You are on page 1of 3

Peralihan Bahasa Melayu Kuno Ke Bahasa Melayu Klasik

 Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah banyak mengubah sistem bahasa Melayu
terutama dari aspek kosa kata, struktur ayat dan sistem tulisan.
 Terdapat tiga batu bersurat yang penting iaitu Batu bersurat di Pagar Ruyung,
Minangkabau (1356)- ditulis dalam huruf India dan mengandungi prosa Melayu kuno
dan beberapa baris sajak Sanskrit.
 Yang kedua, Batu bersurat di Minye Tujuh, Acheh (1380)- masih memakai abjad
India dan buat pertama kalinya terdapat penggunaan kata-kata Arab seperti
kalimat nabi, Allah dan rahmat
 Yang ketiga, batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu (1303-1387)- ditulis dalam
tulisan Jawi dan membuktikan tulisan Arab telah telah digunakan dalam bahasa
Melayu pada abad itu.
 Ketiga-tiga batu bersurat ini merupakan bukti catatan terakhir perkembangan bahasa
Melayu kuno kerana selepas abad ke-14, muncul kesusasteraan Melayu dalam
bentuk tulisan.

Bahasa Melayu Klasik

Abad ke –13 merupakan waktu bermulanya zaman peralihan di Kepulauan Melayu


dengan berkembangnya agama Islam ke rantau ini.
Ini telah mempengaruhi bangsa dan bahasa di sini, terutamanya bangsa dan bahasa
Melayu. Pengaruh India sedikit demi sedikit mula digantikan dengan pengaruh Islam
dan Arab. 
Zaman penting bagi Bahasa Melayu ialah pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
Kerajaan Melayu Melaka yang telah menerima Islam dan berjaya membina empayar
yang luas telah dapat meningkatkan kemajuan dan perkembangan Bahasa Melayu di
rantau ini. Bahasa Melayu telah digunakan dalam pentadbiran dan aktiviti
perdagangan serta menjadi “lingua franca” para pedagang.
Bahasa Melayu juga telah menjadi alat penyebaran agama Islam ke seluruh
Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu telah mendapat bentuk tulisan baru iaitu tulisan
Jawi. 
Pigafetta, seorang ketua kelasi berbangsa Itali telah menyusun kamus Melayu-Itali
semasa singgah di Pulau Tidore pada tahun 1521. Kamus ini merupakan daftar kata
daripada bahasa yang dituturkan oleh orang-orang di pelabuhan itu dengan lebih 400
patah perkataan dan merupakan daftar kata Melayu-Eropah yang tertua. 
Jan Hugen Van Linschotten yang berkhidmat sebagai pegawai kepada pemerintah
Portugis ada mencatatkan dalam bukunya bahawa Bahasa Melayu dianggap
sebagai bahasa yang paling dihormati antara bahasa-bahasa negeri timur.
“Bahasa mereka, Bahasa Melayu, bukan sahaja dituturkan di daerah pinggir laut,
tetapi juga digunakan di seluruh Kepulauan Melayu dan di segala negeri-negeri
Timur, sebagai suatu bahasa yang difahami di mana-mana sahaja oleh setiap
orang.” – Francios Valentijn

Martabat Bahasa Melayu

Satu bukti tentang tingginya martabat Bahasa Melayu dan luas penggunaanya di wilayah
ini adalah pada surat-menyurat antara pentadbir dan raja-rja di Kepulauan Melayu.
Antaranya ialah :
a. Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
b. Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
c. Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
(Ketiga-tiga surat ini tersimpan di perpustakaan Bodelein, London)

Tokoh-tokoh tempatan

Tokoh-tokoh tempatan juga tidak ketinggalan memberikan sumbangan. Kebanyakan


usaha mereka berkisar tentang agama dan sastera. Palembang dan Acheh telah
menggantikan Melaka sebagai pust keintelektualan Melayu. Tokoh-tokoh di Acheh
antaranya ialah :
a. Sheikh Nuruddin Al-Raniri (“Bustanul Salatin”)
b. Shamsuddin Al-Sumaterani (“Mirat Al-Mukmin”)
c. Abdul Rauf Singkel (“Mirat Al-Tullab”)
d. Hamzah Fansuri (“Syair Perahu”)
Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik

 Pertama sekali, Ayatnya panjang, berulang, berbelit-belit dan banyak


menggunakan struktur ayat pasif.
 Yang kedua, Menggunakan bahasa istana: contoh tuanku, baginda, bersiram,
mangkat.
 Seterusnya, Kosa kata arkaik dan jarang digunakan ; edan kesmaran (mabuk
asmara), sahaya, masyghul (bersedih).
 Selanjutnya, Banyak menggunakan perdu perkataan (kata pangkal ayat):
sebermula, alkisah, hatta, adapun.
 Akhir sekali, Banyak menggunakan ayat songsang: pendepanan predikat

You might also like