You are on page 1of 3

kata kerja aktif

 Pada kali ini, kita akan bersama sama mengupas salah satu komponen penting dalam
pembelajaran tatabahasa Bahasa Melayu iaitu pembentukan kata kerja. Kata kerja
bermaksud perkataan yang menjadi inti bagi binaan atau konstruksi frasa kerja. 

Kata Kerja Aktif


Kata kerja aktif merupakan kata kerja yang hadir dalam ayat aktif iaitu ayat yang
mengutamakan subjek asal sebagai judul atau yang diterangkan. 

Kata kerja aktif tak transitif tanpa pelengkap


- Kata kerja yang boleh berdiri sendiri iaitu tidak memerlukan objek atau penyambut. 

a) Adik saya sedang tidur.

b) Semua orang pulang.

c) Mereka makan.

Subjek Kata kerja tak transitif tanpa keterangan


pelengkap
Amir tidur dengan nyenyak
Mereka makan di restoran

 Kata kerja aktif tak transitif ini boleh diikuti oleh unsur keterangan yang
berfungsi memberikan maklumat tambahan.

Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap


- Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ialah kata kerja yang mesti diikuti oleh
pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat.

a) Saya tinggal di Kampung Baru.

b) Keadaan Amira beransur baik.

c) Mereka bermain bola di padang, 


Subjek Kata kerja tak transitif pelengkap
Saya tinggal di Kampung Baru
Mereka bermain bola di padang

Kata Kerja Aktif Transitif


Kata kerja aktif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa
nama untuk melengkapkan maksudnya.

a) Posmen itu memasukkan surat itu ke dalam peti surat.

b) Haziq tidak pernah mengabaikan tugasnya.

c) Ibu memasak kari ayam.

Subjek Kata kerja transitif objek


Siti menaiki bas
Kamal melukis gambar

Setakat ini sahaja pembelajaran kita. Pada entri akan datang saya akan menyambung
kembali topik tatabahasa dengan mengulas tajuk kata kerja pasif. Semoga ilmu yang
didapati daripada entri kali ini dapat mendatangkan faedah kepada para pembaca .
Marilah kita sama-sama berusaha bagi memperbetulkan teknik berbahasa dalam
kehidupan seharian.

You might also like