You are on page 1of 17

1

1.0

PENGENALAN

Alam sekitar adalah anugerah Tuhan yang amat berharga kepada kehidupan manusia.
Alam sekitar yang indah dan bersih memberikan kita suasana yang selesa dan
menyamankan. Sekiranya alam sekitar kita tercemar akan menjejaskan aktiviti-aktiviti
pembangunan negara

kerana manusia banyak bergantung kepada sumber-sumber

alam di muka bumi ini.


Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Keempat menyatakan bahawa
pencemaran bermaksud perihal mencemari atau mencemarkan; pengotoran manakala
alam sekitar membawa maksud keadaan alam sekeliling. Pencemaran alam sekitar
bolehlah didefinisikan perihal mencemarkan atau

mengotorkan alam sekeliling.

Pencemaran alam sekitar yang utama boleh diberikan kepada empat jenis iaitu
pencemaran bunyi, pencemaran air, pencemaran udara dan pencemaran tanah.
1.1

Permasalahan Kajian
Pencemaran alam sekitar berlaku disebabkan beberapa punca . Contohnya,

antara punca-punca berlakunya pencemaran bunyi ialah bunyi bising dalam kawasan
industri melalui pemprosesan material, jentera, dan kenderaan. Selain itu disebabkan
oleh proses pembangunan iaitu menanam cerucuk-cerucuk besi di dalam tanah demi
membina

bangunan-bangunan

tinggi.

Kenderaan

kenderaan

awam

yang

mengeluarkan bunyi bising yang membingitkan telinga di kawasan penempatan dan


sekitar sekolah juga punca utama yang menyumbangkan kepada pencemaran bunyi
serta aktiviti masyarakat seperti mendengar radio dan menonton program televisyen
dengan suara yang kuat.

Oleh itu, perkara tersebut perlu dibendung dan diambil

perhatian yang serius kerana ia memberi kesan terhadap kehidupan manusia. Kesan
pencemaran bunyi ke atas manusia dari segi

fisiologi melibatkan kehilangan

pendengaran dan respons kepada keadaan cemas manakala kesan dari segi psikologi
berlaku akibat pencemaran bunyi yang mengganggu komunikasi antara manusia,
mengganggu tidur dan seterusnya menjejaskan kestabilan mental dan mengganggu
proses mental iaitu pemikiran serta pemusatan perhatian susah dilakukan.

Selain itu, antara punca-punca berlakunya pencemaran seperti pencemaran


udara ialah disebabkan perlepasan asap dari eksos kenderaan, asap dari industri kilang,
penggunaan arang batu yang tidak terkawal dan pembakaran di tempat pelupusan .
Selain daripada punca-punca di atas, fenomena semulajadi juga menyumbang kepada
pencemaran ini seperti kebakaran hutan akibat kepanasan dari matahari dan juga
kejadian letusan gunung berapi yang mampu mengeluarkan asap dan debu dengan
kadar yang banyak dan boleh menjejaskan penglihatan di sekitar tempat kejadian
berlaku.
Antara punca berlakunya pencemaran air pula ialah apabila kilang-kilang
membuang sisa cecair dan pepejal kilang ke dalam sungai. Masalah akan timbul
apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai itu tidak dirawat dan
mengandungi bahan toksik yang mencemarkan air sungai dan laut. Contoh sungai
yang tercemar disebabkan pembungan sisa cecair dan pepejal yang tidak dirawat ialah
Sungai Juru yang berwarna hitam pekat apabila sampai di laut. Selain itu, cari gali
petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca pencemaran air
disebabkan

penggerudian perigi-perigi minyak

dan letupan tangki

minyak

menyumbang kepada gejala ini. Aktiviti dalam industri perlombonhgan ini memberi
kesan negatif kepada kehidupan air seperti tumbuh-tumbuhan dan haiwan akuatik dan
seterusnya menjejaskan sumber protein manusia. . Oleh itu, semua pihak termasuk
pihak individu ataupun pihak kerajaan perlu berusaha mengatasi masalah ini bersama
supaya kita mendapat sumber air yang bersih dan dapat hidup dalam persekitaran yang
tiada pencemaran air.
Manakala antara punca berlakunya pencemaran tanah ialah pembuangan
sampah sarap dan kumbahan yang tidak terkawal menyebabkan pencemaran tanah
berlaku. Terdapat dua kaedah pembuangan sampah yang sering diamalkan iaitu
kaedah penimbusan dan kaedah pembakaran. Walaupun sampah sarap dapat
dilenyapkan dari pandangan mata dan bau busuk namun tanpa pengawalan yang rapi,
kedua-dua teknik ini juga boleh memberi masalah yang serius kepada alam sekitar.
Selain itu, pembuangan sisa buangan daripada kilang seperti minyak,sisa toksik dan
nuklear juga menyebabkan pencemaran tanah berlaku apabila sisa toksik dan nuklear

telah mencemari permukaan tanah. Hal ini akan memberi kesan yang besar kepada
alam sekitar serta manusia. Pembuangan sampah merata-rata dan penggunaan racun
serangga secara berlebih-lebihan juga merupakan penyumbang ke arah pencemaran
ini. Penebangan hutan juga turut menyumbang kepada hakisan tanah, pemendapan,
kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia .
1.2

Objektif Kajian

Diakhir nanti, diharap agar kami dapat mencapai objektif berikut:


Objektif Umum
a) Mengenal pasti punca kepada pencemaran alam sekitar
b) Mengenal pasti jalan penyelesaian kepada punca masalah tersebut
Objektif Khusus
a) Menyatakan satu kaedah yang boleh dilaksanakan dalam proses Pengajaran
dan Pembelajaran untuk meningkatkan kesedaran pelajar berkaitan alam
sekitar.
b) Mengaplikasi kaedah tersebut dalam PdP dengan penglibatan aktif oleh
pelajar.
1.3

Skop Kajian

Walaupun terdapat empat jenis pencemaran yang telah dibincangkan dalam


permasalahan kajian di atas, namun kami hanya akan memberi fokus dalam
pencemaran tanah sahaja. Ianya setelah dipertimbangkan dari segi kekangan sumber,
tenaga dan kos untuk melaksanakan kajian ini.
Pencemaran tanah lebih mudah dikaitkan dengan persekitaran sekolah yang
melibatkan pelajar untuk melakukan aktiviti pelaksanaannya. Ia juga lebih selamat
untuk pelajar sekolah rendah jika dinilai dari aspek keselamatan. Mereka tidak perlu
pergi ke kawasan tadahan air yang berisiko atau ke tempat udara yang tercemar
sekiranya perlu menjalankan aktiviti kajian lapangan.

Maka, kami menghadkan skop kajian ini kepada pencemaran tanah secara
terpernci dalam aspek pelaksanaan kaedah PdP dan akan membincangkan tentang
pencemaran-pencemaran yang lain secara ilmiah sahaja.

2.0

KAJIAN LITERATUR

Kitar semula bermaksud mengumpul dan memproses semula bahan-barang-barang


terpakai dan terbuang untuk dijadikan barangan baru yang berguna. Bahan tersebut
masih boleh digunapakai tetapi melalui proses kitar semula.. Melalui kajian kepada
peratusan sampah yang telah dibuang, hampir 40 peratus daripadanya boleh dikitar
semula. Kebanyakan sisa pepejal tersebut boleh dikitar semula dan boleh menjadi
sumber ekonomi negara (Harian Metro 01.10.2001) .
Penggunaan bahan kitar semula ini banyak memberi faedah kepada kita kerana
ini dapat mengurangkan bahan buangan, mengurangkan penggunaan bahan mentah
baru,

mengurangkan

penggunaan

tenaga,

mengurangkan

pencemaran

dan

mengurangkan pengeluaran gas rumah hijau kerana penghasilan barang baru daripada
bahan mentah. Terdapat 5 jenis item yang disarankan kepada orang ramai untuk dikitar
semula seperti plastik, kertas, aluminium, kaca dan kayu.
Menurut Datuk Seri Ong Ka Ting dalam laporan akhbar Utusan Malaysia
bertarikh 25.11.2000 berkata, memandangkan keupayaan tapak-tapak pelupusan
sampah di negara ini sudah sampai ke tahap yang membimbangkan dan tidak dapat
menampung bahan buangan yang semakin bertambah setiap hari. Kadar penghasilan
sampah sudah sampai ke tahap serius manakala kira-kira 230 tapak pelupusan sampah
yang ada tidak dapat menampung lagi bahan buangan kerana 80 peratus daripadanya
dapat bertahan untuk tempoh dua tahun sahaja lagi, Menurut Ong, secara tidak sedar,
rakyat sedang mengeluarkan begitu banyak sampah dan mencemari alam sekitar
sedangkan sebahagian daripadanya terdiri daripada bukan sampah kerana ia boleh
dikitar untuk digunakan kembali.
Banyak sampah yang boleh dikitar semula seperti botol, barangan plastik dan
tin aluminium serta suratkhabar. Negara terpaksa mengimport 25,000 tan kertas
terpakai setiap bulan untuk membuat kertas bagi kegunaan tempatan sedangkan kertas
terpakai di dalam negara dibuang begitu sahaja.

Menurut Ong lagi, jika sesuatu tidak dibuat mulai sekarang, rakyat akan hidup
dalam suasana alam yang tidak menyenangkan kerana tempat pembuangan sampah
semakin membesar. Pencemaran udara dan air akan berlarutan dan seterusnya
menjejaskan kesihatan anak cucu kita kelak. Justeru itu, katanya, satu kempen kitar
semula akan dilancarkan tidak lama lagi bagi menyedarkan rakyat bahawa tidak semua
sampah yang dibuang adalah benar-benar samapah. Beliau mengingatkan supaya
setiap individu berfikir terlebih dahulu sebelum membuang sampah kerana sebahagian
daripadanya adalah sumber dan bukannya samapah yang tulen.
Menurut kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan sebanyak 3
juta manusia mati setiap tahun disebabkan oleh pencemaran udara. Angka ini
merupakan tiga kali ganda lebih tinggi daripada jumlah kematian yang disebabkan
kemalangan.
Program Kitar Semula adalah satu daripada program kerajaan yang dilancarkan
melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Program ini bertujuan
menyemai kesedaran dikalangan rakyat Malaysia untuk membuang sampah secara
bijak. Melalui kajian kapada peratusan sampah yang telah dibuang, hampir 40 peratus
daripadanya boleh dikitar semula. Kebanyakan sisa pepejal tersebut boleh dikitar
semula dan boleh menjadi sumber ekonomi negara (Harian Metro 01.10.2001).

3.0

KAEDAH DAN KEPUTUSAN

Kami mencadangkan penubuhan Kelab Alam Sekitar di sekolah yang melibatkan


semua murid dan guru. Aktiviti dirancang mengikut jadual persekolahan dan
dimasukkan dalam jadual waktu kokuriukulum. Secara jelas, kami merangka
pelaksanaannya seperti jadual di bawah.
Jadual 3.1: Perancangan Pelaksanaan Aktiviti Kelab Alam Sekitar
Bil
1

Topik/
Program
Pelantikan
Jawatankuasa dan
Suai Kenal
Mesyuarat:
- Pendaftaran ahli
- Suai kenal
- Lantikan AJK
- Perancangan program

Objektif

Aktiviti
- Ice Breaking
- Memperkenalkan diri
- Melantik dan memilih
AJK
- Membuat perancangan
aktiviti

Murid dapat :
- Berinteraksi antara
satu sama lain
- Mengenali guru
penasihat
- Memberikan dan
menyatakan pendapat
- Merancang aktiviti
dengan berkesan

Pelajaran 1
Asas Pengurusan Sisa
Pepejal
- Definisi sisa pepejal
- Hierarki pengurusan
sisa pepejal

Murid dapat :

Pelajaran 1
Asas Pengurusan Sisa
Pepejal
- Penjanaan
- Pengasingan dan
penyimpanan
- Kutipan dan
pengangkutan

Murid dapat :

Pelajaran 1
Asas Pengurusan Sisa
Pepejal
- Perpindahan dan
rawatan
- Pemerolehan semula
bahan dan tenaga
Pelajaran 1
Asas Pengurusan Sisa
Pepejal

Murid dapat :

- Memahami maksud
sisa pepejal

- Memahami
komponen
pengurusan sisa
pepejal

- Menonton tayangan
video/slide mengenai
asas pengurusan sisa
pepejal
- Mendapat penerangan
daripada guru
- Mengadakan kuiz
- Menyuai padan
gambar
- Gambar/slaid/video
yang menerangkan
mengenai komponen
pengurusan sisa
pepejal

- Siaraya
- Gambar/vi
deo/slaid
- Soalan
kuiz

Gambar/slaid/video
yang menerangkan
mengenai komponen
pengurusan sisa
pepejal

Murid dapat :

- Memahami puncapunca sisa pepejal

- Memahami
komponen
pengurusan sisa
pepejal

Alat/Bahan/
Catatan
- Siaraya

Mendengar
penerangan guru
Menonton tayangan
video/slaid

Siaraya
Komputer
riba
Video

Siaraya
Komputer
riba
Video

Siaraya
Komputer
riba

8
Bil

Topik/
Program
- Jenis-jenis sisa
pepejal terkawal

Objektif

Aktiviti

dihasilkan
-

Pelajaran 2
3R
- Definisi 3R
- Elemen 3R

Pelajaran 2
3R
- Amalan 3R di
sekolah dan di rumah

Pelajaran 2
3R
- Halaman seni kreatif
3R

Pelajaran 2
3R
- Gotong-royong
dengan menerapkan
elemen pengasingan
sisa

Murid dapat :

- Mempelajari
maksud 3R
- Membezakan
elemen
reduce,reuse dan
recycle
Murid dapat :

- Mempelajari
amalan-amalan 3R
yang dapat
dipraktikkan di
sekolah dan di
rumah

Murid dapat :

- Menanamkan sikap
bekerjasama
- Memperkukuh jati
diri untuk menjadi
manusia yang
bertanggungjawab
pada alam sekitar
- Menjanakan idea
kreatif dalam
menggunakan
barang-barang
terbuang

Murid dapat :
- Mengenalpasti
bahan yang boleh
dikitar semula dan
yang tidak boleh
dikitar semula
- Pengalaman amali
selain daripada
pembelajaran
dalam bilik darjah

berkaitan sisa
pepejal terkawal
Menyuai padan
gambar tentang
pemahaman murid
mengenai sisa

Alat/Bahan/
Catatan
- video

Mendengar
penerangan guru
Menonton
gambar/video yang
menerangkan
elemen 3R

Mendengar
penerangan guru
Menonton
gambar/video yang
menerangkan
elemen 3R
Mewarnakan logo
3R

Melabel pokok
dengan barangan
kitar semula
Menghiasi taman
dengan barangan
kitar semula
Menghias pagar
dengan barangan
kitar semula
Membaja landskap
kitar semula

Mengadakan
pembahagian
kumpulan
Mendapat
penerangan guru
Mengambil
bahagian dalam
aktiviti gotongroyong dengan
penerapan elemen
pengasingan sisa

Siaraya
Komputer
riba
Video

Siaraya
Komputer
riba
Video
Gambar
logo 3R

Tin
aluminium
Botol
plastic
Kadbod
Baja
kompos

Plastik
sampah
Penyapu
Tong
sampah

9
Bil
10
-

11

12

13

14

Topik/
Program
Pelajaran 3
Kitar Semula
Pengenalan mengenai
kitar semula
Bahan-bahan yang
boleh dikitar semula
Tong kitar semula
Langkah-langkah
mengitar barang
dengan betul

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Mencipta kolaj

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Sisa asah pensel
warna yang berguna

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Lawatan ke pusat
kitar semula

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Mereka cipta pokok

Objektif

Aktiviti

Murid dapat :

- Mempelajari kitar
semula
- Mencari maklumat
mengenai bahanbahan yang boleh
dikitar semula
- Mengetahui jenisjenis tong kitar
semula
- Cara-cara mengitar
semula dengan
betul

Murid dapat :

- Mempelajari teknik
membuat kolaj
- Meransang daya
reka cipta dan
kreativiti

Murid dapat :

- Merangsang daya
kreatif dalam
menghasilkan
lukisan yang
menarik
- Mempelajari teknik
menggunakan sisa
asah pensel warna
dalam lukisan
dihasilkan
Murid dapat :

- Pendedahan kepada
keadaan sebenar
pusat kitar semula
- Melihat sendiri
langkah-langkah
yang dilakukan
untuk penghantaran
dan penjualan
barang di pusat
kitar semula
- Memahami kaedah
penghantaran
barang kitar semula
Murid dapat :

- Menjana idea
kreatif dalam

Mendengar
penerangan guru
Melihat gambar
dan tong kitar
semula bagi
memperkukuh
pemahaman
Mengenalpasti
barang di
persekitaran sama
ada boleh dikitar
semula atau tidak

Alat/Bahan/
Catatan
- Gambar
tong kitar
semula
- Barangan
kitar
semula

Mendengar
penerangan guru
Menghasilkan kolaj
berasaskan bahan
terbuang

Mendengar
penerangan guru
Melukis lukisan
mengikut kreativiti
Menampalkan sisa
asah pensel warna
di atas lukisan yang
dihasilkan secara
kreatif

Melawat ke pusat
kitar semula
Menyediakan
soalan sebelum
lawatan
Membuat refleksi
Menyediakan
laporan terbaik

Mendengar
penerangan guru
Mereka cipta pokok
kitar semula

Kulit
kerang
Kulit telur
Batang ais
krim

Kertas
lukisan
Sisa asah
pensel
warna
Krayon
Gam
Butang

Pusat kitar
semula
komuniti
Kilang
kertas
Kilang
plastik
Kilang
kaca
Pusat kitar
semula
TESCO
Ranting
kayu
Tin

10
Bil

15

16

17

18

Topik/
Program
kitar semula

Objektif

Aktiviti

menghasilkan
pokok kitar semula
- Menghargai
barang-barang
terbuang dan
mnggunakannya
untuk dijadikan
perhiasan

mengikut daya
kreativiti murid

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Melukis dan mewarna
bertemakan kitar
semula

Murid dapat :

- Memperkembang
daya kreativiti

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Hari Kitar Semula

Murid dapat :

- Memperkembang
daya komunikasi
dan interaksi
- Berkongsi ilmu
yang dipelajari
dalam kelab
bersama murid lain
- Memahami cara
penjualan barang
kitar semula

Pelajaran 4
Pengkomposan
- Membuat kompos
menggunakan pasu
bunga

Pelajaran 5
Bank Kitar Semula

Murid dapat :

- Mempelajari
teknik-teknik
mengkompos
menggunakan pasu
bunga
- Mempraktikkan
kaedah
pengkomposan di
rumah

Murid dapat :

- Memahami
perjalanan bank
kitar semula
- Mengaplikasi
aktiviti kitar semula
dalam kehidupan
seharian

Alat/Bahan/
Catatan
- Tali

Mendengar
penerangan guru
Melukis dan
mewarna gambar
yang berkaitan
dengan kitar
semula

Membuat pameran
mengenai 3R
Mengadakan
pengumpulan dan
jualan barangan
kitar semula
Melukis dan
mewarna bertema
kitar semula
Menyertai kuiz
Mengadakan
pertandingan
keceriaan bilik
darjah

Mendengar
penerangan guru
Pembahagian
kumpulan
Membuat kompos
dengan
menggunakan pasu
bunga mengikut
langkah yang betul

Mendengar
penerangan guru
atau pihak
berkaitan
Membuat buku
setem
Mengenalpasti
stesen penerimaan

Kertas
lukisan
Pensel
warna
Warna air

Bahan
pameran
Penimban
g
Kalkulator
Barangan
kitar
semula
Kertas
lukisan
Pensel
warna
Warna air

Pasu
bunga
Sisa dapur
Sisa kebun
Tanah
Air

Siaraya
Slaid
Garis
panduan
bank kitar
semula
Penimban
g

11
Bil

19

20

21

22

Topik/
Program

Pelajaran 2
3R
- Halaman seni kreatif
3R

Pelajaran 2
3R
- Gotong-royong
dengan menerapkan
elemen pengasingan
sisa

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Mencipta kolaj

Pelajaran 3
Kitar Semula
- Sisa asah pensel
warna yang berguna

Objektif

Aktiviti

- Memahami nilai
yang ada pada sisa
pepejal

Murid dapat :

- Menanamkan sikap
bekerjasama
- Memperkukuh jati
diri untuk menjadi
manusia yang
bertanggungjawab
pada alam sekitar
- Menjanakan idea
kreatif dalam
menggunakan
barang-barang
terbuang
Murid dapat :
- Mengenalpasti
bahan yang boleh
dikitar semula dan
yang tidak boleh
dikitar semula
- Pengalaman amali
selain daripada
pembelajaran
dalam bilik darjah

Murid dapat :

- Mempelajari teknik
membuat kolaj
- Meransang daya
reka cipta dan
kreativiti

Murid dapat :

- Merangsang daya
kreatif dalam
menghasilkan
lukisan yang
menarik
- Mempelajari teknik
menggunakan sisa
asah pensel warna
dalam lukisan
dihasilkan

barang
Merancang sesi
penghantaran
barangan kitar
semula

Alat/Bahan/
Catatan
- kalkulator

Melabel pokok
dengan barangan
kitar semula
Menghiasi taman
dengan barangan
kitar semula
Menghias pagar
dengan barangan
kitar semula
Membaja landskap
kitar semula

Mengadakan
pembahagian
kumpulan
Mendapat
penerangan guru
Mengambil
bahagian dalam
aktiviti gotongroyong dengan
penerapan elemen
pengasingan sisa

Mendengar
penerangan guru
Menghasilkan kolaj
berasaskan bahan
terbuang

Mendengar
penerangan guru
Melukis lukisan
mengikut kreativiti
Menampalkan sisa
asah pensel warna
di atas lukisan yang
dihasilkan secara
kreatif

Tin
aluminium
Botol
plastic
Kadbod
Baja
kompos

Plastik
sampah
Penyapu
Tong
sampah

Kulit
kerang
Kulit telur
Batang ais
krim
Bahan
terbuang
Kertas
lukisan
Sisa asah
pensel
warna
Krayon
Gam
Butang

12
Bil
23

24

25

Topik/
Program
Pengenalan Konsep
Eureka RE dan EE

Pertandingan Eureka
RE dan EE

Pelajaran 6
Perkhemahan

Objektif

Aktiviti

Murid dapat :

- Memahami konsep
RE dan EE dalam
kehidupan lestari
- Membina model
rumah yang
menggunakan
konsep RE dan EE

Murid dapat :

- Memahami konsep
RE dan EE dalam
kehidupan lestari
- Membina model
rumah yang
menggunakan
konsep RE dan EE

Murid dapat :

- Mewujudkan
perasaan cintakan
alam sekitar di
samping
mengumpul
barangan kitar
semula
-

Mendengar
penerangan guru
Membina model
rumah RE dan EE

Alat/Bahan/
Catatan
- Bahan dan
alatan
Eureka

Mendengar
penerangan guru
Membina model
rumah RE dan EE

Bahan dan
alatan
Eureka

Mengadakan
bengkel tentang
kesedaran alam
sekitar dan teknik
penanaman pokok
bakau dan
pemuliharaan
pantai
Mengadakan bicara
berirama
Mengadakan
penerokaan
Memburu harta
karun
Mengadakan Raja
Rimba
Resolusi dari rimba
Mengadakan
perkhemahan

Plastik
sampah
Penyapu
Tong
sampah
Khemah
Bahan
kompos
Barangan
kitar
semula

13

3.1

Pelaksanaan Kajian

Sepanjang tempoh kajian, terdapat beberapa aktiviti yang berjaya dilaksanakan dan
mendapat respon yang positif dari pelajar. Memandangkan ianya dijalankan pada
setiap minggu, maka aktivti ini boleh dikatakan menjadi amalan kepada warga
sekolah. Setiap hari pelajar akan mengumpul barangan yang boleh diguna dan dikitar
semula untuk dijadikan projek pada minggu tersebut. Amalan ini berterusan hingga ke
rumah di mana pelajar mula mengumpul bahan terbuang dari rumah untuk di bawa ke
sekolah.
Di sekitar sekolah, tiada lagi kotak minuman yang bersepah-sepah kerana
pelajar mula mempunyai kesedaran untuk mengguna semula bahan tersebut dalam
rekaan projek mereka. Fotografi di bawah adalah beberapa contoh aktiviti yang
berjaya dilaksanakan di bawah Kelab Alam Sekitar.

14

Fotograf 3.1: Aktiviti Kelab Alam Sekitar


Selain itu, amalan ini berterusan hingga ke bilik darjah apabila guru-guru
menerapkan unsur-unsur kesedaran terhadap alam sekitar melalui aktiviti bersama
pelajar. Contohnya semasa mengajar unit Reka Bentuk dan Penghasilan Projek dalam
matapelajar Kemahiran Hidup, pelajar akan mereka bentuk dan menghasilkan projek
berasaskan logam dan bahan kitar semula.
Dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual juga guru boleh mengajar dan
menggalakkan murid menggunakan bahan kitar semula untuk menghasilkan projek
seni. Berikut adalah beberapa contoh produk seni yang dihasilkan daripada bahan kitar
semula.

Fotograf 3.2: Penerapan unsur kesedaran terhadap alam sekita melalui penggunaan
bahan dalam mata pelajaran Pendidikan Seni Visual

15

4.0

KESIMPULAN

Jika dibuat penilaian, objektifnya umum kajian ini adalah untuk mengenal pasti punca
kepada pencemaran dan mengenal pasti jalan penyelesaiannya. Kedua-duanya telah
tercapai melalui penerangan secara terperinci pada bahagian permasalahan kajian lagi
di mana kami telah mengulas mengenai punca-punca pencemaran dan jalan
penyelesaiannya adalah melalui kesedaran di peringkat sekolah lagi yang melibatkan
generasi muda yang akan mewarisi bumi ini pada masa yang akan datang.
Objektif khusus adalah untuk mencari satu kaedah yang boleh diaplikasi
kepada pelajar terbabit demi meningkatkan kesedaran terhadap alam sekitar. Untuk
itu, kami telah merancang dan melaksanakan penubuhan Kelab Alam Sekitar dan
berjaya memberi kefahaman tentang punca masalah dan cara penyelesaiannya kepada
golongan pelajar terbabit.
Jika diperhalusi pelan perancangan kelab itu sendiri bermula dengan
menerapkan asas pemahaman tentang pengurusan sisa sehinggalah kepada
menghasilkan produk daripada bahan terbuang dan seterusnya mencabar minda
mereka dalam mereka cipta rumah berkonsepkan amalan Tenaga Diperbaharui dan
Kecekapan Tenaga.

16

Kami percaya, dengan pelaksanaan ini mampu meningkatkan kefahaman


pelajar terhadap alam sekitar dan seterusnya menjadikan mereka generasi yang peka
terhadap kelestarian alam demi kelangsungan hidup pada masa akan datang

17

Rujukan
1. Buletin Pengguna, bil. 1/2005
2. Keratan Akhbar, Kitar Semula Jimatkan Kos Selenggara Sampah, Berita
Harian : 02/04/2001
3. Keratan Akhbar, Kitar Semula Belum Menjadi Amalan, Harian Metro :
10/012001
4. Keratan Akhbar, Ong : Kitar Sampah Secara agresif, Utusan Malaysia :
25/11/2000
5. Keratan Akhbar, Kempen Tingkatkan Kesedaran Masyarakat, Berita
Harian : 13/12/2004
6. Keratan Akhbar, Tip Cara Kitar Semula, Harian Metro : 31/03/2001
7. Keratan Akhbar, Kesedaran Kitar Semula Rendah, Metro Ahad : 22/05/2005
8. Keratan Akhbar, Keberkesanan Kitar Semula Ambil Masa 20 Tahun, Berita
Harian : 24/05/2005
9. Keratan Akhbar, Kemudahan Lengkap Bantu Kempen Kitar Semula, Berita
Harian : 29/03/2004
10. http://www.kitarsemula.com
11. http://kpdnhep.gov.my

You might also like