You are on page 1of 5

Pengawalan Pencemaran Bunyi

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), perkataan bunyi membawa maksud sesuatu yang
kedengaran atau dapat didengar selain suara manusia. Ini turut disokong oleh Iskandar (1986)
yang turut menyatakan bunyi ialah sesuatu yang kedengaran atau dapat didengari selain
daripada suara manusia. Bunyi juga boleh diterangkan secara fizik yang membawa maksud
getaran dalam atau atmosfera yang diterima masuk ke telinga. Kebiasaannya, bunyi yang
dianggap bising oleh seseorang mungkin tidak di anggap bising oleh orang lain. Namun begitu,
bunyi kuat yang boleh membawa kecedaraan dari segi fizikal atau emosi ditafsirkan sebagai
kebisingan (Roberts, 1999). Menurut Mohd Jamil Yaacob (2005), pencemaran bunyi merupakan
masalah besar kepada masyarakat terutama di kota-kota besar.
Unit untuk menyukat kenyaringan bunyi adalah dikenali sebagai decibel (dB).
Pencemaran bunyi berlaku apabila kebisingan melebihi 80 dB yang jelas mengganggu
keselesaan (Jamaluddin bin Abu Bakar). Tambahan pula, kenyaringan bunyi yang disyorkan
oleh World Health Organization (WHO) mahupun Jabatan Alam Sekitar adalah kurang daripada
55 dB pada waktu siang. Hal ini kerana jika seseorang terdedah secara berterusan di
persekitaran bunyi yang melebihi 80 dB, individu tersebut akan berhadapan masalah kesihatan
seperti mengalami sakit kepala, gangguan emosi dan yang paling teruk boleh menyebabkan
seseorang itu menjadi pekak.
Terdapat beberapa faktor yang membawa kepada berlakunya pencemaran bunyi. Faktor
pertama yang boleh dilihat adalah disebabkan oleh pengangkutan seperti kenderaan
bermotor dan kapal terbang yaang dikatakan sebagai punca utama. Dari aspek
kenderaan, pencemaran bunyi berlaku disebabkan oleh bunyi hon mahupun bunyi eksoz yang
dikeluarkan oleh kenderaan. Menurut Utusan Online (2011), pencemaran bunyi di Kuala Lumpur
adalah serius. Hal ini disebabkan oleh sikap individu yang gemar menekan hontidak tentu hala.
Antara tempat yang menjadi medan hon ialah di Jalan Tunku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit
dan beberapa jalan lagi.

Gambar ? : Gambar yang menunjukkan kesesakan
lalulintas dan menjadi medan hon pengguna jalan raya.
Di akses pada 29 April 2014 daripada
http://k0t4k87.blogspot.com/2010/09/bentuk-bentuk-
pencemaran-bahagian-1.html.

Aktiviti perindustrian juga turut menjadi penyumbang kapada pencemaran bunyi.
Contohnya ialah industri penghasilan besi, keluli, loji bahan kimia serta industri lombong besar.
Bahkan, aktiviti pembinaan yang dijalankan juga turut menjadi puncanya. Begitu juga dengan
kuari serta aktiviti manusia itu sendiri yang gemar memasang radio dan televisyen dengan
volume yang kuat sehingga mengganggu keselesaan masyarakat sekeliling.

Gambar ? Gambar menunjukkan aktiviti pembinaan yang
dijalankan berhampiran dengan kawasan perumahan
pangsapuri. Penggunaan hammer pailing untuk menanam
cerucuk menghasilkan debu serta bunyi bising. Di akses
pada 29 April 2014 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010
&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kota&pg=wk
_01.htm.
Seperti pencemaran air, udara dan tanah, pencemaran bunyi ini juga memberi kesan
yang tersendiri kepada manusia dan juga alam sekitar. Kesan paling ketara yang boleh dilihat
ialah memberi impak kepada kesihatan manusia itu sendiri apabila menyebabkan masalah
pendengaran manusia iaitu kerosakan pada telinga manusia. Bahkan impak yang turut
dirasakan juga ialah menganggu kehiduapan manusia dan juga hidupan lain. Oleh yang
demikian, langkah pengawalan pencemaran bunyi sangat penting bertujuan untuk
mengurangkan masalah pencemaran sekaligus menjaga alam sekitar. Langkah pengawalan
pencemaran yang paling dominan adalah melalui penguatkuasaan undang-undang. Antaranya
ialah penguatkuasaan Peraturan-peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan
Motor, 1987) yang berkuatkuasa paada Januari 1988. Namun begitu, peraturan ini tidak
meliputi kenderaan yang dipasang sebelum 1 Jan 1970 dan juga kenderaan yang digunakn
untuk perlumbaan yang telah diluluskan di litar. Panel Code 1971 juga merupakan satu langkah
pengawalan pencemaran bunyi yang di ambil oleh pihak berwajib. Melalui akta ini, dakwaan
hanya boleh dilakukan terhadap punca bunyi yang tidak bergerak jika timbul aduan daripada
mana-mana pihak. Isu yang dilaporkan pada Ogos 2013 berkaitan pencemaran bunyi dan asap
oleh sebuah premis mengubahsuai enjin kerta yang mengganggu penduduk di kawasan
perumahan dan rumah kedai di Jalan Mawar sepatutnya boleh dikenakan tindakan jika
mengikut akta ini. Namun, penduduk hanya mengadakan demonstrasi yang ditujukan kepada
beberapa pihak dengan harapan agar masalah ini dipanjangkan kepada pihak berwajib (Utusan
Online, 2013).
Undang-undang Kenderaan Lalulintas 1959 ada menyatakan bahawa sesebuah
kenderaan itu mesti dilengkapi dengan alat penyerap bunyi. Tujuannya adalah untuk menapis
bunyi yang dihasilkan oleh sesebuah kenderaan agar bunyi yang dihasilkan tidak membawa
kepada kebisingan yang melampau. Akta Penerbangan Tempatan 1976 juga turut manjadi
salah satu langkah dalam mengawal pencemaran. Melalui akta ini, syarikat penerbangan tidak
akan dikenakan tindakan undang-undang selagi mengikuti piawaian penerbangan yang telah
ditetapkan. Manakala Akta Kilang dan Jentera 1969 juga telah digubal bertujuan memastikan
agar bunyi yang dihasilkan oleh kilang pada tahap maksima yang telah ditetapkan. Akta ini juga
sekaligus melindungi pekerja daripada bahaya kehilangan pendengaran semasa bekerja. Hal ini
kerana, para pekerja kilang yang terdedah dengan bunyi bising tidak boleh menerima bunyi
melebihi 90 dB dan juga tidak boleh bekerja melebihi 8 jam. Jika melebihi dari apa yang
ditetapkan, keadaan ini akan menyebabkan pekerja mengalami masalah pendengaran yang
serius (Pan Chin Hooi, 2003).
Selain penguatkuasaan undang-undang, kawalan pencemaran bunyi juga boleh
dilakukan secara teknikal. Menurut Pan Chin Hooi (2003), perkara yang paling penting perlu
diketahui untuk menyelesaikan masalah pencemaran bunyi adalah apa tujuan bunyi tersebut
dihasilkan, dari mana bunyi tersebut datang, bagaimana bunyi bergerak dan apa yang boleh
dilakukan ke atas bunyi tersebut. Oleh itu, beliau menyatakan bahawa kaedah yang paling
berkesan adalah mengkaji tiga elemen asas bunyi iaitu, bunyi terhasil daripada satu sumber,
bunyi mempunyai arah pergerakannya dan bunyi memberi kesan kepada penerima atau
pendengar. Dari aspek konsep sumber pergerakan bunyi penerima, untuk mengatasi masalah
kebisingan memerlukan perubahan terhadap tiga tahap iaitu, mengubahsuai sumber bunyi
untuk mengurang tahap kebisingan sumber bunyi, pengawalan pada arah pergerakan dan
media di sekitar untuk mengurangkan tahap kebisingan bunyi yang disampaikan kepada
penerima serta menyediakan alat perlindungan dari kebisingan kepada penerima (Pan Chin
Hooi, 2003).
Elemen kedua iailah pengawalan pergerakan bunyi dengan mendirikan alat atau bahan
perlindungan dalam arah pergerakan bunyi untuk menghalang atau mengurangkan tenaga
bunyi tersebut. Pengawalan ini boleh dilakukan dengan beberapa cara iaitu menyerap bunyi di
sepanjang pergeraknnya, memantul bunyi ke arah yang berlainan dengan menyediakan
pengadang di sepanjang arah pergerakannya atau menahan bunyi dengan meletakkan sumber
bunyi ke dalam kotak tertutup mahupun tempat pengasingan bunyi. Pemilihan teknik yang
berkesan adalah berdasarkan beberapa faktor iaitu tahap dan jenis kebisingan, kepadatan dan
frekuensi kebisingan serta keadaan semulajadi persekitaran (Pan Chin Hooi, 2003). Elemen
terakhir ialah pengadang melalaui pembinaan rel adang, papan atau pemantul bunyi di
sepanjang arah pergerakan kebisingan. Keberkesananya dalam pengurangan kebisingan adalah
berpandukan kepada lokasi, ketinggian dan panjang bunyi tersebut. Menurut laporan akhbar
yang bertajuk Gangguan Bunyi Bising Bakal Diatasi, pihak Lebuhraya Pantai Baru (NPE)
bersetuju untuk membina tembok penahan bunyi bagi mengurangkan tahap bunyi bising yang
mengganggu para pelajar dan guru disekolah berhampiran (Sinar Harian, 2012).


Rujukan
- Pan Chin Hooi (feb 2003) =iskandar 1986
- Pan chin hooi (feb 2003) = roberts 1999
- Mohd jamil yaacob. 2005. Aplikasi kognitif dalam pendidikan. Pts professional Publishing
Sdn. Bhhd. Pahang Darul Makmur. Pg 316. Diakses pada 26 april 2014
http://books.google.com.my/books?id=5qlZ85e36mUC&pg=PA316&dq=pencemaran+bu
nyi&hl=en&sa=X&ei=KHNbU9yvGsqXrAeasIHYAg&sqi=2&redir_esc=y#v=onepage&q=p
encemaran%20bunyi&f=false
- Pencemaran alam sekitar
- Utusan online

You might also like