You are on page 1of 10

EFINISI PEMBOLEHUBAH

Pembolehubah boleh didefinisikan sebagai “something that may vary or differ” (Brown, 1998:7). Terdapat
penyelidik yang mendefinisikan dengan lebih mendalam iaitu mengatakan bahawa pembolehubah adalah “is
simply symbol or a concept that can assume any one of a set of values” (Davis, 1998:23).

Definisi yang pertama menyatakan bahawa pembolehubah adalah sesuatu yang berbeza atau bervariasi. Ia dapat
diperjelaskan dalam definisi kedua iaitu simbol atau konsep yang diandaikan sebagai nilai-nilai atau angka-
angka. Definisi yang abstrak tersebut dapat dijelaskan dengan menggunakan contoh berikut:

a. Hubungan di antara kecerdasan dan prestasi pelajar.

b. Pengaruh warna terhadap minat membeli motosikal.

c. Hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah penjualan.

Contoh-contoh pembolehubah ialah: kecerdasan, prestasi pelajar, warna, minat membeli, promosi, jumlah
penjualan dan sebagainya.

Berdasarkan kepada definisi di atas, didapati bahawa pembolehubah adalah suatu simbol yang diberikan angka
atau nilai yang berkaitan dengan hipotesis. Dalam erti kata lain, pembolehubah mempunyai sifat yang boleh
berubah. Sebagai contoh, jantina boleh mempunyai dua nilai iaitu lelaki dan perempuan. Bangsa pula boleh
mempunyai lebih banyak nilai seperti Melayu, Cina, India, Serani dan sebagainya. Kepuasan juga boleh
dioperasikan supaya ianya mempunyai nilai seperti sangat tidak puas, puas, dan sangat puas. Jika sesuatu itu
mempunyai dua nilai sahaja seperti lelaki-perempuan, jauh-dekat, tinggi-rendah, maka ini disebut sebagai
pembolehubah dikotomi.

Pembolehubah ialah sesuatu yang boleh mengambil nilai yang berbagai. Nilai tersebut boleh berubah-ubah
untuk objek atau untuk seseorang individu.

Contoh pembolehubah:

Markat Ujian: markat ujian berubah-ubah mengikut ujian1,2,3 untuk subjek yang sama. Markat ujian juga
berubah-ubah mengikut pelajar yang berlainan.

Ketidakhadiran: Ketidakhadiran juga berubah-ubah mengikut hari; di mana hari ini mungkin 5 orang tidak hadir
kelas, esok 3 orang dan mungkin ada hari yang semua orang hadir.

Motivasi: Motivasi seseorang mungkin boleh diukur daripada sangat tidak bermotivasi hingga ke sangat
bermotivasi.

E) JENIS-JENIS PEMBOLEHUBAH

Apabila dalam penyiasatan awal penyelidik menjangkakan kewujudan beberapa pembolehubah, maka
penyelidik akan cuba mempastikan kewujudan pembolehubah tersebut. Penyelidik juga akan cuba
mengenalpasti perhubungan-perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Bagi mengenalpasti
dengan lebih mendalam lagi berdasarkan maklumat yang diperolehi, maka penyelidik akan cuba membentuk
sebuah model. Pada peringkan pembentukan model tersebut, penyelidik akan cuba mengkategorikan beberapa
pembolehubah. Di antara pembolehubah-pembolehubah yang mungkin wujud adalah:

1. Pembolehubah bersandar (dependent variable)

2. Pembolehubah bebas / tidak bersandar (independent variable)

3. Pembolehubah penyerdahana (moderating variable)

4. Pembolehubah pengacau / mencelah (interverning variable)

Pembolehubah bersandar:

Pembolehubah bersandar adalah pembolehubah yang memberikan tindakbalas atau respon jika dihubungkan
dengan pembolehubah tidak bersandar. Pembolehubah bersandar adalah adalah pembolehubah yang faktornya
diperhati dan diukur untuk menentukan pengaruh yang disebabkan oleh pembolehubah tidak bersandar.
Pembolehubah bersandar juga dikenali sebagai pembolehubah kriterion. Sebagai contoh, pengaruh warna
terhadap minat membeli motosikal, maka pembolehubah bersandarnya adalah “minat membeli”. “Bagaimana
berpengaruhnya warna merah terhadap minat membeli pengguna terhadap motosikal tersebut”.

Bagi meyakinkan pengaruh pembolehubah bebas iaitu warna merah terhadap minat membeli maka warna merah
dapat diganti dengan warna biru. Jika pengaruhnya berbeza maka manipulasi terhadap pembolehubah bebas
membuktikan adanya hubungan antara pembolehubah bebas warna dan minat membeli pengguna. Ini
menunjukkan bahawa pembolehubah bersandar ialah pembolehubah bilamana kesan olahan dicerap. Perlakuan
atau perubahan pembolehubah bersandar bergantung kepada perlakuan atau perubahan pembolehubah-
pembolehubah lain.

Contohnya, hasil jualan, peningkatan keuntungan, produktiviti, sikap pekerja, komitmen, kesetiaan dan motivasi
serta kepuasan kerja.

Text Box: Soalan latihan (i) Seorang penyelidik ingin meningkatkan komitmen para pekerja dalam sebuah
organisasi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di atas? (ii) Seorang pengurus pemasaran bimbang
tentang strategi pengiklanan syarikat XYZ yang tidak menjadi. Apakah pembolehubah bersandar bagi kes di
atas?

Pembolehubah tidak bersandar (bebas):

Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah stimulus atau pembolehubah yang mempengaruhi


pembolehubah lain. Pembolehubah bebas merupakan pembolehubah yang faktornya diukur, dimanipulasi, atau
dipilih oleh penyelidik untuk menentukan hubungannya dengan sesuatu gejala yang diperhatikan.

Berdasarkan contoh di atas, “warna” adalah pembolehubah bebas yang dapat dimanipulasi dan dilihat
pengaruhnya terhadap “minat beli”, misalnya apakah warna merah sebuah motosikal dapat menimbulkan minat
membeli pengguna terhadap motosikal tersebut. Ia adalah pembolehubah yang mempengaruhi pembolehubah
bersandar sama ada secara positif atau negatif. Contoh lain: jenis promosi dapat mempengaruhi jumlah jualan.
Dalam kes ini, jenis promosi ialah pembolehubah-pembolehubah tidak bersandar.

Contoh 1: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Warna
motosikal) dengan pemboleh ubah bersandar (Jumlah pembelian)

Contoh 2: Diagram skematik menunjukkan perhubungan antara perbolehubah tidak bersandar (Promosi) dengan
pemboleh ubah bersandar (Jumlah jualan)

Hubungan di antara Pembolehubah Tidak Bersandar dan Pembolehubah Bersandar

Pada umumnya penyelidik akan melakukan penyelidikan dengan menggunakan lebih dari satu pembolehubah,
iaitu pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar. Kemudian, pembolehubah tersebut akan dicari
perhubungannya.

Contoh 1

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara “gaya kepemimpinan” dengan “motivasi” pekerja

· Pembolehubah bebas: gaya kepemimpinan

· Pembolehubah bersandar: minat membeli

Gaya kepemimpinan mempunyai hubungan dengan motivasi pekerja, misalnya gaya kepemimpinan yang
autokratik akan memberi kesan kepada terhadap motivasi pekerja secara berbeza dengan gaya kepemimipinan
yang bersifat demokratik.

Contoh 2

· Hipotesis penyelidikan: Terdapat hubungan di antara jenis promosi dengan jumlah jualan.

· Pembolehubah bebas: Jenis promosi

· Pembolehubah bersandar: Jumlah jualan

Promosi mempunyai hubungan dengan ada dan tidaknya peningkatan jumlah jualan di organisasi tertentu.

Pembolehubah Penyederhana (Moderating Variable):

Pembolehubah penyederhana adalah pembolehubah bebas kedua yang sengaja dipilih oleh penyelidik untuk
menentukan apakah kehadirannya berpengaruh terhadap hubungan antara pembolehubah bebas pertama dan
pembolehubah bersandar. pembolehubah penyederhana merupakan pembolehubah yang faktornya diukur,
dimanipulasi, atau dipilih oleh penyelidik untuk mengetahui apakah pembolehubah tersebut mengubah
hubungan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah bersandar.
Pada kes terdapat hubungan di antara warna motosikal dengan minat membeli, penyelidik memilih
pembolehubah penyederhananya ialah “harga”. Dengan dimasukannya pembolehubah penyederhana harga,
penyelidik ingin mengetahui apakah terdapat hubungan kedua pembolehubah tersebut berubah. Jika berubah
maka kehadiran pembolehubah penyederhana adalah berpengaruh. Jika tidak berubah maka pembolehubah
penyederhana tidak mempengaruhi hubungan kedua pembolehubah yang dikaji.

Contoh lain:

· Hipotesis: Tunjuk ajar ibu bapa mempengaruhi hubungan di antara jumlah buku dengan kebolehan membaca.

· Pembolehubah bebas: Jumlah buku

· Pembolehubah bersandar: Kebolehan membaca ibubapa.

· Pembolehubah penyederhana: Celik ibu bapa

Text Box: Contoh 3: Diagram menunjukkan kerangka teori tentang perhubungan antara perbolehubah tidak
bersandar (Kebolehan Membaca) dengan pembolehubah bersandar (Jumlah buku) dipengaruhi juga oleh
pembolehubah penyerdahana (Celik huruf Ibubapa).

Kadangkala dipanggil pembolehubah ini di panggil sebagai pembolehubah penengah. Ia mempengaruhi


jangkaan penyelidik tentang hubungan antara pembolehubah bersandar dan pembolehubah tidak bersandar.
Pembolehubah ini akan mendatangkan kekeliruan kepada penyelidik perniagaan yang sedang mengkaji
hubungan sebab musabab. Kekeliruan ini sudah pasti akan menyebabkan penyelidik tersebut membuat
kesimpulan yang salah.

Text Box: Kepelbagaian kemahiranText Box: Keberkesanan OrganisasiText Box: Kesan peningkatan
keberkesan dengan adanya gaya pengurusan yang sesuaiText Box: Kesan peningkatan keberkesan tanpa gaya
pengurusan yang sesuaiText Box: Rajah menunjukkan pengaruh pembolehubah tidak bersandar ke atas
pembolehubah bersandar bila terdapat pengaruh pembolehubah penyerdahana.

Sebagai contoh, penyelidik mungkin akan menjangkakan bahawa kepelbagaian kemahiran dalam sesuatu
kumpulan dalam organisasi akan meningkatkan keberkesanan organisasi tersebut. Bagaimanapun sebenarnya
akan terdapat pembolehubah penyederhana yang akan mempengaruhi hubungan tersebut. Pembolehubah
penyederhana tersebut ialah gaya kepimpinan ketua dalam sesuatu kumpulan. Ini menunjukkan bahawa
pembolehubah penyederhana hadir bersama-sama dengan pembolehubah bebas pada masa yang sama.

Pembolehubah campurtangan/pengacau (intervening)

Pembolehubah bebas, bersandar, kawalan dan penyederhana merupakan pembolehubah-pembolehubah


konkrit. Ketiga pembolehubah, iaitu pembolehubah bebas, kawalan dan penyederhana tersebut dapat
dimanipulasi oleh penyelidik dan pengaruh ketiga-tiga pembolehubah tersebut dapat dilihat atau diperhatikan.
Lain halnya dengan pembolehubah pengacau yang mana pembolehubah tersebut bersifat hipotetikal. Ini
bermaksud secara konkritnya, pengaruhnya tidak kelihatan, tetapi secara teoritis dapat mempengaruhi hubungan
antara pembolehubah bebas dan bersandar yang sedang dikaji. Oleh kerana itu, pembolehubah pengacau
didefinisikan sebagai pembolehubah yang secara teoritis mempengaruhi hubungan pembolehubah yang sedang
diteliti tetapi tidak dapat dilihat, diukur, dan dimanipulasi. Pengaruhnya harus disimpulkan dari pengaruh-
pengaruh pembolehubah bebas dan pembolehubah penyederhana terhadap gejala yang sedang dikaji.

Contoh:

· Hipotesis: Jika minat terhadap tugas meningkat, maka motivasi mengerjakan tugas tersebut akan semakin
meningkat

· Pembolehubah bebas: minat terhadap tugasan

· pembolehubah bersandar: motivasi dalam mengerjakan tugas

· Pembolehubah pengacau: proses belajar

Keterangan kes di atas dapat diterangkan sebagai berikut. Jika pelajar tertarik terhadap tugasan yang diberikan
oleh pensyarah, maka hasilnya akan baik. Besar atau kecilnya motivasi dipengaruhi oleh minat. Namun
demikian, hasil akhir tugasan tersebut dipengaruhi oleh faktor pelajar itu sendiri sama ada belajar atau tidak
terlebih dahulu sebelum melakukan tugasan tersebut. Dengan minat yang tinggi dan persiapan belajar yang
baik, maka motivasinya akan semakin tinggi.

Contoh 2:

· Hipotesis: Layanan yang baik mempengaruhi kepuasan pelanggan

· Pembolehubah bebas: layanan yang baik

· Pembolehubah bersandar: kepuasan pelanggan

· Pembolehubah pengganggu: kualiti produk


Pada umumnya layanan yang baik akan memberikan kepuasan yang tinggi terhadap pelanggan. Namun
demikian kualiti produk akan mempengaruhi hubungan pembolehubah layanan dengan pembolehubah
kepuasan. Layanan yang baik belum tentu memberikan kepuasan kepada pelanggan jika kualiti produknya
rendah. Misalnya pemilik sebuah kedai kasut memberikan layanan yang baik kepada pelanggannnya. Ketika
seorang pembeli mengetahui bahawa kasut yang dijual rosak pada bahagian tertentu maka tingkat kepuasannya
akan turun.

Sebagai contoh yang lain kita dapati pendapatan atau gaji yang lumayan dipengaruhi oleh kemahiran Seperti di
dalam kes di atas di mana pembolehubah tidak bersandar iaitu kepelbagaian kemahiran akan mempengaruhi
pembolehubah bersandar iaitu keberkesanan organisasi, pembolehubah campurtangannya ialah pembolehubah
yang timbul daripada kepelbagaian kemahiran yang dipanggil sinergi kreatif. Sinergi kreatif timbul daripada
kepelbagaian etnik, budaya dan adat resam. Di mana kepelbagaian kaum akan menyumbang kemahiran mereka
dalam bidang-bidang tertentu dalam menyelesaikan masalah pengurusan organisasi. Oleh itu, pembolehubah
campurtangan akan timbul dalam masa yang berlainan. Apabila ada kepelbagaian dalam sumber tenaga kerja
maka kemudian baru timbul kepelbagaian dalam kemahiran dan akhirnya akan menyumbang kepada
keberkesanan organisasi.

Contoh 3: Diagram menunjukkan motivasi untuk bekerja adalah pembolehubah pengacau (intervening
variable). Prestasi pekerja akan meningkat apabila diberikan kerja yang mencabar, tetapi kerja itu sendiri
memberikan motivasi untuk bekerja kuat.

Hubungan Antara Pembolehubah Tidak Bersandar, Pembolehubah Pengacau, Pembolehubah Penyederhana Dan
Pembolehubah Bersandar.

Contoh Kes

Contoh di atas menunjukkan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah bebas (umur, peluang kenaikan
pangkat, kepuasa kerja, jangkamasa bekerja dan jantina) terhadap pembolehubah bersandar (Komitmen
terhadap organisasi)

Contoh 2: Diagram Kerangka Teori

Sebuah kerangka kerja teoritikal dengan kehadiran pembolehubah pengacau dan pembolehubah penyederhana
dalam sebuah rajah skematik.

Penerangan

Pembolehubah tidak bersandar adalah meningkatkan keaadaan kerja yang selesa, gaji yang lumayan dan
peluang bercuti akan mempengaruhi penghargaan diri seseorang pekerja (self-esteem). Apabila ketiga-tiga
pembolehubah tidak bersandar ini adalah tinggi di dalam keaadaan kerja, maka penghargaan diri juga akan
tinggi. Walau bagaimanapun peningkatan gaji bukanlah semata-mata boleh meningkatkan penghargaan diri
seseorang pekerja. Ini kerana pendapatan yang lumayan adalah dipengaruhi oleh pekerja yang berpengalaman
yang mana mereka dapat mencari pendapatan sampingan. Pendapatan sampingan ini akan menyebabkan pekerja
itu gembira (intervening variable) maka akan menyebabkan penghargaan diri (morale) meningkat.
F) HIPOTESIS KAJIAN

Setelah masalah didefinisikan, maka langkah berikutnya ialah membentuk hipotesis. Apakah hipotesis itu?
Hipotesis adalah jawapan sementara terhadap masalah yang sedang dikaji. Berdasarkan definisi tersebut,
hipotesis ialah saranan sementara bagi menjelaskan fenomena yang dikaji atau saranan sementara sebagai
penyelesaian masalah. Hipotesis membolehkan penyelidik mengaitkan teori dengan analisis. Hipotesis memberi
jangkaan penyelidik mengenai hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Bukti-bukti daripada analisis
kajian akan menentukan sama ada sesuatu hipotesis itu perlu diterima atau diketepikan.

Tujuan Pembentukan Hipotesis

1. Memberi jangkaan atau ramalan sementara tentang fenomena yang dikaji.

Penjelasan sementara ini menghubungkan fenomena dan penyelesaian masalah dengan badan pengetahuan
berdasarkan fakta-fakta yang telah didapati.

2. Memberi kenyataan hubungan yang boleh diuji secara langsung.

Kewujudan hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikaji boleh dinyatakan dengan jelas dan
dibuktikan dengan fakta-fakta.

3. Sebagai panduan kepada penyelidikan kerana

Ini kerana hipotesis dapat mewakili objektif penyelidikan. Hipotesis menentukan apa yang harus dilakukan,
jenis data yang perlu diperolehi, kesesuaian fakta-fakta terpilih serta menentukan asas pemilihan sampel.
Hipotesis juga boleh menentukan kaedah penyelidikan yang harus digunakan, mencadangkan analisis
berstatistik yang diperlukan serta kaitan pembolehubah-pembolehubah yang harus diuji. Hipotesis juga dapat
menolong penyelidikan agar tidak terkeluar dari batasan dan menghalang penyelidikan dari menjadi kabur.

4. Sebagai rangka laporan dapatan dan kesimpulan kajian.

Hipotesis yang baik dapat memandu kesimpulan yang harus dibuat bagi menyelesaikan masalah. Hipotesis juga
boleh memberi panduan bagaimana laporan harus dibuat dan disebarkan.

Ciri-ciri Hipotesis

Sesuatu hipotesis mestilah memenuhi ciri-ciri yang tertentu bagi membolehkannya diterima sebagai hipotesis
penyelidikan. Di antara ciri-ciri tersebut ialah:

a. Dinyatakan dengan mudah, jelas dan tepat. Hipotesis yang mudah, jelas dan tepat bukan sahaja membolehkan
penyelidikan dilakukan dengan sempurna malah memudahkan orang ramai memahami laporan sesuatu
penyelidikan. Hipotesis yang umum boleh dipermudahkan kepada beberapa hipotesis yang lebih khusus.
b. Tekal dengan pengetahuan yang ada. Hipotesis seharusnya tidak bertentangan dengan teori dan hukum yang
ada. Sebagai contoh, Misalnya, peningkatan jumlah pesakit SARS adalah disebabkan semakin peningkatan
jumlah penduduk yang berpelajaran adalah hipotesis yang tidak tekal dan tidak sesuai dengan pengetahuan yang
ada.

c. Mempunyai kuasa penjelasan. Kuasa penjelasan ialah keupayaan hipotesis menerangkan fenomena yang
dikaji dengan logik, tepat dan jelas. Misalnya, masalah pengenalan subjek komputer di sekolah-sekolah. Satu
hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan di sekolah-sekolah kerana kekurangan
guru yang terlatih dalam bidang komputer adalah mempunyai kuasa penjelasan.

Hipotesis yang menyatakan matapelajaran komputer sukar diperkenalkan kerana sekolah tidak mempunyai
bekalan air yang mencukupi merupakan hipotesis yang tidak mempunyai kuasa penjelasan kerana gagal
menjelaskan denagn logik, jelas dan tepat kaitannya antara kesukaran memperkenalkan komputer dengan
ketiadaan bekalan air di sekolah-sekolah.

d. Mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-pembolehubah. Misalnya hipotesis ‘penambahan masa


belajar dan markat ujian1 Prinsip Pemasaran ‘ tidak mempunyai jangkaan hubungan antara pembolehubah-
pembolehubah penambahan masa belajar dengan pembolehubah penambahan markat. Hipotesis tersebut akan
mempunyai jangkaan hubungan sekiranya dinyatakan sebagai ‘ penambahan masa belajar akan menambahkan
markat ujian1 Prinsip Pemasaran’.

e. Boleh diuji. Pengujian hipotesis membolehkan kepastian dibuat sama ada bukti-bukti yang ada menyokong
atau tidak menyokong hipotesis yang bersifat sementara. Inferens yang dibuat ke atas populasi berdasarkan
maklumat sampel hanya boleh dilakukan sekiranya hipotesis telah diuji.

JENIS HIPOTESIS

1. Hipotesis penyelidikan
2. Hipotesis operasional dan
3. Hipotesis statistik.

Hipotesis penyelidikan ialah hipotesis yang kita buat dan dinyatakan dalam bentuk ayat.

Contoh:

· Terdapat hubungan antara gaya kepempininan dengan motivasi pekerja

· Terdapat hubungan antara iklan dan jumlah jualan

Hipotesis operasional ialah mendefinisikan hipotesis secara operasional yang mana pembolehubah-
pembolehubah yang ada di dalamnya dapat dioperasikan. Misalnya “gaya kepemimpinan” dioperasionalisasikan
sebagai cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan. Motivasi pekerja dioperasionalisasikan sebagai
tinggi rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat. Hipotesis operasional dijadikan menjadi ada
dua jenis, iaitu hipotesa kosong (H0) yang bersifat neutral dan hipotesa alternatif (HA) yang bersifat tidak
neutral (pincang).
Maka bunyi hipotesisnya adalah seperti berikut:

H0 :

Tidak terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi –
rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

HA :

Terdapat hubungan di antara cara memberikan arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya
kemasukan pekerja ke dalam sesebuah syarikat

Hipotesis statistik ialah hipotesis operasional yang diterjemahkan ke dalam bentuk angka-angka statistik sesuai
dengan alat ukur yang dipilih oleh penyelidik. Dalam contoh ini di andaikan kenaikan kemasukan pekerja ke
dalam syarikat adalah sebanyak 20%, maka hipotesisnya adalah sebagai berikut:

Hipotesis yang sudah dirumuskan kemudiannya harus diuji. Pengujian ini akan membuktikan H0 atau HA yang
akan diterima. Jika HA diterima maka H0 ditolak. Ini bermaksud terdapat hubungan antara cara memberikan
arahan terhadap kakitangan bawahan dengan tinggi – rendahnya kemasukan pekerja ke dalam sesebuah
syarikat.

Dalam membuat hipotesis ada dua jenis kesilapan yang kadang-kala dibuat oleh penyelidik, iaitu:

a) Menolak hipotesis yang seharusnya diterima. Kesalahan ini disebut sebagai ralat alpha (a).

b) Menerima hipotesis yang seharusnya ditolak. Kesalahan ini disebut sebagai ralat beta (b).

Pembentukan hipotesis seharusnya jelas dan mudah difahami. Ramai pelajar yang tidak mempunyai masalah di
dalam membentuk hipotesis null dan hipotesis alternatif. Begitu juga dengan hipotesis berarah dengan hipotesis
tidak berarah. Namun demikian terdapat pelajar yang tidak membentuk hipotesis berdasarkan kepada kerangka
teori yang telah dibangunkan. Sebagai contoh, terdapat pelajar yang tidak memasukkan pengaruh perbezaan
jantina sama ada di dalam ulasan karya ataupun di dalam rangkakerja teoritikal, tetapi mereka membentuk
hipotesis berkenaan dengan perbezaan jantina di dalam pembolehubah bersandar. Masalah lain yang mungkin
timbul, bila pelajar membentuk hipotesis di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana
(moderating variable). Terdapat pelajar yang membentuk hipotesis dengan meletakkan pembolehubah
penyederhana sebagai pembolehubah bebas yang mana mempunyai hubungan secara langsung dengan
pembolehubah bersandar seperti yang digambarkan di dalam gambarajah di bawah.

Contoh kekeliruan di dalam membentuk hipotesis jika terdapat pembolehubah penyederhana (moderating).

Maksud Keertian
• Keertian Statistikal

• Perbezaan yang di dapati bukanlah disebabkan oleh turun-naik rawak dalam pensampelan

Contoh:

Seorang akauntan syarikat mengatakan mengikut data lampau purata masa kutipan akaun belum bayar adalah
50 hari dengan sisihan piawai 10 hari. Akauntan itu mengambil semua akaun pembeli dan mendapati bahawa
purata kutipan akaun belum bayar adalah 52 hari.

Keertian Praktikal

• Katakan akauntan merasakan mengambilkira kesemua akaun adalah mahal kosnya dan memilih hanya 25
akaun dan di dapati bahawa purata masa kutipan akaun belum bayar adalah 54 hari. Adakah patut di simpulkan
bahawa perbezaan ini bererti secara statistik?

Contoh cara menulis pernyataan hipotesis null dan alternatif jikan melibatkan pembolehubah penyederhana
(moderating).

Bagi model skematik di atas menunjukkan, cara yang betul dan cara yang salah di dalam membentuk hipotesis
null dan hipotesis alternatif di mana dengan memasukkan pembolehubah penyederhana seperti di bawah.

CARA YANG BETUL:

H0 :

Pembolehubah ekonomi tidak membawa apa-apa perbezaan ke atas hubungan antara iklan dan jualan.

HA :

Hanya jika terdapat pertumbuhan ekonomi yang baik maka ia akan meningkatkan jumlah jualan.

CARA YANG SALAH:

H0: Faktor ekonomi tidak memberi kesan ke atas jualan.

HA: Faktor ekonomi mempunyai kesan positif ke atas jumlah jualan.

You might also like