You are on page 1of 6

Bahasa Melayu Klasik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bahasa Melayu Kuno digantikan dengan Bahasa Melayu Klasik. Peralihan ini dikaitkan dengan
kedatangan agama Islam yang ke Asia Tenggara pada abad ke-13.

Ciri ciri bahasa Melayu klasik


Pengaruh Islam menjadi semakin kuat sehingga bahasa Melayu mengalami banyak perubahan
dari segi kosa kata, struktur ayat dan tulisan. Ciri-ciri bahasa klasik ialah:

Ayat yang panjang, berulang, dan berbelit-belit.

Mempunyai banyak ayat pasif dan songsang

Menggunakan bahasa istana

Menggunakan kosa kata klasik spt. ratna mutu manikam, edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih)

Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat) spt. sebermula, alkisah,
hatta, adapun.

Banyak menggunakan partikel pun dan lah

Menggunakan aksara jawi, iaitu aksara yang dipinjam daripada bahasa Arab yang telah
ditambah dengan beberapa huruf tambahan.

Telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa
seperti alam bidang ilmu keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan
dan pentadbiran, perubatan, falsafah, tasawuf dan kata-kata umum.

Frasa dan ayat pengaruh Arab terutama dalam kitab-kitab klasik Melayu seperti
frasa ketahuilah olehmu (dari terjemahan IlamL, maka kemudian daripada
itu (dari Amma badu); atau pada ayat sunat berbuka atas tamar dan lain-lain. Frasa dan
ayat bentuk ini wujud hasil daripada terjemahan harfiah daripada teks-teks bahasa Arab.

Unsur-unsur falsafah Islam wujud dalam banyak tulisan Melayu spt. dalam bid ilmu
Kalam, Tasawuf, ilmu Aqaid al-Iman dan lain-lain. Ini berbeza dengan bahasa Melayu
zaman kuno atau Hindu.

Batu Bersurat
Bukti kegemilangann Bahasa Melayu Klasik boleh dilihat daripada tiga batu bersurat yang
penting. Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam bentuk tulisan.
Batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (22 February 1303[1]) ditulis dalam tulisan
Jawi. Ini membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalambahasa Melayu pada
abad itu.

Batu bersurat di Pagar Ruyung, Minangkabau (1356) ditulis dalam


huruf India mengandungi prosa melayu kuno dan beberapa baris sajakm Sanskrit.
Bahasanya berbeza sedikit daripada bahasa batu bersurat abad ke-7.

Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380) masih memakai abjad India buat pertama
kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti kalimat nabi, Allah dan rahmat

Zaman kegemilangan
Bukti kegemilangan bahasa Melayu Klasik berlaku setelah pemimpin kerajaan kerajaan
Melayu memeluk Islam dan mempelajari bahasa Arab daripada pedagang Islam daripada
Arab dan India. Ini menyebabkan penyerapan unsur unsur Arab dan Parsi dalam bahasa
Melayu. Zaman ini boleh dibahagikan kepada tiga zaman penting iaitu:

Zaman kerajaan Melaka

Zaman kerajaan Acheh

Zaman kerajaan Johor-Riau

Tokoh dan hasil karya


Antara tokoh-tokoh penulis yang penting dalam bahasa Melayu Klasik ialah Hamzah
Fansuri, Syamsuddin al-Sumaterani, Syeikh Nuruddin al-Raniri dan Abdul Rauf al-
Singkel. Hasil karya yang terkenal pula ialah:

Hikayat Raja-raja Pasai

Hikayat Muhammad Ali Hanafiah

Hikayat Amir Hamzah

Bustanus Salatin

Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu)

Hikayat Iskandar Zulkarnain

Hikayat Hang Tuah

Misa Melayu

Tajus Salatin

BAHASA Melayu klasik ialah bahasa Melayu yang digunakan pada abad ke-14 hingga abad ke-19.
Pada zaman ini, pengaruh Arab dan agama Islam sangat giat berkembang di Nusantara. Oleh itu,
bahasa Melayu klasik ialah bahasa yang berkembang selari dengan pengaruh agama Islam di Asia
Tenggara.
Bahasa Melayu ini berkembang pesat pada zaman kerajaan Melayu Melaka (1403-1511),
kemudiannya berpindah ke Aceh, dan akhirnya Johor-Riau. Bahasa klasik ini lebih jelas berbanding
dengan bahasa kuno.

SUMBER
Penggunaan bahasa ini dapat dikenal pasti daripada beberapa sumber, iaitu batu bersurat, karya
sastera dan agama, dan surat rasmi raja Melayu.

a. Batu Bersurat
Batu bersurat penting zaman ini ialah batu bersurat Kuala Berang. Batu ini ditemukan di Sungai
Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu, bertarikh 22 Februari 1303 Masihi, bersamaan dengan 4
Rejab 702 Hijrah. Kandungannya tentang perintah dan undang-undang Islam yang dikenakan
terhadap rakyat dan pemerintah.

b. Karya Sastera dan Agama


Pada zaman Melaka, karya sastera yang penting ialah Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, Hukum
Kanun Melaka, dan Undang-undang Laut Melaka.
Ketika zaman Aceh, muncul karya sastera bercorak tasawuf, syair sufi, falsafah, dan ketatanegaraan.
Antara karya yang penting ialah Syair Dagang, Syair Burung Pingai, Syair Burung Pungguk,
dan Syair Perahu karya Hamzah Fansuri; karya agama, Mirat al-Mukminin, dan Miratul Iman oleh
Shamsuddin al-Sumaterani; Siratul Mustaqim, dan Bustan al-Salatin karya Syeikh Nuruddin al-
Raniri; serta Mirat al-Tuluh karya Abdul Rauf Singkel.

Di Pulau Penyengat, Johor-Riau, muncul karya dalam bahasa klasik karangan Raja Ali Haji,
antaranya Kitab Bustan al-Katibin (1857), Pengetahuan Bahasa(1859), Salasilah Melayu dan
Bugis (1865), dan Tuhfat al-Nafis (1865).

Karya lain dalam bahasa Melayu klasik ialah Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Bayan Budiman, Misa Melayu, Hikayat Negeri Johor, Kisah Pelayaran
Abdullah, Hikayat Anggun Cik Tunggal, Hikayat Awang Sulung Merah Muda, dan Hikayat Panji
Semirang.

c. Surat Rasmi Raja Melayu


Surat raja-raja Melayu ini bertulisan Jawi dan dikirim kepada orang-orang Eropah atas urusan rasmi
kerajaan.

Antara surat tersebut ialah dua pucuk surat daripada Sultan Ternate kepada raja Portugal (1521
Masihi dan 1522 Masihi); surat izin perniagaan Sultan Acehkepada nakhoda Inggeris (1602
Masihi); surat Sultan Alauddin Shah kepada Kapten Harry Middleton (1602 Masihi), dan surat
daripada Sultan Perkasa Alam Johan Berdaulat Aceh kepada King James I, England (1615
Masihi).

CIRI
Daripada penggunaan bahasa Melayu klasik dalam penulisan di atas, kita dapat mengenal pasti
beberapa ciri utama bahasa tersebut.

1. Huruf dan perkataan


a. Penggunaan huruf Jawi.
Huruf ini diadaptasi daripada huruf Arab. Terdapat tambahan beberapa huruf lain untuk
mencukupkan sebutan bahasa Melayu, iaitu ca, nga, ga, pa, dan nya.
b. Pengaruh bahasa Arab yang ketara, khususnya bagi istilah yang berkaitan dengan hukum
Islam.

Allah taala

daulat

wallahualam

c. Penggunaan bahasa istana:

beradu (tidur)

bersiram (mandi)

gering (sakit)

santap (makan)

d. Terdapat kosa kata klasik:

berahi (cinta)

ceritera (cerita)

masyghul (sedih)

e. Penggunaan kata pangkal ayat.

adapun

alkisah

arakian

hatta

maka

sebermula

syahadan
2. Sintaksis

a. Penggunaan ayat majmuk ayatnya panjang ala ayat Arab kerana menggunakan kata hubung.

b. Terdapat ayat susunan songsang

c. Penggunaan ayat pasif.

Contoh penggunaan bahasa Melayu klasik dalam karya sastera:


"Adapun apabila raja dihadap orang di balairung, maka Bendahara dan Penghulu Bendahari dan
Temenggung, dan segala menteri dan Orang Besar-besar, segala sida-sida duduk di seri balai; maka
segala anak raja-raja itu duduk dikelek-kelekan balai kiri kanan, dan segala sida-sida yang muda-
muda duduk diselang-selang antara Bentara, dan hulubalang muda-muda berdiri di ketapakan balai
memikul pedang, dan kepala bentara yang di kiri itu, daripada anak cucu menteri yang patut akan
menjadi Bendahara dan Penghulu Bendahari dan Temenggung; dan kepala bentara yang di kanan
itu, daripada anak cucu hulubalang yang akan patut jadi Laksamana dan Seri Bija Diraja; dan barang
siapa bergelar Sang Setia bakal Seri Bija Diraja, dan barang siapa bergelar Sang Guna bakal
Laksamana, dan barang siapa bergelar Tun Pikrama bakal Bendahara."

- Sulalatus Salatin (Edisi Pelajar), Dewan Bahasa dan Pustaka: 1996, hlm. 74

You might also like