You are on page 1of 14

DEFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown, 1998:7).
Terdapat penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa
pembolehubah adalah “is simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values”
(Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau
bervariasi. Ia dapat diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan
sebagai nilai-nilai atau angka-angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan
menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli,


promosi, jumlah penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang
diberikan angka atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah
mempunyai sifat yang boleh berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu
lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh mempunyai lebih banyak nilai seperti M elayu, Cina,
India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai
seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu mempunyai dua nilai sahaja
seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai pembolehubah
dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh
berubah-ubah untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat
ujian juga berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5
orang tidak hadir kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke
sangat bermotivasi.
E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah,


maka penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan
cuba mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut.
Bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka
penyelidik akan cuba membentuk sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut,
penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa pembolehubah. Di antara pembolehubah -
pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika
dihubungkan dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah
pembolehubah yang faktornya diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan
oleh pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai
pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal,
maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana berpengaruhnya warna
merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka
warna merah dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi
terhadap pembolehubah bebas membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna
dan minat membeli pengguna. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah
pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan atau perubahan pembolehubah
bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen,


kesetiaan dan motivasi serta kepuasan kerja.

Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan ko mitmen para pekerja dalam
sebuah organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus
pemasaran bimbang tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah
pembolehubah bersandar bagi kes di atas?
Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi


pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur,
dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala
yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan
dilihat pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat
menimbulkan minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah
yang mempengaruhi pembolehubah bersandar sama ada secara positif atau negatif. Contoh lain:
jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan. Dalam kes ini, jenis promosi ialah
pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar


(Warna motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar


(Promosi) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu
pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian,
pembolehubah tersebut akan dicari perhubungannya.

Contoh 1

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan “motivasi”


pekerja

· Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

· Pembolehubah bersandar: minat membeli

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya kepemimpinan
yang autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan
gaya kepemimipinan yang bersifat demokratik.

Contoh 2

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.
· Pembolehubah bebas: Jenis promosi

· Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi
tertentu.

Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):

Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh
penyelidik untuk menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap hubungan antara
pembolehubah bebas pertama dan pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana
merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk
mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah hubungan antara pembolehubah bebas dan
pembolehubah bersandar.

Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli, penyelidik memilih
pembolehubah penyederhananya ialah “harga”. Dengan dimasukannya pembolehubah
penyederhana harga, penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua
pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah maka kehadiran pembolehubah penyederhana
adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah penyederhana tidak mempengaruhi
hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

Contoh lain:

· Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan
kebolehan membaca.

· Pembolehubah bebas: Jumlah buku

· Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.

· Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa

Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan antara
perbolehubah tidak bersandar (Kebolehan Membaca) dengan pembolehubah bersandar (Jumlah
buku) dipengaruhi juga oleh pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).

Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia


mempengaruhi jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah bersandar dan
pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada
penyelidik perniagaan yang sedang mengkaji hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti
akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat kesimpulan yang salah.

Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box: Kesan peningkatan
keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan
tanpa gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak
bersandar ke atas pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian kemahiran dalam
sesuatu kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut.
Bagaimanapun sebenarnya akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan mempen garuhi
hubungan tersebut. Pembolehubah penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam
sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama
dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.

Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)

Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan pembolehubah -


pembolehubah konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan
penyederhana tersebut dapat dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga
pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan. Lain halnya dengan pembolehubah
pengacau yang mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini bermaksud secara
konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan
antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah
pengacau didefinisikan sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan
pembolehubah yang sedang diteliti tetapi tidak dapat dilihat , diukur, dan dimanipulasi.
Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-pengaruh pembolehubah bebas dan pembolehubah
penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.

Contoh:

· Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan
semakin meningkat

· Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

· pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

· Pembolehubah pengacau: proses belajar

Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik terhadap tugasan
yang diberikan oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi
oleh minat. Namun demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu
sendiri sama ada belajar atau tidak terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan
minat yang tinggi dan persiapan belajar yang baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

Contoh 2:

· Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

· Pembolehubah bebas: layanan yang baik

· Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

· Pembolehubah pengganggu: kualiti produk

Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan.
Namun demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan pembolehubah layanan dengan
pembolehubah kepuasan. Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan
jika kualiti produknya rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik
kepada pelanggannnya. Ketika seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada
bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya akan turun.

Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan dipengaruhi oleh
kemahiran Seperti di dalam kes di atas di mana pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian
kemahiran akan mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi,
pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah yang timbul daripada kepelbagaian
kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif timbul daripada kepelbagaian etnik,
budaya dan adat resam. Di mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka dalam
bidang-bidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu,
pembolehubah campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian
dalam sumber tenaga kerja maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan
akhirnya akan menyumbang kepada keberkesanan organisasi.

Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah pengacau


(intervening variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar,
tetapi kerja itu sendiri memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah


Penyederhana Dan Pembolehubah Bersandar.

Contoh Kes

Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah -pembolehubah bebas (umur,


peluang kenaikan pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap
pembolehubah bersandar (Komitmen terhadap organisasi)
Contoh 2: Diagram Kerangka Teori

Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan pembolehubah
penyederhana dalam sebuah rajah skematik.

Penerangan

Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang se lesa, gaji yang
lumayan dan peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri seseorang pekerja (self-
esteem). Apabila ketiga-tiga pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan
kerja, maka penghargaan diri juga akan tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah
semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang
lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman yang mana mereka dapat mencari
pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja itu gembira
(intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.

F) HIPOTESIS KAJIAN

Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk hipotesis. Apakah
hipotesis itu? Hipotesis adalah jawapan sementara terhadap masalah yang sedang dikaji.
Berdasarkan definisi tersebut, hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang
dikaji atau saranan sementara sebagai penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidi k
mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis memberi jangkaan penyelidik mengenai hubungan
antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis kajian akan menentukan sama
ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.

Tujuan Pembentukan Hipotesis

1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.

Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan
pengetahuan berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan


jelas dan dibuktikan dengan fakta-fakta.

3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana

Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis menentukan apa yang harus
dilakukan, jenis data yang perlu diperolehi, kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas
pemilihan sampel. Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan,
mencadangkan analisis berstatistik yang diperlukan serta kaitan pembolehubah -pembolehubah
yang harus diuji. Hipotesis juga dapat menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan
dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur.

4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.

Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah.
Hipotesis juga boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya diterima
sebagai hipotesis penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas dan tepat bukan sahaja
membolehkan penyelidikan dilakukan dengan sempurna malah memudahkan orang ramai
memahami laporan sesuatu penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada
beberapa hipotesis yang lebih khusus.

b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak bertentangan dengan teori dan
hukum yang ada. Sebagai contoh, Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan
semakin peningkatan jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan
tidak sesuai dengan pengetahuan yang ada.

c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis menerangkan


fenomena yang dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Misalnya, masalah pengenalan subjek
komputer di sekolah-sekolah. Satu hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar
diperkenalkan di sekolah-sekolah kerana kekurangan guru yang terlatih dalam bidang komputer
adalah mempunyai kuasa penjelasan.

Hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan kerana sekolah tidak
mempunyai bekalan air yang mencukupi merupakan hipotesis yang tidak mempunyai kuasa
penjelasan kerana gagal menjelaskan denagn logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran
memperkenalkan komputer dengan ketiadaan bekalan air di sekolah-sekolah.

d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya hipotesis


‘penambahan masa belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran ‘ tidak mempunyai jangkaan
hubungan antara pembolehubah-pembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah
penambahan markat. Hipotesis tersebut akan mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan
sebagai ‘ penambahan masa belajar akan menambahkan markat ujian1 Prinsip Pemasaran’.
e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada
menyokong atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas
populasi berdasarkan maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.

JENIS HIPOTESIS

1. Hipotesis penyelidikan
2. Hipotesis operasional dan
3. Hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.

Contoh:

· Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja

· Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan

Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana pembolehubah-
pembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan. Misalnya “gaya kepemimpinan”
dioperasionalisasikan sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi
pekerja dioperasionalisasikan sebagai tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah
syarikat. Hipotesis operasional dijadikan menjadi ada dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang
bersifat neutral dan hipotesa alternatif (HA) yang bersifat tidak neutral (pincang).

Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:

H0 :

Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan
tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

HA :

Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan
tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam bentuk angka-angka
statistik sesuai dengan alat ukur yang dipilih oleh penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan
kenaikan kemasukan pekerja ke dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah
sebagai berikut:
Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan membuktikan H0
atau HA yang akan diterima. Jika HA diterima maka H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan
antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya
kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat.

Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:

a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).

b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).

Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak
mempunyai masalah di dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif. Begitu juga
dengan hipotesis berarah dengan hipotesis tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang
tidak membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka teori yang telah dibangunkan. Sebagai
contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan jantina sama ada di dalam
ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk hipotesis
berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang
mungkin timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan pembolehubah
penyederhana (moderating variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan
meletakkan pembolehubah penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana mempunyai
hubungan secara langsung dengan pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam
gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana


(moderating).

Maksud Keertian

• Keertian Statistikal

• Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak dalam pensampelan

Contoh:

Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan akaun belum
bayar adalah 50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli
dan mendapati bahawa purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.

Keertian Praktikal
• Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal kosnya dan memilih
hanya 25 akaun dan di dapati bahawa purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari.
Adakah patut di simpulkan bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?

Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah
penyederhana (moderating).

Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah di dalam
membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif di mana dengan memasukkan pembole hubah
penyederhana seperti di bawah.

CARA YANG BETUL:

H0 :

Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan
jualan.

HA :

Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.

CARA YANG SALAH:

H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.

HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.

EXERCISES

1. An applied researcher wants to increase the commitment of organisational members in a


particular bank. What would be the dependent variable in this case?

2. A marketing manager wonders why the recent advertising strategy does not work. What would
be the dependent variable here?

3. List the variables in these exercises individually, and label them as dependent or independent,
explaining why they are so labelled. Illustrate the relationships diagrammatically.

a. A manager believes that good supervision and training would increase the production level of
the workers.
b. A consultant is of the opinion that much benefit would accrue from buying and selling at the
appropriate times in a financial environment in which the shares are volatile.

4. List and label the variables in these exercises and explain and illustrate in a diagram the
relationships among the variables.

a. A manager finds that off-the-job classroom training has a great impact on the productivity of
the employees in her department. However, she also observes that employees over 50 years of
age do not seem to derive much benefit and do not improve with such training.

b. A visitor to a factory observes that the workers in the packing department have to interact with
one another to get their jobs done. The more they interact, the more they seem to tend to stay
after hours and go to the local pub together for a drink. However, the women packers, even
though they interact with the others as much as the men do, do not stay late or visit the pub after
work hours.

5 Make up three different situations in which motivation to work would be, respectiv ely, an
independent variable, an intervening variable and a moderating variable.

6 List and label the variables in the following situation. explain the relationships among the
variables and illustrate these in a diagram. Failure to follow accounting principles causes immense
confusion, which in turn creates a number of problems for the organisation. Those with vast
experience in bookkeeping, however, are able to avert the problems by taking timely corrective
action.

7 List and label the variables in the following situation. Explain the relationships among the
variables and illustrate them in a diagram. What might be the problem statement or problem
definition for the situation?

a. The manager of Haines Company observes that themorale of employees in his company is low.
He thinks that if the working conditions, the pay scales and the holiday benefits of the employees
are improved, morale will improve. He doubts, though, that increasing the pay scales is going to
raise the morale of all employees. His guess is that those with good side incomes will just not be
`turned on' by higher pay. However, those without side incomes will be happy with increased pay
and their morale will improve.

8 Develop a theoretical framework for the following situation after statin g what the problem
definition of the researcher would be in this case.

A family counsellor, engaged in counselling married couples who are both professionals, is caught
in a dilemma. He realises that the focus of the counselling sessions should be on both family
satisfaction and job satisfaction; however, he is not sure how job and family satisfactions can be
integrated in the dual-career family. Husbands, the traditional breadwinners, seem to derive more
job satisfaction as they get more involved in their jobs and also spend more discretionary time on
jobrelated activities. This, however, does not seem to be true in the case of their wives, who
perform the dual role of career person and homemaker. However, both husbands and wives seem
to enjoy high levels of family satisfaction when they spend more time together at home and help
each other in planning family-oriented activities.

9 Define the problem and develop the theoretical framework for the following situation.

The probability of cancer victims successfully recovering under treatment was studied by a
medical researcher in a hospital. She found three variables to be important for recovery. These
were:

i. early and correct diagnosis by the doctor

ii. the nurse's careful follow-up of the doctor's

iii. instructions

iv. peace and quiet.

In a quiet atmosphere, the patient rested well and recovered sooner. Patients who were admitted
in advanced stages of cancer did not respond to treatment even though the doctor's diagnosis was
performed immediately on arrival, the nurses did their best, and there was plenty of peace and
quiet.

10 For the theoretical framework developed for the Haines Company in exercise 7, develop five
different null hypotheses and the alternate hypothesis for each null.

11 A production manager is concerned about the low output levels of his employees. The articles
he has read on job performance frequently mention four variables as important to job
performance: skill required for the job, rewards, motivation and satisfaction. Several of the
articles also indicate that only if the rewards are valent (attractive) to the recipients will
motivation, satisfaction and job performance increase.

Given this situation:

a. Define the problem.

b. Evolve a theoretical framework.

c. Develop at least six hypotheses.


12. Retention of minority women in the workplace is becoming more and more difficult. Not
finding an influential mentor in the system who is willing to help them, lacking the informal
network with influential colleagues, a lack of role models and a dearth of high visibility projects
result in dissatisfaction at work, and the minority women ultimately decide to leave the
organisation. Of course, not all minority women quit. Only those who have the wherewithal (for
example the resources and the self-confidence) to start their own business leave the organisation.
For the preceding situation, define the problem, develop a theoretical framework and fornullate
six hypotheses.

You might also like