You are on page 1of 10

BAB 3 SKALA PENGUKURAN

SKALA PENGUKURAN
Dalam sesuatu penyelidikan, penekanan diberikan kepada pengukuran dan pemboleh
ubahnya.

 Pengukuran merupakan alat atau mekanisme yang digunakan oleh penyelidik untuk
membezakan di antara satu pembolehubah dengan pembolehubah yang lain.
 Pengukuran didefinisikan sebagai simbol kepada masalah-masalah yang hendak
dikaji berdasarkan peraturan-peraturan yang tertentu (Smith & Davis, 1997).
 Pengukuran merupakan suatu alat yang digunakan oleh pengkaji untuk
membezakan satu pembolehubah atau konsep dengan pembolehubah atau konsep
yang lain yang menjadi minat kajian.
 Sebagai contoh, gred di dalam ujian merupakan simbol yang menerangkan
prestasi pelajar.
 Simbol ini mungkin dalam bentuk huruf (A, B, C, D atau E) ataupun dalam
bentuk peratus (50%, 100% dan sebagainya).
 Ia merupakan alat kepada pengkaji untuk mengukur pembolehubah atau
konsep gred ujian dalam kajiannya.
 Simbol-simbol ini telah pun ditetapkan mengikut jenis-jenis skala pengukuran
yang tertentu.
 Justeru itu, simbol-simbol ini sebenarnya adalah konsep skala pengukuran
dalam konteks penyelidikan.
 Pengukuran melibatkan penilaian atau cara kita menilai, menganggar sesuatu
pemboleh ubah dan tingkah laku subjek (Aiken, 1997).
 Pembolehubah adalah ciri-ciri yang boleh digunakan untuk mengukur Konsep
secara kolektif.
 Persoalan-persoalan yang wujud dalam diri penyelidik dalam menjalankan
penyelidikan:
 Apakah perbezaan antara konstruk dan definisi konsep?
Apakah konsep pengukuran dalam konteks sains sosial?

1
Apakah bentuk skala dalam sesuatu pengukuran?
Apakah kaedah yang boleh digunakan dalam sesuatu pengukuran?
Apakah perbezaan antara kesahan dan kebolehpercayaan?

KONSEP PENGUKURAN (Measurement)


 Dalam konsep pengukuran, ELEMEN penting yang perlu difahami adalah seperti
konsep, bentuk, kaedah, dan isunya.
 ELEMEN penentu utama kualiti pengukuran adalah Kebolehpercayaan, Kesahan dan
kesilapan (error) (jika berlaku kesilapan ia boleh diperbetulkan).
 Pemboleh ubah kajian pula menitikberatkan kepada elemen iaitu konsep, bentuk dan
kategori pemboleh ubah kajian yang dilakukan.

2
Konstruk, konsep dan definisi konsep
Konstruk merupakan satu bentuk kenyataan yang bersifat hipotetikal atau mekanisme yang
membantu menjelaskan sesuatu konsep berdasarkan teori.

 Contoh:
Agresif berlaku sekiranya ada provokasi. Apabila seseorang itu selalu diprovokasikan,
orang itu akan menjadi agresif dan bertingkah laku di luar jangkaan.
 Dalam contoh di atas, agresif adalah satu konstruk yang merujuk sebagai satu
konsep.
 Definisi konsep – suatu bentuk penghuraian dan penjelasan berdasarkan
terma/tema yang mudah difahami dan diterima secara umum

 Contoh:
kecerdikan didefinisikan sebagai keupayaan untuk mempelajari sesuatu dengan cepat
dan cekap.
 Definisi konsep dalam kajian menjadi tunggak utama kepada kajian yang
dijalankan.

Metric Scale
 Pembolehubah Selanjar (Continous)
 Sebarang bahagian antara “dua titik nilai yang diperolehi (Sabitha, 2005, 72) adalah
logik dan bermakna
 Contoh: Berat Badan

3
Nonmetric Scale
 Pembolehubah Diskrit (Descrete)
 Mana-mana bahagian di antara dua kumpulan/kategori adalah tidak bermakna.
 Contoh, Jenama Kereta: Honda, Toyota, BMW, Proton
 Tidak ada ‘nilai tengah’ di antara mana-mana jenama
 Jika (Honda+Toyota+BMW+Proton) lepas itu Bahagi dengan 4 = ?

Tahap/Jenis Pengukuran
1. Selanjar (Continous)
 Ordinal, Selang/sela, Nisbah

2. Diskrit (Descrete)
 Nominal

EMPAT TAHAP PENGUKURAN

Kerana Ratio boleh diubahsuai jadi Nominal, tetapi Norminal tidak boleh diubahsuai kepada
Ratio

 Contoh
 Ratio: Umur- 16, 17, 18, 19 tahun
 Boleh diubah kepada Norminal:
1. Kumpulan Bawah Umur (16-17 tahun)
2. Kumpulan Dewasa (18-19 tahun)

4
JENIS PENGUKURAN

Skala Norminal
 Skala nominal merupakan klasifikasi data yang paling asas dan mudah.
 Ia juga dikenali sebagai ‘data kategori’ ATAU ‘kumpulan’
 Dalam skala nominal, data-data akan dikelompokan kepada beberapa kategoriatau
kumpulan tanpa memiliki ciri-ciri yang lebih baik atau lebih buruk untuk setiap
kumpulan.
 Kategori atau kumpulan tadi hanya membezakan ciri-ciri data yang diperolehi dan
tidak mempunyai nilai intrinsik.
 Contoh : bangsa, agama, jantina, status perkahwinan
I. Jantina: Lelaki, Perempuan
II. Taraf Perkahwinan: Berkahwin, Belum Berkahwin, Janda/Duda

contoh skala nominal bagi pemboleh ubah nominal

5
Skala Ordinal
 Gambarkan kualiti sesuatu atribut tetapi tidak memberikan maklumat kuantiti
(Sabitha, 2005, p.66)
 Susun/Pilih ikut keutamaan dan tahap perbezaan, jarak antara satu sama lain tidak
diketahui
 Ia menunjukkan urutan atau pangkat sesuatu maklumat selain dari mengkategorikan
pembolehubah kepada beberapa kategori untuk membezakannya antara satu sama
lain.
 Ia juga mempunyai perbezaan magnitud di antara setiap nilai dalam kategori tadi.
 Contoh : pemilihan kereta, pangkat dalam tentera, jenis minuman kegemaran.

Nyatakan minuman kegemaran anda dengan memasukkan nombor dihujung


kenyataan.

Nombor 1 menandakan minuman yang paling digemari manakala

nombor 5 menandakan minuman yang paling kurang digemari

Skala Interval (Sela)


 Mempunyai ciri-ciri yang terdapat dalam skala nominal dan ordinal.
 Tahap ukuran… bersifat aturan atau pengkadaran dan mempunyai jarak yang
sama serta bersebelahan (Sabitha, 2005, p.69)
 Membenarkan operasi purata (mean) dilakukan (Sabitha, 2005, p. 72)
 Skala interval atau sela mempunyai satu ciri yang tidak dapat dalam skala nominal
dan skala ordinal.
 Perbezaan magnitud yang sama dalam skala interval bermaksud jarak di antara
setiap nilai yang diberikan adalah serupa di antara satu sama lain

6
 Nilai 0 (sifar) mutlak yang dipunyai oleh skala interval bermaksud tidak
mempunyai apa-apa nilai atau tiada apa-apa pengukuran untuk data yang diukur
 Contoh skala Likert, jarak antara nilai skor 1 = Sangat Tidak Setuju dan nilai
skor 2 = Tidak Setuju serta nilai skor 4 = Setuju dan nilai skor 5 = Sangat Setuju
adalah sama.
 Contoh:

Adakah anda berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan diuniversiti ini?

Conntoh:

Pandangan anda terhadap Kereta Jenama Proton

Skala Nisbah (Ratio)


 Skala ini merupakan skala yang menpunyai kesemua ciri yang dipunyai oleh skala-
skala nominal, ordinal dan interval yakni mempunyai kategori, urutan dan juga
perbezaan magnitud yang sama.
 Nilai 0 (Sifar) adalah nilai yang bermakna

7
 skala nisbah (ratio) merupakan skala yang mempunyai kuasa statistik yang tinggi
dan data-data yang diperolehi menggunakan skala ini berupaya dianalisis
menggunakan analisis statistic lanjutan.

KEPENTINGAN SKALA PENGUKURAN


I. Skala atau tahap pengukuran akan menjadi panduan kepada pengkaji untuk mengenal
pasti jenis pembolehubah yang akan digunakan sama ada pembolehubah bebas, terikat
dan sebagainya.
II. Skala pengukuran akan menjadi panduan kepada bentuk alat/instrumen/soal selidik
yang akan digunakan.
III. Skala pengukuran adalah penting untuk memahami dengan lebih mendalam akan
hipotesis yang dibentuk.
IV. Analisis statistik yang sesuai (deskriptif atau inferensi) akan dapat ditentukan apabila
skala pengukuran telah dikenal pasti

8
LANGKAH-LANGKAH MENBUAT KAJIAAN

PERTAMA
Ulasan Karya

1. Kereta nasional adalah isu utama yang anda nak kaji.


2. Cari artikel-artikel jurnal berhubung isu berkenaan
3. Berdasarkan kajian-kajian yang lepas, anda dapati Jantina, Keutamaan Pilihan dan
Budget Perbelanjaan adalah tiga KONSEP yang sering dikaitkan dengan gelagat
pembelian kereta.
4. Kenalpasti pembolehubah-pembolehubah untuk mengukur Konsep-konsep tersebut.

KEDUA
Tajuk Kajian: Jantina, keutamaan piliha dan budget perbelanjaan dengan pandangan pelajar
UUM mengenai kereta nasional

Objektif:

1. Mengenalpasti pandangan pelajar UUM terhadap kereta nasional.


2. Mengenalpasti pandangan pelajar berdasarkan jantina.
3. Mengenalpasti pandangan pelajar berdasarkan keutamaan pilihan.
4. Mengenalpasti hubungan di antara budget perbelanjaan dengan pandangan pelajar
mengenai kereta nasional.

9
KETIGA
Kerangka Konsep

KEEMPAT
Hipotesis: (Kuantitatif sahaja)

1. Terdapat perbezaan pandangan mengenai kereta nasional yang signifikan di antara


pelajar lelaki dengan pelajar perempuan.
2. Terdapat perbezaan pandangan mengenai kereta nasional yang signifikan berdasarkan
keutamaan pilihan pelajar.
3. Terdapat hubungan yang signifikan di antara budget perbelanjaan dengan pandangan
mengenai kereta nasional

KELIMA
Skala Pengukuran yang Diperlukan:

1. Skala Nominal untuk Soalan demografi responden.


2. Skala Ordinal untuk Soalan Keutamaan Pilihan: Harga, Jimat Minyak, Kuasa, Reka
Bentuk, Keselesaan.
3. Skala Interval untuk mengukur Pandangan
4. Skala Ratio untuk Soalan Budget Perbelanjaan. Keyword: skala likert

10

You might also like