memudahkan bacaan, kerana tulisan jawi merupakan sesuatu yang baru bagi masyarakat Melayu. Bagi memudahkan ejaan, tanda baris atas dan bawah dimansuhkan. Bahasa Melayu Klasik dikatakan banyak menerima fonem-fonem Arab. ( Abdullah Hassan : 1992 ) Contohnya 'kh', 'z' dan 'sy'. Penggunaan fonem-fonem ini begitu meluas terutama sekali dalam penghasilan karya sastera seperti kitab-kitab agama, cerita-cerita rakyat dan lain-lain lagi. Contoh perkataan yang menerima fonem arab adalah seperti berikut : ? Akhirat ? Syarat ? Zaman Selain penggunaan dalam aspek tulisan dan fonem, Bahasa Melayu Klasik juga telah menyerapkan perkataan-perkataan Arab dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menyebabkan kata-kata atau perbendaharan Melayu semakin bertambah. Pinjaman dari perkataan Arab juga disebabkan kurangnya perkataan Melayu dalam menterjemahkan sesuatu perkara. Antara contoh perkataan yang dipinjam dari perkataan Arab ialah ? Duniawi ? Jahaman ? Akhirat ? Mu'tabar ? Fakir ? Sultan ? Jumaat Bahasa Melayu Klasik juga banyak menggunakan Kata Tunjuk, Kata Penegas dan Kata Hubung. Terdapat pengulangan dalam penggunaan perkataan tersebut. Kata tunjuk yang sering digunakan berulang ialah : ? Itu ? Sana ? Maka Kata Hubung : ? Yang ? Dan

? atau Kata Penegas : ? Lah ? Pun Penterjemahan karya atau kitab-kitab Arab ke dalam Bahasa Melayu menyebabkan struktur atau sintaksis Arab menyerap ke dalam bahasa Melayu. Terjemahan kitab banyak menggunakan Frasa Sendi Arab. Antara Frasa Sendi yang dipinjam dari bahasa Arab ialah ;daripadanya; atas dengan; dia dan lain-lain lagi. Selain dari itu ayat-ayat dalam bahasa Melayu Klasik juga dikatakan meleret-leret, terutama sekali apabila menyatakan sesuatu perkara. Pengarang sesebuah buku sering memasukkan perkataan yang sukar difahami. Begitu juga dengan pengunaan ayat-ayat pasif yang begitu meluas terutama dalam hikayat-hikayat. Dalam bahasa Melayu Klasik juga tedapat pendepanan pradikat dalam ayat yang digunakan atau dengan kata lain berlaku penyongsanan ayat. Pendepanan predikat terdiri daripada predikat kata kerja, objek atau pelengkap. Ini merupakan pengaruh nahu Arab dalam bahasa Melayu klasik, contohnya : a) Berjalanlah baginda berhari-hari untuk mencari permaisuri yang telah melarikan diri b) Maka kepala budak itu digondolkan oleh tukang gunting dengan sebilah beliung. (Prof. Mohd. Taib Osman & Abu Hasaan Sham (pngr.) 1978. Warisan Prosa Klasik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka ). Selain dari itu, ciri-ciri yang dapat dikesan dalam bahasa Melayu klasik ialah adanya pengaruh Islam. Kedatangan Islam ke alam Melayu memberi impak yang begitu besar . Roh Islam bukan sahaja ada pada individu malah turut terdapat dalam istilah dan ungkapan bahasa. Jika agama Hindu banyak mempengaruhi setiap aspek dan perbuatan orang Melayu pada suatu ketika, perkara sedemikian juga turut berlaku apabila wujudnya pengaruh Islam. Istilah dan ungkapan Islam telah diterima pakai oleh masyarakat Melayu sebagai perantaraan dalam komunikasi atau penghasilan sesuatu karya. Tokoh-tokoh Islam seperti Hamzah Fansuri, Nuruddin al-Raniri, Daud Abdullah al-Patani serta Raja Ali Riau banyak membantu dalam memperkembangkan istilah dan ungkapan bercirikan Islam. Karya-karya sastera Melayu Klasik banyak menggunakan watak-watak ciptaan dengan nama Islam, khususnya nama-nama raja. Misalnya Raja Nursyirwan Adil, Raja Abdul Jalil dan Sultan Muhammad Syah. Di samping itu terdapat juga nama campuran unsur Sanskrit, India dan Islam. Contohnya Merong Mahawangsa, Raja Donan dan Seri Rama. Salah satu dari ciri yang membezakan bahasa Melayu Klasik dengan moden ialah pengunaan kata-kata adapun, syahdan, hatta, setelah, arakian,al-kisah, bahawasanya, kelakian, sebermula dan sebagainya.

Dalam zaman bahasa Melayu klasik banyak berdiri kerajaan Melayu yang menggunakan bahasa Melayu Klasik sebagai bahasa pemerintahan seperti kerajaan Pasai-Samudera, Melaka, Johor-Lama, Johor-Pahang-Riau-Lingga, empayar Berunai yang menyebar luas di daerah Kalimantan Utara hingga ke Filipina Selatran; Patani, Ligor, Palembang, Jambi, Siak, Sri Inderapura, Langkat, Pahang, Perak dan lain-lain. Bahkan ada empayar atau kerajaan bukan Melayu tetapi menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pemerintahan. Contohnya kerajaan Ache di Sumatera Utara. Zaman bahasa Melayu klasik menempuh kemajuan yang amat pesat berbanding dengan zaman bahasa Melayu Kuno. Pada masa ini perkembangan ilmu pengetahuan dan kegiatan intelektual dalam bahasa Melayu mencapai tahap yang tinggi. Pada akhir abad yang ke-16 M, umpamanya, sudah lahir hasil-hasil karya falsafah tasawwuf dalam bahasa Melayu. Bahkan pada awal abad ke-17 M, berlaku pula polemik-polemik ilmiah tentang falsafah, tasawwuf dan ilmu-ilmu ugama yang lain khususnya seperti polimek yang dilakukan oleh Hamzah Fansuri, Syamsudin Pasai, Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf Singkel. Kelahiran hasil-hasil karya bersifat intelektual ini berpunca daripada pengaruh Islam yang meresap ke dalam bahasa dan budaya Melayu. Keadaan ini tidak berlaku pada zaman Hindu. Lantaran itulah maka bahasa Melayu telah menjadi bahasa utama di Asia Tenggara untuk urusan pengembangan agama Islam bahkan ianya menjadi salah satu di antara enam bahasa dunia Islam iaitu selain Arab, Farsi, Turki, Inggeris dan Hindi. Oleh sebab itu juga orang-orang Kristian menggunakan bahasa Melayu dalam penyebaran agama Kristian di kawasan Asia Tenggara (Manggantar Simanjuntak : 1995)

You might also like