You are on page 1of 2

SOALAN 2

Antara tajuk atau tugas yang telah diberikan sepanjang kelas.

(iv) Pencemaran Bunyi.

PENCEMARAN BUNYI

Pencemaran merupakan kemasukan bahan pencemar seperti bahan kimia ,


hingar , haba , cahaya dan tenaga di alam sekitar yang mengakibatkan kesan
memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia , mengancam sumber
alam dan ekosistem ,serta mengganggu ameniti dan kepenggunaan alam sekitar.

Pada masa kini , terdapat banyak pencemaran alam telah berlaku di negara
kita. Terdapat beberapa jenis pencemaran alam iaitu pencemaran bunyi ,pencemaran
udara , pencemaran air dan pencemaran tanah.

Bunyi ialah penggangguan tenaga mekanik yang merambat melalui jirim dalam
bentuk gelombang. Manakala pencemaran bunyi pula ialah bunyi bising yang
keterlaluan yang boleh memekakkan telinga sesiapa yang mendengarnya.
Pencemaran bunyi berpunca daripada dua sumber iaitu sumber semulajadi dan
kegiatan manusia.

Sumber semulajadi ialah seperti bunyi guruh , bunyi air terjun dan bunyi
haiwan. Kegiatan manusia pula ialah seperti bunyi kenderaan dan jet , bunyi dari
kawasan binaan dan kuari,serta tabiat masyarakat.

Faktor yang mempengaruhi pengeluaran bunyi ialah kekuatan bunyi tersebut


yang mana lebih kuat bunyi lebih rosak pendengaran seseorang. Seterusnya , bunyi
yang berulang banyak kali dengan lebih tinggi menyebabkan perasaan
ketidakselesaan pada masyarakat. Kekerapan dan tempoh juga faktor yang
mempengaruhi pengeluaran bunyi kerana bunyi yang berterusan boleh mengganggu
kehidupan seseorang individu itu.

Punca – punca pencemaran bunyi adalah disebabkan aktiviti manusia iaitu


peningkatan penggunaan kenderaan di jalan raya yang membawa kepada
kesesakkan lalu lintas. Ini kerana semasa mengalami masalah kesesakan lalu lintas,
pengguna kenderaan telah hilang kesabaran lalu membunyikan hon kereta dengan
tidak berhenti-henti. Bunyi hon kereta dan enjin kenderaan berat serta berenjin diesel

1
inilah yang telah membawa kepada pencemaran bunyi. Begitu juga dengan
kenderaan awam seperti teksi dan bas yang tidak mempunyai alat penyerap bunyi
yang berfungsi dengan baik turut menyebabkan masalah ini bertambah semakin
serius. Pemilik kenderaZXZXan yang tidak bertanggungjawab yang mengubahsuai
ekzos kenderaan mereka bagi memenuhi kemahuan mereka telah menghasilkan
bunyi yang lebih kuat. Bunyi berkenaan yang kuat telah mengganggu kehidupan orang
di sekeliling secara langsung. Pembangunan industri atau pembinaan di tapak
kawasan perindustrian yang mana memproses material menggunakan mesin dan
kenderaan, juga menyebabkan faktor pencemaran bunyi.Begitu juga dengan tapak
kuari mengeluarkan bunyi yang kuat akibat pemecahan batu.

Langkah – langkah mengatasi masalah pencemaran bunyi ialah dengan


menggunakan kaedah teknologi untuk menghad atau menghalang daripada
mengeluarkan bunyi . Contohnya , pada zaman sekarang kereta – kereta telah
menggunakan sistem brek ABS. Selain itu juga dengan menghadkan kelajuan
kenderaan dengan menggunakan kawalan trafik agar tidak mengalami tekanan brek.

Penguatkuasaan undang – undang perlu ditingkatkan bagi mengetatkan


undang –undang . Pesalah perlu dikenakan hukuman denda yang setimpal.Rondaan
oleh pegawai alam sekitar juga perlu dipertingkatkan. Jabatan Alam sekitar perlulah
mengadakan aktiviti seperti pameran , pertandingan dan kempen alam sekitar dengan
mengedarkan risalah – risalah tentang punca dan kesan pencemaran bunyi terhadap
alam sekitar bagi menyedarkan masyarakat . Selain itu juga , mempamerkan slaid –
slaid berkaitan pencemaran bunyi.

Pendedahan media massa juga sangat penting kerana dengan adanya media
massa ini dapatlah penyiaran isu – isu yang berkaitan alam sekitar. Pihak media
menyiarkan isu – isu terkini di akhbar , majalah untuk meningkatkan pengetahuan
masyarakat.

Kesimpulannya , pencemaran bunyi banyak mengganggu persekitaran hidup


manusia seharian. Dalam era yang serba maju ini , terdapat pelbagai cara untuk
seseorang individu tersebut mendapatkan kesan hasil dari pencemaran bunyi tersebut
walaupun terdapat cara – cara untuk mengatasinya . Oleh itu , manusia sendiri perlu
sedar tentang kepentingan bunyi kepada kehidupan manusia dan kita perlu bersama
– sama berusaha untuk membendungnya.

You might also like