You are on page 1of 4

PENGENALAN

Profesion keguruan merupakan profesion tertua di dunia dan kini memasuki satu lagi
era baharu. Di dalam sistem pendidikan, guru lebih banyak berperanan sebagai pemudah
cara pengetahuan jika dibandingkan dengan sistem pendidikan dahulu yang hanya tertumpu
sebagai penyampai ilmu. Selaras dengan perubahan sistem pendidikan kini, guru harus
lebih inovatif, kreatif dan efektif dalam penyampaiannya dan sentiasa memikirkan
pendekatan baharu di dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru pada masa kini
seharusnya professional dan profesionalismenya ialah kunci kepada peningkatan kualiti
(Jemaah Nazir, 2001). Peningkatan kualiti ini merujuk kepada kualiti proses dan yang paling
penting ialah kualiti produk.
Menurut Kamus Dewan (2005), profesion merujuk kepada satu bidang pekerjaan
khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan
latihan khas. Bagi konsep professional pula merujuk kepada ciri-ciri yang terdapat dalam
kalangan ahli dalam suatu profesion. Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan
Profesional Guru Ornstein dan Levine (1993) menyatakan terdapat empat ciri di dalam satu
profesion, iaitu ahli perlu menguasai ilmu pengetahuan yang mendalam, kecekapan dan
kepakaran dalam bidang tertentu, adanya kod etika untuk mengawal tingkah laku ahli-ahli
serta kebenaran diberi kepada suatu profesion oleh masyarat untuk beroperasi.
Berdasarkan penelitian tentang profesionalisme guru, dapat dinyatakan di sini
bahawa guru yang professional perlu berilmu, berkemahiran dan berketerampilan dalam
pengetahuan pedagogi serta pengetahuan kandungan pedagogi dalam pengajaran dan
pembelajaran. Selain itu juga, guru profesional perlu mempunyai sasiah yang baik dan boleh
diteladani pelajar. Tugas guru bukan sahaja mengajar tetapi juga merupakan pemimpin
yang dapat mempengaruhi pelajar untuk berubah, berkembang, berdikari,
bertanggungjawab dan mencapai matlamat. Guru yang berkesan mempunyai kemahiran
moral, intelek dan sosial untuk menggunakan kepimpinan demi kebaikan pelajar, rakan
sekerja dan ibu bapa.
Oleh yang demikian, seorang guru perlu berusaha keras bagi meningkatkan dan
memantapkan lagi profesionalisme diri guru dari peringkat pra perkhidmatan sehingga
menjadi seorang guru yang profesional. Terdapat beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh
seorang guru bagi menjadikan dirinya sebagai seorang yang berkeyakinan serta mempu
berhadapan dengan semua golongan masyarakat. Selain itu juga, setiap peringkat yang
dilalui dapat memberikan ilmu serta pengetahuan baru kepada guru untuk menjadikan diri
sebagai seorang guru yang berkrebiliti tinggi serta berwawasan.
1.0 Carta Alir Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru
Daripada dahulu lagi, para pendidik bermint untu mengetahui dan memahami proses
melahirkan seorang guru dari peringkat praperkhidmatan sehingga menjadi seorang guru
yang profesional. Terdapat pelbagai perbincangan tentang bagaimana seorang guru melalui
perubahan bermula dari peringkat praperkhidmatan ke peringkat guru profesional.
Di dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru, Trotter
(1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk seseorang guru
menjadi pakar dalam bidang yang diceburinya. Di antara lima peringkat tersebut ialah :




Rajah 1 : Peringkat Perkembangan Dan Profesionalisme Guru



Peringkat Novis
Peringkat Novis Lanjutan
Peringkat Cekap
Peringkat Mahir
Peringkat Pakar
2.0 Cara Guru Mencapai Peringkat Perkembangan dan Tahap Profesionalisme
Setiap guru mempunyai beberapa peringkat yang perlu dilalui oleh mereka untuk
mencapai tahap profesionalisme dalam bidang perguruan. Untuk berganjak dari peringkat
awal iaitu peringkat novis dan menjad seorang yang pakar dalam bidangnya, guru akan
mengambil jangka masa di antara 10 hingga 15 tahun. Menurut Trotter (1986), guru
memerlukan pengalaman bertahun-tahun untuk berganjak ke peringkat mahir dan hanya
segelintir daripada merka akan mencapai perkembangan di peringkat pakar. Guru-guru
praperkhidmatan mungkin akan bergerak dari peringkat paling bawah iaitu peringat novis ke
peringkat novis lanjutan dan mulai menuju ke peringkat cekap apabila mereka menjadi guru
permulaan di sekolah.
Trotter (1986) telah mengemukakan teori lima peringkat perkembangan untuk
menjadi seorang pakar dalam bidang yang diceburinya. Lima peringkat perkembangan
tersebut bermula daripada peringkat novis, peringkat novis lanjutan, peringkat cekap,
peringkat mahir dan yang terakhir ialah peringkat pakar. Seperti yang dinyatakan oleh
Berliner (1988), dalam buku Asas Kepimpinan dan Perkembangan Profesional Guru,
hanya segelintir kaum guru berjaya menamatkan perjalanan kerjaya keguruannya hingga ke
peringkat guru pakar.Pendedahan kepada peringkat-peringkat perkembangan guru mungkin
dapat membantu guru untuk menyediakan diri menempuhi setiap peringkat tersebut.
Peringkat pertama yang akan dilalui oleh setiap guru untuk mencapai penguasaan
dalam bidang yang diceburi ialah peringkat novis. Peringkat ini akan bermula apabila anda
telah mendaftar sebagai pelajar pendidikan guru dalam Program Ijazah Perguruan. Antara
cara guru mencapai peringkat perkembangan pada peringkat novis ini ialah guru novis ini
akan berusaha mempelajari fakta-fakta yang spesifik secara objektif serta menguasai
konsep asas dan peraturan asas untuk bertindak. Selain itu juga, pada tahap ini, guru
sedang belajar dan berusaha untuk membentuk suatu pandangan secara menyeluruh untuk
memahami pengertian menjadi seorang guru.
Beberapa kemahiran asas harus diperolehi dan dicapai pada peringkat
perkembangan ini seperti mempelajari cara mengajar serta menguasai peristilahan yang
berkaitan dengan profesionnya. Guru juga mula menghimpunkan idea-idea awal tentang
tugas mengajar dan mereka dapat membentuk dan mempraktikkan satu peta kognitif
tentang tugas-tugas am seorang guru profesional. Walaupun guru pada peringkat novis
masih belum memiliki kemahiran yang diperlukan untuk mengendalikan pengajaran di dalam
sesebuah kelas, mereka akan mempelajarinya pada kursus yang telah ditawarkan dalam
Program Ijazah Perguruan seperti pengenalan kepada psikologi dan perkembangan kanak-
kanak, falsafah pendidikan dan sejarah perkembangan pendidikan Negara.

You might also like