You are on page 1of 13

SKOP KAJIAN

Di dalam tesis ini kajian dibuat tentang pengenalan mengenai sejarah dan pemerintah awal negeri Kelantan dengan memberi tumpuan kepada kedudukan geografi, politik awalnya, serta kedudukan ekonomi orang Melayu di Kelantan selepas merdeka khususnya sekitar tahun yang dikaji iaitu 1959 sehingga tahun 2009.

Seterusnya kajian dibuat mengenai peranan kerajaan-kerajaan yang memerintah negeri Kelantan. Negeri Kelantan merupakan sebuah negeri yang unik kerana telah diperintah oleh kerajaan Barisan Nasional, Pas, dan Kerajaan Campuran. Kajian ini akan meninjau peranan-peranan kerajaan tersebut dalam meningkatkan ekonomi orang Melayu Kelantan dalam tahun 1959-2009. Kajian akan dibuat secara lebih terperinci mengikut pemerintahan kerajaan yang terlibat seperti tahun 1959-1974 kerajaan Pas yang diterajui oleh Ishak Lotfi Bin Omar sehingga tahun 1964 dan Dato Mohamad Asri Bin Muda dari tahun 1964 sehingga tahun 1973 sebagai Menteri Besar. Pada tahun 1974-1976 Kerajaan Campuran ( Pas dan Barisan Nasional) tetapi menteri Besarnya daripada parti Pas iaitu Mohamad Bin Nasir yang memerintah sehingga tahun 1978 di bawah lambang parti Pas pula. Pada tahun 1978-1990 kerajaan Barisan Nasional yang memerintah dan melantik Tan Sri Mohamad Bin Yaakub sebagai Menteri Besar. Tahun 1990-2009 pemerintahan kerajaan Pas kembali bertapak di Kelantan dengan Menteri Besarnya Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat. Pemilihan bermula dengan tahun 1959 adalah untuk meninjau

pemerintahan kerajaan Kelantan selepas merdeka daripada kerajaan yang dipilih oleh rakyat Kelantan melalui pilihanraya 1959. Kajian juga dibuat sehingga tahun 2009 untuk

melihat arus perubahan kerajaan Kelantan daripada sistem pemerintahan yang berbeza dalam jangka masa 50 tahun.

Penkaji juga mengkaji prestasi pembangunan ekonomi yang berbeza diantara kerajaan PAS dan Barisan Nasional (UMNO).Analisis terperinci dibuat diantara kedua pucuk pimpinan kerajaan yang silih berganti memerintah Kelantan,dalam jangka masa lima dekad.Kajian meneliti perbandingan corak permerintahan serta perkembangan ekonomi bagi kedua parti tersebut. Tidak dapat dinafikan bahawa parti yang menerajui pemerintahan sesebuah negeri adalah penting dalam menentukan tahap pembangunan yang dicapai. Jika diteliti dari segi pemerintahan, Kelantan boleh dianggap sebagai negeri yang unik. Dalam jangka masa lima dekad, pucuk pimpinan bagi negeri ini silih berganti. Antara tahun1959-1978, Kelantan dikuasai oleh parti PAS (Parti Islam SeTanah Melayu). Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan negeri Kelantan pada tahun 1978 dan memerintah sehingga tahun 1990. Dalam tempoh 1990 sehingga 2009 pula kerajaan PAS kembali berkuasa . ( setakat tahun kajian)

Hakikatnya,

ciri-ciri sistem politik mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar.

Kedudukan kerajaan pemerintahan bergantung kuat kepada kebolehan pemimpinpemimpin dalam menggubal dan melaksanakan dasar. Di Kelantan, memandangkan pucuk pimpinan kerajaan yang silih berganti, maka dasar dan strategi ekonomi berubah dalam tempoh tertentu. Namun demikian, pencapaian pembangunan ekonomi tidak

bergantung kepada perancangan dasar semata-mata, elemen-elemen lain turut mempengaruhi. Dalam konteks negeri Kelantan, perbezaan tingkat pembangunan yang

jelas dapat ditinjau berdasarkan pimpinan parti, iaitu PAS (1959-1978), Barisan Nasional (1978-1990) dan PAS merampas semula kerajaan negeri Kelantan dari tahun 1990 sehingga sekarang, iaitu hampir lebih dua puluh tahun.

DASAR Penggubalan sesuatu dasar dijalankan di peringkat tertinggi jentera pentadbiran kerajaan. Di Kelantan, penggubalan dasar dikendalikan oleh jentera pentadbiran kerajaan negeri. Oleh kerana penggubalan dasar mempunyai kaitan yang rapat dengan birokrasi, maka kedudukan struktur pentadbiran kerajaan negeri perlu difahami. Di Kelantan, sultan menduduki tempat teratas dalam jentera pentadbiran kerajaan negeri. Ini diikuti oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan, pejabat setiausaha kerajaan negeri, pejabat tanah dan jajahan, pejabat penggawa dan penghulu. Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK), pentadbiran kerajaan negeri diterajui oleh seorang Menteri Besar dengan dibantu oleh dua orang Timbalan Menteri Besar serta enam orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan. Dalam hal ini, Menteri Besar mempunyai kuasa yang penting dalam

penggubalan dasar. Namun demikian, penggubalan dasar turut dipengaruhi oleh anggotaanggota lain yang berperanan dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK). Pelantikan Menteri Besar, Timbalan Menteri Besar dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) dilakukan oleh sultan mengikut undang-undang perlembagaan negeri Kelantan. Setiap ahli EXCO mengetuai satu portfolio jawatan kuasa yang dibentuk bagi melicinkan pentadbiran, perancangan dan penyelarasan pembangunan negeri.1

Senarai Pengerusi Jawatankuasa-Jawatankuasa Portfolio Majlis Mesyuarat Kerajaan,hlm 18

Seterusnya kajian dibuat mengenai perkembangan ekonomi Kelantan di era pemerintahan kerajaan PAS.Laporan teliti dari tahun ke tahun pemerintahan dibuat bagi menyenaraikan pembangunan ekonomi serta permasalahan yang dihadapi rakyat Kelantan semasa dibawah pimpinan kerajaan PAS.

Era Pemerintahan Kerajaan PAS 1959-1978 Secara umumnya, kerajaan PAS di Kelantan lebih mementingkan perjuangan Islam daripada pembangunan ekonomi di negeri Kelantan. Kerajaan PAS Kelantan juga lebih menekankan sektor pertanian sebagai sumber ekonomi negeri. Sektor-sektor lain tidak diberi perhatian seperti sektor pembinaan, kewangan dan juga perindustrian.2 Kerajaan PAS negeri Kelantan banyak bergantung kepada sektor pertanian dalam membangunkan negeri. Ini dapat dilihat daripada strategi pembangunan ekonomi di Kelantan banyak menjurus ke arah pertanian. Di antara strategi yang diambil ialah meninggikan pendapatan penduduk dengan mengadakan rancangan pertanian secara intensif dan pelbagai, melaksanakan rancangan pembukaan tanah dan mewujudkan peluang pekerjaan dengan menjalankan kegiatan pertanian secara intensif. Dari segi perancangan pembangunan kerajaan PAS mengambilkira keseimbangan dua kawasan yang berlainan iaitu kawasan utara yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi, manakala kawasan selatan mempunyai kepadatan penduduk yang rendah.3 Strategi pembangunan di kawasan Kelantan Utara adalah untuk meninggikan pendapatan penduduk melalui pembangunan setempat. Berbeza dengan kawasan selatan, kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan mengemuka kawasan-kawasan

2 3

Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14. Kelantan Terus Bergerak Maju, 1985,hlm 4.

pertanian baru. Strategi ini adalah bertujuan menempatkan petani-petani di kawasan tersebut supaya nisbah kependudukan sejajar dengan keluasan tanah dan pendapatan petani-petani juga dapat ditingkatkan.4 Namun demikian, pada hakikatnya kegiatan pertanian lebih tertumpu di Kelantan Utara. Lebih kurang 21.2% atau 788,000 ekar tanah diperuntukkan bagi kegiatan pertanian.5 Keadaan ini disebabkan tanah di kawasan Kelantan Utara pamah dan rata. Kawasan Kelantan Selatan sukar diterokai kerana berbukit-bukau dan bergunung-ganang. Jika dibandingkan dengan pembukaan kawasan pertanian di Kelantan Selatan, hanya melibatkan keluasan 47,304 hektar. Pembukaan kawasan pertanian yang baru ini

dijalankan di Kuala Krai, Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli dari tahun 1957-1971. Agensi yang terlibat dalam pembukaan tanah secara besar-besaran ialan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (KESEDAR).6 Kelemahan strategi kerajaan negeri pimpinan PAS ialah kerana terlalu mementingkan sektor pertanian. Secara perbandingannya tempoh tersebut memperlihatkan tidak

terdapat perubahan struktur ke arah ekonomi yang bercorak perindustrian. Walaupun dasar perindustrian negara dilaksanakan sejak tahun 1958, namun tiada daya usaha daripada kerajaan negeri PAS untuk mengaplikasikan dasar ini di Kelantan. Berhubung isu pembangunan ekonomi ini, kerajaan PAS negeri Kelantan tidak mempunyai pakar-pakar ekonomi untuk merancang pembangunan. Tambahan pula,

kerajaan negeri juga menghadapi masalah kekurangan kakitangan untuk melaksanakan projek-projek pembangunan. Pernah dikatakan Menteri Besar merupakan pakar

4 5

Kajian Hiraki (sic) Bandar dan Pembangunan Wilayah di Negeri Kelantan, Jilid 1,hlm 14. Kelantan Terus Membangun, 1981, hlm 4. 6 Taklimat Status Pembangunan Tanah, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian, Kota Bharu, hlm 4.

perancang, pakar ekonomi dan pentadbir.7 Malahan semasa Dato Mohamad Nasir menjadi Menteri Besar, beliau meluluskan projek-projek pembangunan tanpa berbincang dengan pegawai-pegawainya seperti Penolong Ketua Jajahan Bahagian Pembangunan. Beliau juga tidak mengetahui dengan lebih lanjut projek-projek berkenaan8.

7 8

Alias Mohamad, 1985, Kelantan:Politik dan Dilema Pembangunan, Utusan Melayu, Kuala Lumpur. Alias Mohmad, 1984, Kelantan di BawahPAS: Masalah Tanah dan Rasuah, Insular Publishing House, Kuala Lumpur, hlm 4.

Era Pemerintahan Kerajaan PAS (1990-2009) Setelah PAS berjaya merampas semula negeri Kelantan daripada Barisan Nasional pada tahun 1990 melalui pilihanraya, kerajaan PAS hanya meneruskan dasar dan strategi yang sedia ada pada awal peralihan pengambilalihan kuasa. Namun demikian, dalam beberapa hal telah ada pendekatan yang berbeza digunakan. Pertumbuhan ekonomi negeri terus bergantung kepada sektor pertanian, tetapi usaha dilakukan untuk mengubah corak

pertanian kepada komersial. Untuk mempelbagaikan ekonomi, sektor pembuatan diberi penekanan.9 Pembangunan infrustruktur juga dipertingkatkan dengan menggunakan

strategi-strategi yang menjurus kepada usaha kerajaan negeri untuk mengembangkan kawasan Kelantan Utara dengan kawasan Kelantan Selatan.

Dalam bidang pertanian, strategi kerajaan negeri ialah untuk mengalihkan penglibatan petani-petani kepada tanaman marginal. Petani digalakkan mengusahakan tanaman yang lebih menguntungkan.10 Dalam hal ini, penanam padi mengendalikan sawah mereka secara estet dan kolektif dengan dikendalikan oleh koperasi atau pertubuhan peladang kawasan. Pemilik individu yang menguruskan sawah secara persendirian

menjalankannya secara intensif berbentuk komersial.11

Agensi-agensi pertanian seperti KESEDAR telah mempergiatkan pelaksanaan projekprojek pertanian. KESEDAR telah melaksanakan program pembangunan pertanian di kampung-kampung dan wilayah KESEDAR secara produktif dan juga memastikan pemulihan tanah di rancangan-rancangan tanah KESEDAR berjalan lancar. Kerajaan negeri meneruskan pelaksanaan insentif-insentif yang sedia ada bagi meningkatkan pembangunan sektor perindustrian seperti pengurangan kadar bayaran air, hasil tanah premium dan dasar pindah milik tanah perindustrian, mengkaji balik diskaun dan tempoh bayaran harga tanah serta memberikan diskaun cukai pintu. Selain itu, kerajaan negeri juga turut merangka strategi baru dengan mewujudkan kawasan industri

Hashim Bani Abdul Hamid, Taklimat Mengenai Pembangunan Negeri Kelantan Darulnaim, hlm 35. Dasar, Matlamat dan Strategi Pembangunan Negeri Kelantan 1991-1995,Jilid 2,UPEN, hlm 5 11 Ibid, hlm 12
10

kecil dan sederhana yang meliputi setiap daerah di negeri Kelantan dengan menggunakan pendekatan penswastaan dalam pembangunan kawasan industri tersebut.12 Walau bagaimanapun kerajaan negeri tetap memberi keutamaan kepada sektor pertanian, ini jelas dalam Rancangan Malaysia Keenam dengan peruntukan sektor pertanian sebanyak RM784,000,000. Keadaan ini memberi kesan yang kurang

memberangsangkan terhadap sektor pertanian di negeri Kelantan yang mendapat peruntukan hanya RM166,190,000.

Walau bagaimanapun, pada tahun 2002 Projek Diraja Kelantan telah ditubuhkan dengan idea yang diilhamkan oleh Sultan Ismail Petra dan Raja Perempuan Kelantan. Projek ini ditubuhkan bagi membantu rakyat tempatan seperti Tabung Tenaga Berdikari, Tabung Biasiswa Ijazah Lanjutan Sultan dan Penubuhan Tabung Dermasiswa Tengku Anis dan lain-lain lagi. Di antara projek yang dijalankan ialah tanamankulat, tanaman sayur

berkelompok, tanaman kontang, ternakan kambing biri-biri, puyuh, tanaman bungabungaan, kelapa wangi dan lain-lain. Adalah menjadi harapan Kebawah Duli berdua agar projek ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan ekonomi rakyat Kelantan.

Kerajaan PAS Kelantan berhasrat untuk menjadikan Kelantan sebagai Jelapang Makanan Negara. Untuk mencapai hasrat tersebut telah banyak program yang dibuat antaranya ialah dalam sector pertanian untuksayur-sayuran dan buah-buahan, sector

12

Langkah-langkah Bagi Meningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, hlm 17-18

perikanan diberitumpuan pada perikanan laut, akuakultur dan air tawar, sector penternakan termasuk ayam, lembu, kambing bebiri danlain-lain, industry desa menitikberatkan industri pembuatan makanan dan Taman Kekal Pengeluaran Makanan seluas 13,408 ekar.13 Kerajaan negeri telah mensasarkan penanaman sayuran supaya dapat menampung permintaan dalam negeri. Tanah yang terlibat dalam penanaman sayur ini 2,831 hektar Tegasnya, tiada perubahan yang signifikan berlaku semasa pemerintahan PAS. Dengan punca-punca yang terhad, kerajaan negeri tidak begitu berjaya meningkatkan ekonomi negeri. Masalah kewangan masih menjadi halangan besar kepada pembangunan.

13

Laporan Ekonomi Negeri Kelantan 2004-2005, hlm. 24

Satu lagi kajian dibuat untuk menganalisis perkembangan ekonomi Kelantan dibawah pimpinan kerajaan PERIKATAN (Barisan Nasional) bagi setiap tahun permerintahan.Kajian meneliti serta menyenaraikan peranan,sumbangan serta perkembangan ekonomi yang berlaku semasa pemerintahan kerajaan tersebut. Era Pemerintahan Kerajaan Barisan Nasional (1978 1990) Setelah kerajaan Barisan Nasional mengambilalih tampuk pemerintahan negeri Kelantan, pembangunan ekonomi di negeri Che Siti Wan Kembang ini telah diperhebatkan. Dasar dan strategi ekonomi kerajaan negeri yang baharu ini ialah untuk mempelbagaikan asas ekonomi. Ini berikutan asas ekonomi pertanian adalah terhad.14 Walau bagaimanapun, sektor pertanian masih dijadikan strategi penting dalam pembangunan ekonomi. Sektor perindustrian pula semakin diberi perhatian oleh kerajaan Barisan Nasional Kelantan. Namun demikian, matlamat pembangunan sektor perindustrian ialah untuk menjadikannya sektor kedua penting sebagai pemberi pekerjaan dan pendapatan kepada penduduk.15 Dalam usaha meningkatkan pembangunan, strategi kerajaan negeri terhadap masalah ketidakseimbangan wilayah dan pembangunan infrustruktur dititikberatkan. Kerajaan Barisan Nasional Kelantan nampaknya mengutamakan sektor pertanian juga. Ini jelas tampak daripada langkah kerajaan mengimbangi pembangunan di Kelantan Utara dan Kelantan Selatan. Strategi pembangunan di kawasan Kelantan Utara ialah untuk menambahkan hasil pengeluaran pertanian melalui pencegahan banjir dan sistem pengairan yang lebih cekap.16 Strategi pertanian di kawasan Kelantan Selatan adalah berasaskan pembukaan tanah dan penempatan kampung baru untuk menawarkan lebihan penduduk kawasan Kelantan Selatan.17 Pada masa yang sama kerajaan negeri yang dipimpin oleh Barisan Nasional ini juga turut meningkatkan pembangunan sektor perindustrian. Seluas 631 hektar tanah dimajukan oleh Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) untuk kegiatan perindustrian. Kerajaan negeri menggunakan strategi pembangunan dengan mewujudkan keseimbangan wilayah. Estetestet industri telah dibuka di kawasan Kelantan Selatan seperti di Gua Musang dan Jeli. Di Kelantan Utara pula, kawasan yang meliputi keluasan 405 hektar dimajukan, iaitu di Pengkalan Chepa Fasa II. Kerajaan Barisan Nasional Kelantan, menitikkberatkan penyediaan kemudahan infrustruktur bagi pembangunan ekonomi. Jalanraya yang menghubungkan bandar-bandar penting dalam negeri dengan pusat-pusat penempatan penduduk dibina. Menjelang akhir tahun 1980-an, negeri Kelantan mempunyai jalan sepanjang 1,828 kilometer dengan pertambahan sebanyak 544 kilometer berbanding 1,284 kilometer pada tahun awal 1980.

14 15

Perspektif Perancngan dan Pembangunan Sektor Pembangunan Masyarakat Pembangunan Luar Bandar, hlm 8 Taklimat Pembangunan Ekonomi Negeri, UPEN, hlm 17. 16 Kelantan Terus Bergerak Maju,1985,hlm 21 17 Ibid

Kekurangan hasil di Kelantan merupakan punca terbesar menyebabkan penangguhan pelaksanaan projek-projek pembangunan di negeri ini. Hasil yang disemak bagi tahun 1981 ialah RM41,600,000 dan perbelanjaan mengurus ialah RM68,200,000. Keadaan ini menyebabkan kerajaan negeri mengalami kekurangan hasil sebanyak RM26,600,000. Pada tahun 1982, kekurangan dianggarkan berjumlah RM30,700,000.18 Kekurangan kakitangan dan tenaga kepakaran juga merupakan salah satu daripada masalah yang dihadapi oleh kerajaan Barisan Nasional di Kelantan. Misalnya, pejabat Kemajuan Negeri hanya mempunyai kakitangan seramai lapan orang. Bilangan ini tidak mencukupi bagi kerja-kerja pengesanan dan penyelarasan yang memerlukan pemeriksaan dan pengesahan projekprojek.19 Kekurangan kakitangan juga berlaku dalam perkhidmatan ikhtisas dan teknikal. Contohnya di Jabatan Kerja Raya (JKR) terdapat empat kekosongan pembantu teknik dan dua juruteknik.20 Kekurangan kontraktor yang berpengalaman dan tenaga mahir turut menimbulkan masalah kepada sektor industri. Situasi ini telah menghalang perindustrian dijalankan secara lebih berkesan. Selain daripada itu , kerajaan Barisan Nasional di Kelantan juga menghadapi masalah kos tapak industri. Kekurangan tanah yang sesuai menyebabkan kerajaan negeri terpaksa mengambil tanah milik awam untuk membangunkan estet-estet industri. Justeru itu, kerajaan negeri perlu membayar pampasan yang tinggi dan membebankan. Pembayaran pampasan yang tinggi sudah tentu menyebabkan harga tapak industri tinggi. Berhubung soal ini, Menteri Perdagangan dan Perindustrian mengatakan bahawa kos tapak tanah perindustrian di negeri ini antara yang tertinggi.21 Tegasnya, harga tapak industri yang tinggi ditambah kekurangan kemudahan infrustruktur tentunya menjadi halangan dalam usaha menarik pelabur. Kerajaan negeri terpaksa memberi kelonggaran kepada pelabur-pelabur menyelesaikan pembayaran harga tanah perindustrian sehingga lapan tahun untuk menggalakkan pelaburan di kalangan pelabur di negeri Kelantan. Pembayaran 10% daripada harga tanah perindustrian hendaklah dijelaskan semasa menerima surat tawaran dan baki selebihnya lagi 90% boleh dijelaskan dalam tempoh lapan tahun secara ansuran. Sekiranya semua bayaran dapat dijelaskan dalam tempoh empat tahun, bayaran faedah dikecualikan sebanyak 8%.22 Selain daripada itu juga, kerajaan negeri menghadapi masalah untuk mengaplikasi dasar perindustrian negara dengan perindustrian di Kelantan. Dasar perindustrian negara tentang pelaburan luar negeri hanya sesuai untuk negeri-negeri di Pantai Barat. Dasar makro yang menitik beratkan aspek viability sesuatu projek tidak memberi pertimbangan kepada aspekaspek lain seperti keinginan pelabur tempatan memajukan projek-projek yang bermodal kecil untuk kemajuan tempatan.23 Dalam hal ini, kerajaan negeri menggalakkan penubuhan industriindustri footloose dan industri yang berasaskan sumber.24 Dasar perindustrian negara, meletakkan Kelantan dalam kawasan Mini-Corridor, iaitu negeri Kelantan termasuk dalam kawasan kedua penting untuk pembangunan. Ini bermakna semakin sukar untuk kerajaan Kelantan membangunkan Kelantan selari dengan pembangunan di negeri18 19

Cara-caraMempercepatka Pembangunan Negeri Kelantan. Abdullah Sanusi Ahmad, 1978, Jentera Pentadbiran Dalam Membantu Pembangunan Negeri Kelantan Pada 26-28 Mac, hlm 9. 20 Ibid,hlm 9 21 Berita Harian, 1988,Turunkan Kos Tapak Industri, 15 Julai. 22 Langkah-langkah BagiMeningkatkan Kemajuan Sektor Perindustrian di Kelantan, UPEN, hlm 8 23 Pembangunan Perindustrian, 1978,dalam Seminar Strategi (sic),Pembangunan Negeri Kelantan, 26-28 Mei di Hotel Kesina, Kota Bharu,Kelantan, hlm 12. 24 Kajian Semula Rancangan Malaysia Keempat (1981-1985) Negeri Kelantan, UPEN, hlm 99.

negeri Pantai Barat kerana keadaan ini sudah tentu mempengaruhi tingkat pelaburan di negeri ini. Jadi, untuk menggalakkan pelaburan, kerajaan negeri telah menyediakan insentif-insentif lain. Kerajaan negeri juga menggunakan inisiatif, dengan memberi diskaun 30% - 40% ke atas harga tanah bagi perusahaan yang menggunakan pekerja melebihi 1000 orang, mengurangkan kadar bayaran bagi perusahaan yang menggunakan 1,000,000 gelen air sehari, penurunan kadar cukai tanah dan cukai bandar kepada kilang yang menggunakan tenaga pekerja melebihi 500 orang. 25 Kerajaan Barisan Nasional Kelantan juga merumuskan semula dasar pindah milik tanah perindustrian yang lebih realistik. Misalnya pada tahun 1989, Majlis Mesyuarat Kerajaan telah memutuskan bahawa pindah milik tanah kepada syarikat-syarikat ekuiti oleh kerajaan atau agensi kerajaan boleh dipertimbangkan pengeluaran hak milik pajakan sehingga 99 tahun dengan dikenakan sekatan kepentingan di bawah Seksyen 120 Kanun Tanah Negara. Dasar kuota pindah milik kepada 50% untuk bukan bumiputera dinaikkan kepada 70% bagi tanah-tanah di kawasan perindustrian. Pada keseluruhannya bolehlah dikatakan bahawa pemerintahan Barisan Nasional di Kelantan dari tahun 1978-1990 telah mengubah senario ekonomi negeri Kelantan. Dasar untuk mempelbagaikan ekonomi jelas dengan tindakan kerajaan negeri yang mengimbangi Kelantan Utara dan Kelantan Selatan dengan pembangunan pertanian dan perindustrian. Walau pun begitu, penekanan strategi kerajaan negeri yang memberikan lebih banyak peruntukan kepada sektor pertanian, iaitu lebih separuh daripada jumlah yang diperuntukkan untuk ekonomi difikirkan kurang wajar. Secara perbandingan, pembangunan infrustruktur yang amat perlu untuk kemajuan ekonomi hanya memperoleh 19.7%. Dengan erti lain, walaupun banyak masalah yang dihadapi oleh sektor industri di Kelantan, faktor yang dianggap penting menghalang pembangunan perindustrian di Kelantan ialah kekurangan kemudahan infrustruktur. Ketidakseimbangan dasar perindustrian negara juga sedikit sebanyak telah diselesaikan oleh kerajaan negeri dengan menambahkan beberapa galakan lain. Namun demikian, hakikat yang tidak boleh diketepikan ialah pembangunan yang berlaku agak pesat ini berbanding era sebelumnya ialah wujudnya persefahaman di antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan yang memerintah Kelantan. Boleh dikatakan bahawa negeri Kelantan telah mendapat hak dan layanan yang sama dengan negeri-negeri lain. Pemberian peruntukan juga telah menempatkan hampir 70% daripada hasil negeri di antara tahun 1980-1982. Untuk tahun 1983, pemberian perlembagaan mengatasi hasil mahsul negeri.26 Tegasnya, perubahan tampuk pemerintahan dengan strategi pentadbiran telah menggandakan pendapatan negeri, seterusnya meningkatkan ekonomi orang Melayu di negeri Kelantan.

25 26

Kemajuan Sektor Industri Dalam Tempoh Dua Tahun (1991-1992),hlm 11. Laporan Rancangan Malaysia Kelima 1986-1990 Negeri Kelantan, 1984,Jilid 1, Ringkasan Eksekutif, UPEN,hlm

6.

You might also like