You are on page 1of 1

DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ”


(Brown, 1998:7). Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam
iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that
can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang


berbeza atau bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol
atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang
abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat


membeli, promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu


simbol yang diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti
kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh,
jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh
mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya.
Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak
puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja seperti
lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai
pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai
tersebut boleh berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang
sama. Markat ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini


mungkin 5 orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua
orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi
hingga ke sangat bermotivasi.

KREDIT TO : http://cikgu-zaki.blogspot.com/2011/03/pembolehubah.html

You might also like