You are on page 1of 5

Trait Theory

Teori ini merupakan teori yang memfokuskan kepada kelakuan seseorang pemimpin. Melalui
teori ini dikatakan bahawa seseorang pemimpin itu dilahirkan dan bukan diciptakan.
Maksudnya, ketika seseorang itu dilahirkan telah ditentukan sama ada mereka memiliki atau
tidak sifat-sifat yang patut ada pada seseorang pemimpin. Justeru itu, teori ini akan lebih
memfokuskan kepada kualiti yang ada pada seseorang individu. Menurut Jaafar Mohamad
(2001), terdapat tiga tokoh utama yang telah mempelopori teori trait ini iaitu William Sheldon,
Goldon Allport dan Raymond Cattell.

Teori Trait Gordon Allport (1961)


Trait dalam sistem Allport bukan sahaja unit atau struktur asas dalam personaliti tetapi juga
merupakan sumber dinamik yang utama bagi motivasi. Allport telah membuat beberapa
andaian dan menyifatkan trait kepada kriteria yang lebih spesifik iaitu;
i.

Trait ada tingkah laku sebenar (A traits has actual existence)

ii.

Bersifat lebih umum daripada kebiasaan dan dinamik atau sekurang-kurangnya menjadi
penentu dalam tingkah laku (It is more generalized than a habit and is dynamic or at

least determinative in behavior)


iii.

Tidak bebas dari ciri-ciri trait yang lain dan tidak sinonim dengan moral atau
penghakiman social (It is neither independent of other traits nor synonymous with moral

or social judgments)
iv.

Boleh dilihat dalam diri seseorang individu atau disumbangkan dalam masyrakat (It can

be seen within a person or distributed in a population)


v.

Tidak boleh dibuktikan dengan tingkah laku atau tabiat yang tidak konsisten dengannya

(It cannot be disproved by acts or habits that are inconsistent with it).
Andaian tersebut tidak berubah selari dengan perkembangan teori ini tetapi istilah traits
telah berubah kepada common traits iaitu mencirikan seseorang individu dalam budaya yang
sama. Selain itu dalam teori ini terdapt juga terdapatnya istliah personal disposition yang
digunakan untuk menggambarkan ciri-ciri individu. Dalam personal diposition itu, Alpport telah
membezakannya kepada tiga tahap utama iaitu kardinal (cardinal) pusat (central) dan sekunder

(secondary).

Trait Kardinal merupakan trait yang paling sedikit dimiliki oleh seseorang tetapi sangat
ketara sekiranya trait tersebut dimiliki. Bahkan punca bagi trait kardinal ini juga boleh dikesan.
Trait pusat pula trait yang cenderung ada dalam diri seseorang individu tetapi merangkumi
situasi yang agak terhad. Jumlah trait pusat adalah lima hingga sepuluh misalnya kejujuran,
kebaikan dan tingkah laku asertif. Manakala trait sekunder pula jarang berlaku dan merupakan
tingkah laku yang lebih umum dan tekal. Menurut Allport sifat peribadi tersebut sangat penting
bagi personaliti seseorang individu kerana ia membezakan seseorang individu dengan individu
yang lain.
Secara keseluruhannya, teori ini menunjukkan bahawa Allport percaya dalam perbezaan
keperluan dalaman dan sifat seseorang individu dengan individu yang lain. Bahkan, teori ini
menunjukkan bahawa trait tidak akan berlaku dengan cara yang sama pada individu yang
berbeza tetapi beroperasi dalam cara yang unik bagi setiap individu.

Teori Trait William Sheldon


Menurut Kenneth dan Matthew (2013), Sheldon percaya bahawa seseorang individu sedar akan
tindakan yang mereka lakukan tetapi beliau tidak setuju bahawa seseorang individu tidak
dikawal oleh id, ego dan super ego. Orubu (1987) pula menyatakan bahawa Sheldon telah
menegaskan bahagian yang tidak sedar ialah badan (unconscious is the body). Ulasnya lagi,
sekiranya seseorang individu itu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai bagaimana
badan mereka dan faktor biological berfungsi maka mereka pasti akan mengetahui faktor
penolak bagi setiap kelakuan mereka.
Dalam teori ini Sheldon percaya bahawa terdapat tiga anggota badan yang utama iaitu
endomorph, mesomophy dan ectomophy. Jeremy (2008), menyatakan bahawa Sheldon telah
mengemukakan tiga elemen asas perangai yang setiap satu darinya dikaitkan dengan
komponen fizikal. Tiga elemen tersebut ialah;
i.

Visceratonia (dikaitkan dengan endomorph) seseorang dalam kategori ini dicirikan


sebagai individu yang cepat mengalami keletihan, memberi reaksi yang perlahan
terhadap rangsangan yang diberikan dan suka makan.

ii.

Somatotonia (dikaitkan dengan mesomorphy) seseorang dalam kategori ini disifatkan


sebagai tegas, berani mengambil risiko, agresif dan tahan terhadap setiap kesakitan
yang dialami

iii.

Cerebrotonia (dikaitkan dengan ectomorphy) seseorang dalam kategori ini pula dicirikan
dengan elemen fizikal dan dapat mengawal emosi, memberi reaksi yang pantas
terhadap rangsangan dan anti-sosial.
Penyataan tersebut serupa dengan ulasan yang terdapat dalam buku Personaliti Remaja

(Azizi Yahya et al., 2008) iaitu orang endomorph merupakan individu yang tidak kedekut,
periang, tidak aktif dalam sukan, senang meluahkan perasaan, kurang emosional, lambat
bertindak balas dan suka bergaul. Individu dalam kategori mesomorf pula digambarkan sebagai
individu yang betenaga, kuat bekerja dan cerdas. Manakala, memiliki sifat banyak berfikir, tidak
suka meluahkan perasaan, berhati-hati semasa bercakap, kurang berkawan dan cepat sensitive
merupakan ciri-ciri yang ada pada ektomorf.

Teori Trait Raymond Cattel (1965)


Dalam teori ini, personality adalah sesuatu yang membenarkan seseorang individu membuat
ramalan ke atas tindakan yang dilakukan oleh individu yang lain. Teori ini dibahagikan kepada
dua iaitu trait permukaan dan trait sumber. Trait permukaan merupakan trait yang mudah
dikenal pasti daripada tingkah laku yang ditunjukkan oleh seseorang. Trait sumber pula
merupakan sifat-sifat yang tidak boleh dilihat secara langsung tetapi boleh diketahui secara
analisis. Dalam teori ini, Cattell menyatakan bahawa untuk mengetahui personality seseorang
bukan dari trait semata-mata tetapi juga melalui motivasi seseorang.
PENERAPAN TEORI DALAM KEPIMPINAN
Ketiga-tiga teori tersebut mampu memberi impak dari aspek kepimpinan kerana sifat-sifat yang
dimiliki oleh sesorang pemimpin adalah berdasarkan sifat tersendiri seseorang individu. Ini
selari dengan ketiga-tiga teori tersebut yang memfokuskan sifat yang ada pada diri seseorang
individu. Davis (1972) menyatakan bahawa terdapat empat kriteria utama yang memberi
pengaruh terhadap kejayaan seseorang pemimpin di dalam organisasi iaitu;
i.

Kepandaian

(intelligence):

seseorang

pemimipin

itu

haruslah

pengetahuan yang luas berbanding pengikutnya mahupun pekerjanya

memiliki

tahap

ii.

Kematangan social dan hubungan social yang luas (social maturity and breadth):
seseorang pemimpin itu haruslah memiliki emosi yang stabil, matang, dan mempunyai
hubungan komunikasi dengan banyak individu.

iii.

Bermotivasi: seseorang pemimipin haruslah memiliki motivasi intrinsic yang lebih kuat
berbanding motivasi ekstrinsik ketika menjalankan sesuatu tugas.

iv.

Memiliki hubungan positif dengan orang sekeliling.

Jika diteliti keempat-empat elemen tersebut terdapat dalam teori Allport, Sheldon dan Cartell.
Misalnya dalam teori Sheldon ada menyentuh bahawa seseorang individu itu memiliki sifat yang
tegas, dapat mengawal emosi, suka bergaul, cerdas, dan bertenaga (Azizi Yahya et al., 2008;
Jeremy, 2008).
Hitt (1993) pula menyatakan bahawa untuk menjadi seorang pemimpin maka seseorang
itu haruslah dapat berfungsi sepenuhnya (the fully functioning person). Tambahnya lagi,
seseorang itu haruslah sempurna dalam empat aspek iaitu;
i.

Coping: menjalankan kehidupan dengan aktiviti yang berfaedah dengan sebaik-baiknya

ii.

Knowing: tahu bahawa perkara yang dilakukan adalah betul

iii.

Believing: mengenalpasti idea-idea yang boleh dipercayai dari persekitaran sekeliling


samada dari organisasi/ lembaga sendiri atau dari bidang lain.

iv.

Being: menjadi diri sendiri

Rujukan
Azizi Yahya, Yusof Boon & Shahrin Hashim. 2008. Personaliti Gaya Hidup Remaja.Skudai:
Universititi Teknologi Malaysia.
Hitt, W.D. 1993. The model leader: A fully functioning person. Leadership & Organization
Development Journal 14 (7): 4-11
Davis, K. 1972. Human behavior at work: Human relation and organizational behavior. New
York: McGraw-Hill.
Jaafar Muhamad. 2002. Kelakuan Organisasi. Kuala Lumpur: Leeds Publications.
Jeremy, E.C. 2008. Physique Correlates with Reproductive Success in an Archival Sample of
Delinquent Youth. Evolutionary Psychology Journal 6 (3): 369-385.

Kenneth, I.O. & Matthew, B.M. 2013. Investigation of William H.Sheldons Constitutional Theory
of Personality: A Case Study of the Universiry of the Gambia. Mediterranean Journal of Social
Science 4 (7): 85-92.
Orubu, A.O. 1978. The Constitutional approach by W.H.Sheldon in A UBA (Ed) Theories of
Personality. Ibadan: Claveranium Press.

You might also like